deviasi sukan
-
Upload
naimuddin-manaf -
Category
Documents
-
view
276 -
download
0
Transcript of deviasi sukan
-
7/29/2019 deviasi sukan
1/7
1
Deviasi Dalam Sukan (Deviation in sport)
1.0 PENGENALAN DEFINISI DEVIASI
Deviasi membawa maksud penyelewengan yang berlaku atau yang dilakukan secarabersebab atau tidak yang melanggar norma - norma kehidupan yang normal yang
dijalani oleh manusia. Secara amnya deviasi membawa maksud seseorang yang
melakukan sesuatu yang berada diluar kawalan hidup manusia yang melanggar batas
batas moral dan nilai - nilai murni yang diamalkan.
1.1 Deviasi Dalam Sukan
Dalam dunia sukan deviasi membawa maksud yang sama dimana seseorang individu/
atlet melakukan penyelewengan untuk mencapai hasil atau kepuasan dirinya melalui
cara yang tidak betul atau dengan melanggar nilai - nilai etika seorang atlet. Dalam
sukan pelbagai cara penyelewengan dilakukan. Diantaranya ialah rasuah,
penyalahgunaan dadah dan juga perjudian.
1.2 Penyalahgunaan dadah dalam sukan
Dadah adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila
diambil, akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi
manfaat kepada badan, dadah ini disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini
membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun.
'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk
meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila
atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat
berkenaan mengandungi bahan yang dilarang. Atlit-atlit tertakluk kepada
polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan
dan ubat-ubatan yang diambil. Perkataan doping daIam sukan merujuk kepada
penggunaan dadah/ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council
(IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan daIam prestasi atlit. Doping dalam abad-
abad kebelakangan ini telah menjadi sebutan dan amalan atlit profesional mahupun
-
7/29/2019 deviasi sukan
2/7
2
amatur dan ini telah menambahkan lagi cabaran bagi pihak makmal dalam pengesanan
dan penganalisaan dadah-dadah ini. OIeh kerana atlit sentiasa mencari kelebihan untuk
mengejar kemenangan, edaran dadah secara haram berIeIuasa di seluruh dunia
melalui sama ada internet, bahan bercetak atau hubungan peribadi. KepeIbagaian jenis
dadah serta teknik menggunanya telah menyulitkan lagi penyaringan dadah dan
makmal perlu sentiasa berwaspada kepada perubahan trend dalam masalah ini.
Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; pertama, ia
memberi kelebihan (atau advantage) kepada atlit yang menggunanya serta melanggar
segala peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan dan kedua, cara
pengambilan dan jumlah yang digunakan memudaratkan seseorang individu. Malah
dalam arena sukan, banyak kes-kes kematian teIah berlaku akibat penggunaan dadah
secara langsung atau tidak langsung.
Dadah yang diharamkan oleh IOC
Diantara dadah-dadah lama yang telah digunakan sejak awaI 1970an adalah
perangsang (stimulant) dan narkotik. Tujuan penggunaan stimulant begitu nyata kerana
bahan seperti amfetamin memberi tenaga serta ketahanan yang amat baik terutama
dalam pertandingan seperti lumba basikal, Iarian jarak jauh, acara renang, semuanya
yang memerIukan daya tahan. Kini senarai dadah yang digunakan bagi tujuan di atas
telah berlipat ganda dan kini makmal perlu mengesan sejumlah 70 jenis dadah
perangsang. Tambahan pula, bahan seperti kafein, ephedrine, pseudoephedrin
menyulitkan lagi kawalan kerana bahan ini terdapat dalam pelbagal minuman dan
makanan dan juga ubat-ubatan over-the counteruntuk pelbagai rawatan. Oleh yang
demikian bahan-bahan ini perlu dinilai jumlahnya di dalam urin, jumlah kafein melebihi
12 mg/mI di dalam urin misalnya akan dirumuskan sebagal positif. Paras ini diketahui
dapat dihasilkan oleh pengambilan kafein sahaja dan tidak akan tercapai meskipun atlit
telah minum beberapa cawan kopi pekat. Bahan-bahan narkotik pula menjadi ubat yang
berkesan bagi meneruskan pertandingan tanpa menghirau kecederaan yang diaIami
atlit.
Pengharaman narkotik adalah di atas dasar kesihatan kerana tindakan seperti ini
memudaratkan lagi keadaan atlit. Selain itu, penggunaan narkotik tidak mendatangkan
-
7/29/2019 deviasi sukan
3/7
3
sebarang manfaat lain. Kanabis juga diharamkan atas dasar bahan ini membawa
ketenangan dan meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi pertandingan.
Kategori dadah yang begitu popular dikaIangan atlit ialah bahan steroid anabolik.
Sungguhpun penyeIidikan tidak menunjukkan sebarang manafaat dari pengambilan
steroid, ia diakui amat berkesan oleh para atlit. Steroid anabolik merangkumi Iebih 50%
daripada dadah yang dikesan oleh makmal-makmal doping seIuruh dunia. Selain
parameter yang dikesan melalui penganalisaan, perubahan fisikal begitu ketara pada
pengguna steroid anabolik. Bagi lelaki, perubahan otot yang bertambah, kehiIangan
rambut, pertumbuhan buah dada dan masalah akne begitu ketara manakala bagi
wanita, terdapat tumbuhan rambut di beberapa bahagian badan termasuk muka serta
perubahan suara yang semakin kasar.
Steroid anabolik adalah bahan yang digunakan di luar masa pertandingan oleh
kerana manafaatnya serta perubahan yang diingini pengguna didapati semasa latihan.
Oleh yang demikian pengesanan positif sering didapati apabila program kawalan di luar
pertandingan dijalankan; beberapa bulan sebelum pertandingan penggunaannya
dihentikan bagi mengelak pengesanan. Oleh kerana eIiminasi steroid begitu
berpanjangan dalam badan manusia, kehadirannya masih kadangkala dapat dikesan
dalam paras ppb (parts per billion) beberapa bulan selepas tamat penggunaan.
Keupayaan mengesan paras sekecil ini dituntut oleh pihak lOC dan makmal kini perlu
ada kemampuan mengesan beberapa jenis steroid sehingga ke tahap sekecil 1-2
ng/mI. Ini bermakna teknik seperti tandem mass spectrometry (MS/MS) atau
high resolution mass spectrometry(HRMS) terpaksa digunakan. Teknik-teknik ini akan
memberi lebih sensitiviti tanpa berkompromikan spesifisiti.
Sukan OIimpik di Atlanta merupakan kali yang pertama pengesanan
menggunakan HRMS dilakukan supaya threshhold pengesanan yang begitu rendah
dapat dilaksanakan. Buat masa ini teknik tersebut telah dibangunkan bagi sejumlah
kecil steroid tetapi malangnya, alat yang digunakan terlalu mahal. Suatu kelas dadah
yang diharamkan oleh lOC adalah agen diuretik yang menjadi pilihan atlit dalam usaha
menghapuskan kesan-kesan dadah steroid menjelang pertandingan sukan. Melalui
cara ini paras steroid dapat dikurangkan di bawah paras threshold pengesanan. Ini
semakin penting bagi atlit oleh kerana makmal doping seluruh dunia kini lengkap
-
7/29/2019 deviasi sukan
4/7
4
dengan alat yang dapat mengesan dalam tahap ppb (parts per billion). Selain itu
mengurangkan air di dalam badan memberi manafaat kepada bidang sukan yang
menggunakan berat badan sebagal kriteria. Dalam acara angkat berat misalnya,
seorang peserta mungkin dapat dimasukkan ke dalam kategori yang lebih rendah. Ubat
darah tinggi yang dikenali sebagal penghalang-beta juga disalahgunakan oleh atlit
dalam acara-acara sukan seperti memanah, menembak, dan bidang sukan yang
memerlukan penumpuan seseorang. Objektif pengunaan adalah untuk mengurangkan
tremor dan kegugupan yang mungkin berlaku. Senarai ini termasuk jenis yang
sering digunakan oleh pesakit seperti metoprolol hingga yang jarang digunakan seperti
pindolol dan bisoprolol.
Cabaran terbaru bagi pihak penguasa adalah untuk mengesan hormonpeptida.
Ini termasuk hCG (human chorionic gonadotropin), eritropoietin (EPO) dan hormon
pertumbuhan (hGH). Sungguhpun yang pertama diantara tiga bahan ini dapat dikesan
di dalam urin, dua lagi hanya dapat dlkesan di dalam serum darah. OIeh kerana
peraturan kawalan doping hanya membenarkan pengambilan sampel urin, EPO dan
hGH belum dapat dinilai. Tambahan pula kaedah pengesanan masih terhad kepada
teknik ElA (enzyme immunoassay) dan RIA (radioimmunoassay)yang boleh diterima
sebagai kaedah penyaringan tetapi belum lagi wujud kaedah ujian evidentiaI yang
tidak boleh dipertikaikan dalam mahkamah
2.0 RASUAH DALAM SUKAN
Rasuah dalam bidang sukan telah wujud sejak berabad yang lalu dan di negara kita
gejala ini menular dalam sukan bola sepak. Isu rasuah dalam sukan bola sepak
telah juga berlaku dalam tahun 1990 an, di mana ramai pemain dan jurulatih telah
disoal siasat dan mereka dikenakan hukuman gantung dari bermain oleh Persatuan
Bolasepak Malaysia ( FAM ) dan ada di antara mereka dikenakan hukuman gantung
seumur hidup. Kesan daripada itu Malaysia telah kehilangan ramai pemain-pemain
yang berbakat dan seterusnya menyebabkan pasukan Malaysia semakin merosot
prestasi merekadi peringkat antarabangsa. Kewujudan kegiatan rasuah berpunca
daripada beberapa sebab seperti ketamakan, kelemahan pengurusan dalaman,
penyalahgunaan kuasa dan kewujudan peluang. Pemain yang tamak selalunya akan
-
7/29/2019 deviasi sukan
5/7
5
mudah terlibat dengan gejala rasuah ini tetapi kadang-kadang imbuhan pasukan yang
tidak setimpal juga mendorong pemain-pemain menerima rasuah.
Kelemahan pengurusan dalaman juga salah satu punca menularnya gejala
rasuah, persatuan yang gagal menguruskan kebajikan pemainnya, di mana dibayar gaji
yang tidak konsisten sehingga menyukarkan kehidupan mereka merupakan punca
mereka sanggup menerima rasuah demi survival mereka. Penyalahgunaan
kuasa pihak pengurusan juga menyumbangkan kepada berlakunya rasuah, pihak
pengurusan pasukan bola sepak boleh membuat percaturan dari segi teknik dan
taktik perrmainan untuk memberikan kelebihan kepada pasukan lawan. Bookie
merupakan dalang yang mencari kesempatan untuk memberi, menerima, menawar dan
menuntut sesuatu terutamanya berdasarkan kuasa dan kedudukan masing-masing dan
mereka tidak mengambil kira liga bola sepak itu popular atau tidak, asalkan ada
peluang mereka akan meneruskan kegiatan.
Usaha kerajaan yang memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk kecemerlangan
sukan di negara ini sia-sia dan gagal mencapai matlamat akibat gejala rasuah ini.
Kualiti bola sepak Malaysia merosot akibat rasuah ini dan dari sudut ekonomi pula
persatuan bola sepak negeri terjejas pendapatan kerana tidak ada peminat yang
hadir ke stadium untuk menyaksikan pertandingan bola sepak. Kebanyakan orang
sekarang ini memandang ringan akan penerimaan rasuah dan telah menjadi lumrah,
mereka terus lakukan tanpa mengira halal atau haram asalkan kehidupan mereka
terjamin. Di negara seperti United Kingdom dan Singapura telah timbul cadangan untuk
membenarkan pertaruhan mengikut undang-undang untuk mengelakkan berlakunya
rasuah dalam sukan bola sepak mereka. Kerajaan Malaysia sebagai negara Islam
sepatutnya mengambil tindakan dan berwaspada supaya situasi menghalalkan
pertaruhan itu tidak menular ke negara ini yang boleh menjejaskan imej negara kita.
Semua pihak harus memainkan peranan dalam membasmi wabak rasuah ini, FAM
perlu meneliti semua yang disusun agar menepati keperluan sebenar.
Kementerian Belia dan Sukan harus memandang serius gejala rasuah
dalam sukan bola sepak dan mengambil langkah proaktif memantau gejala tidak
bermoral ini dengan telus dan adil mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997
( Akta 576 ).
-
7/29/2019 deviasi sukan
6/7
6
Dalam dunia moden ini kita sering mengejar masa dan bersikap materialistik, kita
tidak lagi memikirkan akan punca kewangan kita dari mana, samada ianya halal atau
haram asalkan ianya dapat memberikan kita kepuasan dari segi materialistik.
Pemimpin-pemimpin kerajaan cuba membawa masyarakat Malaysia ke arah
kemodenan dan negara industri dengan begitu cepat bermula tahun 1980 an, dan pada
pendapat saya masyarakat Malaysia khasnya orang Melayu belum bersedia untuk
bergerak begitu pantas ke arah kemodenan yang menyebabkan berlakunya masalah
sosial, antaranya gejala rasuah.
Pembangunan atau kemajuan sememangnya diperlukan oleh negara kita
Malaysia, masalahnya adakah perkembangan kemajuan yang begitu pantas dibawa
oleh pemimpin tidak selari dengan kesedaran moral dan kerohanian masyarakat. Bila
ini tidak seimbang iaitu di antara kemajuan dan kesedaran dari segi moral atau
kerohanian menyebakan pelbagai masalah sosial berlaku antaranya rasuah. Dalam
sukan rasuah membunuh semangat patriotik dan semangat kesukanan. Semua pihak
perlu berganding bahu bagi membanteras jenayah rasuah di negara ini sekali gus
meningkatkan integriti sebagai budaya dan nilai murni dalam kehidupan kita. Pendidik
atau guru-guru harus memainkan peranan untuk membasmi gejala rasuah ini. Sesuatu
harus dimulakan di peringkat sekolah untuk memberi kesedaran pada anak-anak akan
bahayanya gejala rasuah ini jika dibiarkan ia menular.
Diperingkat Kementerian Pelajaran harus wujud kumpulan think-tank yang
perlu berbuat sesuatu khasnya dari segi sukatan pelajaran atau mungkin satu
matapelajaran khas mengenai rasuah harus digubal supaya anak-anak dapat dididik di
peringkat awal akan buruknya tabiat rasuah di mana bila mereka dewasa nanti mereka
tidak akan terlibat dengan gejala ini. Kesimpulannya semua pihak harus memainkan
peranan dalam usaha untuk menjadikan masyarakat Malaysia berintegriti dan punyai
nilai budaya yang tinggi dan tanggungjawab ini jika dilihat dari satu sudut
sememangnya menjadi tanggungjawab pendidik atau guru-guru khasnya untuk
mencapai hasrat murni itu.
-
7/29/2019 deviasi sukan
7/7
7
3.0 Refleksi/Rumusan
Berdasarkan tajuk ini, saya dapati bahawa deviasi merupakan satu perbuatan yang
tidak bermoral yang bakal merosakkkan prestasi sukan Negara kita . Pada satu ketika
dulu para atlet Negara bertanding dalam sebarang sukan tanpa dijanjikan dengan
sebarang ganjaran ataupun hadiah namun begitu mereka mampu memberikan yang
terbaik kepada Negara. Teatapi kini amat menyedihkan kerana pada masa sekarang
para atlet kita telah dimanajakan dan dibiasakan dengan ganjaran setiap kali mereka
menyertai sebarang pertandingan atau kejohanan. Ini menjadikan mereka bertanding
hanya untuk mendapatkan ganjaran bukan bertanding kerana semangat kesukanan
yang sejati. Adakah trend ini kerana disebabkan masyarakat sekarang yang
mementingkan material dan kebendaan sebagai lambang kejayaan? Atau adakah kita
terlalu terikut Negara-Negara barat yang sering memberikan para atlet mereka hadiah?
Kemanakah perginya semangat kesukanan dan semangat cintakan Negara sendiri.
Masalah penyalahgunaan bahan juga amat memalukan . Para atlet Malaysia dikatakan
sering terlibat dengan pengambilan bahan terlarang ini.
Tindakan tegas dan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang didapati bersalah
bagi membuktikan bahawa Malaysia serius dalam perkara seumpama itu.Tindakan dan
hukuman yang dikenakan juga perlu mencerminkan ketelusan Malaysia yang sentiasa
bertindak tegas terhadap penggunan bahan-bahan larangan dalam kalangan atlet
negara ini .