DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri...
Transcript of DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri...
M A L A Y S I A
PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES
DEWAN NEGARASenate
PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament
PENGGAL KEDUASecond Session
Jilid II Bil. 20 Hari Selasa 6hb Disember, 1988
KANDUNGANNYA
JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan l )
RANG UNDANG-UNDANG:
Rang Undang-undang Perbekalan 1989 (Ruangan 41)
DN.6.12.88 - 1 -
MALAYSIA
DEWAN NEGARA
Selasa, 5hb Disember, 1988
Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang
D 0 A
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Abdul Manap bin Hashim.
Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin,
soalan yang pertama.
TABUNG HAJI - PENGLIBATAN BIDANG PENJUALAN
1. Puan Ainon binti Ariffin [di bawah S.O. 23(2)] minta PerdanaMenteri menyatakan memandangkan Tabung Haji telah dapat memberisumbangan yang besar pada negara dan umat Islam di negara ini darisegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diridalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli-ahlinya dengan cara potongan gaji pada ahli yang berkemampuan danberkelayakan.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan
Wilayah [Tuan Adam bin Abdul Kadir]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon
menjawab bagi pihak Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Tabung Haji tidak melibatkan diri dalam
bidang penjualan kereta, rumah dan alat elektrik kepada pendeposit
dengan cara potongan gaji disebabkan urusan ini merupakan memberi
pinjaman kepada pendeposit-pendepositnya yang bercanggah dengan
perbekalan Undang-undang Tabung Haji iaitu Akta Lembaga Urusan dan
Tabung Ha j i , 1969. Walau bagaimanapun, sekiranya penyertaan umat
Islam di negara ini dalam Tabung Haji dapat ditingkatkan dari 1.2
juta orang kepada jumlah yang lebih besar, maka cadangan-cadaagan
untuk memberi pinjaman kepada pendepositnya mengikut prinsip Islam
boleh dipertimbangkan oleh Tabung Haji dengan meminda Akta Lembaga
Urusan dan Tabung Haji.
DN.6.12.88 - 2 -
JUMLAH IMPORT GULA MENTAH
2. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato Haji Ishak minta Menteri Perdagangandan Perindustrian menyatakan jumlah gula mentah yang diimport dariluar negeri dalam lima tahun kebelakangan. Mengapa dan kenapapengimportan gula masih diteruskan sedangkan kita mempunyai ladangtebu yang sedang beroperasi.
Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian
(Tuan M.G. Pandithan]: Tuan Yang di-Pertua, jumlah gula mentah yang
diimport lima tahun kebelakangan (1983 hingga 1987) adalah seperti
berikut:
Tahun Jumlah Import(Metrik Tan)
1983 575,010
1984 556,880
1985 530,880
1986 661,940
1987 685,900
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, negara mengimport gula
mentah untuk diproses menjadi gula bertapis kerana pengeluaran gula
bertapis dari tebu tempatan hanyalah kira-kira 15% daripada peng-
gunaan setahun.
Tuan Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Lesen
bagi mengimport gula ini, adakah dikeluarkan kepada syarikat yang
sama ataupun ditukar-tukar pada tiap-tiap tahun?
Tuan M.G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, ini bergantung kepada
permohonan-permohonan yang Kementerian terima.
Puan Rokiah binti Zainuddin: Soalan tambahan, bolehkah Yang
Berhormat memberitahu di Dewan yang mulia ini tentang pengeluaran
Ladang Tebu Chuping, Perlis dan Ladang Tebu Padang Terap, Kedah?
DN.6.12.88 - 3 -
Tuan M.G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, keluasan ladang tebu
ketika ini adalah seperti berikut:
Kilang Gula FELDA Perlis - 10,444.45 hektar
Gula Padang Terap Berhad (GPT) - 11,153 hektar
Pekebun-pekebun kecil yang
membekalkan tebu kepada GPT - 2,971 hektar
KGPT dan CPT tidak bercadang menambahkan keluasan ladangnya
kerana ketiadaan kawasan yang sesuai. GPT walau bagaimanapun meng-
galakkan pekebun-pekebun kecil yang membekalkan tebu untuk
meningkatkan pengeluaran dengan menggunakan tanah-tanah terbiar.
Dimaklumkan juga bahawa tebu memerlukan keadaan cuaca kering yang
ketara semasa pemotongan. Keadaaa cuaca sedemikian hanya terdapat
di kawasan utara Semenanjung Malaysia.
Puan Rokiah binti Zainuddin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin
tahu berapa banyakkah gula tebu yang dikeluarkan daripada kedua-dua
tempat tadi?
Tuan M.G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada butir-
butir di sini. Saya minta notis untuk menjawab soalan itu.
Tuan C. Krishuan: Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat
Setiausaha Parlimen beritahu Dewan ini pada tahun 1987 kepada siapa-
kah diberikan lesen untuk mengimport gula mentah dan adakah lesen
pengimportan dikeluarkan hanya untuk satu syarikat sahaja. Jika ia-
nya benar, kenapa?
DN .6.12.88 - 4 -
Tuan M.G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini adalah
spesifik, saya minta notis untuk menjawab soalan ini.
KONTRAKTOR BUMIPUTERA
3. Datuk Haji Abu Bakar bin Lajim minta Perdana Menterimenyatakan:
(a) berapakah bilangan kontraktor bumiputera yangtelah tidak diterima pembaharuan pendaftaran-nya di Pusat Khidmat Kontraktor kerana tidakaktif sepanjang dua tahun; dan
(b) adakah pembatalan permohonan pembaharuanpendaftaran oleh pusat ini tidak mengambilpertimbangan keadaan kemelesetan ekonomi yangmenyebabkan kontraktor bumiputera tidak dapataktif kerana tidak mendapat kerja-kerjakontrak sepanjang 2 tahun.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Drs. Suleiman bin
Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, Pusat Khidmat Kontraktor tidak
menerima sebanyak 473 borang pembaharuan daripada, syarikat-syarikat
bumiputera pada tahun 1987 dan 1988 daripada 12,500 syarikat-
syarikat bumiputera yang berdaftar . Pusat ini memproses semua
permohonan pembaharuan yang diterima sebelum tarikh luput dan
kelulusan Sijil Pendaftaran tidak mengambil kira jika sesebuah
syarikat itu aktif atau tidak.
Pusat Khidmat Kontraktor akan membatalkan Sijil Pendaftaran
jika sesebuah syarikat tidak menghantar Borang Pembaharuan sebelum
tarikh luput. Syarikat-syarikat tidak aktif atau yang dibatalkan
kerana tidak memohon pembaharuan boleh mendapatkan Sijil Pendaftaran
jika mereka membuat permohonan baru dan memenuhi syarat-syarat
pendaftaran Pusat ini.
DN .6.12.88 - 5 -
BAHASA BAKU DI RTM
4. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Penerangan menyata-kan apakah usaha yang dijalankan bagi menentukan RTM menggunakansebutan Bahasa BAKU keseluruhannya setanding dengan TV3.
Tuan Yang di-Pertua: Ada Yang Berhormat Menteri untuk
menjawab? Menteri Penerangan, jika tidak ada, saya pergi kepada
soalan yang baru.
LADANG KELAPASAWIT - PEMBUKAAN DI NEGARA ASING
5. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Perusahaan Utamamenjelaskan adakah benar bahawa ada syarikat perladangan Malaysiamembuka ladang-ladang di negara asing untuk mengeluarkan minyakkelapa sawit. Sekiranya benar, mengapa ini belaku dan bukankah inimenjejaskan kedudukan perusahaan minyak kelapa sawit negara.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan
Wilayah [Tuan Adam bin Abdul Kadir]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon
izin menjawab bagi pihak Menteri Perusahaan Utama.
Tuan Yang di-Pertua, adalah sukar untuk menentukan sejuh mana
penglibatan sesebuah syarikat perladangan tempatan melabur di dalam-
pembukaan ladang kelapasawit di negara-negara asing. Ini kerana
tidak ada peraturan yang mewajibkan mereka melaporkan perkara
tersebut kepada mana-mana agensi di bawah Kementerian Perusahaan
Utama. Namun demikian, adalah diketahui bahawa beberapa syarikat
Malaysia ada membuka ladang-ladang kelapasawit di negara-negara
asing.
Kegiatan pembukaan ladang-ladang kelapasawit di luar negeri
oleh syarikat-syarikat tempatan adalah tertakluk kepada dasar dan
strategi pelaburan sesebuah syarikat dengan matlamat-matlamat
tertentu (corporat planning), dengan izin, seperti menjamin bekalan
DN .6.12.88 - 6 -
minyak kelapasawit mentah yang mencukupi pada musim pengeluaran
rendah buah tandan segar (FFB) dan juga berasaskan kepada konsep
memperluas serta mempelbagai aktiviti perniagaan.
Pembukaan ladang-ladang kelapasawit negara asing boleh memberi
kesan negatif kepada industri kclapasawit negara ini. Bagaimanapun
ianya juga boleh memberi kebaikan kepada negara dengan cara
meninggikan daya saingan minyak kelapasawit berbanding dengan
minyak-minyak sayuran dan lemak lain di pasaran dunia.
Tuan Yang di-Pertua: Nampaknya Yang Berhormat Timbalan
Menteri Penerangan sudahpun ada di dalam Dewan sekarang. Yang
Berhormat Puan Rokiah binti Zainuddin hendak mengemukakan soalan
No.4 dipersilakan.
BAHASA BAKU DI RTM
4. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Penerangan menyata-kan apakah usaha yang dijalankan bagi menentukan RTM mengunakan,sebutan Bahasa BAKU keseluruhannya setanding dengan TV3.
12 .12 .88
32. Puan Norani binti Haji Beluah minta Menteri Peneranganmenyatakan dalam usaha menggalakkan rakyat di negara ini menggunakanBahasa Baku, bilakah masanya para juruhebah sama ada di TV dan radioakan menggunakan bahasa tersebut, sedangkan di TV3 perlaksanaantelah lama dijalankan.
14.12.88
5. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta MenteriPenerangan menytakan bilakah Bahasa Baku akan dimulakan di RTM.
DN .6.12.88 - 7 -
Timbalan Menteri Penerangan [Tuan Railey bin Jaffrey]: Saya
bcrada di Dewan Rakyat, walau bagaimanapun saya sukalah menjawab
sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, dalam menjawab soalan Yang Berhormat
Puan Rokiah binti Zainuddin mengenai Bahasa Baku saya memohon agar
saya dapat juga dibenarkan menjawab pertanyaan-pertanyaan daripada
Ahli-ahli Yang Berhormat seperti berikut:
Pada 12hb Disember, 1988; dan
Pada 14hb Disember, 1988 akan datang ini.
Tuan Yang di-Pertua, mustahaklah diingatkan bahawa ada tiga
aspek mengenai Bahasa Baku itu iaitu:
1. Aspek Ejaan
2. Aspek Istilah
3. Aspek Sebutannya.
Pihak Kementerian telahpun menjalankan dua daripada aspek-aspek
ini, iaitu aspek ejaan dan aspek istilah, Kementerian ini telahpun
melaksanakan aspek-aspek itu dengan sepenuhnya.
Berhubung dengan aspek sebutan harus diingatkan bahawa negara
kita mempunyai berbagai-bagai loghat. Semua loghat-loghat adalah
penting daripada segi mengadakan perhubungan yang berkesan. Oleh
itu penggunaan Bahasa Baku sepenuhnya dalam segala perhubungan
tentulah akan menjejas perhubungan yang berkesan dan sebutan dalam
Bahasa Baku haruslah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat
bermula di peringkat persekolahan.
Pihak Kementerian Penerangan sendiri memang sudah mula meng-
gunakannya, tetapi harus berhati-hati supaya pemahaman masyarakat
DR 6.12.88 - 8 -
tidak terjejas. Penggunaan haruslah berkembang mengikut perkembang-
an penggunaannya dalam masyarakat dan RTM sebagai sebuah stesen
Radio dan Televisyen di peringkat negara haruslah juga terus
menggunakan sebutan bahasa dan loghat tempatan yang penting untuk
menjamin perhubungan yang paling berkesan dengan rakyat jelata dan
keseluruhannya. Namun begitu usaha-usaha terus dijalankan untuk
penggunaan sebutan baku menerusi latihan-latihan yang sesuai sejajar
dengan dasar Kerajaan untuk menggunakannya sebagai sebutan yang
standard.
Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Puan Ainon mengemuka-
kan soalan tambahan.
Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambah-
an saya ialah tidakkah Kementerian bercadang hendak memulakan Bahasa
Baku ini di siaran nasional, Radio dan TV RTM melalui pembacaan
Warta Beritanya dahulu kerana TV3 telahpun membuat kesemua siarannya
di dalam Bahasa Baku dan menerima sambutan yang sangat hangat dan
panas di seluruh negara. Bagaimana TV swasta mendahulu Kerajaan
sedangkan kita patut melaksanakan dasar yang kita gubal sendiri.
Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, telahpun saya
kata tadi bahawa RTM bukan tidak akan menggunakan sepenuhnya,
tetapi akan menggunakan sepenuhnya, oleh kerana cara kita ialah cara
perlahan-perlahan dan pada akhirnya akan meliputi semua aspek Bahasa
Baku dengan sebab-sebab yang saya sebutkan tadi, maka kita kena buat
pelaksanaan ini secara berperingkat-peringkat supaya tidak menjejas
aspek-aspek yang saya sebutkan dalam jawapan saya sebentar tadi.
DN 6.12.88 - 9 -
Tuan Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Adakah Kerajaan sudah menetapkan target date untuk memulakan sebutan
ini?
Tuan Railey bin Jaffrey: Setahu saya, Tuan Yang di-Pertua,
tidak ada target yang ditetapkan, walaupun Kabinet telah menetapkan
bahawa Bahasa Baku telah diterima. Soal target pada masa ini tidak
ditetapkan bilakah kita akan sampai ke target yang akan menggunakan
sepenuhnya Bahasa Baku. Terima kasih.
Puan Mazidah binti Haji Zakaria: Tuan Yang di-Pertua, pertama-
nya saya mengucapkan tahniah kepada pihak Kementerian Penerangan
kerana sekurang-kurangnya di pihak RTM dua daripada tiga perkara
yang melibatkan Bahasa Baku ini telahpun dilaksanakan, kecuali satu
sahaja lagi.
Mengikut jawapan daripada Yang Berhormat sebentar tadi ini
ialah kerana pihak RTM lebih berhati-hati dan akan melaksanakan
aspek yang ketiga, iaitu dari segi sebutan ini, secara berperingkat-
peringkat, tunggu sekolah dahulu mulakan baru RTM hendak mulakan.
Dan salah satu sebabnya ialah kerana dia tidak mahu menjejaskan dari
segi pemahaman dan sebagainya. Jadi, soalan saya adakah implikasi
daripada jawapan Yang Berhormat ini tadi mengatakan penggunaan
Bahasa Baku di TV3 itu telah menjejaskan fahaman yang mendengarnya?
Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di-pertua, soal jejas atau
tidak terjejas ini terserah kepada masyarakat mengadilinya, tetapi
RTM sebagai stesen Kerajaan perlu berhati-hati di dalam menyalurkan
dasar-dasar Kerajaan yang ada implikasi meluas untuk rakyat, jadi
DN 6.12.88 - 10 -
soal implikasi yang disebutkan tadi saya rasa terserah kepada
masyarakat untuk mengadilinya. Tetapi setakat ini pemahaman kami
iaitu Bahasa Baku disalurkan melalui sekolah-sekolah terlebih dahulu
memang merupakan satu perkara yang lebih sistematik, jika dibanding-
kan jika kita start daripada peringkat sekarang. Walaupun pada masa
sekarang ini saya tidak nafikan bahawa seperti saya katakan tadi RTM
menggunakannya dengan cara perlahan-lahan.
DN.6.12.88 - 11 -
Tuan G. Rajoo: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan G. Rajoo. Saya benar-
kan satu sahaja lagi untuk soalan tambahan.
Tuan G. Rajoo: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu daripada
Timbalan Menteri Penerangan, adakah apa-apa rancangan kursus
insentif untuk pegawai-pegawai bukan bumiputera yang sedang ber-
khidmat di RTM untuk menggunakan sebutan bahasa baku.
Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, memang kita
sekarang ini umpama bila kita mengambil seorang pemberita baru kita
kena mulakan dengan pengamalan sebutan-sebutan baru iaitu sebutan
baku kerana apabila akhirnya kita akan menjadi baku sepenuhnya
pegawai-pegawai yang baru ini akan biasa dalam sebutan-sebutan baku
ini.
PUSAT BELIA ISLAM ANTARABANGSA
6. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif minta Menteri Belia danSukan menyatakan apakah kemajuan yang telah dicapai dengan penubuhanPusat Belia-belia Islam Antarabangsa yang ditubuhkan di bawahKementerian yang berkenaan. Adakah Kerajaan bercadang mengadakanPusat Latihan Belia-belia Asia di negara ini. Jika ada bilakahKerajaan bercadang melaksanakannya.
Menteri Belia dan Sukan [Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun
Haji Abdul Razak]: Tuan Yang di-Pertua, kemajuan yang telah dicapai
mengenai penubuhan Pusat Belia Islam di bawah Kementerian ini masih
di peringkat awalan. Kemajuannya setakat ini adalah seperti ber-
ikut:-
DN.6.12.88 - 12 -
(a) Cadangan Pembinaan Pusat Belia Islam di Janda Baik,Pahang
Penubuhan Pusat ini adalah dijangka dari sumber
kewangan Kerajaan Libya untuk menyumbangkan sebanyak $10
juta. Tapak yang telah dikenalpasti adalah di Janda Baik,
Pahang, dalam mana permohonan tanah telah dimajukan kepada
pihak yang berkenaan. Kerja-karja ukur telah dilaksanakan
dan Kementerian ini masih menunggu sumber kewangan ter-
sebut untuk tindakan selanjutnya.
(b) Cadangan Pembinaan Kem Belia Islam di Port Dickgon,Negeri Sembilan
Kem ini dicadangkan dibina di Pasir Panjang, Negeri
Sembilan di atas tapak seluas 8.09 hektar dengan ikhsan
Kerajaan Negeri Sembilan. Sumber kewangan adalah dari
Kerajaan Arab Saudi yang telah bersetuju memberi sumbangan
untuk membiayai pembinaan kem tersebut. Sumbangan per-
mulaan sebanyak SR100,000 telah disampaikan ke Kementerian
ini dan sebahagiannya telah digunakan untuk menjalankan
kerja-kerja awal, penyediaan pelan tata letak, model dan
pelan bangunan. Kementerian ini masih dalam proses mem-
buat susulan dengan Kerajaan Arab Saudi.
(c) Kerajaan belum bercadang mengadakan Pusat Latihan
Belia Asia di negara ini. Walau bagaimanapun, pihak
Kementerian ada mengelolakan program tahunan peringkat
antarabangsa yang melibatkan pemimpin-pemimpin belia dari
Asia dan Pasifik.
DN.6.12.88 - 13 -
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Chan Choong Tak.
Tuan Chan Choong Tak: Tuan Yang di-Pertua, soalan Nombor 7.
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, sebelum soalan ini dijawab, biar
saya membetulkan soalan ini - sepatutnya soalan patut berbunyi:
"minta Menteri Kerjaraya 'adakah' rancangan-rancangan pembinaan...."
LEBUHRAYA BARU - RANCANGAN PEMBINAAN
7. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Kerjaraya adakah rancangan-rancangan pembinaan Lebuhraya dalam:-
(a) Sarawak;
(b) Sabah; dan
(c) Semenanjung Malaysia
dalam tempoh masa lima tahun akan datang.
Timbalan Menteri Kerjaraya [Tuan Luhat Wan]: Tuan Yang di-
Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Semenanjung
Malaysia, selain daripada Lebuhraya Utara/Selatan yang telah
diswastakan dan dikendalikan oleh pihak Syarikat PLUS Berhad, tidak
ada lagi perancangan untuk membina lebuhraya di Semenanjung Malaysia
dalam tempoh masa lima tahun yang akan datang.
Mengenai Sabah dan Sarawak lebuhraya seperti yang dibina di
Semenanjung tidak dibina dan kedua-dua negeri berkenaan akan tetapi
pembinaan jalanraya-jalanraya utama yang sedang dalam peringkat
pelaksanaan akan terus dibina sepertimana yang dirancang dan
diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelima ini.
DN.6.12.88 - 14 -
SYARIKAT BUMIPUTERA DIBERI KONTRAK
8. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta MenteriKewangan menyatakan berapakah bilangan syarikat-syarikat Bumiputerayang berjaya diberi kontrak membekal barangan-barangan kepadaKerajaan yang boleh menjadi 'payong' Syarikat Bumiputera yang lain.
Timbalan Menteri Kewangan [Tuan Mohamed Karid bin Ariffin]:
Tuan Yang di-pertua, setakat ini bilangan syarikat-syarikat yang
bertaraf bumiputera yang diberi kontrak untuk membekalkan barang-
barang di bawah Konsep Payong ialah 93 ataupun lebih sedikit dan
jenis-jenis barang yang dibekalkan dan bilangan-bilangannya adalah
seperti berikut:-
Jenis barang Bilangan Syarikat(buah)
1. Perabut pejabat - 512. Kabinet besi ataupun perabut
daripada besi - 4
3. Katil besi - 3
4. Alatulis - 6
5. Kicap - 4
6. Sos cili - 4
7. Sos tomato - 4
8. Kopi campuran - 6
9. Minuman kordial berperisa - 5
10. Jem - 2
11. Serbuk kari dan kurma - 2
Jumlah 93
Dan baru-baru ini dimasukkan sekaya dan telur ayam.
DN.6.12.88 - 15 -
Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang
di-Pertua, soalan tambahan, di antara 93 buah syarikat ini yang
manakah yang agak istimewa daripada yang lain?
Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya
tidak ada satu syarikat yang istimewa, tetapi ingin saya menyatakan
di sini di bawah Konsep Payong kita telah memilih satu syarikat ibu
yang menjadi Payong kepada anak-anak syarikat dan kita telahpun
meminta supaya Payong ataupun syarikat ibu tadi mendidik anak-anak
syarikat di bawah Payongnya itu untuk dibina supaya mereka pada
satu hari dapat berdiri di atas kaki sendiri. Salah satu syarikat
yang telahpun diberi sifat pemayungnya kepada mereka ialah macam
perabut pejabatnya ialah Guthrie, macam telur ayam ialah NAFAS,
macam sos tomato, sos cili, kicap dan kopi campuran ialah Bank
Pembangunan Malaysia termasuk dengan financingnya sekali.
Oleh kerana itu kita dapati pada peringkat ini tahap pembangun-
an syarikat-syarikat ini bolehlah dikatakan amat memuaskan dan jika
sekiranya kita dapati bahawa ibu syarikat tidak menjalankan tugas
dengan sempurna, maka kita akan menarik balik "Payong" itu daripada
mereka dan memberi "Payong" itu kepada syarikat yang lebih
bertanggungjawab.
Jadi, dari segi soalan yang Yang Berhormat kata istimewa
terpulanglah kepada Yang Berhormat untuk menilaikan apakah jenis
keluaran yang hendak Yang Berhormat keluarkan melalui syarikat-
syarikat itu tetapi boleh dipilih di antara tiga ataupun empat ibu
"Payong" tadi.
DN.6.12.88 - 16 -
SKIM KHIDMAT SAMBILAN BAGI SISWAZAH
9. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol minta Perdana Menteri menyatakan:-
(a) berapa ramaikan siswazah yang masih terlibatdengan SKS dan apakah Kerajaan masih mengambilpeserta baru bagi menyertai skim ini;
(b) adakah skim ini akan dilanjutkan;
(c) apakah tindakan dan langkah Kerajaan dalamjangkamasa pendek dan jangkamasa panjang bagimengatasi masalah pengangguran di kalangansiswazah ini; dan
(d ) adakah terdapat siswazah Islam yang telah me-meluk Agama Kristian. Jika ada, nyatakanbilangannya setakat hari ini dan apakahlangkah-langkah untuk mengatasinya.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan
Wilayah [Tuan Adam bin Abdul Kadir]: Tuan Yang di-Pertua, ada empat
bahagian dalam soalan ini, iaitu (a), (b), (c) dan (d), dan saya
akan menjawab satu persatu (a) sampai ( d ) .
(a) Bilangan siswazah yang masih berkhidmat di
bawah program Skim Khidmat Sambilan (SKS)
ialah seramai 2 ,152 orang. Pada masa ini
Kerajaan masih lagi mengambil, peserta baru
untuk berkhidmat di bawah skim ini.
Bagaimanapun, bilangan maksimum peserta yang
boleh diambil untuk berkhidmat di bawah skim
ini bagi satu-satu masa ialah seramai 3,000
orang sahaja.
( b ) Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan
tempoh skim ini selama satu tahun lagi iaitu
sehingga 31hb Disember, 1989.
DN.6.12.88 - 17 -
(c) Tindakan dan langkah Kerajaan dalam jangkamasa
pendek dan jangkamasa panjang bagi mengatasi
masalah pengangguran di kalangan siswazah ini
telahpun dimaklumkan di dalam Dewan yang mulia
ini dalam persidangan yang lepas. Oleh itu
langkah yang sedang dijalankan oleh Kerajaan
ialah melaksanakan program-program yang telah
dirancangkan itu.
(d ) Tiada ada siswazah Islam yang memeluk agama
Kristian.
KLINIK SWASTA
10. Puan Hajjah Habidah binti Jusoh minta Menteri Kesihatan:-
(a) adakah terdapat klinik-klinik swasta yangdoktornya bukan berkelulusan doktor yang dapatdikesan setakat ini; dan
(b) dalam bidang perubatan, apakah kelulusan danpengalaman yang membolehkan seseorang dapatmembuka kliniknya sendiri.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Dr. Ting Chew Peh]:
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Bagi tempoh tahun 1980-1988 Kerajaan telah mengesan se-
banyak 45 buah klinik yang dikendalikan atau dibantu oleh
orang-orang yang tidak mempunyai kelayakan yang diiktiraf
untuk menjalankan amalan perubatan. Dari bilangan ter-
sebut, sebanyak 14 kes telah dirujuk kepada Maj l i s
Perubatan Malaysia, Kes-kes ini adalah kes-kes di mana
pengamal perubatan yang berdaftar didapati mempunyai
'association' ataupun perkongsian dengan doktor-doktor
DN.6.12.88 - 18 -
yang tidak berdaftar atau dengan orang-orang yang tidak
berkelayakan untuk menjalankan amalan perubatan. Setakat
ini tindakan telah diambil ke atas 2 orang doktor yang
terlibat di dalam kes tersebut dan yang lain masih dalam
penyiasatan, Baki 31 kes yang lain telah dilaporkan
kepada pihak polis kerana kesalahan di bawah Ordinan Racun
1952, Seksyen 10A.
(b) Seseorang yang ingin menjalankan amalan perubatan di
klinik persendirian hendaklah berdaftar penuh di bawah
Akta Perubatan 1971 dan mempunyai Perakuan Amalan Tahunan
yang sah. Beliau hendaklah juga menyempurnakan khidmat
waj ib dalam perkhidmatan awam bagi tempoh yang telah di-
tetapkan.
DN.6.12.88 - 19 -
Tuan G. Rajoo: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu daripada
Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, bolehkah
Kementerian Kesihatan akan menimbang untuk memberi kebenaran kepada
Pembantu Hospital Kerajaan yang telah bersara untuk membuka klinik
atau dispensari swasta?
Dr. Ting Chew Peh: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita ada
satu Akta iaitu Akta Hospital Persendirian 1971. Sesiapa yang
memenuhi syarat-syarat yang di te tapkan dalam Akta itu, boleh membuka
klinik swasta.
TUMPAHAN MINYAK - PENCEMARAN
11. Tuan Foo Boon Liang minta Menteri Pertanian menyatakanberikutan keladak dan sisa minyak yang melanda pantai dan perairanTeluk Ramunia dan Sungai Rengit dekat Pengerang ( Johor ) , yangdikatakan mengancam pendapatan nelayan kecil di kawasan itu,adakah:-
(a) Kementeriaanya membuat satu kajian yangmenyeluruh supaya masalah-masalah nelayantempatan dikenalpasti dan satu garispanduan yangsempurna dirancang untuk mengatasimasalah-masalah itu supaya pendapatan nelayantempatan dapat meningkat;
(b) Kementeriannya mengenalpasti kawasan-kawasanyang lain yang mengalami masalah yang sama; dan
(c) Kementeriannya menggariskan satu langkahjangkamasa pendek/panjang agar nelayan-nelayantempatan dapat menghasilkan bekalan ikan yangmencukupi untuk menampung keperluan rakyat kita.
DN.6.12.88 - 20 -
Timbalan Menteri Pertanian [Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed]: Tuan
Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan;
(a) pencemaran dan tumpahan minyak di laut adalah
dalam bidangkuasa Jabatan Alam Sekitar,
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
Kementerian Pertanian melalui Jabatan Perikanan
apabila menerima aduan dari nelayan akan membuat
pengesahan tentang kejadian dan memaklumkan
kapada Jabatan Alam Sekitar untuk t indakan
selanjutnya.
(b) satu tumpahan minyak telah berlaku di perairan
Teluk Rumania dan Sungai Rengit pada 9 .7 .1987 .
Seramai 310 orang nelayan pantai telah
mengemukakan tuntutan, gantirugi yang ber jumlah
sebanyak $135,000.00 Tuntutan ini sedang diurus
oleh Jabatan Alam Sekitar dan kes ini akan
dibicara di Singapura kerana kejadiannya berlaku
di perairan Singapura dan tuntutan-tuntutan
dibuat juga oleh mereka yang terlibat di
Singapura. Perairan Selat Melaka dan Selat
Johor merupakan kawasan laluan kapal yang
sibuk. Kejadian tumpahan minyak adalah perkara
yang di luar jangka kerana tumpahan ini mungkin
diakibatkan oleh perlanggaran kapal dan kecuaian
semasa pembersihan tangki-tangki minyak di
kapal. Berdasarkan pengalaman yang lepas, kadar
DN.6.12.88 - 21 -
tumpahan minyak adalah tidak membimbangkan
terutama di segi kehidupan nelayan kerana kes
seperti ini jarang berlaku.
(c) bagi menampung keperluan ikan negara, tiga
langkah diambilkan oleh Kerajaan:-
(i) menggalakkan penangkapan ikan di laut
dalam;
(ii) membaikpulih keadaan sumber perikanan di
perairan pantai dengan membina tukun-tukun
tiruan dan menghalang pencerobohan pukat
tunda di parairan pantai;
(iii) mempertingkatkan aktiviti ternakan seperti
ternakan dalam sangkar dan kolam.
PERSEFAHAMAN RAKYAT KOREA SELATAN-MALAYSIA
12. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri LuarNegeri menyatakan selain dari hubungan kebudayaan, apakah matlamatlain bagi meningkatkan persefahaman antara rakyat Korea Selatandengan rakyat Malaysia, seperti yang dipersetujukan menubuh sebuahsuruhanjaya bersama peringkat Menteri Luar sempena lawatan PresidenKorea Selatan ke Malaysia baru-baru ini.
Menteri Luar Negeri [Dato' Abu Hassan bin Haji Omar]: Tuan Yang
di-Pertua, pelbagai usaha telah dijalankan dalam meningkatkan
persefahaman antara rakyat Korea Selatan dengan rakyat Malaysia. Di
antara usaha-usaha yang sedang dijalankan ialah memperluaskan
DN.6.12.88 - 22 -
lagi hubungan perdagangan dua hala, meningkatkan kerjasama dalam
bidang sains dan teknologi serta menggalakkan lebih ramai rakyat
Republik Korea melawat Malaysia.
Di bawah Program Dasar Pandang ke Timur, seramai 100 orang dari
Malaysia juga dikehendaki melawat Korea tiap-tiap tahun untuk
menghadiri beberapa kursus dan program latihan. Usaha-usaha juga
sedang dibuat untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mencapai
kemahiran dalam Bahasa Korea.
Kerjasama dalam bidang pelancongan juga sedang dipert ingkatkan
untuk mempereratkan persefahaman di antara rakyat kita dengan rakyat
Korea.
PUSAT LATIHAN DAN PENYELIDIKAN PENYAKIT TERNAKAN AYAM-ITIK ASEAN
13. Tuan Haji Hamid Araby bin Haji Mohd. Salleh: minta Menter iPertanian menyatakan sama ada sumbangan wang sebanyak 873 ju ta Yenyang dijanji oleh Kerajaan Jepun kepada Pusat Latihan danPenyelidikan Penyakit Ternakan. Ayam-Itik ASEAN, di Ipoh, sudahditepati atau tidak, jika sudah ditepati atau tidak, jika sudahditepati, apakah kejayaan yang dicapai oleh pusat tersebut setakatini.
Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Pertua, sumbangan
Kerajaan Jepun kepada projek Pusat Latihan dan Penyelidikan Penyakit
Ayam ASEAN di Ipoh atau dengan izin, 'ASEAN Poultry Disease Research
and Training Centre (APDRTC) ' sudah ditepati. Kerja-kerja pembinaan
Pusat ini telah dimulakan pada bulan Januari 1987 dan telah siap
serta diserahkan kepada Kerajaan Malaysia pada 18hb Julai, 1988.
DN.6.12.88 - 23 -
Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan Kompleks Pusat ini di-
biayai sepenuhnya menerusi pemberian geran Kerajaan Jepun dan di-
bahagi kepada dua peringkat pembinaan. Fasa pertama terdiri dari
binaan bangunan pentadbiran, bangunan penyelidikan dan latihan, dan
sebuah asrama antarabangsa. la juga meliputi pemasangan alat ke-
lengkapan yang sofistikated seperti mikroskop elektron. Fasa kedua
pula terdiri daripada pembinaan dan pemasangan kemudahan penyelidi-
kan seperti Unit Bebas Patogen, dengan izin, 'Specific Pathogen Free
Poultry Uni t , rumah eksperimen ayam dan unit memproses makanan ayam.
Kos bagi fasa pertama ialah sebanyak 873 juta Yen dan kos fasa
ke dua pula ialah sebanyak 412 juta Yen. Jumlah kos keseluruhannya
pembinaan projek tersebut ialah 1,285 ju ta Yen (lebih kurang 26.65
ju ta ringgit).
Dengan ter tubuhnya Pusat ini maka negara-negara ASEAN sekarang
sudah mempunyai sebuah makmal rujukan yang lengkap dan khusus bagi
mengkaji dan menyelidik penemuan-penemuan baru berkenaan penyakit
ayam, yang sebelum ini tidak dapat dijalankan dengan memuasnya di-
sebabkan oleh kekurangan peralatan moden dan kepakaran. Pusat ini
dijangka akan memainkan peranan penting di dalam peningkatan penye-
lidikan dan perkembangan teknologi, serta akan dapat memberi
kemudahan latihan dan penyebaran maklumat sainstifik di rantau ini.
Kejayaan yang dicapai setakat ini meliputi perlaksanaan tiga
kursus dan seminar di peringkat ASEAN serta beberapa penemuan baru
berhubung dengan penyakit ayam di negara ini. Selain dari itu, se-
ramai 8 orang pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah dilatih di
DN.6.12.88 - 24 -
negara Jepun berkaitan dengan projek ini. Di samping itu, seramai
16 orang pakar jangka panjang dan jangka pendek Jepun telah dan
sedang bertugas di Pusat ini bagi menjalankan pengajian dan
pemindahan teknologi kepada para pegawai tempatan.
Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin
mengucap syabas kepada Kementerian berkenaan dan tahniah di atas
kejayaannya yang disebutkan tadi. Dalam pada itu, saya ingin
bertanya di Amerika Syarikat baru-baru ini telah mengeluarkan
kenyataan bahawa ayam-ayam mereka sudah dijangkiti oleh sejenis
kuman yang beracun dan telur-telur ayam tidak lagi boleh dimakan
oleh manusia kerana banyak kuman yang boleh menyebabkan
penyakit-penyakit ber jangkit . Apakah ini ada terdapat dalam
penyelidikan di tempat moden kita ini.
Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Per tua, sekejap tadi
saya nyatakan dalam jawapan saya bahawa pada masa ini kita mempunyai
satu unit khusus bernama 'Specific Pathogen Free Poultry Unic ' .
Dari unit ini dijadikan satu tempat pengkajian penyelidikan kita
berhubung dengan penyakit-penyakit ayam, khususnya berhubung dengan
vaccine yang kita akan perolehi daripada telur, dan telur ini kita
import, yakni telur yang bergelar sebagai telur SPF, maknanya telur
yang bersih, yang bebas daripada penyakit. Telur ini dibenarkan
menetas di situ dan setelah menetas, anaknya dibenar membesar di
situ dan kemudian berlakulah mating dalam bahasa Inggeris dan
selepas itu mengeluarkan telur, telur itu merupakan telur SPF juga
di negara kita ini dan telur itulah digunakan untuk mencari vaccine
bagi menjadi satu ubat untuk mengatasi penyakit-penyakit ayam.
DN.6.12.88 - 25 -
Yang keduanya, pada hari ini sukalah saya mengatakan setakat
kita mngendalikan penyelidikan dan kursus-kursus tertentu kita
berjaya mengasingkan kuman virus yang menyebabkan penyakit
' infect ious Versail disease' di Amerika ataupun yang disebutkan oleh
Ahli Yang Berhormat barangkali "Gomboro disease" di Malaysia ini dan
kita juga telah berjaya buat pertama kalinya mengasingkan kuman
bakteria bernama "hammorfolies avium" di Malaysia kita ini dan kita
juga berjaya memperkenalkan satu kaedah kajian penyakit yang baru
dinamakan Aliza Test bagi penyakit-penyakit sampar ayam, penyakit
sampar ayam itu ialah penyakit New Castle Disease yang mana apakala
menyerang maka banyaklah ayam-ayam kita yang terlibat. Jadi,
nampaknya dengan adanya pusat macam ini kita telah dapat melaksana-
kan kajian-kajian yang boleh menguntungkan negara kita dan juga
negara-negara ASEAN yang lain.
KEMALANGAN DAN KECEMASAN - PERKHIDMATAN
14. Tuan P. Balaram minta Menteri Kesihatan menyatakan bahawatragedi pelantar feri runtuh di Pengkalan Sultan Abdul Halim diButterworth menyedarkan Kementerian Kesihatan tentang perlunyakemudahan-kemudahan hospital diperluaskan lagi di negara kita.Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan untukmenghadapi sesuatu keadaan tertentu seperti ini pada masa-masa akandatang.
Dr. Ting Chew Peh: Tuan Yang di-Pertua, semua hospital di
Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan kemalangan dan
kecemasan 24 jam.
Kementerian Kesihatan juga sentiasa memastikan semua hospital
mempunyai kakitangan yang terlatih dan cekap serta peralatan yang
mencukupi.
DN.6.12.88 - 26 -
Di antara langkah-langkah yang diambil oleh Kementarian
Kesihatan ialah:
(1) Kebanyakan hospital telahpun menyediakan rancangan
tindakan masing-masing dalam menghadapi sesuatu
keadaan yang tertentu. Walau bagaimanapun, untuk
mempertingkatkan lagi keupayaan dan kaberkesanan
perkhidmatan yang diberikan, Kementerian ini telah
mengarahkan semua hospital untuk menyediakan rancangan
bencana alam di perkhidmatan kemalangan dan kecemasan.
Satu garis panduan 'disaster planning in accidene and
emergency services' telahpun diedarkan ke semua
hospital. Pihak hospital dikehendaki mengadakan
rancangan bencana alam tersebut berpandukan garis-
panduan ini;
(2) Kakitangan hospital terutama, yang bertugas di jabatan
kemalangan dan kecemasan sentiasa diberi latihan yang
secukupnya supaya mereka bersedia dan dapat mengurus
mangsa-mangsa tragedi dengan lebih cekap dan berkesan.
BAHASA KEBANGSAAN - PENGGUNAAN
15. Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim minta Menteri Pendidikanmenyatakan sejauh manakah penggunaan Bahasa Kebangsaan digunakandalam persidangan-persidangan oleh rakyat negara ini sendiri, iaitusesudah Kempen Bahasa Kebangsaan.
Timbalan Menteri Pendidikan [Dr. Leo Michael Toyad]: Tuan Yang
di-Pertua, untuk makluman Ahl i Yang Berhormat, dalam persidangan
peringkat kebangsaan, Bahasa Malaysia digunakan secara meluas baik
dalam upacara perasmian mahupun dalam masa persidangan dijalankan.
Di dalam persidangan peringkat antarabangsa, bahasa Inggeris
digunakan secara meluas pada semua peringkat iaitu dari upacara
DN.6.12.88 - 27 -
perasmian hinggalah s e m a s a persidangan dijalankan. Namun demikian,
ada beberapa persidangan yang dianjurkan oleh pihak swasta dan
badan sukarela yang tidak mengutamakan penggunaan Bahasa Malaysia
sebagai Bahasa Kebangsaan di negara ini, baik dalam upacara perasmi-
an mahupun dalam masa persidangan dijalankan. Oleh itu kita
berharap pihak-pihak yang terlibat dalam sektor ini hendaklah meng-
ubah sikap dengan memberikan keutamaan pada penggunaan bahasa
Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan negara ini dalam persidangan-
persidangan yang diadakan di dalam negara ini. Semua persidangan
wajib menggunakan Bahasa Malaysia dalam upacara perasmian persidang-
an.
PERKEMBANGAN EKONOMI KE ARAH NEGARA PERINDUSTRIAN
16. Tuan Haji Jaafar bin Haron minta Menteri Perdagangan danPerindustrian menyatakan sejauh manakah perancangan dan usaha-usahaKerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai 'negara perindustrian'.Apakah bahan-bahan ekonomi dan perkembangan-perkembangan laintermasuk dalam matlamat tersebut. Sehubungan dengannya berapabanyak peluang-peluang pekerja bagi rakyat negara ini dan bagaimanapula pulangan hasilnya kepada negara.
Tuan M.G. Pandithan: Tuan yang di-Pertua, Kerajaan sememangnya
bermatlamat untuk membangunkan sektor pembuatan negara dan menjadi-
kannya sebagai tunggak serta aktiviti ekonomi utama negara bertujuan
untuk mengelakkan daripada terlalu bergantung kapada sektor pertani-
an. Langkah ini adalah diambil oleh negara-negara lebih maju di
dalam proses perkembangan negara-negara tersebut. Dengan langkah
ini, adalah diharapkan negara dapat dimajukan ke tahap sebagai
sebuah negara perindustrian menjelang akhir abad ini.
DN.6.12.88 - 28 -
Untuk mencapai matlamat tersebut, dua bentuk perancangan telah
digubal, satu melalui Rancangan Malaysia Kelima (1986 - 1990) yang
bertujuan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan-
nya dan kedua menerusi Pelan Induk Perindustrian yang khusus
menumpukan usaha ke arah meningkatkan pertumbuhan sektor perindus-
trian dalam bidang-bidang tertentu berasaskan sumber-sumber asli
negara.
Kedua-dua perancangan ini, antara lain, mementingkan pembangun-
an di sektor pembuatan sebagai engine of growth, dengan izin, kepada
pembangunan ekonomi negara dengan memberi tekanan kepada pengwujudan
peluang-peluang pekerjaan serta peningkatan eksport.
Di antara usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan untuk
meningkatkan pelaburan di bidang pembuatan ialah seperti:
(1) menyediakan galakan-galakan cukai yang berpatutan di
bawah Akta Penggalakan Pelaburan, 1986 dan Akta Cukai
Pendapatan, 1967;
(2) memberi perlindungan tarif dan pengecualian duti
import di bawah Akta Kastam 1987;
(3) pembentukan puat-pusat penyelarasan pelaburan bagi
menyegerakan proses kelulusan pelaburan;
(4) menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur dengan
kadar kos yang berpatutan;
(5) melonggarkan syarat-syarat pegangan ekuiti asing untuk
projek-projek berasaskan eksport;
(6) melonggarkan syarat bagi pelabur-pelabur asing bekerja
di sini serta beberapa langkah lain seperti mengadakan
misi-misi pelaburan untuk menarik pelaburan batu dari
luar negeri;
DN.6.12.88 - 29 -
Selain dari itu Kerajaan juga sedang giat berusaha untuk
memajukan pelaburan di peringkat industri kecil dan sederhana.
lanya bermatlamat supaya kumpulan industri ini dapat menyumbang
secara memberi sokongan dan menyediakan rangkaian untuk industri
besar terus berkembang serta mewujudkan induatri besar baru.
Langkah-langkah ini akan memperluas dan menguatkan lagi asas
pembangunan industri negara.
Untuk menggiatkan lagi perkembangan industri negara Kerajaan
juga akan menumpukan perhatian terhadap keupayaan teknologi tempatan
untuk menyokong pembangunan industri negara. Sagi tujuan ini
Kerajaan telah berusaha suntuk meningkatkan tahap dan aktiviti
penyelidikan dan pembangunan (Research and Development) melalui
penyediaan peruntukan sejumlah $400 juta bagi RML untuk institusi-
institusi R&D negara.
Selain dari itu galakan cukai melalui potongan berganda kepada
perkiraan cukai ke atas perbelanjaan R&D oleh syarikat-syarikat
pembuatan diperuntukkan. Melalui usaha-usaha ini pembangunan
teknologi tempatan akan dapat ditingkatkan dan berkembang selaras
dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia suatu negara perindustri-
an.
Dari segi peluang pekerjaan, berdasarkan Pelan Induk Perindus-
trian (PIP) sejumlah 305,618 dan 399,813 peluang pekerjaan dijangka
akan diwujudkan dalam tempoh 1985 - 1990 dan 1991 - 1995 masing-
masing. Bagi tempoh 1986 hingga September, 1988 projek-projek yang
diluluskan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 dijangka
dapat mewujudkan sebanyak 200,281 peluang pekerjaan. Ini adalah
memuaskan apabila dibandingkan dengan sasaran PIP sebanyak 152,808
peluang pekerjaan bagi tempoh yang sama.
DN.6.12.88 - 30 -
Dengan perkembangan-perkembangan tersebut, pihak Kerajaan.
meramalkan sektor pembuatan, akan menyumbang hampir 24.2% kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara dalam tahun 1988, dan akan
merupakan sektor ekonomi yang terbesar yang menyumbang kepada KDNK.
Sumbangan ini dijangka meningkat dan menjadi 25.1% di tahun 1989
iaitu peningkatan nilai tahunan pada kadar 10.5%.
Jika dit injau dari segi pulangan hasilnya kepada negara, ianya
amatlah luas sekali. Hasil yang ketara akibat dari peningkatan
pelaburan baru di bidang pembuatan untuk eksport adalah peningkatan
kepada jumlah eksport dan peluang pekerjaan. Akibat dari
peningkatan tahap pemprosesan kepada keluaran-keluaran bahan mentah
dan komoditi negara, keluaran-keluaran tersebut yang dieksport, akan
menikmati tambahan nilai dan menguntungkan dari segi pertukaran wang
asing negara.
Pada keseluruhannya melalui aktiviti-aktiviti tersebut,
Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) akan meningkat dan menyumbang
kepada peningkatan pe r sembahan prestasi ekonomi negara.
Dengan pertambahan-pertambahan prestasi ekonomi serta
peningkatan usaha-usaha Kerajaan untuk menarik pelaburan baru di
dalam sektor pembuatan, lambat-laun matlamat Kerajaan untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian itu akan
dapat dicapai. Seluruh rakyat diharap akan menikmati kemajuan dan
pembangunan ekonomi tersebut.
DN.6.12.88 -31-
INSTITUT TEKNOLOGI NEGERI - PENGIKTIRAFAN DIPLOMA/SIJIL
17. Tuah K. Sivalingam minta Perdana Menteri memberi penjelasanmemandangkan negara kita menuju ke arah perindustrian dan jugakerajaan mula memberi keutamaan kepada para pekerja teknikal, adakahkerajaan bercadang untuk mengiktiraf segala Sijil dan Diploma yangdikeluarkan oleh institusi latihan teknikal seperti InstitiutTeknologi Negeri MIC.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan
Wilayah [Tuan Adam bin Abdul Kadir]: Tuan Yang di-Pertua, soal
negara kita bertambah maju dalam perindustrian dan soal
pengiktirafan Diploma dan Sijil adalah dua soal yang berlainan.
Bagaimanapun, pengiktirafan Diploma dan Sijil tidaklah dibuat
secara automatik tetapi dibuat setelah dikaji dan dipandang sesuai
bagi keperluan perkhidmatan awam oleh Jawatankuasa Tetap Penilaian
dan Pengiktirafan Kelayakan.
TRAGEDI MAKANAN BERACUN - PENYIASATAN
18. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Kesihatan menyatakan:-
(a) mengapakah laporan penyiasatan kes makanan beracun yangdijalankan oleh pakar-pakar perubatan masih belum diumumkansehingga kini;
( b ) adakah sesiapa akan didakwa sekiranya mereka didapatibersalah; dan
(c) berapakah jumlah perbelanjaan telah dikeluarkan untukmendapatkan perkhidmatan pakar-pakar perubatan dari luarnegeri demi menjalankan penyiasatan kes makanan beracunini,
Dr. Ting Chew Peh: Tuan Yang di-Pertua,
(i) Laporan penyiasatan kes keracunan makanan yang dijalankan
oleh pakar-pakar dari Singapura telahpun diumumkan, dan
laporan ini mengesahkan hasil-hasil siasatan oleh Pasukan
Petugas Menyiasat Keracunan di Perak. Sementara itu
laporan rasmi dari pakar-pakar yang diundang dari Amerika
Syarikat masih belum diterima.
DN.6.12.88 - 32 -
(ii) Kementerian Kesihatan akan mendakwa sesiapa sahaja yang
didapati melanggar peruntukan-peruntukan Akta Makanan
1983 serta Peraturan-peraturan Makanan 1985.
(iii) Perbelanjaan sejumlah $3,725 telah dikeluarkan untuk
mendapatkan pakar-pakar perubatan dari Singapura untuk
menjalankan penyiasatan ke atas kes keracunan makanan
itu. Sementara itu perbelanjaan untuk dua orang pakar
dari Amerika Syarikat telah dibiayai oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia sendiri.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dr Ng Khek Kiung.
Dr. Ng Khek Kiung: Tuan Yang di-Pertua, soalan saya No.19.
Tuan Yang di-Pertua: No.19 Yang Berhormat Menteri Kebudayaan
dan Pelancongan hendak menjawab?
[Jawapan No.19 Menteri Kebudayaan dan Pelancongan tidak
hadir]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Ibrahim bin Haji
Ujang.
Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua,
dengan izin, soalan No. 20.
KWSP - MENGELUARKAN SIMPANAN
20. Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah [ dibawah S. 0.23(2)] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa lama tempoh masayang perlu diambil bagi seseorang pencarum KWSP untuk mengeluarkanwang simpanannya;-
(b) bagi mereka yang berumur 50 tahun;
(b) bagi mereka yang telah bersara.
Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, untuk
makluman Ahli Yang Berhormat, lazimnya tempoh masa bagi seseorang
pencarum dapat mengeluarkan wang simpananaya apabila sampai umur 50
DN.6.12.88 - 33 -
tahun pada hari permohonan dibuat atau telah bersara pada umur 55
tahun pada hari permohonan itu dibuat, jika sekiranya semua
butir-butir yang dipohon itu betul dan tidak ada sebarang maklumat
tambahan yang diperlukan, masa yang diperlukan untuk mengeluarkan
wang tersebut adalah di antara 4 hingga 5 minggu.
CUTI MINGGUAN - MENSERAGAMKAN
21. Puan Norani binti Haji Beluah minta Perdana Menterimenyatakan tidakkah pihak Kerajaan bercadang untuk menseragamkancuti hujung minggu di negara ini daripada hari Sabtu dan Ahad kepadahari Jumaat dan Sabtu sesuai dengan kedudukan Islam Agama RasmiNegara.
Tuan Adam bin Abdul Kadir: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan
sememangnya bercadang untuk menyeragamkan cuti mingguan bagi seluruh
negara. Tetapi cadangan ini tidak dapat dilaksanakan pada masa ini
oleh kerana tidak ada persetujuan dari beberapa pihak yang terlibat
untuk mencapai maksud tersebut.
Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, menurut Perkara
74 Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri adalah
mempunyai hak untuk menentukan hari kelepasan masing-masing,
Sehubungan dengan ini, Kerajaan terpaksa mengkaji dengan teliti
mengenai hari-hari yang sesuai bagi cuti mingguan yang boleh
dipersetujui oleh semua Kerajaan Negeri dan juga implikasi ekonomi
dan perdagangan antarabangsa sekiranya hari Jumaat dan Sabtu
dijadikan hari kelepasan umum.
DN.6.12.88 - 34 -
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Mohd Noor bin Bedah.
Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang
di-Pertua, dengan izin, soalan No. 22.
KWSP - PENCARUM ISLAM
22. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh (di bawah S.023(2)) minta Menteri Kewangan menyatakan mengenai usaha-usaha yangtelah dijalankan bagi mengasingkan caruman pencarum Islam dalam KWSPbagi membolehkan pihak pengurusan KWSP dapat mengeluar zakat wangsimpanan pencarum-pencarum orang Is lam, seperti yang diamalkan olehLembaga Urusan dan Tabung Haji dan Bank Islam.
Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, untuk
makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini Kumpulan wang Simpanan
Pekerja (KWSP) belum ada rancangan untuk mengasingkan caruman oleh
pencarum-pencarum beragama Islam bagi tujuan membayar zakat ke atas
wang simpanan mereka. Walau bagaimanapun, cadangan Ahli Yang
Berhormat akan dikaji sewajarnya oleh Kementerian Kewangan.
DN.6.12.88 - 35 -
IJAZAH/DIPLOMA - PENGIKTIRAFAN
23. Dr Tan Chong Keng minta Menteri Pendidikan menyatakan:-
(a) prosedur yang dijalankan untuk mempertimbangkan permohonanpengiktirafan ijazah atau diploma sesuatu institusi dalamnegeri atau luar negeri; dan
(b) sebaliknya, negara-negara asing yang manakah telahmengiktiraf ijazah-ijazah dan diploma universiti-universitiatau institusi tempatan.
Timbalan Menteri Pendidikan [Dr. Leo Michael Toyad]: Tuan Yang
di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
(a) Penilaian kelayakan-kelayakan akademik dan profesional
dalam berbagai bidang, sama ada dikeluarkan oleh
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar
negeri untuk tujuan lantikan dalam Perkhidmatan Awam adalah
dijalankan oleh Jawatankuasa Tetap Penilaian dan
Pengiktirafan Kelayakan yang dipengerusikan oleh Yang
Berhormat Menteri Pendidikan. Jawatankuasa ini dibantu
oleh 4 buah Jawatankuasa Kecil Teknikal tertentu yang
bertanggungjawab membuat penilaian dan seterusnya
memperakukan untuk pertimbangan Jawatankuasa Tetap
Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan.
(b ) Setakat ini negara kita tidak memerlukan pengiktirafan
ijazah universiti/institusi tempatan dari negara-negara
luar kerana pelajar-pelajar kita dilatih hanya untuk
memenuhi keperluan dalam negara sahaja.
DN.6.12.88 - 36 -
Dr Tan Chong Keng: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya
ingin meminta Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan sudah
berapa lamakah permohonan kelulusan pengiktirafan Diplpma-diploma
dan Sijil-sijil daripada Kolej Tunku Abdul Rahman sudah diterima
oleh Jawatankuasa yang tertentu dan apakah tahap kemajuan permohonan
pengiktirafan yang sedang dijalankan itu.
Dr. Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, saya telah
menjawab soalan ini secara cepat dalam Dewan yang mulia ini dan saya
ingin menjelaskan di sini lagi bahawa permohonan ini sedang dibuka
semula dan di dalam peringkat pertimbangan serta masih dalam kajian.
DN.6.12.88 - 37 -
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana
Timbalan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan sudahpun ada, saya
berbalik kepada soalan 19. Saya persilakan Dr. Ng. Khek Kiung
untuk mengemukakan soalan.
TAHUN MELAWAT MALAYSIA 1990
19. Dr. Ng. Khek Kiung minta Menteri Kebudayaan dan Pelanconganmenyatakan:
(a) apakah program-program pelancongan yang telah dirancangkandalam projek melawat Malaysia 1990 bagi setiap negeridi sepanjang tahun 1990; dan
(b) apakah peruntukan bagi setiap negeri dalam projek ini.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan
[Tuan Abdul Raman bin Suliman]: Tuan Yang di-Pertua, beberapa acara
telah dikenalpasti untuk dianjurkan sempena Tahun Melawat Malaysia
1990, yang mengandungi perayaan-perayaan kegiatan-kegiatan kesenian,
kebudayaan, pertandingan-pertandingan sukan dan pameran- pameran.
Acara-acara tersebut akan dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan-kerajaan Negeri dan juga pihak swasta.
Bagi menjawab soalan kedua, perbincangan sedang diadakan dengan
Kerajaan-kerajaan Negeri bagi menentukan jumlah peruntukan yang
diperlukan bagi menganjurkan acara-acara di peringkat negeri.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Hassan bin Harun.
Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah: Tuan Yang, dengan izin
soalan No.24.
PROJEK HICOM - KEMAJUAN
24. Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah (di bawah S.O 23(2))minta Perdana Menteri menyatakan dengan sejelas- jelasnya tentangkedudukan dan kemajuan projek-projek HICOM seperti kereta nasional(Proton Saga), perusahaan besi waja (Perwaja) dan kilang-kilangsimen dari segi pengurusan, kewangan, pengeluaran dan pemasaranserta pasarannya masing-masing sekarang serta prospeknya.
DN.6.12.88 - 38 -
Tuan Adam bin Abdul Kadir: Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini
HICOM telah berjaya menubuhkan 12 buah syarikat, 6 buah daripadanya
sebagai anak syarikat dan selainnya sebagai syarikat bersekutu.
Dari jumlah ini, 6 buah syarikat telah memperolehi keuntungan,
manakala 6 syarikat lagi mengalami kerugian.
Secara khususnya prestasi anak-anak syarikat utama adalah
seperti berikut:
Perusahaan Otomobil National Sdn. Bhd. (Proton) telah
mengeluarkan sebanyak 93,345 unit Proton Saga sehingga bulan
Oktober, 1988. Sebanyak 88,442 unit telah dijual di pasaran
dalam negeri, dan sebanyak 1,329 unit lagi telah dieksport ke
luar negeri. Dari segi kawangan, sehingga 31hb Mac, 1988,
Proton telah mengalami kerugian terkumpul sebanyak $169.2
juta. Untuk meningkatkan prestasinya, Proton menguatkan
keupayaan pengurusannya di peringkat atasan dengan pengambilan
tiga orang pegawai kanan daripada Mitsubishi Motors Corporation
(MMC) dan Mitsubishi Corporation of Japan (MC) yang masing-
masing menjawat jawatan Pengarah Urusan, Pengurus Besar
Korporat (Perancangan Korporat) dan Pengurus Besar Korporat
(Perniagaan).
Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. (Perwaja) telah berjaya
mengeluarkan sebanyak 352,601 metrik tan billet sehingga bulan
September, 1988. Dari jumlah ini sebanyak 196,723 metrik tan
telah dipasarkan di pasaran tempatan, manakala 99,672 metrik
tan telah dieksport keluar negeri. Sehingga 31hb Mac, 1988,
Perwaja telah mengalami kerugian terkumpul sebanyak $557.8
juta. Dari segi pengurusan, Perwaja telah melantik Yang
DN.6 .12 .88 - 39 -
Berbahagia Dato' Eric Chia sebagai Pengarah Urusan yang telah
diberi tugas untuk meningkatkan prestasi syarikat.
Kedah Cement Sdn. Bhd. (KCSB) telah mengeluarkan dua jenis
keluaran iaitu 'cl inker ' dan simen. Sehingga bulan Mac, 1988
Kedah Cement telah mengeluarkan 3,593,862 metrik tan clinker
dan 2,143,181 metrik tan simen. Sebanyak 1,985,400 metrik tan
simen telah dipasarkan dalam pasaran dalam negeri dan 143,946
metrik tan keluar negeri. Bagi clinker pula, 735 ,740 metrik
tan telah dipasarkan di dalam negeri, sementara 604,369 metrik
tan lagi dihantar keluar negeri. Sehingga 31hb Mac, 1988 Kedah
Simen telah mengalami kerugian terkumpul sebanyak $217.6 juta.
Untuk makluman Yang Berhormat, ketiga-tiga syarikat di atas
terlibat dalam melaksanakan projek industri berat yang memerlukan
tempoh kematangan yang lama ataupun, dengan izin, t o n g gestation
period) untuk mendapatkan pulangan dari pelaburannya.
Walau bagaimanapun, ketiga-tiga syarikat di atas mempunyai
prospek yang cerah di tahun-tahun akan datang memandangkan keadaan
ekonomi yang bertambah baik yang seterusnya dijangka akan meningkat-
kan permintaan untuk keluaran-keluaran syarikat ini.
Di samping itu, usaha-usaha juga sedang dijalankan untuk
meningkatkan penjualan keluaran-keluaran syarikat di luar negeri.
Bagi Proton prospeknya adalah lebih baik di tahun-tahun akan datang
jika sekiranya Proton Saga dapat menembusi pasaran di United Kingdom
dan di Amerika Syarikat sebagaimana yang giat dirancangkan sekarang.
DN.6.12.88 - 40 -
Bagi Perwaja pula, prestasinya juga dijangka meningkat dengan
usaha untuk memperbaiki kecekapan pengurusannya dan menyusun semula
hutang-hutang syarikat ini. Sementara itu prestasi Kedah Simen
dijangka dapat dipulihkan dengan usaha-usaha yang wajar iaitu
berkaitan dengan pengeluarannya dengan syarikat-syarikat simen yang
lain.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, syukur
alhamdulillah, 24 pertanyaan-pertanyaan telah dapat dijawab pada
hari ini. Masa untuk Pertanyaan-pcrtanyaan bagi Jawab Mulut sudah-
pun cukup.
[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan
Jawapan bagi Pertanyaan No.25 hingga 38 adalah]
DN.6.12.88 - 41 -
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1989
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula
perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-
undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." (5hb Disember,
1988).
Tuan Yang di-Pertua: Saya menjemput Yang Berhormat Tuan Haj i
Hamid Araby bin Md. Salih menyambung ucapan beliau.
3.37 ptg.
Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih: Tuan Yang di-Pertua, saya
mengucapkan terima kasih kerana membenarkan saya menyambung sedikit
lagi perbahasan menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 1989 yang
dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan semalam.
Kata seorang pujangga dan ulama terkenal, Ibnu Ghais, yang
bermaksud Tuhan marah jika kita memutuskan permintaan atau berhenti
meminta sesuatu kepadaNya, tetapi bani Adam pula jika diminta selalu
tidak berhenti-henti sampai keterlaluan maka marahlah dia, iaitu
bani Adam. Awasilah wahai rakan-rakan komponen dalam parti Barisan,
jika anda tinggal dalam rumah yang dibuat daripada kaca janganlah
membuang batu kepada orang lain.
Tuan Yang di-Pertua, kita menyedari bahawa perniagaan adalah
merupakan sumber rezeki yang lumayan d i samping menyedari bahawa
bangsa yang menguasai perniagaan adalah turut menguasai politik dan
negara. Dewasa ini kelihatan begitu ramai bumiputera menceburi
bidang perniagaan makanan. Tetapi kegiatan itu bukanlah satu
kemunduran sikap dalam perniagaan. Kita percaya sekiranya ada
DN.6 .12 .88 - 42 -
bumiputera yang diberi kemudahan dalam bidang-bidang lain maka
tentunya mereka ini akan mengadakan jenis pcrniagaan yang mereka
mahir, arif dan sejajar dengan kebolehan masing-masing. Dengan
kata-kata yang lain, anak-anak Melayu sekiranya diberi latihan dan
kemahiran berniaga serta semangat yang kental akan muncul bersama-
sama dengan kaum lain di negara ini.
Oleh kerana pada hari ini sektor perkhidmatan awam tidak boleh
menampung bilangan anak-anak muda dengan tugas-tugas di pe jabat ,
maka perniagaanlah jawabnya. Mengetahui bahawa bidang perniagaan
ini memerlukan kemahiran yang langsung maka sewajarnya Kerajaan
harus memikirkan cara untuk membolehkan anak-anak Melayu menerima
latihan di industri-industri, kedai-kedai dan sebagainya. Pendedah-
an yang sedernikian adalah satu perkara yang perlu sekiranya kaum
Melayu hendak didedahkan dalam dunia perniagaan.
DN.6.12.88 - 43 -
Kerajaan boleh memainkan peranan ini dengan lebih berkesan jika
dengan lebih berani tanpa menghiraukan mereka yang tidak senang hati
melihat sesuatu ikhtiar yang dibuat di bawah ikut Dasar Ekonomi
Baru. Biarkanlah anjing itu menyalak, tidak akan runtuh bukit itu,
Kementerian yang ada kiatan dan pemimpin-pemimpin Melayu wajar
memberi latihan dalam berbagai jenis latihan perniagaan dan
mengunjurkan skim-skim latihan supaya mereka memperolehi kemahiran
itu. Ini adalah fardhu kifayah dalam agama Islam. Tidaklah adil
bagi pemimpin menyuruh orang-orang Melayu mengamalkan budaya niaga
tanpa adanya satu-satu rancangan yang gergasi menyediakan masyarakat
Melayu dalam bidang itu.
Tuan Yang di-Pertua, kegagalan Dasar Ekonomi Baru juga ada
kaitan dengar s i fa t angkuh dan sombong pegawai-pegawai dan pengarah-
pengarah di beberapa Jabatan tertentu Kerajaan terhadap peniaga-
peniaga, pengusaha-pengusaha dan pemborong-pemborong bumiputera.
Banyak sungguh diskriminasi dan dengan izin, 'red-tape' diamalkan
dan suka pula marah serta jarang memberi nasihat.
Dasar-dasar Kerajaan adalah baik belaka tetapi pelaksanaannya
lambat dan lembab dan mereka didapati macam tidak bermaya untuk
menunaikan kewajipan dan mengatasi masalah-masalah yang
dikemukakan. Usahawan-usahawan bumiputera yang menjadi mangsa
penyelewengan pegawai-pegawai itu jika membuat pengaduan kepada
pihak atasan akan tetap menjadi mangsa dan sasaran dan sukar benar
baginya untuk menyambung kerjayanya itu, kenalah gulung tikar
akhimya.
Saya ada beberapa bukti , tetapi bukanlah tempat di sini saya
hendak mengemukakan. Jika Kementerian yang berkenaan hendak, insya
Allah, saya akan sampaikannya.
DN.6.12.88 - 44 -
Maksud B.25 Kementerian Pertahanan. Tahniah diberi kepada
Menteri Pertahanan, Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad atas pandangan jauh beliau demi kepentingan keselamatan
negara Malaysia kerana menandatangani satu memorandum persefahaman
dengan Kerajaan British untuk membeli kelengkapan tentera.
Pembelian ini akan dibeli melalui peruntukan Belanjawan sejumlah
S100 juta dijangka diperlukan bagi tahun 1989. Perdagangan
timbalbalas atau ala butter trade bagi mempastikan pembelian
kelengkapan akan memberi faedah kepada ekonomi negara adalah
diharap-harapkan. Janganlah jadi seperti Pesawat-pesawat Pejuang
A-4 Skyhawk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah
dihentikan penerbangan sementara waktu bagi mengenalpasti
punca-punca kemalangan yang melibatkan jet-jet terpakai buatan
Amerika Syarikat itu.
Saya difahamkan TUDM mempunyai 40 buah Pesawat Skyhawk yang
dibeli sebagai barang-barang terpakai dengan harga $7.2 juta setiap
satu dan ini bererti jumlah harganya adalah M$280 juta. Ini adalah
satu pembaziran yang besar. Maka saya ingin mengesyorkan agar
Kementerian Pertahanan menyusun satu program yang kemas dan latihan
Tentera Udara dan satu pertimbangan yang tepat dilakukan dalam soal
membeli pesawat untuk kegunaan TUDM dalam masa-masa yang akan
datang.
Tuan Yang di-Pertua, Maksud 34 Kementerian Kesihatan. Kepada
Kementerian Kesihatan, saya ingin merayu agar cepat hantar
pathologist, iaitu pakar pembedahan yang menjalankan post-mortem ke
atas mayat-mayat akibat kemalangan. Mayat-mayat orang Islam disadai
di bilik mayat dalam bilik sejuk lebih daripada 20 jam kerana tidak
DN.6.12.88 - 45 -
ada, dengan izin, 'resident pathologist' di Hospital Besar, Pulau
Pinang. Saya sendiri telah mengeluarkan beberapa kenyataan dalam
akhbar oleh kerana saya berasa tak puas hati yang sedang berlaku
baru-baru ini di mana mayat-mayat kita yang perlu dijalankan
post-mortem tak dapat dikeluarkan daripada hospital. Keadaan sudah
berpanjangan semenjak bulan Februari 1988. Begitu juga apakala
pentas jeti itu jatuh, 2 mayat Islam tak dapat dibawa balik sehingga
hampir-hampir 20 jam oleh kerana kita tidak mempunyai pakar yang
disebutkan tadi.
Hospital Besar Pulau Pinang perlu minta pathologist dari Alor
Setar atau Ipoh untuk datang ke Pulau Pinang untuk menjalankan
pembedahan tersebut. Pakar-pakar pembedah pula sekarang hanya 2
orang, kemalangan banyak yang berlaku setiap hari, iaitu 'surgeon'
tidak mencukupi untuk seluruh Pulau Pinang dan Seberang Prai.
Perlulah tambah lagi sekurang-kurangnya 2 orang lagi pakar pembedah.
Saya fikir nasib ayam-itik lebih baik lagi daripada nasib
manusia. Sekejab tadi Timbalan Menteri Pertanian telah memberitahu
16 pakar diwujudkan di pusat latihan dan penyelidikan penyakit
ternakan ayam-itik di ASEAN, iaitu di Ipoh tadi. Ini menunjukkan
nasib ayam-itik pun lebih baik lagi daripada manusia.
Jadi, memadailah kerana saya juga hendak memberi peluang kepada
yang lain-lain untuk menghujahkan, untuk membahas dalam Rang
Undang-undang ini. Maka sekali lagi saya menyokong penuh Rang
Undang-undang Perbekalan 1989. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom.
DN.16.12.88 - 46 -
3.46 ptg.
Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua,
terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana saya
diberi peluang untuk sama-sama mengambil bahagian di dalam
membahaskan satu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada
Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 1989 dan bagi
memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.
Rang Undang-undang ini telah dibentangkan oleh Yang Berhormat
Menteri Kewangan pada petang semalam. Saya mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan
sewaktu membentangkan Akta ini sungguhpun memakan masa yang tak
sampai sejam, tetapi mengandungi keterangan-keterangan yang tepat
dan jelas di dalam membentangkan keperluan wang negara untuk
digunakan bagi tahun 1989.
Tuan Yang di-Pertua, sewaktu Yang Berhormat Menteri Kewangan
membentangkan Belanjawan di Dewan Rakyat, berbagai-bagai tafsiran
dan sanggahan telah dibuat oleh orangramai mengenai dengan
Belanjawan 1989. Saya tidak membuat sanggahan apa-apa. Pada saya
Belanjawan ini adalah satu Belanjawan yang merupakan Belanjawan yang
dapat mengimbangkan keadaan pendapatan negara dengan perbelanjaan
negara memandangkan kepada naiknya sedikit keadaan ekonomi negara
kita, hasil-hasil negara kita maka beberapa perubahan dibuat oleh
Yang Berhormat Menteri Kewangan bagi pihak Kerajaan di dalam
Belanjawan 1989. Tambahan-tambahan beberapa ratus juta untuk
pembangunan negara dan luar bandar, saya alu-alukan.
DN.6.12.88 - 47 -
Saya menyanjung tinggi jumlah yang sebegitu besar ditambahkan
kepada peruntukan projek pembangunan luar bandar dan beberapa ratus
ju ta untuk kenaikan gaji baru di perkhidmatan awam Kerajaan. Saya
mengalu-alukan kerana ini memang telah lama ditunggu-tunggu oleh
anggota-anggota perkhidmatan awam kita. Ekoran daripada itu semua
bersyukurlah kita, terutama kakitangan perkhidmatan awam, kakitangan
Kerajaan, pegawai Kerajaan di atas penunaian janji Kerajaan kepada
mereka yang terlibat, walaupun sedikit kita tahu permohonan itu
banyak, yang diluluskan sedikit tetapi bersyukurlah kita di atas
kelulusan yang dibuat di dalam Belanjawan ini semoga dengan rasa
syukur kita itu nikmat akan berlipatganda di masa-masa yang akan
datang dan di dalam perubahan-perubahan tanggagaji sama ada 5 tahun
sekalikah, 10 tahun sekalikah, 3 tahun sekalikah kalau Kerajaan
hendak buat kalau ada permohonan, Kerajaan mampu, Kerajaan akan
tunaikan.
DN.6.12.88 - 48 -
Cuma apabila Kerajaaa umumkan kenaikan yang tidak begitu banyak
bagi mereka yang akan menerima kenaikan itu, satu masalah yang
timbul sekarang ini ialah kenaikan harga barang-barang keperluan
telah memuncak, telah menjadi keresahan kepada rakyat ramai. Mereka
yang menangguk di air keruh mengambil kesempatan menaikkan harga
barangan keperluan ini, Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini telah
menjadi satu isu yang besar, bukan, sahaja harga keperluan makanan,
pakaian dan sebagainya, malah harga barang binaan pun telah ikut
naik, kecuali barang terkawal seperti simen yang tidak naik. Harga
kayu sudah naik, harga batu-baca sudah naik, harga kapur untuk jadi
campuran memplaster dinding, cat pun naik, harga cermin pun naik,
harga besi keluli buat konkrit pun naik. Jadi oleh kerana i tu saya
harap Kerajaan akan menjalankan penyiasatan untuk menguatkuasakan
supaya barang-barang itu tidak menjadi beban kepada orangramai,
kepada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana biasa di dalam membahaskan
Belanjawan ini, pihak Kerajaan telah menyediakan iaitu daripada
Maksud B.l sehingga Maksud B.54 dan inilah yang sepatutnya Ahli-ahli
di dalam Dewan ini menunjukkan di mana kelemahan, di mana
kekurangan, di mana patut ditambah, di mana patut disyotkan supaya
diperbaiki Jabatan-jabatan dan Kementerian-kementerian, agensi-
agensi Kerajaan yang ada di dalam Akta ini.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyebut sedikit di dalam
Dewan, di dalam awal perbahasan saya ini, sebagai anggota-anggota
yang dilantik oleh Kerajaan-kerajaan Negeri atau sebagai Ahli Senate
yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di
DN.6.12.88 - 49 -
dalam Dewan yang mulia ini, kalau kita baca peranan Ahli-ahli Dewan
ini ialah mereka yang telah berumur lebih 30 tahun yang mempunyai
pengalaman yang luas di dalam bidang-bidang tertentu atau mewakili
kaum-kaum minoriti seperti Orang Asli dan sebagainya dan mereka yang
telah berjasa kepada negara dan masyarakat untuk menasihatkan
Kerajaan di dalam setiap Akta yang dibentangkan. Jadi, adalah lari
daripada tu juan asal j ika sekiranya perlantikan kita di atas batang
tubuh, perlantikan kita ke dalam Dewan Negara ini sebagai Ahli
Senate adalah perlantikan batang tubuh, bukan perlantikan melalui
pertubuhan atau parti. Benar, di luar Dewan adalah parti yang
mengesyorkan nama kita tetapi perlantikan ke dalam Dewan ini ialah
perlantikan batang tubuh kerana di dalam Dewan ini kita disebut nama
batang tubuh, tidak seperti di Dewan Rakyat disebut sebagai Wakil
Kawasan, di situ perbezaannya.
Jadi, kita bercakap di sini Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli
Senate ini bercakap di atas nama batang tubuhnya menasihatkan
Kerajaan, tidak mewakili pertubuhan di luar Dewan. Ini konsep yang
saya pegang, Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu setiap kali kita
disebut, Tuan Yang di-Pertua menyebut "Yang Berhormat si polan bin
polan", kalau di Dewan Rakyat disebut "Yang Berhormat dari Kawasan
anu, anu; dari Kawasan itu, itu", di sini perbezaannya.
Jadi, adalah menjadi satu perkara yang agak ganjil jika sekira-
nya seorang Ahli di dalam Dewan Negara ini menyebutkan bahawa kami
daripada parti ' A ' , parti ' B ' - ganjil, seolah-olah Ahli ini tidak
memahami kedudukannya di dalam Dewan ini. Sebagai ahli yang hampir
bersara, Tuan Yang di-Pertua, hanya tinggal sebulan dua sahaja lagi
saya berada di Dewan ini dan pengalaman saya selama dua penggal,
DN.6.12.88 - 50 -
hampir 6 tahun di dalam Dewan ini, Tuan Yang di-Pertua, daripada
beberapa orang Yang di-Pertua Dewan telah saya jumpai di dalam Dewan
ini, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menasihatkan kepada Ahli-ahli
yang muda, yang berdarah panas atau yang tua tetapi masih ber-
semangat muda supaya kita jangan lari daripada aturan Peraturan
Mesyuarat Fasal 35(9) ceraian ( a ) , (b) dan (c) sepertimana yang saya
maklumkan kepada Dewan ini sewaktu saya mempengerusikan Dewan ini
petang semalam, Tuan Yang di-Pertua.
Adalah amat dikesali jika sekiranya di dalam perbahaaan
Belanjawan yang begini penting, kita lari kepada satu tajuk lain
yang jauh, yang langsung tidak menyentuh mengenai Belanjawan pun.
Mengapa ini berlaku? Tuan Yang di-Pertua kebebasan Ahli Dewan
Negara ini berucap kita akui tetapi kesan daripada membuat ucapan di
dalam Dewan Negara iai adalah direkodkan, dicatat, sepertimana yang
selalu saya katakan, ini akan menjadi kajian sejarah kepada generasi
yang akan datang, dan kita tidak mahu perkataan atau tuduhan
mengatakan Dewan Negara ini ' rubber stamp' , tidak mahu berulang.
Kita cuba betulkan dan kita tidak mahu sekarang ini Dewan Negara
menjadi Dewan tempat Ahli-ahli Dewan Negara melepaskan geram,
melepaskan perasaan marah sehingga menuduh Kerajaan zalim, Kerajaan
tidak adil, siapa kita ini?
Kita ini ialah kesemuanya penyokong Kerajaan. Jadi kalau kita
penyokong Kerajaan, menuduh Kerajaan zalim, Kerajaan tidak adil,
sepatutnya kita tidak duduk lama di dalam sebagai penyokong
Kerajaan, kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada parti Kerajaan,
sepatutnya begitu kalau kita gentleman. Janganlah pergolakan
politik di dalam UMNO dijadikan modal untuk menyerang Kerajaan
DN.6.12.88 - 51 -
kerana seorang Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Negara ini berkata
kerana pergolakan di dalam UMNO itu sendiri memperkuatkan azam kami.
Jadi ini sudah menangguk di air keruh, kerana pergolakan politik di
dalam UMNO itu dijadikan satu semangat untuk memperkuatkan azamnya
membuat tuntutan melalui Dewan ini - tidak betul.
Tuan Yang di-Pertua, menangguk di air keruh selalunya dapat
udang galah yang besar-besar, kepalanya besar tetapi penuh dengan
tahi. Jadi jangan jadi macam otak udang, itu bidalan nelayan kecil
di tepi-tepi sungai.
DN .6.12.88 - 52 -
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang telah disebutkan oleh
beberapa orang Ahli Yang Berhormat diawal permulaan perbahasan ini,
saya sebenarnya bercadang tidak hendak bercakap di dalam sesi
mesyuarat ini. Saya tidak bercadang hendak bercakap, tetapi
apabila timbul masalah Ahli di dalam Dewan Negara ini sendiri tidak
yakin kepada keupayaan Kerajaan, tidak yakin kepada keupayaan
Kerajaan Barisan Nasional, pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri
Dr Mahathir bersama-sama dengan anggota-anggota komponennya dari MCA
dan yang lain-lain, saya amat dukacita. Jadi kalau sudah di dalam
Dewan yang rasmi begini kita menyatakan tidak yakin kepada
Kerajaan, yang kita sendiri sebagai penyokong Kerajaan, ahli parti
di dalam komponen barisan Kerajaan, apa maknanya? Telunjuk lurus,
kelengking berkait, apa maknanya? Mengunting kain di dalam lipatan,
diberi susu, tuba dibalas?
Saya katakan terus terang pemimpin-pemimpin MCA tidak akan
menang dalam piliharaya kalau tidak di kawasan Melayu. Di Hulu
Langat tidak akan menang kalau tidak ada pengundi Melayu, di Telok
Panglima Garang dan Perserai, kampung saya sendiri, di Pontian dan
beberapa tempat yang lain. Calon-calon dari MCA akan tewas di
kawasan-kawasan bandar sekalipun di tempat itu adalah mereka yang
mengatakan kami kuat - tengok, mengapa ini berlaku? Jadi
sepertimana ucapan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada UMNO petang
semalam, merasakan dukacita. Saya tidak mengatakan di dalam Dewan
ini, Tuan Yang di-Pertua, jangan cuba hendak jolok sarang tebuan.
Saya tidak katakan begitu, tetapi cuma saya ingin
DN.6.12.88 - 53 -
perkatakan janganlah lukai hati yang telah luka ini disimbah lagi
dengan cuka.
Kalau peristiwa songkok dijadikan isu politik, peristiwa
doa dijadikan isu politik dan berbagai-bagai yang telah lalu
sehingga Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor terpaksa
melucutkan gelaran 'Dato ' bukan sahaja saya sebagai orang Melayu,
orang UMNO yang merasa tersinggung, malahan Duli Yang Maha Mulia
Sultan Selangor sendiri telah menyatakan rasa tersinggungnya di atas
sikap orang-orang yang tidak mahu cuba merasakan terima kasih,
begitu kesannya Tuan Yang di-Pertua.
Ucapan yang disampaikan oleh kedua Ahli Yang Berhormat
daripada MCA petang semalam saya tahu, tidak dari kehendaknya,
percayalah Tuan Yang di-Pertua, kerana kedua-dua Ahli Yang Berhormat
dari MCA itu saya tengok membaca satu teks ucapan yang disediakan.
Kalau saya hendak membaca teks ucapan yang disediakan oleh golongan
elit Melayu yang tidak puas hati dengan Kerajaan, 4 hari 4 malam,
saya boleh baca, 4 hari 4 malam di Dewan ini saya boleh buat.
Tetapi percakapan itu adalah seperti burung terkukur yang orang lain
petik tangan dia pun menyanyi, akibatnya kena tanggung, tangan yang
berani mencincang, bahu yang mesti sanggup memikul. Kalau berani
ulangi ucapan itu di luar Dewan.
Tuan Yang di-Pertua, saya selalu mendengar satu siaran radio
dikatakan 'Suara Pembebasan Rakyat Malaya' pancaran haram suara
revolusi. Jadi nada ini betul-betul macam nada radio suara revolusi
rakyat Malaya, betul-betul macam nada radio haram suara revolusi
rakyat Malaysa, komunis punya, sebab menuduh Kerajaan
DN .6.12.88 - 54 -
mengekaploitasi, menuduh Kerajaan tidak adil, menuduh Kerajaan
zalim, menuduh pemimpin. Kalau kedua orang Ahli Yang Berhormat ini
hendak menyampaikan hasrat kaumnya di dalam Dewan ini, Tuan Yang
di-Pertua, tidak seperti nada itu. Saya setuju dan sayapun biasa
bercakap dalam Dewan ini tidak kerana untuk orang Melayu sahaja.
Sayapun punya kawasan, sungguhpun kawasan itu saya kalah
bertanding di situ, tetapi saya masih membela penduduk kampung
baru di kawasan Tajong Sepat kerana saya tahu penduduk kampung baru
Tanjong Sepat, di Selangor itu memerlukan jalan yang baik, longkang
yang baik, bekalan air yang cukup, tambahan sekolah yang cukup,
tanah jirat tempat dia mati yang lebih baik, hendak atas bukit -
saya perjuangkan. Tetapi saya tidak menuduh Kerajaan Selangor,
saya tidak menuduh Kerajaan diskriminasi, pilih kasih, zalim dan
sebagainya. Saya kata kita cari peruntukan, kita carikan peruntukan
untuk membolehkan mereka ini mendapat nikmat yang sama seperti
orang lain. Apabila kita bercakap mengenai projek pembangunan semua
orang akan merasa projek itu, apabila saya bercakap Jabatan
Kerjaraya hendaklah tengok jalan daripada Muar ke Batu Pahat
terlalu teruk. Kalau 4 kali ikut jalan itu barangkali Yang
Berhormat Tuan Lau daripada Muar tahu jalan ini terlalu teruk. Saya
bercakap kerana jalan itu di luar bandar bukan orang Melayu sahaja
yang menggunakan jalan itu, lori-lori yang mengangkat kelapasawit,
mengangkat kelapa, mengangkat getah.
Apabila saya bercakap sepanjang jalan daripada Muar-Batu Pahat
kenapa tempayan-tempayan masih berlonggok di tepi jalan, air tidak
ada? Bukan untuk orang Melayu sahaja, semua orang dapat, semua
DN 6.12.88 - 55 -
orang sudah rasa nikmat dan sekarang semua sudah baik, begitulah
cara kita bercakap sebagai pemimpin.
Kalau hendak mengajak saya bercakap sebagai pembangkang, tahun
1959 saya sudah jadi pembangkang. Tahun 1959 saya kepala
pembangkang sama-sama dengan Ahmad Boestamam, sama-sama dengan Lim
Kean Siew, sama-sama dengan Veerappan, sama-sama dengan David.
Banyak ahli-ahli di dalam Dewan ini yang belum pun mencium bau
politik, kalau saya hendak bercakap sebagai pembangkang, te tapi
takkan selama 31 tahun kita merdeka ini kita hendak terus-terusan
menjadi pembangkang, apa lagi yang hendak dibangkang? Apa lagi yang
tidak betul, yang tidak betul apa dia? Kecuali hak sendiri yang
belum dapat. Inilah yang berlaku 'cekcok' inilah yang berlaku
perebutan, bukan dalam UMNO sahaja, dalam MCA pun berlaku perebutan,
dalam MIC berlaku perebutan, dalam GERAKAN berlaku perebutan, semua
parti komponen ada perebutan. Ini jangan kita hendak selindung
kerana nafsu mansuia. Jadi apabila berlaku perebutan masing-masing
cuba hendak tonjolkan isu, apabila hendak tonjolkan isu, tidak fikir
isu itu munasabah atau tidak, isu itu penting atau tidak? Isu itu
melukakan orang atau tidak. Ini kalau hendak tonjol diri, kalau
saya hendak tonjol diri, hari ini saya masuk Semangat 46, insya
Allah saya jadi pemimpin. Itu kalau saya hendak tonjol diri.
DN.6.12.88 - 56 -
Kerana kalau duduk dalam UMNO sekarang ini saya tidak jadi apa-apa.
Cuba pergi masa pilihanraya, pergi kempen sebab saya sudah termasuk
dalam istilah 'politician gombal', ha, itu dia, politician gombal.
Gombal ini kain buruk. Jadi maknanya ahli politik kain buruk tukang
lap meja.
Jadi kalau ada pilihanraya saya kena pergi lap tempat-tempat
yang banyak Jawa, banyak Banjar, banyak Bugis, i t u saya kena pergi
bercakap. Itu yang dikatakan politician gombal. Saya tidak ber-
cadang untuk hendak jadi Timbalan Menteri, jadi Menteri, jadi
Perdana Menteri, jauh sekali cukup setakat politician gombal.
Tetapi kerana percecokan di dalam parti-parti masing-masing tadi,
ada anak muda yang cuba hendak tonjol diri dalam Dewan Negara ini,
mungkin dia akan jadi Ketua Pemuda MCA satu masa akan datang. Ha,
ini dia. Ini fahaman sayalah, jangan marahlah. Saya orang gasak,
saya ketawa sahaja. Orang gasak bangsa Melayu, orang gasak kaum
Melayu, saya senyum sebab Nabi berkata, "Bastatul wajah", senyumlah
kerana senyum itu wajah ahli syurga kalau marah, marah, marah, wajah
ahli neraka. Ini jangan suka marah-marah. Tetapi kalau marah-marah
itu memang akan pergi ke neraka 'wal lahua ' lam bissawab ' , 'innamal
musyrikina najasun ' .
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat sebut nama Tuhan
beberapa kali di dalam menyokong hujahnya moga-moga Tuhan selamatkan
kita. Semua kita minta Tuhan selamatkan kita. Tuhan ingatkan kita,
Allah peringatkan kita 'walatulkhum biaidikum i lat takhlukah' , jangan
DN.6.12.88 - 57 -
engkau jerumuskan tangan engkau, tangan ini maknanya kekuasaan, Tuan
Yang di-Pertua, inilah semasa ada kuasa bagi Ahli Dewan Negara itu
janganlah jerumuskan diri engkau dalam kebinasaan. Sepatutnya
begitu. Sebab itu di dalam Peraturan Mesyuarat kita Fasal 35 jangan
menyentuh rasa yang menyinggung hati kaum lain, yang boleh mengajak
orang derhaka kepada Kerajaan itu semua telah diatur. Apakah Ahli
Yang Berhormat ini tidak baca buku itu atau macam mana kerana
semangat tadi, ini giliran saya bercakap, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, kita kena fikir baik-baik. Saya syorkan
supaya perkataan. Malaysia itu ditukar dijadikan Bahasa Malaysianya
apa. Perkataan Malaysia itu sebab Yang Amat Mulia Tunku Abdul
Rahman dahulu waktu hendak membentuk gagasan. Malaysia ini dia tidak
ingat bahasa, perkataan Malaysia itu dalam Bahasa Melayunya ada.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita ini negara Malaysia, bahasa
Melayunya apa Malaysia itu. Malay - Melayu, Sia - raya, Melayu
Raya. Kalau kita gunakan itu nanti banyak orang yang akan bertem-
pek, suara revolusi akan bangkit. Tempat kita duduk itu Semenanjung
Tanah Melayu. Sebut habis-habis, Tuan Yang di-Pertua, jangan sebut
Semenanjung sahaja, Kalau kita hendak sebut Semenanjung Tanah
Melayu, itu nasib baik tidak dibangkitkan, kenapa masih ada Keretapi
Tanah Melayu dengan Askar Melayu. Tetapi di luar dimain-mainkan,
kerana adanya Askar Melayu takut orang lain berontak. Sebab itu
Askar Melayu semua orang Melayu sahaja. Itu dimainkan api itu,
DN.6.12.88 - 58 -
ditiupkan api perkauman itu. Tidak usahlah ingat 13 Mei itu telah
lama sangat. Orang pun tidak mahu lagi dengar kisah itu. Sebab
kita di dalam negara kita ini tengok di Kuala Lumpur ini sahaja,
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita berjalan di Jalan Petaling sana,
macam kita ada di Macao, kalau kita pergi setengah-setengah tempat
macam kita ada di Hong Kong, padahal kita di negara kita, di
Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, senyampang saya masih menyebut Malaysia,
kita kena betulkan, ada satu ejaan bangunan di dalam negara kita ini
pakai kalimat Malaysia. Kenapa sampai ada tulis 'Malayzia' . Itu
dia. Tempoh hari saya menyebut kalimat Melaka. Ejaan rasmi Melaka,
M e 1 a k a, Melaka, tetapi apabila kita pergi ke Melaka, kita akan
jumpa ejaan Malacca. Sudah 30 tahun merdeka hendak membetulkan itu-
pun tidak betul. Tolonglah betulkan. Jangan Haj i Shaharom cakap
perkara yang remeh-remeh macam itu. Ini timbul pula ada satu
bangunan kalimat di atas itu dipuncak menara bangunan itu
'Malayzia ' . Kita yang mengubah-ubah daripada Malaysia jadi
Malayzia. Biarlah orang Arab hendak sebut kita Malayzia, itu dia
sebut tidak apa. Jangan kita yang tulis Malayzia. Seolah-olah ada
negeri lain. Jadi Melaka ada Malacca, Malaysia ada Malayzia. lni
kena betulkan. Cepat, jangan sampai saya ulang lagi esok.
Dalam negara kita ini setengah tempat di Kuala Lumpur ini kalau
kita jalan ada macam seolah-olah kita berada dekat Macao, kadang-
kadang berada macam di Hong Kong, kadang-kadang ada macam dekat
Bombay, kalau kita berada dekat panggung wayang yang lama itu
DN.6.12.88 - 59 -
macam seolah-olah kita ada dekat Karachi. Ha! tengok punyanya
kebebasan. Walaupun ahli-ahli bahasa bertempek turunkan semua
sekali, gunakan Bahasa Kebangsaan, utamakan Bahasa Kebangsaan.
Heh! kita 'sweah' kalau turunkan papan yang lama itu. Nanti orang
tidak kenal, Tengok ' sweah ' . Kita orang Melayu t idak punya
'sweah'kah. Ini dia. Ertinya kalau dia ada punya kesialan, orang
Melayu pun ada kesialannya. Ini yang dikatakan dalam Rukunegara itu
kita kena jaga kesopanan dan kesusilaan. Adakah kesialannya
masing-masing. Apa lagi di dalam politik, apa lagi di dalam
pemerintahan.
Tuan Yang di-Pertua, kalau buka dalam sejarah Sultan Melaka
nikah dengan Puteri Hang Li Poh, nikah, jadi isteri. Orang jadi
isteri ini patuhlah sepatutnya apa yang diberi itu terimalah, kecil-
kah, besarkah, panjangkah, pendekkah, banyakkah, sedikitkah. Ha!
ini tidak, sudah beri betis, hendak peha. lni dia beri betis,
hendak peha ini. Itu sejarah kalau saya hendak ulang; ungkit itu
panjang ceritanya. Jadi maknanya orang-orang yang datang daripada
sebelah pihak isteri, ini kalau ikut adat istiadat Melayu, kalau
orang menyemondo, Negeri Sembilan kata, "kok datang dari sebolah
t imo, ikut jo lah apo dibori terimo," macam itu. "Jangan cubo
hendak tunjuk bosar kepalo, kok cubo tun juk bosar kepalo kono lutu."
Itu dia. Saya tidak. Saya pengikut Sri Vijaya. Pateh Kerma Vijaya
yang menjadi Menteri di Melaka, Jadi ini sejarah, janganlah ki ta
hendak malu cerita. Salah seorang Menteri di Kerajaan Melayu Melaka
adalah, "Pateh Kormo Wijoyo," cuma dalam Buku Sejarah ditulis,
DN.6.12.88 - 60 -
"Pateh Kerma Wijaya" sebenarnya "Pateh Keromo Wijoyo," sayalah
keturunannya.
Yang Berhormat Tuan Lau daripada sebelah Hang Li Poh daripada
sebelah isteri, orang yang menyemenda. Jangan marah Yang Berhormat
Tuan Lau. Ini kita baca sejarah sedikit. Maknanya sama-sama kita
duduk, "periaaii" sama daripada sebelah orang yang mendatang.
Tetapi proses masa 400, 500 tahun. Kita diberi sama kad wanita biru,
Yang Berhormat jadi Cik Gu, saya pun jadi Cik Gu, Yang Berhormt jadi
Ahli Senate, saya pun dilantik Ahli Senate. Yang Berhormat
bercakap, saya pun bercakap sampai pecah mikrofon, tidak payah pakai
mikrofon pun boleh, hak kita sama. Tetapi cara hendak menyampaikan
hak itu. Minta kepada yang kasih, minta pada yang ada, mengadu pada
yang kasih, sepatutnya begitu, minta pada yang ada, mengadu pada
yang kasih. Barulah yang diminta itu tadi bertabur urai namanya,
memberi kad emas, emas itu ertinya duit, duit itu khazanah negara.
Begitu, tetapi apabila dia sampai dengan nada seperti nada orang
berevolusi, telinga kita bergoyang mendengarnya. Berbalik tadi
kalau kita berada di satu-satu tempat macam kita tidak berada dalam
Malaysia.
DN.6 .12 .88 - 61 -
Tetapi apabila saya berada di Indonesia, saya makan angin, saya
tengok tempat yang banyak bukan pri-bumi di Indonesia seperti di
Bagan Pinang, Tanjong Balau, Bagan Si-api-api, ini tempat yang
banyak orang berhubung dengan sebelah sini, dengan Pulau Ketam,
dengan Melaka, dengan Batu Pahat, dengan Pontian. Nama pun tidak
ada lagi. Namanya pun tukar menjadi Sudiharto, tengok, Sudiharto,
sugikaya. Harto, duit. Pandai dia beri nama. Yang Jawa di sini
Sukiman sahaja. Yang dia beri nama Sugiharto. Itu pemain badminton
yang dahulu itu siapa? Tengok dia cari nama, pandai. Sebabnya
menolak sesialan, kalau dia pakai nama yang celek-celek, nanti dia
pun celek-calek. Tetapi kalau namanya Sugiharto, dia akan sugi
betul, sekalipun dia menjadi penyeludup Gudang Garam, menjadi
penyeludup kayu bakau, menjadi penyeludup sirip ikan yu. Sugiharto,
pandai, memang sejarah mengajar kita begitu. Kita pergi ke Brunei
macam itu juga. Pergi ke Thailand, sebelah utara. Pergi ke India
sekali pun. India tetap peraturan dengan India, Thailand peraturan
dengan Thailand. Di India ada tulisan Jawi macam ini? Tidak ada,
tulisan Urdulah, ini Tuan Yang di-Pertua,
Jadi, kita tidak mahu. Kita tidak mahu perasaan itu tadi
dit imbulkan, dibangkitkan menjadikan lenyak tidur, jaga balik.
Sudah elok-elok duduk, kita lenyak, kemudian dikagetkan dengan
letupan seperti itu, dengan letupan bom ucapan yang mengatakan
Kerajaan mendiskriminasi, lebih kurang makna macam Kerajaan zalim,
Apabila Kerajaan zalim, pemimpin zalim. Sedangkan saudara datang
ke mari di tonjol oleh Dewan Negeri. Dewan Negeri yang melantik
DN.6.12.88 - 62 -
saudara itu menjadi Dewan Negeri yang zalim. Ketua Menteri atau
Menteri Besar yang melantik saudara pun Menteri Besar yang zalim,
saudara setuju dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri yang zalim
melantik saudara.
Kemudian bila dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, dilantik oleh
Perdana Menteri, Perdana Menteri yang zalim, saudara setuju Perdana
Menteri yang zalim. Ini manusia apa, hipokrit namanya. Sebab itu
orang Melayu kata adanya pulut santan terasa, kalau tidak ada
pulut, santan tidak terasa lemak. Kerana adanya pulut, baru santan
itu terasa lemak. Tetapi dalam perbualan kerana mulut tergamak
cakap, kita kena tampar kalau tak kena cili burung. Itu dalam
problem orang Melayu. Dalam politiknya, cili burungnya ISAlah,
sudah sedia menunggu bila-bila sahaja.
Kalau saya bercakap, Tuan Yang di-Pertua, barangkali terkeluar
daripada batasan sensitif perkauman, saya pun menempah kak i pergi ke
ISA. Orang politik mesti bersedia sebelah kaki di pintu Kamunting,
sebelah kaki di pintu rumah untuk anak isteri. Kalau kita sanggup
begitu, Ayoh! Kalau tidak takut dilambong gelombang, ayoh berumah
di tepi pantai. Itu cabaran saya. Ulangi ucapan itu di luar Dewan.
Di dalam Dewan ini kita terhad, terbatas dilindungi oleh keisti-
mewaan kita sebagai Ahli Yang Berhormat. Sahabat kita yang telah
masuk ke ISA itu, aku bercakap kerana pemimpin, aku menyokong
pemimpin, mati aku menyokong pemimpin, aku yang kena, pemimpin tidak
apa-apa. Ini akibat, sudah berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, jadi kata orang Negeri Sembilan jangan
diperpanjang perkara nan singkat, kita ambil yang jenis , kita buang
yang keruh, jangan ulangi lagi. Baik dari MCA, dari MIC, dari
DN.6.12.88 - 63 -
GERAKAN, daripada SNAP, daripada PBB, daripada apa, saya sebagai
orang UMNO dalam Dewan ini, UMNO ini induk kepada Barisan Nasional.
Kalau diulangi lagi, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak malu, saya akan
belasah dalam Dewan ini sebab kita hendak menjaga taraf kita
sebagai pemimpin di dalam Dewan ini bercakap membahaskan perkara
yang baik untuk kepentingan semua, tidak mengenal elit, tidak
mengenal keturunan, tidak mengenal ras, tidak mengenal darah, tidak
mengenal siapa engkau dan siapa aku. Kita adalah sama rakyat
Malaysia. Ini baru pemimpin, tetapi kalau bercakap bagi pihak satu
kumpulan itu namanya hendak menonjolkan diri atau kepentingan
politik melalui Dewan ini. Sebab saya percaya ucapan itu akan
keluar dalam majalah, dalam suratkhabar, dia pun mendapat
publisiti. Oleh kerana ada kepentingan politik di dalam parti
kerana semua komponen Barisan Nasional sekarang menghadapi satu
kamelot politik. Jadi, hendak mengambil kesempatan di dalam
perbahasan ini untuk kepentingan politik, jangan. Jangan jadi
pemimpin yang opportunis. Jangan jadi pemimpin opportunis, penting-
kan diri sehingga melalui Dewan ini.
Saya sendiri diarahkan oleh Ketua Whip mesti bercakap menyokong
Kerajaan. Tetapi ada kalanya saya bercakap lebih hebat daripada
Pembangkang. Tetapi saya rasa tidak menyakitkan hati orang lain.
Pernah saya disebut, pernah saya diberi gelaran lebih hebat daripada
Pembangkang dalam Dewan Rakyat, saya bercakap dalam Dewan ini. Kita
tidak mempunyai ambition politik, saya tidak mempunyai kepentingan
politik bercakap, saya bercakap perkara yang hak.
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kita hendak membahaskan
Belanjawan Negara, negara kita ini, Tuan Yang di-Pertua, negara
demokrasi berparlimen, pilihanraya, pilihanraya kecil, pilihanraya
umum dan sebagainya. Yang pertama B.4, Suruhanjaya Pilihanraya.
DN.6.12.88 - 64 -
Saya pernah menegur beberapa kali mengenai Suruhanjaya. Pilihanraya
dan teguran itu alhamdulillah diterima. Tetapi masih berulang.
Masih berulang Si A tempatnya di Kampung A mengundi di kampung B.
Ini tolong betulkanlah. Jangan Haji Shaharom bercakap lagi perkara
yang remeh macam ini kerana baru-baru ini saya menerima telefon
daripada Pejabat Pilihanraya, Yang Berhormat mengundi di mana,
saluran berapa? Mana saya ingat. Tetapi nombor saya 549, ini perlu
apa? Yang Berhormat akan dibuat saluran khas pergi mengundi supaya
cepat, supaya senang. Saya kata tidak patut. Tidak usah saya kata-
kan kepada pegawai yang menelefon saya, tidak patut. Kalau rakyat
boleh berdiri menunggu sampai dua jam, menunggu, kenapa saya mesti
lima minit boleh mengundi terus balik, nanti orang akan cakap apa?
Bukan saya hendak keistemewaan.
Dia kata kita akan adakan saluran VIP di tempat mengundi. Ini
tidak betul. Tolong semak balik. Sebab kerana kepentingan dua,
tiga ratus orang misalannya ada saluran VIP untuk pergi mengundi
sedangkan pengundi kita ada 4 juta, 5 juta berpanas, nanti orang
akan membebel, orang bercakap akari menjadi isu Pembangkang, teruk
kita. Jadi, kalau teruk, bukan UMNO sahaja yang teruk, MCA pun ikut
teruk sama, MIC pun ikut teruk sama. Sama-sama kita company. Ini
kita kena f ikir . Saya bercakap ini bagi pihak s«mua, bukan saya
seorang, bagi pihak UMNO juga.
Lagi satu saya mengesyorkan supaya Suruhanjaya memikirkan ini
masalah poster. Apa salahnya kalau kita tentukan setiap calon yang
bertanding dalam pilihanraya ini satu undi satu poster. Katakanlah
pilihanraya kecil Parit Raja nanti ada 18,000. Calon itu hanya
boleh membuat 18,000 keping poster, tidak boleh lebih. Itu maknanya
satu rumah kalau ada dua undi, dia dapat dua keping poster, sudah
cukup.
DN.6.12.88 - 65 -
Tuan Yang di-Pertua, ini saya melihat daripada berbagai segi
kalau kita tengok poster bersambung di antara tiang lampu ke tiang
lampu, tiang t e l e fon ke tiang telefon, sepanjang kampung memang
seronok. Kalah poster deepavali, kalah poster taipusam, kalah
perayaan tahun naga. Hari raya Syawal tak ada poster, hari raya Haji
pun tak ada poster tetapi kenapa kita biarkan perkara ini berlarut-
larutan, kain sepanduk beratus ribu ela, apabila calon bebas
menggunakan lambang ikan berwarna kuning, kain kuning habis di
bandar Penggaram. Munasabah punya cerita, kain kuning habis
diborong oleh calon bebas berapa ribu ela, berapa ribu meter Tuan
Yang di-Pertua, kalau kain itu, baik Bebas atau BN yang menggunaka n
sepanduk itu, kain itu didermakan kepada rumah anak-anak yatim kan
baik? Kalau kain itu didermakan kepada rumah orang-orang tua kan
bagus? Atau dibeli stok simpanan musim banjir tetapi ini habis
pilihanraya, habis hangus bergantungan kain poster, tengoklah
menjadi membasir. Firman Allah maksudnya sesungguhnya orang yang
membazir itu adalah sahabat syaitan. Patutlah dalam pilihanraya pun
kadang-kadang syaitan masuk, mencelah kerana pembaziran nampak.
Tuan Yang di-Pertua, satu undi satu poster cukup. Kalau ada
30,000 pengundi, 30,000 poster, sudah ramailah. Ini sampaikan satu
lori penuh berbalut dengan poster, van yang menjual kerepek pisang,
yang menjual ikan kering dibalut dengan poster sampaikan tak nampak
driver atau siapa di dalamnya, begitu hebat kempen di Parit Raja.
Takkan kehebatan itu hendak suruh berulang di tempat lain pula,
macam mana kalau berlaku di Pandan, macam mana kalau berlaku di
Lindungan, macam mana kalau berlaku di Shah Alam, Tanjong Karang.
DN.6.12.88 - 66 -
Apa macam kalau berlaku di Gua Musang? Sampai bilakah kita nak
syok tengok hebat poster itu. Jangan kita terikut-ikut dengan
keadaan ini. Ini saya syorkan supaya diadakan satu akta kecil.
Tuan Yang di-Pertua, beberapa perkara di dalam pilihanraya ini
kena dihalusi seperti mana pernah saya sebutkan orang yang masih
hidup namanya tak ada dalam buku daftar. Ini kita kena tengok,
orang marah. Sebab itu kita minta kepada rakyat kita sekian ju ta ,
kenapa pengundi cuma sekian. Fasal apa berlaku anak-anak muda tak
mahu daftar sebagai pengundi? Kerajaan atau Suruhanjaya Pilihanraya
sudah berkempen merata, lama sudah bertahun-tahun menjalankan kempen
gerakan ini tetapi sambutan masih tidak memuaskan. Cuba cari jalan
dan buat kajian mengapa anak-anak muda tidak mahu mendaftar sebagai
pengundi? Jawabnya kerana anak-anak muda kita hari ini suaranya
tidak dapat ketengah. Terutama anak-anak muda di kampung-kampung
baru, anak-anak madu ladang. Ini saya bercakap dengan terus terang
saya berkawan juga dengan orang-orang itu. Anak-anak muda di
kampung-kampung sekarang banyak yang lari ke pekan, tak ada cerita
itu kerana pemimpin-pemimpin politik di satu-satu tempat itu dia
cuba hendak berkuku hendak duduk di situ sampai hendak menungkat
langit. Dia tak benarkan orang lain ganti tempat dia. Itu sebab
anak muda fed up.
Dalam ucapan seorang Senator dalam Dewan ini dia kata Presiden
parti MCA fed-up sampai bercuti gak bergaji, tak patut ucapan itu di
bawa ke sini. Minta izin, Tuan Yang di-Pertua, kalimat fed-up ini,
Presidennya fed-up sampaikan cuti tak bergaji, saya dapat tahu
katanya minta 6 bulan cuti, PM benarkan cuti dua-tiga minggu. Ini
tak patut sampai perkara ini dibawa ke sini. Jadi, kami sudah tahu
rahsia ini. Jadi macam itu, cuti tak bergaji kerana fed-up, kalau
DN.6.12.88 - 67 -
fed-up, kalau minta cuti tak dapat, "chau" sahajalah. Kawan ini
boleh datang boleh pergi. Ini sikap orang Melayu, berkawan boleh
datang boleh pergi, awak tak mahu berkawan dengan saya, orang lain
bila-bila boleh datang.
Tuan Yang di-Pertua, saya pindahlah kepada perkara lain, kalau
hendak disebut mengenai dengan kekurangan-kekurangan seperti mana
yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat yang bercakap lebih awal
daripada ini, Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990), saya minta
kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini betul-betul meneliti
isi buku ini supaya apa yang kita cakapkan kena pada tempatnya di
mana kekurangan-kekurangannya, di mana kelemahan-kelemahannya.
Kalau kita kurang kita minta, kita tunjukkan, begitulah sepatutnya,
kita berbincang, berbahas dan menimbang di dalam majlis permesyua-
ratan untuk kepentingan negara seperti "Doa" yang dibacakan oleh
Setiausaha Dewan tiap-tiap kali kita hendak bersidang. Jadi kalau
hendak disebutkan kekurangan, Tuan Yang di-Pertua, kekurangan orang
Melayu, kekurangan kaum bumiputera sudah tertulis dalam buku ini.
Dalam buku ini ditulis kekurangan apakah mesti saya hendak
sebutkan supaya orang mendengar, di dalam beberapa muka surat yang
tertentu di dalam perangkaan-perangkaan yang dibuat oleh Jabatan
Perangkaan kita bahawa di dalam Jabatan Perangkaan Malaysia bukan
orang Melayu sahaja yang bekerja di situ, bukan orang UMNO sahaja
yang bekerja di situ, kita boleh tengok hasil pendapatannya. Orang
Melayu di dalam bilangan-bilangan tententu dalam juta ringgit di
dalam hal perlombongan, di dalam hal kedai runcit, pembalakan,
pembuatan, pengedaran barang-barang, ada semua di sini. Jadi, kalau
saya sebut nanti memang menasabah di dalam sektor perdagangan dan
industri orang-orang Melayu masih ketinggalan jauh. Di sini
DN.6.12.88 - 68 -
dikatakan bumiputera bukan orang Melayu, bumiputera termasuklah
peribumi Sabah dan Sarawak.
Bilangan-bilangan pertumbuhan orang Melayu bumiputera hanya
8 .2%, Cina 81.8%, India 2.6%. Perolehannya, orang bumiputera 1.7
ribu juta, Cina 18 ribu ju ta , India 1. 1. ribu juta. Ini ada di
mukasurat 132 buku Rancangn Malaysia: Kelima,, tengok ini bumiputera
cuma ada 8 .2% atau perolehan dalam jutanya cuma ada $1 ribu ju ta ,
orang Cina $18 ribu juta iaitu 55% bagi orang Cina, 5 .3% bagi
bumiputera dan 3.3% bagi orang India. Jadi, kalau orang India sama
orang bumiputera melolong memang patut. Ini tolong tengok. Itu
dalam bahagian jual borong. Dalam bahagian jualan runcit,
bumiputera 34%, kaum Cina 57%, kalau dikira duitnya. $1.5 ribu juta ,
kaum Cina $9.9 ribu ju ta , orang India ada hanya 4.9% iaitu $653,000
sahaja tak sampai $ l ribu juga, mungkin jual sirih sahaja, apa nak
buat . Ini patut kalau melolong, patut kalau bertempik dalam Dewan
ini mengatakan Kerajaan tidak adil.
DN.6.12.88 - 69 -
Dalam perusahaan pengangkutan jalan, pendapatannya pribumi
lebih $455 ju ta , kaum Cina $401 juta. Maknanya 42% dengan 37%. Ini
kerana pengangkutan ini, kita kena tahu kalau t idak ada MARA memberi
pinjaman kepada pemandu-pemandu teksi Melayu, tidak mampu orang
Melayu pribumi mempunyai teksi. Itu sahaja. Itu pun perusahaan teksi
tergadai pula kepada orang lain. Ini satu masalah lagi.
Syarikat perkapalan orang Melayu atau kaum pribumi hanya
mempunyai 17 badan atau syarikat, kaum Cina 174, kaum India langsung
tidak ada. Ini perkapalan. Pendapatannya kalau hendak dikira $54
juta bumiputra; S125.7 juta kaum Cina.
Agensi pelancongan dan pengembaraan, bumiputera $155 juta, kaum
Cina $3304 j u t a . Hotel dan t e m p a t penginapan yang lain-lain, bumi-
putera $46 ju ta , kaum Cina $769 ju ta . Maknanya 83.5%, bumiputera
hanya 5%. Begitulah yang lain-lain, Tuan Yang di-Pertua. Banyak,
perkhidmatan profesional dan perkhidmatan pencucian pakaian, studio-
studio gambar, kedai gunting rambut dan solek, kedai gunting rambut
dan solek bumiputera 391, kaum Cina 2,866. Panggung wayang. Yang
suka tengok wayang ini orang Melayu, panggung wayang bumiputera 21,
kaum Cina ada 271.
Ini kita fikirkanlah. Jadi kalau cakap elok-elok saya rasa
baik. Kalau dibuka lagi, Tuan Yang di-Pertua, jumpa angka yang
lain. Hak milik modal saham pada nilai par (par value) syarikat-
syarikat berhad, bumiputera hanya ada 17.8%, rakyat Malaysia yang
lain 56.7%. Maknanya kalau rakyat Malaysia yang lain ini bukan
Melayulah, yang bukan Melayu. Bumiputera hanya ada 17, yang bukan
Melayu 56.
DN.6.12.88 - 70 -
Jadi, kalau orang yang macam saya ini yang bersongkok ini
memekek-melolong patut sangat, nampaklah. Kalau dibuka angka lain
pula dalam buku ini masalah temakan kambing berapa ekor, lembu
berapa ekor, babi berapa ribu ekor pun ada dalam buku ini. Kalau
orang Melayu kalau disebut babi ini "sue", Tuan Yang di-Pertua, saya
minta izin. Tetapi dalam buku itu ada disebut lembu ada berapa
ekor, babi ada beribu ekor. Sampaikan orang Melayu tidak tahan
hendak hidu bau tahi babi itu, terutama di Bukit Pelanduk, Sepang,
Batu laut, Tanjung Layang; tidak apa, setia-kawan. Tutup pun tutup -
lah. Masa tidur tidak tertutup, cium jugalah. Apa hendak buat!
Tuan Yang di-Pertua, jadi tak usahlah saya panjangkan. Apa
yang kita sengketakan itu. Kalau saya hendak buka banyak. Banyak
lagi kudis-kudis yang belum berkeruping, kata orang. Ini baru
hendak berkeruping dikorek kerupingnya maka lukalah balik. Sudahlah
luka lama masih berkesan, luka lama tengah berkeruping, dikopeknya
keruping itu makinlah berdarah. Jadi, apabila berdarah, kenapa darah
ini banyak begini.
Jadi kalau dalam bidang-bidang yang tertentu, misalaya kaum
Bumiputera, orang Melayu dalam bahagian profesional: arkitek cuma
ada 15.6%, kaun Cina ada 8. 9%. Akauntan kaum Bumiputera, orang
Melayu 3.9Z. Kaum Cina 82Z. Jurutera orang Melayu baru mula hendak
belajar jadi engineer ada 25%. Kaum Cina yang sudah lama belajar,
sudah boleh mengukur Laut China sampai ke sini 67%. Orang-orang
Melayu baru hendak mengenal jadi doktor gigi, baru ada 20%. Kaum
Cina ada 46%. Orang Melayu baru hendak jadi doktor perubatan,
DN.6.12.88 - 71 -
itu pun baru hendak buka klinik sudah suruh bertanding jadi calon
sebab tidak ada orang lain apa hendak buat . Baru hendak buka klinik
hendak pinjam duit Bank Islam disuruh bertanding, sudah tu tup klinik
itu. Tengok! Baru hendak belajar orang Melayu bukan klinik, doktor
perubatan orang Melayu baru ada 16%. Kaum Cina sudah ada 41%. Yang
lain kaum India. Doktor haiwan orang Melayu ada lebih sedikit. Ini
saya hairan, tidak tahu macam mana. Doktor haiwan orang Melayu ada
26%, orang Cina ada 25%. Sebab apa orang Melayu lebih menjadi
doktor haiwan saya tidak tahu. Pasal barangkali dia suka tentang
permanian berhadas agaknya. Minta maaf , Tuan Yang di-Pertua. Agak-
nya kenapa tentang itu lebih atau kerana mudahkah pengajian dalam
bidang itu, saya pun tidak tahu.
Juru Ukur anak bumiputera baru hendak belajar mengukur negeri-
nya sendiri, mengukur gunung-ganang, mengukur dalam lautan, mengukur
berapa tinggi bukit , mengukur berapa dalam bumi yang ada bijih
timah, yang ada emas dan sebagainya, baru ada 35%; kaum Cina sudah
ada 55%. Peguam, orang Melayu baru hendak belajar jadi lawyer,
selama ini orang-orang Melayu ini menjadi loyar buruk sahaja.
Sekarang ini baru hendak jadi lawyer yang betul-betul, yang masuk
dalam Bar Council. Orang-orang Melayu baru ada 16%, orang Cina ada
48%. Jadi apalah salahnya kalau Dasar Ekonomi Baru hendak memberi
peluang 30% kepada kaum bumiputera, kepada kaum Melayu, kepada
orang-orang yang menyokong UMNO. 30% pun tidak sampai, sudah hendak
habis, baru sampai 17%. Tidak sampai, terbantut, tersemput-semput.
Hari ini diisytiharkan berapa puluh lagi usahawan-usahawan
DN.6.12.88 - 72 -
Melayunya kerugian teruk dalam perniagaan, susah hendak bayar hutang
kepada bank. Ini masalahnya. Tolonglah. Jadi kalau orang Melayu
atau kaum bumiputera, orang saya yang sedang hendak merangkak-
rangkak macam ini disergah dalam Dewan ini, dengan ucapan yang
semacam itu, berpeluh juga mendengarnya, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi di situlah letaknya kebijaksanaan Kerajaan kita, pemimpin
kita. Cuma apa yang minta jangan disebut lagi kerana adanya keadaan
pemilihan UMNO 1987 itu dijadikan sebagai asas un tuk membuat ucapan
mengatakan Kerajaan tidak adil, ini tidak patut. Jadi, seolah-olah
Ahli Yang Berhormat yang bercakap itu suka kalau UMNO ini terus
berkrisis. Sebab itu kami bercakap kepada kaum kami orang Melayu
jangan kita berkrisis nanti orang lain tepuk tangan. Ini sekarang
sudah sampai ke dalam Dewan pula seolah-olah apabila UMNO berkrisis,
orang lain suka, terus-terusanlah UMNO berkrisis, Jadi, batu api
pula. Janganlah!
Kami mencari jalan hendak menyelesaikan, minta kepada Allah
s.w.t. supaya dibuka hati pemimpin-pemimpin kami supaya bersatu
untuk kepentingan orang Melayu, untuk kepentingan negara. Jangan
pula orang lain ambil kesempatan jadi batu api, tukang kipas,
jangan!
Tuan Yang di-Pertua, saya masuk kepada perkara-perkara di dalam
peruntukan Belanjawan. Di dalam Kementerian Kemajuan Tanah dan
Kemajuan Wilayah, sekarang ini ditengok berapa ribu hektar tanah
yang ditanam semula nampaknya menemui kegagalan. Yang berjaya,
berjaya; saya akui. Tanam semula ini, bukan orang Melayu sahaja
yang telah terima bantuan tanaman semula, semua orang dapat. Saya
DN.6.12.38 - 73 -
bercakap mengenai bantuan tanam semula untuk kepentingan semua
orang.
Saya mencadangkan supaya RISDA cuba memikirkan selain daripada
barusan biasa yang telah berjalan sekarang ini diadakan satu skim
pinjaman bulanan. Bantuan yang diberi itu, memang diberi duit
hangus begitu sahaja. 32,000 lebih seekar beri begitulah, beri baja
hendak tabur, tabur ; tidak tabur sudah. Sekarang cuba kita fikir
kepada penanaman semula ini; saya mengesyorkan supaya ada pinjaman
tertentu $200 tiap-tiap bulan selama 3 tahun. Selama 3 tahun tidak
lebih. Sebab 3 tahun dia tebang, dia tanam tanaman kontan lepas itu
pokok getah dia pun besar, tanaman kontan pun tidak boleh hidup
lagi, sementara dia boleh hidup di atas getahnya yang sebenarnya
tadi; diadakan skim pinjaman bayar balik. S200 x setahun = 32,400; 3
tahun x S200 = 57,200. Lepas itu kita pungut balik. Ini untuk
faedah semua, satu.
DN.6.12.88 - 74 -
Kedua, saya hendak bercakap mengenai hebatnya sekarang ternakan
ayam. Entah KFCkah atau apa kompeni saya pun t idak tahu. Di Kuala
Langat sekarang boleh dikatakan setiap kebun kelapa sawit ada
bangsal ayam. Di bandar baru Salak Tinggi sekarang ini bangsal
ternakan ayam, memproses ayam ini entah berapa j u t a punya projek,
saya pun tidak tahu, hebat dibangunkan iaitu di Salak Tinggi,
Sepang. Ini bagus, memberi peluang kepada rakyat luar bandar,
kampung, belia menternak ayam daging. Tetapi saya minta kepada
Kerajaan mengambil perhatian kerana sebahagian besar daripada
penternak-penternak ini telah menjadi mangsa kepad taukeh kumpulan
ini. Saya tidak tahu sama ada taukehnya Melayu atau bukan Melayu,
tetapi mereka telah menjadi mangsa. Katanya ayam ini 40 hari mesti
dikeluarkan dari reban tetapi sampai 70 hari pun tidak keluar.
Lihat dalam tempoh 30 hari berapa kerugian yang dialami. Tolong
lihatkan perkara ini kerana mereka ini menjadi mangsa kerana tidak
ada satu perjanjian yang sah. Apabila kena sekali, terganggu
ternakan ayamnya sampai sebulan tidak keluar daripada reban, mereka
rugi dan mereka kecewa lalu tidak mahu meneruskan.
Yang ketiga, sama ada ini di bawah Rancangan Pembangunan Negara
Luar Bandar atau Kementerian Pertanian saya tidak pasti, tetapi saya
sebutkan di sini iaitu rancangan ternakan kambing belia-belia ini
banyak yang gagal, kenapa? Kita cuba hendak memperkenalkan ternakan
kambing biri-biri, kambing biasa, juga ternakan ikan keli. Ini buat
kajianlah, di Kuala Langat sudah ada dua tiga tempat yang seperti
itu yang orangnya telah mengadu kepada saya, ikan sudah besar lengan
tidak ada siapa hendak beli, bawa ke pasar tani dua tiga bakul, yang
DN.6.12.88 - 75 -
ada enam kolam itu siapa hendak makan? Ini menjadi masalah.
Janganlah jadi macam, "dahulu kami suruh bela sahaja, jual kami
tidak tahu". Jawapan. seperti ini kita tidak mahu. Macam dahulu,
masa revolusi bumi hijau, suruh orang tanam sayur, beri benih, beri
baja , sayur ber1ambak-1ambak, "kami cuma suruh tanam untuk cukup
makan, bukan tanam untuk jual". Sudah itu pula jawapannya. Ini
daripada tiada ker ja , belalah ayam, ternaklah ayam, ternaklah ikan
keli, ternaklah kambing, rumput banyak di bawah pokok kelapa sawit,
bawah pokok getah, boleh. Saya tidak mahu berlaku seperti:
Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus,
Macam mana tidak kurus, ikan tidak timbul,
Ikan oh ikan, kenapa tidak timbul,
Macam mana hendak timbul, rumput panjang sangat,
Rumput oh rumput kenapa panjang, macam mana tidak panjang,
Kerbau tidak makan.
Kerbau oh kerbau, kenapa tidak makan rumput,
Macam mana hendak makan, perut sakit.
Perut oh perut kenapa sakit,
Macam mana tidak sakit makan nasi mentah.
Yang sakit itu perut kerbau, tetapi kenapa mesti makan nasi? Lagu
itu kita kena betulkan, Hairan juga saya, pantun itu pantun
mergasetua, tetapi kenapa pula ada kerbau makan nasi? Jawapannya,
berpantun itu manusialah kerana makan nasi. Apabila ditanya kepada
satu agensi ke satu agensi macam itu.
Perkara yang keempat, beras edaran LPP yang dikatakan tulisan
NAFAS pada kantung plastik cap hijau tidak mendapat sambutan.
Kenapa? Orang lebih suka makan beras dalam guni biasa. Tolong
DN.6.12.88 - 76 -
kaji, kalau perlu kita adakan kilang guni, kita buat lah kilang guni.
Sebab dalam b u t i l plastik itu tidak masuk angin, mungkin beras itu
keringkah, lembabkah orang kata, tidak sedap. Sebab itu orang
kampung tidak begitu menerima penjualan beras LPP yang bertulis
NAFAS.
Dahulu saya pernah bercakap dan, bergurau-gurau dalam Dewan ini.
Rakyat dalam negara kita ini setahun memerlukan kain palikat entah
berapa juta helai. Mengapa Kerajaan tidak membuat kilang kain
palikat? Kalau tiada orang hendak buat, berilah saya pinjam $10
ju ta , saya buat kilang kain palikat. Jawapannya hari itu dikatakan
KIMA membuat kilang kain put ih. Ialah kilang kain putih sudah ada,
saya tahu. Kilang kain putih buat kain bati di Kelantan, di
Terengganu pun tidak cukup, sampai masalah pembat ik kita di
Kelantan, Terengganu pun menghadapi masalah dan hampir gulung tikar.
Saya soal, masalah kain palikat. Kita memerlukan kain palikat
setahun entah berapa juta. Kain palikat cap kerusi, kain palikat
cap gajah masuk ke sini yang menjual ke kampung-kampung itu ialah
pendatang-pendatang yang mempunyai pasport pelancong dari Pakistan,
Afghanistan, India juga menjual ke kampung-kampung. Ini dia masalah
kita. Cuba kita fikirkan.
Jawapan pada ketika itu akan diambil perhatian. Ini ada
hubungannya dengan perkara yang saya sebutkan iaitu orang-orang luar
yang datang kemari, bukan rakyat kita, yang datang melancong berjaya
ber ja ja ke merata negeri. Orang kita yang dapat rumah kos rendah
hendak bayar bulanan S70 tersangkut sampai 4 tahun sampai dapat
amaran hendak gantung, hendak kunci pintu daripada Pejabat Daerah.
Tetapi orang asing yang menjual kain daripada luar negeri merata
DN.6.12.88 - 77 -
kampung, minggu pertama berjalan kaki, minggu keempat dia beli
basikal, bulan yang kedua dia sudah beli Yamaha. Dia mampu sewa
rumah kos rendah ini dengan sewa $100 sebulan. Apakah Kerajaan
tidak ada sekatan? Dia ini datang melancong, pasportnya ialah
pasport melancong. Saya rasa tidak ada Kerajaan mengeluarkan
pasport sebagai penjaja kain, tidak ada. Atau pasport penjual
aiskrim, tidak ada. Tetapi mengapa orang ini? Kalau orang ini
boleh kumpul dui t , hantar duit balik ke negeri dia tiap-tiap tahun,
tiap-tiap bulan entah berapa ratus, kalau lama-lama habislah duit
kita. Itu congak rakyat bodoh, congak orang di masjid-masjid, di
surau-surau. Kalau pendatang haram misalnya yang ada dalam negara
kita ini 200,000 setiap bulan dia hantar balik duit ke negaranya,
setiap orang $200 kali 200,000 jadi berapa ju ta? Setahun berapa
juta? Kalau 10 tahun berapa bilion? Ini yang penjual kain, penjual
aiskrim yang penjual itu dan ini kalau dihantar balik ke negeri
sebulan $50, setahun berapa? 5 tahun berapa? Kalau orang ini
3,000; 4,000 orang, berapa ratus juta di sudah hantar balik ke
negeri mereka, lama-lama duit kita di sini akan menjadi kempis,
kantung kita akan menjadi kosong. Cuba tolong fikirkan. Dahulu
pernah saya bercakap. Kerajaan Johor satu masa dahulu membuat satu
Rancangan Tanah Belia di Segamat dan telah berjaya. Yang wanita
diberi 4 ekar, yang lelaki diberi 4 ekar dan orang-orang ini
dikahwinkan pula, dijadikan desa temu jodoh.
Kenapa rancangan ini tidak diteruskan? Daripada belia kita
tergila-gila dengan rocknya, yang sudah rock itu rocklah, yang
tergila-gila dengan snooker apa hendak buat kalau hendak dibetulkan,
DR.6.12.88 - 78 -
yang sudah hanyut dengan dadah. Masih ramai lagi belia-belia kita
yang mampu buat semua ini, mereka mampu. Diberi tanah untuk
diusahakan, digandingkan tanah ini sebelah beliawanis sebelah
belia. Berjaya sahaja kelapa sawit atau kokonya atau getahnya
keluar hasil, temukan jodoh mereka. Selesai. Pahala besar kita
menegakkan berapa masjid itu? Satu jodoh satu mas j id , kalau 400
jodoh 400 masj id . Ini semua kaumlah. Tetapi kalau anak muda
daripada kaum lain tidak mahu 4 ekar, tidak apalah, beri kepada kaum
Melayu sahaja 4 ekar.
DN.6 .12 .88 - 79 -
Saya bercakap lagi sedikit mengenai dengan satu perkara yang
kecil tetapi sudah berulang kali saya sebut kepada Kementerian yang
berkenaan mengenai dengan Pejabat Pos Banting itu tolonglah buat
yang baru, sudah sesak sekarang ini. Perhentian bas MARA dekat
Banting itu jangan biarkan orang lama-lama berjemur menunggu bas,
nanti orang berontak, pilihanraya dekat hendak sampai. Perhentian
bas dekat Banting tak ada bangsal, sekarang bangsal sementara,
tolong tengok.
Saya pernah bercakap perkara lain dalam Dewan ini mengenai mesin
cetak khas diperuntukkan kepada Bahagian Hal Ehwal Agama, di Jabatan
Perdana Menteri, tak mahal, dalam satu juta atau dua ju t a supaya
Bahagian Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri ini boleh
mencetak kitab-kitab dengan huruf yang baik, tidak payah mencetak.
tempat lain, dia boleh terus kerja 24 jam macam Percetakan Negara.
Apabila saya sebut perkara ini ada hubungannya dengan kitab suci
Al-Quran yang didapati ada kesalahan sebanyak 19, sekarang ini masih
berleluasa, masih banyak. Jadi Kerajaan atau pihak yang tertentu
jangan cuma cakap Quran ini salah, jangan baca, kata dia macam
mana? Boleh katakan setiap masjid seluruh negara ini kalau ada
10,000 buah masjid masih ada Quran yang dikatakan salah. Ini tolong
segera diambil tindakan. Kalau hendak dikutip, kutiplah, sewakan
lori pungut semua sekali. Orang kampung hendak suruh bakar Quran
tidak, disembelih dia mahu, dengan sebab bakar Quran tidak. Itu
dia. Jadi kalau Quran ini tak boleh baca kerana ada 19 kesalahan,
pihak yang berkuasa kena ambil Quran itu bawa ke Pejabat Agama,
kalau hendak bakar, bakarlah, hendak tanam, tanamlah, itu
terserahlah. Orang kampung dengan sebab suruh bakar Quran tidak.
Kemudian diganti dengan Quran yang lain dengan Quran yang tak salah.
DN.6.12.88 - 80 -
Gerakan dakwah sudah disebut beberapa kali. Saya di sini hendak
mencadangkan di mana pelajar-pelajar kita di luar negeri hendaklah
ditempatkan seorang pegawai dakwah yang terlatih, pegawai dakwah
tarbah, yang boleh turun ke bawah, yang boleh campur dengan
anak-anak, jangan dia hendak haramkan serban dengan dia punya jubah
dekat situ, budak-budak pun dia tak campur, tak jadi. Jadi macam
kisah di New Zealand, tinggal anak, berzikir, semua ini, laporan
inipun sampai sekarang tak betul. Kisah bakar masjid dekat negeri
Pahang pun sampai sekarang kita pun tak dapat jawapan yang tugas.
Kita sudah bahas dalam Dewan ini mengenai dengan perkembangan-
perkembangan badan-badan dakwah pun tak dapat keputusan yang betul.
Harap supaya pihak-pihak yang tertentu dapat mengambil tindakan yang
segera.
Saya ingin menyentuh mengenai dengan satu seminar yang diadakan
sudah 4 tahun berturut-turut, Seminar Sofi Peringkat Kebangsaan.
Baguslah diadakan Seminar Sofi itu tetapi Seminar Sofi itu
ditentukan kepada mereka daripada pusat-pusat pengajian tinggi,
daripada pejabat-pejabat agama sama ada orang-orang ini beramal
tarikat atau tidak, itu masalahnya. Sebab itu salah seorang
pembentang kertas ker ja di dalam seminar itu pada tahun sudah
mengatakan bahawa tarikat ini satu tarikat secara fa lsafah , satu
tarikat amali. Jadi ada orang yang bercakap itu menyalahkan atau
membetulkan tetapi dia tidak beramal, yang satu orang ini pula dia
beramal, tidak tahu salah atau betul, berlarut-larutan sekarang.
Diadakan satu wawancara khas di TV pun tak tegas. Tegaskanlah mana
satu tarikat, bukankah sudah ada penyelidikan sudah dibuat. Masa
saya kerja dahulu pun saya sudah buat selidik, kalau ada 40 kumpulan
DN.6.12.88 - 81 -
tarikat dalam negara kita ada yang didapati menyeleweng, tak
menyeleweng, salah, tak salah. Katakan terus-terang bahawa tarikat
Shahbandiah yang ada di kampung ini salah, panggil kiainya, panggil
gurunya, panggil khalifahnya, beri penjelasan, macam itulah. Jangan
dibiarkan orang dalam terawang-awang.
Kemudian disebut pula di dalam satu ucapan mengatakan ajaran
songsang ini, ajaran orang salah ini kebanyakannya doa-doa dalam
bahasa Arab bercampur dengan bahasa Jawa dan bahasa Siam. Kenapa
mesti diberatkan sangat bahasa Jawa dengan bahasa Siam? Itu dia.
Kerana saya ini orang keturunan daripada "pateh keromo wijoyo", ini
yang seronoknya. Jadi takkanlah orang beramal dengan "semor
semingsing" itu boleh terima satu tarikat yang salah? Orang Jawa
juga punya jampi tetapi jampi itu mujarab, "bismillahir-rahmanir-
rahim", "nong a i tu ko sitong, gunung isinya batu nongkoi isinya
beton". Ketuk lantai, budak yang kembong perut itu boleh kentut.
Itu dia. Adakah itu menyeleweng? Orang tua ini main-main "nong
situ ko sitong, gunung isinya batu nongkoi isinya beton". Dia ketuk
lantai 3 kali, budak itu terkentut, langsung hilang kembong,
tengok. Tetapi bacaannya "bismillahir rahmanir rahim" sebab apabila
disebut ini orang-orang yang sekuturunan dengan saya ini bertanya.
Jadi kalau begitu jampi serampah "jawo ni kuapek salah", semua
salah, semua menyeleweng. Ini dia. Sebab dia beratkan begitu.
Misalannya, Tuan Yang di-Pertua, di dalam manakit kiai agung
Kiai Suhaimi yang dipegang oleh Arqam dalam Aurad Muhammadiah, saya
ada kitab manakit kiai agung itu tetapi saya tidak beramal dengan
itu, saya ada kitabnya, tak menyebut pun yang Kiai Suhaimi itu ada
bersalam dengan Rasulullah di Baitullah, tak menyebut pun dalam
DN.6.12.88 - 82 -
manakit yang asli itu mengatakan Kiai Suhaimi tadi menadah tangan,
anggur turun dari langit, waktu gotong-royong tak ada,
ditambah-tambah. Jadi bila tambah-tambah timbullah penyelewengan,
patut diharamkan. Saya setuju itu kerana memalukan, memburukkan
nama orang alim. Jadi pengikut yang lain tak tahu. Ini kita kena
terangkan.
Tuan Yang di-Pertua, ini bab lain, cerita itu saya pendek-
pendekkan, saya tak mahu cerita panjang-panjang. Dahulu jeti Pulau
Tioman runtuh. Orang kata patutlah jeti Pulau Tioman sudah berapa
puluh tahun, dibuat masa penja jah , runtuh kena pukul ombak. Saya
pun bawa cerita jet i ke Pulau Lumut itu kenapa tak dibaiki. Jawapan
Menteri masih kukuh lagi, dalam Dewan ini waktu Soal Jawab itu
sedangkan jeti ke Pulau Lumut itu sudah senget, jawapan Menteri
masih kukuh. Ini yang saya hairan. Dia hendak tunggu jet i ke Pulau
Lumut dekat Kastam lama Port Klang itu runtuh, baru kata, ya,
betul. Jangan macam itu. Takdir Tuhan jeti Pulau Pinang yang
"amruk". "Amruk" itu runtuhlah. Kita tengok, mengapa ini berlaku.
Macam baru-baru ini heboh mengatakan empangan air di Hulu Kelang itu
retak merkah, sibuk buat siaran, jawapan tak ada apa-apa, kukuh,
kukuh, kukuh, tetapi Kuala Lumpur banjir juga. Barangkali air
daripada empangan Hulu Kelang itu dia tak lalu atas, dia lalu bawah
sebab yang merkah di bawah. Itu dia . Tolong tengok. Itu kajian
saya sebab yang kukuh di atas, permukaan atas, memanglah kena panas
nampaklah berkilat, cantik, air meresap bawah, tiba-tiba
terbongkar. Sejarah empangan pecah Kuala Kubu sudah berlaku, jangan
main-main. Tolong tengok, jangan jawapan itu kadang-kadang
menyedapkan, ketawa, satu hari pula kita nanti akan ditanya.
DN.6.12.88 - 83 -
Berbalik satu bab yang lain, 14 orang menjadi korban keracunan
makanan di Perak - kanak-kanak. Sekarang berapa banyak ada makanan
berbungkus di merata kedai-kedai, di kantin sekolah dengan tidak ada
sekatan. Cucu Tuan Yang di-Pertua tak tahu entah berapa belas orang
yang tiap-tiap hari mengunyah makanan-makanan ringan di kantin
sekolah. Tuan Yang di-Pertua kena jaga, ada makanan itu yang sudah
lewat masanya pun masih dijual, nanti keracunan anak kita dan
mengapa keracunan ini hanya kepada kanak-kanak sahaja. Tidakkah
kemungkinan satu hari ubat-ubat penahan makanan ini akan masuk ke
perut orang-orang dewasa seperti kita. Mungkin usus budak-budak ini
belum kuat, jadi dia tak tahan, dia muntah, begitu-begini, membawa
maut. Bagaimana dengan makanan-makanan yang dijual . Jadi maknanya
pemeriksaan perlu dijalankan di kantin-kantin sekolah terutama
sekali, jangan korban yang berlaku di Perak itu kerana kebetulan
terkena kepada anak-anak kaum Cina, kami orang Melayu tak sedih?
Sedih Yang Berhormat, kami orang Melayu sedih. Kami turut sedih
mengapa ini berlaku.
DN.6.12.88 - 84 -
Sudah sedih fasal kematian, Melaka buat pesta, Karnival Negri
Sembilan di Port Dickson, Selangor di Shah Alam. Kenapa banyak
sangat pesta dianjurkan dalam negara kita. Ki ta hendak suruh rakyat
kita ini berpesta-pestaan sahajakah? Selepas pesta karnival,
selepas selesai pesta Salangor, pesta banjir melanda, tengok, ini
dia, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, janganlah dalam keadaan ekonomi
kita meleset, kita suruh rakyat berpesta, malangnya yang suka sangat
berpesta ini orang saya, orang Melayu. Untungnya pula yang suka
berjualan di pesta ini orang Cina, memanglah orang Cina suka dengan
berpesta, dia hendak buat untung, orang Melayu yang pergi berpesta,
membeli sahajalah. Jadi, sungguhpun pesta itu ada pihak yang
untung, ada pihak yang rugi, ada satu pihak yang memikin mengapa
mesti banyak sangat pesta. Tidak cukup naik dengan layang-layang -
orang Kelantan punya layang-layang, wau bulan. - naikkan" belon" yang
paling besar gunakan gas. Jadi orang kampung ini seolah-olah betul-
betul macam keturunan Sakai, "Oh, besarnya belon". Kita t i pu , rakyat,
kita menengok belon semacam itu.
Tuan Yang di-Pertua, ini bergurau tetapi gurau ini betul. Kita
buat lebuhraya dengan modal beribu-ribu ju ta , beratus juta, suruh
orang cepat, laju. Tetapi kenapa apabila laju kena saman. Ini
orang suruh saya tanya kepada Menteri. Buat lebuhraya suruh orang
laju sebab ahli-ahli perniagaan hendak cepat, daripada Kuala Lumpur
hendak sampai Air Keruh dalam tempoh 25 minit. Ini business hendak
tangkap tender, hendak masuk tender semua sekali, tiba-tiba sampai
dekat Senawang kena tahan, "Encik lari lebih daripada 110-120 Km
Sejam, kena kompaun". "Tidak boleh tolongkah?". "Tidak boleh, tidak
boleh tolong". Ini kenapa? K i t a ada 3 lorong - lorong yang tepi
DN.6.12.88 - 85 -
untuk orang yang perlahan macam saya bawa kereta Morris Minor,
perlahan; lorong yang kedua itu lorong hendak memotong; lorong yang
ketiga itu lantak dialah, dia la ju, dia hendak mampus - mampuslah,
dia punya fasal. Dia laju, dia mampus , hendak salahkan siapa?
Sepatutnya begitu, ini kata orang yang gila-gila ini tadi. Apa
fasal? Ki ta hendak cepat, kita bayar tol, tol bayar, cukai bayar,
kita laju pula dikenakan bayar, tidak patut.
Ini pilihanraya dekat hendak sampai, semua orang hendak pergi
kempen hendak cepat , hendak pergi kempen cepat ini bukan orang UMNO
sahaja, MCA mahu, DAP pun hendak cepat. Jadi kalau cepat hendak
pergi kempen, kena kompaun, ini kenapa. Sepatutnyalah, kata orang
itu, jadi saya pun cubalah cakap, sepatutnya tidak adalah kompaun
sebab lari laju, hendak laju, lajulah selaju-lajunya; kalau mati,
tanggung sendiri. Bila kita menyeberang feri Kerajaan, kalau berlaku
apa-apa kemalangan, tanggung sendiri. Lebuhraya ini had lajunya
120 Km sejam, siapa lebih daripada itu, kalau kemalangan, tanggung
sendiri, habis cerita, tidak ada kompaun. Sepatutnya begitu. Kalau
tidak patut begitu, tidak apalah, teruslah, orang marahlah.
Lain cerita. Suratkhabar heboh menulis 2 orang KSU letak
jawatan kerana siasatan rasuah. Jadi Union pun, orangramai pun ber-
cakaplah, kenapa apabila sampai dekat ular naga, dituCup fail ;
sampai dekat ikan bilis, disiang, dipicit, dikeluarkan tahinya,
disekah ekornya, diratah tulangnya. Sampai tentang naga, dibiarkan
berlalu, sudah resign - sudah, ini tidak patut. Lepas itu jawapan
besok, "Oh, tidak, fail boleh dibuka", tetapi sesudah terlanjur
cakap, macam kita di dalam Dewan ini sesudah terlanjur cakap, orang
bantai juga , sudah terlanjur kita cakap, fail d i tu tup , orang
DN.6.12.88 - 86 -
bantailah. Sepatutnya perkara yang macam itu jadi rahsia Kerajaan,
itu sepatutnya, jadi rahsia, jangan keluar dahulu. Jadi bila sudah
macam itu sudah bukan rahsia, orang tahu. Jadi rakyat sekarang
memekik, Ahli Dewan memekik, rasuah menjadi-jadi, rasuah menjadi-
jadi. Kalau koperal yang rasuah $1.00 buang ker ja , kalau prebet
yang rasuah 32.00 buang kerja. Kena yang besar, tutup fai l . Ini
tidak betul, tolong betulkanlah,
Saya sanjung tinggi usaha BPR selama ini, saya sanjung tinggi
betul tetapi kenapa perkara yang semacam itu boleh keluar dalam
suratkhabar, suratkhabar tulis, orang baca, jangan buat .
Perkara lain, kita mahu anak-anak muda ini ada kegiatan yang
sihat, ada bersukan, berjogging, pergi picnic, berkayak, macam-
macamlah, sukalah. Tetapi ada satu badan dalam negara kita ini yang
perlu bantuan untuk anak-anak muda kita daripada sekecil-kecilnya
kepada yang dewasa, mengadakan satu kumpulan yang sihat iaitu
pertubuhan Pengakap. Ekonomi kita sudah pulih, tolong bantu badan
ini. Kementerian yang berkenaan, kalau tidak ada Menteri yang lain,
Menteri Kewangan saya minta tolong beri pertubuhan Pengakap Malaysia
ini, tolong beri dia duit $2 juta , $3 juta untuk kegiatannya.
Potong sedikit peruntukan hendak melebarkan lebuhraya yang orang
lari laju itu, hantar kepada Pengakap, susah sangat. Ini gunung
ditakuk, tampal rumput, runtuh juga. Gunung ditakuk, letak dawai,
runtuh juga; gunung ditakuk, entah hendak letak apa, runtuh juga.
Itulah buat jalan tidak baca Bismillah! Tidak berhantakah tempat
itu? Tempat itu berhantu, dipindahkan dia dahulu. Ini makhluk
Allah taala ini ada yang jah i l , ada yang halus, dia pun berumah-
tangga di s i tu , rumah tempat anak-anak dia, anak dia pun ada main
DN.6.12.88 - 87 -
papan gelongsor. Sudah kita buat jalan di situ tidak minta tabik
dengan dia, "Tok nenek, cucu hendak buat lebuhraya, tolonglah cicit-
cicit ini pindahkan papan gelongsomya". Tidak cakap macam itu,
habis digelongsomya lebuhraya kita. Ya, tidak percaya belajar
ilmu-ilmu yang semacam ini, bercakap dengan manusia halus ini, dia
menjawab dan ki ta boleh bercakap.
Tidak usah cerita banyak, siswazah menganggur. Menteri jawab
semalam 12,175. Saya hendak bangun tidak sempat, dia sudah duduk,
memang nasib baik. Kalau sempat saya bangun, berpeluh dia menjawab
soalan tambahan di dalam Dewan ini semalam. 12,175 siswazah
menganggur, ini baru satu tahun punya keluaran daripada 6 pusat
pengajian tinggi. Masalah pengangguran yang berlaku di kalangan
siswazah ini sudah 5 tahun, 6 tahun. Saya minta jawapan yang betul,
bukan saya hendak cakap dekat luar, siswazah menganggur 60,000,
tidak. Saya cuma hendak minta tolong jawab angka yang betul, berapa
siswazah menganggur dalam negara kita sejak 5 tahun, 6 pusat
pengajian tinggi, tolak yang balik daripada luar negeri entah berapa
banyak, berapa ribu tolong cakap betul-betul, susahnya minta cakap
betul-betul pun. Yang saya sedih, Tuan Yang di-Pertua, di luar
orang bercakap Menteri Pelajaran kita Anwar Ibrahim telah membuat
satu jenayah yang paling berat dan halus, membiarkan siswazah-
siswazah ini menganggur, ini jenayah halus yang dibuat oleh Anwar
Ibrahim, ini yang saya hendak jawab di luar, Saya sayang kepada
Menteri Pelajaran, saya sayang kepada Anwar Ibrahim, sebab itu saya
hendak tanya, tetapi kata 12,175, munasabahkah ini? Tolong jawab
betul-betul, katalah kalau 40,000, cakap 40,000. Jadi kita boleh
syorkan dalam Dewan ini supaya Kerajaan buat skim, keluarkan duit
DN.6.12.88 - 88 -
simpanan. kita, buat skim, selamatkan anak-anak ini. 12,000 - UM
keluar 2,000, UKM keluar 2,000, UPM keluar 1,600, USM keluar 1,800,
UTM Skudai keluar 2,000, UIA keluar, itu sahaja sudah dekat 10,000.
Tahun ini, tahun sudah, tahun dahulu, tahun tulat, tahun tubin, 5
tahun sahaja, tidak usah yang dahulu. Jadi kalau 10,000 kali 5 tahun
sudah 50,000.Saya bercakap iai bukan kerana anak saya, memang anak
saya ada yang menganggur, anak tuan-tuan banyak yang menganggur,
itulah sebab tanya, jawablah betul-betul. Tetapi kalau sudah memang
betul 12,175 senanglah, tidak jadi masalah. Jadi kalau 12,175 yang
menganggur ini, kalau cuma itulah, senang. Saya syorkan serapkan
kepada Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan dalam
bahagian khasnya, serapkan siswazah ini menjadi pegawai penerangan
Kerajaan, menerangkan polisi Kerajaan." kepada" r a k y a t . Yang bercakap
ini BA, MA, Sastera, Sains yang tidak laku di t e m p a t lain, jadi
pegawai penerangan.
DN 6.12.88 - 89 -
Apa susah, Tuan Yang di-Pertua, beri gaji $600, $700, $800,
$1000 dia bercakaplah, "Tuan-tuan mesti percaya bahawa yang cakap
ini adalah B.Sc. (Bachelor of Science) bahawa yang bercakap ini
adalah B.A. Sastera." Apa orang kampung tidak percayakah? Lo! yang
cakap orang universiti kok tak betul, ya betul. Ini dia. Apa susah
sangat, jadikan dia pegawai-pegawai dakwah, juru t ab l igh , beri dia
gaji, ajak anak-anak muda mendidik orang muda suruh dia round dekat
Pusat Dayabumi tempat anak-anak muda melepak itu. Kalau cuma
12,000, jadi kalau Kementerian Penerangan perlukan satu mukim satu,
satu kawasan Dewan Undangan Negeri satu, kita memerlukan lebih
kurang 1200 orang, yang lainnya masukkan ke dalam Jabatan-jabatan
lain habis cerita 12,000, tetapi kalau besok bukan 12,000, kata
masih ada lagi ini jawapan tidak betul.
Tuan Yang di-Pertua, kita kata suruh orang jangan minum air
perigi, kotor kalau lepas banjir jangan minum air sungai, tapis
dahulu ada kumannya, ada bakteria, itu ini, itu ini. Tetapi bekalan
air yang disediakan oleh Jabatan Bekalan Air ini pun selalu kotor,
tidak tahulah entah paip yang kotorkah atau memang periuk di rumah
yang kotorkah atau air sungai yang disedut itu sudah kotorkah, mana
yang satu, yang tidak betul, yang kotor tidak tahu. Tolong tengok
sebab yang minum ini bukan orang kampung sahaja, bukan
pekedai-pekedai sahaja, semua orang minum terlibat minum air kotor,
di mana salahnya penapis bocorkah atau apa?
Tadi saya sudah sebut mengenai dengan peniaga-peniaga kecil
daripada orang-orang asing, peniaga-peniaga kecil daripada
DN 6.12.88 - 90 -
orang-orang asing yang mengambil peluang berniaga.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya masuk satu perkara lagi
mengenai dengan pelacur-pelacur asing dan pengemis-pengemis.
Sedarkah Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini pelacur-pelacur
daripada negara-negara asing menyerang masuk, menyerbu ke
bandar-bandar dalam negara kita? Saya tidak pergilah tempat pelacur
itu, tetapi saya ada kawan-kawan yang ada pergi dan memang ada
tugasnya pula mencegah maksiat pelacur. Dia ini bercakap bawa us taz
ke dalam Dewan, disuruh saya bawa ini dia, kawan saya yang bertugas
sebagai Pencegah Maksiat pelacuran seperti Polis dan Pejabat Agama,
tolong bawa, makin bertambah, makin menjadi-jadi pelacur-pelacur
datang daripada negara-negara asing. Duduk sedap sangatkah dia
ini? Ini macamana? Sedap sangat duduk di sini bukan sedap itunya,
Senyum sahaja dengar macam itu. Sedap sangatkah dia duduk di sini,
maknanya mudah dapat duitkah dia ini? Barangkali mudahlah dapat
duit, barangkali satu hari dia boleh dapat sampai $100-$200 kalau
sebulan di sini kalau pasport dia matipun d ia-pergi ke Imigresen
boleh baharui pasport dengan tidak tahu cara macamana wuallahualam
bisawab, itu sama-sama kita faham, kenapa? Selain daripada dia
pelacur itu melacurkan dirinya mungkin dia akan buat
kegiatan-kegiatan lain, macam-macam kegiatan dia boleh buat. Sudah
bab lain.
Sebagai orang Kerajaan, menyokong Kerajaan saya suka tengok TV
siaran Rangkaian Satu, sebab itu barangkali yang lebih banyak
merupakan siaran bagi pihak Kerajaan dan kalau radio pun yang
peringkat ini ialah Gelombang Nasional. Tetapi kenapa TV Channel 1
DN 6.12.88 - 91 -
ini selalu kelabu, rosak putus tersangkut tergendala radio yang
gelombang kebangsaan inipun macam ini juga, kenapa? Ada apa-apa
sabotaj atau sudah memang tidak hendak kerjakah? Itu yang
juruhebahnya berceloteh, yang juruhebahnya semalam juru
penerangannya lawan sama Kerajaan dia kalah itu jangan marahlah
kalau kerana itu buat sabotaj , siaran tidak betullah, tidak setia,
SEMARAK bersama rakyat , jangan awak yang memulakan SEMARAK,
tiba-tiba kes awak kalah di mahkamah awak buat ini tidak betul lah,
tolong tengok sedikit.
Saya tidak mahu bawa kisah Santan Berlada, Drama Hang Setia,
semua bagus belaka, siapa hendak tengok-tengok, tidak mahu tengok
tutup, habis cerita, hendak buka radio tidak mahu dengar celoteh
juruhebah - padam, habis cerita, semua kita kata tidak bagus, tetapi
Menteri kata bagus hendak cakap apa? Tentu Menteri lebih daripada
kita. Kita bawa pendengaran orang ramai, orang ramai kata apalah
drama, lebih baik tengok drama Jepun, macam tadi soalan kenapa TV3
itu lebih dapat tarikan, jawab Menteri dia kata kita punya lagi
baik, baik hendak cakap apa?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pergi ke tempat lain. Baru-baru
ini satu pengisytiharan baru yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat
Tuan Abdul Ghafar mengenai dengan surat hak milik tanah kepada
peneroka PELDA. Dalam Dewan ini sejak 6 tahun dahulu saya sudah
bercakap, daripada saya duduk di hujung sana pindah-pindah sampai
hujung sudah hendak habis. Saya bercakap bahawa peneroka-peneroka
FELDA ini tidak mahu saham, tidak mahu blok, tidak mahu itu, dia
hendak geran hendak surat .hak tnilik namanya ditulis di situ 'Kormo
bin Dar jo ' atau 'Ngah Ramli bin Kulop Lonjong' dia hendak nama itu.
DN 6.12.88 - 92 -
Oh! tidak boleh-tidak boleh hendak mengajar rakyat kita dengan
sistem saham, jawab berfa lsafah panjang. Apabila orang FELDA
sudah mula hendak tunjukkan begitu-begini, bagus, yang sudah -
sudahlah, jawapan yang sudah itupun saya tidak mahu ingat lagi.
Jadi Yang Amat Berhormat Tuan Abdul Ghafar sudah buat keputusan
begitu, bagus saya ucapkan terima kasih. Tetapi apa yang saya minta
itu seperti pernah saya sebutkan, banyak rakyat dalam negara ki ta
ini yang sudah dapat tanah 20 tahun, 30 tahun tidak ada surat hak
milik. Jadi jangan ini jadi macam itu, kalau boleh dicepatkan
supaya mereka tidak tertunggu-tunggu.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita dengar ada satu kumpulan
pelajar kita yang tidak mahu lagi mengaku jadi rakyat Malaysia.
Hendak jadi rakyat antarabangsa, inipun ganjil juga, diberi duit
suruh belajar sampai ke Mesir, cari serban putih pakai tarbus merah,
sampai sana tidak mahu mengaku rakyat Malaysia hendak mengakui
rakyat antarabangsa, tidak tahulah di mana silapnya. Kemudian
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun bercakap dekat Ijtimak Ulama
hendak mencari pemimpin-peraimpin pelapis, jangan mudah percaya orang
berserban, orang berjubah, orang berserban itulah ulama, ini Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri berucap dekat Ijtimak Ulama di Kelana
Jaya.
Tuan Yang di-Pertua, kita hendak menimbulkan, hendak
mendatangkan, hendak mengumpulkan, hendak mendidik rakyat atau
orang-orang menjadi kumpulan ulama-ulama yang sebenar ulama-ulama
yang 'waritsatul ambia' ulama-ulama yang tidak mementingkan diri,
tidak mementingkan demi menjaga keperluan, juga untuk menghidupkan
DN 6.12.88 - 93 -
syiar Islam, sedangkan sekarang kalau kita pandangan berapa ribu
dari negara kita ini yang sudah balik bertitle ulama, dari Mekah,
Mesir, Madinah, daripada Sudan daripada Libya - banyak. Tak usahlah
kita kira tentang pakaian dan rambut, tentang kasut dan kereta,
tentang cara hidup dan cara makannya, tidak usah kira bicara itu
kerana Islam tidak melarang itu semua. Tetapi ketahuilah bahawa
masyarakat kita ini masih memandang corak itu.
Jadi apa yang saya hendak syorkan di sini, iaitu supaya Kerajaan
mengkakji sistem pondok yang ada di Kelantan, di Bachok ini kalau
bagus hidupkan di negeri-negeri lain, melalui Bahagian Agama Jabatan
Perdana Menteri janganlah jawab nanti ini terserah kepada Jabatan
Agama Negeri-negeri, itu jawapan 20 tahun dahulu. Jawapan sekarang
ini kalau kita hendak buat, kita buat, Pejabat Agama Negeri insya-
Allah boleh menyokong dan menerima, bagi tanah 20-30 hektar, buat
satu pondok macam yang di Bachok, Kelantan itu tiap-tiap negeri
di situ dipimpin, hafaz Qurannya, qarinya, ilmu fekahnya semua
sekali akan menjadi orang alim yang sebenarnya menjaga kepentingan
agama, didik dia selama 10-12 tahun.
DN.6.12.88 - 94 -
Itu sahaja syor saya supaya kita tidak meraba-raba hendak mencari
ulama pelapis. Ini ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada
25hb November di Ijtimak Ulama. Saya catitkan 25hb November supaya
jangan Tuan Yang di-Pertua salahkan saya 25hb November, 1988 Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri minta kita cari jalan yang saya
nampak selain daripada hantar ke Mesir, ke Mekkah, ke Libya, ke
Sudan, Afr ika dan sebagainya, kita boleh buat ini semua, sebab
mengaji ini tidak perlu jauh Kita-kitab itu juga. Cuma sana bahasa
lain di sini bahasa lain.
Tuan Yang di-Pertua, saya bertanya di dalam Dewan ini kepada
Timbalan Menteri Perusahaan Utama, kalau tidak salah mengenai
penjualan minyak sawit. Kenapa negara kita tidak menghantar
rombongan rasmi ke Iran. Menjual maknanya menjual minyak sawit kita
menawarkan minyak sawit kita bagus, ke sana, begitu, begini. Jawapan
memang ada, satu rancangan menghantar satu rombongan yang diketuai
oleh seorang Timbalan Menteri, saya tahu cerita itu, tetapi saya
tidak sambung, cerita itu ialah Timbalan Menteri berkenaan seorang
Islam yang hendak dihantar ke sana Iran tidak mahu terima. Kemudian
hendak hantar pula seorang Menteri wanita pula. Iran pun susah
juga, Tok Sheikh sana hendak berbual dengan seorang Menteri wanita.
Hantar seorang Menteri yang beragama Islam yang berjanggut, yang
bermisai, yang macam orang Iranlah. Kalau hendak cari, kawan saya
pun boleh pergi dengan Timbalan Menteri Kewangan sama-sama berjang-
gut , jadi Iran tengok pun syoklah sama, beli minyak kita entah
berapa juta tan metrik. Sebenarnya kita tidak perkenalkan minyak
DN.6.12.88 - 95 -
kita ke sana. Ini saya dapat sumber yang sah, swasta sudah meng-
hantar- pegawai mereka duduk di sana, berbulan-bulan menjual minyak,
swasta tetapi Kerajaan tidak. Swasta menjual minyak ke Iran melalui
negara kedua, bukan terus daripada Kuala Lumpur, daripada Kelang
pergi ke sana tidak, ini dia. Sebab itu minyak kelapa sawit kita
mungkin yang sampai kesana mahal, sebab melalui negara kedua,
sedangkan kita ada saluran diplomatik, kita terus jual. Kita tidak
buat, lambat atau ada sabotajkah dalam itu, itu dia, saya hendak
tanya. Jadi cepatlah. Jangan sampai orang di sana tertunggu-
tunggu, mana orang "Malayzia".
Pada raasa ini bolehlah kita gunakan "Malayzia" Tetapi tidak
usah tulis balik dekat bangunan kita. Sebab kita ada Malaysia bukan
Malayzia. Ha, kenapa kita mesti merubah-rubah begitu. Kalau hendak
buat cantik-cantik boleh tetapi ini sebenarnya musim cuti sekolah,
anak-anak bertanya. Anak-anak bertanya, kita boleh tulis markas itu
markas Islam Malaysia. Orang Arab menyebut Malayzia, Itu dia punya
lidah, pelat dia.
Tuan Yang di-Pertua, di dalam membahas Akta Belanjawan yang
dibentangkan oleh Menteri Kewangan, banyak perkara-perkara yang kita
boleh sebut.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang saya hendak
sebut meagenai Kementerian Pertahanan masih banyak lagi askar kita
yang duduk di rumah sewa. Ini telah dijanjikan 4, 5 tahun dahulu,
kita masa Pak Lah menjadi Menteri Pertahanan, hendak buat skim
projek perumahan kepada askar-askar kita, tidak payah menyewa. Ini
bukan masalah duit sewa kita rugi tetapi masalah strategi. Strategi
sewanya ada di situ. Ini komunis, dia tidak payah tahu ke mana
DN.6.12,88 - 96 -
platon ini pergi, sambil dia jual ikan, dia boleh tanya Cik Minah,
suami awak pergi mana, orang perempuan, Kopral ini pergi operation.
Berapa hari, tiga minggu, dia pun tahulah, mana pergi operation, dia
pergi Bentong. Dia tahulah, Bentong kena ambush di Bentong,ka lau
dia duduk dekat rumah khas Angkatan Tentera tiada siapa boleh masuk,
yang boleh berjual dekat situ pun orang askar juga, tentera juga,
selamat kita. Ini dari segi sewa takkanlah sampai itu pun saya
hendak cakap. Tetapi kerana perkara ini lama sangat sudah saya
tengok banyak sangat private-private kita, Koperal-koperal kita yang
menongkah basikal, menyewa dekat rumah-rumah haram, kalau dekat Port
Dickson, dekat kampung-kampung, malu, sedangkan bangunan lain dekat
tepi kawasan kem di Port Dickson itu menongkat langit, askar kita
menyewa dekat bawah-bawah pokok-pokok getah, celah-celah reban ayam,
kampung baru Si Rusa, m a l u - k i t a , tolong Tuan Yang di-Pertua; pihak
yang berkenaan mengambil perhatian dalam perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bercadang untuk bercakap lebih
panjang, kalau hendak bercakap lagi boleh, tetapi sudah terlanjut
bercakap ini, saya hendak sambung banyak orang menunggu sebab itu
saya mula bercadang hendak bercakap yang akhir kalau sudah tidak ada
orang, yang saya hendak bercakap tetapi kalau sudah bercakap, saya
tidak berhenti, orang lain marah, hari itu telah diputuskan kita
semua hendak beri sama-sama, jadi saya minta-maaf kepada Ahli-ahli
yang lain kerana saya mengambi1 masa lebih sedikit pada petang ini
dan ini kali yang akhir saya bercakap dalam Dewan ini, dalam
membahaskan Belanjawan ini.
Saya berharap, saya berseru kepada Kerajaan, kepada tenaga
pelaksana, pegawai-pegawai tinggi, pegawai-pegawai rendah, marilah
DN.6,12.88 - 97 -
kita bulatkan tekad kita bahawa setiap kali Belanjawan mi
dibentangkan untuk diluluskan duit itu adalah amanah negara kepada
kita, satu sen itu adalah amanah kita. Jadi kalau $13,000 billion
itu untuk pengurusan, maka itulah gaji dengan elaun, imbuhan ki ta ,
yang lain $8,000 billion itu untuk pembangunan, itu tanggungjawab.
Janganlah diselewengkan walau satu sen pun.
Di akhirat kita akan ditanya, kalau setiap tahun kita sangkut,
setiap tahun kita sangkut, lama sangat tugas ini kalau kita beker ja
20 tahun, 20 tahun tersangkut, 20 tahun, 20 kali soalan tolonglah,
makna dengan itu dapat kita menyelamatkan dapat kita menunaikan
kehendak-kehendak khidmat cemerlang, bersih, cekap, arnanah, produk-
tiviti yang baik, macam-macam kita punya slogan dalam negeri kita
ini. Pokoknya ialah apabila Belanjawan ini diluluskan oleh Dewan
ini direstui oleh Yang di-Pertuan Agong kita boleh belanjakan baik-
baiklah bawa satu sen itu adalah amanah daripada negara, amanah
rakyat dan kita akan ditanya. Kita akan ditanya besok kenapa kita
selewengkan satu sen, kalau satu sen, kalau $1, kalau $10, kalau
sampai $10 ju ta . Jadi Malaikat zahir adalah BPR, dikejarlah kita
dan apabila dikejar susahlah.
Tuan Yang di-Pertua, satu perkara tertinggal, apabila keadaan
semacam itu berlaku, itulah dia sampai berlarut-larut di mahkamah
sehinggakan di mahkamah sekarang tni ada lebih 300,000 kes yang
tertangguh. Hendak sambung cerita lagi sehingga berlaku pecat
memecat di pihak anggota Kehakiman, kita pun malu. Saya malu,
kita sama-sama malu mengapa negara yang begini muda, negara kita ini
muda baru 31 tahun merdeka berlaku perkara seperti itu.
DN.6.12.88 - 98-
Kita harap tindakan ini tidak akan berulang. Kalau ada
kejujuran, rasa toleransi, rasa tanggungjawab, insya Allah kita akan
selamat melayarkan bahtera negara kita 300,000 lebih kes ditangguh
di mahkamah. Mahkamah masih belum dapat menjalankan perbicaraan
dalam Bahasa Malaysia, yang menjadi Majis tret Melayu, yang mendakwa
Inspektor Melayu, yang didakwa orang Melayu dari kampung, pakai
basikal, naik motor, tidak ada brek, tidak ada lampu, disoal jawab
dalam bahasa orang putih. Apa kita ini bicara dekat California,
atau dekat Banting. Itu dia.
Kadang-kadang saya pelek bicaranya di Batu Pahat, yang kena
tangkap itu Wak Kasman, yang menyoal ini Inspektor misalannya nama-
nya Abdul Syukor, yang jadi Maj is t re t itu kalau perempuan itu nama-
nya Kamariah. Ketiga-tiganya Melayu, bolehkah ditanya dalam bahasa
Inggeris minta penterjemah, yang jadi penterjemah saudara Yang
Berhormat Balaram. Ha, itu dia, tiga orang Melayu terlibat, si
pendakwa, si didakwa yang memutuskan, panggil satu orang India
menjadi Jurubahasa, bukankah ganj il. Macam fi lem Hindustan
[Ketawa]. Tolong betulkan ini.
Tuan Yang di-Pertua , tempat kita ini berlaku macam itu. Malu.
Saya teringat ini banjir di Kelantan, di Terengganu, sudah mula
pulih. Tempat kita ini akan banjir , ini di Sri Medan. Bulan
Disember, bulan Januari ini tenggelam, tiga bulan janj i kata hendak
dalamkan Sungai Batu Pahat, hendak buat tebing, hendak gali parit ,
apa pun tidak ada. Jambatan yang dibuat pun tidak siap-siap dekat
Sri Medan, kenapa ini. Dahulu saya kata jambatan itu melengkung,
sudah dibuatkan jambatan bawah, sudah buat jambatan bawah, sudah
siap, sudah siap jambatan batu konkrit, tidak boleh guna pula, macam
mana.
DN.6.12.88 - 99 -
Hendak dikatakan. Menteri kedekut, Dato' Samy Vellu minta sahaja -
dia ini asal d i jek , minta dapat. Ampu sahaja, bodek dia, minta
- dapat. Tetapi kenapa Jambatan Sri Medan, sampai Yang di-Pertuan
Agong sudah pergi tengok, sampai sekarang tidak digunakan. Beribu
anak murid gunakan jambatan pergi Sekolah Menengah Tengku Mahkota.
Saya balik ke sana, saya tengok orang kampung, mengapa begini.
Kita kata 70% - 80% penduduk luar bandar sudah dapat bekalan api,
air, jalan yang baik - hapah. Pergi kawasan Parlimen Sri Gading,
kawasan Parlimen Batu Pahat , kawasan Parlimen Parit Sulong, tengok
kawasan Parlimen Air Itam. Ini takir kawasan Parlimen yaag biasa
sangat saya pergi tengok. Tidak usah kata hendak pergi Terengganu,
pergi Kelantan, Ulu Kelantan atau Grik semua. Tidak usah cerita
jauh. Di tempat ini memang senang kita tengok, tempat orang beli
nanas, dapat beli pisang salai. Jalan masih tanah gambut, air paip
tidak ada, elektrik jauh sekali. Itu fasal ikan boleh naik atas
darat, pilihanraya kecil di Parit Raja. Nasib baik dia mabuk, dia
kalah. Adakah hendak tunggu ikan berenangkah?
Kawasan Dato' Hussein Onn dahulu, kawasan Perdana Menteri ,
sudah 31 tahun merdeka masih banyak lagi kampung yang tidak merasa
batu putih. Tidak usah katakan marble, tar , batu merah itu pun
tidak merasa lagi, gravel pun tidak merasa lagi. Tidak usah hendak
katakan air dalam besi, api dalam kaca, tekan tepi, tengah
menyala, tidak usah harap. Masih banyak lagi yang belum dapat,
kenapa ini. Apakah kerana kawasan itu kawasan-kawasan Menteri,
Timbalan Menteri maka semakin lama semakin dibiarkan. Itu bukan
orang Melayu sahaja duduk di situ Cina ada, India ada, saya cakap
DN.6.12.88 - 100 -
untuk semua kepentingan kaum. Hospital Batu Pahat sudah uzur hendak
runtuh, bila hendak bua t , tanah sudah ada dalam 40 ekar , tidak
tegak-tegak juga. Hendak tunggu anjing tidur sama-sama dengan
pesakit dekat katil. Hospital Batu Pahat itu begitu teruk. Bila
hendak buat? Menteri Kesihatan pun orang baik, insya Allah,
insya Allah, insya Allah. Kalau kita tanya - insya Allah, tetapi
entah apakah maknanya insya Allah pada dia pun saya tidak tahu.
Kali ini saya minta betul-betul dia kata insya Allah Hospital Batu
Pahat akan dibuat pada tahun 1989. Macam itu barulah insya Allah
Menteri Kesihatan. Dia pun orang baik juga. Kita picit dia,
insya Allah, dia akan beri.
Lapan ratus juta ringgit diperuntukkan untuk pembangunan luar
bandar. Tolong bagikan betul-betul. Saya berterima kasih kepada
pihak Belanjawan di Kementerian Kewangan. Saya tanya daripada bulan
berapa awak semua ini buat kerja . Daripada bulan April setiap tahun
ia sudah mula menyusun, daripada bulan April menyusun, Oktober di
bentang di Dewan Rakyat, bulan Disember bawa pula ke Dewan Negara.
Lapan bulan menyusun. Jadi, kita cuma hendak minta supaya pengagih-
annya betul-betul boleh turun ke bawah. Turun ke negeri pengagihan
terutamanya yang $800 juta yang dijanjikan oleh Perdana Menteri atau
Timbalan Menteri mengenai projek luar bandar. Sebab itu ada orang
kata ini Belanjawan Pilihanraya. Saya tidak fikir pilihanraya.
Pilihanraya atau dekat pilihanraya, itu sudah diperuntukkan $800
ju t a , tiga serangkai - jalan, api, air, tolong laksanakan. Jadi,
kalau $800 juta diadakan kontraktor bukan kontrak bumiputrera sahaja
yang dapat, yang besar-besar, kalau hendak buka pula angka kontrak
ini ada dalam buku nanti , kontraktor yang besar, kontraktor Kelas A
DN.6.12.88 - 101 -
A orang Cina banyak, ada yang dapat. Yang Kelas F ini memang
bumiputeralah. Kelas F buat longkang, tampal jalan yang berlubang,
itu pun apabila pergi ke sana hendak beli batu, ke mana hendak
pinjam steamroll, ke mana hendak pergi sewa jentolak, kepada siapa?
Kepada dia juga, tetapi dia masih tidak puas hati. Tolong betulkan
$800 juta ini. Peruntukan yang $300 juta hendak dibuat Tambak Johor
itu tidak jadi pada saya. Lambat pun tidak apa. Sudah diperuntuk-
kan $300 juta hendak membesarkan Tambak Johor.
Sekarang orang kita pun sedar, sudah tidak pergi ke seberang,
duit kita makin kecil. Duit kita tinggal 75 sen daripada seringgit.
Pergi sana beli lichee, karat sahaja buaC apa. Beli belahlah, kata
kempen barang buatan Malaysia, beli barang-barang sendiri dalam
negeri, melancong dalam negeri. Dalam pada hendak melancong dalara
negeri pun macam-macam cerita di Pulau Langkawi, di Bukit Kayu
Hitam, tidak usahlah cerita banyak sangat, sakit hati kita kalau
dengar sakit telinga. Cerita pelancong dalam negeri pergi ke Pulau
Langkawi, dekat Bukit Kayu Hitam, macam-macam. Ada cerita-cerita
yang tidak menyedapkan, jadi ini semua kita kena betulkan. Dahulu
pemimpin Keraj aan. kata ia akan memperbanyakkan kampung-kampung
hendak dibandarisasikan kampung-kampung cantum, beberapa kampung
cantum jadi kampung yang tersusun, jadi macam bandarlah. Jadi,
orang kampung tidak pergi ke bandar. Tujuannya hendak menyekat
supaya kampung ini tidak lengang.
Yang sebenarnya kampung sekarang lengang. Kampung tidak ada
orang. Ramainya bila ada orang menerima belanja, ada orang akad
nikah, i t u pun katanya tidak boleh Pak Cik, hendak cepat balik,
kerana tidak dapat cuci, action betul , tidak dapat cuti. Pada hal
dekat Kuala Lumpur entah apa-apa kerjanya. Bukan duduk dekat
DN.6.12.88 - 102 -
Kuala Lumpur, duduk dekat Sungai Kertas, dekat Batu Caves, Bukit
Belacan, Selangor, tetapi balik ke Batu Pahat, dia kata duduk Kuala
Lumpur. Balik ke Melaka, dia kata duduk Kuala Lumpur, padat manusia
di Kuala Lumpur ini. Pada hal kawasan Kuala Lumpur bandaraya ini
berapa batu sahaja luasnya. Jadi, ini memenuhi Selangor. Ini
memeningkan kepala Menteri Besar Selangor. Orang makin datang,
ramai yang datang. Jadi peruntukaa $800 ju ta kalau boleh diseke-
liling bandaraya kawasan Selangor ini termasuk daerah Gorabak, daerah
Petaling, supaya projek rumah kos rendah yang dikatakan 80,000 unit
itu tolong tumpukan supaya dapat disegerakan.
Banyak tanah Kerajaan yang masih diduduki oleh kilang-kilang
haram di Kuala Lumpur ini, di sekitar wilayah kawasan Selangor ini.
Tanah Kerajaan yang diduduki oleh kilang-kilang haram yang bukan-
orang Melayu punya , to long t engok , j angan marah bila saya bercakap,
orang yang halal minta line telefon dua tahun tidak dapat, tetapi
kilang haram ada 14 line, boleh dapat. Rumah haram orang Melayu
minta bekalan air tidak dapat. Satu kepala paip digunakan untuk 40
rumah, yang situ paipnya 4 inci. Ini kalau saya kata ada apa-apa,
nanti orang kata tak apa, tak usah Haji Shahrom cakap macam itu.
Tetapi perkara ini berlaku. Saya ucapkan terima kasih kepada
Jabatan Telekom kerana sekarang ini tiap-tiap bulan bil telefon saya
sudah turun. Boleh dail kemanapun. Tidak macam dahulu bil
telefon saya naik $200 lebih, $300 dan sekarang tinggal $18 tidak
munasabah pula. Sewa bulanan $17 sudah tinggal $1.00 tetapi entah
ke mana nombor dail pergi. Masalah telekom, Tuan Yang di-Pertua,
saya hendak bercakap sedikit iaitu di kampung kita di Bagan, kenapa
sampai $80 sewanya. Bagan itu sampai ke Batu Pahat, Bandar
Penggerang itu 4 batu.
DN.6.12.88 - 103 -
Jadi, orang di sana apabila ada projek telefon masuk kampung
masing-masing isilah borang hendak te lefon, tunggu anak te lefon
daripada Kuala Lumpur atau daripada Melaka atau ada kecemasan atau
cucu pening hendak telefon ke ruraah. Apabila STM kata $80 sewanya,
"Huuuhhh, apa Kerajaan?" "Ala-haiiiii, apa ini, semakin diswastakan
semakin hendak mencekik rakyat? Itu kita punya orang kampung ada
duduk menjadi Ahli Dewan Negara tolong cakap. Inilah tolong
cakapkan sekarang ini. Kenapakah 4 batu daripada pusat bandar
daripada ibusawat telekom di kebun kelapa itu sampai $80 sewa
bulanannya? Boleh tak dikaj i semula, barangkali kalau $30 banyak
pelanggan akan mengambil talian te lefon itu. Kalau $80 orang
marahlah, orang marah kepada Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan
Pos yang berasal dari Muar, Johor juga tidak mengatasinya. Oleh itu
tolong betulkan, tolong tengok supaya apakah katanya, kemarahan
rakyat tadi bukan kemarahan satu kaum, ini semua kita sebut masalah
tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja akhirnya aaya menyokong Akta
Belanjawan 1989 ini untuk diluluskan dan sekali lagi saya minta maaf
kepada semua pegawai-pegawai Kerajan kerana ini ucapan terakhir saya
dalam Belanjawan ini. Sekian, assalamu'alaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
5.51 ptg.
Puan Hajjah Habidah binti Jusoh: Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk bersama dengan
rakan-rakan bagi menyokong Rang Undang-undang bernama suatu Akta
bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulanwang Disatukan
DN.6.12.88 - 104 -
untuk perkhidmatan tahun 1989 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk
perkhidmatan bagi tahun itu.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan tahniah kepada Yang
Berhormat Menteri Kewangan Malaysia yang telah membentangkan Rang
Undang-undang ini pada petang semalam yang mana Rang Undang-undang
ini membuat peruntukan yang begitu banyak untuk perkhidmatan bagi
tahun 1989 yang berjumlah sebanyak $13,811,393,900 yang
diperuntukkan bagi maksud-maksud yang dinyatakan dalam Jadual B. 1
sehingga B,54.
Tuan Yang di-Pertua, setelah kita memerhati dan meneliti Rang
Undang-undang Perbekalan 1989 ini memang melega dan menyenangkan
semua pihak rakyat jelata, walaupun ada setengah ahli-ahli Dewan ini
yang tidak begitu senang dengan belanjawan tersebut. Saya juga
merasa kesal kerana golongan yang tidak berpuas hati ini telah
membangkitkan masalah-masalah yang boleh menggugat perpaduan sesama
kita sedangkan kita tahu perpaduan adalah teras Kemajuan dan
pembangunan sesebuah negara dan kasihkan negara adalah kewajipan
kita bersama sebagaimana Nabi Besar Muhammad SAW pernah bersabda
yang bermaksud: Kasihkan tanahair setengah daripada iman.
Tetapi berkemungkinan juga mereka yang membangkitkan perkara
yang tidak disenangi dan diingini ini ada tempat-tempat tertentu
yang membolehkan mereka pergi sekiranya huru hara berlaku di negara
ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ingin memanjangkan soal itu lagi
dan kembali saya kepada Rang Undang-undang Perbekalan 1989 ini yang
mana pada pandangan saya mempunyai matlamat untuk terus mengekalkan
pertumbuhan ekonomi seperti yang berlaku pada tahun ini untuk terus
mencapai dasar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke
DN.6.12.88 - 105 -
arah jimat cermat di dalam pengurusan perbelanjaan sektor awam dan
menyedarkan rakyat supaya berhati-hati untuk menempuh zaman
kemelesetan atau yang lebih mencabar di masa-masa yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh berkenaan dengan Maksud B.8 iaitu
Jabatan Perkhidmatan Awam kita amat berterima kasih kepada Kerajaan
kerana telah bersetuju menaikkan gaji pekerja-pekerja sektor awam
yang terdiri dari pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan A, B, dan C
dengan kadar $110, $85 dan $60. Dan tidak ketinggalan juga kadar
cukai syarikat akan diturunkan daripada 40% kepada 35% dan cukai
pembangunan dari 5% diturunkan kepada 1%. Kadar pencukaian ini
amatlah melegakan dan menyenangkan para pengguna dan memanglah dia
sesuai dengan gelaran Menteri Kewangan sebagai menteri ekonomi
Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, dengan langkah ini diharapkan pelaburan
dari luar negeri dan dalam negeri akan meningkat dan kita juga amat
tertarik dengan belanjawan kali ini kerana ianya akan mengurangkan
pengangguran dengan keputusan Kerajaan bagi menarik balik pembekuan
beberapa jawatan pencing di dalam sektor awam di samping
mengharapkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan akan dapat
diwujudkan di dalam sektor swasta. Dengan wujudnya pertambahan
pelaburan jika dibandingkan dengan beberapa tahun kebelakangn ini
dan belanjawan kali ini dapatlah dis i fa tkan sebagai satu belanjawan
yang boleh diterima oleh semua golongan rakyat jelata sama ada di
desa atau pun di kota.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun begitu belanjawan kali ini juga
pada pandangan saya akan menimbulkan berbagai kesan negatif kepada
DN.6.12.88 - 106 -
pekerja-pekerja di dalam sektor pertanian, nelayan dan buruh yang
umumnya banyak yang terdapat di luar bandar, mereka akan merasai
kesan yang kurang menyenangkan disebabkan dua faktor utama.
Pertama, apabila gaji kakitangan Kerajaan dinaikkan pendapatan
mereka telah meningkat dengan peruntukan sebanyak $289 juta untuk
melaksanakan kenaikan gaji ini dengan sendirinya akan bertambah
permintaan barangan pengguna yang terdapat di dalam pasaran sekarang
ini.
Maka dengan sendirinya pula harga barangan akan naik kerana
pengeluarannya terhad sedangkan permintaan bercambah seperti mana
pada dua hari yang lepas kita terbaca di dalam akhbar Mingguan
Malaysia harga barang-barang keperluan harian sudah meningkat hampir
sekali ganda di seluruh negara. Oleh itu diharapkan Kerajaan
hendaklah betul-betul mengawasi barang-barang keperluan asasi ini.
Begitu juga barang-barang mewah agar ianya tidak diambil
kesempatan oleh peniaga-peniaga dengan sewenang-wenangnya menaikkan
harga barangan tersebut seperti mana juga yang telah berlaku pada
harga kereta yang dijual di negara ini sungguh tinggi harganya
sampai tidak terbeli lagi oleh mereka yang dahulunya boleh
membelinya.
Tuan Yang di-Pertua, daripada pertambahan permintaan ini maka
harga barang-barang pengguna meningkat dan oleh kerana golongan
petani, nelayan dan buruh yang merupakan golongan yang akan merasai
akibat buruk daripada kenaikan tersebut yang mana mereka semua tidak
akan mendapat faedah secara langsung dari hasil belanjawan ini.
Maka dengan kenaikan harga ini sudah pastilah akan menjejaskan kuasa
beli dan seterusnya menurunkan lagi darjat taraf hidup mereka ke
tahap yang lebih rendah dan membimbangkan.
DN.6.12.88 - 107 -
Tuan Yang di-Pertua, meskipun sekarang ini harga beberapa jenis
barangan perlu adalah sedang dikawal oleh Kerajaan, namun jumlah
barangan pengguna yang tidak dikawal adalah lebih banyak dan
laziranya harga barangan terkawal juga akan dinaikkan apabila
terdapat tekanan permintaan begitu banyak ke atas barangan
tersebut. Oleh yang demikian, Kerajaan sendiri telah mengakui
dengan meramalkan kadar inflasi pada tahun hadapan meningkat ke 30%.
Oleh itu di dalam kesempatan ini saya mengesyorkan supaya
Kerajaan mengambil langkah-langkah yang cermat dan berhati-hati juga
menggunakan segala media massa yang ada untuk memberi penerangan dan
penjelasan kepada rakyat untuk berjimat cermat di dalam semua hal.
Kalau tidak saya khuatir kadar inf lasi akan meningkat lebih tinggi
dan sudah pasti keraakmuran yang kita sama-sama rancangkan untuk
rakyat bagi pendapatan sebenar isi rumah akan ditentukan oleh kadar
inflasi ini.
DN.6.12.88 - 108 -
Tuan Yang di-Pertua, faktor kedua mengenai situasi ekonomi
dunia. Rata-rata menurut pandangan ahli ekonomi dunia menyatakan
bahawa ekonomi dunia tahun hadapan dijangka sungguh lembab jika
dibandingkan dengan tahun ini. Menurut statistik kajian ekonomi
negara bahawa pertumbuhan ekonomi ncgara perindustrian hanya beredar
kepada tahap 2.8% sahaja berbanding dengan pertumbuhan KNK sebenar
3.8% pada tahun ini. Akibat dari pertumbuhan yang rendah itu,
permintaan terhadap barangan utama negara kita ini akan turut
menurun dan dengan sendirinya harga barangan utama diramalkan
mungkin turun ke paras yang lebih rendah dari paras harga sebenar
pada tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua, harga barangan utama seperti getah, kelapa
sawit, koko yang terus turun pada tahun hadapan akan menjejaskan
pendapatan keluarga disektor luar bandar. Saya percaya sekiranya
kesan kenaikan barangan dan penurunan pendapatan petani dan
pekerja-pekerja di luar bandar berlaku secara mendadak dan serentak,
maka pastilah kesan yang lebih buruk akan dirasai oleh rakyat yang
rata-rata terdiri dari mereka yang susah dan miskin yang selama ini
tertinggal dan mengharapkan pembelaan dari kita semua. Demi untuk
menutup kekurangan perolehan hasil kepada Kerajaan akibat daripada
penurunan cukai langsung maka kita patut berterima kasih kepada Yang
Berhormat Menteri Kewangan yang telah mencadangkan supaya skop cukai
tidak langsung atau cukai jualan diperluaskan.
Setakat ini kita tidak dihuraikan secara terperinci jenis-jenis
barangan yang dipilih untuk dikenakan cukai tidak langsung itu.
DN.6.12.88 -109-
Namun begitu kita juga diberi tahu hanya barang-barang yang tidak
penting yang disenaraikan. Tetapi memandangkan Kerajaan kita telah
kekurangan hasil sebanyak $456 juta maka asas cukai mungkin menjadi
lebih luas. Sekiranya barangan yang disenarai merupakan barangan
yang terpaksa digunakan oleh satu-satu golongan maka sekali lagi
kesan kenaikan harga akan ditanggung oleh golongan ini. Ini akan
mengakibatkan tekanan kepada pengguna.
Tuan Yang di-Pertua, meneliti perkembangan kakitangan sektor
swasta yang rata-rata sekarang ini menghadapi suatu keadaan yang
tidak past i , maka ditinjau kesan Belanjawan tahun ini, kita faham
mengikut dasar yang telah diutarakan olch Yang Berhormat Menteri
Kewangan tentang penurunan cukai korporat yang bermaksud untuk
menambahkan penanaman modal oleh pelabur. Namun di dalam masa yang
sama kita dapati kenaikan kos upah buruh ditegah sama sekali kecuali
diiringi dengan peningkatan di dalam daya keluaran sesebuah
sektor perkilangan tersebut. Ini bererti mana-mana firma atau
sektor-sektor individu yang telah mencapai kecekapan yang tinggi
juga, tidak berpeluang menikmati kenaikan gaji atau kenaikan
pendapatan. Ini jelas menampakkan kepada kita hanya mementingkan
pekerja-pekerja Kerajaan sahaja, kerana di sini memberi suatu
gambaran di mana para pekerja sektor swasta tidak mendapat apa-apa
pembelaan secara langsung daripada Belanjawan kali ini. Tetapi
walau bagaimana pun mereka masih boleh mengharapkan agar majikan
mereka memberikan bonus tambahan oleh kerana pemberian bonus
sebanyak dua bulan gaji telah diluluskan oleh Kerajaan.
DN.6.12.88 -110-
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan masalah pengangguran pula
kita menyedari bahawa Belanjawan kali ini amat berminat untuk
mengurangkan peratus pengangguran tahun hadapan dan baru-baru ini
Kerajaan telah mengumumkan untuk mengisi 40,000 jawatan kosong di
berbagai peringkat di sektor awam dan badan-badan berkanun untuk
mengurangkan masalah pengangguran terutama di kalangan siswazah.
Dengan pengumuman ini, telah banyak melegakan pihak-pihak tertentu
termasuklah keluarga, ibubapa khususnya penganggur-penganggur itu
sendiri. Tetapi adalah menjadi satu trajedi yang malang di mana
apabila Belanjawan 1989 diumumkan cuma 18,700 jawatan kosong sahaja
yang akan diisi oleh Kerajaan. Kemudian ditentukan pula jawatan
yang akan diisikan itu hanyalah dibidang pendidikan, kesihatan,
Polis dan Tentera sahaja. Tentulah mengecewakan lagi
pemegang-pemegang ijazah dan diploma dengan Belanjawan yang kita
sama-sama renung ini.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan melalui dasar peningkatan
pembangunan fizikal seperti yang dinyatakan di dalam Belanjawan ini
di mana Kerajaan mengharapkan sektor swasta memainkan peranan yang
lebih besar di dalam mengurangkan masalah pengangguran secara
spontan dapat kita gambarkan apabila pelaburan meningkat maka
peluang pekerjaan dengan sendirinya akan tercipta dengan lebih
banyak lagi. Namun satu realiti yang tidak dapat ditolak ialah-
sektor-sektor swasta ini amat mengutamakan pencari kerja yang
mempunyai pengalaman bekerja sedangkan majoriti pengangguran yang
terdapat di negara kita ialah mereka yang tidak mempunyai pengalaman
bekerja.
DN.6.12.88 -111-
Walaupun telah menganggur di dalam jangka masa yang agak lama
dan firma swasta pula tidak mempunyai masa dan kewangan yang
mencukupi bagi melatih pekerja-pekerja mereka. Oleh itu
satu-satunya isu yang timbul sekarang ini ialah terdapat firma serta
mengambil peluang daripada pengangguran yang tinggi di negara kita
dengan menawarkan kerja di bawah skim latihan sambil kerja yang
disamakan dengan pihak Kerajaan memberikan ker ja skim khidmat
sementara. Elaun mereka juga diberi dengan kadar yang sama dengan
Kerajaan iaitu antara $400 hingga $500 sebulan.
Semasa di dalam latihan para siswazah ini dijanjikan akan
diserapkan ke jawatan tetap selepas tempoh latihan tamat. Sekiranya
mereka menunjukkan prestasi kerja yang tinggi, dedikasi dan
berdisiplin. Dan apa yang menarik perhatian kita di sini ialah para
pelatih telah bersaing sesama mereka untuk menunjukkan prestasi yang
terbaik. Tetapi apabila tempoh latihan tamat, tidak seorang pun
yang diserapkan ke jawatan tetap dengan alasan-alasan yang negatif .
Kemudian, diikuti pula dengan pengambilan kumpulan-kumpulan yang
lain dengan diberi janj i yang sama dan dilepaskan juga dengan
alasan-alasan yang sama.
Tuan Yang di-Pertua, kita mengharapkan agar Kerajaan berusaha
bersungguh-sungguh, membanteras permainan seperti ini, kerana kita
bimbang suatu hari nanti penganggur-penganggur ini atau
pekerja-pekerja sementara ini akan menjadi suatu angkatan yang boleh
melumpuhkan Kerajaan dan menghancurkan kemakmuran yang kita nikmati
sekarang ini.
DN. 6.12.88 -112-
Tuan Yang di-pertua, dengan pengisytiharan gaji kakitangan
Kerajaan akan dinaikkan sebagaimana yang saya katakan tadi kita
terlupa kepada satu kedudukan pekerja iaitulah pekerja skim
khidmat sementara. Sampai ke saat ini belum kita dengar, adakah
elaun mereka juga akan dinaikkan? Kalau Kerajaan belum lagi membuat
keputusan, saya mencadangkan di dalam Dewan yang mulia ini agar
ditimbangkan sama elaun kepada skim khidmat sementara itu.
Tuan Yang di-Pcrtua, Belanjawan 1989 ini telah menunjukkan
kepada kita bahawa Kerajaan benar-benar berhasrat untuk mengekalkan
pertumbuhan ekonomi menerusi peningkatan peranan sektor swasta
terutama mengalir masuk pelabur-pelabur asing ke negara ini. Adalah
menjadi harapan kita sebagai rakyat di dalam sesebuah negara yang
demokrasi, agar Kerajaan dapat menghapuskan golongan pemodal-pemodal
yang membolot sebahagian besar hasil negara dan bersenang-lenang di
luar negeri.
DN.6.12.88 - 113 -
Sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang
Berhormat Menteri Kewangan kerana cita-cica Belanjawan 1989 ini ada-
lah untuk merapatkan jurang perbezaan pendapatan golongan kaya den-
gan yang miskin dan dengan ini saya tnenyokong sepenuhnya Rang
Undang-undang ini diluluskan. Terima kasih.
6.11. ptg.
Tuan Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk mela-
hirkan sokongan terhadap Belanjawan 1989 yang dibentangkan oleh Yang
Berhormat Menteri Kewangan, Dato' Paduka Daim Zainuddin.
Tuan Yang di-Pertua, seperti kata perpatah Cina, "sebarang pe-
rasaan yang terpendam mesti diluahkan baru kita berasa lega atau se-
ronok". Ini tidak ubah seperti tulang ikan yang tersekat di
tengah-tengah kerongkong kita. Kalau tidak diluahkan atau dikeluar-
kan tentulah kita tidak akan merasa lega atau seronok. Oleh itu ka-
mi mendedahkan setengah-setengah penyelewengan yang berlaku semasa
perlaksanaan setengah-setengah dasar demi mencerminkan keadaan yang
sebenarnya dan bukan berniat menentang sesiapa pun. Kami bukan
sengaja membentang atau menyuarakan segala penyelewengan untuk me-
nimbulkan perbalahan. Sebaliknya kami mahu semua masalah negara
dapat diselesaikan dengan penuh semangat Barisan Nasional.
Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks ini saya menyokong Dasar
Ekonomi Baru yang bertujuan memupuk perpaduan rakyat melalui perlak-
sanaan dan pencapaian dua matlamatnya iaitu membasmi kemiskinan
tanpa mengira kaum dan menyusun semula struktur masyarakat.
Kedua-dua matlamat ini jelas dinyatakan dalam Rancangan
DN.6.12.88 - 114 -
Malaysia Kedua dan tidak sesiapa pun yang mempunyai pemikiran
nasional pernah membantahnya kerana ia menjamin tidak ada sebarang
kumpulan ethnic akan mengalami sebarang kerugian atau merasa
sebarang perlucutan hak. Para pemimpin negara kita juga sering
meaekankan semua rakyat akan dapat faedah daripada DEB ini. Walau
bagaimanapun, apa yang dikesalkan ialah terdapat banyak
penyelewengan dalam perlaksanaan DEB sehingga komuniti bukan
bumiputera merasa mereka telah didiskriminasikan.
Rasa tidak puas hati ini jelas terbukti dari sokongan undi
kepada parti-parti Pembangkang di kawasan-kawasan yang sebahagian
besar penduduknya bukan bumiputera baik di Semenanjung Malaysia
Barat mahupun di Semenanjung Malaysia Timur.
Saya terkilan dengan peruntukan sebanyak $1 juta dalam
Belanjawan kepada 452 kampung baru. Tuan Yang di-Pertua, apakah
jenis projek pembangunan yang dapat dilakukan dengan peruntukan yang
tidak seberapa ini. Pernah diumumkan satu rancangan pembangunan
kampung baru oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Musa Hitam
pada bulan Disember 1985 dan 48 kampung baru telah dikenalpasti
sebagai pusat pembangunan. Malangnya selepas 3 tahun kemudian tidak
ada sebarang peruntukan untuk menjadikan rancangan ini sebagai
reality. Kegagalan perlaksanaannya merupakan satu bukti
penyelewengan daripada semangat asal dan objektif Dasar Ekonomi
Baru.
Pernah dikatakan berulang kali oleh ahli-ahli politik Melayu
bahawa kebanyakan kampung baru adalah lebih baik daripada
kampung-kampung tradisional, dalam erti kata kebanyakan kampung
DN.6.12.88 - 115 -
baru disediakan dengan kemudahan-kemudahan asas seperti air dan
elektrik sementara sejumlah besar kampung-kampung tradisional masih
belum ada kemudahan-kemudahan asas itu. Akan tetapi ini adalah satu
gambaran yang tidak tepat mengenai keadaan sebenarnya
kampung-kampung baru. Sebenarnya asas uatuk pertumbuhan sosio-
ekonomi yang sihat di kampung-kampung baru masih tidak ada.
Keadaan ini disebabkan oleh kekurangan tanah; kedua, kekurangan
peluang-peluang pekerjaan yang baik; ketiga, kekurangan pembagaian
ekonomi kampung baru; dan keempat ketiadaan peningkatan taraf
pendidikan dan kemahiran gunatenaga. Akibatnya, kadar kemiskinan di
kalangan kampung-kampung baru adalah di antara yang tertinggi di
negara kita. Misalnya Rancangan Malaysia Kelima menyatakan bahawa
hanya 37% isi rumah kampung baru mempunyai pendapatan tunai purata
melebihi $400 sebulan. Ini bermakna 2/3 isi rumah atau sejuta
penduduk kampung baru mempunyai jumlah pendapatan di bawah garis
kemiskinan.
Tuan Yang di-Pertua, kami telah memeriksa banyak dokumen
Kerajaan termasuk semua Rancangan Malaysia untuk mencari setakat
manakah masalah sosio-ekonomi kampung baru telah diselesaikan jika
dibandingkan dengan jumlah sumber yang telah diberi kepada golongan
Melayu dari kumpulan miskin di luar bandar.
DN.6.12.88 -116-
Malang sekali , karai telah gagal menjumpai sebarang bukti bahawa
Kerajaan telah melaksanakan matlamat membasrai keraiskinan DEB dengan
saksama di kalangan golongan Melayu dan bukan Melayu, khasnya
golongan Cina yang miskin di luar bandar.
Dalam sejarah pcmbangunan kampung baru di bawah ke lima-lima
rancangan Malaysia kurang daripada $75 ju ta , ini termasuk juga yang
diperuntukkan bagi tahun 1985 hingga 1990 yang tidak akan diberi
memandangkan langkah jimat-cermat Kerajaan. Telah terbukti
peruntukan semasa jumlah populasi mereka telah menjadi 3 kali ganda,
sebaliknya Rancangan Malaysia Keempat memperuntukkan $5 million atau
$500 juta lebih sebagai tabung pembangunan projek pengairan dan
pembangunan Tanah Melayu. Sementara ini, Rancangan Malaysia Kelima
menyediakan perbelanjaan lebih daripada $6 billion atau $600 juta
bagi projek-projek serupanya.
Tuan Yang di-Pertua, butir-butir perbandingan antara
perbelanjaan awam untuk projek pembangunan di kampung Melayu dan
kampung baru boleh didapati daripada sumber Rancangan Malaysia
Kelima, mukasurat 329. Selama ini terdapat rangkaian organisasi
Kerajaan yang telah ditubuhkan untuk membantu golongan Melayu
seperti FELDA, FELCRA, DARA, KETENGAH, KESEDAR, KEJORA, JENGKA, KEDA
dan lain-lain, akan tetapi tidak wujud sebarang organisasi yang
bertanggungjawab ke atas pembangunan kampung-kampung baru. Oleh itu
masa hadapan kampung baru lebih gelap lagi.
Kejatuhan industri perlombongan dan pembinaan serta suasana
ekonomi yang lembab telah menyebabkan sebilangan besar penduduk
berhijrah semula ke kampung baru di mana masalah tanah yang dihadapi
oleh peneroka asal masih belum diselesaikan dalam kebanyakan kes .
Keadaan sedemikian telah membawa kepada kekurangan golongan bagi
DN.6.12.88 -117-
peneroka-peneroka membaiki keadaan perumahan dan infrastruktur atau
kekurangan tanah pertanian untuk pekerjaan. Di samping itu
kebanyakan kampung baru yang sedia wujud dinafikan lebihan tanah
untuk mentranformasikan kampung-kampung baru kepada unit-unit yang
lebih berkesan.
Tuan Yang di-Pertua, sebahagian besar daripada penduduk di
kampung baru berkecimpung dalam kegiatan berlombong, menjual
barang-barang secara runcit, menjaja dan menjalankan industri secara
kecil-kecilan, hanya sebilangan kecil daripada mereka yang ber jaya
mencari sara hidup diri sendiri tanpa bantuan daripada Kerajaan
sedangkan sebahagian besar yang berpendapatan rendah mencari nafkah
dengan susah payah. Merekalah yang sepatutnya diberi bantuan
di bawah DEB dan peluang pekerjaan mestilah disediakan untuk mereka
demi membaiki kehidupan mereka daripada komuniti Cina di seluruh
negara, akan tetapi malangnya nasib mereka telah diabaikan oleh
Dasar Ekonomi Baru.
Tuan Yang di-Pertua, MCA kerap menerima aduan berkenaan dengan
layanan yang kurang baik semasa mereka memohon lesen teksi,
kemudahan pinjaman, tapak kilang, lesen perniagaan, permit import
dan sebagainya. Ini adalah disebabkan fenomena birokrasi yang
diamalkan selama ini. Maka tidak hairanlah jika sebahagian besar
pengundi bukan Melayu lebih menyokong parti-parti Pembangkang
daripada parti-parti Barisan Nasional dalam pilihanraya yang lalu.
Saya ingin mengingatkan Kerajaan berkenaan dengan berbagai
janji sebagai manifesto untuk Pilihanraya 1986, iaitu manifesto
Barisan Nasional, ia berbunyi:
"Kampung baru, golongan yang miskin di estet serta
skim pembangunan tanah di seluruh Malaysia merupakan
sebahagian daripada tumpuan Kerajaan dalam usaha
memerangi masalah kemiskinan tanpa mengira kaum".
DN.6.12.88 -118-
Tuan Yang di-Pertua, saya bercadang bahawa perbincangan yang
serta-merta perlu diadakan oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional
dan Kabinet dengan tujuan merangka satu program keadilan sosial yang
baru untuk melaksanakan selepas tahun 1990. Pertubuhan-pertubuhan
awam harus dijemput dan digalakkan mengemukakan memorandum berkenaan
dengan sebarang polisi. Program keadaan sosial yang baru itu mesti
dirangka berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
(i) konsep dan objekt i f utamanya mestilah menekankan
pemupukan perpaduan nasional dan integrasi antara
kaum;
(ii) pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum mestilah
diteruskan;
(iii) dari segi menyusun semula struktur masyarakat,
segala ketidakseimbangan yang diwujudkan dalam,
sektor kewangan, petroleum, pelajaran, sektor
awam harus diperbaiki.
Tuan Yang di-Pcrtua, sejak akhir-akhir ini Jabatan Hasil Dalam
Negeri dan Persatuan Akauntan Negara mcngambil tindakan terhadap
agen urusan cukai pendapatan yang haram. Ini telah menimbulkan
kebimbangan di kalangan mereka. Di bawah Akta Cukai Pendapatan
1967, seksyen 153(1) dan ( 3 ) mereka disyaratkan memiliki kelayakan
akauntan dan memohon lesen agen cukai pendapatan.
Timbalan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, masa sudah
sampai, boleh sambung besok.
Tuan Tan Chai Ho: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua: Dewan -ini ditangguhkan sehingga hari
esok, jam 2.30 pctang,
Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.