Demokrasi Berperlembagaan

9
11 February 2009 Konsep Demokrasi Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik. Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sisitem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa kerajaan akan terus melindungi kepentingan majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini daripada ancaman pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Menurutnya lagi, kumpulan majoriti mesti dipertahankan daripada kumpulan minoriti yang cuba hendak menggugat keamanan kerana ia adalah prinsip asas demokrasi. Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut: Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki

Transcript of Demokrasi Berperlembagaan

Page 1: Demokrasi Berperlembagaan

11 February 2009

Konsep Demokrasi

Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.

Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.

Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sisitem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa

kerajaan akan terus melindungi kepentingan majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini

daripada ancaman pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Menurutnya lagi,

kumpulan majoriti mesti dipertahankan daripada kumpulan minoriti yang cuba hendak

menggugat keamanan kerana ia adalah prinsip asas demokrasi.

Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:

Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.

Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil

Rakyat diberi hak mengundi Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya) Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain Kebebasan persatuan Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-

undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law

Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik.

Page 2: Demokrasi Berperlembagaan

Malaysia terkenal sebagai salah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi secara meluas. Sebagai sebuah negara demokrasi maka sudah semestinya kebebasan bersuara menjadi ciri utama yang menunjangi proses demokrasi itu sendiri. Malah kebebasan bersuara ini sering menjadi isu dan perbahasan berbagai pihak di negara ini.

Aktiviti berkempen semasa proses piliharaya di mana rakyat Malaysia bebas bersuara dalam memberi pendapat, pandangan malah mengkritik dasar-dasar kerajaan selagi mana ianya tidak melanggar undang-undang juga merupakan fakta betapa kebebasan bersuara diizinkan di negara kita. Rakyat Malaysia juga tidak pernah disekat daripada mengeluarkan pendapat, pandangan dan kritikan sama ada melalui media-media elektronik mahu pun media-media cetak selagi ianya tidak bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang di negara ini.

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Di Malaysia, hak mengenai ‘Kebebasan Hak Asasi’ (Fundamental Liberties) dengan jelasnya terkandung dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan.

Inilah hakikat yang harus diterima dan difahami bahawa tiada satu pun di dunia ini yang bersifat mutlak (absolute).

Demikianlah halnya dengan kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan negara kita di mana ianya mempunyai had-had, kawalan dan sempadan yang tertentu.

Ianya boleh diumpamakan suatu ‘kontrek sosial’ bagi menjamin kerukunan, keharmonian dan solidarity serta keselamatan dan kedaulatan negara daripada diganggu-gugat.

Undang-undang memang diperlukan dalam masyarakat yang bertamadun di mana tanpa tertegaknya undang-undang negara akan menuju anarkisme.

Undang-undang jugalah yang akan menghukum seseorang yang merampas dan mengancam hak-hak individu dan kesejahteranan masyarakat.

Justeru, walaupun hak kebebasn bersuara dan kebebasan hak asasi yang lain dijamin oleh perlembagaan namun kebebasan bersuara di Malaysia berada di bawah lingkungan kawalan dan sekatan beberapa undang-undang termasuk statutes.

Kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagan wajar digunakan sebaik mungkin mengikut lunas-lunas dan had-had yang telah ditentukan.

Page 3: Demokrasi Berperlembagaan

Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia , kebebasan bersuara sama ada melalui pengucapan/percakapan dan melahirkan buah fikiran melalui media cetak atau elektronik haruslah mengelakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif atau perkara-perkara yang boleh menimbulkan salah faham dan ketegangan dalam negara.

Kebebasan bersuara juga mempunyai tanggungjawab akhlak dan moral di mana ianya mestilah tidak merosakkan akhlak/moral rakyat, misalnya menulis dan menerbitkan buku-buku, majalah-majalah atau apa-apa kaedah penerbitan yang berunsur lucah.

Menyalah gunakan kebebasan bersuara atau mana-mana hak asasi sehingga menimbulkan kegelisahan dan ketengangan dalam masyarakat boleh membawa kepada kehancuran negara-bangsa adalah ditegah sama sekali. Kebebasan menyuarakan pendapat sama ada melalui pengucapan, penulisan dan apa-apa bentuk kaedah komunikasi mestilah berhati-hati dan bertanggungjawab.

Kepentingan negara harus diutamakan agar perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian yang sudah lama wujud tidak diroboh dan dihancurkan. Semangat mengekalkan perpaduan antara kaum harus disemai dan diperkukuhkan lagi.

Ruang kebebasan bersuara yang diberikan bukalah “lesen” untuk memperkatakan sesuatu tanpa tanggunjawab di sisi undang-undang. Negara sentiasa melihat dan memastikan hak asasi dilaksanakan dengan berpegang kepada konsep ‘hak berserta tanggungjawab’ (rights with responsibility). Jadi apabila kita bercakap tentang hak maka tanggungjawab itu sendiri adalah hak yang perlu dilaksanakan.

Dalam memelihara kedamaian dan keamanan serta kedaulatan negara maka rakyat berbagai kaum dan amalan agama di negara ini mestilah lebih berhati-hati dalam membincangkan isu - isu yang boleh memarakkan api perkauman seperti soal-soal agama, bahasa, pendidikan, budaya, ekonomi dan elakkan perkara-perkara yang berunsur subversif, menghasut dan menfitnah yang boleh mencetuskan kekacauan dalam masyarakat dan negara.

Perasaan cauvinis mesti di elak dan ditentang.

Soal Keselamatan negara tidak boleh dipandang remeh semata-mata kerana ‘kebebasan bersuara’ hingga mengizinkan golongan yang bersifat cauvinis dan pelampau mengambil kesempatan meniupkan api perkauman, fitnah dan hasutan.

Rakyat patut menjadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai ikhtibar dan pengajaran buat selama-lamanya. Elakan ‘bermain api’ dengan isu-isu sensitif seperti yang telah digariskan oleh Perlembagaan dan Undang-undang yang terdapat di negara kita. Ingatlah ‘kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa’. Disebabkan kebebasan bersuara yang tiada kawalan, maka negara boleh menuju ke arah kehancuran (anarkisme).

Page 4: Demokrasi Berperlembagaan

“Demokrasi Berperlembagaan” atau pemerintahan oleh orang ramai mengikut lunas

perlembagaan pada hakikatnya merupakan kerajaan yang diwujudkan atas pilihan

rakyat terbanyak melalui proses pilihanraya. Ini bermakna sumber kuasa dalam sistem

demokrasi adalah kedaulatan rakyat. Dalam pengertian ini, demokrasi

berperlembagaan boleh di katakan sebagai satu sistem perwakilan yang berjalan

mengikut rangka kerja undang-undang yang menjadi panduan dalam proses

pembuatan keputusan dengan membaiki dan menerima keinginan orang ramai. Selain

itu dalam sistem demokrasi berperlembagaan, kebebasan diberikan kepada rakyat

tetapi kebebasan itu adalah di dalam lingkungan undang-undang. Segala keputusan

haruslah berlunaskan undang-undang dan ia di buat melalui konsep permusyawaratan.

Malaysia telah mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi sejak kemerdekaan

sehingga hari ini. Konsep demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah sama dengan

apa yang diamalkan oleh negara lain yang mengamalkan pemerintahan bercorak

demokrasi, iaitu suatu pemerintahan yang menggunakan suara rakyat dalam

menentukan pemimpin negara atau tampuk pemerintahan.

Kelebihan :

Rakyat dapat menjalankan fungsi pengawasan dan peranannya dalam

penyelenggaraan pemerintah Negara.

Kekurangan :

Kedudukan badan eksekutif tidak stabil,dimungkinkan karena penghentian di tengah

jalan oleh lembaga legislatif setiap saat sehingga dapat menimbulkan krisi kabinet

dan pemerintah tidak dapat menyelesaikan program-programnya.

Page 5: Demokrasi Berperlembagaan

Seperti yang telah diketahui sistem demokrasi adalah sangat mementingkan

kedaulatan rakyat. Ini adalah kerana kuasa mutlak untuk membuat undang-undang

dalam menentukan nilai-nilai dan norma amalan terletak di tangan rakyat ataupun

dengan ertikata lain supaya lebih mudah difahami adalah rakyat berhak menentukan

segala-galanya. Contohnya seperti jika mendapat sokongan daripada rakyat

undang-undang yang baik dimansuhkan manakala undang-undang yang tidak baik

di wujudkan ataupun di gubal semula.

Apabila dibincangkan mengenai demokrasi satu perkara yang terlintas di hati kita

adalah kebebasan. Ini adalah kerana sesebuah negara yang mengamalkan sistem

yang memberi kebebasan kepada rakyatnya dalam serba-serbi walaupun pada

hakikatnya kebebasan itu masih boleh dipertikaikan. Namun apabila kita merujuk

kepada istilah sebenar, demokrasi adalah bermakna pemerintahan rakyat.

Demokrasi itu berasal daripada perkataan Greek iaitu demos dan cratos yang

bermaksud kuasa rakyat. Demokrasi bererti manusialah yang menggubal undang-

undang atau manusialah yang menjadi legislator. Idea demokrasi ini dipelopori oleh

para pemikir Greek yang ingin mencari penyelesaian bagi urusan kehidupan

seharian mereka. Ia kemudiannya dibangkitkan semula oleh para pemikir Eropah

ketika berlakunya konflik antara rakyar dan pemerintah. Konflik ini akhirnya

mencetuskan revolusi dan antara revolusi yang terkemuka ialah Revolusi Perancis

yang mana rakyat bangkit menentang pemerintah.

Walaupun sistem demokrasi pada zaman Greek adalah terhad kepada kaum lelaki

sahaja, namun konotasi demokrasi modon lazimnya merujuk kepada semua

penduduk di sesebuah negara. Ini menunjukkan bahawa demokrasi mementingkan

kedaulatan rakyat. Dalam sistem ini kuasa mutlak membuat undang-undang dalam

Page 6: Demokrasi Berperlembagaan

menentukan nilai-nilai dan norma-norma amalan terletak di tangan rakyat. Dengan

erti kata lain rakyat berhak menetukan segalanya. Undang-undang yang baik boleh

dimansuhkan dan undang-undang yang tidak baik boleh diwujudkan jika ada

sokongan daripada rakyat.

Dalam sistem demokrasi pula, seseorang pemimpin itu mempunyai bidang kuasa

yang luas termasuklah dalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat

asalkan sesuatu perkara itu dipersetujui oleh majoriti rakyat. Sesuatu perkara yang

diharamkan oleh syariat boleh menjadi halal dengan kuasa seseorang pemimpin itu

asalkan difikirkan perlu dan mendapat sokongan majoriti rakyat.Dengan kata lain,

bidang kuasa yang digunakan adalah berpandukan akal fikiran manusia ataupun

mengikut logikal akal manusia semata-mata dan bukan berpaksikan Al-Quran dan

As-Sunnah.

Sistem Kerajaan Demokratik

Berbeza dengan kerajaan Monarki, dalam kerajaan Demokratik rakyat mempunyai suara mutlak dalam menentukan pemerintahan melalui pilihan raya umum. Kelebihan sistem kerajaan ini dapat dilihat melalui konsepnya yang menekankan “kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat”.

Antara ciri-ciri kerajaan Demokratik ialah rakyat menikmati kebebasan persamaan dan hak-hak asasi, sistem pilihan raya dijalankan dari semasa ke semasa, badan perundangan terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat, warganegara yang berumur 21 tahun ke atas berhak mengundi dan bertanding dalam pilihan raya, kemenangan pilihan raya berdasarkan jumlah undi terbanyak dan parti politik atau individu yang memperoleh undi majoriti akan memerintah negara tersebut.

Selain ciri kerajaan Demokrasi, Demokrasi liberal merujuk kepada rakyat yang mempunyai lebih banyak kuasa menyuarakan pendapat dan tentangan mereka

Page 7: Demokrasi Berperlembagaan

terhadap dasar-dasar dan tindakan-tindakan kerajaan. Dalam sistem ini, akan wujud golongan pembangkang yang akan sentiasa mengkritik pihak kerajaan. Kebaikannya, kerajaan akan lebih peka dan teliti dalam melaksanakan apa-apa dasar manakala keburukan akan wujud sekiranya pihak pembangkang dan pihak kerajaan bertelagah sehingga gagal mencapai satu haluan yang dipersetujui.

Terdapat negara-negara yang mengamalkan Demokrasi yang berbeza iaitu Demokrasi Berparlimen dan Demokrasi Perpresiden. Dalam sistem Demokrasi berparlimen, parti politik yang mendapat kerusi majority di Dewan Rakyat akan mengetuai pentadbiran negara. Bagi sistem Demokrasi berpresiden pula, rakyat memlih presiden yang akan menjadi ketua eksekutif negara. Contoh negara yang mengamalkan sistem kerajaan Demokratik ialah Malaysia, Singapura, Kanada, Amerika Syarikat, Britain dan Indonesia.