Design visual

3
Proses reka cipta visual 1. Perancangan Alatan Storyboard amat sesuai untuk powerpoint dan video. Alatan ini digunakan seperti teknik membuat filem dan iklan. Alatan yang digunakan ialah ‘index cards’ atau kertas-kertas yang kecil. Inspirasi diperlukan untuk mencipta idea-idea yang baru. 2. Teknik Menulis Huruf Menulis dengan menggunakan pen marker yang pelbagai warna atau menggunakan perkataan atau huruf yang telah dipotong-potong mengikut saiz yang sesuai adalah salah satu contoh. 3. Lukisan,Lakaran atau Kartun Dalam penghasilan visual, idea dan latihan yang kerap menjadikan seseorang itu dapat menghasilkan lukisan atau lakaran yang baik. Lukisan yang ringkas juga dapat membuatkan penonton faham isi kandungan visual. 4. Clip Art Saiz dan kedudukan clip art boleh diubahsuai mengikut kesesuaian. Clip Art percuma boleh didapati di internet. 5. Lakaran Visual Menggunakan Komputer Kebanyakan computer yang mempunyai grafik program ada menyediakan Kid Pix, iWorks, Photoshop dan Adobe Illustrator. 6. Membuat Persembahan Grafik Persembahan ini boleh dilakukan dengan menggunakan Microsoft’s Powerpoint dan Apple Keynote. Teknik menulis dan meletakkan

description

 

Transcript of Design visual

Proses reka cipta visual

1. Perancangan Alatan

Storyboard amat sesuai untuk powerpoint dan video. Alatan ini digunakan seperti teknik membuat filem dan iklan. Alatan yang digunakan ialah ‘index cards’ atau kertas-kertas yang kecil. Inspirasi diperlukan untuk mencipta idea-idea yang baru.

2. Teknik Menulis Huruf

Menulis dengan menggunakan pen marker yang pelbagai warna atau menggunakan perkataan atau huruf yang telah dipotong-potong mengikut saiz yang sesuai adalah salah satu contoh.

3. Lukisan,Lakaran atau Kartun

Dalam penghasilan visual, idea dan latihan yang kerap menjadikan seseorang itu dapat menghasilkan lukisan atau lakaran yang baik. Lukisan yang ringkas juga dapat membuatkan penonton faham isi kandungan visual.

4. Clip Art

Saiz dan kedudukan clip art boleh diubahsuai mengikut kesesuaian. Clip Art percuma boleh didapati di internet.

5. Lakaran Visual Menggunakan Komputer

Kebanyakan computer yang mempunyai grafik program ada menyediakan Kid Pix, iWorks, Photoshop dan Adobe Illustrator.

6. Membuat Persembahan Grafik

Persembahan ini boleh dilakukan dengan menggunakan Microsoft’s Powerpoint dan Apple Keynote. Teknik menulis dan meletakkan imej yang sesuai boleh dilakukan setelah sesuatu visual yang dikehendaki dipilih.

7. Membuat Lakaran Lutsinar

Cara yang mudah untuk membuat lakaran jenis ini ialah dengan melukis di atas kertas lutsinar dengan menggunakan pen marker, kemudian ditayangkan di papan projector. Pemilihan bentuk atau jenis tulisan juga

penting. ‘Overhead projector pen’ paling sesuai digunakan untuk mendapatkan imej yang berwarna.

Ciri-ciri rekacipta visual

1. Susunan/Penyusunan

Perkara yang ingin divisualkan ditentukan terlebih dahulu. Seterusnya penyusunan mengikut apa yg ingin didahulukan, apa yang ingin dikemudiankan. Ini penting supaya pengguna jelas dengan apa yang divisualkan. Contoh dalam powerpoint ialah membuat penyusunan terlebih dahulu supaya penonton dapat melihat dan memahami perjalanan cerita di slide.

2. Keseimbangan

Jenis-jenis keseimbangan ialah keseimbangan biasa atau rasmi, tidak rasmi dan tidak seimbang. Tulisan dan gambar mesti seimbang mengikut kesesuaian visual. Untuk mengelakkan ketidakseimbangan, mesti menggunakan pembahagian yang sesuai. Ketidakseimbangan di dalam visual akan mengakibatkan penonton menjadi tidak berminat.

3. Warna

Warna yang dipilih mestilah harmoni dan sesuai. Dua jenis warna ialah warna yang lengkap dan warna yang sama. Warna yang lengkap ialah warna yang harmoni mengikut tema manakala warna yang sama ialah warna yang sesuai untuk visual. Perbezan gabungan warna akan mengakibatkan kesan warna/imej/visual yang berlawanan.

4. Mudah Dibaca

Setiap visual yang dihasilkan perlu dapat dilihat dengan jelas dari segi imej dan perkataannya. Ini boleh dipertingkatkan dengan pembesaran saiz imej, huruf dan perbezaan bentuk objek. Pelajar tidak akan dapat belajar dan faham jika mereka tidak dapat melihat visual yang ditayangkan.

5. Menarik

Antara ciri-ciri menarik bagi sesebuah tayangan visual ialah gaya, mengejutkan, ada jalinan dan bertindak balas dan ringkas. Selain itu, ia perlu juga dilihat dari sudut pemilihan perkataan dan gambar.

6. Rekaan Universal

Visual perlu sesuai dengan umur, kebolehan dan subjek penonton. Ia juga perlu dilihat melalui tahap pembelajaran atau pengetahuan penonton. Selain itu, ia juga perlu fleksibel, ringkas dan seimbang.