Derhaka Si Tanggang

2
DERHAKA SI TANGGANG Masihkah Si Tanggang berderhaka sama ibunya hingga tak terteran si air mata melimpah tebing kesabaran. Masihkah si tanggang berlagak nakhoda kaya Asal muasal dari kampong papa kedana Merantau mengais rezeki di negeri orang Pulang ssegak bergaya di buritan kapal Mendonggak dagu memandang hina buruknya laku ibu. Masihkah Si Tanggang menolak Hantaran kuih yang dibawa Si ibunya Berdayung ke muara rindu Ingin mendakap anakanda tercinta Kudapan selama Ini membesarkan hingga dewasa Diludah dijijiki kerana itu makanan orang bawah-bawahan . Masihkah cerita Si Tanggang Tidak menyedarkan anak Akan perkenaan doa si ibu terseksa terniaya

description

syair Si Tanggang

Transcript of Derhaka Si Tanggang

Page 1: Derhaka Si Tanggang

DERHAKA SI TANGGANG

Masihkah Si Tanggang berderhaka sama ibunya

hingga tak terteran si air mata melimpah

tebing kesabaran.

Masihkah si tanggang berlagak nakhoda kaya

Asal muasal dari kampong papa kedana

Merantau mengais rezeki di negeri orang

Pulang ssegak bergaya di buritan kapal

Mendonggak dagu memandang hina buruknya laku ibu.

Masihkah Si Tanggang menolak

Hantaran kuih yang dibawa Si ibunya

Berdayung ke muara rindu

Ingin mendakap anakanda tercinta

Kudapan selama Ini membesarkan hingga dewasa

Diludah dijijiki kerana itu makanan orang bawah-bawahan

.

Masihkah cerita Si Tanggang

Tidak menyedarkan anak

Akan perkenaan doa si ibu terseksa terniaya

Tak sanggup lagi beranakkan kandungan

Mencaci menghina kerana

Segala kemewahan sementara

Page 2: Derhaka Si Tanggang

Menjadi sanjungan isteri cantik menjadi pujian pujaan

Ibu tua yang buruk dipijak disepak selayaknya.

Masihkah ada anak yang lahir hari Ini

Berangang- angan mahu menjadi Si Tanggang

Hingga sangup mengagunkan kemewahan

Hingga sanggup bertukar dengan batu

Membuang kasih sayang ibu di lautan

Ya Allah Ya Tuhanku,

Aku tidak punya nak seperti itu

Kau tunjukkanlah kekuasaan-Mu sampai nanti

Dia tahu langit itu tinggi atau rendah.

Andai Si Tanggang diberi

Peluang hidup sekali lagi

Apakah yang akan dilakukanya

Untuk menebus kembali kederhakaannya

Pada si Ibu yang mithali