Definisi Kajian Tindakan-k3

19
PERBEZAAN KAJIAN TINDAKAN DENGAN KAJIAN-KAJIAN YANG LAIN Definisi Kajian Tindakan Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Usahasama (Pengetua sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaik amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan. Latar Belakang kajian Tindakan Konsep Kajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli psikologi sosial yang bernama Kurt Lewin pada tahun 1946. Beliau mulai menggunakan pendekatan Kajian Tindakan selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dalam komuniti dan mengutamakan dua idea Kajian Tindakan yang penting iaitu:· Keputusan kumpulan Komitmen kepada peningkatan kerja. Kedua-dua idea ini merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan usaha kolaboratif atau usaha sama kumpulan dan meningkatkan mutu prestasi kerja (Kemmis dan McTaggart:1988). Pada tahun 1953, Idea Lewin diperkembang 1

Transcript of Definisi Kajian Tindakan-k3

Page 1: Definisi Kajian Tindakan-k3

PERBEZAAN KAJIAN TINDAKAN DENGAN KAJIAN-KAJIAN

YANG LAIN

Definisi Kajian Tindakan

Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Usahasama (Pengetua

sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam

usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini

dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaik amalan kerja,

menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion

keguruan.

Latar Belakang kajian Tindakan

Konsep Kajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli  psikologi sosial yang

bernama Kurt Lewin pada tahun 1946. Beliau mulai menggunakan pendekatan Kajian

Tindakan selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah

dalam komuniti dan mengutamakan dua idea Kajian Tindakan yang penting iaitu:·

Keputusan kumpulan

Komitmen kepada peningkatan kerja.

Kedua-dua idea ini merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan usaha

kolaboratif atau usaha sama kumpulan dan meningkatkan mutu prestasi kerja (Kemmis

dan McTaggart:1988). Pada tahun 1953, Idea Lewin diperkembang oleh Stephen Corey

di Teachers College, Columbia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan

yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah. John Elliot (1976) dan rakan-rakannya

pula menggunakan kaedah ini dalam Ford Teaching Project di United Kingdom sebagai

pendekatan membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah.

 Di Eropah, Kajian Tindakan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha perubahan

dan peningkatan mutu pendidikan di sekolah. Kemmis dan McTaggart telah

1

Page 2: Definisi Kajian Tindakan-k3

mengembangkan Kajian Tindakan di Australia sebagai alat impirikal dan sistematik

untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah (Kemmis dan McTaggart:1988).

Senario Kajian Tindakan di Malaysia

Kementerian Pendidikan, khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan (BPPDP/EPRD) telah memulakan inisiatif untuk membudayakan Kajian

Tindakan di sekolah melalui aktiviti Sub-Program 4, iaitu Penyelidikan Pendidikan di

bawah program yang dikenali sebagai ‘Programme for Innovation, Excellence and

Research (PIER)‘. Program pembiayaan Bank Dunia ini bermula pada tahun 1993

sehingga 1996 dengan mengadakan kursus-kursus Kajian Tindakan kepada guru-guru di

seluruh Malaysia serta menyediakan peruntukan untuk menjalankan projek Kajian

Tindakan di sekolah-sekolah. Sebanyak 741 projek Kajian Tindakan telah berjaya

dilaksanakan oleh guru-guru sepanjang program PIER.

Selain usaha BPPDP/EPRD, terdapat universiti-universiti tempatan dan maktab-maktab

perguruan di bawah Bahagian Pendidikan Guru yang terlibat dalam membantu dan

memberikan sokongan kepada guru-guru dalam usaha mereka mengkaji dan menyelidik

isu dan masalah di dalam bilik darjah dan sekolah. Antaranya termasuklah  Pusat

Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia dan Maktab Perguruan

Temenggong Ibrahim.

2

Page 3: Definisi Kajian Tindakan-k3

Perbandingan antara kajian tindakan dengan kajian lain yang berbentuk formal

Topik Penyelidikan Formal Penyelidikan Tindakan

Latihan yang diperlukan oleh penyelidik

Ekstensif, meluas Cara sendiri atau dengan rundingan

Matlamat penyelidikanPengetahuan yang boleh digeneralisasikan

Pengetahuan yang diaplikasikan kepada keadaan spesifik

Kaedah untuk mengenalpasti permasalahan

Kajian penyelidikan yang lalu Permasalah atau matlamat yang sedang dihadapi

Prosedur untuk kajian literatur Ekstensif, menggunakan sumber primer

Sepintas lalu, menggunakan sumber sekunder

Pendekatan persampelan Rambang atau persampelan perwakilan

Pelajar atau klien yang ada kaitan dengan kerja pengkaji

Desain penyelidikan Kawalan ketat, jangka masa panjang

Prosedur longgar, boleh ubah semasa kajian, jangka masa semasa, kawalan melalui triangulasi

Prosedur Pengkukuan Penilaian dan ukuran praujian Ukuran yang mudah atau ujian piawai

Analisis DataUjian statistiks; teknik kualitatif & kuantitatif

Fokus pada kesignifikanan praktikal, bukan statistiks; menyembahkan data mentah

Aplikasi hasil dapatan Penekanan kepada signifikan teori

Penekanan kepada signifikan praktikal

KAJIAN TINDAKAN

3

Page 4: Definisi Kajian Tindakan-k3

Tujuan Kajian Tindakan

Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers,

students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to

improve the rationality and justice of : a. their social or educational practices; b. their

understanding of these practices, and c. the situations (and institution) in which these

practices are carried out

(Carr dan Kemmis :1986)

Car dan Kemmis menyatakan terdapat dua tujuan penting Kajian Tindakan iaitu

memperbaiki dan melibatkan diri. Terdapat tiga matlamat yang hendak dicapai iaitu

memperbaiki, mendalami dan memahami amalan. Amalan-amalan ini dapat dilakukan

dalma empat fasa iaitu merancang, melaksana, menilai dan mereflek. Tujuan umum

kajian tindakan ini ialah memperbaik amalan kerja, menambah kefahaman baharu dan

meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan.

Tujuan-tujuan Kajian yang lain ialah

1. Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung denganamalan

pengajaran dan pembelajaran.

2. Memperkembangkan kemahiran profesional guru khususnya mengenalpasti

teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan.

3. Memberi peluang untuk mengukuhkan asas pengetahuan profesion perguruan.

4. Menyelesaikan masalah-masalah profesional tanpa arahan luar.

5. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin.

6. Meningkatkan amalan-amalan profesional. Dengan ini guru mempunyai

hakmilik dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan dan diberikan

kuasa untuk membuat keputusan.

7. Membawa pembaharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha

sendiri.

4

Page 5: Definisi Kajian Tindakan-k3

8. Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha perkongsian pengalaman.

Ini dapat memperbaiki prestasi kerja.

9. Memberi peluang kepada guru untuk menjadi agen perubahan dengan

membuat analisis kekuatan dan kelemahan.

Rekabentuk Kajian Tindakan

Rekabentuk kajian tindakan adalah berbeza daripada kajian konvensional. Ini kerana

kajian tindakan dijalankan di sekolah adalah untuk kegunaan dan dilakukan oleh guru-

guru yang bertujuan untuk mengkaji berkaitan dengan pelbagai aspek dalam pendidikan

seperti pedagogi. Ini adalah bertujuan untuk memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Rekabentuk kajian tindakan juga adalah

berbeza berdasarkan sekolah-sekolah.

Rekabentuk kajian tindakan terbahagi kepada beberapa bahagian atau peringkat. Di

dalam laporan akhir kajian tindakan rekabentuk kajian di letakkan di bahagian

metodologi iaitu bahan dan kaedah kajian dijalankan. Pada peringkat awal rekabentuk

kajian tindakan, tinjauan awal perlu dilakukan yang bertujuan untuk mendapatkan

maklumat awal sebelum sesuatu kajian itu dijalankan.

Tinjauan awal

Tinjauan awal dilakukan dengan mengumul data-data yang diperolehi daripada beberapa

cara seperti boring-borang selidik, pemerhatian terhadap reaksi pelajar semasa guru

sedang mengajar dan analisi keputusan yang diperolehi.

Merancang

Seterusnya ialah merancang bagaimana kajian hendak dijalankan. Kemudian

menjalankan ujian pra ujian kepada pelajar untuk menguji tahap kefahaman mereka. Ini

penting untuk menguji samaada kaedah yang hendak dikaji itu berkesan atau tidak.

Berkesan atau tidak sesuatu kajian, adalah bergantung kepada perbezaan keputusan yang

5

Page 6: Definisi Kajian Tindakan-k3

didapati adalah lebih baik daripada pra ujian. Pemerhatian juga dijalankan terhadap

kaedah dan amalan guru mengajar serta reaksi pelajar semasa guru mengajar.

Pelaksanaan Tindakan

Perlaksaan tindakan dijalankan selepas semua data dan pra ujian dilakukan. Ujian

dilakukan terhadap sampel-sampel yang telah ditetapkan.

Tindakan yang di jalankan

Tindakan kemudian dijalankan dengan mengambil sesuatu topik yang telah diajar

sebelum ini. Ini untuk memastikan sesuatu kajian itu lebih berkesan. Sebagai contoh ujian

kajian penggunaan kaedah pengajaran dengan teknik simulasi, syarahan dan penceritaan

dengan mengambil satu topik asas mata pelajaran sejarah tingkatan 1 iaitu Kerajaan Awal

di Asia Tenggara. Kemudianya topok ini diajar dengan menggunakan ketiga-tiga teknik

tesebut. Selepas tamat bab diajar dengan ketiga-tiga teknik tersebut, para pelajar akan

menduduki satu ujian untuk menilai keberkesanan teknik-teknik pengajaran.

Pemerhatian dan kesimpulan

Pemerhatian dan kesimpulan diambil selepas keputusan ujian telah dianalisis. Sebagai

contoh teknik yang paling berkesan digunakan adalah teknik simulasi. Ini kerana pelajar

lebih berminat untuk mengikuti sesi pengajaran yang mempunyai banyak aktiviti dan

berinteraksi mengeluarkan pendapat dan cadangan. Kemudianya pemerhatian dilakukan

untuk melihat respon pelajar terhadap apa yang di ajar oleh guru.

Dapatan Kajian

Dapatan Kajian adalah apa yang telah didapati melalui kajian yang telah dijalankan

berdasarkan rekabentuk kaiian.

Subjek Kajian Tindakan

6

Page 7: Definisi Kajian Tindakan-k3

Seperti mana yang diketahui, keistimewaan kajian tindakan yang membezakannya

dengan kajian konvensional ialah penyelidik terlibat secara langsung dalam kajian

sebagai salah satu subjek kajian. Ianya berfungsi sebagai penyelidik dan juga subjek atau

entiti yang dikaji. Jika kajian konvensional, penyelidik hanya bertindak sebagai

penyelaras atau individu yang berkecuali, kajian tindakan sebakilnyha.

Seperti juga kajian lain, kaedah pensampelan penting bagi mendapatkan data kerana

dalam kuantiti subjek yang banyak, penyelidik mempunyai halangan dan batasan untuk

mungumpul data secara keseluruhan. Terdapat tiga kaedah yang diguna pakai dalam

kajian tindakan (Blum dan Fook, 1986; Cohen dan Manion, 1989; Kerlinger, 1986 dan

Black, 1993)

1. seluruh populasi: kesemua individu dalam sesuatu organisasi yang dikaji terlibat.

Contoh kelas.

2. sampelan rawak:

a. sampel mudah:

b. sampel susun lapis (strata)

c. kelompok

d. kelompok atas kelompok

3. sampelan tidak rawak

a. sampelan bertujuan

b. sampelan kuota

c. sampelan sukarela

Perkaedahan Kajian Tindakan

Penyelidikan dilakukan dalam situasi sebenar dan analisis hasil kajian bersifat kualitatif

dan teknik deskriptif

Perkara-perkara penting yang perlu ada dalam perkaedahan kajian tindakan

1. Rekabentuk kajian

7

Page 8: Definisi Kajian Tindakan-k3

- nyatakan sama ada tinjauan, pemerhatian, experimental, temubual, soal

selidik dan lain-lain lagi serta rasionalnya merujuk kepada objektif kajian.

-maklumat penting yang perlu ada dalam rekabentuk kajian ini ialah jenis data

dan bagaimana untuk mendapatkan data seperti berjumpa dengan responden.

2. Tempat Kajian

- Nyatakan tempat kajian dan rasionalnya memilih tempat tersebut.

3. Sampel Kajian

-Klien yang ada kaitan dengan pengkaji termasuklah pengkaji itu sendiri

4. Batasan Kajian

-Batasan kajian adalah mengenai perkara-perkara yang menghadkan kajian

tindakan dilakukan secara ideal.

5. Instrumen Kajian

-Alat yang hendak digunakan dalam kajian tersebut dalam mendapatkan data

contohnya seperti kertas ujian, pita rakaman, borang soal selidik dan bahan

bantuan mengajar.

6. Analisis data

-Analisis data boleh dipersembahkan dalam bentuk deskriptif

7. Jangkamasa kajian

- Tempoh waktu yang digunakan dalam menjalankan kajian supaya

maklumbalas sah dan boleh dipercayai.

Laporan Kajian Tindakan

Laporan kajian tindakan di buat selepas selesai sesuatu kajian dijalankan. Ini bertujuan

untuk dijilid dan disimpan di dalam simpanan sama ada fail ataupun komputer. Ini adalah

untuk memastikan laporan ini dapta digunakan oleh guru-guru yang akan datang untuk

8

Page 9: Definisi Kajian Tindakan-k3

mendapatkan rujukan dan maklumat di dalam pelbagai aspek berkaitan dengan

pendidikan.

Selain itu, laporan kajian tindakan mestilah dalam bentuk yang mudah difahami dan tidak

terlalu saintifik. Antaranya dari segi bahasa, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

negara adalah yang paling sesuai kerana ia dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat

Malaysia.

Pengenalan

Pengenalan membincangkan latar belakang sesuatu kajian dan berkaitan dengan sampel

yang hendak dikaji.

Objektif

Menjelaskan tujuan sesuatu kajian tindakan itu dijalankan.

Metodologi

Bahagian ini adalah menjelaskan berkaitan dengan rekabentuk yang telah digunakan.

Bermula dari tinjauan awal hingga ke dapatan kajian.

Analisis Data dan Keputusan

Data-data yang didapati dianalisis untuk mendapatkan keputusan.

Rumusan dan cadangan

Disini pengkaji akan merumuskan semua dapatan dan analisis serta keputusan yang

didapati. Kemudianya pengkaji akan mencadangkan beberapa cadangan yang baik dan

sesuai digunakan.

Rujukan

Bahagian yang menyenaraikan sumber-sumber rujukan yang digunakan.

Lampiran

9

Page 10: Definisi Kajian Tindakan-k3

Bahagian akhir yang melampirkan bahan-bahan yang telah digunakan.

KAJIAN KONVENSIONAL

Tujuan Kajian Konvensional

Tujuan menjalankan kajian konvensional adalah untuk membuat generalisasi dan

meguji teori serta menjelaskan prinsip. Sama seperti kajian tindakan, kajian konvensional

digunakan dalam membuat keputusan. Kajian ini biasanya dibuat di peringkat atasan.

Namun penggunaannya adalah meluas. Ia boleh digunakan diperingkat pengurusan

sehingga keperingkat pelaksanaan. Contoh kajian-kajian konvensional adalah seperti

Model Pengajaran Glasser, Model Pengajaran SIM, Model Pengajaran Taba, Model

Pengajaran Suchmann, Model Pengajaran ADDIE, Model Pengajaran ASSURE dan

pelbagai lagi.

Rekabentuk Kajian Konvensional

Reka bentuk kajian adalah merupakan semua perkara atau item yang mesti

terkandung dalam sesuatu ujian. Ia adalah terdiri daripda objektif, metodologi, fokus

kajian dan sebagainya.

Kajian konvensional adalah merupaka kajian yang dilakukan berdasarkan sorotan

kajian lain atau sesuatu kajian yang dilakukan untuk menguji sesuatu teori dan

sebagainya. Ia berbeza dengan kajian tindakan yang mana kajian dilakukan untuk

memperbaiki Sesuatu tindakan guru dan murid bagi memperbaiki mutu pengajaran dan

pembelajaran.

Perbezaan yang ketara antara kajian konvensional dan kajian tindakan adalah dari

segi rekabentuk yang menekankan aspek objektif. Dimana objektif kajian konvensional

telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum kajian dijalankan. Kaedah yang digunakan

10

Page 11: Definisi Kajian Tindakan-k3

adalah tetap dan sukar untuk di ubah semasa kajian. Berbanding dengan kajian tindakan

objektif dan kaedah boleh berubah dari masa ke semasa.

Subjek Kajian Konvensional

Dalam kajian konvensional pengkaji atau penyelidik tidak boleh dijadikan sebagai subjek

kajian seperti mana yang dilakukan dalam kajian tindakan. Pengkaji hanya bertindak

sebagai orang luar yang menyelidik permasalahan yang berlaku dalam masyarakat.

Subjek kajian dalam kajian konvensional adalah berdasarkan kepada sampel yang dipilih

oleh pengkaji tersebut. Proses persampelan akan dijalankan untuk mendapatkan subjek

kajian yang diinginkan. Proses persampelan adalah satu tindakan memilih sampel

daripada populasi tertentu yeng telah ditetapkan. Melalui sampel tersebut satu

kesimpulan boleh dibuat untuk mewakili keseluruhan populasi. Terdapat pelbagai jenis

persampelan yang digunakan dalam kajian konvensional antaranya adalah persampelan

rawak mudah, persampelan snow ball, persampelan kumpulan, persampelan mudah,

persampelan kelompok dan persampelan bersistem.

Laporan Kajian Konvensional

Sesuatu kajian akan menghadirkan keputusan yang mana ia akan membantu

pengkaji untuk membuat keputusan. Justeru itu ia mestilah boleh diterjemahkan oleh

semua pembaca untuk dijadikan rujukan atau sorotan kajian akan datang.

Hal ini tidak berlaku pada kajian konvensional yang mana pengkaji dan pembaca

memerlukan pengetahuan yang khusus untuk menterjemahkan maklumat, seperti data

statistik yang memerlukan pembaca mahir dengan statistik. Boleh dikatakan hasil data

yang diperolehi darioada kajian konvensional adalah berbentuk data mentah dan perlu

diterjemahkan kedalam bentuk lain supaya ia boleh di baca oleh orang lain. Seperti

daripada data analitikal ditukar menjadi huraian yang biasa dan mudah.

11

Page 12: Definisi Kajian Tindakan-k3

Perkaedahan Kajian Konvensional

Berbanding kajian tindakan yang hanya memerlukan hanya analisis ringkas, nilai

kajian konvensional banyak bergantung kepada metodologi sofistikated. Teknik

persampelan dan analisis statistik yang canggih digalakkan untuk memperkukuhkan nilai

data yang dikutip. Tidak seperti kajian tindakan yang hanya memerlukan maklumbalas

ringkas seperti refleksi responden contohnya, kajian konvensional pula memerlukan

eksperimen secara terperinci dilakukan dan hasil keputusan dinyatakan secara teknikal.

RUMUSAN

Perbezaan Kajian Tindakan dengan Kajian-kajian lain

• Tujuan

• Reka bentuk Kajian

• Subjek Kajian

• Perkaedahan Kajian

• Laporan Hasil Kajian

Tujuan

Kajian Bersifat Kuantitatif

membuat generalisasi dan menguji teori serta menjelaskan prinsip

Kajian Tindakan

guru memperbaiki amalannya sendiri dan membentuk teori peribadi yang praktis dan

kritis

Rekabentuk Kajian

Kajian Bersifat Kuantitatif

ditetapkan terlebih dahulu sebelum kajian dibuat

Kajian Tindakan

boleh diubah suai berdasarkan keadaan dan keperluan situasi sebenar di sekolah

12

Page 13: Definisi Kajian Tindakan-k3

Subjek Kajian

Kajian Bersifat Kuantitatif

penyelidik bukan subjek kajian. Subjek kajian adalah sampel yang dipilih

Kajian Tindakan

penyelidik adalah sebahagian daripada subjek kajian. Maklumat kajian diperolehi secara

langsung daripada subjek kajian

Perkaedahan Kajian

Kajian Bersifat Kuantitatif

nilai penyelidikan bergantung kepada teknik persampelan dan analisis statistik yang

canggih

Kajian Tindakan

penyelidikan dilakukan dalam situasi sebenar dan analisis hasil kajian bersifat kualitatif

& teknik deskriptif

Laporan Hasil Kajian

Kajian Bersifat Kuantitatif

bersifat teknikal dan guru memerlukan pengetahuan yang khusus untuk memahaminya

Kajian Tindakan

menggunakan bahasa yang mudah difahami guru

13