DEFINISI PRODUK KESIHATAN

download DEFINISI PRODUK KESIHATAN

of 3

Transcript of DEFINISI PRODUK KESIHATAN

  • 7/24/2019 DEFINISI PRODUK KESIHATAN

    1/3

    DEFINISI PRODUK KESIHATAN

    Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Kesihatan merujuk satu

    keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti ada penyakit kencing manis dan

    mudah diserang penyakit berjangkit lain. ada pelbagai langkah yang boeh diamalkan oleh seseorang

    untuk memiliki tahap kesihatan yang baik.

    Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya

    dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan Negara. Pertubuhan

    kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan

    sosial yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit.berlandaskan keadaan sosial dan

    masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental dan

    sosial yang sihat, berfungsi,cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang bolehmemudaratkan insan.

    Tabiat pengambilan makanan sememangnya penting terhadap tubuh manusia, terutama apabila ia bakal

    memberi kesan kepada kesihatan. Justeru, sangat diutamakan kepada individu mengetahui jenis

    makanan diambil sesuai dengan keperluan badan, terutama bagi yang gemar mengambil makanan

    seperti sayuran, bijirin dan buah-buahan berikutan lebih mengemari makanan tinggi dengan gula, garam

    dan berminyak. Disebabkan corak pemakanan sedemikian, seakan-akan lumrah pada masa kini apabila

    timbul pelbagai masalah kesihatan yang selalunya berpunca daripada pengambilan gula secara

    berlebihan dan tinggi dengan lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan seseorang itu mudah diserang

    diabetes, darah tinggi serta lemah jantung.

    Sebenarnya pengambilan makanan mengandungi tinggi lemak serta gula bukan sahaja boleh

    menyumbang kepada masalah kegemukan dan menyebabkan obesiti, malah faktor gabungan kedua-

    duanya mengundang kedatangan penyakit kencing manis atau diabetes. Diabetes berlaku apabila insulin

    yang di hasilkan tubuh kurang daripada jumlah gula dalam darah, menyebabkan jumlah gula digunakan

    tidak dapat di serap serta di gunakan sebaik-baiknya oleh tubuh. Dengan kewujudan penyakit diabetes,

    kebiasaan pengidapnya turut mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat pelbagai penyakit

    sampingan . Justeru itu pengambilan makanan seimbang amatlah penting seperti yang di tunjukan

    dalam sistem piramid makanan.

    Sudah pasti semua sudah sedia maklum tentang keperluan nutrisi makanan dalam sistem

    piramid.adalah sangat penting untuk tubuh badan.Dengan gaya hidup moden yang serba pantas hari ini,

  • 7/24/2019 DEFINISI PRODUK KESIHATAN

    2/3

    golongan yang bekerja mudah mengabaikan diet dan sajian tetap. Pengantungan yang tinggi pada

    makanan segera selalu mengakibatkan pengambilan lemak tepu, kolestrol, gula ringkas dan sodium yang

    tinggi. Mereka tidak mengambil hidangan yang secukupnya pasti akan kekeurangan nutrient penting

    yang diperlukan tubuh badan mereka. Pengambilan susu dan produk susu yang mencukupi sejak

    peringkat awal usia dan seterusnya disepanjang hayat dapat membantu menjadikan tulang lebih kuat

    dan melindunginya penyakit seperti osteoporosis( tulang rapuh dan lemah) pada usia lanjut. Kandungan

    kalsium dan fosforus yang tinggi dalam susu dan produk susu juga memberi manfaat kepada

    pertumbuhan dan pemeliharaan gigi yang sihat. Setiap makanan yang kita pilih haruslah seimbang

    dengan keperluan harian kita agar badan sentiasa sihat dan tidak lesu. Sentiasalah peka dengan setiap

    perubahan tubuh badan sendiri agar tidak mengabaikan kesihatan diri.

    Pilihlah aktiviti menyeronokkan dan mampu mengekalkan kesihatan badan seperti berjalan

    pantas,berenang atau berbasikal secara berkumpulan, kerana senaman yang dilakukan secara teratur

    dan berterusan membantu mengembalikan paras gula ke julat normal selain bantuan pemakanan yang

    membantu sistem dalam tubuh. Aspek pemakanan amat penting dalam menjamin kesihatan yang baik.

    Seseorang harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam

    kehidupannya. Diet yang seimbang memastikan tubuh badan seseorang memilikii

    semua zat-zat yang diperlukan oleh seseorang itu. Jadi, pemakanan yang sebegini

    memberikan tahap kesihatan yang baik.

    Selain itu, seseorang harus mengamalkan aktiviti senaman yang tetap. Tindakan melakukan senaman

    dua atau tiga kali seminggu menyebabkan tubuh badan seseorang berfungsi dengan baik kerana semua

    toksik telah dikeuarkan menerusi peluh. Rasa tekanan atau stres turut berupaya dihilangkan menerusisenaman yang dilakuan itu. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik kita harus melakukan

    senaman yang konsisten.

    Seseorang itu juga harus memiliki waktu tidur yang cukup terutama apabila umur mereka semakin

    meningkat. Tidur yang cukup ini memastikan badan seseorang menerima rehat yang secukupnya selepas

    penat bekerja terutama di pejabat. Keadaan ini turut memberikan seseorang itu tenaga untuk

    meneruskan aktivitinya pada esok hari. Maka, waktu tidur yang secukupnya memberi ruang kepada

    seseorang itu untuk terus memiliki kesihatan yang baik. Malahan, pemeriksaan kesihatan yang dibuat

    sepanjang tahun boleh memberi satu

    perspektif yang baik tentang tahap kesihatan seseorang itu. Pemeriksaan yang

    kerap ini menyebabkan seseorang itu mengetahui keadaan kesihatan badan mereka

    dan melakukan beberapa perubahan untuk memastikan mereka dalam keadaan

    yang seimbang. Sesungguhnya, pemeriksaan kesihatan yang kerap akan

    memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

  • 7/24/2019 DEFINISI PRODUK KESIHATAN

    3/3

    Kesimpulannya kesihatan amat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Jika tubuh tidak

    mempunyai tahap kesihatan yang baik, nescaya segala kegiatan atau aktiviti tidak dapat dilaksanakan

    dengan sempurna. Oleh itu bagi menjamin kesejahteraan dalam kesihatan, kita tidak perlu mengejar

    kekayaan dan mengabaikan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan dalam kegiatan seharian.

    Sumber:http://www.malaysia.gov.my/BM/Relevant%20Topics/Health/Pages/HealthMain.aspx

    http://www.malaysia.gov.my/BM/Relevant%20Topics/Health/Pages/HealthMain.aspxhttp://www.malaysia.gov.my/BM/Relevant%20Topics/Health/Pages/HealthMain.aspxhttp://www.malaysia.gov.my/BM/Relevant%20Topics/Health/Pages/HealthMain.aspxhttp://www.malaysia.gov.my/BM/Relevant%20Topics/Health/Pages/HealthMain.aspx