Definisi Kaunseling Kelompok

download Definisi Kaunseling Kelompok

of 10

Transcript of Definisi Kaunseling Kelompok

  • 7/27/2019 Definisi Kaunseling Kelompok

    1/10

    Definisi Kaunseling Kelompok :

    1. Corey dalam bukunya Theory Practice of Group Counselling.- tujuan kaunseling kelompok ialah pencegahan dan juga pengubatan.- kaunseling kelompok mempunyai satu matlamat yang tertentu sepertipembelajaran,kerjaya, masalah peribadi atau sosial.- ia mementingkan perhubungan individu yang menekankan tentang kelakuan, fikiran,perasaan secara sedar.- isi dan fokus perbincangan ditentukan oleh para peserta.

    2. Pandangan Gazdar dan kawan-kawan (1967)- kaunseling kelompok ialah satu-satunya proses perhubungan individu yang dinamikberasaskan fikiran dan kelakuan secara sedar.- nilai terapinya tertakluk kepada percaya mempercayai satu sama lain, penerimaan, fahammemahami serta kerjasama dalam kumpulan.- fungsi terapi timbul dalam satu kumpulan yang kecil dimana peserta berkongsi masalahperibadi bersama kaunselor serta rakan sebaya yang lain.

    3. Pandangan Gibson dan rakan-rakan (1981) dalam Introduction to Guidance.- Kaunseling kelompok boleh dilihat sebagai penyesuaian diri yang rutin atau pengalamanperkembangan diri yang disediakan dalam satu kumpulan.- fokus kaunseling kelompok ialah menolong peserta menghadapi penyesuaian danperkembangan diri seharian seperti perubahan kelakuan, membaiki kemahiran, perubahansikap dan nilai, kerjaya atau membuat keputusan dalam hidup.

    Matlamat Kaunseling Kelompok

    1. untuk menolong setiap peserta mengenali dan memahami diri masing-masing.2. peserta dapat menerima diri sendiri dan menganggap dirinya manusia berguna.

    3. untuk membina kemahiran berfikir serta kemahiran berkomunikasi dikalangan peserta.4. untuk membina kepekaan terhadap keperluan orang lain. hasilnya bertanggungjawabterhadap kelakuan sendiri.5. menambah kebolehan mengatasi masalah, membuat keputusan dan mencapai tujuanhidup dunia akhirat.6. menolong peserta membina kemahiran mendengar secara empati untuk membantupeserta memahami perasaan yang tersembunyi disebalik kata-kata yang dikeluarkan.7. membolehkan peserta menyatakan perasaannya dengan benar dan tepat.8. menolong peserta menentukan matlamat tertentu yang boleh diukur dan dilihat melaluikelakuan mereka.9. menolong peserta membina rasa dipunyai dan diterima oleh orang lain.

    10. menolong peserta membina semangat dan berwibawa menghadapi risiko danmenunjukkan kepada mereka bahawa risiko juga mempunyai ganjaran yang tinggi.

    Pemilihan Peserta

    - proses pemilihan peserta harus dilakukan dalam dua hala iaitu :

    1. kaunselor memberi peluang kepada individu yang berminat untuk bertanya dan membuatkeputusan sama ada nak jadi ahli ataupun tidak.

  • 7/27/2019 Definisi Kaunseling Kelompok

    2/10

    2. kaunselor haruslah menentukan jenis kelompok pada awal-awal lagi. misalnya 10 orangsahaja atau lebih atau kurang.

    Bilangan Ahli

    1. bilangan ahli dalam sesuatu kelompok terpulang kepada beberapa faktor seperti umur,jenis masalah, pengalaman kaunselor, objektif yang hendak dicapai, masa dan tempatpertemuan.2. sekiranya ahli kelompok itu terdiri daripada individu yang mempunyai masalah yang beratdan mendesak, maka bilangan yang kecil amat sesuai seperti 2 -4 orang.

    Proses Kaunseling Kelompok

    - peringkat pertama - permulaan

    - peringkat kedua - konflik dan konfrantasi

    - peringkat ketiga - perkembangan dan rasa bersepadu

    - peringkat keempat - hasil

    - peringkat kelima - penamatan (kesimpulan)

    KAUNSELING KELOMPOK

    1.0 Pengenalan

    Kaunseling kelompok telah memperlihatkan potensi yang besar dalam membantu individu dalam

    bilangan yang besar. Menjadi lumrah manusia hidup dalam satu komuniti masyarakat. Perasaan

    saling memerlukan antara satu sama lain wujud sejak dilahirkan lagi. Ini kerana setiap manusia

    saling perlu-memerlukan antara satu sama lain. Dalam institusi pendidikan keberkesanan

    intervensi kelompok telah terbukti. Menurut Corey (1995), kaunseling kelompok boleh

    membantu bilangan pelajar yang lebih besar di institusi pendidikan.

    2.0 Definisi Kelompok Kaunseling dan Kaunseling Kelompok

    Menurut Websters Third New World International Dictionary kelompok didefinisikan sebagai:

    ...anumber of individuals bound together by a community of interest, purpose or function.

    Johnson and Johnson (1991) pula berpendapat kelompok adalah:

  • 7/27/2019 Definisi Kaunseling Kelompok

    3/10

    ..a collection of two or more individuals, who meet in face to face interaction, independently,

    with the awareness that each belongs to the group and for the purpose of achieving mutually

    agreed-upon goals

    Gadza (1978) mendefinisikan kelompok sebagai:

    group work refers to the dynamic interaction between collections of individuals for

    prevention or remediation of difficulties or for the enhancement of personal growth/ enrichment

    through the interaction of those who meet together for a commonly agreed on purpose and at

    prearranged times.

    KaunselingKaunseling pula adalah satu proses tolong bantu bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan

    seharian. Rogers (1961) mendefinisikan kaunseling sebagai:

    ..counseling is a relaxed, safe, and facilitative relationship in which an incongruent,

    disorganized and troubled person moves towards becoming open, integrated, secure and fully

    functioning.

    Cottle (1973) pula berpendapat:

    ..counseling is the psychological by which a professional person helps a relatively normal client

    to explore, understand and accept behavior so that future behavioral choices can be made

    particularly those of an educational or vocational nature.

    Gibson dan Mitchell (1986), mentakrifkan kaunseling sebagai :

    satu proses dalam membantu klien menyesuaikan diri dengan hal-hal seharian mengenaiperkembangan dan memperbaiki perkembangan itu sama ada pembaikan terhadap tingkahlaku,

    perhubungan peribadi, nilai-nilai dan pemilihan kerjayanya di samping membina kemahiran-

    kemahiran dalam bidang berkaitan.

    Brammer and Shostrom (1960) pula mendefinisikan kaunseling sebagai:

  • 7/27/2019 Definisi Kaunseling Kelompok

    4/10

    a one to one relationship between counselor and client which focuses on rational planning,

    problem solving, decision making and situational pressures as related to the clients daily living).

    Kaunseling Kelompok

    Kaunseling kelompok boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang individu yang

    berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi di antara satu sama lain. Ia melibatkan

    proses perhubungan individu dalam kumpulan secara dinamik tentang tingkahlaku dan

    pemikiran. Ia juga melibatkan fungsi-fungsi terapi yang mana ahli-ahli dalam kelompok

    berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya dan kaunselor.

    Hansen, Warner dan Smith (1980) menghuraikan kaunseling kelompok sebagai satu

    perhubungan di antara kaunselor dengan beberapa orang klien atau ahli-ahli. Mereka menilai diri

    dan keadaan dalam usaha mengubah sikap dan kelakuan. Fokusnya adalah pada pencegahan dan

    rawatan. Kaunseling pencegahan menolong ahli-ahli menyelesaikan masalah sebelum iabertambah rumit. Carl Rogers (1970) mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi

    permasalahan dan pemulihan proses yang mana setiap orang dirasionalkan mengikut kehendak

    ramai.

    Kaunseling kelompok adalah satu proses perhubungan antara individu secara berkelompok yang

    melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli yang mencerminkan diri mereka serta

    situasi yang dialami. Tujuan perhubungan tersebut adalah untuk mengubah sikap dan kelakuan.

    Ohlsen, Horne and Lawe (1988) menyatakan kaunseling kelompok sebagai:

    ..a helping process that provides the opportunity for counseless to identify goals of change to

    develop skills necessary to archieve those goals and to practice those skills within a safe and

    structure setting.

    Menurut Gadza, Duncan and Meadows (1967) :

    ..group counseling is a dynamic interpersonal process focusing on conscious thought and

    behavior and involving the therapy functions of permissiveness, orientations to reality, catharsisand mutual trust, caring, understanding, acceptance and support. The therapy functions are

    created and nurtured in a small group through the sharing of personal concerns with ones peers

    and the counselors. The group counselees are basically normal individuals with various concerns

    which are not debilitating to the extent requiring extensive personality change. The group

    counselees may utilize the group interaction to increase understanding and acceptance of value

    and goals and to learn and unlearn certain attitudes and behaviors.

  • 7/27/2019 Definisi Kaunseling Kelompok

    5/10

    Gladding (1995) mendefinisikan kaunseling kelompok ialah dua orang atau lebih yang

    berkumpul bersama untuk tujuan beberapa interaksi yang telah dirancang. Pemimpin membentuk

    kumpulan untuk membincangkan atau membuat keputusan tentang sesuatu perkara, meneroka

    masalah peribadi atau untuk menyiapkan tugas khusus untuk mencapai matlamat yang spesifik.

    Berdasarkan definisi-definisi di atas dapat dirumuskan bahawa kaunseling kelompok adalah satu

    proses interaksi antara individu yang dinamik dan melibatkan seorang kaunselor terlatih yang

    berperanan sebagai pemimpin dengan beberapa orang ahli yang ingin menerokai diri sendiri serta

    keadaan yang dialami dalam usaha mengubah sikap untuk memperoleh penyesuaian dan

    perkembangan diri.

    Kaunseling kelompok mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu dari segi jenis kelompok, matlamat

    kelompok, tahap-tahap perkembangan dalam kelompok, peranan ahli-ahli dalam kelompok dan

    ia juga ada kelebihan dan terdapat juga limitasi dalam pengendalian kaunseling kelompok.Kaunseling kelompok melibatkan ahli yang ramai. Oleh yang demikian setiap ahli mempunyai

    peranan masing-masing. Kaunselor adalah merupakan pemimpin kelompok yang mana

    berperanan untuk menggerakkan kelompok kearah matlamat yang ingin dicapai dalam

    kelompok.

    Dari segi jenis kelompok terdapat pelbagai jenis kelompok dan ianya bergantung kepada tujuan

    kelompok itu dibentuk. Antara jenis kelompok ialah kelompok bimbingan, kelompok kaunseling,

    kelompok T dan kelompok psikoterapi.

    3.0 Matlamat Kaunseling Kelompok

    Dalam kelompok ia mempunyai matlamat tertentu. Secara umumnya tujuan atau matlamat

    kaunseling kelompok adalah untuk memperbaiki sikap serta perlakuan klien yang tidak berkesan

    atau yang tidak mendatangkan faedah. Corey (1995) berpendapat kaunseling kelompok

    mempunyai tujuan untuk pencegahan dan pemulihan. Hansen (1976) menjelaskan tujuan

    mencegah adalah supaya klien dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum masalah tersebut

    menjadi serius manakala tujuan memulih pula adalah bagi klien yang sedang mengalami masalah

    yang serius dan kaunseling kelompok merupakan satu proses intervensi untuk mengubah

    tingkahlaku. Corey (1995) berpendapat adalah baik sekiranya setiap ahli kelompok dapatmembuat matlamat khusus dalam kelompok. Beberapa matlamat umum yang dikongsi bersama

    ahli kelompok ialah :

    1. Belajar mempercayai diri sendiri dan orang lain

    2. Memperoleh pengetahuan tentang diri sendiri dan membentuk keunikan identity diri.

    3. Mengenalpasti kesamaan tentang keperluan dan masalah ahli dengan itu berusaha

    mewujudkan perasaan kesejagatan

  • 7/27/2019 Definisi Kaunseling Kelompok

    6/10

    4. Meningkatkan penerimaan, keyakinan dan hormat diri supaya dapat melihat diri dari

    perspektif yang baru.

    5. Mencari alternative dalam menangani isu perkembangan dalam hidup dan mengatasi konflik

    tertentu.

    6. Meningkatkan arah diri, outonomi dan bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain.

    7. Menyedari hak membuat pilihan secara bijaksana.

    4.0 Kelebihan Kaunseling Kelompok

    Kaunseling kelompok mempunyai kelebihan tertentu. Antara kelebihan kaunseling kelompok

    ialah:

    1. Kaunseling kelompok lebih menjimatkan masa dan usaha. Tidak banyak klien yang dapat

    dibantu oleh kaunselor melalui kaunseling individu. Dengan membentuk program kelompok

    yang baik seseorang kaunselor kelompok dapat membantu ahli menjelaskan nilai ataumenyelesaikan masalah di samping melayan ahli yang memerlukan tumpuan individu.

    Pendekatan ini sesuai digunakan di institusi yang mempunyai kekangan masa dan kemudahan

    seperti sekolah, penjara dan pusat kesihatan mental.

    2. Kehadiran ahli yang ramai dapat memainkan peranan sebagai sumber dalam berkongsi

    maklumat, menyumbangkan pelbagai pandangan atau meneroka nilai peribadi individu yang

    lain. Pandangan dan pendapat yang berbeza dapat menjadikan sesuatu pengalaman itu lebih

    menarik dan lebih rapat dan berkait dengan realiti hidup.

    3. Ahli kelompok dapat memberikan sokongan yang lebih luas berbanding dengan kaunseling

    individu terutama sekali untuk masalah yang berkaitan dengan konflik antara perseorangan. Ahli

    dalam kelompok berpeluang menyelesaikan masalah itu dalam setting sosial yang berstruktur.

    Mereka dapat mencuba dan melatih tingkahlaku baru dan memperoleh sokongan dan

    maklumbalas daripada ahli yang lain.

    4. Ahli kelompok dapat meletakkan masalah mereka dalam perspektif dan memahami persamaan

    atau perbezaan masalahnya dengan masalah orang lain.

    Proses kaunseling kelompok mempunyai kesesuaian kepada individu seperti berikut :

    1. Mereka yang rasa malu atau agresif apabila berinteraksi dengan orang lain.2. Mereka yang suka membantah atau mengakur kepada jangkaan sosial

    3. Mereka yang sukar mendapat kawan atau menjalin hubungan yang lama dengan kawan dan

    perlu mempelajari kemahiran bersosial dan berkomunikasi.

    4. Mereka yang perlu berkongsi sesuatu dengan orang lain untuk mencapai keperluan merasai

    dirinya dipunyai dan diterima.

    5. Mereka yang perlu mempelajari menghormati dan memahami sifat manusia yang berbeza-

  • 7/27/2019 Definisi Kaunseling Kelompok

    7/10

    beza.

    Namun kaunseling kelompok tidak sesuai kepada golongan berikut:

    1. Mereka yang mangalami konflik peribadi atau konflik antara perseorangan yang terlalu

    peribadi untuk dikongsi bersama.

    2. Mereka yang mempunyai rahsia yang tidak dapat dikongsi bersama untuk menjaga nama baik

    klien atau orang lain.

    3. Mereka yang terlalu takut berinteraksi sosial dengan orang lain.

    4. Mereka yang mempunyai pengalaman traumatic dalam kelompok.

    5. Mereka yang tiada kawalan diri dalam situasi berkelompok

    6. Mereka yang tidak faham dan sedar tentang perasaan sendiri sehingga dia merasa terumbang-

    ambing dan tidak tahu bagaimana berkongsi perasaan dan pengalaman dengan orang lain.

    5.0 Limitasi Kaunseling KelompokWalaupun banyak kelebihan dalam kaunseling kelompok namun ia juga ada limitasi atau

    batasannya. Menurut Shertzer dan Stone (1974) antara limitasi ialah:

    1. Ada ahli yang tidak sesuai untuk kaunseling kelompok kerana ia lebih sesuai untuk

    mendapatkan bantuan individu sebelum mereka dapat berfungsi dengan baik dalam kelompok.

    Ahli ini mungkin rasa tidak selamat dan tidak terdaya apabila berada dalam kelompok tanpa

    mengalami proses individu terlebih dahulu.

    2. Selain itu ada juga ahli yang sukar untuk membina kepercayaan terhadap ahli lain. Dengan itu

    mereka tidak menimbulkan isu berkaitan sikap, perasaan, nilai dan tingkahlaku yang mereka

    merasakan tidak akan diterima oleh ahli lain dalam kelompok.

    3. Perkembangan kelompok tersekat oleh isu yang memerlukan masa yang lama untuk ditangani

    bersama. Keadaan ini menyebabkan tumpuan ke atas ahli yang lain semakin kurang.

    4. Peranan pemimpin dalam kelompok tidak luas dan lebih kompleks kerana ahli yang ramai.

    6.0 KesimpulanSesungguhnya kaunseling kelompok adalah merupakan satu medium yang begitu praktikal

    dalam proses membantu setiap klien mencapai kehendak diri kea rah menjadi yang lebih baik.

    Kaunseling kelompok merupakan agen pencegahan atau pengubatan kepada seseorang individu.

    Melalui kaunseling kelompok akan membantu seseorang individu dan ahli lain mengalami

    proses memperbaiki tingkahlaku.

  • 7/27/2019 Definisi Kaunseling Kelompok

    8/10

    Menurut Mahler (1971) melalui kelompok mereka bukan sahaja bekerjasama secara berpasukan

    malah mereka juga merasai apa yang dirasai oleh ahli dalam kelompok tersebut

    7.0 Rujukan

    Brammer, L. M., & Shostrom, E. L. (1960). Therapeutic Psychology. Englewood Cliffs, NJ:

    Prentice Hall.

    Corey, G. (1995). Theory and Practice of Group Counseling (4th Ed). Pacific Grove, CA:

    Brooks/ Cole Publishing Company.

    Gazda, G. M., Duncan, J. A. Meadows, M. E. (1967). Group Counseling and Group Procedures-

    Report of a Survey. Counselor Education and Supervision.

    Gazda, G. M. (1989). Group Counseling : A Developmental Approach (4th Ed). Boston, MA:Allyn and Bacon.

    Gibson, R. L. & Mitchell, M. H. (1986). Introduction to Counseling and Guidence (2nd Ed). NY:

    Macmilan Publishing Company.

    Gladding, S. T. (1995). Group Work. A Counseling Speciality (2nd Ed). Englewood Cliffs, NJ:

    Prentice Hall.

    Hansen, J. C., Warner, R. W. & Smith, E. J. (1980). Group Counseling. Theory and Process (2nd

    Ed). Chicago: Rand McNally.Johnson, D.W., & Johnson, F. P. (1991). Joining Together (4th Ed). Englewood Cliffs, NJ.

    Prentice Hall.

    Mahler, M. S. (1971). A Study of the separation and individuation process: The Psychoanalytic

    Study of the Child. New York: Quadrangle.

    Ohlsen, M. M., Horne, A. M. & Lawe, C. F. (1988). Group Counseling (3rd Ed). New York:

    Holt, Rinehart & Winston.

    Rogers, C. (1961). On Becoming A Person: A Place of the Person In The World. Boston:

    Houghton Mifflin Inc.

    Rogers, C. (1967). Carl Rogers On Encounter Groups. New York: Harper & Row.

    Shertzer, B. & Stone, S. (1974). Fundamental of Counseling (2nd Ed). Boston: Houghton Mifflin

    Inc.

  • 7/27/2019 Definisi Kaunseling Kelompok

    9/10

    Ketua kelompok haruslah mempunyai beberapa kemahiran asas kaunseling sebelummemikirkan untuk memilih gaya kepimpinan yang jitu. Di antara kemahiran asas kaunselingyang dicadangkan adalah :

    1. Memulakan (initiating). Ketua haruslah mempunyai kemahiran menggalakkan lagipenglibatan ahli dan memperkenalkan arah tujuan kelompok.

    2. Mendengar - ketua juga perlu berkemahiran dalam menyatakan kefahaman terhadapmasalah ahli, bersikap tidak menghukum, menghormati ahli dan mempunyai kefahamanempatik terhadap bahasa lisan dan bahasa bukan lisan ahli-ahli kelompok.

    3. Menyatakan semula Memparafrasakan apa yang dicakapkan oleh ahli bagi menjelaskanlagi makna. Teknik ini bertujuan untuk melihat sejauhmanakah kefahaman ketua terhadapkenyataan klien dan sejauhmanakah kebenaran pernyataan klien terhadap isu yangdibincangkan. Corey (2004) menyatakan wujudnya keadaan di mana ketua yang tidakmempunyai kemahiran akan menyebabkan memburukkan lagi keadaan klien. Sebagai

    contoh ketua kelompok mengulang-ulang kenyataan klien. Egan (2007) pula menyatakanbahawa pita rakaman lebih efektif dalam melakukan perkara tersebut (parroting).

    4. Penjelasan ketua membuat penjelasan bagi mencari mesej-mesej tersirat yang berkaitanperasaan dan fikiran klien serta bagi memudahkan kenyataan klien dengan fokus terhadapmesej sebenar klien. Kenyataan ini turut dipersetujui oleh Abdul Halim Othman & Md. ShuaibChe Din (2002) dimana penjelasan dilakukan oleh ketua kelompok bagi mendapatkan mesejyang jelas dan menunjukkan implikasi dari sesuatu pendapat.

    5. Bertanya soalan Bertanya soalan yang berbentuk terbuka dapat meneroka persoalan apadan bagaimanakah sesuatu tingkahlaku berlaku. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan lagiperbincangan dan mendapatkan maklumat daripada penerokaan klien. Corey (2004)mencadangkan beberapa soalan terbuka yang boleh diajukan kepada ahli seperti "Apakahyang sedang anda alami sekarang?, bagaimanakah anda berhadapan dengan perasaanketakutan berada di dalam kelompok ini sekarang? Soalan-soalan yang terbuka dari ketua

    kelompok dapat menyediakan ahli meneroka lagi perasaan dan pengalamannya pada situasikini dan sekarang.

    6. Mentafsir Menawarkan kemungkinan keterangan untuk sesuatu pemikiran, perasaan dantingkahlaku.

    7. Refleksi perasaan merupakan satu bentuk komunikasi oleh ketua kelompok yangmenggambarkan kefahamannya terhadap kandungan makna perasaan. Ia jugamenunjukkan bahawa kaunselor benar-benar memahami perasaannya.

    8. Sokongan - ketua juga digalakan untuk memberi sokongan dalam bentuk dorongan danpeneguhan. Ianya bertujuan untuk membina persekitaran yang menggalakkan ahli

    meneruskan tingkahlaku yang dikehendaki. Corey (2004) menyatakan bahawa sokonganjuga haruslah dinilai dari segi kegunaannya, misalnya ada ketua yang terlalu awalmemberikan sokongan, ada pula yang memberi sokongan berlebihan dan menyokong tanpamencabar pemikiran klien. Jika ini berlaku, kemungkinan ahli-ahli menarik diri untukmeneroka perasaannya dengan lebih mendalam dan hilang potensi untuk memperolehikesedaran kendiri yang mendalam.

    9. Empati Mengidentifikasikan diri dengan klien dengan mengandaikan bahawa kaunseloratau ketua kelompok berada dalam kerangka rujukan klien.

  • 7/27/2019 Definisi Kaunseling Kelompok

    10/10

    10.Blocking Ketua kelompok juga perlu kemahiran ini bagi menjamin keselamatan kliendaripada ancaman-ancaman yang mungkin wujud. Perbincangan diantara ahli kelompokperlu berhati-hati supaya tidak terlalu bebas atau mengancam aspek psikologikal klien. Diantara situasi memerlukan blocking oleh ketua adalah seperti wujudnya ahli dalam kelompokyang memberikan terlalu banyak nasihat, storytelling, gosip, memberikan sokongan yangtidak bertujuan, menceroboh hak-hak individu dan lain-lain. Corey menyarankan kaunselor

    supaya menggunakan kemahiran blocking ini dengan cara yang penuh sensitif dan lembut.11.Kesenyapan ketua perlu fahami kenapa berlaku kesenyapan, memahami kenapa ada ahli

    yang tidak dapat bercakap mengenai dirinya, dan menggunakan masa senyap ini untukmemerhati tingkahlaku ahli contohnya kebosanan, gelisah, cemas, ingin bercakap, takutdsbnya.

    12.Konfrantasi digunakan apabila ahli menghadapi pengelakan penerokaan diri atau adapercanggahan pendapat. Koinfrantasi hanya digunakan pada peringkat kejelekitan yangtinggi antara ahli-ahli kelompok.

    13.Campurtangan kaunselor mengalihkan kembali topik perbincangan kepada yang asalapabila berlaku lari tajuk atau topik.

    14.Probing Memandu ahli untuk melihat dengan lebih mendalam tentang masalah, perasaandan tindakan ahli. Ketua juga perlu peka terhadap perasaan, fikiran dan diri ahli.Menilai ketua juga perlu menilai atau menaksir proses perkembangan kelompok. Abd.

    Halim Othman dan Md. Shuaib (2002) menyatakan peranan ketua adalah membantu ahlimenilai apa yang telah mereka pelajari dari kelompok kaunseling dan mengalakkan merekamenjadi lebih spesifik.

    15.Maklumbalas ketua memberikan reaksi yang konkrit dan spesifik terhadap tingkahlaku.Maklumbalas juga boleh diberikan oleh ahli-ahli. Corey (2004) menyatakan bahawamaklumbalas yang spesifik dan deskriptif adalah perlu diberikan berbanding denganmaklumbalas yang terlalu umum dan "judgemental" perlu dielakkan.

    16.Melindungi ketua haruslah melindungi ahli dari ancaman atau risiko psikologikal yangmungkin berlaku. Contoh yang ketara adalah apabila ada antara ahli yang menyerang satuahli dengan berterusan seperti yang dinyatakan oleh Wan Kader (1994) mengenai teknikkerusi panas (hot Seat) dimana ia boleh menjejaskan kesejahteraan psikologikal klien.Peranan ketua menurut Abd Halim Othman (2002) lagi adalah membentuk satu keadaanyang ahli boleh berasa selamat.

    17.Pendedahan kendiri Memperlihatkan diri dan berkongsi pengalaman diri dan juga ahlikelompok dalam situasi kini dan sekarang. Kejelekitan kelompok dapat berlaku dengan lebihtinggi. Yalom (1985) dlm Abdul Halim Othman & Md. Shuaib Che Din (2002) menyatakanbahawa kualiti ketua kelompok adalah meningkatkan stimulasi emosi ahli denganmengadakan aktiviti, risk taking dan juga self disclosure.

    18.Modelling Menunjukkan tingkahlaku dan juga pemikiran yang baik bagi ahli melihat danmemperkembangkan potensi diri.

    19.Penamatan ketua juga perlu menyediakan ahli tentang sesi penutup, supaya ahli dapatmenerima, mengasimilasikan, menyatupadukan, dan mengaplikasikan pembelajaran dalam

    kelompok kepada kehidupan nyata. Corey (2004) menyebut tentang sokongan dan susulanseperti sesi individu dapat diperolehi selepas tamat sesi dan ia haruslah disediakan olehketua sekiranya keadaan memerlukan.