DAtI j?e.lS5R1N-M-H

28
PUMS 99: 1 UNlVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ..lUDUL: dANTINA DAtI 'bUPABA f)AiAM- j?e.lS5R1N-M-H MArAl'fAti __ OL£I-\ feLA::1AR Uf{IVBeQ)T( gABAH-. lJAZAH: I ::JA-z.AI-\ 'SA¥..:JAHA MUDA 'P13\i(!:;-A-N 'f..:eflV::JIAl"4 1((';. ; ., n .. , SESI PENGAJIAN: -:;"Obf, - '2-0lb . (HURUF BESAR) mernbenarkan tesis (LPSI SaJjanai Doktor Falsafah) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Qengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salin an tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (/ ) SULIT TERHAD / TIDAK TERHAD (T ANDATANGAN PENULIS) Tetap: I-lt? >EC? ' cg&--.,. I f:.b- . .t>w· I % C:oDo \:.UJAtf (;,;- . ?-7(Or:/'2-0fO I 1 AT AN: '" Potong yang tidak berkenaan. (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang tellDaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukakan oleb organisasilbadan di penyelidikan dijalankan) Nama Penyelia Tarikh: :;L 7 L D r-j ?-Ol 0 - * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampiran surat daripada pihak berkuasa/organsasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek SaIjana Muda (LPSM).

Transcript of DAtI j?e.lS5R1N-M-H

PUMS 99: 1 UNlVERSITI MALAYSIA SABAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

..lUDUL: 1'6~~e:l...AA+l dANTINA DAtI 'bUPABA f)AiAM- j?e.lS5R1N-M-H MArAl'fAti

__ ~:e-f<~UN~ OL£I-\ feLA::1AR Uf{IVBeQ)T( MALA.!J~IA gABAH-.

lJAZAH: I ::JA-z.AI-\ 'SA¥..:JAHA MUDA 'P13\i(!:;-A-N 'f..:eflV::JIAl"4 \""F-~·wLDe:rl ""A~A-1-{A-t-I DA~ 1((';. ; ~ ., n .. , BICI~OS6~ '

SESI PENGAJIAN: -:;"Obf, - '2-0lb .

(HURUF BESAR)

~engaku mernbenarkan tesis (LPSI SaJjanai Doktor Falsafah) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Qengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salin an tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (/ )

SULIT

TERHAD

/ TIDAK TERHAD

~-----~~~~~~~~.~~~­(T ANDATANGAN PENULIS)

~lamat Tetap: I-lt? >EC? ' cg&--.,. I ~ f:.b- .

~~NTONG- .t>w· I % C:oDo \:.UJAtf (;,;­

~o{tO~ .

l'~: ?-7(Or:/'2-0fO I

~ 1 AT AN: '" Potong yang tidak berkenaan.

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang tellDaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukakan oleb organisasilbadan di man~ penyelidikan dijalankan)

Nama Penyelia

Tarikh: :;L 7 L D r-j ?-Ol 0 -----4--~I~~~------------

* Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampiran surat daripada pihak berkuasa/organsasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

* Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek SaIjana Muda (LPSM).

PERBEZAAN JANTINA DAN BUDAYA DALAM PENERIMAAN MAKANAN BERFUNGSI OLEH PELAJAR

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

NUR SHAHIDA BT KAM

TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI DAZAH SARlANA MUDA SAINS MAKANAN DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG

TEKNOLOGI MAKANAN DAN BIOPROSES

SEKOLAH SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

2010

PENGAKUAN

Saya dengan ini mengaku bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali segala nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbemya.

26 Mei 2010

ii

Nur Shahida Bt Kam HN2006-2194

PENGESAHAN

NAMA NUR SHAHIDA BT KAM

NO. MATRIK HN2006-2194

TAJUK PERBEZAAN lANTINA DAN BUDAYA DALAM PENERIMAAN MAKANAN BERFUNGSI OLEH PELAlAR UNIVERSm MALAYSIA SABAH

IJAZAH DAZAH SARlANA MUDA DENGAN KEPUllAN (TEKNOLOGI MAKANAN DAN BIOPROSES)

TARIKH VIVA : 12 MEl 2010

DISAHKAN OLEH

1. PENYELIA Cik Adilah Md Ramli

2. PEMERIKSA PERTAMA Dr. Patrida Matanjun

3. PEMERIKSA KEDUA Prof. Madya Dr. Chye Fook Vee

4. DEKAN Prof. Madya Dr. Mohd Ismail Bin Abdullah

iii

Tandatangan

PENGHARGAAN

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia tesis saya, eik Adilah Md Ramli, pensyarah Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah yang telah bersabar dan sering memberikan nasi hat dan tunjuk ajar dalam menjalankan kajian ini. Sokongan yang diberikan secara berterusan ini telah membantu saya dalam menyiapkan dan menjilidkan tesis ini.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada kedua ibubapa dan keluarga saya yang sentiasa memberikan dorongan kepada saya agar terus sabar dan berusaha dalam menyiapkan kajian ini. Tidak ketinggalan juga kepada teman dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa ada di sis! ketika susah dan senang serta memberikan bantuan ketika saya mengalami kesulitan semasa menjalankan kajian ini.

Nur Shahida Bt Kam 26 Mei 2010

iv

ABSTRAK

Objektif kajian ini untuk mengkaji tahap pengetahuan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terhadap makanan berfungsi, untuk mengkaji faktor pemilihan makanan, faktor pemilihan makanan berfungsi, dan pemilihan jenis makanan oleh para pelajar, dan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap kesedaran kesihatan, pembelian makanan, dan budaya penerimaan makanan. Kaedah yang digunakan adalah secara tinjauan menggunakan borang 5Oalselidik. Responden merupakan pel ajar UMS seramai 376 orang. Data dianalisis menggunakan analisis diskriptif, ujian Khi-kuasa dua, dan ujian Mann-Whitney U. Secara keseluruhannya, lelakl dan perempuan mencatatkan bilangan yang tertinggi pada tahap pengetahuan sederhana dengan skor diantara 7-9 5Oalan. Walaupun begitu, pelajar perempuan mencatatkan bilangan yang lebih tinggi daripada lelaki pada nilai tahap pengetahuan yang sangat balk. Keputusan ujian Khi-kuasa dua ialah p=0.402. Kekerapan faktor pemilihan makanan tertinggi ialah rasa lapar dengan responden lelakl (71 orang) dan perempuan (84 orang). Kekerapan faktor pemilihan makanan berfungsi tertinggi ialah faedah kepada kesihatan dengan respond en lelakl (76 orang) dan perempuan (104 orang). Sebanyak 115 orang responden lelaki dan 110 orang responden perempuan bersetuju dengan makanan yang mereka biasa sebagai faktor pemilihan makanan mengikut jenis makanan. Seramai 105 orang responden lelaki dan perempuan masing-masing tidak pasti dengan persepsi tabiat pemakanan mereka lebih sihat daripada ahli keluarga dan rakan-rakan, 95 orang responden lelaki dan 96 orang responden perempuan tidak pasti dengan persepsi hanya membeli produk makanan yang mempunyai kebaikan daripada nutrien asasnya sahaja, 88 orang responden lelaki setuju dengan persepsi akan mencuba makanan baru dalam perjumpaan sosial dan 88 orang responden perempuan setuju dengan persepsi amat ambil berat tentang makanan. Tldak terdapat perbezaan antara jantina dengan jumlah persepsi dan jantina dengan budaya penerimaan makanan dimana nilai p=0.326 (p :> 0.05) Kesimpulannya, penerimaan makanan berfungsi tidak dipengaruhi oleh perbezaan jantina dan budaya.

v

ABSTRACT

GENDER AND CUL7VRAL DIFFERENCES IN THE FUNCTIONAL FOOD ACCEPTANCE AMONG UNIVERSITY MALA YSlA SABAN S7VDENTS

This study constructs a research to study the functional food's knowledge among University Malaysia Sabah (UMS) students, to study food selection factor, functional food selection factor, and selection of food by students based on type of food, and to study the students' perception to health awareness, food purchases, and cultural acceptance of food. Method used was a survey using questionnaires. Respondents are 376 students of UMS. The data obtained was analyzed using descriptive analysis and Chi-square test.Overa/~ the respondents were males and females recorded the highest number of questions answered con-ectly is between 7-9 questions. However, females recorded a higher number than males on the vel}' good knowledge. Chi-square test results was p=0.!I02. The highest frequency of food selection factor is the feeling of hunger with male respondents (of 71) and females (84 persons). Frequency of functional food selection factor is the highest benefit to the health of the respondents were male (76 persons) and female (lfH persons). A total of 115 respondents were male and 110 female respondents agreed with the food they used as a factor in food selection by type of food A total of 105 male and female respondents respectively are not sure of their perceptions of healthy eating habits from family members and mends, 95 males and 96 female respondents were not sure the perceptionsonly buy food products with basic nutritional benefits only, 88 male respondents agree with the perception will be trying new food in social gatherings and female respondents agree with the perception of taken care of food There was no difference between gender and perception and between gender and cultural food acceptance where the number of p = 0.326 (p :> 0.05). In conclUSion, the acceptance of functional foods is not affected by gender and cultural differences.

vi

lSI KANDUNGAN

MukaSurat

TAlUK

PENGAKUAN ii

PENGESAHAN iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

lSI KANDUNGAN

SENARAllADUAL vii

SENARAI SINGKATAN viii

SENARAI LAMPIRAN ix

BAB 1: PENGENALAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Objektif Kajian 4

BAB 2: ULASAN KEPUSTAKAAN 5 2.1 Makanan Berfungsi 5

2.1.1 Apa ltu Makanan Berfungsi? 5 2.1.2 Peranan Makanan Berfungsi 7 2.1.3 Penerimaan Makanan Berfungsi 9

2.2 Jantina 12 2.2.1 Perbezaan Jantina Dalam Pemilihan Makanan Berfungsi 12

2.3 Budaya 13 2.3.1 Budaya dan Makanan 14

BAB 3: METODOLOGI 3.1 Kaedah Penyelidikan 3.2 Sampel 3.3 Persampelan 3.4 A1at Kajian 3.5 Kajian Rintis 3.6 Analisis Data

3.6.1 Analisis Statistik Deskriptif 3.6.2 Ujian Khi-Kuasa Dua 3.6.3 Ujian Mann-Whitney U

BAB 4: HASIL DAN PERBINCANGAN 4.1 Ujian Rintis 4.2 Demografi 4.3 Tahap Pengetahuan 4.4 Faktor Pemilihan

4.4.1 Faktor Pemilihan Makanan 4.4.2 Faktor Pemilihan Makanan Berfungsi 4.4.3 Faktor Pemilihan Mengikut Jenis Makanan

4.5 Persepsi 4.5.1 Persepsi Tentang Kesedaran Kesihatan 4.5.2 Persepsi Tentang Pembelian Makanan 4.5.3 Persepsi Budaya Penerimaan Makanan 4.5.4 Hubungan Jumlah Persepsi Dengan Jantina

BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Kesimpulan 5.2 cadangan

RUlUKAN

17 17 17 16 17 17 18 18 18 18

22 22 22 25 35 35 34 40 42 42 46 49 53

54 54 56

57

EFIC

JFIC

JOM/FNB

UMS

USDA

SENARAI SJNGKATAN

European Food Information Council

International Food Information Council

Institute of Medicine's Food and

Nutrition Board

Universiti Malaysia Sabah

US Food and Drug Administration

viii

SENARAI LAMPlRAN

MukaSurat

LAMPIRAN A Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970) 61

LAMPIRAN B Contoh Borang Soal Selidik 62

LAMPIRAN C Keputusan Analisis Statistik 69

ix

BABl

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kim (2008) menyatakan bahawa pertambahan golongan berumur yang pesat

dijangkakan akan meningkatkan bilangan penghidap penyakit-penyakit kronik seperti

diabetes, penyakit jantung dan kanser. Trend ini telah memaksa para saintis untuk

mengenal pasti komponen-komponen yang aktif secara fisiologikalnya dalam

makanan, dan semakin banyak media yang memaparkan hubungan atau kaitan

diantara diet dan kesihatan. Pertambahan bilangan maldumat yang berkaitan dengan

faedah-faedah kesihatan pada makanan telah memberikan kesan kepada minat para

pengguna terhadap isu-isu kesihatan yang akhimya menjadi faktor yang

mempengaruhi keputusan pembelian para pengguna.

Menurut Hamilton (2009), para pengguna semakin berminat dengan faedah­

faedah kesihatan pada makanan dan mereka mula melihat bukan sahaja faedah­

faedah nutrisi asas pada makanan tersebut tetapi kebolehan makanan tersebut dalam

mencegah penyakit dan sebatian-sebatian dalam makanan berfungsi yang boleh

mempertingkatkan tahap kesihatan. Bersama-sama dengan kefahaman pengguna

tentang kesan diet dan penyakit yang semakin meluas dan kos penjagaan kesihatan

serta populasi golongan berumur yang semakin bertambah, pasaran makanan

berfungsi semakin berkembang. Makanan berfungsi memberikan peluang kepada para

pengguna untuk mempertingkatkan tahap kesihatan disamping dapat mengurangkan

kos penjagaan keslhatan dan juga dapat membantu pembangunan ekonomi di

kawasan luar bandar.

Arnoldi (2004) menyatakan bahawa ciri-ciri makanan berfungsi mestilah

makanan yang konvensional iaitu makanan harian yang dimakan sebagai sebahagian

daripada diet harian. Ia mengandungi komponen yang wujud secara semulajadi,

tetapi satu atau lebih komponen boleh ditambah, dikeluarkan, dan/atau diu bah,

dan/atau biodapatan (bioavailabilitYJ satu atau lebih komponen boleh diubah.

Makanan ini mestilah boleh berfungsi untuk semua ahli populasi atau untuk bahaglan

tertentu dalam populasi. Ciri utama bagi makanan berfungsi ialah mempunyai faedah

kesihatan daripada satu atau lebih bahan kandungan yang boleh membantu

melindungi atau merawat penyakit tertentu (Teratanavat dan Hooker, 2006).

Sloan (2000) dalam Teratanavat dan Hooker (2006) mengatakan bahawa

pembangunan yang terawal makanan berfungsi merupakan makanan yang diperkaya

dengan vitamin dan/atau mineral seperti vitamin C, vitamin E, asid folik, zink, zat besi,

dan kalsium. Selepas itu, fokus tersebut berubah kepada makanan yang diperkaya

dengan pelbagai mikronutrien seperti asid lemak omega-3, phytoserol, dan serat larut

yang mana membantu memberikan kesihatan yang lebih baik atau pun mengelakkan

daripada penyakit seperti kanser seperti yang telah dinyatakan oleh Hasler (1998),

Unnevehr dan Hesler (2000), serta Sloan AE. (2002) dalam Teratanavat dan Hooker

(2006).

Teratanavat dan Hooker (2006) menyatakan bahawa ciri-ciri demografl

tertentu bagi pengguna cenderung untuk mempengaruhi persepsi pengguna secara

signiflkan mengenai kepentingan untuk memilih diet yang sihat. Poulsen (1999) dalam

Teratanavat dan Hooker (2006) telah menemui bahawa responden yang lebih

berumur dan golongan wanita lebih cenderung untuk memberikan reaksi positif

terhadap makanan berfungsi berbanding dengan responden yang lain.

2

Dalam Teratanavat dan Hooker (2006), tinjauan data daripada lAC telah

mengenal pasti beberapa kumpulan pengguna yang berminat dengan makanan

berfungsi. Mereka ialah golongan yang berusia 55 hingga 64 tahun, pelajar kolej,

golongan yang berpendapatan tinggi, dan golongan yang mengamalkan pengambilan

makanan tambahan (Schmidt dan Pitman, 1999; Pitman dan Reinhardt, 2000). Jayanti

dan Bums (1998) dalam Teratanavat dan Hooker (2006) menunjukkan bahawa

pengguna yang mempunyai tahap motivasi kesihatan yang berbeza memberikan

tindak balas yang berbeza terhadap pemilihan diet.

Menurut Poulsen (1999), Maynard dan Franklin (2003) dalam Teratanavat dan

Hooker (2006), terdapat kajian terdahulu yang menunjukkan bahawa pengguna

mementingkan nilai faedah kesihatan makanan dan sanggup membeli pada harga

premium. Walaupun begitu, tiada kajian yang dilakukan untuk melihat penerimaan

pengguna terhadap makanan berfungsi yang mempunyai faedah kesihatan tambahan

dlsamplng nutrien asasnya sahaja. Menurut Sloan (2002) dan IFIC (2004) dalam

Teratanavat dan Hooker (2006), Ini merupakan Isu yang penting kerana generasi baru

makanan berfungsl bertujuan untuk memberikan pelbagai faedah keslhatan kepada

para pengguna. Terdapat juga kajian terdahulu yang menunjukkan bahawa perbezaan

budaya, kebolehpercayaan maklumat, dan sikap terhadap makanan mempengaruhi

penerimaan makanan berfungsi (Labrecque et al. 2006), tetapi kajian tersebut tidak

melibatkan perbezaan jantina dalam penerimaan makanan berfungsi.

Kajian ini cuba untuk mengenalpasti tahap penerimaan makanan berfungsl

oleh para pel ajar prasiswazah Universiti Malaysia Sabah. Hasil daripada kajlan Inl

boleh dlgunakan dalam mengukur tahap pengetahuan para pelajar tentang makanan

berfungsi. Selain itu, faktor dan persepsl pemilihan makanan berfungsl oleh para

pelajar juga boleh dlukur. Penerimaan dan kelnglnan membeli makanan berfungsl

turut boleh di kenai pasti melalui kajlan Ini.

3

1.1 Objektif Kajian

Penyelidik menggariskan empat objektif bagl kajian ini:

1. Mengkaji tahap pengetahuan pelajar terhadap makanan berfungsi.

2. Mengkaji faktor pemilihan makanan, pemilihan makanan berfungsi, dan

pemilihan jenis makanan oleh para pelajar.

3. Mengkaji persepsi pelajar terhadap kesedaran kesihatan, pembelian

makanan, dan budaya penerimaan makanan.

4

BAB2

ULASAN KEPUSTAKAAN

2.1 MakananBerfungsi

2.1.1 ApaltuMakananBerfungsi?

Menurut Teratanavat dan Hooker (2006), makanan berfungsi telah menjadi satu topik

yang semakin penting. Walaupunbegitu, masih tiada definisi yang tetap oleh USDA

(US Food and Drug Administration) bagi makanan berfungsi. Secara umumnya,

makanan berfungsi ini dikenali sebagai produk makanan yang memberikan faedah

kesihatan tambahan disamping nutrient asasnya.

Arai (1996) dalam Hasler (1998) menyatakan bahawa perkataan 'Functional

Foods (makanan berfungsi) mula diperkenalkan di Jepun pada pertengahan tahun

1980-an yang merujuk kepada makanan-makanan proses yang mengandungi bahan­

bahan yang dilengkapi dengan fungsi spesifik dalam menjadikan ia lebih bemutrisi.

Mengikut Hasler (2002), makanan berfungsi boleh dianggap sebagai makanan secara

keseluruhannya, diperkukuh, diperkaya dan makanan yang ditambah dengan nutrien

tambahan untuk memberikan faedah-faedah kesihatan disamplng nutrien-nutrien asas

(contohnya vitamin dan mineral), apabila diambil pada tahap yang berkesan yang

merupakan sebahagian daripada diet.Institute of Medicine's Food and Nutrition Boarrl

(IOM/FNB) (1994) dalam Hasler(2002) mendefinlsikan makanan berfungsi sebagai

'mana-mana makanan atau pun bahan makanan yang dapat memberikan faedah

kesihatan disamping nutrien asli yang terdapat padanya',

Menurut Frewer dan Trijp (2007) pula, makanan berfungsi secara amnya

merupakan istitah yang drgunakan untuk memerihalkan produk-produk makanan yang

menjanjikan faedah kepada kesihatan.Walaubagaimanapun, tidak terdapat definisi

makanan berfungsi yang diluluskan secara rasmlnya di Eropah dan ini dianggap

sebagai salah satu halangan dalam penerimaan makanan berfungsi oleh

pengguna.Jepun mempunyar perundangannya yang tersendiri untuk makanan

berfungsi iaitu FOSHU (Food for Specified Health Use). Menurut Diplock et at. (1999)

dan Frewer dan Trijp (2007), di Eropah, berdasarkan kepada definlsi yang digunakan

secara meluas, makanan berfungsi merupakan makanan yang drtunjukkan dengan

memuaskan untuk mempengaruhi secara bermanfaat kepada saw atau leblh fungsi­

fungsi di dalam badan, melebihi kesan-kesan nutrisi yang cukup dalam cara yang

relevan untuk memperbaiki tahap kesihatan dan kesejahteraan dan /atau

mengurangkan risiko penyakit.

Menurut Frewer dan Trijp (2007) juga, berdasarkan kepada keperluan

terhadap bukti-bukti saintifik yang ketat, sangat sedlklt produk-produk makanan yang

boleh dikategorikan seagai makanan berfungsi yang sebenar disamping pertambahan

petbagat produk-produk makanan yang dipasarkan dengan hujah-hujah yang

berkaitan dengan kesihatan (health-related arguments). Dari aspek pandangan

pengguna, adalah sukar untuk membezakan diantara produk-produk makanan yang

diluluskan sebagai makanan berfungsi yang sebenar dengan procluk makanan yang

t1dak diluluskan sebagai makanan belfungsi yang sebenar kerana kedua-dua jenis

produk makanan ini memberikan mesej yang sama kepada pengguna tetapi berlainan

daripada mesej nutrisi konvensionat. Oleh ltu, dalam keadaan ini, istilah makanan

berfungsi boleh ditafsirkan sebagai makanan harian yang dipasarkan dengan hujah­

hujah kesihatan tanpa mengambil kira pada buktt-bukti saintlfik yang mencukupi

disebalik perakuan (daim).Begitu juga dengan produk-produk makanan yang

mempunyai kandungan nutrien yang dimocllfikasi seperti procluk-produk rendah lemak

atau rendah garam yang dikecualikan kerana procluk-produk tersebut dianggap

6

sebagai produk yang menyokong cadangan nubisi, tetapi tidak menjanjikan kesan­

kesan spesifiK kepada kesihatan.

Dalam Frewer dan Trijp (2007) ada dinyatakan bahawa sebab-sebab pemilihan

prodUK makanan berfungsi bergantung kepada kategori prodUK makanan tersebut

termasuk (Urala dan Lahteenmaki, 2003) dan fa ktor-faktor berbeza yang

menerangkan respon tingkahlaku terhadap produk indlvidu (de Jong et ai, 2003;

Urala dan Lahteenmaki, 2007). Perakuan kesihatan (health daim), produk pembawa

dan tiri-tin pengguna mempengaruhi bagaimana makanan berfungsi dlterima.

Tambahan lagi, makanan berfungsi merupakan kategori makanan novel (baru) yang

memerlukan teknologi penghasilan dan pemprosesan novel dan oleh sebab Inr, kepentingan pengguna terhadap teknologi-teknologi ini mestilah diambil kira, menu rut

Frewer et al. (2003) dalam Frewer dan Trijp (2007).

2.1.2 Peranan Makanan Berfungsl Kepada Keslhatan

Frewer dan Trijp (2007) menyatakan bahawa makanan berfungsi menawarkan satu

mesej baru yang positif tentang kesihatan kepada pengguna. Diseballk terpaksa

menghindari sesetengah jenis makanan, produk-produk makanan berfungsi ini boleh

membantu dalam mendapatkan kesan-kesan positif secara fisiologlkal kepada fungsl­

fungsi badan atau pun mengurangkan tahap riSiKo penyaldt dan hanya makan satu

jenis produk. Mesej-mesej pada makanan berfungsi yang menjanjikan kesan positlf

kepada kesihatan akan leblh menarik para pengguna daripada mesej-mesej yang leblh

tipikal kepada cadangan nubisi. Makanan berfungsi meletakkan keutamaan atau

penekanan ke atas satu jenis produk makanan dan kesannya kepada badan. Kesan­

kesan yang dijanjikan, sama ada merendahkan kolesterol atau memperbaiki kesihatan

usus adalah lebih jelas dan boleh dicapai secara relatlfnya dalam jangka masa yang

pendek.

7

Remade dan Reusens (2004) ada menerangkan tentang peranan makanan

fungsr kepada keslhatan usus. Menurut Scheeman (2002) dalam Remade dan

Reusens (2004), fisiologi usus dan fungsi-fungsinya menunjukkan kesan-kesan

makanan berfungsi dalam tiga cara yang berbeza. Yang pertama, faktor-faktor- dalam

makanan mendorong tindakbalas di dalam usus, yang boleh menyebabkan berlakunya

perubahan penyesuaian jangka panjang. Yang kedua, makanan atau campuran

makanan mampu mengubah fungsi pencemaan dan penyerapan dengan tujuan untuk

mempengaruhi metabolism. Yang ketiga, bahagian usus boleh mempengaruhi faktor­

risiko penyakit melalui pengadaptasian terhadap diet dan makanan berfungsi juga

dapat mempengaruhi kesihatan secara keseluruhan dan kesejahteraan.

Menurut Remade dan Reusens (2004) juga, makanan berfungsi yang mungkin

sangat diketahui untuk kesihatan usus ialah probiotik, yang dianggap untuk

mempertahankan atau meningkatkan keslhatan usus dengan beberapa mekanlsme

seperti mempertahankan penghalang (baniel) terhadap pengkolonian oleh bakteria

patogen, menghalang pertumbuhan patogen (mungkin dengan menghasilkan

bakteriosin), bersalng nutrisi dengan patogen, dan menlngkatkan respon 1m un usus

oleh perhubungan dengan hos melalui mukosa. Menurut Isolauri etal (2002b) dalam

Remade dan Reusens (2004), probiotik boleh didefinisikan sebagai mikrobial kultur

spesifik yang hidup atau tidak aktif yang mempunyai target yang dldokumentasikan

dalam mengurangkan risiko penyakit manusia atau dalam rawatan tambahan mereka.

8

2.1.3 Penerimaan Makanan Berfungsi

a. Pembolehubah Sosio-Demografi

Menurut Frewer dan Trijp (2007), keputusan peranan jantlna, umur dan pendidikan

adalah berbeza antara satu sama lain. Berdasarkan kepada sesetengah kajian,

kumpulan yang sangat positlf terhadap makanan berfungsi adatah wanita (Bogue dan

Ryan, 2000; Poulsen, 1999; Urala et aI., 2003) dan pengguna umur pertengahan atau

lanjut (Bogue dan Ryan, 2000; Poulsen, 1999) sepertl yang terdapat dalam Frewer

dan Trijp (2007). Dalam sesetengah kajian juga ada yang menunjukkan bahawa tlada

perbezaan sepertl yang dinyatakan oleh Verbeke (2005) dalam Frewer dan Trijp

(2007) atau perbezaan yang ditunjukkan adalah produk-spesifik sepertl yang

dinyatakan oleh de long et al. (2003) dan Urala et al. (2003) dalam Frewer dan Trijp

(2007).

Faktor motlvasi berkaitan dengan fungsi-fungsi yang dijanjikan mendorong

kepada hasil kajian. Urala et at. (2003) dalam Frewer dan Trijp (2007) menyatakan

wanita adalah lebih memberi respon kepada produk-produk yang berhubungan

dengan kanser payudara manakala Hilliam (2002) dalam Frewer dan Trijp (2007) pula

menyatakan bahawa lelaki lebih memberi respon kepada produk-produk yang

merendahkan risiko kanser prostat. de long et al. (2003) dalam Frewer dan Trljp

(2007) menunjukkan bahawa kaum wanita di Netherlands lebih suka mengambil

makanan yang mempunyai ekstra kalstum, tetapi perbezaan diantara jantlna adalah

keeil. Dalam kajian yang sama juga, golongan yang berumur 65 tahun dan keatas

merupakan

9

Rozin et ill. (1999) dalam Frewer dan Trijp (2003) menyatakan bahawa

walaupun perempuan secara amnya lebih mempunyai kesedaran kepada kesihatan,

pembolehubah sosio-demografi tidak menunjukkan faktor yang kukuh dalam

menjelaskan tindak balas pengguna terhadap konsep makanan berfungsi. Tambahan

lagi, kepercayaan terhadap faedah kesihatan dan ahli keluarga yang sa kit

menambahkan lagi penerimaan terhadap makanan berfungsi, seperti yang dinyatakan

oleh Verbeke (2005) dalam Frewer dan Trijp (2007). Apabila asas motivasi diambll

kira, perbezaan sosio-demografi mungkin wujud tetapi adalah dalam kadar yang kedl

(Frewer dan Trijp, 2007).

b. Penerimaan Terhadap Pelbagal Jenis Perakuan

Menurut Bogue dan Ryan (2000) dan Bech-Larsen et al. (2001) dalam Frewer dan

Trijp (2007), pengguna semakin menyedari makanan yang memiliki faedah kesihatan

padanya. Untuk memilih makanan berfungsi, pengguna harus menyedari faedah

kesihatan yang ditawarkan oleh makanan terse but, tetapi pengetahuan itu sendiri

tidak cukup untuk keinginan bagi menggunakan produk tersebut. Faktor penting

dalam melihat dan menerima mesej yang berkaitan dengan kesan kesihatan dari

makanan adalah motivasi responden (Frewer dan Trijp, 2007).Frewer et at. (1997)

dalam Frewer dan Trijp (2007) menyatakan bahawa penerimaan terhadap makanan

baru bergantung pada manfaat makanan tersebut kepada pengguna.

Bech-Larsen et al. (2001) dalam Frewer dan Trijp (2007) menunjukkan dalam

kajtan nntas budaya (cross-cultural) yang dilakukan di Denmark, Finland dan Amerlka

Sya ri kat, pengaruh yang paling menarik agi makanan berfungsi adalah kesihatan

jantung atau penyakit jantung dengan peratusan sebanyak 54-59%, pencegahan

kanser perut sebanyak 34-48% bergantung pada negara, dan meningkatkan sistem

Imun tubuh sebanyak 36-39% dari responden.

10

Beberapa kajian telah melihat sama ada jenis perakuan mendorong respon

pengguna. Mengikut Concumers' Association (2000) dalam Frewer dan Trijp (2007), di

United Kingdom, perakuan yang menjanjikan peningkatan kesihatan menerima

penerimaan lebih tinggi dari perakuan yang menjanjikan pencegahan penyakit.

Berbeza pula dengan penemuan yang sebelumnya oleh Urala et al. (2003) dan van

Kleef et al. (2005) dalam Frewer dan Trijp (2007) yang mendapati bahawa pengguna

(n=50) nampaknya mencari parakuan yang menjanjikan pengurangan risiko penyakit

yang lebih menarik dartpada perakuan untuk meningkatkan fungsi flsiologi. Namun,

terdapat interaksi di antara manfaat dan persekitarannya.Dengan perakuan

pengurangan risiko penyakit jantung meningkatkan keinginan untuk membeli produk,

perakuan untuk tahap tenaga menunjukkan hasil yang sebaliknya.

c. Faktor Motinsl

Bech-Larsen dan Grunert (2003) dalam Frewer dan Trijp (2007) menyatakan sikap

pengguna terhadap makanan berfungsi berbeza antara negara-negara.Di Rnland,

sikap pengguna adalah lebih positif daripada di Amerika Syarikat, dan Denmark

mempunyai kedudukan sikap yang terendah. Menurut Urala dan llihteenmaki (2007)

dalam Frewer dan Trijp (2007), dalam kajlan yang telah dijalankan semasa musim

bunga 2004, sikap pengguna terhadap makanan berfungsi mempunyai empat

dimensi. Penentu yang terkuat dalam keinginan untuk menggunakan makanan

berfungsi ialah dengan menganggap sebagai hadiah peribadi terhadap diri sendiri

dengan memilih pilihan berfungsi.

11

Cox et al. (2004) dalam Frewer dan Trijp (2007) menyatakan keyakinan dan

rasa perlu untuk kesan kesihatan yang dijanjikan adalah motivator penting untuk

memberikan perhatian kepada makanan berfungsi.Kepercayaan diri seseorang dalam

keberkesanan produk bersama-sama dengan faktor percaya diri merupakan penentu

yang kuat untuk niat bagi memilih produk makanan berfungsi.Verbeke (2005) dalam

Frewer dan Trijp (2007) juga menyatakan bahawa kepercayaan pada faedah

kesihatan meningkatkan lagi penerimaan terhadap konsep makanan berfungsi.

Tambahan lagi, keperluan di dalam persekitaran yang tertutup seperti ahli keluarga

yang sakit menambahkan lagi penerimaan konsep makanan berfungsi.

2.2 Jantlna

Mengikut Buckingham (2000), penerangan tentang jantina secara ringkasnya ialah

pembangunan sosial yang terancang sekitar seks secara biologi. Gregson et al. (1997)

dalam Buckingham (2000) mengatakan seseorang itu lahir sebagal lelaki dan

perempuan tetapi mendapat masa lebih bagi identiti jantina, yang mana ini

bennaksud untuk menjadi lelaki dan perempuan.

2.2.1 Perbezaan Jantina Dalam Pamilihan Makanan

Seseorang itu makan kerana mereka memer1ukan khasiat dari makanan

tersebut.Selain itu adalah kerana makan mempunyai fungsi sosial, dan untuk

kebanyakan orang, makan boleh menghasilkan satu respon deria hedonik.Perbezaan

diantara lelaki dan perempuan tentang pemilihan makanan boleh dllihat dari tiga

situasi tersebut (Frewer dan Trijp, 2007).

12

Lupton (1996), Fagerli dan Wandel (1999), dan Backstrom et 81. (2004) dalam

Frewer dan Trijp (2007) menyatakan bahawa wanita yang memllih makanan

berkhasiat dan sihat didorong oleh peranan mereka sebagai penyedia utama dalam

suatu isi rumah. Telah menjadi tugas utama mereka untuk memastikan kesihatan ahli

keluarga dalam isi rumah tersebut.Walau bagaimanapun, Berg (2005) dalam Frewer

dan Trijp (2007) menyatakan bahawa terdapat juga perbezaan dari segi pemakanan

wanita dan lelakl walaupun mereka tinggal di dalam isi rumah sendirian (single

household). Wanita lebih cenderung mengambil buahan segar, sayur-sayuran, dan

ikan berbanding lelakl yang mengambil roti, bijirin, dan daging.

Warder et 81. (2004) dalam Frewer L. dan Trijp (2007) menemui bahawa lelakl

tidak bermaksud untuk makan secara tidak sihat atau mempunyai attitud pemakanan

yang tidak sihat.Pemilihan makanan mereka merupakan kesan daripada tahap ambil

berat yang rendah tentang aspek kesihatan pemilihan diet berbanding wanita. Hunt et

81. (1997), Turrell (1997), Schafer et 81. (1999) dalam Frewer dan Trijp (2007)

menyatakan secara amnya, wanita lebih berminat untuk memperolehi maklumat

kesihatan berbanding lelakl dan mereka juga lebih kerap mematuhi garis panduan

dalam pemilihan makanan serta lebih kerap mengambil kira aspek kesihatan makanan

apabila mereka membuat pilihan.

13

RUJUKAN

Arai 5. 1996. Studies on Functional Foods in Japan - States of The Aft. Bioscience Biotechnology Biochemisby. Vol. 60. Page 9-15.

Albers 5. 2005. Mindful Eating 101: A Guide to Healthy Eating In College and Beyond. New York: CRC Press

Arnoldi A. 2004. Functional Foods, Cardiovascular Dieaseas, and Diabetes. Washington: Woodhead Publishing.

Bech-Larsen T., Grunert KG. 2003. The Perceived Healthiness of Functional Foods: A Conjoint Study of Danish, Rnnish and American Consumers' Perception of Functional Foods~ Appetite. Vol. 40. Page 9-14.

Bech-Larsen T., Grunert KG., Poulsen JB. 2001. The Acceptance of Functional Foods in Denmark, Rnland, and The United States. Working Paper No. 73, MAPP, Aarhus, Denmark.

Bogue J. & Ryan M. 2000. Mari<et-oriented New Product-Development: Functional Foods and The Irish Consumer. Agribusiness Discussion Paper No. 27. University College Cork.

Buckingham-H. 5. 2000. Gender and Environment United Kingdom: Routledge.

Council of Europe. 1999. Forum on Functional Food: Proceedings: Strasbourg, Council of Europe. New York: Council of Europe.

De Jong N, Ocke MC, Branderhorst HAC, & Frlele R. 2003. DemographIc and Ufestyle Characteristics of Functional Food Consumers and DIetary Supplement Users. British Journal Nutrition. Vol. 89. Page 273-281.

Diplock A.T., Aggett P.J., Ashwell M., Bornet F., Fern EB., & Robertfrold MB. 1999. Scientific Concepts of Functional Foods In Europe: Consensus Document British Journal Nutrition. Vol. 81 (4). Page 51-527.

Drummond K.E. & Brefere L.M. 2006. Nutrition for FoodselVlce and CuI/nary Professionals. 6th Edition. USA: John Wiley and Sons.

European Food Information Council. 2006. Examples of functional foods. http://www.eufic.orgjarticlejenjpagejBARCHIVE/expldjbasics-functional-foodsj

57

Fah L.Y. &. Hoon K.C. 2009. Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer Dengan SPSS 16.0 for Windows: Selangor: Venton Publishing.

Freedman P. H. 2007. Food: The History of Taste. Volume 21 of California Studies in Food &. Cultured. New York: University of California Press.

Frewer L., Scholderer J., Lambert N. 2003. Consumer Acceptance of Functional Foods: Issues for 717e Future. British Food Journal. Vol. 105. Page 714-731.

Frewer L. &. Trijp H. 2007. Understanding Consumers of Food Product. New York: Woodhead Publishing Umitied &. eRe Press LLC.

Gibson G.R. and Williams C.M. 2000. Functional Foods: Concept to Product. New York: Woodhead Publishing.

Hasler C.M. 1998. Joumal of Food Technology: Functional Foods: 717eir Role in Disease Prevention and Health Promotion. Washington: Illinois.

Hasler C.M. 2002. 717e American Society for Nutritional Sciences Joumal Nutrition: Functional Foods: Benefits, Concems and Challenges-A Position Paper from the American Coundlon Science and Health. Washington: Illinois.

Hilliam M. 2002. Functional Food Update. The World of Food Ingredients. Page 52-53.

Hurst W.J. 2002. Methods of Analysis for Functional Foods and Nutraceuticals. New York: CRe Press.

International Food Information Council Foundation. 2004. Food for Thought and Supporting of Diet, Nutrition, and Food Safety 1995-2003. Available from: www.ific.org.

Jayanti RK &. Bums AC. 1998. The Antecedents of Preventive Health care Behavior: An Empirical Study. J Acad Mark Sci 26: 6-15.

Kim J. Y., Kim D. B., &. Lee H. L. 2008. Regulations on Health/ Functional Foods in Korea. Nutraceutical &. Functional Food Regulations In The United States and Around The World. Korea: Academic Press.

Labrecque JA., Doyon M., ellavance F., &. Kolodinsky J. 2006. Acceptance of Functional Foods: A Comparison of French, American, and French canadIan Consumers. Canadian Journall of Agricultural Economics. Vol. 54 (4). canada: Blackwell-Synergy.

58

Natow A. B. & Heslin J. Ann. 1984. Nutrition for the Prime of Your Life. New York: McGraw-Hili.

Piaw C.Y. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan Buku 1. Kuala lumpur: McGraw-Hili education.

Pitman 5., Reinhardt W. 2000. Functional Foods: Attitudinal Research. International Food Information Council (IFIC) Foundation, September. Available from: http://www.ific.org.

Poulsen JB. 1999. Danish Consumers Attitudes Towards Functional Foods. MAPP Working Paper No. 62, MAPP, Aarhus, Denmark.

Remade C. & Reusens B. 2004. Functional Foods, Ageing and Degenerative Disease. New York: Woodhead Publishing.

Rozin P., Rschler C., Imada 5., Sarubin A., Wrzesniewski A. 1999. Attitudes To Food and nte Role of Food In Life In nte USA, Japan, Flemish Belgium and France: Possible Implication To Diet-Health Debate. Appetite. Vol. 33. Page 163-180.

Schmidt D., & Pitman S. 1999. Functional Foods: Attitudinal Research. International Food Information Council (IFIC). Available from: htt:p://WWN.ificinfo.org.

Schutz HG. 1989. Beyond Preference: Appropriateness as A Measure of Contextual Acceptance of Food. Eisvier Applied Science Publishers: USA.

Sabal J. 1998. Food Quality & Preferance. Cultural Comparison Research Designs in Food Eating, and Nutrition. Vol. 9 (6). Britain: Elsevier Science ltd.

Sloan AE. 2000. nte Top Ten Functional Food Trends. Journal of Food Technology. Vol. 54. Page 33-62.

Sloan AE. 2002. nte Top Ten Functional Food Trends: The Next Generation. Food Technology 56: 32-56.

Teratanavat R. & Hooker N. H. 2006. Consumer Valuations and Preference Heterogeneity for a Novel Functional Food. Journal of Food Science. Vol. 71(7). Chicago, USA: Institute of Food Technologies.

Urala N. Uihteenmaki L 2003. Reasons Behind Consumers' Functional Food Choices. Nutritional Food Science. Vol. 33. Page 148-158.

59

Urala N. Uihteenmaki L. 2007. Consumers Changing Attitudes Towards Functional Foods. Food Quality Preferences. Vol. 18. Page 1-12.

Unnecehr L, Hasler C. 2000. Health Oaims and Labeling Regulation: How Will Consumers Leam About Functional Foods? AgBioForum 3: 10-13.

Verbeke W. 2005. Consumer Acceptance of Functional Foods: Sosio-Demographlc, Cognitive and AttitUdinal Detenninants. Food Quality Preferences. Vol. 16. Page 45-57.

Vernon M. 2002. Business: The Key Concepts. United Kingdom: Routledge.

Wansink B. 2004. Environmental Factors That Increase The Food Intake and Consumption Volume on Unknowing Consumers. Annual Review of Nutrition. Vol. 24. Page 455-479.

60