DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL …Jadi ini institut kanser yang spesifik selain...

181
Naskhah belum semak DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 8 Selasa 4 September 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong - YB Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Halaman 26) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 57)

Transcript of DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL …Jadi ini institut kanser yang spesifik selain...

Naskhah belum semak

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PENGGAL PERTAMA

MESYUARAT PERTAMA

Bil. 8 Selasa 4 September 2018

K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

- YB Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Halaman 26) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 57)

DN 4.9.2018 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PENGGAL PERTAMA

MESYUARAT PERTAMA

Selasa, 4 September 2018

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Ir. Yong Wui Chung minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, rancangan kementerian dalam memberi peluang kepada syarikat penyiaran tempatan mahupun luar negara untuk bersaing dengan Astro.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia [Tuan Eddin Syazlee Shith]: Bismillahi

Rahmani Rahim. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dan assalamualaikum dan salam sejahtera

kepada Ahli Dewan.

Bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Ir. Yong

Wui Chung saya ingin menyatakan bahawa Broadcast Network System Malaysia Sdn. Bhd. atau

secara ringkasnya MBNS merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan penyiaran

televisyen berbayar melalui jenama ASTRO. MBNS ini telah diberikan hak secara eksklusif dan

keistimewaan ataupun exclusive right ini, serta privilege ini oleh kerajaan telah bermula daripada

tahun 1997 untuk menyiarkan kandungan penyiaran melalui perkhidmatan penyiaran satelit

dengan aktiviti pemancaran ke mana-mana satelit bagi penerimaan kandungan penyiaran oleh

orang awam secara langsung dari mana-mana satelit.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, tempoh hak eksklusif dan keistimewaan tersebut

telah pun berakhir pada 28 Februari 2017. Walau bagaimanapun, MBNS masih boleh

meneruskan aktiviti penyiaran satelit di atas dasar non-exclusive basis kerana lesen yang dimiliki

oleh MBNS di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah sah sehingga 1 Februari

2020.

DN 4.9.2018 2

Bagi lesen-lesen individu Pemberi Kemudahan Rangkaian atau dengan izin Network

Facilities Provider Individual License (NFP) satu, dan kedua Pembeli Perkhidmatan Rangkaian

ataupun dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, Network Service Provider Individual License.

Sehingga 28 Februari 2022 bagi Lesen Individu Pemberian Aplikasi Kandungan atau dengan izin

Tuan Yang di-Pertua, Content Application Service Provider Individual License.

Sukacita dimaklumkan sehingga 30 Jun 2018, terdapat 35 syarikat yang telah pun diberi

lesen CASP individu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk

menawarkan perkhidmatan penyiaran TV melalui pelbagai platform seperti satelit, penyiaran

bebas ke udara ataupun FGA, Protocol Internet, HyppTV dan juga penyiaran televisyen terrestrial

digital, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, iaitu digital terrestrial television broadcasting (DTTB).

Selain daripada ASTRO, empat daripada 35 syarikat penerima lesen, CASP individu telah

dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan penyiaran TV melalui platform satelit ini. Syarikat-

syarikat ini, iaitu:

(i) Ansa Broadcast Sdn. Bhd. ataupun Ansa;

(ii) Jaringan Media Sdn. Bhd. ataupun Jaringan Mega;

(iii) Smart Digital International Sdn. Bhd. ataupun Smart Digital; dan

(iv) High End Net Sdn. Bhd. atau High End Net.

Dengan adanya kepelbagaian platform ini, rakyat Malaysia dijangka akan mempunyai

pelbagai pilihan untuk menikmati kandungan, sama ada melalui penyiaran percuma tanpa

langgan, non-subscription broadcasting, atau melalui penyiaran berbayar, subscription

broadcasting. Selain daripada itu rakyat Malaysia juga mempunyai pilihan untuk menikmati

kandungan penyiaran melalui platform over the top, dengan izin, OTT seperti aplikasi tonton, iFlix

dan Netflix. Aplikasi OTT ini adalah aplikasi penyediaan kandungan melalui internat dan ia adalah

aktiviti yang dikecualikan daripada keperluan untuk memiliki lesen di bawah AKM, Akta

Komunikasi dan Multimedia.

Datuk Ir. Yong Wui Chung: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, and terima kasih atas

jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, untuk bersaing dengan

syarikat penyiaran gergasi seperti Astro dan membuka peluang kepada rakyat Malaysia membuat

pilihan lebih kompetitif dan berbaloi, apakah bantuan dan insentif yang akan diberikan kepada

syarikat tempatan yang berminat untuk menyediakan perkhidmatan penyiaran televisyen

berbayar menerusi satelit. Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri, insentif.

DN 4.9.2018 3 ■1010

Tuan Eddin Syazlee Shith: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, berkenaan insentif itu

pihak kementerian telah pun memberikan sebagaimana yang disebutkan tadi hak ataupun lesen

CASP kepada mana-mana syarikat yang berminat asalkan syarikat-syarikat ini mematuhi syarat-

syarat yang tidak terlalu membebankan. Antaranya, syarikat itu perlu ditubuhkan di Malaysia

dengan modal berbayar sebanyak RM500,000. Diperlukan maklumat korporat syarikat serta

pemegang-pemegang saham, perihal jenis kemudahan perkhidmatan dan aplikasi, perihal liputan

dan cadangan, pelan pelaksanaan komersial serta jangkaan perbelanjaan operasi.

Ini adalah syarat-syarat kepada mana-mana syarikat yang dijemput. Kementerian

menggunakan satu pendekatan yang sangat terbuka untuk mempelawa mana-mana syarikat

yang berminat untuk bersaing dengan syarikat seperti Astro. Cuma secara adilnya perlu

dipertimbangkan bahawa syarikat Astro ini telah pun bermula sekian lama, diberikan hak selama

25 tahun, yang mana hak 25 tahun ini diberikan berdasarkan kepada pelaburan-pelaburan yang

telah dibuat untuk memajukan teknologi, untuk mendapatkan kandungan-kandungan yang bagus

seperti rancangan-rancangan penyiaran HD antara yang terbaik di Asia Pasifik, 25 rangkaian

kalau tidak silap.

Jadi keadaan ini yang perlu difikirkan, yang mana untuk syarikat seperti Astro ini

memerlukan tempoh selama 23 tahun hanya untuk mendapatkan pulangan pelaburan. Jadi ini

adalah faktor-faktor yang saya percaya perlu dipertimbangkan oleh syarikat-syarikat baru. Ini

bukanlah perkara yang mudah kerana walaupun kementerian telah mengeluarkan sebanyak

empat lesen, salah satu daripada syarikat ini patut telah bermula pada 28 Ogos yang lalu tetapi

di atas faktor-faktor ini menjadi kekangan kerana keperluan khas atau modal yang besar untuk

bersaing dengan syarikat seperti Astro ini.

2. Dato' Dr. Ananthan a/l Somasundaram minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah status pembinaan pusat kanser yang bernilai RM500 juta di Sungai Petani dalam usaha untuk meningkatkan pembangunan kemudahan kesihatan di negeri Kedah.

Timbalan Menteri Kesihatan [Dr. Lee Boon Chye]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

dan terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram.

Soalan ini ada dua bahagian. Bahagian pertama berkenaan dengan pembinaan pusat

kanser di Sungai Petani, dan kedua, soalan yang umum berkenaan dengan usaha untuk

meningkatkan pembangunan kemudahan kesihatan di negeri Kedah.

Berkenaan dengan pusat kanser di Sungai Petani. Projek ini telah pun diluluskan

permohonannya dalam Rolling Plan Ketiga, dengan izin, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas

DN 4.9.2018 4 dengan peruntukan sebanyak RM500 juta. Tapak yang telah dikenal pasti bagi pembangunan

projek tersebut ialah di Amanjaya Sungai Petani iaitu lebih kurang lima kilometer dari Hospital

Sultan Abdul Halim. Pada masa ini kementerian dan Jabatan Kerja Raya sedang memperincikan

skop teknikal projek bagi persediaan untuk proses bengkel pengurusan nilai bersama Unit

Perancang Ekonomi untuk menilai kos pembinaan tersebut.

Selain daripada itu, terdapat sembilan buah lagi projek naik taraf hospital dan klinik yang

telah diluluskan sejak Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Kesebelas untuk negeri Kedah

yang sedang dalam fasa pra pelaksanaan dan pembinaan. Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi

pembangunan dan capaian kemudahan kesihatan di negeri Kedah. Sekian.

Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Terima kasih. Penjelasan yang terbaik daripada

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, adakah pihak kerajaan menyediakan

perkhidmatan kaunseling kepada pesakit kanser di negara kita dan apakah langkah yang diambil

oleh kerajaan terhadap pesakit kanser yang ingin meneruskan rawatan mereka secara perubatan

alternatif. Terima kasih.

Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang

Berhormat Senator berkenaan dengan dua soalan tambahan tadi. Pertama soal kaunseling,

memang kerajaan bersedia memberi perkhidmatan untuk kaunseling. Bukan setakat itu, juga ada

kemudahan untuk rawatan paliatif untuk pesakit kanser. Kita juga bekerjasama rapat dengan

Hospis di mana mereka memberikan sokongan kepada pesakit-pesakit yang menghidap penyakit

kanser.

Berkenaan dengan rawatan alternatif. Memang ada beberapa hospital di bawah

kementerian, lebih daripada 10 buah hospital di bawah kementerian memang menyediakan

kemudahan untuk traditional and complimentary medicine. Antara bidang-bidang yang kita

luluskan adalah bidang tradisional, India dan acupuncture, urut dan sebagainya. Jadi kita juga

ambil perhatian bahawa ada di kalangan pesakit kanser yang memerlukan rawatan alternatif dan

kita memang bekalkan untuk pesakit sedemikian. Sekian.

Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adalah apakah

kementerian mempunyai satu perancangan untuk membina pusat-pusat kanser berdasarkan

kepada wilayah-wilayah tertentu di negara kita. Saya juga rasa bahawa ada keperluan untuk

kerajaan mewujudkan ataupun membina sebuah pusat kanser di Kuching, Sarawak

memandangkan keperluan pesakit, bukan dari segi kemudahan sahaja tetapi sekarang ini kalau

pesakit kanser hendak mendapatkan rawatan lanjut, mereka terpaksa pergi ke Institut Kanser

Negara di Semenanjung Malaysia.

DN 4.9.2018 5

Jadi adakah kerajaan mempunyai satu perancangan untuk mewujudkan sebuah pusat

kanser yang dedicated di Kuching, Sarawak. Walaupun kita sekarang ada sebuah unit, sebuah

jabatan kanser, cukup dengan onkologinya, doktornya tetapi kita memerlukan sebuah dedicated

cancer center. Bagi negeri Sarawak, saya rasa tidak ada halangan kerana kita mempunyai

banyak tanah berdekatan dengan Pusat Jantung di Kota Samarahan. Jadi saya harap kerajaan

boleh memberi penjelasan tentang perkara ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Cadangan hospital kanser di Sarawak.

Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat

Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili. Ada dua perkara, pertama dari segi institut kanser. Memang kalau

kita lihat dari segi keberkesanan untuk rawatan kanser memang ada baiknya kalau setiap

kawasan atau wilayah ada institut kanser yang berkenaan. Memang seperti mana yang kita

rancang di Sungai Petani, ini memang untuk wilayah utara, Semenanjung. Jadi ini institut kanser

yang spesifik selain daripada Institut Kanser Negara. Jadi kalau boleh kita hendakkan ada institut

kanser di semua wilayah. Akan tetapi kita juga ada kekangan dari segi sumber kewangan dan

sumber tenaga. Jadi kita cuba membekalkan khidmat untuk rawatan kanser di kesemua hospital

besar di setiap negeri.

Walaupun begitu, ada satu dua negeri yang sampai setakat ini belum ada perkhidmatan

rawatan kanser yang kita akui kita harus berikan perhatian. Jadi untuk institut kanser kalau tidak

ada masalah kewangan ataupun sumber tenaga, kita akan rancang dalam masa akan datang.

Sekian.

Datuk Paul Igai: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan perkhidmatan

Hospis yang dikatakan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Umpamanya di Kuching, kita ada

Hospis. Adakah perkhidmatan ini ditaja oleh kerajaan atau secara sukarela? Saya dengar

kebanyakan sukarela.

■1020

Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih Yang Berhormat. Memang Hospis ini merupakan satu

NGO dan mereka secara volunteer. Jadi dengan sokongan daripada kementerian, memang

Kementerian Kesihatan bekerjasama rapat dengan HOSPIS untuk memberi apa yang terbaik

untuk pesakit-pesakit yang memerlukan perkhidmatan tersebut, sekian.

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum

saya mengemukakan soalan saya, saya bagi pihak Tuan Yang di-Pertua dan juga rakan-rakan

saya di sini ingin mengalu-alukan kedatangan Sarawak United Association of Chinese Primary

Aided Schools Board of Management di bawah pimpinan Datuk Pau Chiang Ling bekas ahli

DN 4.9.2018 6 Dewan Negara dan juga Ahli Parlimen Bandar Kuching Yang Berhormat Dr. Kelvin Yii Lee Wuen.

Selamat datang.

3. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan, jumlah keluasan hutan simpanan yang sedia ada sekarang, kadar kehilangan sepanjang 10 tahun yang lalu akibat pembalakan haram dan langkah-langkah untuk mencegah kegiatan ini. Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli [Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Chandra.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa, perkara-

perkara yang berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kuasa

eksekutif Kerajaan Persekutuan hanya dalam hal ehwal berkaitan latihan, kajian serta nasihat

teknikal yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi

tujuan pelaksanaannya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2017, hutan simpan kekal

di Semenanjung Malaysia adalah seluas 4,811,226 hektar iaitu kira-kira 36.5 peratus daripada

keluasan tanah di Semenanjung Malaysia. Keluasan hutan simpan kekal telah meningkat

sebanyak 23,968 hektar atau 0.5 peratus bagi tempoh 10 tahun, iaitu pada tahun 2008 sehingga

tahun 2017.

Bagi tempoh 10 tahun 2008 sehingga tahun 2017, didapati sebanyak 187 kes pembalakan

haram dan 2,617 kes kesalahan-kesalahan hutan yang lain yang melibatkan kawasan seluas

514.61 hektar di Semenanjung Malaysia. Pembalakan haram ini bermaksud, pengambilan kayu

kayan tanpa kebenaran dan tidak membawa maksud kepada kehilangan kawasan hutan simpan

kekal. Kementerian juga sentiasa prihatin dan berusaha membantu kerajaan negeri dalam

mencari kaedah-kaedah baru, bagi menangani dan membanteras segala pembalakan haram.

Langkah-langkah untuk mencegah kegiatan pembalakan haram ini adalah seperti berikut:

(i) menubuhkan satu pasukan penguatkuasaan yang ditempatkan di

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia iaitu JPSM Elite Team atau

dikenali dengan JET. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

bercadang memperkasakan pasukan ini daripada 50 orang ahli kepada

300 orang ahli bermula tahun 2018;

(ii) meningkatkan aktiviti penguatkuasaan seperti risikan, rondaan, kawalan

hot spot dan pemantauan udara kawasan berhutan dengan

DN 4.9.2018 7

menggunakan helikopter. Di samping itu juga, penggunaan teknologi

unmanned aerial vehicle atau drone digunakan dalam memantau

pembalakan haram. Pada masa ini terdapat 46 buah drone digunakan

dalam operasi penguatkuasaan dan pemantauan; dan

(iii) menubuhkan pasukan Centralised Enforcement Team (CET) untuk

melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu dan telah

membuka pusat kawalan NRE Common Centre di Cameron Highlands

Pahang.

Kementerian juga merancang akan membuat penambahbaikan dalam aktiviti

penguatkuasaan seperti berikut:

(i) perancangan untuk menubuhkan war room di Ibu Pejabat, Jabatan

Perhutanan Semenanjung Malaysia yang akan beroperasi 24 jam bagi

tujuan pemantauan pencerobohan hutan dan menjalankan aktiviti

penguatkuasaan secara efisien;

(ii) menambah kakitangan penguatkuasaan dan logistik. Mendapatkan

kelulusan penggunaan senjata api serta menambah peruntukan; dan

(iii) mencadangkan pemindaan Akta Perhutanan Negara 1984 iaitu [Akta 313]

bagi memantapkan penguatkuasaan dari segi kadar denda, hukuman dan

bidang kuasa kepada pusat serta kadar penalti tambahan bagi

membendung dan membanteras kegiatan pembalakan haram yang

merosakkan alam sekitar.

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan soalan tambahan.

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semasa

jawapan tadi kita tengok, selain dari pembalakan haram, Yang Berhormat Timbalan Menteri juga

telah menyentuh sedikit mengenai kesalahan hutan yang lain, seperti pengambilan kayu kayan

dan sebagainya dan juga peranan di mana sebahagian State List dan Federal List.

So, soalan tambahan saya akan fokus lebih kepada Federal punya position. Antara lain

jikalau kita tengok dasar perhutanan negara, antara lain, empat fungsi utama, beberapa objektif

antara lain salah satu ialah daripada segi penggunaan sumber-sumber genetik untuk

penggunaan dan juga peranan masyarakat tempatan, khususnya orang asal atau Orang Asli.

Untuk membangunkan dan menggunakan sumber-sumber genetik, saya hendak jelaskan

sedikit, jikalau kita tengok dari segi deforestation, banyak sumber-sumber genetik telah hilang.

DN 4.9.2018 8 Akan tetapi saya hendak fokus lebih kepada pembangunan dan kegunaan sumber-sumber

genetik untuk- sekarang jikalau kita tengok kementerian punyai polisi, masyarakat tempatan

dibenarkan untuk menggunakan sumber-sumber genetik untuk subsistence for them to consume

themselves, Orang Asli.

Akan tetapi, tafsiran subsistence itu diperlukan diperluaskan sedikit, because pada saya

subsistence adalah satu tindakan untuk maintain your life at a wisdom. Jikalau sekarang kita

tengok sumber-sumber genetik ini Orang Asli tidak boleh jual.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat itu soalan.

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Soalan saya sama ada dasar itu, kerajaan

akan kaji semula dasar itu, fasal sudah 26 tahun tidak dikaji untuk membenarkan masyarakat

tempatan sekurang-kurang untuk menjual sumber-sumber genetik, to sustain their family, bukan

untuk tujuan makan sahaja. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri soalan itu ada keluar sedikit dari soalan

asal, jikalau boleh jawab.

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji: Terima kasih, sahabat saya Yang Berhormat

Senator Tuan Chandra. Untuk pengetahuan semua, sebenarnya Jabatan Perhutanan memang

ada FRIM iaitu jabatan untuk buat kajian perhutanan. Di mana kami di bawah Kerajaan Pakatan

Harapan baharu sentiasa terbuka kepada komen, nasihat dan cadangan yang baik, insya-Allah

kami boleh salurkan apa yang tuan cakap tadi, kita akan pertimbangkan, terima kasih.

Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang

Berhormat Menteri. Kita faham bahawa hutan merupakan sinonim dengan keperluan masyarakat

Orang Asli. Justeru itu apa yang berlaku konflik di...

Tuan Yang di-Pertua: Kuat sedikit Yang Berhormat.

Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Apa yang berlaku konflik di Gua Musang ini, saya ingin bertanya

kepada Jabatan Hutan, apakah pelan tindakan penyelesaian kepada konflik ini di antara

kepentingan masyarakat Orang Asli dan kerajaan negeri. Terima kasih.

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji: Terima kasih. Saya sebenarnya mengikuti

perkembangan apa yang berlaku yang berlaku di Gua Musang. Akan tetapi soalan ini tiada

berkaitan dengan apa ini- tetapi saya jawab juga. Secara peribadinya saya tidak menyokong apa

yang berlaku di Gua Musang, tetapi pihak kerajaan di bidang kuasa kami dan juga dia

membabitkan beberapa kementerian lain, dia termasuk Kementerian Luar Bandar iaitu di bawah

JAKOA dan juga KDN, Polis, FRU di mana di bawah kementerian kami CATS, Kementerian

DN 4.9.2018 9 Tanah, Air dan Sumber Asli terbabit tiga ataupun kementerian ini untuk membuat kajian

sebenarnya.

■1030

Oleh sebab, seperti mana yang saya jelaskan tadi, bidang kuasa Kerajaan Pusat terikat

dengan kerajaan negeri yang mempunyai bidang kuasa sendiri iaitu bidang kuasa tanah. Jadi

walau bagaimanapun, kami akan memantau kejadian ini dan juga akan memanggil satu

mesyuarat di antara kementerian-kementerian untuk mengambil tindakan yang perlu bagi

menyelesaikan masalah Orang Asli di Gua Musang supaya ia tidak berlarutan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat

Senator Datuk Haji Husain bin Awang.

Tuan Haji Muhammad bin Mustafa: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak Yang Berhormat Senator Datuk Haji Husain

memohon jawapan soalan keempat.

4. Tuan Haji Muhammad bin Mustafa [Di bawah P.M. 23(2)] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan bersedia untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) agar kedudukan Mahkamah Syariah diangkat martabatnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Puan Fuziah binti Salleh]: Bismillahi

Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua.

Menjawab kepada soalan Yang Berhormat Senator Datuk Haji Husain bin Awang, untuk

makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kita mengangkat martabat

Mahkamah Syariah ataupun dalam perkataan yang lain memperkasakan Mahkamah Syariah.

Pada masa ini, kerajaan sedang meneliti aspek memperkasakan Mahkamah Syariah

secara holistik dan menyeluruh meliputi:

(i) pengharmonian antara undang-undang syariah dan sivil;

(ii) aspek kompetensi hakim dan pendakwa syarie; dan,

(iii) aspek tadbir urus dan prasarana Mahkamah Syariah.

Selain itu, kerajaan turut memberikan penekanan kepada kajian dan semakan semula

undang-undang sedia ada. Dalam hal khusus berkenaan dengan Akta Mahkamah Syariah

(Bidang Kuasa Jenayah) [Akta 355] dan undang-undang lain yang berkaitan dengannya, kita

memang sedang meneliti secara lebih mendalam dan holistik. Insya-Allah, kita komited, bersedia

DN 4.9.2018 10 untuk meminda dalam konteks keseluruhan memperkasakan Mahkamah Syariah. Terima kasih,

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

5. Datuk Haji Abidullah bin Salleh minta Menteri Pengangkutan menyatakan, langkah yang diambil pihak kementerian dalam mengawal selia perkhidmatan e-hailing terutamanya apabila berlaku kes-kes jenayah melibatkan perkhidmatan ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Dato' Kamarudin Jaffar]: Assalamualaikum

warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

kerana memberikan saya peluang untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Senator

Datuk Haji Abidullah yang bernombor lima, berkaitan dengan e-hailing.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini,

pada 12 Julai 2018 yang lalu, kerajaan telah menguatkuasakan perundangan berkaitan untuk

mengawal selia atau regulate, dengan izin, perkhidmatan pengangkutan e-hailing dalam negara

ini. Dalam hubungan ini, hanya perniagaan pengantaraan dengan izin, e-hailing companies yang

mempunyai Lesen Perniagaan Perantaraan (LPP) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya

Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)

Sarawak dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah sahaja yang

dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan e-hailing.

Selain itu, syarikat perniagaan pengantaraan juga dikehendaki untuk mendaftarkan

kesemua kenderaan dan pemandu mereka yang ingin memberikan perkhidmatan e-hailing.

Sehingga kini, lebih kurang 300,000 nama pemandu sudah dikemukakan oleh syarikat-syarikat

e-hailing di Semenanjung Malaysia dan SPAD telah menghantar senarai tersebut kepada Polis

Diraja Malaysia untuk saringan rekod jenayah. Hanya pemandu yang bebas dari rekod jenayah

dan memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan akan diberikan lesen vokasional bagi

membolehkan mereka memberikan perkhidmatan e-hailing. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Haji Abidullah bin Salleh: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Jadi

apabila saya balik dari Asian Games, saya tengok apps di Indonesia, di Jakarta atau di

Palembang, memang sesuai kerana pemandu-pemandu teksi tidak rasa tertekan dengan

keadaan yang berada di Malaysia sekarang. Ini kerana mereka mempunyai apps yang begitu

baik. Mereka telah berkolaborasi antara teksi dan juga Grab yang di sana dipanggil GO-JEK.

Jadi, pengguna-pengguna yang mahu menggunakan teksi ataupun GO-CAR ataupun

Grab, boleh menggunakan apps. Jadi apakah rancangan Kerajaan Malaysia Baharu ini untuk

mengadakan apps supaya pemandu-pemandu teksi yang berada di Malaysia ini tidak tertekan

DN 4.9.2018 11 dengan apa yang berlaku kerana Grab yang terlalu banyak di negara kita ini? Sekian, terima

kasih.

Dato' Kamarudin Jaffar: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Sebenarnya dasar

kerajaan kita ialah untuk memastikan bahawa keadaan yang sama atau level playing field,

dengan izin, diberikan kepada kedua-dua yang memberikan khidmat pengangkutan awam ini iaitu

kepada pemandu-pemandu teksi dan juga kepada pemandu-pemandu e-hailing. Oleh sebab itu

kerajaan dan Kementerian Pengangkutan baru-baru ini telah mengenakan syarat-syarat yang

boleh dikatakan menjadikannya sama ada ia bekerja sebagai pemandu teksi ataupun bekerja

sebagai pemandu e-hailing.

Saya boleh sebutkan bahawa syarat-syarat misalnya yang dikenakan kepada pemandu-

pemandu e-hailing ialah seperti berikut:

(i) syarat-syarat kelayakan permohonan lesen. Mereka hanya boleh dan akan

diberikan lesen untuk menjadi pemandu e-hailing melalui pendaftaran

mereka dengan syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya

Syarikat Malaysia (SSM) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia;

(ii) sebagai pemandu. Kelayakan mereka untuk menjadi pemandu ialah

mereka warganegara Malaysia, berumur tidak kurang daripada 21 tahun,

tiada sabitan kesalahan jenayah dan mereka lulus pemeriksaan kesihatan

di klinik atau hospital yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan. Mereka

sebagai pemohon untuk menjadi pemandu e-hailing, mesti hadir dan lulus

program latihan pemandu modul baharu selama enam jam;

(iii) syarat-syarat kenderaan. Terbuka kepada semua jenama dan model

kenderaan yang mempunyai taraf tiga bintang tahap piawaian ASEAN

NCAP atau setara dengannya, menjalani pemeriksaan berkala di

PUSPAKOM sekali dalam setahun apabila kenderaan melebihi tiga tahun

dari tarikh pendaftaran di JPJ; dan,

(iv) syarat-syarat operasi. Mempunyai perlindungan insurans bagi pemandu

kenderaan penumpang dan pihak ketiga sebelum mana-mana pemandu e-

hailing dibenarkan beroperasi.

Maknanya Tuan Yang di-Pertua, untuk menjadi dan berkhidmat sebagai pemandu e-

hailing, mereka dikenakan syarat-syarat yang boleh dikatakan sama dengan jika mereka ingin

menjadi pemandu teksi. Di masa yang sama, kepada pemandu-pemandu teksi pula, mereka

digalakkan untuk menggunakan application apps sebagai perkhidmatan e-hailing juga. Jadi kita

DN 4.9.2018 12 mengharapkan bahawa dengan kemudahan dan galakan yang kita berikan kepada pemandu-

pemandu teksi, dengan syarat-syarat yang kita ketatkan kepada pemandu-pemandu e-hailing,

kita harapkan dan dengan beberapa sokongan dan bantuan lagi termasuk kewangan kepada

pemandu-pemandu teksi, geran kerajaan dan sebagainya, kita harapkan bahawa pemandu teksi

juga pemandu e-hailing akan bersaing dalam keadaan yang sama dan oleh itu tidak memberikan

tekanan lagi kepada pemandu-pemandu teksi Malaysia ini. Insya-Allah, terima kasih.

6. Datuk Rabiyah binti Ali minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, fokus baru penjanaan tenaga elektrik dari sumber tenaga boleh diperbaharui dan sehingga Julai 2018 berapakah bilangan IPP yang menggunakan bahan api fosil tidak disambung lesen konsesi bekalan tenaga.

■1040

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

[Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam usaha meningkatkan campuran sumber tenaga

boleh baharu (TBB) dalam bekalan elektrik negara, kerajaan komited untuk meningkatkan

penjanaan TBB negara sehingga mencapai 20 peratus daripada jumlah kapasiti terpasang

penjanaan tenaga menjelang tahun 2025.

SEDA Malaysia telah diberikan mandat dan tanggungjawab untuk memperkukuhkan lagi

rangka kerja institusi, kawal selia dan kewangan sedia ada bagi menyokong pembangunan

industri TBB negara. Tumpuan diberikan dalam membangunkan keupayaan penggiat industri dan

memperbanyakkan sumber penjanaan dari sumber tersedia, abundance seperti solar, biogas,

biomass dan hidro.

Untuk mengoptimumkan sumber penjanaan TBB, kerajaan sedang mengkaji potensi

waste to energy, termasuk sisa pepejal dan palm oil mill effluent (POME). Selain itu, kerajaan

melalui SEDA Malaysia juga sedang membangunkan Renewable Energy Transition Roadmap

2050 (RETR) yang akan menambah baik dan memperkukuhkan lagi potensi TBB negara dan

menggariskan mekanisme yang berkesan untuk mencapai sasaran menjelang tahun 2025.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Julai 2018 terdapat tujuh loji jana kuasa

yang menggunakan bahan api fosil yang tidak disambung lesen konsesinya. Senarai loji jana

kuasa tersebut adalah seperti berikut:

(i) Loji Janakuasa YTL - Pasir Gudang, Johor yang berasaskan gas dengan

kapasiti 390 megawatt;

DN 4.9.2018 13

(ii) Loji Janakuasa YTL - Paka, Terengganu yang berasaskan gas dengan

kapasiti 195 megawatt;

(iii) Stesen Janaelektrik Connaught Bridge - Selangor yang berasaskan gas

dengan kapasiti 478 megawatt;

(iv) Stesen Janaeletrik Pasir Gudang - Johor yang berasaskan gas dan

medium fuel oil dengan kapasiti 430 megawatt;

(v) Stesen Janaeletrik Sultan Ismail - Paka, Terengganu yang berasaskan gas

dengan kapasiti 772 megawatt;

(vi) Stesen Janaelektrik Putrajaya yang berasaskan gas dengan kapasiti 324

megawatt; dan

(vii) Stesen Janaelektrik Teluk Ewa - Pulau Pinang yang berasaskan gas

dengan kapasiti 324 megawatt.

Sekian, terima kasih.

Datuk Rabiyah binti Ali: Soalan tambahan saya, kerajaan telah menjalankan beberapa

siri bidaan kompetitif bagi pembangunan loji-loji solar photovoltage berskala besar bagi

sambungan ke rangkaian tenaga elektrik negara untuk tempoh 2019-2020. Soalan saya, sejauh

manakah prestasi kerajaan membelanjakan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu digunakan

dalam pembangunan loji solar photovoltage ini dengan impak ke atas margin reserved kapasiti

tenaga elektrik negara serta kesan kenaikan ICTPT yang menyebabkan berlakunya kenaikan tarif

elektrik untuk tempoh 2019 akan datang? Terima kasih.

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Soalan yang baik daripada Yang

Berhormat Senator. Cumanya saya rasa jawapan ini perlukan jawapan yang terperinci. Saya

mungkin akan- lebih baik untuk saya bagi jawapan yang bertulis kepada Yang Berhormat

Senator.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri tidak ada jawapan sekarang?

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Sekarang ini tidak ada dengan

saya.

7. Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan, apakah agensi yang akan dibentuk di bawah kementerian serta apakah peranan dan objektif kementerian masih sama seperti sebelum ia dimansuhkan pada tahun 2009.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan [Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli]: Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal bin

DN 4.9.2018 14 Mohd Yusoff. Ada dua soalan yang dikemukakan, dua bahagian. Saya menjawab bahagian yang

kedua dahulu ya.

Tuan Yang di-Pertua, sejak 2 Julai tahun ini Kementerian Pembangunan Usahawan, kita

ringkaskan MED Tuan Yang di-Pertua ya, untuk penggunaan masa hadapan MED. Oleh sebab

ada yang hendak guna KPUN, tidak berapa sedap. MED ditubuhkan semula bukan sahaja

dengan mandat yang sama dengan fungsi dan peranan kementerian yang dibatalkan atau

dibubarkan pada tahun 2009 yang lalu. Malahan tanggungjawabnya telah diperluaskan untuk

menjadi lebih inklusif merangkumi semua pembangunan usahawan Malaysia dalam pelbagai

sektor. Azam kami ya, insya-Allah.

Penubuhan semula MED akan membolehkan semua dasar dan aktiviti pembangunan

usahawan dilaksanakan secara holistik meliputi pembiayaan, latihan, infrastruktur, teknologi dan

pemasaran. Ini selaras dengan visi baharu kementerian dan juga kerajaan untuk melahirkan

usahawan berintegriti dan kompetitif di pasaran lokal dan juga global. Manakala misinya pula

adalah untuk melebarkan keusahawanan Malaysia baharu yang khususnya terutama dalam

kalangan golongan B40, meliputi semua kaum.

Bagi mencapai visi dan misi tersebut Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan

Usahawan akan melaksanakan fungsi-fungsi seperti berikut:

(i) menggubal Dasar Pembangunan Usahawan dan PKS yang inklusif dan

berdaya saing, termasuk memacu pembangunan golongan B40, M40 dan

usahawan sosial. Jadi, dalam konteks yang baharu ini kita libatkan sekali

usahawan sosial dengan modal berbeza dengan usahawan biasa kita;

(ii) menyelaras pelaksanaan Dasar Pemilikan Ekuiti Bumiputera. Ini kita sudah

jawab dalam soalan yang berkenaan minggu lepas;

(iii) menjadi pemudah cara ataupun fasilitator kepada usahawan dan PKS

memulakan perniagaan, termasuk menyelaras tabung ataupun dana

keusahawanan dan PKS;

(iv) mewujudkan kerjasama dan jaringan strategik dengan pihak swasta di

peringkat Persekutuan, negeri dan juga di peringkat antarabangsa; dan

(v) merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penggalakan dan

pembudayaan keusahawanan dan PKS dari seawal-awal peringkat pelajar

dan remaja; dan

DN 4.9.2018 15

(vi) menyelaras pembangunan PKS dan Bumiputera dalam industri-industri

strategik seperti automatif, aeroangkasa, renewable energy, ekonomi

digital dan industri halal.

Tingkat yang lebih tinggi sekali, ertinya kementerian kita akan menangani isu-isu daripada

sekecil-kecil industri keropok Tuan Yang di-Pertua ya, sampai ke sebesar-besarnya,

aeroangkasa.

Kebanyakan agensi di bawah MECD dahulu yang ada sebelum pembubaran pada tahun

2009 telah diletakkan di bawah tanggungan ataupun tanggungjawab kementerian yang baharu

ini iaitu antaranya TEKUN Nasional, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Koperasi

Malaysia (MKM), Bank Rakyat, SME Bank dan UDA Holdings Berhad. Ini yang dahulu kekal di

dalam kementerian yang ada ini. Manakala agensi yang baharu dimasukkan ke dalam MED

termasuk Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad

(PUNB) dan SME Corp Malaysia yang sebelum ini berada di bawah MITI.

Untuk soalan bahagian pertama, iaitu berkenaan dengan agensi-agensi baharu yang

mungkin ditubuhkan oleh kerajaan, kementerian ini. Kita mengambil kira desakan-desakan dan

tuntutan daripada pemegang taruh ataupun stakeholders dalam entrepreneurship ini.

Pertamanya, kita bercadang untuk mewujudkan pusat sehenti ataupun one-stop center di bawah

kementerian bagi beberapa tugasan.

Pertamanya, penyimpanan data dan maklumat usahawan yang lengkap dari segi nama,

industrinya, kekuatannya.

Keduanya, mengumpul maklum balas daripada industri dan yang lebih penting,

memberikan khidmat nasihat serta menyelaraskan aduan-aduan mengenai hal ehwal usahawan.

Untuk tujuan ini Tuan Yang di-Pertua, kita bercadang untuk bukan setakat mewujudkan database,

berpangkalan di kementerian tetapi secara fizikalnya ada infrastrukturnya di akar umbi.

■1050

Apa yang kita cadangkan nanti ialah antaranya Entrepreneur Transformation Centre

(ETC) di beberapa tempat yang strategik di seluruh negara, di mana di sini mereka bukan sekadar

mendapatkan maklumat seperti yang saya sebutkan tadi tetapi boleh mengadakan pameran

produk mereka, produk keusahawanan mereka, juga pusat jualan dan juga urusan-urusan

entrepreneurship seperti business matching, latihan-latihan, mentoring dan sebagainya. Itu

hasrat kita dan insya-Allah akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Untuk tujuan mengenal pasti urusan membangunkan agensi ataupun jabatan yang baru

ini, kita bercadang untuk menyegerakan turun ke padang dan insya-Allah akan ke Sarawak sehari

DN 4.9.2018 16 dua ini, Kelantan dan Sabah dalam bulan ini untuk kita mengenal pasti termasuk antaranya

mengenal pasti lokasi-lokasi yang kita akan jalankan di negeri-negeri berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff: Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang

memberi jawapan yang begitu baik. Saya cuma hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri,

Kementerian Usahawan sebelum ini banyak membantu usahawan-usahawan baru dan muda

terutamanya dalam memberi geran 50 peratus untuk tujuan pengiklanan produk-produk mereka

di TV, akhbar dan juga majalah-majalah tempatan.

Soalan saya, adakah kerajaan yang baharu akan memulakan semula bantuan seumpama

ini kerana kaedah pengiklanan ini merupakan satu kaedah yang terbaik untuk mempromosi

produk-produk perniagaan mereka. Mohon penjelasan, terima kasih.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Terima kasih Yang Berhormat Senator, terima kasih

Tuan Yang di-Pertua. Memang kita kena akui pengiklanan adalah antara cara pengenalan dalam

industri ini, malah apa juga industri. Cuma kita sekarang ini dibantu oleh kewujudan internet. Jadi

usaha untuk pengiklanan itu sangat luas, mungkin diadakan di peringkat syarikat-syarikat

tersebut.

Namun kita mengambil cadangan daripada Yang Berhormat Senator tadi bahawa pihak

kerajaan harus membantu dalam bentuk dana-dana untuk pengiklanan khususnya bagi syarikat-

syarikat yang baru ataupun apabila ada produk-produk yang baru. Yang ini saya rasa kita tidak

boleh lari daripada tanggungjawab tersebut. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat,

kalau hendak minta soalan tambahan kena bangun. Silakan.

Tuan Ismail bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya Yang Berhormat

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan kepada Yang Berhormat Menteri. Di peringkat negeri kita

ada berbagai-bagai usaha untuk membangunkan usahawan. Contohnya kalau di Selangor, ada

Yayasan Hijrah, kalau di Perak ada Yayasan Bina Upaya. Saya melihat usaha-usaha untuk

membangunkan usahawan ini kadangkala ada pertindihan antara di peringkat kementerian, pusat

dan juga negeri.

Jadi soalan saya ialah adakah di peringkat Kementerian Pembangunan Usahawan yang

baru ini usaha penyelarasan supaya tidak berlaku pertindihan dalam membina usahawan-

usahawan baru ini especially untuk, dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua ialah,

usahawan-usahawan muda yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi di bawah B40 dan

sebagainya. Terima kasih.

DN 4.9.2018 17

Tuan Yang di-Pertua: Pertindihan dari segi kementerian dan jabatan?

Tuan Ismail bin Yusop: Pertindihan dari segi usaha di peringkat kementerian dan juga

yang dilakukan oleh kerajaan negeri sebab saya lihat kadangkala pertindihan ini menyebabkan

usaha untuk membina usahawan ke peringkat yang lebih tinggi, kadangkala berlaku pertindihan

itu menyebabkan usaha untuk meningkatkan usahawan ini ke taraf yang lebih tinggi itu

tergendala. Terima kasih.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Terima kasih Yang Berhormat Senator Haji Ismail @ Tok

Abah. Nama glamor dia Tuan Yang di-Pertua ya, itu di luar Dewanlah, dalam Dewan, Senator

Tuan Haji Ismail.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi sangat pertinent

dengan izin sangat penting kerana kita lihat sebelum ini berlaku banyak pertindihan bukan hanya

antara negeri dengan Persekutuan tetapi di dalam jabatan-jabatan kementerian Persekutuan pun

berlaku pertindihan. Contohnya di semua kementerian diarahkan ditubuhkan Unit Pembangunan

Ekonomi Bumiputera, semua, setelah kementerian ini dibubarkan dahulu. Jadi masing-masing

membuat program-program yang berkaitan dengan keusahawanan ini. Cantik, bagus, akan tetapi

dalam konteks mengawal kos, mengawal pertindihan-pertindihan ini, ia mungkin perlu diambil

perhatian.

Jadi sebab itu antara tanggungjawab yang akan atau yang sedang diusahakan oleh

kementerian ini ialah untuk rasionalisasikan aktiviti-aktiviti dan juga perjawatan-perjawatan dan

juga pemberian dana-dana supaya tidak ada pertindihan, supaya dapat diselaraskan dengan

baik, tidak ada yang tertinggal dan salah satu caranya yang sedang kita usahakan Tuan Yang di-

Pertua ialah mewujudkan Majlis Keusahawanan ataupun Pembangunan Usahawan Nasional

yang melibatkan Kerajaan Pusat, semua wakil-wakil kerajaan negeri yang berkaitan dengan

usahawan, industri-industri yang berkaitan supaya kita dapat selaraskan, tidak ada lagi

pertindihan dan mudah kita membangunkan setiap sektor dan setiap golongan. B40 kah, pelajar-

pelajar yang sekarang terlibat dengan keusahawanan di universiti, kemudian ibu-ibu, ibu tunggal

contohnya, kumpulan orang kelainan upaya. Jadi dapat diselaraskan. Ini hasrat besar kamilah,

Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah doakan kita berjaya. Wallahualam.

8. YBM. Engku Naimah binti Engku Taib minta Menteri Kerja Raya menyatakan, apakah status projek Lebuh raya Pantai Timur 3 (LPT3) yang menghubungkan Terengganu dan Kelantan dan nyatakan bilakah projek ini akan dimulakan.

DN 4.9.2018 18

Timbalan Menteri Kerja Raya [Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir]: Assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua.

Dari utara ke Ulu Baram; Takal diikat tali-temali; Dewan Negara tenang dan tenteram; Berakal budi tinggi sekali... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat Mulia Engku Naimah binti Engku Taib ini

saya jawab bersekali dengan pertanyaan yang sama oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji

Husain Awang pada soalan yang ke-66.

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang sama ini telah pun dikemukakan kepada kami di Dewan

Rakyat menggambarkan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya dari Kelantan dan dari

Terengganu amat sekali prihatin dengan isu yang bersangkut dengan perjalanan ke Pantai Timur,

keperluan kepada Lebuhraya Pantai Timur 3.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Ahli Yang Berhormat Mulia, kajian

kemungkinan awalan projek LPT3 ini telah disiapkan oleh kementerian ini lama dulu pada tahun

2009 lagi. Hasil daripada kajian tersebut, cadangan jajaran yang dipilih ialah dari Kampung

Gemuruh, Kuala Terengganu hingga ke Pengkalan Kubor, Kelantan sepanjang 147 kilometer di

mana ia melibatkan tiga daerah di Terengganu, Kuala Terengganu, Setiu dan Besut dan lima di

Kelantan yakni Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat.

■1100

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada kajian tersebut, projek LPT3 ini berpotensi

dilaksanakan secara kaedah penswastaan. Pertimbangan sama ada kerajaan akan

melaksanakan projek LPT3 ini atau tidak akan dimuktamadkan setelah kementerian ini

berbincang dan mendapat nasihat daripada agensi-agensi pusat yang lain iaitu Kementerian

Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan juga Jabatan Peguam Negara. Sekadar itu

yang ingin saya sampai kan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya.

Silakan Yang Berhormat Mulia Engku Naimah binti Engku Taib.

YBM. Engku Naimah binti Engku Taib: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri

Kerja Raya yang telah menjawab, saya kira telah merangkumi apa yang saya hendak tanya.

Cuma saya percaya rakan-rakan saya dari Kelantan dan sebahagian dari Terengganu, akan

mengambil masa 4 jam untuk sampai ke Gemuruh sebelum masuk ke LPT2. Saya kira itu satu

perjalanan yang panjang dan itu pun bergantung kepada keadaan trafik.

DN 4.9.2018 19

Minggu lepas bila saya ke Kuala Lumpur, saya dapati bahawa LPT2 ini sangat sesak

sebab ramai yang balik kampung dan ini tidak lagi kita tengok semasa hari raya. Rata-rata saya

rasa, adik-adik saya dan ramai orang kampung yang balik mengambil masa 15 jam. Saya rasa

keperluan sangat-sangat tinggi untuk LPT3 ini, saya rasa boleh diteruskan, insya-Allah. Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, itu cadangan.

Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir: Terima kasih. Sekali lagi Tuan Yang di-Pertua,

saya ingin menegaskan bahawa kementerian dan kerajaan memberikan perhatian yang

sesungguhnya kepada isu ini, sepertimana saya sebutkan tadi bahawa saya appreciate semua

Ahli-ahli Yang Berhormat dari Kelantan dan Terengganu yang telah membawa isu ini sejak

sebelum ini di Dewan Rakyat dan hari ini dibawa lagi ke Dewan Negara, menunjukkan

pentingnya. Saya tidak dapat nafikan. Oleh sebab itu, kerajaan baharu ini mengambil alih tugas-

tugas yang lama sebelum ini yang dijanjikan oleh kerajaan sebelum ini, belum dapat dilaksanakan

sebelum ini.

Kami berharap dalam keadaan di mana keadaan fiskal dan kewangan negara boleh

diperbaiki dalam masa yang terdekat, dengan kemampuan yang ada pada negara, ini akan

diberikan keutamaan. Tidak saya rasa projek-projek mega yang lain tetapi projek yang

membolehkan rakyat bergerak dari setempat ke setempat dengan lebih cepat, lebih pantas

sesuai dengan zaman ini akan kita berikan keutamaan. Yang Berhormat, jangan bimbang insya-

Allah. Doakan kita akan mencapai kejayaan untuk melaksanakan LPT3 selepas ini. Terima kasih.

Datuk Razali bin Idris: Tuan Yang di-Pertua, saya mencelah sedikit. Okey, terima kasih

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya ada satu

lagi, berkenaan dengan LPT2 yang telah siap tetapi masih dalam keadaan yang tidak

memuaskan. Kita lihat pada hari ini, kemalangan begitu ketara sekali dengan jalannya yang

bergelombang macam musim tengkujuh dan selekohnya banyak. Saya rasa ini perlu perhatian

daripada pihak kementerian. Soalan saya, adakah kementerian melihat untuk meningkatkan lagi

baik pulih ataupun maintenance, dengan izin, satu.

Kedua, ada satu lagi laluan yang telah lama, saya rasa laluan ini lebih lama daripada LPT2

iaitu Kenyir ke Simpang Pulai. Itu pun saya hendak bagi satu soalan. Ini kerana, laluan ini amat

penting untuk Negeri Terengganu, daripada Perak ke negeri Terengganu, kita sudah ada Kuala

Lumpur ke Kuala Terengganu. Insya-Allah, sepertimana Yang Berhormat Timbalan Menteri kata

tadi, kalau cukup kemampuan sampai ke Kota Bharu. Ada satu lagi jalan tengah ini, jalan ini

cukup-cukup diperlukan kerana laluannya cantik di sekitar Tasik Kenyir. Jadi, soalan saya apakah

DN 4.9.2018 20 laluan antara Simpang Pulai ke Kenyir akan diteruskan ataupun dibiarkan begitu sahaja? Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir: Ya, Tuan Yang di-Pertua. Sudah pastilah kita

sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab tidak akan berlepas tangan dengan begitu

sahaja dengan projek-projek yang telah pun berjalan, yang sudah pun tinggal landas. Kalau ada

masalah-masalah di sana, sudah tentulah perhatian diberikan. Kami di Kementerian Kerja Raya

sentiasa memantau semuanya dan kita pun sekarang ini zaman baru. Kita dikritik dengan cepat

kerana berbagai pihak-pihak yang bersukarela memantau keadaan semua akan masuk dalam

Facebook, dalam WhatsApp yang dihantar direct kepada kami.

Malah, sebagai Menteri ataupun sebagai Timbalan Menteri, Ketua Pengarah ataupun

KSU sendiri pun kadang-kadang menerima teguran-teguran secara langsung dari pengguna-

pengguna jalan raya. Semua Yang Berhormat Senator sebutkan itu sentiasa diberi perhatian dan

pegawai-pegawai saya yang ikut hadir dalam sidang pada hari ini mengambil maklum. Siasatan

segera yang kemas kini akan kita buat kepada semua jajaran Yang Berhormat sebutkan tadi.

Insya-Allah, doakan kami supaya dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaiknya.

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, jikalau jawapan yang diberi oleh

kementerian melalui Menteri tidak boleh dijawab secara spesifik, ini adalah kerana mereka baru

mengambil alih jawatan. Kena beri masa kepada mereka supaya soalan-soalan spesifik dapat

dijawab.

■1110

[Soalan No. 9 – YB. Datuk Haji Bashir bin Haji Alias tidak hadir]

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Puan Asmak binti Husin.

Puan Asmak binti Husin: Ya. Samalah macam saya [Ketawa] Sebelum itu saya ingin

mengalu-alukan kedatangan Pertubuhan Bersatu Padu Masyarakat dan Sosial Lembah Subang,

Petaling Jaya dan Persatuan Siswazah India Selangor. Diharap lawatan ini akan memberi

manfaat kepada tetamu yang hadir pada hari ini... [Tepuk]

10. Puan Asmak binti Husin minta Menteri Pendidikan menyatakan, perkembangan pencapaian pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih untuk kanak-kanak gelandangan sejak ia ditubuhkan sehingga sekarang serta bentuk bimbingan kerohanian yang telah dijalankan di sekolah tersebut.

DN 4.9.2018 21

Timbalan Menteri Pendidikan [Puan Teo Nie Ching]: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan tersebut. Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia menubuhkan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK)

sebagai satu inisiatif terhadap keperluan untuk menyediakan akses pendidikan kepada kanak-

kanak gelandangan warganegara di sekitar Kuala Lumpur yang merupakan salah satu daripada

kumpulan kanak-kanak yang berbeza keadaan dan keperluan berbanding murid arus perdana di

negara ini.

Pembelajaran di SBJK memberi penumpuan utama kepada pembangunan agama atau

moral dan sahsiah diri murid bagi membolehkan murid SBJK diterima oleh masyarakat. Semenjak

mula beroperasi pada 19 Ogos 2013, KPM dan pengurusan sekolah SBJK telah mengatur

pelbagai strategi dan dengan sedaya upaya melaksanakan pelbagai program agar murid di SBJK

mencapai matlamat yang disasarkan. Kejayaan SBJK setelah penubuhannya adalah seperti

berikut:

(i) peningkatan enrolmen murid. Hasil usaha KPM dengan kerjasama

beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan program outreach

enrollment, murid SBJK telah meningkat daripada 41 orang pada awal

penubuhan kepada 155 orang pada Ogos tahun ini dan melebihi kapasiti

sebenar iaitu 150 orang murid sahaja. Hal ini turut membantu KPM dalam

usaha mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan kanak-kanak di

Malaysia;

(ii) peningkatan pencapaian akademik murid. Keberhasilan murid di SBJK

tidak boleh dibandingkan dengan pencapaian murid di arus perdana. Hal

ini kerana murid dan guru di SBJK menghadapi cabaran dan kesukaran

yang jauh berbeza dengan murid dan guru arus perdana. Calon lulus Ujian

Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2017 adalah satu orang

berbanding tiada calon lulus pada tahun 2016.

Pada tahun 2017, dua orang calon telah lulus dalam Pentaksiran

Tingkatan 3 (PT3) berbanding dengan satu calon sahaja lulus pada tahun

2016. Dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula, seramai lima orang calon

telah lulus pada tahun 2017 berbanding dua orang sahaja yang lulus pada

tahun sebelumnya;

(iii) peluang memasuki pendidikan arus perdana. Berdasarkan rekod, seorang

murid SBJK lepasan SPM tahun 2017 telah berjaya menyambung

DN 4.9.2018 22

pelajarannya ke tingkatan enam dan bakal menduduki STPM di SMK

Putrajaya manakala seorang murid lepasan UPSR tahun 2017 telah

berjaya menyambung pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala

Lumpur;

(iv) murid berpeluang melanjutkan pengajian ke pe5ringkat yang lebih tinggi.

Sehingga kini, seramai lima orang murid SPM tahun 2017 dan seorang

murid lepasan SPM tahun 2015 telah menyambung pelajaran ke STI

College dalam bidang operasi, servis makanan dan minuman. Empat

orang murid SPM tahun 2015 telah menyambung pelajaran ke Akademi

Saga tajaan DRB Hicom dalam kursus automotif. Dua orang murid SPM

tahun 2015 telah menjalani kursus masakan; dan

(v) pengembangan bakat seni. SBJK juga berjaya mengembangkan bakat

muridnya dalam bidang muzik dengan penubuhan kumpulan muzik

sendiri. Kumpulan muzik ini sering membuat persembahan dalam acara

dan majlis rasmi KPM dan orang luar.

Selain daripada itu, SBJK terus dan sentiasa menyediakan pelbagai kursus dan latihan

amali bagi membentuk sahsiah, jati diri dan mengukuhkan asas kerohanian agar murid dapat

bersaing dan menyediakan mereka ke pasaran pekerjaan yang lebih baik melalui kerjasama

pelbagai pihak NGO dan agensi. Program tersebut seperti Kem Sentuhan Rohani, kelas

bimbingan fiqh, tauhid dan Al-Quran dan Kem Kasih Ramadhan.

Sekian sahaja jawapan saya, Tuan Yang di-Pertua.

Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua

soalan.

Pertama, apakah pendekatan pedagogi atau kalau kita di universiti kita panggil PNP,

menekankan kepada orientasi berasaskan peperiksaan atau dirangka modul penilaian khusus

berkaitan dengan sekolah kanak-kanak gelandangan ini?

Kedua, apakah langkah kerajaan untuk menstrategikan sistem sokongan berbentuk

kekeluargaan kepada sekolah ini? Hal ini sebab mungkin sebelum ini kita ada volunteer daripada

kalangan NGO tapi daripada segi strategi untuk mewajibkan sistem sokongan kekeluargaan

kepada mereka. Sekian, terima kasih.

Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat

Senator. Untuk PDP, kita memang ada menyediakan kurikulum yang khusus untuk golongan ini.

Mereka bukan pakai kurikulum yang dipakai oleh sekolah-sekolah arus perdana tetapi kita akan

DN 4.9.2018 23 sediakan kurikulum khas untuk mereka supaya mereka diajar bukan ikut umur mereka tetapi

ikutlah tahap mereka di mana bahawa kita ada daripada prasekolah sampailah SPM.

Kita memberi pendidikan sejak umur empat tahun, sehingga sembilan tahun. Kita

memang menyediakan mereka untuk menduduki peperiksaan UPSR, PT3 dan juga SPM tetapi

bukan untuk semua mata pelajaran tetapi untuk mata pelajaran khusus seperti untuk SPM, kita

menyediakan mereka untuk mengambil enam mata pelajaran sahaja dan tahun yang lalu

memang ada lima orang calon yang dapat lulus. Maksudnya dapat lulus dalam sekurang-

kurangnya mata pelajaran Bahasa Malaysia dan juga dalam mata pelajaran Sejarah. Ini untuk

menyediakan mereka supaya mereka bolehlah menyambung pelajaran lagi di IPTS ke atau di

kolej komuniti ataupun pendidikan TVET.

Untuk membantu mereka untuk mempunyai satu nilai keluarga yang lebih kukuh, kita juga

bekerjasama dengan JKM kerana saya rasa untuk membantu golongan ini, bukan sahaja KPM

ada peranan sendiri tetapi juga kita bekerjasama dengan JKM dan kita juga ada kerjasama

dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membekalkan perkhidmatan kesihatan kepada

mereka untuk memastikan bahawa kesihatan mereka sentiasa adalah cukup baik.

Selain daripada itu, kita juga ada program kerjasama dengan JKM untuk membantu

mereka bahawa boleh mendapat bantuan untuk golongan keluarga miskin tegar seperti bantuan

kewangan untuk memastikan bahawa golongan ini, mereka akan terus sambung pelajaran di

dalam sekolah-sekolah kita. Selain daripada itu, kita juga ada kerjasama dengan JKM untuk

membantu golongan ini mendapat dokumen seperti Sijil Kelahiran ataupun Kad Pengenalan diri

kerana kita rasa golongan ini banyak daripada mereka tak ada apa-apa dokumen.

Jadi ini adalah usaha kita untuk membantu golongan ini untuk memastikan bahawa

walaupun mereka mungkin ada sedikit masalah daripada segi keluarga, kewangan dan ada

mereka yang bukan warganegara Malaysia lagi tetapi mereka boleh terima pendidikan di negara

kita kerana kita percaya dalam prinsip education for all. Itu sahaja. Terima kasih, Tuan Yang di-

Pertua.

■1120

Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada satu

soalan ringkas sahaja tetapi saya merasakan ada munasabahnya untuk diketahui, iaitu

berapakah jumlah pelajar-pelajar yang berada dalam sekolah khas gelandangan ini di seluruh

negara ataupun khususnya di Kuala Lumpur? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Teo Nie Ching: Terima kasih. Terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Jumlah

pelajar sekarang adalah seramai 155 orang dan memang setakat ini kita hanya mempunyai

DN 4.9.2018 24 sebuah SBJK iaitu di Kuala Lumpur sahaja. Memang ada cadangan untuk kita memperluaskan

atau mendirikan lebih banyak SBJK di tempat lain tetapi ini masih dalam kajian. Kita terbuka untuk

menerima cadangan. Kalau rasa ada tempat yang memerlukan SBJK ini, kita sentiasa terbuka

untuk menerima cadangan dan mengkaji bagaimana kita boleh membantu golongan ini.

Akan tetapi setakat ini, memang sebuah SBJK iaitu di Kuala Lumpur sahaja dan kita

sekarang memang dalam tahap untuk membina lebih banyak bilik darjah dan juga asrama untuk

golongan ini. Projek ini dijangka siap pada tahun 2020. Sekian sahaja, terima kasih.

Dato’ Zahari bin Sarip: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu, saya ucapkan

tahniah kepada kementerian dan juga pelajar di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) kerana

kita mendengar pencapaian-pencapaian yang mereka peroleh walaupun mereka bersekolah di

sekolah yang agak mencabar.

Saya percaya sekolah SBJK ini sudah pasti menghadapi cabaran-cabaran tertentu kerana

ia melibatkan keluarga dan pelajar dalam golongan gelandangan. Jadi dalam masa kementerian

bercadang untuk melebarkan atau menambah bilangan sekolah ini, adakah guru-guru atau

tenaga pengajar di sekolah ini mempunyai pengalaman ataupun dikhaskan kepada guru-guru

tertentu? Contohnya guru pendidikan khas, guru kaunseling dan sebagainya. Adakah guru-guru

yang mengajar di sekolah ini juga adalah guru-guru yang mempunyai pengalaman ataupun yang

dikhaskan dan bukannya guru-guru aliran biasa? Terima kasih.

Puan Teo Nie Ching: Memang sekarang untuk SBJK di Kuala Lumpur ini, mereka

mempunyai 16 orang guru termasuk seorang pengetua, tiga orang penolong kanan dan juga

mempunyai seorang kaunselor dan juga 11 orang guru. Selain daripada itu, mereka juga

mempunyai lima orang kakitangan sokongan.

Jadi memang untuk golongan ini, untuk guru-guru yang mengajar di SBJK ini, mereka

akan terima latihan khas untuk membantu mereka kerana suasana di dalam sekolah ini memang

berbeza. Untuk sekolah arus perdana biasa, guru itu mengajar satu subjek ataupun mengajar

mengikut tahun, mengikut umur murid-murid tersebut. Akan tetapi dalam SBJK ini, seperti yang

saya sebut tadi, ada kemungkinan bahawa dalam satu kelas itu walaupun kelas untuk Darjah 1

tetapi ada kemungkinan bahawa dalam kelas tersebut ada murid yang berumur tujuh tahun,

sepuluh tahun, 12 tahun. Memang PDP di dalam sekolah ini mengikut kebolehan dan tahap

pengajian pembelajaran murid-murid tertentu. Jadi kita memang memberi latihan khusus untuk

guru-guru yang mengajar di SBJK.

Datuk Dr. Lucas Umbul: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada Sabtu yang lepas,

saya berkesempatan untuk mengikuti satu Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018

DN 4.9.2018 25 yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam ucapan beliau mengatakan bahawa keperluan untuk menubuhkan tadika yang berbentuk

memupuk jati diri, memupuk perpaduan dan sahsiah kepada anak-anak Malaysia kita. Saya amat

bersetuju dengan pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa melentur buluh

biarlah dari rebungnya.

Soalan saya berkisar kepada penubuhan-penubuhan beberapa tadika dari berbagai-

bagai etnik di negeri Sabah. Contohnya tadika daripada bahasa Kadazan Dusun dan penubuhan

tadika daripada bahasa Iranun, tadika daripada bahasa Murut, bahasa Rungus, bahasa Iban,

Bidayuh di Sarawak. Saya ingin mengutarakan persoalan ini kepada Yang Berhormat Menteri

Pendidikan. Adakah tadika-tadika seperti ini yang bertujuan untuk pengekalan bahasa tetapi pada

masa yang sama membawa anak-anak dari golongan kaum lain untuk belajar bahasa-bahasa

etnik ini diberi peruntukan khas oleh Kementerian Pendidikan untuk tujuan perpaduan dalam

negara ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Adakah peruntukan khas diberi?

Datuk Dr. Lucas Umbul: Ya.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang

Berhormat Senator. Saya pohon maaf kerana saya tidak ada maklumat terperinci tentang

peruntukan yang diberikan. Akan tetapi memang untuk semua kelas pra sekolah yang di bawah

KPM, kita memang menyediakan peruntukan untuk mereka tetapi khusus untuk kelas-kelas

bahasa etnik, itu memang saya setakat ini tidak ada maklumat terperinci dengan saya. Jadi kalau

boleh, saya minta keizinan untuk memberi jawapan bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masa selesai lagi sekali

untuk jawapan lisan.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

DN 4.9.2018 26

USUL

MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang

ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Ke

Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,

demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia

di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun

mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis

Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan

menjunjung kasih kerana Titah Tuanku semasa membuka Penggal

Pertama, Majlis Parlimen Yang Keempat Belas.” [3 September

2018]

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga

dan Masyarakat untuk menjawab.

11.26 pg.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Puan Hannah

Yeoh]: Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Yang

Berhormat Senator.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang terlibat

dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebanyak 29 isu merangkumi pelbagai persoalan

melibatkan kepentingan wanita, keluarga dan masyarakat telah pun dibangkitkan.

Disebabkan hampir setiap minggu kita berhadapan dengan kes-kes pencabulan ke atas

hak kanak-kanak, maka isu kebajikan kanak-kanak kini menjadi salah satu keutamaan

kementerian. Kanak-kanak tidak dapat bersuara menerusi apa-apa medium seperti orang

DN 4.9.2018 27 dewasa dan kementerian akan menjadi suara kepada kanak-kanak ini. Akan tetapi, saya mahu

mulakan penggulungan hari ini dengan menyentuh isu Orang Kurang Upaya (OKU) dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, skim insurans khas yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat

Senator Puan Bathmavathi. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian menyambut baik

syor untuk mewujudkan skim insurans khas bagi golongan Orang Kurang Upaya dengan

berpandukan National Disability Insurance Scheme oleh Australia.

Buat masa ini, terdapat beberapa skim perlindungan insurans untuk OKU di pasaran

Malaysia iaitu Alliance Insurance dan Agrobank. Insurans ini ditawarkan kepada OKU berdaftar

dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Namun begitu, sambutan kepada pemilikan insurans

yang ditawarkan adalah rendah. Insurans ini memberi perlindungan kepada OKU yang boleh

menguruskan diri. Untuk makluman juga, jumlah pendaftaran OKU di Malaysia sekarang adalah

seramai 474,579 orang.

Bagi meringankan beban kewangan kepada OKU, pada tahun 2018 iaitu sehingga Jun,

kementerian melalui JKM telah menyalurkan bantuan berikut:

(i) Elaun Pekerja Cacat dengan kadar RM400 sebulan kepada 79,506 orang

OKU dengan peruntukan sebanyak RM220.4 juta;

(ii) Bantuan Penjagaan OKU Terlantar, Pesakit Kronik Terlantar dengan kadar

RM350 sebulan bagi yang menjaga seorang OKU pesakit kepada 305

orang penjaga yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6.8 juta; dan

(iii) Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dengan kadar RM250 sebulan

kepada 61,109 orang OKU dengan peruntukan sebanyak RM102.2 juta.

Untuk makluman, skim insurans sosial merupakan salah satu elemen di bawah Sistem

Perlindungan Sosial (SPS). SPS merupakan sebuah sistem yang melindungi isi rumah miskin

dan mudah jejas termasuk OKU. Perkara ini dibincangkan di bawah Majlis Perlindungan Sosial

(MySPC) yang kini diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Kementerian akan

membawa syor untuk mewujudkan skim insurans khas OKU ke dalam Majlis Perlindungan Sosial

kelak.

■ 1130

Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi juga membangkitkan isu untuk mengkaji

semula perkhidmatan bantuan berdasarkan tahap ketidakupayaan. Selain itu, kementerian turut

menyambut baik syor beliau untuk mengkaji semula berdasarkan tahap kritikal dan

ketidakupayaan seseorang OKU. Cadangan ini dilihat akan memanfaatkan OKU dengan

pengurangan inclusion and exclusion errors dan lebih tersasar.

DN 4.9.2018 28

Perkara ini juga akan dibawa kementerian ke dalam Jawatankuasa Pendaftaran OKU

setelah mendapatkan pandangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu OKU.

Perbincangan ini akan diadakan dalam masa terdekat bersama Yang Berhormat Menteri dan

kami akan memaklumkan dan turut menjemput Yang Berhormat Senator untuk hadir bersama.

Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi juga telah meminta untuk kajian semula ISM

sebagai pusat kajian dasar-dasar kerajaan terutamanya OKU. Pada masa ini kementerian

sedang meneliti kesesuaian beberapa cadangan rasionalisasi Institut Sosial Malaysia bagi

memperluaskan skop perkhidmatannya, bukan sahaja sebagai pusat latihan kompetensi dalam

bidang sosial tetapi juga sebagai pusat kajian dasar-dasar kerajaan berkaitan kesemua kumpulan

sasar kementerian terutamanya OKU.

Selaras dengan Janji 51 dalam Buku Harapan berhubung perkara ini, kementerian melalui

ISM telah mengadakan dua siri perbincangan awal bersama pegawai KPWKM dengan agensi-

agensinya. Perbincangan seterusnya akan diadakan melalui dua siri bengkel iaitu dalam

kalangan NGO berkaitan OKU, aktivis OKU dan pelbagai pihak bukan kerajaan yang lain dan

kementerian ataupun agensi kerajaan, universiti dan pihak-pihak lain yang berkaitan OKU bagi

mendapatkan sebanyak mungkin input mengenai jurang kepada dasar-dasar berkaitan OKU.

Dari segi jangka panjang, kementerian juga sedang mengkaji kesesuaian, rasionalisasi

ISM ini dengan mengambil kira analysis foresight bagi memastikan fungsi ISM kekal relevan.

Apabila kesemua fungsi ini telah diteliti sewajarnya, maka kesesuaian ISM sebagai sebuah

institusi bebas atau bernaung di bawah mana-mana agensi kerajaan akan turut dimuktamadkan.

Yang Berhormat Senator Bathmavathi juga telah mencadangkan untuk Parlimen

mewujudkan satu select committee khas untuk mengkaji isu OKU. Kementerian ini mengalu-

alukan cadangan mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas- Parliament Select Committee untuk

mengkaji isu OKU. Namun begitu ia tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan Parlimen

Malaysia dan saya juga akan berbincang dengan Speaker Dewan Rakyat mengenai perkara ini.

Isu taska, Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang

membangkitkan isu berkenaan taska, perkara ini telah pun saya jawab dengan panjang lebar

semasa sesi pertanyaan bagi jawab lisan dalam Dewan in pada 28 Ogos 2018. Saya telah

menerangkan tentang usaha kementerian untuk menggalakkan majikan menyediakan taska,

jenis-jenis latihan untuk meningkatkan kompetensi pengasuh...

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya celah sebab

sekarang sudah masuk tajuk taska kan, OKU tadi sudah habis.

Puan Hannah Yeoh: Sudah.

DN 4.9.2018 29

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Sudah habis saya hendak tanya fasal OKU.

Tuan Yang di-Pertua: Taska dia belum habis lagi.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Saya hendak tanya fasal OKU boleh?

Tuan Yang di-Pertua: Taska, untuk tanya OKU.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Boleh saya tanya?

Puan Hannah Yeoh: Akan tetapi mengenai isu berbangkit ya, bukan isu baru.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Bukan, bukan saya baru bahas. Saya ingat

Yang Berhormat Senator banyak timbulkan isu itu. Boleh ya dengan kebenaran.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri sila duduk.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Boleh dengan kebenaran ya, okey. Yang

Berhormat Timbalan Menteri...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, isu baru ini kemungkinan dia tidak ada jawapan

kalau isu baru.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Tidak, tidak. Hendak tanya mengenai tadi itu

juga mengenai ISM yang tadi itu. Saya mohon penjelasan sebab pada pengamatan saya,

kebetulan keluarga yang ada anak yang OKU juga. Kadang-kadang kita melihat dari aspek

pendidikan kepada kanak-kanak OKU ini, dia bersifat terpisah-pisah. Contohnya kalau

pendidikan awal di kementerian lain, selepas itu pendidikan yang selanjutnya di Kementerian

Pendidikan.

Soalan saya, adakah Yang Berhormat Menteri sekarang di bawah kerajaan baru ini

melihat itu adalah perkara yang perlu diselesaikan dahulu, dipanggil structure reform dahulu,

sebelum mengadakan program-program yang lain. Itu soalan penjelasan.

Puan Hannah Yeoh: Terima kasih, Yang Berhormat Senator. Sebenarnya bukan sahaja

isu OKU yang sedang dikaji semula strukturnya, isu kanak-kanak turut dikaji oleh kementerian.

Seperti apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Bathmavathi, kita memerlukan

satu agensi khas untuk melihat keperluan golongan OKU dan juga keperluan kanak-kanak. Buat

masa ini terpisah di beberapa kementerian.

Oleh sebab itu ada cadangan juga untuk mewujudkan suruhanjaya, Commissioner for

Children, Commissioner for OKU yang melapor terus kepada Parlimen supaya ada penyelarasan

bersama-sama kementerian. Akan tetapi ini adalah satu on going discussion di kementerian kita

dan kami terbuka. Akan tetapi hanya ada isu kekangan bajet dan tenaga kerja yang kita kena

perhatikan sekarang. Terima kasih.

DN 4.9.2018 30

Baiklah, saya teruskan mengenai taska. Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor

berhubung dengan perwujudan taska di pejabat-pejabat kerajaan sehingga 27 Ogos 2018,

semua ibu pejabat kementerian di Putrajaya telah mempunyai taska di tempat kerja dan dua

kementerian dalam peringkat cadangan dan penubuhan. Target kita adalah pada 1 Januari 2019,

semua agensi kerajaan di Putrajaya dan di negeri-negeri lain juga harus menyediakan taska

kerana ini bukan satu keperluan baru tetapi lama telah dibincangkan dan pihak kami mahu semua

agensi mengambil serius.

Jadi kementerian ini sekarang sedang melakukan audit di agensi-agensi kerajaan dan

memberikan taklimat kepada mereka bagaimana untuk membimbing mereka menyediakan taska

untuk semua pegawai kerajaan. Dua kementerian yang masih dalam peringkat cadangan dan

penubuhan adalah Kementerian Tenaga, Teknologi Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar

dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

Taska ini boleh dikendalikan oleh pengusaha sama ada dari swasta, majikan ataupun

kesatuan pekerja. Garis panduan penubuhan taska boleh didapati dari laman web rasmi JKM.

Kementerian juga sedang menyemak insentif-insentif yang ditawarkan kepada syarikat swasta

agar mereka lebih cenderung untuk menyediakan taska di tempat kerja.

Yang Berhormat Senator Dato’ Hajah Fahariyah, statistik sehingga 30 Mac 2018 adalah

jumlah kanak-kanak di taska seramai 35,422 orang sahaja. Pendaftaran taska di bawah bidang

kuasa kementerian kami dan pendaftaran tadika di bawah Kementerian Pendidikan. Walaupun

begitu, kebajikan kanak-kanak secara keseluruhannya turut dipantau di bawah kementerian

kami. JKM tidak menyediakan peruntukan ataupun geran penubuhan untuk taska. Walau

bagaimanapun, pada tahun 2018 sebanyak RM3 juta diperuntukkan pada subsidi yuran

pengasuhan kanak-kanak taska bagi taska institusi dan taska di rumah.

Selain itu sebanyak RM2,816,000 diperuntukkan kepada 44 buah taska komuniti sebagai

geran operasi bagi taska komuniti yang mengambil kanak-kanak dari keluarga berpendapatan

kurang daripada RM5,000 sebulan. Subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak taska di tempat kerja

sektor awam hendaklah dimohon dan akan dibayar terus oleh kementerian masing-masing bagi

pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000 sebulan merujuk kepada Pekeliling

Perkhidmatan Bil. 38, Tahun 2013. Jadi untuk yang masih keliru, sekarang ini kalau tidak ada

taska di tempat kerja, kementerian ada menyediakan subsidi kepada penjawat awam supaya

mereka boleh mendapatkan subsidi itu untuk mendaftar anak di taska yang berdaftar yang

berdekatan dengan tempat kerja.

DN 4.9.2018 31

Satu jawatankuasa khas bagi mengawal selia secara bersepadu Pertubuhan dan Operasi

Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2016.

Jawatankuasa Khas ini dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan

Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta diurusetiakan

secara bersama oleh kedua-dua kementerian.

Penubuhan jawatankuasa ini bertitik tolak daripada senario pendidikan awal kanak-kanak

di Malaysia yang dikuatkuasakan di bawah akta yang berbeza dan dilaksanakan oleh beberapa

kementerian dan agensi kerajaan serta bukan kerajaan. Selain itu terdapat juga institusi

pendidikan awal kanak-kanak yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah enakmen kerajaan

negeri masing-masing.

Jawatankuasa ini diberi kuasa untuk mengawal selia, menyelaras dan mengumpulkan

maklumat berkaitan institusi pendidikan awal kanak-kanak berdasarkan Akta Peraturan dan Garis

Panduan Sedia Ada dan merintis penubuhan badan khas yang mempunyai kuasa eksekutif untuk

memantau pelaksanaan pendidikan awal kanak-kanak, menyelaras dan mengawal selia semua

institusi pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia tanpa meminggirkan hak dan tanggungjawab

sedia ada setiap kementerian dan agensi yang terlibat dalam menyediakan pendidikan awal

kanak-kanak di Malaysia.

Buat masa ini yang kita boleh lihat terus adalah 3 kementerian, kementerian kita - taska;

Kementerian Pendidikan - tadika; dan Kementerian Luar Bandar – KEMAS. Jadi kita perlu

koordinasikan semuanya. Kementerian tidak melakukan sebarang unjuran buat masa ini bagi

bilangan pelajar berumur 2 hingga 6 tahun yang akan berdaftar di taska.

■1140

Seksyen 2, Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 menyatakan bahawa, “Taman

asuhan kanak-kanak, ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat orang atau lebih

kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan

upah”.

Tuan Yang di-Pertua, isu wanita. Inisiatif untuk membantu serta meningkatkan bilangan

wanita profesional untuk kembali bekerja. Untuk makluman Yang Berhormat Senator Dato’ Ong

dan Yang Berhormat Senator Puan Lim, portal flexWorkLife.my telah dilancarkan oleh Talent

Corp. pada 8 Julai 2013 untuk membina jaringan antara majikan dan pekerja untuk

mengoptimumkan integrasi antara kehidupan harian dan kerja serta meningkatkan kecekapan

kerja.

DN 4.9.2018 32

Portal ini merupakan repository idea dan amalan terbaik yang dilaksanakan oleh majikan

berkaitan aturan kerja anja dan kemudahan mesra keluarga. Selain daripada menyasarkan

semua agensi kerajaan untuk mewujudkan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja

menjelang 1 Januari 2019, penjawat awam wanita juga diperuntukkan cuti bersalin bergaji

sebanyak 360 hari sepanjang perkhidmatan. Manakala tujuh hari pula diperuntukkan untuk bapa

yang bekerja sebagai penjawat awam.

Di dalam Bajet 2018, kerajaan telah mencadangkan untuk menambah cuti bersalin

mandatori daripada 60 hari kepada 90 hari bagi sektor swasta. Status terkini cadangan tersebut

boleh dirujuk dengan Kementerian Tenaga Manusia (KTM).

Yang Berhormat Senator Puan Lim Hui Ying, kementerian menyokong sebarang usaha

untuk menyasarkan 30% wanita sebagai Ahli Parlimen kerana ia akan menggalakkan lebih ramai

wanita terlibat dalam bidang politik. Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi dan Kesaksamaan

Gender merupakan antara cadangan penubuhan jawatankuasa perintis yang dipilih berdasarkan

hala tuju negara.

Inisiatif kerajaan dalam menghapuskan diskriminasi dan menangani hak kesamarataan.

Yang Berhormat Senator Dato’ Ong dan Yang Berhormat Senator Puan Lim, kerajaan mengiktiraf

bahawa peranan wanita dalam menyumbang kepada pembangunan negara adalah selari dengan

lelaki. Justeru, mereka tidak patut didiskriminasikan dalam aspek sosial, ekonomi dan politik

memandangkan prinsip kesaksamaan gender telah dinyatakan dalam Perlembagaan

Persekutuan.

Justeru, wanita dalam tenaga kerja perlu diberi peluang yang sama dalam aspek gaji dan

kenaikan pangkat. Oleh itu sebarang ketidaksamaan boleh dilaporkan kepada KTM atau

Kementerian Tenaga Manusia untuk tindakan selanjutnya. If there is any complaint, they can

lodge. Kementerian sedang giat mengadakan sesi perundingan bagi membincangkan kerangka

dan kandungan yang akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara, AG’s Chambers untuk

digubal menjadi satu Akta Kesaksamaan Gender. Pada masa ini kementerian telah mengadakan

rundingan dan sesi perkongsian bersama Kementerian Luar Negeri, Kementerian Tenaga

Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Parlimen Malaysia, Joint Action Group for Gender

Equality (JAG), National Council of Women’s Organization Malaysia, dan AGC.

Seterusnya kementerian akan mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada

JAKIM, AGC, badan-badan keagamaan dan kerajaan-kerajaan negeri mengenai cadangan

penggubalan akta khusus bagi menangani isu kesaksamaan gender. So, stakeholder

consultation is happening at the moment, dengan izin. Tindakan kerajaan berkaitan penggubalan

DN 4.9.2018 33 undang-undang dalam menangani isu stalking dan gangguan seksual melalui mesej telefon

ataupun media sosial. Untuk Yang Berhormat Senator Dato’ Ong, kementerian prihatin terhadap

keperluan perundangan baru bagi membantu dan melindungi masyarakat terutamanya golongan

wanita dan institusi keluarga.

Akta Keganasan Rumah Tangga, Akta 521 telah pun dipinda pada tahun lepas dan telah

mengambil kira elemen stalking dalam pindaan tersebut. Pindaan 2017 telah memperluaskan

tafsiran keganasan rumah tangga untuk turut merangkumi tindakan pelaku berhubung dengan

mangsa atau berhubung dengan pihak ketiga tentang mangsa dengan niat untuk mengaibkan

kehormatan mangsa itu melalui apa-apa cara elektronik atau sebaliknya. Dengan

memperluaskan tafsiran tersebut secara tidak langsung pelaku boleh disabitkan dengan perilaku

atau perbuatan yang mempunyai elemen stalking termasuk mesej telefon atau media sosial

seperti yang dinyatakan dalam Akta 521.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bertanya berkenaan bilangan

pendaftaran suri rumah bagi Program i-Suri yang telah pun dilancarkan. Sehingga 28 Ogos 2018,

seramai 6,318 orang telah pun berdaftar. Bagi statistik orang Asli pula, kementerian masih

sedang dalam proses mendapatkan statistik mengikut pecahan terperinci. Pendaftaran eKasih

sekarang di bawah bidang kuasa ICU, JPM. Jadi mereka kena berdaftar dengan ICU dulu,

kemudian pergi ke KWSP untuk mendapatkan borang permohonan untuk Program i-Suri.

Isu kanak-kanak, perkahwinan kanak-kanak Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang

Berhormat Senator Puan Lim Hui Ying, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri

merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah pun menjawab

pertanyaan bagi jawab lisan berkaitan perkahwinan kanak-kanak serta usaha-usaha kerajaan

bagi menangani masalah ini dalam Dewan pada 27 Ogos 2018.

Mengenai maklumat kes kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, kertas siasatan

PDRM termasuk laporan pemeriksaan perubatan kes kanak-kanak 11 tahun tersebut telah

diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. JKM juga telah melihat aspek

sosial kanak-kanak tersebut dan kanak-kanak didapati berada di dalam functioning family.

Berdasarkan semakan dengan Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang pada 4

September 2018, hari ini ya, tiada permohonan pengesahan perkahwinan dibuat oleh mana-

mana pihak di mahkamah untuk kes tersebut.

Rumah perlindungan untuk kanak-kanak yang menjadi mangsa. Yang Berhormat Senator

Dato’ Sri Ti Lian Ker telah membangkitkan isu berkenaan rumah perlindungan kanak-kanak.

Kanak-kanak yang ditempatkan di tempat selamat atau rumah kanak-kanak adalah kanak-kanak

DN 4.9.2018 34 yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan termasuk mangsa jenayah seksual atau

penganiayaan di bawah seksyen 17, Akta Kanak-kanak 2001.

Kemasukan kanak-kanak ke RKK adalah melalui perintah mahkamah. Jadi kena melalui

mahkamah. Sekiranya terdapat keganasan rumah tangga dan penganiayaan dalam perkahwinan

tersebut, kanak-kanak yang terlibat juga boleh diberikan perlindungan di bawah Akta Kanak-

kanak 2001 atau Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Untuk isu Sekolah Tunas Bakti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan

Asmak, kementerian melalui JKM bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada

kanak-kanak yang memerlukan pemulihan di institusi. Sekolah Tunas Bakti (STB) adalah salah

satu daripada institusi pemulihan kanak-kanak yang ditubuhkan di bawah Akta Kanak-kanak

2001.

Pada masa ini terdapat sembilan buah STB di seluruh negara yang boleh menempatkan

seramai 1,400 orang kanak-kanak pada satu-satu masa. Sehingga Jun tahun ini, seramai 941

orang kanak-kanak ditempatkan di STB. Ini bermaksud masih ada banyak ruang lagi yang kita

boleh gunakan untuk menampung keperluan ini jika ini. Memandangkan STB sedia ada di Pantai

Timur iaitu STB Jerantut di Pahang dan STB Marang, di Terengganu masih mampu menampung

bilangan kemasukan kanak-kanak yang memerlukan pemulihan, JKM ini tiada perancangan

untuk membina STB di negeri Kelantan pada masa ini.

Sepanjang tempoh kanak-kanak ditempatkan di STB, kanak-kanak akan menjalani

program termasuk kerohanian. Dari aspek kerohanian, kanak-kanak akan mengikuti program

pengajaran dan pembelajaran berkaitan bidang akidah, ibadah dan akhlak. Bagi kanak-kanak

yang beragama Islam, mereka wajib mengikuti program dan kelas agama. Mereka juga akan ke

masjid untuk solat Jumaat. Manakala bagi kanak-kanak yang bukan beragama Islam, mereka

juga akan mengikuti program keagamaan mengikut agama masing-masing termasuk mereka

dibawa ke kuil, tokong ataupun gereja.

Aspek pendidikan moral turut dilaksanakan. Lain-lain bentuk pemulihan yang disediakan

kepada kanak-kanak di institusi adalah seperti berikut. Pertama akademik, kanak-kanak diberi

peluang untuk bersekolah mengikut aliran perdana sama ada di sekolah luar atau sekolah yang

disediakan di dalam institusi.

Kedua, kemahiran dan vokasional disediakan kepada kanak-kanak sebagai bekalan

kepada mereka dengan kemahiran tertentu untuk dijadikan jaminan hidup apabila keluar daripada

institusi kelak. Antara bidang kemahiran ataupun vokasional yang disediakan adalah seperti

automotif, pendawaian elektrik, kimpalan, batu bata, bakeri, jahitan, pertukangan, pertanian dan

DN 4.9.2018 35 landskap. Ketiga, aktiviti kokurikulum disediakan dalam bentuk rekreasi bagi tujuan untuk

meningkatkan semangat juang, jati diri dan bekerja secara berpasukan, teamwork dalam diri

kanak-kanak. Isu kanak-kanak berkeliaran disebabkan ibu bapa, ya silakan...

■1150

Puan Asmak binti Husin: Sedikit pencerahan berkaitan dengan Sekolah Tunas Bakti

tadi Kelantan oleh kerana masih banyak lagi ruang maka tidak ada perancanganlah. Cuma soalan

saya adalah apakah kerajaan ada bantuan sokongan kepada keluarga yang berpendapatan

rendah untuk menziarahi kanak-kanak ini sebab dalam kajian yang saya baca di peringkat

universiti kanak-kanak ini menghadapi masalah apabila tidak ada sokongan keluarga terdekat

ketika proses pemulihan. Sekian, terima kasih.

Puan Hannah Yeoh: Terima kasih. Soalan yang baik sekali saya ada membuat satu

lawatan dan saya diberitahu oleh badan pengurusan rumah tersebut bahawa mereka akan

melihat jika kanak-kanak itu tidak dilawati oleh ibu bapa, pengurusan akan bertanya kenapa.

Kalau ibu bapa tiada duit untuk datang melawat mereka ada buat program bersama di mana

pengurusan akan membawa kanak-kanak tersebut untuk melawat ibu bapa sekali sekala untuk

pastikan hubungan itu masih ada dan terutamanya kanak-kanak yang rindu keluarga, pengurusan

akan lihat case-by-case. Terima kasih.

Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi membangkitkan isu kanak-kanak

berkeliaran disebabkan ibu bapa bermasalah dan dibuang sekolah. Kanak-kanak yang didapati

ditinggalkan tanpa pengawasan yang sewajarnya atau di abai oleh ibu bapa atau penjaga

ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemeliharaan di bawah

Akta Kanak-kanak 2001. Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak

sebegini boleh melaporkan kes tersebut kepada pihak JKM untuk tindakan segera.

JKM akan melakukan siasatan termasuklah menemu ramah ibu bapa dan komuniti

setempat untuk membuat pengesahan. Jika didapati tiada tindakan perlindungan diperlukan JKM

akan melalukan intervensi yang bersesuaian seperti kaunseling kepada kanak-kanak dan

keluarga. Sekiranya seorang kanak-kanak digantung sekolah atau dibuang sekolah, Kementerian

Pendidikan menyediakan saluran rayuan bersekolah semula kepada ibu bapa murid tersebut

melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pihak PPD dan

JPN bertanggungjawab memastikan murid tersebut ditempatkan semula sama ada di sekolah

yang sama atau di sekolah yang lain.

Isu kekeluargaan dan keibubapaan. Perancangan untuk mengadakan kursus

keibubapaan secara sukarela yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dr.

DN 4.9.2018 36 Mohd Nor. Kementerian menyambut baik saranan beliau mengenai cadangan mengadakan

kursus keibubapaan secara sukarela. Kementerian melalui Lembaga Penduduk dan

Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan kursus berkaitan keibubapaan di

seluruh negara. Pada tahun 2017 dan sehingga Jun 2018, LPPKN telah mengadakan sebanyak

243 kursus yang memberi manfaat kepada 7,334 orang peserta. Kursus yang dianjurkan ini

adalah terbuka kepada umum dengan tertakluk kepada fi dan caj minimum kepada peserta.

LPPKN juga menjalin kerjasama dengan pihak NGO untuk menyebarkan pendidikan

kekeluargaan.

Pada tahun 2017 sehingga Jun 2018 sebanyak 76 NGO telah diluluskan peruntukan bagi

melaksanakan 120 program kepada kumpulan sasar. Pengisian program dan kursus ini adalah

berkaitan kekeluargaan, keibubapaan, persediaan perkahwinan dan pemantapan perkahwinan.

Seramai 18,250 orang peserta telah mendapat manfaat. Setakat ini belum ada negara yang

melaksanakan sepenuhnya kursus keibubapaan secara berwajib melalui penguatkuasaan

undang-undang kepada umum. Pada masa ini kursus keibubapaan secara berwajib hanya

dilaksanakan atas perintah mahkamah kepada ibu bapa yang didapati melakukan pengabaian di

bawah Akta Kanak-kanak 2001 iaitu diarahkan menghadiri Bengkel Interaktif.

Bengkel Interaktif melibatkan keluarga dan kanak-kanak bagi meningkatkan kesedaran

mereka tentang tanggungjawab dan peranan terhadap penjagaan kanak-kanak selaras dengan

keperluan Akta Kanak-kanak 2001. Penglibatan ibu bapa atau penjaga dalam bengkel ini seperti

menghadiri sesi kaunseling individu, kaunseling keluarga dan kursus keibubapaan dalam

membincangkan permasalahan sosial anak-anak mereka amat penting terutama dalam

meningkatkan hubungan di antara ibu bapa dengan kanak-kanak.

Penambahbaikan kerajaan terhadap kemudahan perkhidmatan, penjagaan kesihatan

untuk warga emas selari dengan manifesto yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat

Senator Tuan Chandra Mohan. Kementerian sedang menyemak semula dan meminda Pelan

Tindakan Warga Emas Negara bagi tempoh 2018 sehingga 2030 yang mana keperluan tersebut

adalah berdasarkan kepada penemuan kajian kemudahan dan perkhidmatan bagi menepati

keperluan warga emas di Malaysia menjelang 2030 yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan,

Penuaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia pada tahun 2017.

Berdasarkan kepada keperluan semasa serta cadangan daripada kajian tersebut

beberapa program atau tindakan baru telah dimasukkan di dalam draf pelan tindakan tersebut

agar ia kekal relevan dalam menghadapi isu dan cabaran penuaan. Di antaranya adalah:

DN 4.9.2018 37

(i) meningkatkan penglibatan komuniti based organization, NGO dan sektor

swasta melalui tanggungjawab sosial korporat dalam program

pembangunan warga emas;

(ii) membangunkan dan melaksanakan pelan pembangunan strategik

kebangsaan pengajian dan guna tenaga warga emas di Malaysia; dan

(iii) mengkaji pemberian insentif kewangan kepada penjaga warga emas yang

sah di rumah.

Jadi untuk warga emas yang masih tinggal dengan keluarga, mereka mempunyai

keluarga kementerian ini mempunyai Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di seluruh negara untuk

menggalakkan mereka terus bergaul keluar waktu tengah hari untuk bercampur dengan kawan-

kawan dalam aktiviti harian. Untuk yang tidak mempunyai ahli keluarga kementerian ini

mempunyai Rumah Seri Kenangan yang menjaga mereka sehingga untuk ramai daripada

mereka yang masuk dan tiada ahli keluarga kementerian ini akan menjaga mereka sepanjang

hayat.

Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas

jawapan tadi tetapi saya mengalu-alukan tindakan untuk mengulang kaji dasar dan sebagainya.

Saya cuma nak sebut tentang apa yang saya bahaskan sebenarnya. Apa yang saya bahaskan

hari itu bukan fokus kepada kementerian Yang Berhormat Menteri. Isu saya mungkin masa

diambil nota itu silap, fokus saya ialah kalau kita tengok dasar itu okay memang ada kelemahan

tetapi sekarang ada cadangan untuk baiki.

Akan tetapi isu saya ialah dalam dasar itu ada tetapi Kementerian Kesihatan tidak ikut

dasar itu dari segi kemudahan-kemudahan, kalau kita tengok dalam dasar itu ia sebut fasal

kemudahan. Fasal ini bukan kementerian komuniti sahaja kementerian lain pun kena. So, dari isu

kemudahan geriatric, baik dari segi hospital dan juga pakar lebih kepada Kementerian Kesihatan.

Terima kasih.

Puan Hannah Yeoh: Terima kasih Yang Berhormat Senator saya pasti Kementerian

Kesihatan akan menjawab isu yang telah dibangkitkan dan setelah pilihan raya 9 Mei saya rasa

seluruh negara Malaysia kita kena mengkaji semula semua pelan untuk warga emas, kerana

kalau Perdana Menteri kita berusia 93 tahun dan masih boleh bekerja dan memimpin negara

saya rasa untuk golongan warga emas tiada masa untuk bersara dan negara sekarang

memerlukan semua untuk menyumbang tenaga membina semula negara.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Yang

Berhormat Senator kerana telah menyatakan keprihatinan, pandangan dan cadangan ke atas isu

DN 4.9.2018 38 berkaitan wanita, kanak-kanak, Orang Kurang Upaya dan warga emas. Kementerian ini

menerima segala cadangan dan teguran secara terbuka serta akan mengambil tindakan

sewajarnya ke atas semua input berkenaan.

Akhir sekali saya ingin menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator untuk terus

menyokong usaha-usaha kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dan semua rakyat menerima faedah dan

terus dilindungi demi kesejahteraan negara. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kita iaitu

Puan Yeoh dan juga sekarang saya beralih kepada nombor dua pula. Minta wakil daripada

Kementerian Kewangan, dipersilakan.

11.59 pagi.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah]: Bismillahi Rahmani

Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua kerana memberikan ruang dan peluang kepada Kementerian Kewangan untuk

memberi penggulungan dan juga jawapan kepada persoalan-persoalan yang telah ditimbulkan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat iaitu seramai

49 orang yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan

Agong dan Dewan mulia ini dari 28 Ogos sehingga 3 September, yang antara lain telah

menyentuh portfolio Kementerian Kewangan. Semua pandangan, teguran dan cadangan yang

diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung perkara yang telah dibangkitkan berkaitan

Kementerian Kewangan memang amat kita hargai.

■1200

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan penjelasan kepada beberapa perkara

yang telah dibangkitkan di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan berdasarkan isu-isu

yang telah dibangkitkan.

Pertamanya ialah tentang hutang kerajaan. Soalan oleh Yang Berhormat Senator Puan

Sopiah binti Sharif berkenaan kesan pengumuman hutang kerajaan sebanyak RM1 trilion. Tuan

Yang di-Pertua, Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil langkah yang lebih komprehensif

dan berhemah dalam meneliti kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan.

Secara keseluruhannya, kedudukan komitmen hutang dan liabiliti kerajaan adalah

berjumlah RM1.087 trilion atau 80.3 peratus daripada KDNK sehingga 31 Disember 2017.

Daripada jumlah ini, hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM686.8 bilion ataupun 50.8

DN 4.9.2018 39 peratus daripada KDNK. Manakala komitmen liabiliti luar jangka yang perlu ditanggung oleh

kerajaan adalah berjumlah RM199.1 bilion ataupun 14.6 peratus daripada KDNK. Baki sebanyak

RM201.4 bilion ataupun 14.9 peratus daripada KDNK adalah bayaran pajakan kewangan ataupun

financial lease bagi tempoh 2017 hingga 2045 ke atas projek yang dilaksanakan secara Public-

Private Partnership (PPP) di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

Kesemua ini merupakan obligasi tunai kerajaan sehingga tahun 2045 yang perlu

ditanggung melalui peruntukan tahunan bagi membiayai bayaran khidmat hutang dan bayaran

pokok hutang serta bayaran pajakan kewangan. Ini adalah selaras dengan piawaian

antarabangsa, sebagaimana yang telah digariskan di dalam Government Finance Statistics 2014

oleh International Monetary Fund (IMF).

Pada masa hadapan, menerusi perakaunan akruan, kerajaan mengambil langkah proaktif

untuk melaporkan kedudukan keseluruhan iaitu hutang dan liabiliti kerajaan yang lebih

komprehensif dan menggambarkan obligasi sebenar kerajaan, selaras dengan manual Public

Sector Debt Statistics, dan International Public Sector Accounting Standards (IPSASs). Dengan

turut mengambil kira komitmen liabiliti luar jangka, kerajaan dapat mengenal pasti sekiranya

syarikat dengan hutang yang dijamin kerajaan tidak mempunyai kapasiti untuk membuat bayaran

balik faedah dan pokok berikutan model perniagaan yang tidak kukuh serta kegagalan tadbir urus

syarikat seumpama yang kita lihat berlaku kepada 1MDB.

Sekiranya perkara ini tidak diatasi dan memandangkan hutang ini dijamin oleh Kerajaan

Persekutuan, maka ia akan menjejaskan kredibiliti kerajaan dan negara. Seterusnya, ini

menjejaskan keyakinan pelabur domestik dan antarabangsa kepada ekonomi dan kewangan

negara. Sekiranya perkara ini berlaku, maka akan mengakibatkan kesan negatif rantaian yang

besar dan signifikan, meliputi kejatuhan aktiviti ekonomi dan pelaburan, pengeluaran aliran modal

asing, outflow of capital, dengan izin, kerugian kepada sektor swasta, pemberhentian pekerja dan

akhirnya menjejaskan kesejahteraan rakyat.

Langkah kerajaan dalam mengambil kira semua hutang dan obligasi kerajaan adalah lebih

berhemah ataupun prudent, dengan izin, dan realistik, khususnya daripada aspek pengurusan

kewangan negara. Ini bagi memastikan sebarang keputusan yang diambil oleh kerajaan adalah

lebih menyeluruh dan tidak membebankan kedudukan kewangan kerajaan berdasarkan

maklumat yang lebih tepat dan komprehensif. Kementerian juga yakin dengan langkah ini,

keyakinan pelabur dalam jangka sederhana dan panjang, akan lebih kukuh berikutan langkah

kerajaan yang lebih competent, accountable dan transparent ataupun polisi CAT itu.

DN 4.9.2018 40 Keduanya Tuan Yang di-Pertua bagi menjawab perkara-perkara yang telah ditimbulkan

oleh Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr.

Ananthan a/l Somasundaram, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @

Abbas, Yang Berhormat Senator Datuk Sambathan a/l Manickam, Yang Berhormat Senator

Datuk Mohan a/l Thangarasu berkenaan pemansuhan bantuan sara hidup ataupun BR1M.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini, kerajaan komited dalam membantu meringankan

beban perbelanjaan harian rakyat yang berpendapatan rendah. Kerajaan akan mewujudkan

peluang pekerjaan yang lebih banyak serta membuat penilaian sewajarnya dalam pemberian

Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada individu yang benar-benar layak.

Dalam usaha untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, sememangnya kita

mengalu-alukan sangat Foreign Direct Investment (FDI) dalam erti kata yang sebenarnya.

Mereka membawa masuk modal dari luar, membawa masuk kepakaran tetapi kemudiannya

wang, modal dan kepakaran yang ada itu digunakan untuk contohnya membina kilang-kilang

yang kemudiannya memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Tidak seperti yang

dikatakan FDI sebelum ini, wang dikatakan dibawa dari luar tetapi pekerjanya, jenteranya,

bahannya dan semuanya dibawa masuk dari luar yang sebenarnya tidak menepati kehendak

yang kita sebutkan sebagai FDI itu.

Pada setiap tahun Kementerian Kewangan melalui agensi iaitu Lembaga Hasil Dalam

Negeri akan membuat semakan semula permohonan BSH ataupun Bantuan Sara Hidup

termasuk penerima sedia ada, bagi memastikan maklumat yang dikemukakan oleh pemohon

adalah tepat dan hanya pemohon yang benar-benar layak sahaja yang akan menerima Bantuan

Sara Hidup. Pelaksanaan proses verifikasi dibuat secara menyeluruh terutamanya dalam

mengenal pasti pendapatan terkini pemohon dengan membuat semakan data bersama 13 agensi

kerajaan, 13 Tuan Yang di-Pertua.

Kalau boleh saya sebut sebahagian di sini iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,

Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Akauntan Negara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Hal

Ehwal Veteran, Unit Urusan Gaji Angkatan Tentera dan seterusnya sampailah ke Lembaga Hasil

Dalam Negeri. Jadi, memang banyak yang kita rujuk supaya kita dapat pastikan bahawa

penerima yang menerima Bantuan Sara Hidup ini benar-benar layak dan mereka jatuh dalam

kategori yang hendak diberikan Bantuan Sara Hidup.

Kerajaan akan memuktamadkan cadangan penambahbaikan Bantuan Sara Hidup dalam

jangka masa terdekat dan seterusnya membentangkan kepada Jemaah Menteri untuk

DN 4.9.2018 41 pertimbangan dan persetujuan. Kerajaan juga akan memastikan semua bantuan dan insentif

adalah berkesan dan menepati kumpulan sasar yang telah ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah berkenaan dengan kutipan cukai

GST dan cukai pendapatan. Jawatankuasa siasatan ketidakpatuhan membuat bayaran balik ITC

GST dalam tempoh waktu yang ditetapkan telah ditubuhkan pada 14 Ogos 2018 yang

dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan diuruskan oleh Unit Audit Dalam

Kementerian Kewangan. Jawatankuasa tersebut masih dalam proses menjalankan siasatan.

Jadi, untuk makluman semua dan kita tahu bahawa Ketua Setiausaha Perbendaharaan

yang sebelum ini telah pun dilantik untuk menjadi Ketua Setiausaha Negara dan jawatannya

masih lagi kosong. Sementara menunggu ia diisi, unit ini akan ataupun jawatankuasa ini akan

meneruskan siasatan ini. Manakala isu cukai pendapatan yang terlebih bayar oleh pembayar-

pembayar cukai kini sedang dalam siasatan pihak Polis Diraja Malaysia. Kementerian Kewangan

yakin bahawa kes ini akan dapat kita tangani sebaik mungkin dalam masa yang terdekat.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan juga sedang menyemak semula mekanisme

sedia ada untuk menambah baik dan memantapkan lagi tatacara dan prosedur bayaran balik

cukai yang terlebih bayar tersebut agar dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengambil kira

kedudukan kewangan semasa Kerajaan Persekutuan.

■1210

Kementerian Kewangan amat menghargai cadangan Yang Berhormat Senator Chandra

Mohan dan sebarang tindakan susulan akan dibuat bergantung kepada hasil siasatan PDRM

kelak. Sila.

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua, saya amat berterima

kasih atas siasatan yang telah dilakukan. Akan tetapi kalau kita tengok dari antara cadangan

yang saya buat dalam perbahasan saya adalah satu, untuk siasatan dua-dua kes ini.

Akan tetapi kalau kita tengok selain daripada itu, dari segi skop kedua-dua ini adalah

terhad kepada kejadian ini. GST untuk kejadian dan Inland Revenue Board untuk Inland Revenue

Board. Dalam perbahasan saya, saya juga minta Jawatankuasa Khas untuk siasat. Dalam

passing itu saya buat- fasal kalau kita tengok, kerajaan pegang deposit di lain-lain tempat pun,

banyak jenis deposit kita pegang. So, keraguan saya kemungkinan dan baru-baru ini kalau kita

tengok statement accrual accounting standards dan sebagainya, standard yang dipakai.

Keraguan saya ialah sama ada deposit-deposit selain dari dua ini mungkin akan di salah

gunakan.

DN 4.9.2018 42

So, cadangan saya ialah skop itu, kalau belum lagi, skop itu diperluaskan untuk meliputi

selain dari dua ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, kalau

kita lihat dalam dua kes yang ada itu, terutamanya dalam bayaran-bayaran balik ITC GST itu.

Sebenarnya, ia punya SOP sudah ada. Cuma pematuhan kepada SOP itu mungkin ada berlaku

pelanggaran dan sebagainya. Akan tetapi apa-apa pun, kita biarkan jawatankuasa untuk

membuat siasatan.

Adapun keraguan ataupun kebimbangan Yang Berhormat Senator terhadap deposit-

deposit lain yang dipegang oleh pihak kerajaan yang pada suatu masa nanti perlu dipulangkan

kepada pemegang-pemegang deposit ini, kita akan ambil perhatian. Saya kira oleh sebab

mungkin kuantumnya itu adalah tidak terlalu besar, mungkin ia tidak sampai ke tahap dua kes

yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Apa-apa pun, kita mengambil maklum cadangan

yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator tadi.

Tuan Yang di-Pertua, soalan dua oleh Yang Berhormat Dato Dr. Lucas Umbul, berkaitan

dengan bilakah kutipan GST di Sabah dibayar balik kepada negeri Sabah? Yang Berhormat

Senator Dato Dr. Lucas Umbul kata, bila kutipan GST yang dikutip di Sabah hendak bayar balik

kepada Sabah ini? Kesemua hasil kutipan cukai GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang

Disatukan- Consolidated Fund, bersama-sama dengan semua cukai langsung dan cukai tidak

langsung lain yang di kutip oleh Kerajaan Persekutuan. Jadi, semuanya itu disatukan di bawah

Kumpulan Wang Disatukan, GST dan juga yang lain-lain lagi, cukai langsung dan cukai tidak

langsung yang lain.

Seterusnya, hasil cukai tersebut akan diagihkan melalui peruntukan untuk membiayai

aktiviti pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat seperti menambahbaik kemudahan

infrastruktur jalan raya, kesihatan dan pendidikan seperti mana yang telah di tetapkan dan

diluluskan oleh Parlimen. Tidak lama lagi, insya-Allah dalam 2 November nanti ada bajet speech-

belanjawan yang akan dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, kemudian akan

dibahaskan di Parlimen, kemudiannya diluluskan, kemudian diangkat kepada Dewan Negara

untuk dibentangkan dan dibahaskan.

Jadi, semua ini akan kemudiannya dibelanjakan mengikut peruntukan yang telah

diluluskan. Jadi, isu pembayaran semula kutipan GST yang dipungut di negeri Sabah adalah tidak

berbangkit. Sama ada Sabah ataupun Sarawak.

Walau bagaimanapun, ada cukai SST, ini bukan sales and services tax (SST) yang

baharu diluluskan oleh Yang Berhormat sekalian dalam Dewan ini pada bulan yang lepas. Akan

DN 4.9.2018 43 tetapi SST ini ialah state sales tax yang dikutip oleh Kerajaan Negeri Sabah pula merupakan state

sales tax iaitu cukai jualan negeri yang mana Kerajaan Negeri Sabah mempunyai hak untuk

mengenakan dan mengutip cukai berdasarkan Perkara 95B, Perlembagaan Persekutuan.

Jadi, Sabah pun ada ia punya state sales tax yang tersendiri yang saya tidak mempunyai

maklumat sama ada ia dikutip atau pun tidak. Ataupun kalau sekiranya ia memang dikutip oleh

Kerajaan Negeri Sabah, berapa quantum yang kutip setiap tahun. Akan tetapi di bawah

Perlembagaan Persekutuan, Perkara 95B, Kerajaan Negeri Sabah boleh mengenakan state

sales tax iaitu cukai jualan negeri yang boleh dikutip di negeri Sabah.

Sarawak juga Tuan Yang di-Pertua, juga mempunyai hak yang sama untuk mengutip state

sales tax di atas beberapa perkara yang dibenarkan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang soalan yang dibangkitkan

oleh Yang Berhormat Senator YBM. Engku Naimah binti Engku Taib dan Yang Berhormat

Senator Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Yang Berhormat, minta laluan.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Sila.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu yang LHDN ini. Ada

rakan-rakan saya- ini bukan ahli perniagaan tetapi pegawai kerajaan yang telah menunjukkan

kepada saya email, Yang Berhormat Menteri. Bahawa beliau akan menerima balik lebihan

daripada cukai LHDN yang dikenakan. Akan tetapi selepas tiga hingga empat hari dia menerima

email untuk terima lebihan itu, selepas tiga hingga empat hari itu, dia terima lagi satu email

bahawa email yang mula-mula itu dibatalkan. Adakah ini kerana tiada wang? Ataupun dia akan

menerima balik juga lebihan itu? Terima kasih.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Sri

Khairudin. Saya sebenarnya tidak ada maklumat tersebut Yang Berhormat tetapi apa-apa pun

saya akan siasat dan akan berikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Akan tetapi apa-

apa pun, Kerajaan Persekutuan memang memberi jaminan bahawa wang lebihan yang dibayar

oleh pembayar cukai ini akan kita bayar balik. Cumanya sama ada mungkin salah satu caranya

ialah melalui off-setting dengan cukai yang perlu beliau bayar pada tahun berikutnya, mungkin itu

salah satu caranya. Ataupun dibayar balik tunai kepada mereka yang telah terlebih bayar.

Itu merupakan moral imperatives Kerajaan Persekutuan untuk memastikan bahawa yang

terlebih bayar ini, kepada mereka yang bukan sahaja menunaikan tanggungjawab mereka,

kepada negara untuk membayar cukai, membayar kemudian terlebih bayar, sudah pasti kerajaan

DN 4.9.2018 44 tidak akan menganiayai mereka dengan tidak memberi ataupun memulangkan balik wang

tersebut. Cuma mungkin masa sedikit sahaja, Yang Berhormat Dato’ Sri Khairudin Samad.

Seterusnya, saya sebut tadi berkenaan dengan apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat

Senator Engku Naimah dan juga Yang Berhormat Senator Datuk Teo Eng Tee tentang apakah

jaminan harga barang tidak akan membebankan rakyat selepas pengenalan SST bagi

menggantikan GST? Ini suatu yang hebat diperdebatkan di dalam Parlimen dan juga– mungkin

tidak sepanjang Parlimen lah, di debatkan di dalam Dewan yang mulia di Dewan Negara ini.

Hasrat kerajaan untuk menggantikan GST dengan SST adalah merupakan pendekatan

terbaik buat masa ini bagi membendung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan demi

menjaga kepentingan pengguna. Seterusnya, mengurangkan dari segi kos sara hidup rakyat. Ini

kerana SST dikenakan hanya pada satu peringkat sahaja iaitu di peringkat pengilang. Kalau ia

manufacturer, di peringkat pengilang, pengimport, membawa masuk barangan itu daripada luar

ataupun penyedia perkhidmatan, service provider.

■1220

Manakala GST dikenakan di setiap peringkat rantaian pembekalan seperti semua yang

kita tahu sebelum ini. Selain itu secara perbandingannya, skop pengenaan SST adalah lebih kecil

di mana pelbagai jenis barang dan keperluan asas pengguna tidak dikenakan cukai jualan,

manakala cukai perkhidmatan hanya dikenakan ke atas beberapa jenis perkhidmatan tertentu.

Seperti yang semua Ahli Yang Berhormat Senator sedia maklum, Tuan Yang di-Pertua

bagi GST dahulu hanya 545 barangan yang dikecualikan daripada dikenakan GST. Manakala

dalam SST ini, ia meningkat 10 kali ganda iaitu sebanyak 5,443 barangan yang dikecualikan

daripada dikenakan SST. Bilangan ini Tuan Yang di-Pertua meningkat dari sehari ke sehari

sebabnya Yang Berhormat Menteri Kewangan turun untuk membuat hands-holding session,

dengan izin, atau sesi penerangan di negeri-negeri.

Semalam di Seremban banyak soalan yang ditimbulkan dan setiap kali ada hands-holding

session ini, Yang Berhormat Menteri Kewangan menggunakan kuasa yang diberikan kepadanya

untuk menambah senarai-senarai yang dikecualikan daripada dikenakan SST. Umpamanya

sebelum ini hasil laut seperti yang mewah-mewah Tuan Yang di-Pertua abalone- saya pun jarang

makan. Pergi hotel kalau orang jamu baru makan, hendak beli sendiri tidak lah, Tuan Yang di-

Pertua. Abalone ataupun lobster yang mahal-mahal itu dikenakan. Lalu timbul, eh ketam macam

mana? Sotong macam mana?

Jadi Yang Berhormat Menteri menggunakan kuasa yang ada padanya untuk

mengecualikan semua produk laut crustaceans dan juga molluscs, dengan izin, daripada

DN 4.9.2018 45 dikenakan cukai. Kemudian ditanya pula lagi, tak kanlah ikan masin, udang kering pun hendak

kena SST? Lalu beliau menggunakan sekali lagi kuasanya untuk mengecualikan benda-benda

ini yang kita memang guna setiap hari dan terutamanya kumpulan B40 benda ini dikecualikan

daripada cukai.

Jadi bilangan 5,443 barangan itu tidak statik macam itu Tuan Yang di-Pertua dan akan

terus ditambah mengikut keperluan dan roadshow masih berlangsung. Saya yakin apabila ada

roadshow berlangsung, akan ada lagi barang-barang yang dikecualikan. Begitulah juga dalam

yang disebutkan di dalam CPI basket. Kalau di bawah GST ada 60 peratus barangan yang

dikenakan GST di bawah CPI basket, dalam SST hanya 38 peratus sahaja. Jadi logiknya, semua

ini sepatutnya memberikan pengurangan harga barangan kepada pengguna-pengguna dan

disebutkan juga dalam Dewan yang mulia ini bahawa kita anggarkan pada tahun 2018 ini GST

kalau diteruskan sepanjang tahun, kita boleh mengutip sebanyak RM44 bilion.

Akan tetapi kalau SST dilaksanakan sepanjang tahun hanya boleh dikutip RM21 bilion.

Maknanya kekurangan sebanyak RM23 bilion. Jadi di mana perginya RM23 bilion yang kerajaan

hilang pungutan ini? Sudah tentulah sepatutnya ia kembali kepada poket-poket rakyat yang tidak

perlu mengeluarkan belanja yang lebih besar untuk membeli barangan keperluan. Itu pada

asasnya.

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai faktor lain selain elemen cukai yang boleh

menyumbang ke arah perubahan harga barang dan seterusnya memberi kesan kepada kos sara

hidup. Ini termasuk aspek permintaan dan penawaran pada suatu tempoh masa. Jadi memang

kita tahu bahawa kalau berlakunya selalunya dalam musim-musim perayaan apabila permintaan

terhadap suatu barangan itu tinggi pada waktu itu dan pengeluarannya rendah, sudah tentulah

akan berlaku peningkatan harga pada ketika itu. Ataupun berlaku kadar tukaran wang asing yang

meningkat.

Jadi kadang-kadang barangan ini ialah barangan yang kita import. Maka pada waktu itu

kita akan lihat bahawa harga akan meningkat. Harga pasaran minyak dunia dan faktor cuaca juga

memainkan peranan. Apabila faktor cuaca yang tidak menentu menyebabkan pengeluaran bahan

makanan dan sebagainya menjadi kurang, permintaan masih begitu kekal. Jadi apabila ini

berlaku, berlaku juga kenaikan pada harga barangan.

Bagi memastikan pihak tertentu tidak mengambil peluang menaikkan harga barang

sewenang-wenangnya selepas pengenalan SST, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan beberapa inisiatif

DN 4.9.2018 46 seperti menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 melalui Peraturan

Kawalan Harga Barang dan sebagainya.

Kedua, melaksanakan tindakan penguatkuasaan dalam road show yang dibuat untuk

hands holding SST ini, kedua-dua menteri ini biasanya hadir, Yang Berhormat Menteri Kewangan

dan juga Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, kita,

dengan izin, work hand-in-hand untuk memastikan bahawa hasrat kerajaan dalam melaksanakan

tax regime yang baharu ini benar-benar dapat memberikan kelegaan kepada rakyat dengan

harga yang tidak meningkat.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin bangkitkan tentang apa yang dibangkitkan

oleh Yang Berhormat Senator Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin tentang beberapa

kekeliruan ataupun tentang defisit pendapatan GST semasa tax holiday tiga bulan apabila kita

umumkan bahawa GST itu di-zerorised-kan kadarnya dengan izin. Kadarnya dikosongkan GST

masih hidup tetapi kadarnya itu dikosongkan, disifarkan pada Jun, Julai dan Ogos selama tiga

bulan.

Jadi Yang Berhormat Senator Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin bertanya, sudah

tentu tax holiday tiga bulan itu tidak memberikan hasil kepada kerajaan. Jadi selaras dengan

pelaksanaan GST yang disifarkan itu, disifarkan kadarnya itu, kerajaan menjangkakan kehilangan

hasil adalah sebanyak RM11 bilion bagi tempoh tiga bulan tersebut. Ini berdasarkan andaian

kutipan sebanyak RM44 bilion setahun ataupun purata RM3.65 bilion sebulan.

Jadi, untuk mengembalikan atau memastikan bahawa ketiadaan ini dapat kita tampung

dengan perkara-perkara yang lain, kerajaan telah pun melaksanakan kembali SST pada 1

September atau tiga hari yang lepas di mana anggaran SST bagi tahun ini ialah sebanyak RM4

bilion. Oleh itu, kehilangan cukai berasaskan kepenggunaan bersih ataupun net impact adalah

berjumlah RM17 bilion bagi tahun 2018.

Namun begitu, jumlah yang dipulangkan kepada rakyat itu akan menambah kuasa beli

pengguna serta meningkatkan aliran tunai isi rumah dan perniagaan. Keadaan ini dijangka akan

merancakkan lagi aktiviti ekonomi apabila lebihan untuk berbelanja daripada rakyat itu ada, maka

mereka boleh spend atau membelanjakan duit itu dan akan memberikan kesan positif kepada

perniagaan. Ini sekali gus menyumbang kembali kepada hasil kerajaan dalam bentuk cukai yang

lain.

Bagi terus mengukuhkan kedudukan kewangan Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan

melaksanakan inisiatif perubahan fiskal meliputi yang pertamanya meningkatkan hasil melalui

penambahbaikan pengauditan dan pematuhan cukai serta mengurangkan jurang cukai. Ini akan

DN 4.9.2018 47 kita lihat supaya mereka yang sepatutnya membayar cukai membayar cukai. Tidak ada yang

berlaku ketirisan di situ.

Kedua, meneroka sumber hasil baharu terutamanya daripada aktiviti perniagaan atas

talian.

■1230

Kita tahu bahawa perniagaan atas talian atau perniagaan online ini setakat ini tidak

dikenakan apa-apa cukai. Jadi ini juga sedang kita lihat kerana dunia berubah pantas, Tuan Yang

di-Pertua. Perniagaan atas talian ini, kita akan lihat ia akan meningkat dengan begitu melonjak

tinggi dan sudah tentulah kalau kita tidak dapat- dan dia mengambil alih daripada jualan lazim

seperti mana dilakukan sebelum ini di supermarket, hypermarket, kedai-kedai dan sebagainya.

Sekarang kita lihat ramai terutama anak muda, Tuan Yang di-Pertua, cukup selesa

membeli baju Melayu menjelang hari raya secara online. Wanitanya membeli baju kebaya, baju

kurung online. Kita yang tidak berapa muda, hendak kata tua pun tidak, Tuan Yang di-Pertua,

kita lebih selesa untuk pergi ke kedai melihat barangan itu di depan mata, mencuba di badan kita,

kemudian baru membeli. Tetapi tidak, ini habit yang berubah ini, yang kalau kita tidak menurutinya

dengan baik, kita kemungkinan akan kehilangan. Jadi itu juga kita sedang semak untuk diambil

cukai daripadanya.

Menyemak semula insentif cukai bagi memastikan impak yang minimum kepada

pengurangan hasil tetapi pada masa yang sama memberi kesan berganda yang tinggi kepada

aktiviti ekonomi. Memang banyak tax incentive, dan tax holidays yang kita berikan kepada

syarikat dan sebagainya untuk memastikan mereka dapat berkembang dan kemudiannya mereka

dapat memberikan sumbangan kepada ekonomi melalui pekerjaan dan sebagainya. Ini mungkin

dapat kita review semula. Yang mana agak sudah okey, sudah boleh berjalan elok, mungkin tidak

lagi kita berikan tax incentive dan tax holidays dan sebagainya.

Keempat, meningkatkan akauntabiliti syarikat berkaitan kerajaan atau GLC bagi

meningkatkan kecekapan dan sumbangan hasil serta dividen kepada kerajaan. Jadi syarikat-

syarikat berkaitan kerajaan juga supaya mereka dapat memberikan pulangan dividen kepada

kerajaan dengan kadar pulangan yang tinggi.

Kelima, menyusun semula keutamaan perbelanjaan serta mengkaji, menangguhkan serta

merunding semula projek-projek berkos tinggi untuk memastikan kecekapan dan kualiti

perbelanjaan terjamin. Ini yang sedang berlaku sekarang, Tuan Yang di-Pertua. Contohnya

projek ECRL yang tidak dihentikan tetapi kita gantung sementara untuk kita lihat, apakah kerajaan

mendapat value for money daripada projek yang kita jalankan. Kalau biasanya dibuat satu projek

DN 4.9.2018 48 itu kosnya adalah satu kilometer adalah RM500,000 contohnya, apakah projek yang telah dibuat

direct nego ini memberikan value for money kepada kerajaan, kepada rakyat. Jadi ini sedang kita

lihat projek-projek ini untuk memastikan bahawa kita tidak terjebak dalam keadaan melaksanakan

projek yang sebenarnya tidak memberikan value for money kepada kerajaan.

Seterusnya, melaksanakan langkah rasionalisasi perbelanjaan dengan

merasionalisasikan fungsi jabatan, program dan projek bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan

peranan di antara agensi kerajaan.

Seterusnya, meningkatkan tadbir urus supaya lebih cekap, menggunakan kaedah

pelaksanaan tender terbuka, Tuan Yang di-Pertua, menggunakan sistem perakaunan accrual

supaya kita dapat memperlihatkan gambaran sebenar kedudukan ekonomi kita yang lebih

komprehensif.

Seterusnya, mengurangkan secara berperingkat paras hutang sebagai peratusan KDNK

bagi mengurangkan pendedahan risiko penurunan penarafan kredit negara. Sebab, apabila

penarafan kita diturunkan, cost of borrowing kita akan menjadi tinggi dan ini akan memberikan

impak kepada apa yang berlaku dalam ekonomi itu sendiri.

Jadi semua ini dapat kita lakukan untuk seterusnya memastikan sasaran paras defisit

fiskal negara adalah pada tahap yang terkawal iaitu pada tahap 2.8 peratus daripada KDNK dapat

kita capai pada setiap masa.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, seterusnya- saya sudah jawab tadi Yang Berhormat Senator

Datuk Teo.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Saya mohon mencelah, Tuan Yang di-

Pertua.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Sila.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Terima kasih Yang Berhormat Menteri di

atas jawapan yang memang saya kira sedang dinanti-nantikan oleh ramai pihak.

Cuma, saya ingin memohon sedikit penjelasan tentang adakah benar- tadi Yang

Berhormat Menteri ada menyebut tentang salah satu cara untuk menampung balik kekurangan

daripada tax holiday ini adalah melalui cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan. Contohnya

seperti cukai pembelian online dan juga cukai-cukai yang lain.

Cuma boleh tidak saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk dapat perjelaskan lebih

spesifik anggaran RM17 bilion yang berkurangan ini- sebab tadi kata RM11 bilion daripada tax

holiday, kemudian SST daripada RM4 bilion ini- mungkin Yang Berhormat Menteri boleh

DN 4.9.2018 49 menjelaskan selain daripada- adakah Yang Berhormat Menteri merasakan bahawa dengan

meng-introduce ataupun memperkenalkan tax-tax ini boleh menambahkan pendapatan kerajaan

tetapi akan membebankan rakyat?

Sebab apa, pembelian online ini, Yang Berhormat Menteri kata tadi memang ramai orang-

orang muda, memang betul lah, ramai orang muda dan mereka membeli online ini, satunya

daripada segi kekangan masa, dan keduanya kerana cost saving, sebab online ini cost saving.

Tapi kalau katalah kerajaan mencadangkan contohnya tax yang baharu seperti hendak

memperkenalkan kepada tax pembeli online ini, maka akan memberi lebih beban kepada rakyat.

Adalah Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan melaksanakan SST ini mungkin

mengurangkan pendapatan kerajaan, dan yang keduanya dengan mengadakan tax holiday

mengurangkan lagi pendapatan kerajaan dan dalam masa yang sama kerajaan akan

membebankan lagi rakyat dengan meng-introduce-kan more tax, dengan izin?

Saya berharap supaya kerajaan dengan kekurangan RM17 bilion- bukan satu jumlah yang

sedikit ya RM17 bilion dalam tahun ini. Jangkaan kerajaan RM17 bilion tidak memotong atau

mengurangkan bantuan-bantuan yang dijanjikan dalam Bajet 2018. Walaupun ia adalah bajet

Barisan Nasional tetapi saya rasa kepentingan rakyat dan bantuan kepada rakyat perlulah

diutamakan kerana kita walaupun tidak kisahlah, pada saya, kerajaan mana pun, walaupun

kerajaan sekarang asyik sebut Kerajaan Pakatan Harapan, Kerajaan Pakatan Harapan,

sebenarnya kerajaan ini adalah tetap kerajaan, tidak kisahlah Pakatan Harapan atau Barisan

Nasional, tetapi the core business mesti untuk menjaga kepentingan rakyat. Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato' Hajah

Fahariyah yang membangkitkan tentang perkara itu. Pertamanya tentang cukai-cukai baharu

yang bakal diperkenalkan. Tadi yang saya sebut tadi itu adalah merupakan kemungkinan contoh

yang boleh kita terokai cukai-cukai baharu yang boleh kita kenakan.

Sebenarnya, Yang Berhormat Senator, Tuan Yang di-Pertua, cost saving kalau kita

kenakan juga cukai kepada perniagaan online ini, sebenarnya cost saving itu masih sebenarnya

berlaku. Kalau kita hendak membuat andaian bahawa kita ada perniagaan cara baharu yang

mengambil alih perniagaan secara tradisi, kalau dahulu secara tradisi kita dapat cukaikan di sana,

timbul cara baharu kita kata ini tidak perlulah ambil cukai, jadi kerajaan akan sentiasa akan terus

kehilangan sumber-sumber hasil negara.

DN 4.9.2018 50

Tetapi apabila kita kenakan cukai, katalah kita kenakan juga cukai kepada perniagaan

atas talian, saya ingat harganya masih akan tetap murah kerana peniaga tersebut dia tidak ada

overhead yang besar seperti perniagaan-perniagaan lazim. Dia tidak perlu ada satu toko ataupun

kedai yang besar yang dia perlu sewa ataupun dia perlu beli. Dia hanya perlu stock-up barangan

itu di rumah dia, misalnya. So overhead itu dia tidak ada.

Jadi kalau kita cukaikan sedikit di atas perniagaan yang dilakukan itu pun, maknanya

saving ke atas perniagaannya itu masih tetap ada kerana kerajaan juga- Yang Berhormat Senator

Dato' Hajah Fahariyah sebut kerajaan ya. Sudah Yang Berhormat Senator pun tidak mahu kata

Pakatan Harapan kah atau BN kah. Walaupun dahulu kerap mereka sebut, Yang Berhormat

Senator, tetapi tidak mengapa. Kerajaan tetap kerajaan, mengambil alih tanggungjawab tersebut

untuk memastikan bahawa sementara rakyat kita berikan keringanan daripada beban kos sara

hidup yang tinggi tetapi dalam masa yang sama kerajaan perlu terus beroperasi.

■1240

Kita akan melihat apa lagi cukai-cukai yang boleh kita kenakan, yang maknanya agak adil,

mereka akan boleh terus prosper dalam perniagaan yang mereka lakukan tetapi dalam masa

yang sama kerajaan juga mendapat hasil untuk kita pulangkan semula hasil itu kepada rakyat.

Yang Berhormat- seterusnya, soalan juga daripada Yang Berhormat sebenarnya Dato’

Fahariyah tentang bagaimana kerajaan hendak mengatasi syarikat yang mengelak cukai

korporat? Saya ingat ada dibangkitkan.

Jadi antara langkah yang dibuat Tuan Yang di-Pertua oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri,

syarikat yang mengelak cukai korporat adalah melalui aktiviti pematuhan cukai dengan

menggunakan pendekatan menyeluruh bagi tujuan mengelakkan pelarian cukai pendapatan

ataupun tax evasion, dengan izin, yang melibatkan kes penipuan, fraud. Ini cara hendak elak ini.

Ia ada fraud, penipuan. Ia ada keingkaran sengaja Tuan Yang di-Pertua, willful default. Dia

sahaja-sahaja tidak mahu bayar, dia ingkar dengan sengaja atau kecuaian, negligence.

Pendekatan yang diambil adalah tindakan penyiasatan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam

Negeri selaras dengan amalan peringkat antarabangsa. Ianya telus dan diperuntukkan di bawah

subseksyen 91(3), Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mana tindakan penyiasatan boleh diambil

pada bila-bila masa kepada mana-mana pembayar cukai bagi sebarang tahun taksiran, dengan

izin, at any time make an assessment in respect of that person for any year of assessment. Bunyi

ini suspend Tuan Yang di-Pertua. Dia boleh buka semula yang belakang-belakang dan

sebagainya tetapi saya ingat LHDN pun tidak bertindak sedemikian melainkan dalam tempoh

masa yang dijangkakan agak bersesuaian untuk mereka mendapatkan balik pada kategori-

DN 4.9.2018 51 kategori tax evasion yang disebutkan tadi terutama yang fraud dan juga willful default ini Tuan

Yang di-Pertua.

Jadi di bawah seksyen ini denda RM1,000 hingga RM20,000 atau penjara atau kedua-

duanya dan 300 peratus kadar denda atas cukai terkurang akan dikenakan pada mana-mana

syarikat yang didapati bersalah dengan sengaja mengelak cukai korporat. Hukuman ini memberi

pengajaran kepada syarikat yang telah melakukan kesalahan tersebut dan juga sebagai

peringatan keras kepada syarikat-syarikat lain agar sentiasa menghindari perbuatan mengelak

cukai korporat.

Jadi pendekatan kita Tuan Yang di-Pertua ialah pendekatan untuk- dengan secara

bekerjasama dengan pembayar cukai kerana kita perlu fahamkan bahawa mereka mempunyai

tanggungjawab, sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab untuk membayar cukai

kepada negara seperti yang saya sebutkan tadi agar wang tersebut dapat kita pulangkan untuk

kesejahteraan rakyat.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Yang Berhormat Menteri, minta maaf

mencelah.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Ya, sila.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Soalan saya- saya mengucapkan terima

kasihlah ke atas jawapan berkenaan dengan LHDN. Saya tahu, LHDN ini memang kita tahu satu

agensi yang sangat cekap dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah untuk menjaga

kewangan negara.

Akan tetapi, soalan saya sebenarnya lebih kepada melalui aktiviti transfer pricing.

Maknanya dalam pelaksanaan SST ini. Contohnya pengilang mengeluarkan 1,000 barang

kemudian dijual keluar negara. Maknanya, bagaimanakah syarikat- kerajaan hendak menangani

isu pengelakan cukai melalui cukai korporat, melalui aktiviti transfer pricing bagi perusahaan yang

memasarkan produk-produk mereka ke negara jiran? Maknanya, kalau contohnya dia keluarkan

kicap ‘X’ dieksport ke Singapura dengan harga- mungkin declare dengan- dikeluarkan 1,000

tetapi dia declare dia kata dia keluarkan 500. 100 dia jual pada tempatan, 400 dia hantar ke

Singapura contohnya. Dengan perbezaan currency yang dia memperoleh keuntungan yang lebih

daripada currency exchange itu, bagaimana kerajaan hendak mengelakkan dengan melalui cukai

SST ini?

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Jadi transfer

pricing ini adalah merupakan antara isu yang kita melihat dengan cukup serius. Pihak Jabatan

DN 4.9.2018 52 Kastam Diraja Malaysia mengambil serius terhadap perkara ini, kerana ini merupakan antara

punca kebocoran, ketirisan kepada cukai yang sepatutnya kita kutip.

Jadi saya ingat apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator itu ialah merupakan

perkara yang memang berlaku dan pihak kastam akan melalui- sebab kita pun ada kerja-kerja

risikan dibuat oleh pihak kastam untuk melihat perkara-perkara ini. Apabila ada risikan ataupun

mungkin juga whistleblower yang memberi maklumat kepada transfer pricing yang berlaku ini

memang kita membuat siasatan dan daripada mereka yang memang jelas telah melakukan

kesalahan-kesalahan ini, memang kita tidak akan lepaskan untuk dibuat pendakwaan dan

sebagainya.

Seterusnya ialah tentang pemberian bonus dan insentif ganjaran kepada penjawat awam

bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puah Sopiah binti Sharif,

Yang Berhormat Senator Datuk Lucas Umbul dan Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yahaya

bin Mat Ghani. Kerajaan sebenarnya sentiasa menghargai jasa dan khidmat penjawat awam

sebagai tulang belakang kepada pengurusan dan pentadbiran kerajaan. Dalam hal ini kerajaan

sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan para penjawat awam dengan

menyediakan pelbagai kemudahan bagi membantu meringankan beban harian mereka.

Kemudahan yang disediakan kepada penjawat awam antaranya termasuklah

menyediakan taska di pejabat-pejabat utama. Ini bagi memastikan bahawa para penjawat awam

bekerja dalam keadaan hati yang tenang. Contohnya ada anak kecil yang boleh di bawa dan

ditinggalkan di taska ataupun kalau masih dalam peringkat penyusuan, mereka masih boleh- oleh

kerana berada di tempat yang sama pada masa-masa tertentu untuk turun menyusukan anak

dan sebagainya. Kemudahan pengurangan waktu bekerja bagi wanita mengandung, kemudahan

lepasan cuti menunaikan umrah, pemberian cuti kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya

sakit dan perlu dikuarantinkan menerusi cuti tanpa rekod sebanyak lima hari dan kemudahan cuti

belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa yang kini diperluaskan kepada kumpulan

pelaksana.

Walau bagaimanapun, pemberian bonus dan insentif dan ganjaran akan dipertimbangkan

dengan mengambil kira kemampuan dan kedudukan kewangan negara. Kita beri bila ada lebihan.

Kalau kita tidak boleh- dasar ataupun konsepnya Tuan Yang di-Pertua, berhutang untuk memberi

ganjaran ataupun bonus. Jadi itulah sebenarnya dari segi prinsipnya, dan insya-Allah apabila

keadaan kewangan mengizinkan dan agak baik, kelaziman untuk memberi ganjaran dan bonus

ini akan diteruskan.

DN 4.9.2018 53

Kemudian keputusan tentang pembatalan projek ECRL dibangkitkan oleh Yang

Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan

Malaysia telah mengarahkan MRL mengeluarkan notis penggantungan, suspension notice,

dengan izin. Tidak batal lagi Tuan Yang di-Pertua, baru gantung pada 3 Julai 2018 kepada

kontraktor utama iaitu China Communication Construction Company Limited dan China

Communication Construction Company Malaysia Sendirian Berhad. Oleh yang demikian, semua

kerja dan perkhidmatan berkaitan projek ECRL telah digantung kecuali kerja-kerja keselamatan,

safety environment protection yang ini kita buatlah sebab ia keperluan yang memerlukan

dilakukan. Sehinggalah notis selanjutnya dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Kerajaan Malaysia masih belum memuktamadkan secara rasmi hala tuju projek ini dan

masih mengkaji kaedah terbaik untuk menampung kos projek bagi memastikan kerajaan

mendapat nilai yang baik iaitu value for money serta mendapat impak yang besar kepada

peningkatan ekonomi di sepanjang koridor ECRL jika projek ECRL diteruskan. Sehingga kini

rundingan sedang dilaksanakan dengan Kerajaan China bagi memastikan sama ada projek ini

perlu diteruskan ataupun dibatalkan.

Kemudian mengenai status pengambilan tanah projek ECRL yang dibangkitkan oleh

Yang Berhormat Senator Datuk Sambathan a/l Manickam.

■1250

Keseluruhan projek ini kecuali di Selangor, telah memasuki fasa pengambilan tanah di

bawah seksyen 8 ataupun narrow corridor yang mana untuk negeri Kelantan dan Pahang, lot-lot

yang terlibat dengan pengambilan, telah pun diwartakan. Bagi negeri Terengganu pula, kawasan-

kawasan terlibat iaitu di Kuala Nerus, Setiu dan Dungun telah mendapat kelulusan Exco negeri

untuk diwartakan, manakala bakinya di daerah-daerah yang lain, masih dalam proses kelulusan

oleh pihak kerajaan negeri.

Bagi daerah Kuantan Pahang, sebanyak 38 lot tanah telah melalui proses hearing

ataupun pendengaran ataupun sebutan. Namun proses seterusnya iaitu proses award, dengan

izin, ataupun penganugerahan pampasan, ditangguhkan semenjak bulan Mei 2018. Sehingga 31

Ogos 2018, masih belum ada sebarang bayaran yang dilakukan berhubung dengan pampasan

pengambilan tanah.

Sehubungan dengan keputusan kerajaan untuk menyemak semula projek ECRL, semua

aktiviti pengambilan tanah dihentikan sehingga hala tuju projek ECRL dimuktamadkan secara

rasmi. Kerajaan Malaysia masih mengkaji sama ada kaedah yang terbaik untuk menampung kos

DN 4.9.2018 54 projek bagi memastikan, seperti yang saya sebut tadi, kita mendapat value for money serta

mendapat impak yang baik daripada pelaksanaan projek ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin Samad

membangkitkan tentang non accountability standard iaitu tentang pinjaman bank. Tuan Yang di-

Pertua, institusi kewangan berlesen adalah tertakluk kepada garis panduan berhubung

pengelasan hutang tidak berbayar dan piawaian perakaunan Malaysia. Secara amnya, apabila

peminjam gagal untuk menjelaskan ansuran pinjaman bulanan lebih daripada 90 hari ataupun

tiga bulan, institusi kewangan pada hari yang ke-91 itu akan mengelaskan pinjaman tersebut

sebagai tidak berbayar.

Di dalam hal ini, institusi kewangan mempunyai mekanisme untuk menstrukturkan semula

pinjaman bagi peminjam-peminjam yang menghadapi masalah aliran tunai dan kewangan.

Apabila pihak peminjam mula menghadapi masalah pembayaran semula pinjaman, kedua-dua

pihak adalah digalakkan untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah tersebut melalui

pengurangan ansuran pinjaman sebelum tindakan lanjut seperti menarik balik pinjaman.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, jumlah akaun pinjaman bagi

perusahaan kecil dan sederhana yang telah di struktur semula adalah sebanyak 1,370 akaun

dengan nilai RM8.17 bilion. Jadi dalam hal ini,Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator

Dato’ Sri Khairudin, pihak bank memang mengambil tindakan-tindakan proaktif untuk

memastikan- sebab apabila dia menjadi non-performing loans ini, akhirnya yang akan rugi adalah

sebenarnya kedua-dua belah pihak.

Jadi pihak bank mengambil tindakan proaktif sebelum ia berlanjutan dengan lebih parah,

maka pihak bank biasanya dan juga kena ada proaktif jugalah step daripada pihak peminjam

untuk sama-sama duduk dan menstrukturkan semula pinjaman tersebut agarnya dia tidak

menjadi NPL dan agar yang berniaga akan terus dapat berniaga dengan mungkin kekangan-

kekangan kewangan yang telah distrukturkan semula tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, tentang- banyak lagi ini. Dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator

Datuk Lee Tian Sing berkenaan kejatuhan nilai Ringgit. Faktor utama kejatuhan nilai ringgit

kebelakangan ini adalah akibat aliran keluar dana asing yang didorong oleh faktor-faktor luaran.

Antaranya, pertama, ketidakstabilan pasaran dunia akibat risiko perang perdagangan ataupun

trade war, dengan izin antara kuasa dagang utama Amerika Syarikat dan China. Jadi Donald

Trump ini pelakon utamalah. Jikalau dia selalu melatah dan sebagainya, ugut dan sebagainya

trade war dengan China ini, memang mereka berdengus ataupun mereka yang terima kesannya

adalah negara-negara yang lain termasuk kita Malaysia.

DN 4.9.2018 55 Kedua, kenaikan kadar faedah oleh bank pusat Amerika Syarikat, menyebabkan pelabur

menilai dan mengimbangi semula kedudukan portfolio mereka dalam pasaran kewangan

ekonomi sedang pesat membangun ataupun emerging economies. Jadi, mereka ada lebihan

wang di Amerika, mereka pergi pada emerging economies untuk mereka melabur untuk

mendapatkan dividen dan pulangan. Akan tetapi apabila ini kadar faedah oleh bank pusat dinilai

Amerika Syarikat berlaku, maknanya mereka bawa balik semua duit ini ke Amerika Syarikat untuk

dilaburkan di sana kerana pulangan mereka adalah lebih baik.

Faktor luaran ini turut memberikan kesan kepada mata wang negara serantau yang lain,

di mana negara-negara ini turut mengalami penyusutan nilai mata wang berbanding Dolar

Amerika Syarikat.

Pada tahun 2018, Ringgit telah menyusut sebanyak 1.1 peratus manakala mata wang

serantau telah menyusut nilai sebanyak antara 0.2 peratus hingga 9.6 peratus berbanding

dengan Dolar Amerika Syarikat pada tahun 2018. Ini sehingga 30 Ogos 2018. Jadi berbanding

dengan mata wang serantau, prestasi ringgit adalah lebih stabil. Saya sebut tadi, kita berlaku 1.1

peratus penyusutan nilai, di rantau kita ini antara 0.2 peratus kepada 9.6 peratus. Ringgit telah

menambah nilai sebanyak 6.9 peratus berbanding dengan Rupiah Indonesia, 5.7 peratus

berbanding Peso Filipina dan satu peratus berbanding dengan Singapura.

Dalam keadaan global yang tidak menentu ini ...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua: Panjang lagi?

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Banyak lagi Tuan Yang di-Pertua. Ataupun Tuan

Yang di-Pertua hendak cadang kata saya jawab secara bertulis kah atau macam mana ini?

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak mengapa, teruskanlah.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Teruskan. Okey.

Timbalan Yang di-Pertua: Kita berhenti pukul 1.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Kita berhenti jam 1?

Timbalan Yang di-Pertua: Baik.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam

keadaan global yang tidak menentu ini, keadaan pasaran kewangan yang lebih lancar dan teratur

adalah penting dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah ekonomi yang terbuka. Kadar

pertukaran ringgit yang tidak menentu, boleh menjejaskan aktiviti ekonomi, berikutan kesukaran

sektor perniagaan dan perindustrian merancang strategi dan mengambil keputusan yang wajar.

DN 4.9.2018 56 Namun begitu, peniaga tempatan juga perlu mengambil langkah-langkah untuk mengurus risiko

dedahan terhadap kadar pertukaran asing di dalam negara.

Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia sentiasa menjalankan operasi pasaran dua hala

dalam pasaran pertukaran asing untuk mengawal tekanan daripada aliran pelaburan modal global

yang ketara dan besar bagi mengurangkan volatility nilai mata wang. Dalam jangka masa yang

lebih panjang, nilai ringgit akan didorong terutamanya oleh kekuatan asas ekonomi negara.

Mungkin berlaku sekali skala penurunan yang mendadak dan sebagainya, tetapi akhirnya the

fundamental of economy dalam sesebuah negara itu akan menentukan nilai mata wangnya.

Sehubungan dengan itu, Malaysia perlu menumpukan usaha untuk meningkatkan daya

tahan ekonomi dengan mempelbagaikan sumber ekonomi, memperkukuhkan daya saing

ekonomi dan kedudukan fiskal negara. Dengan ini, nilai Ringgit akan terus meningkat seiring

dengan pengukuhan asas ekonomi negara dan pasaran kewangan global.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua ialah mata wang digital. Bank Negara Malaysia ingin

menegaskan bahawa mata wang digital ataupun cryptocurrency tidak diiktiraf sebagai mata wang

yang sah. Kita tidak iktiraf, Bank Negara tidak iktiraf.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sebaik eloknya saya cadangkan Yang

Berhormat Menteri sambung selepas pukul 2.30 petang nanti.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Okey, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Jadi Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri yang telah

menjawab dengan baik iaitu Yang Berhormat Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah, Timbalan Menteri

Kewangan yang telah memberi jawapan yang panjang lebar dan kita minta dia sambung pada

2.30 petang.

Ahli Yang Berhormat, untuk maklumkan bahawa pada pukul 1 tengah hari ini kita ada sesi

fotografi Ahli-ahli Yang Berhormat. Itu sebagai peringatan mesra, saya minta semua Ahli Yang

Berhormat berada di Dewan Negara ini ataupun Dewan Bankuet pukul 1 tengah hari tepat. Jadi

dipersilakan sebelum kita ada lunch.

Dengan itu, jam pukul 1 tengah hari. Ahli Yang Berhormat, saya tangguhkan mesyuarat

Dewan sehingga jam 2.30 petang. Sekian, terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

DN 4.9.2018 57 ■1430

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN

DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

2.32 ptg.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1), Mesyuarat pada hari ini

tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Pertanian dan

Industri Asas Tani, sebagai No.11 di dalam senarai susunan giliran Yang

Berhormat Menteri-Menteri menjawab ke atas perbahasan Titah Diraja yang akan

diedarkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10

pagi, hari Rabu, 5 September 2018.”

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang menyokong?

Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah]: Saya menyokong,

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah

kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah

disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua: Sambung jawapan Menteri Kewangan. Yang Berhormat Menteri

dan Timbalan Menteri, kalau jawapan kepada Ahli Yang Berhormat itu tidak ada di dalam Dewan,

saya berikan ruang kepada Yang Berhormat Menteri supaya boleh berikan jawapan secara

bertulis. Silakan.

DN 4.9.2018 58

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma problem

saya, Tuan Yang di-Pertua, ialah saya belum berapa mengenali Yang Berhormat Senator sama

ada berada di dalam Dewan ataupun tidak. Jadi, tidak apa, saya teruskan.

Tuan Yang di-Pertua, tadi kita bercakap tentang mata wang digital yang mana saya telah

sebutkan tadi bahawa Bank Negara Malaysia menegaskan bahawa mata wang digital atau crypto

currency, tidak diiktiraf sebagai mata wang yang sah. Jadi, barang siapa yang menggunakan,

memperdagangkannya, menggunakan mata wang digital adalah atas risiko sendiri dan tidak

dijamin perlindungan consumer di bawah mana-mana undang-undang.

Bank Negara Malaysia menganggarkan purata transaksi bulanan yang berkaitan dengan

mata wang digital di Malaysia pada tahun 2017 adalah dalam lingkungan RM75 juta. Bank Negara

Malaysia mewajibkan keperluan melaporkan ke atas mana-mana orang perseorangan ataupun

syarikat yang menjalankan aktiviti pertukaran crypto token di bawah Akta Pencegahan

Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti

Haram 2001 (AMLA 2001). Hal ini bertujuan untuk memastikan penggunaan crypto token di

negara ini tidak menyumbang kepada kegiatan penggubahan wang haram atau pembiayaan

keganasan. Keperluan pelaporan telah berkuat kuasa sejak 2 Januari 2018. Selain keperluan

pelaporan di bawah AMLA, penukaran crypto token adalah tidak tertakluk kepada pengawal

seliaan Bank Negara Malaysia.

Oleh yang demikian, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati terhadap risiko

penggunaan, perdagangan dan penyertaan dalam mana-mana aktiviti crypto token

memandangkan tiada jaminan perlindungan yang diberikan. Selain itu, diingatkan juga bahawa

transaksi crypto token yang melibatkan aktiviti yang dikawal selia di bawah undang-undang yang

ditadbir oleh Bank Negara Malaysia ataupun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia seperti pengambilan

deposit ataupun aktiviti pasaran modal tanpa kebenaran yang sewajarnya adalah satu kesalahan

di bawah undang-undang. Kita menasihatkan agar pihak awam merujuk kepada maklumat

mengenai institusi pelapor seperti maklumat perniagaan, pemegang saham, jenis perkhidmatan

yang dijalankan dan nombor hubungan di laman sesawang Bank Negara Malaysia yang

diterbitkan serta dikemas kini dari semasa ke semasa supaya keputusan yang berhemat dapat

dibuat oleh orang awam.

Perkongsian maklumat dengan agensi penguatkuasaan yang lain juga dilaksanakan bagi

menangani jenayah komersial membabitkan crypto token. Syarikat dan laman sesawang

berkaitan dengan mata wang digital yang disyaki membawa kemudaratan kepada orang awam

akan dikenal pastikan dan disenaraikan di bawah Senarai Peringatan kepada Pengguna

DN 4.9.2018 59 Kewangan (SPPK), dengan izin, Financial Consumer Alerts di laman sesawang BNM. Tujuan

senarai dimuat naik ke dalam laman sesawang BNM adalah sebagai langkah peringatan supaya

orang awam tidak terjebak dalam skim-skim kewangan yang tidak diberikan kelulusan. Orang

ramai juga digalakkan supaya sentiasa merujuk kepada SPPK iaitu senarai peringatan tadi itu

yang diterbitkan di laman sesawang itu sebelum menyertai mana-mana pelaburan ataupun skim

kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, berikut ialah soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat

Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim...

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Mohon mencelah Yang Berhormat Menteri,

sebelum Yang Berhormat Menteri masuk ke perkara lain.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Sila.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Apakah kerajaan akan mengkaji? Ini kerana

crypto currency ini is a future currency. Itu yang diakui oleh sesetengah negara maju. Contoh

negara Jepun, walaupun tidak dikira sebagai legal tender tetapi digunakan juga crypto currency

ini. Apakah kerajaan akan mengkaji supaya ia akan digunakan dalam masa hadapan? Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Terima kasih Yang Berhormat Senator Mohd

Suhaimi di atas penyertaan tersebut. Saya ingat perkembangan yang berlaku dalam dunia masa

kini memang akan sentiasa kita lihat. Perkara yang kita tidak pernah terlintas untuk berlaku dan

dibenarkan pada suatu ketika, sekarang ini sudah menjadi satu amalan.

Jadi, begitulah dengan keadaan crypto currency ini. Buat masa sekarang, itulah pendirian

pihak kerajaan. Akan tetapi kita akan terus untuk melihat perkembangan yang berlaku di negara-

negara jiran dan di negara-negara lain. Kalau sampai masa dan ketikanya untuk kita membuat

perubahan pendirian, kita akan berbuat demikian sesuai dengan peredaran masa dan kehendak

daripada pasaran. Terima kasih. Soalan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ismail bin

Ibrahim.

Tuan Yang di-Pertua: Ada.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Ini berkenaan dengan peranan syarikat berkaitan

kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan mengambil maklum

kepentingan peranan yang dimainkan oleh syarikat-syarikat kerajaan, sama ada syarikat

DN 4.9.2018 60 berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dalam menentukan hala tuju

pembangunan ekonomi negara.

■1440

Maka kerajaan sentiasa komited untuk melaksanakan tadbir urus yang baik berdasarkan

prinsip akauntabiliti, kompetensi dan transparent bagi meningkatkan kecekapan dan

keberkesanan operasi syarikat. Sungguhpun keadaan persekitaran ekonomi tidak menentu pada

masa kini, syarikat-syarikat kerajaan terus giat melaksanakan pelbagai inisiatif strategik seperti

mana yang telah dirangka dalam perancangan perniagaan masing-masing.

Secara keseluruhannya, prestasi kewangan syarikat-syarikat kerajaan bukan sahaja

memberi impak kepada pendapatan negara melalui cukai yang dikenakan ke atas keuntungan

syarikat tetapi juga akan memberi hasil dividen tunai kepada kerajaan sama ada secara langsung

atau tidak langsung. Malah syarikat milik kerajaan turut menyumbang dalam bentuk bukan

kewangan, non-financial contribution, dengan izin, melalui pelaksanaan program-program

tanggungjawab sosial korporat- corporate social responsibility seperti menaja dan menyediakan

barangan persekolahan kepada golongan kurang kemampuan, bantuan kepada mangsa banjir,

sumbangan kepada anak yatim, ibu tunggal, orang kelainan upaya, golongan miskin, penajaan

sekolah angkat dan sebagainya.

Pembangunan sektor swasta yang rancak adalah penting bagi memastikan pertumbuhan

dan pembangunan ekonomi negara. Sehubungan itu, syarikat-syarikat kerajaan ini seharusnya

berperanan sebagai key driver dalam membangun dan memperkukuhkan ekonomi negara

berbanding peranan kerajaan itu sendiri. Justeru itu, bagi memastikan syarikat-syarikat kerajaan

khususnya syarikat milik penuh kerajaan memberi pulangan yang signifikan secara kewangan

dan bukan kewangan. Kerajaan sentiasa memantau syarikat-syarikat ini agar beroperasi selaras

dengan objektif penubuhan dan mandat yang ditetapkan berdasarkan:

(i) business plan ataupun pelan perniagaan syarikat;

(ii) sasaran key performance indicators syarikat dan laporan pencapaian KPI

setiap suku tahun;

(iii) penyata kewangan beraudit tahunan;

(iv) laporan pengurusan suku tahunan; dan

(v) perbincangan dengan syarikat dari masa ke masa.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, soalan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Mohan a/l

Thangarasu.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada.

DN 4.9.2018 61

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Tidak ada ya. Tidak ada, mungkin saya akan beri

jawapan secara bertulis. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua ialah soalan berkenaan dengan

Tabung Harapan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Hajah Fahariyah binti Hj

Md Nordin. Ada dalam Dewan. Berkenaan dengan pengurusan Tabung Harapan Malaysia.

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah terkini kutipan THM, Tabung Harapan pada 3

September, jam tiga petang, semalam ialah sebanyak RM182,425,226.93. Macam mana jadi 93

sen jangan tanya saya, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: SST.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Bukan SST, ini termasuk duit yang di-bank in

ataupun yang dihantar dari luar negara, yang dimasukkan oleh warganegara Malaysia yang

berada di luar negara. Jadi apabila pertukaran berlaku, ada sen-sen di belakang itu.

Perancangan perbelanjaan kutipan Tabung Harapan ini berdasarkan kepada arahan

amanah Tabung Harapan Malaysia. Perbelanjaan yang dibenarkan ialah perbelanjaan yang

melibatkan pembayaran hutang Kerajaan Persekutuan sahaja. Jadi kalau Tuan Yang di-Pertua

kata hendak bawa Ahli Senate untuk pergi berjalan, tidak boleh duit ini Tuan Yang di-Pertua. Ini

untuk bayaran hutang Kerajaan Persekutuan sahaja.

Sehubungan itu, mekanisme pembayaran hutang negara menggunakan dana THM akan

dirangka dan diperhalusi oleh Jawatankuasa Akaun Amanah agar proses pembayaran hutang

tersebut dilaksanakan secara teratur, telus, berintegriti mengikut peraturan dan perundangan

yang sedang berkuat kuasa.

Pada masa ini, kerajaan sentiasa mengisytiharkan jumlah penerimaan sumbangan

Tabung Harapan. Justeru itu penggunaan dana tabung ini juga akan dimaklumkan kepada semua

rakyat Malaysia dari masa ke masa.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat

Senator Puan Lim Hui Ying...

Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Tidak ada ya. Jadi saya akan jawab secara bertulis.

Datuk Mohan a/l Thangarasu: Yang Berhormat, saya sudah ada di sini, Datuk Mohan

a/l Thangarasu. Kalau boleh baca dekat saya.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Boleh reverse gear, Tuan Yang di-Pertua?

Datuk Mohan a/l Thangarasu: Boleh. Macam-macam Pakatan Harapan buat, reverse,

reverse, ini pun mesti boleh.

Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Tuan Yang di-Pertua...

DN 4.9.2018 62

Tuan Yang di-Pertua: Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri.

Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: ...Sebelum itu berkenaan dengan Tabung

Harapan. Dalam perbahasan saya, saya ada bertanyakan bilakah bercadang untuk ditutup

kutipan daripada orang awam ini? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Terima kasih. Tentang sama ada terdapat cadangan

untuk ditutup Tabung Harapan ini, saya ingat sudah ada keputusan iaitu ia akan ditutup sehingga

akhir bulan September. Jadi kalau Yang Berhormat Senator belum sampai-sampaikan lagi dalam

Tabung Harapan itu, insya-Allah masih lagi ada peluang untuk berbuat demikian- ataupun

sebelum sesi sidang Dewan Negara berakhir, Tuan Yang di-Pertua mewakili semua untuk

menyerahkan cek, kita bersedia untuk berada di Dewan ini pada bila-bila masa untuk menerima

sumbangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat semua.

Kita balik tadi kepada soalan interesting Yang Berhormat bagi ini. Yang Berhormat

Senator Datuk Mohan a/l Thangarasu mencadangkan supaya mengehadkan hanya satu syarikat

perjudian empat ekor yang beroperasi di seluruh Malaysia agar dapat mengurangkan masalah

perjudian di kalangan rakyat dan pelaburan dalam perjudian juga dapat dikurangkan. Pelaburan?

[Ketawa] Pelaburan yang menguntungkan sedikit, yang ramainya tidak untung Tuan Yang di-

Pertua. Untuk makluman, terdapat enam operator nombor ramalan yang sah sebab dia dapat

lesen iaitu:

- Magnum Corporation Sdn. Bhd.;

- Sports Toto Malaysia Sdn. Bhd.;

- Pan Malaysian Pools Sdn. Bhd.;

- Sarawak Turf Club;

- Sandakan Turf Club; dan

- Diriwan Corporation Sdn. Bhd.

Ini yang dibenarkan untuk memungut, mengendali dan menganjurkan pertaruhan nombor

ramalan. Kesemua operator dan agen masing-masing dilesenkan di bawah Seksyen 5, Akta

Pertaruhan Pool 1967. Manakala PMP beroperasi di bawah Akta Pertaruhan, Lembaga

Totalisator 1961, Akta 494. Betul, Tuan Yang di-Pertua? Bilangan tadi betul ya?

Saya baca Tuan Yang di-Pertua ya. Pada masa ini hanya Sport Toto...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tidak pasti. Yang

Berhormat Timbalan Menteri yang tahu lebih.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Pada masa ini, hanya Sports Toto Malaysia Sdn.

Bhd. sahaja yang beroperasi di seluruh Malaysia kecuali Kelantan dan Terengganu.

DN 4.9.2018 63

Magnum Corporation juga beroperasi di seluruh negara kecuali Sabah, Kelantan dan

Terengganu.

Pan Malaysian Pools Sdn. Bhd hanya beroperasi di Semenanjung Malaysia sahaja

kecuali Kelantan dan Terengganu.

Manakala Sarawak Turf Club beroperasi di Sarawak. Sandakan Turf Club dan Diriwan

Corporation beroperasi di Sabah sahaja.

Untuk makluman Yang Berhormat, tiada lesen baru yang dikeluarkan sejak tahun 1990

dan lesen nombor ramalan ini sedia ada dikawal dengan ketat melalui syarat lesen dan

penguatkuasaan bagi memastikan industri perjudian dapat dikawal dengan berkesan dan

memastikan perjudian tidak mendatangkan masalah sosial seperti ketagihan judi melampau.

■1450

Walaupun ada banyak syarikat, Yang Berhormat, tetapi mereka beroperasi pada hari yang

sama iaitu hari Sabtu, Ahad dan Rabu. Bermakna semua ini beroperasi pada hari yang sama.

Jadi kalau dia- tidak apalah, tiga hari yang sama itulah [Ketawa] Tidak ada lesen yang baharu,

Tuan Yang di-Pertua, dan penguatkuasaan dan syarat-syarat yang dikenakan adalah ketat dan

kita harap ia tidak akan menjadi suatu tabiat yang menjadi ketagihan kepada rakyat Malaysia.

Yang Berhormat...

Datuk Mohan a/l Thangarasu: Yang Berhormat Menteri, saya nak tanya kerana ini bukan

pasal lesen baharu. Sekarang ini sudah ada enam atau- di Semenanjung ini, di Semenanjung ini

ada tiga. Bolehkah kementerian boleh cantumkan jadi satu? Contohnya, sekiranya sesiapa yang

hendak berjudi ini, kalau katakan nombornya 3060, dia nak ambil nombor itu, dia pergi ke ‘kuda’,

Sport Toto, Magnum 4D. Jadi dia kena labur di sini RM100, sini RM100, sini RM100, RM300.

Kalau dia dicantumkan, dia cuma akan labur di satu tempat sahaja. So RM200 dia boleh save.

Ini boleh kurangkan beban rakyat. Itu yang saya nak. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Cantumkan macam banklah [Ketawa]

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, saya

ingat soalan yang ditanyakan...

Tuan Yang di-Pertua: Cadangan, cadangan.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Cadangan. Cadangan yang diberikan itu sebenarnya

tidak dapat nak dilaksanakan kerana ia melibatkan tiga syarikat yang berasingan, kalau di

Semenanjung seperti yang Yang Berhormat sebut tadi, kecuali mereka dengan sendirinya

bersetuju untuk membuat merger di antara tiga syarikat judi ini. Akan tetapi nasihat saya, Yang

Berhormat, daripada RM100, RM100, RM100 dengan nombor 3060- saya ingat ada orang tulis

DN 4.9.2018 64 sudah ini [Ketawa] RM100, RM100, RM100 itu kita nasihat tidak payah labur dekat situlah.

RM300 masuk Tabung Harapan lagi baiklah saya ingat [Ketawa] Untuk tidak menggalakkan

rakyat untuk judi ini menjadi satu ketagihan.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya ialah soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat

Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah berkenaan mempertimbangkan permohonan

peruntukan tambahan oleh Kerajaan Negeri Kedah terhadap wang royalti Pulau Pinang dan

Seberang Perai yang diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris ataupun pada masa itu

kepada Francis Light dengan bayaran 10,000 Spanish Crooner pada ketika itu dan setelah kita

merdeka, termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, bayaran royalti sebanyak RM10,000

setahun.

Jadi untuk makluman, pada 7 Jun 2018, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa

beliau mempengerusikan Majlis Kewangan Negara 2018 dan kebetulan, Tuan Yang di-Pertua,

waktu itu saya juga hadir dalam Majlis Kewangan Negara 2018 ini tetapi waktu itu saya pakai cap

lainlah. Cap negeri Kedah mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah pada waktu itu,

belum menjadi Timbalan Menteri lagi.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menzahirkan hasrat supaya Kerajaan

Persekutuan mengkaji semula pemberian khas ini sebanyak RM10,000 setiap tahun. Bukan

sahaja pemberian khas ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan hasrat

beliau untuk dikaji keseluruhan pemberian Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri supaya

ia lebih bersifat adil untuk mengurangkan jurang di antara negeri-negeri yang sudah maju jauh

ke hadapan dan negeri-negeri yang masih terkebelakang dari segi pencapaian ekonomi dan

sebagainya.

Antara contohnya ialah capitation grant, Tuan Yang di-Pertua, iaitu pemberian

berdasarkan bilangan kepala penduduk. Sudah tentulah di negeri-negeri yang maju seumpama

Selangor, bilangan rakyatnya ramai yang terdiri daripada anak jati Selangor dan juga mereka

yang berasal daripada negeri-negeri lain yang bermigrasi ataupun berpindah ke negeri-negeri

maju ini untuk mencari pekerjaan, jadi bilangan mereka semakin ramai dan oleh kerana bilangan

ramai, dapat capitation grant pun banyak. Di negeri-negeri yang kurang dari segi ekonominya,

contohnya negeri Perlis, bilangan penduduk pun tidak ramai, lepas itu ramai pula berpindah

keluar, tinggal Menteri Besar dengan Exco sahajalah kot dengan ADUN-ADUNnya, jadi tidak

ramai, jadi dapat capitation grant pun sedikit.

Jadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah minta supaya ini dikaji semula agar

dapat memberikan suatu kesaksamaan untuk negeri-negeri bergerak ke hadapan.

DN 4.9.2018 65

Kembali kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd

Suhaimi ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah minta ini supaya dikaji dan Jemaah

Menteri pada 4 Julai 2018 telah bersetuju supaya Kerajaan Persekutuan memperuntukkan

bayaran sumbangan khas kepada Kerajaan Negeri Kedah pada kadar RM10 juta setahun

daripada RM10,000 yang merupakan satu unilateral undertaking pada pihak Kerajaan

Persekutuan bagi mengekalkan hak dan bayaran tahunan Negeri Pulau Pinang dan kadar

sumbangan khas ini akan disemak semula setiap sepuluh tahun atau dalam jangka masa yang

difikirkan sesuai. Sehubungan itu, sumbangan ini telah pun disalurkan bagi tahun 2018.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan berharap supaya semua kerajaan negeri

dapat memberikan masa kepada Kerajaan Pusat untuk memulihkan keadaan fiskal di Putrajaya

ekoran perbelanjaan tidak terkawal, penyelewengan dan sebagainya dan selepas ini, insya-Allah,

kita akan pastikan bahawa peruntukan-peruntukan yang diberikan itu adalah bagi sama-sama

kita membangunkan negeri-negeri dan supaya kesenjangan di antara negeri yang jauh ke

hadapan dengan yang terkebelakang dapat kita rapatkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahaja.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Mohon mencelah, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Mungkin pencatat tidak mencatat. Sebenarnya

saya memohon- ucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu atas RM10 juta

yang diberikan dan RM10 juta ini akan di-review, seperti mana yang Yang Berhormat kata tadi,

sepuluh tahun sekali. Dan sepuluh tahun itu patut juga ditambah dengan perjanjian Francis Light

dengan Sultan Abdullah iaitu selagi ada bulan dan matahari.

Saya juga pada hari semalam, saya menyatakan bahawa satu cenderahati tanda kasih

kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Sultan Kedah

dua kali menjadi Agong dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga dua kali menjadi

Perdana Menteri dan dua-duanya datang daripada Kedah termasuk Yang Berhormat Timbalan

Menteri Kewangan.

Jadi saya memohon cenderahati tanda kasih ini sebanyak RM100 juta kepada Kerajaan

Negeri Kedah supaya mereka dapat mendirikan sesuatu yang boleh diberikan nama Almarhum

Tuanku ataupun Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad. Itu persoalan yang saya

bangkitkan. Apa pun, saya ucapkan terima kasih di atas RM10 juta tersebut. Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua dan saya mohon komen daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua: RM100 juta.

DN 4.9.2018 66

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih

Yang Berhormat. Catatan yang saya dapat tidak termasuk itu. Jadi ini benda yang saya baru

dengar.

■1500

Apa yang dibangkitkan ini akan saya bawa balik semula kepada perhatian kementerian

dan apa pun pemberian atau seumpama itu dengan jumlah dan kuantum yang disebutkan itu

perlulah mendapatkan kebenaran daripada kabinet dan sebagainya. Cadangan yang diberikan

itu akan kita ambil perhatian dan bawa kepada pihak yang tertentu untuk mendapat kelulusan

dan sebagainya. Jadi, yang tadi one off ya Yang Berhormat. One off RM100 juta, yang

RM10,000,000 yang di setiap tahun itu adalah merupakan cadangan daripada Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri sendiri. Jadi, itu kuantum yang telah diluluskan oleh pihak kabinet

atas cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat

Senator yang telah membangkitkan dan memberi cadangan untuk memastikan bahawa

kelancaran segala program yang telah kita rancang untuk negara kita melalui pengurusan

kewangan yang berhemah untuk memastikan bahawa manfaat itu dapat kita sampaikan kepada

rakyat dengan melaksanakan projek dan program yang value for money yang ada di situ. Setiap

duit ringgit dan sen yang kita belanjakan itu adalah untuk kita pastikan bahawa rakyat di bawah

akan dapat menikmatinya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan.

Silakan Kementerian Perdagangan, Antarabangsa dan Industri.

3.01 ptg

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dr. Ong Kian Ming]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan saya singkat saja. Ada tiga Ahli Yang Berhormat

Senator yang telah membangkitkan isu tentang nombor satu, pelaburan. Nombor dua tentang

projek Kereta Nasional Ketiga.

Untuk Yang Berhormat Senator Puan Sopiah binti Sharif, ada dalam Dewan tidak? Tiada,

tetapi saya jawab dengan, ada? Okey, ada.

Yang Berhormat Senator Puan Sopiah binti Sharif telah membangkitkan pertanyaan

berkenaan jumlah pelaburan yang ditarik keluar dari negara dalam tahun 2018 dan juga serta

langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk terus menarik pelaburan asing.

DN 4.9.2018 67

Untuk makluman Yang Berhormat, hanya 6 projek pelaburan asing ataupun FDI berskala

kecil dengan nilai pelaburan berjumlah RM37.3 juta dalam sektor perkilangan telah menutup,

memberhentikan atau memindah operasi perkilangan mereka dari negara ini sejak Januari hingga

ke bulan Jun 2018.

Saya rasa apabila bandingkan jumlah ini kepada jumlah pelaburan yang telah ditarik ke

dalam Malaysia, iaitu dari segi FDI pada bulan Januari hingga Jun 2018 adalah lebih kurang

RM26.5 bilion jumlah yang telah dihentikan. Memang adalah satu peratusan yang begitu kecil

dan saya rasa ini menunjukkan bahawa di bawah Kerajaan Baharu, pelabur asing masih ada

confidence dan keyakinan kepada kerajaan yang baharu dan keyakinan mereka saya rasa akan

bertambah dengan prestasi yang lebih baik di bawah Kerajaan Baharu.

Akan tetapi, memang adalah satu cabaran yang besar kepada kementerian saya untuk

menarik pelabur yang berkualiti tinggi, yang juga boleh memberi manfaat kepada rakyat dengan

kewujudan peluang perniagaan dan juga pekerjaan bernilai tinggi. Jadi apa yang penting ialah,

kita tidak patut lihat jumlah pelaburan asing sahaja. Akan tetapi, saya rasa kualiti juga perlu diberi

perhatian. Antara langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk terus meraih pelaburan

langsung selagi terus mengukuhkan kedudukan negara sebagai destinasi pilihan pelabur adalah

meningkatkan engagement.

Penyertaan pihak industri dalam sesi konsultasi kementerian dengan komuniti perniagaan

yang lebih konstruktif bagi mendapatkan maklum balas langsung berhubung dengan langkah-

langkah yang boleh diambil oleh kerajaan bagi memperkukuhkan iklim pelaburan ataupun

investment climate di Malaysia. Satu lagi langkah yang penting ialah untuk menambah baik

pelbagai strategi dan insentif sebagai pemangkin dalam usaha menggalakkan pelaburan

berteknologi tinggi selaras dengan trend industri dan keperluan rantaian bekalan global ataupun

global value chain. Ini termasuk projek pelaburan berasaskan Industri 4.0 dan juga automasi.

Saya yakin bahawa Menteri Kewangan akan bekerja dengan erat dengan kementerian

saya untuk memperkenalkan lebih banyak insentif untuk memberi galakan kepada industri di

Malaysia untuk memasuki Industri 4.0 dari segi automation dan juga big data dan internet of

things. Kerajaan juga akan menambah baik dasar-dasar semasa yang mesra dari segi

perniagaan termasuk meliberalisasi dasar-dasar yang menggalakkan pelaburan terutamanya

pelaburan berkualiti di seluruh negara serta memudahcarakan kemasukan dan juga pelaksanaan

projek-projek pelaburan.

Kerajaan juga akan mensasarkan pertumbuhan baru dalam sektor perkilangan dan

perkhidmatan ataupun service sector dengan meningkatkan aktiviti galakan untuk menarik lebih

DN 4.9.2018 68 banyak pelaburan yang mempunyai nilai ditambah tinggi ataupun high value added industries

dan berintensifikasi pengetahuan ataupun knowledge based industries.

Kerajaan juga akan memperkenalkan pendekatan berfokus dan juga pendekatan

ekosistem untuk menarik pelaburan berkualiti seperti industri bernilai tambah tinggi, industri

berteknologi tinggi dan juga industri-industri yang melibatkan diri dalam research and

development (R&D) yang intensif.

Kerajaan juga akan memperkenalkan dan menambah baik secara berterusan galakan

pelaburan berbentuk fiskal dan juga bukan fiskal bagi menggalakkan pelaburan berkualiti tinggi.

Ini adalah insentif fiskal dan juga non-fiscal yang di bawah kawal selia MIDA. Kerajaan juga akan

memanfaatkan perjanjian perdagangan bebas yang sedia ada dan juga membuat keputusan

mengenai perjanjian perdagangan bebas yang belum lagi dimuktamadkan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk soalan yang seterusnya yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili dan juga Yang Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan

bin Harun tentang isu Kereta Nasional Ketiga. Ada tak Yang Berhormat? Okey, ada.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili, ada.

Dr. Ong Kian Ming: Ada, okey. Di mana soalan tentang perwujudannya Dasar Automatif

Negara, adakah ia akan dipinda? Adakah ia memberi kesan terhadap Dasar Liberalisasi

Automotif Negara? Adakah ia memberi kesan kepada percukaian kenderaan? Adakah ia

melibatkan prospek perundingan serantau bagi perwujudan pasaran eksport kenderaan yang

dirancang ataupun dibuat dan akhir sekali bolehkah cadangan tersebut tidak diteruskan? Itu

adalah cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sedang dalam proses kajian semula Dasar

Automotif Nasional untuk tahun ini dan ini adalah update untuk Dasar Automotif Nasional yang

telah diperkenalkan pada tahun 2014. Ini adalah untuk menerapkan elemen-elemen selaras

dengan kemajuan teknologi mobiliti dan juga Industri 4.0 untuk memastikan industri automotif

tempatan selari dengan perkembangan semasa global.

Kajian semula ini akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan banyak

isu tentang sektor automotif termasuk pembangunan industri automotif tempatan seperti

pembangunan syarikat-syarikat tempatan, aktiviti penyelidikan dan juga pembangunan dari segi

R&D, prospek perunding serantau bagi pewujudan pasaran eksport, termasuk mengambil kira

cadangan projek kereta nasional baru. Jadi projek kereta nasional baru adalah salah satu

daripada isu-isu yang akan dikawal selia dan akan juga diperhalusi dalam Dasar Automotif

Negara yang terbaru ini.

DN 4.9.2018 69

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekian saja jawapan saya terhadap isu-isu yang telah

dibangkitkan. Kementerian Perdagangan dan Industri mengucapkan terima kasih kepada semua

Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Silakan Kementerian Tenaga Manusia, Yang Berhormat Menteri.

3.23 ptg

Menteri Tenaga Manusia [Tuan M. Kulasegaran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada lapan orang Senator Ahli Yang

Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh enam perkara

utama yang berkaitan Kementerian Sumber Manusia.

Tuan Yang di-Pertua, dari lapan orang itu adalah Yang Berhormat Senator Tuan Chandra

Mohan a/l S.Thambirajah, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim, Yang

Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali, Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili, Yang

Berhormat Senator Dato’ Ong Chong Swen, Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin Samad,

Yang Berhormat Senator Datuk Sambathan a/l Manickam dan Yang Berhormat Senator Datuk

Ng Chiang Chin telah membangkitkan isu berkaitan dengan kementerian saya.

■1510

Berdasarkan kepada Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia

(DOSM), kadar pengangguran pada Jun 2018 kekal pada kadar 34 peratus berbanding dengan

kadar pengangguran pada Jun 2017 manakala kadar pengangguran belia bagi tahun 2016

direkodkan pada kadar 10.5 peratus berbanding dengan 10.7 peratus pada 2017. Kementerian

Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja sentiasa berusaha bagi memastikan

warganegara negara termasuk belia dan siswazah untuk mendapatkan pekerjaan apabila mereka

menamatkan persekolahan dan pengajian. Tempoh untuk mereka mendapat pekerjaan

bergantung kepada kekosongan jawatan yang wujud dalam ekonomi negara di sektor swasta dan

kerajaan.

Kementerian Sumber Manusia melalui JTK telah menyediakan perkhidmatan pencarian

dan pemadanan kerja iaitu portal JobsMalaysia. Perkhidmatan ini disediakan secara terbuka dan

percuma melalui pencarian dan pemadanan kerja iaitu pengiklanan secara atas talian kepada

semua warganegara yang ingin memohon pekerjaan. Kemudahan ini juga disediakan di semua

pejabat tenaga kerja (PTK) iaitu di 54 pejabat tenaga kerja di Semenanjung, 14 pejabat di Sabah

DN 4.9.2018 70 dan 16 pejabat di Sarawak dan juga di JobsMalaysia serta 13 buah Urban Transformation Center

(UTC).

Berdasarkan statistik hingga Julai 2018 terdapat sebanyak 114,138 kekosongan

pekerjaan aktif yang diiklankan oleh majikan-majikan di sektor swasta. Sebanyak 3,199

kekosongan pekerjaan untuk kategori siswazah dan sebanyak 110,939 kekosongan pekerjaan di

kategori bukan siswazah.

Kementerian Sumber Manusia juga melaksanakan pelbagai usaha bagi menggalakkan

golongan belia merebut peluang pekerjaan. Kementerian juga telah melaksanakan pelbagai

program untuk meningkatkan kebolehpasaran pencari kerja warganegara melalui program

Specialized Training and Advanced Recruitment (STAR) oleh PSNB, Graduate Employability

Management Scheme (GEMS), program pentauliahan profesional, program finishing school,

apprenticeship program, bridging the gap program, Undergraduate Skills Program (USP) dan

program latihan graduan.

Dari 1 Januari 2018 hingga 31 Januari 2018, seramai 110,052 orang pencari kerja yang

terdiri daripada 30,754 siswazah dan 79,298 orang bukan siswazah telah berjaya ditempatkan di

pelbagai sektor pekerjaan. Dasar dan perundangan perburuhan pada masa ini tidak mempunyai

sebarang sekatan ke atas pekerja untuk melaksanakan pelbagai bentuk pekerjaan seperti secara

sepenuh masa atau separuh masa bagi tujuan menambahkan pendapatan atau secara sistem

waktu kerja iaitu flexible working hours di tempat kerja sekiranya majikan dan pekerja telah

bersetuju di bawah satu kontrak perkhidmatan dan bersesuaian dengan sifat sesuatu kerja

tersebut. Fleksibiliti ini diberikan untuk membolehkan pekerja dan majikan mengatur struktur kerja

masing-masing dengan lebih berkesan.

Kerajaan juga telah mewujudkan Peraturan-peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010

di bawah Akta Kerja 1955 yang bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat khususnya

wanita menyertai pasaran pekerjaan. Peraturan kerja ini antara lain bertujuan untuk memberi

alternatif kepada sistem bekerja separuh masa, menggalakkan fleksibiliti dalam pasaran buruh

dan menyediakan waktu kerja yang mesra bekerja bertempat terutamanya kepada wanita.

Seterusnya, usaha sama Talent Corporation dan syarikat Government-Linked Companies

(GLC), Government-Linked Investment Companies serta sektor swasta terkemuka negara turut

dapat dilihat melalui sokongan pelaksanaan pelbagai program lain yang telah diadakan di dalam

dan luar negara seperti Career Comeback Program untuk golongan profesional wanita yang

keluar sementara daripada sektor pekerjaan.

DN 4.9.2018 71

Program latihan industri berstruktur atau structured internship program dan sebagainya.

Kementerian Sumber Manusia melalui JTK berusaha mempromosi pengambilan penggajian

orang kurang upaya (OKU) khususnya penggajian di sektor swasta. Antara aktiviti yang telah

dilaksanakan ialah mendaftar dan menjalankan lawatan promosi ke premis majikan untuk

menjalankan penempatan pekerjaan di dalam kategori pekerjaan yang bersesuaian dengan

tahap keupayaan OKU.

Kementerian juga telah mengadakan Karnival Kerjaya Khas OKU pada setiap tahun

bertujuan supaya pekerja OKU dapat pekerjaan dengan majikan yang berminat mengajikan OKU.

Karnival kerjaya yang dianjurkan telah juga diberi nilai tambah dengan mendedahkan mengenai

peluang latihan dan kemahiran serta keusahawanan. Kementerian mengambil maklum semua

cadangan Senator-senator. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh JPT di Sarawak dalam

usaha untuk membantu para pencari kerja mendapatkan pekerjaan khususnya golongan belia

yang terdiri daripada taraf latar pendidikan yang berbeza. Salah satu inisiatif untuk jabatan yang

menjadi platform kepada pencari kerja untuk mendapatkan pekerjaan ialah melalui Program

Karnival Kerjaya.

Program ini sekali gus membantu para majikan untuk mendapatkan tenaga kerja untuk

mengisi kekosongan jawatan mengikut kelayakan yang diperlukan. Sebagai perbandingan,

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menerusi penerbitan Global Employment Trends for

Youth 2017 menganggarkan kadar pengangguran belia di peringkat global berada pada paras

13.1 peratus pada tahun 2017 dan 2018 berbanding 13 peratus pada tahun 2016. Jumlah ini

mewakili seramai 71 juta orang belia menganggur di seluruh dunia.

Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan telah membangkitkan laporan MIDF atau

Malaysian Industrial Development Finance mengenai pengangguran siswazah, Tuan Yang di-

Pertua. Bagi menggugurkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan, maka kerajaan telah

mengambil langkah-langkah berikut:

(i) menyediakan portal perkhidmatan JobsMalaysia;

(ii) menganjurkan program penempatan pekerjaan yang merangkumi karnival

pekerja;

(iii) mewujudkan pusat sehenti di agensi seperti JobsMalaysia, PERKESO,

PSNB, SL1M, TERAJU dan di UTC bagi menyediakan khidmat nasihat

profesional untuk mendapatkan pekerjaan dan latihan; dan

DN 4.9.2018 72

(iv) memperkemaskan dan memperluaskan program dan latihan industri

termasuk SL1M yang bertujuan meningkatkan tahap kebolehpasaran belia

khususnya graduan melalui latihan soft skills and on the jobs training.

Program-program seperti ini telah menunjukkan kejayaan di mana lebih 90 peratus belia

yang mengikut program tersebut mendapat pekerjaan. Kerajaan telah melalui Jabatan Tenaga

Manusia menyediakan latihan kemahiran yang memberi peluang kepada belia yang membuat

pilihan laluan kerjaya mereka melalui Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan Diploma Kemahiran

Tahap 4 dan 5 melalui 32 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di bawah KSM

menawarkan kursus-kursus latihan kemahiran sepenuh masa kepada belia lepasan sekolah.

Secara tidak langsung membekalkan kemahiran kepada mereka untuk memudahkan mereka

keluar ke dunia pekerjaan sekali gus dapat menangani masalah pengangguran.

■1520

Bidang latihan yang ditawarkan adalah merangkumi bidang kemahiran seperti

pembuatan, pengeluaran, perkhidmatan, percetakan, penyelenggaraan, elektrik, elektronik, sivil,

ICT dan lain-lain. Jabatan Tenaga Manusia telah memberi penekanan latihan kepada sektor-

sektor yang kritikal dan mendapat permintaan tinggi seperti sektor perkhidmatan iaitu dalam

bidang electrical, elektronik dan automatif.

Dalam usaha memperkukuhkan kolaborasi antara agensi pendidikan dan industri air,

LJTM memperingatkan kerjasama strategik awam dan industri dan public-private partnership bagi

memastikan graduan yang dilahirkan oleh ILJTM dapat menampung keperluan industri. Sehingga

Jun 2018, sebanyak 42 MOU telah ditandatangani dan 132 kerjasama strategik dengan pihak

industri telah dijalankan.

Dalam sektor minyak dan gas, antara kerjasama adalah antara Petronas dan institut

latihan perindustrian. Dalam sektor perkhidmatan bidang elektrik dan elektronik, Samsung

Malaysia Electronic juga telah menubuhkan Samsung Tech Academy di ILP dan juga Malaysia

Air Conditioning dan Refrigeration Association (MACRA) dalam bidang perkhidmatan teknologi.

Dalam sektor pembuatan, CTRM Aero Composites juga melatih tenaga kerja mahir di

dalam komposisi komposit melalui kerjasama dengan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

Bagi sektor pengangkutan pula, melalui projek mega seperti projek Laluan Rel Pantai

Timur, projek High Speed Rail ke Singapura, projek MRT dan sebagainya telah dimulakan dari

Januari 2018.

Bagi pelajar di industri, latihan industri diwajibkan kepada semua pelajar sebelum

menamatkan latihan. Latihan industri dijalankan selama tiga bulan bagi memberi pendedahan

DN 4.9.2018 73 kepada pelajar tentang suasana pekerjaan sebenar, mempelajari teknologi terkini yang terdapat

di industri dan seterusnya didedahkan dengan kemahiran problem solving.

Graduan ILJTM lahirkan dapat tempat di industri dengan kadar kebolehkerjaan 91.33

percent dengan menawarkan kursus dalam bidang teknikal yang mempunyai permintaan tinggi

dan memberi fokus kepada graduan dengan persijilan profesional dalam bidang-bidang tertentu

melalui kerjasama badan-badan persijilan graduan mendapat tawaran kerja dengan gaji yang

lebih tinggi. Saya difahamkan lapan peratus itu yang tidak dapat kerja lebih kurang adalah yang

memilih untuk tidak bekerja atau tidak ingin bekerja walaupun mendapat tawaran.

Untuk makluman Dewan yang mulia, sekiranya kelulusan kemasukan kerja asing telah

diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri, ini adalah soalan daripada Yang Berhormat Senator

Dato' Sri Khairudin Samad berkaitan isu pembatalan...

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Kalau, Tuan Yang di-Pertua, isu

pengangguran sudah pun habis sebab Yang Berhormat Menteri telah masuk ke tajuk yang lain.

Sedikit berkenaan isu pengangguran.

Pertama sekali saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri

kerana sudi datang by himself untuk jawab jawapan-jawapan berkenaan dengan ini. Terima kasih

Menteri.

Pergi kepada soalan pengangguran tadi, kita telah dengar banyak langkah-langkah yang

telah diambil oleh kerajaan. Kita juga dengar bahawa dari segi pengangguran belia dengan

pengangguran siswazah telah turun dari 10.7 ke 10.5. Saya selain dari langkah-langkah dari segi

aspek training, job matching, karnival dan sebagainya, saya ada dua cadangan. Saya harap

kementerian boleh timbang tajuk pengangguran siswazah.

Pertama sekali kalau kita tengok sekarang dari segi pengangguran siswazah, saya

hendak fokus kepada pengambilan pegawai dagang, apa yang kita panggil dalam Bahasa

Inggeris expatriate. Kalau sekarang kita tengok expatriate dibenarkan masuk untuk kategori tiga,

yang saya fokus kategori tiga. Kategori tiga expatriate adalah expatriate yang datang di mana

gaji mereka antara RM3,000 ke RM5,000. Itu satu ya, RM3,000 sampai RM5,000.

Jenis sektor yang dia dibenarkan kerja adalah 13 sektor termasuk runcit, perniagaan,

Greater KL dan Klang Valley. Agensi kawal selia adalah 12 agensi kawal selia. My focus is kalau

dibenarkan RM3,000 sampai RM5,000 expatriate masuk pekerja mahir, dia ambil pekerjaan

siswazah. They are taking a lot of graduate. Contoh I bagi- Greater KL kalau kita pergi ke Low

Yat. Kebanyakan itu falling within category three punya expatriate. Itu satu. Pada saya walaupun

DN 4.9.2018 74 ini bukan secara khusus di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri

tetapi pada saya kita kena kaji semula kategori tiga punya expatriate.

Saya sebut ini fasal Yang Berhormat Menteri sebut Talent Corporation. Talent Corporation

juga bawah kategori tiga which is people who are expatriate, gaji RM3,000 sampai RM5,000. Ini

is taking kita punya jobs, kita punya graduate punya jobs. Itu satu, cadangan satu. Stop kategori

tiga punya graduate. Kalau saya, saya rasa kategori dua pun kategori dua RM5,000 sampai

RM9,000 mungkin kita kaji semula sektor itu. Jangan benarkan untuk 13 sektor untuk services

kita benarkan, untuk trading kita benarkan, gaji RM10,000 expatriate.

For Greater KL, kalau di located Greater KL, saya rasa ini semua. Ini cadangan saya

supaya kita kaji kategori tiga expatriate. Kategori tiga stop, kategori dua untuk kaji. Kalau tidak

ada, selama-lamanya kita punya siswazah akan tidak dapat, untuk certain sector dia mungkin

akan menyumbang untuk improve the situation kalau kita boleh berhenti, itu satu, satu.

Cadangan yang kedua ialah kepada Ilmiah di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Sekarang kalau kita Ilmiah dibuat pelbagai kajian. Contoh National Employment Return Survey,

Labor Cost Survey, National Wage Index Survey, berbagai-bagai survey dibuat dan salah satu

survey dibuat ialah Critical Occupation Survey. Cadangan saya kepada Ilmiah adalah untuk buat

satu lagi survey, apa yang saya panggil vulnerable sector. That means vulnerable sector itu dari

sudut kursus. That means kalau you pergi, contoh you pergi buat kursus ini, contohlah saya ambil

MIDF, art dengan social stream. Kalau you belajar dengan social stream, susah untuk dapat

pekerjaan. Maksud saya vulnerable bukan dari segi kerja tetapi daripada segi peluang untuk

dapat kerja. Ilmiah kena buat. That means you pergi tengok mana punya sektor total

unemployment 70 percent of graduate yang tidak diemploy datangnya daripada mereka yang

buat kursus art dengan social science.

Average waiting period adalah enam bulan. Jadi pada saya that means you kena selama

ini Ilmiah punya detail majikan pakai. I want statistic untuk mereka yang masuk universiti, dia

kena tahu kalau I buat kursus ini dari segi peluang pekerjaan. So cadangan dari dua aspek, satu

stok expatriate. Yang kedua untuk widen scopes away kepada maklumat itu juga boleh dipakai

oleh siswazah masa dia masuk universiti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan M. Kulasegaran: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita semua tahu Senator

Chandra Mohan adalah seorang di antara pakar employed di negara.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, memang pakar.

Tuan M. Kulasegaran: Kedua-dua cadangan itu memang bagus.

DN 4.9.2018 75

Tuan Yang di-Pertua: Cadangan dia ini Yang Berhormat Menteri daripada kerajaan lama

kepada kerajaan baharu [Ketawa]

Tuan M. Kulasegaran: Dulu sampai sekarang. Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua ini

perkara yang Talent Corporation dan Ilmiah adalah dua agensi di bawah kementerian saya.

Talent Corp. baharu dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri kepada kementerian saya

dan saya faham bahawa kategori tiga dan kategori dua itu. Saya mempelawalah Yang Berhormat

dan lain-lain Yang Berhormat, saya mempelawa kedua-dua agensi itu datang ke Parlimen dalam

singkat masa dan memberi keterangan penuh mengenai, apakah kegiatan mereka, mengenai

kedua-dua hal yang dibangkitkan dan apa kita boleh cari jalan untuk menyelesaikan dan

meningkatkan taraf penglibatan mereka dalam arena buruh. Saya akan buat dalam singkat masa

yang boleh. Itu nombor satu.

■1530

Kedua, perkara yang dibangkitkan, saya sebenarnya telah difahamkan bahawa kategori

gaji di antara RM3,000 ke RM5,000 yang dibenarkan masuk ke negara ini dan diambil kerja, itu

tidak berapa pasti tetapi telah dibenarkan masuk adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri

dan ini saya rasa perlu dikaji balik. Saya setuju 100 peratus. Jadi saya hendak habiskan di sini,

bahawa dalam masa yang tersingkat, kedua-dua badan itu akan diarahkan datang untuk memberi

taklimat and to get feedback.

Tuan Yang di-Pertua, saya ...

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan M. Kulasegaran: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini,

sekiranya pekerja asing tersebut masih belum memasuki negara ini, majikan perlu membuat

pembatalan kemasukan pekerja berkenaan. Sekiranya pekerja asing tersebut telah berada dan

bekerja di Malaysia, majikan perlu menamatkan perkhidmatan pekerja tersebut dan menghantar

mereka pulang dan perlu membayar pampasan sewajarnya mengikut peruntukan Akta Kerja

1955 atau perjanjian antara pekerja dengan majikan. Namun, majikan berkenaan boleh

memindahkan pekerja asing tersebut sekiranya mempunyai projek yang lain dalam sektor yang

sama.

Mengenai pertanyaan Yang Berhormat Senator Datuk Sambathan iaitu berkaitan isu

pekerja asing boleh di perusahaan restoran, di mana saya difahamkan permohonan telah dibuat

untuk 50 orang dan hanya 10 orang diluluskan. Ini adalah sebenarnya di bawah kuasa

Kementerian Dalam Negeri tetapi dari 1st September, permohonan itu perlulah dibuat melalui

ePPAx di Kementerian Sumber Manusia dan kerajaan juga telah menubuhkan satu jawatankuasa

DN 4.9.2018 76 yang diterajui oleh seorang bekas hakim. Jawatankuasa itu akan membuat satu cadangan holistik

mengenai pengambilan pekerja asing di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, ini mengenai gaji minimum. Majlis Perundingan Gaji Negara telah

pun selesai menjalankan kajian semula Perintah Gaji Minimum 2016 dan syor MPGN telah

dibentangkan kepada Kabinet untuk keputusan selanjutnya. Perkara ini masih sedang diteliti oleh

Kabinet dan satu keputusan dijangka akan dapat diumumkan oleh kerajaan dalam tempoh

terdekat.

Untuk makluman Yang Berhormat, janji Kerajaan Pakatan Harapan dalam manifesto

pilihan raya adalah hanya untuk menyamaratakan, to standardize kadar gaji minimum seluruh

negara dalam tempoh 100 hari permulaan pentadbiran manakala pelaksanaan gaji minimum

pada kadar RM1,900 sebulan adalah dalam tempoh satu penggal pentadbiran iaitu dalam tempoh

lima tahun pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada mengenai isu yang telah dibangkitkan oleh

Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi dan Yang Berhormat Senator Dato’ Ong Chong

Swen.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan M. Kulasegaran: Semakan iaitu mengenai penggubalan undang-undang.

Semakan semula Akta 265 sedang dilaksanakan secara holistik oleh pihak kementerian dengan

mengambil kira konvensyen-konvensyen International Labour Organization berkaitan dan juga

amalan-amalan terbaik dalam usaha memberi perlindungan terbaik kepada pekerja, bagi

keharmonian perusahaan dan memastikan kepentingan semua pihak termasuk semua pekerja

dan majikan, dibela.

Pindaan tersebut juga perlu dibincangkan dengan pihak berkepentingan dalam industri

pekerjaan, kesatuan sekerja, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pekerja, majikan dan pihak-pihak

yang boleh menyumbang kepada pindaan akta. Cadangan pindaan Akta Kerja 1955 antara lain

mengambil kira peruntukan bagi menangani isu diskriminasi dan gangguan seksual di tempat

kerja. Cadangan pindaan ini mengandungi peruntukan bagi melarang diskriminasi terhadap

pekerja termasuk daripada segi bangsa, agama dan jantina serta penalti yang dikenakan jika

majikan didapati diskriminasi terhadap pekerja serta peruntukan menambah baik perlindungan

cuti bersalin.

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya itu adalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan.

Kepada perkara-perkara yang....

Tuan Aknan a/l Ehtook: Tuan Yang di-Pertua.

DN 4.9.2018 77

Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan.

Tuan Aknan a/l Ehtook: Saya rasa Yang Berhormat Menteri tertinggal apa yang saya

bangkitkan tempoh hari iaitu tentang PTPK yang kita dapati telah diberhentikan sejak sebelum

pilihan raya yang lepas dan saya tidak pasti sama ada akan disambung atau tidak. Jadi saya

harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab nanti. Terima kasih.

Tuan M. Kulasegaran: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua,

mengenai PTPK, itu adalah satu perkara yang sangat serius di mana anak-anak kita

kebanyakannya adalah dari B40 yang telah mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran, skills

training. Akan tetapi pada tahun dahulu Tuan Yang di-Pertua, pada bulan Julai-Ogos, seorang

setiausaha kepada ahli politik Menteri telah ditangkap kerana telah menggunakan lebih kurang

dikatakan RM60 juta telah dikatakan curi atau hilang. Saya pun tidak tahu, tidak dapat pastikan

tetapi sedang disiasat oleh MACC.

Oleh sebab itu, semua pemberian untuk anak-anak kita melanjutkan pelajaran, untuk

membiayainya, telah diberhentikan, satu di antara sebab. Saya baru minggu dahulu telah

meluluskan lebih kurang RM95 juta kepada pihak-pihak yang telah memohon supaya wang ini

disalurkan untuk ke institusi-institusi yang berkenaan supaya ia boleh diguna pakai. Akan tetapi

kita perlu lagi- pada pandangan saya, perlu ketatkan operasi tersebut kerana penyelewengan

kewangan nampaknya dari on the face of it, on the surface Tuan Yang di-Pertua, nampaknya

sangat senang.

Jadi untuk mengelakkan itu, saya telah mencadangkan kepada board tersebut supaya

kita perlu nombor satu, mengambil tahu adakah pihak-pihak yang memohon bantuan ini dan

untuk mendapat pelajaran kepada anak-anak di skills training telah atau ada melakukan

kesalahan sebelum ini. Ini saya rasa perlu dipastikan. Itu sebab ada sedikit kelambatan dalam to

disburse those moneys. Saya secara ringkas ingin kata bahawa stage 1 untuk RM95 juta telah

disalurkan.

Ini adalah hanya perkara-perkara yang saya boleh beri jawapan kepada perkara-perkara

yang telah dibangkitkan. Kepada perkara-perkara yang tidak saya jawab dengan khususnya,

jawapan bertulis akan diberi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Kementerian

Pendidikan, Yang Berhormat Menteri.

DN 4.9.2018 78 3.39 ptg.

Menteri Pendidikan [Dr. Maszlee bin Malik]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahi Rahmani Rahim... [Membaca sepotong doa]

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan jutaan terima kasih

kepada 26 Ahli Yang Berhormat Senator yang bukan sahaja telah memberikan pandangan dan

saranan, bahkan teguran yang cukup membina. Ini amat kita harapkan di dalam usaha kita

membuat penambahbaikan berterusan sektor pendidikan negara.

Tuan Yang di-Pertua, seperti Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul, Yang

Berhormat Senator Tuan Ismail bin Yusop dan Yang Berhormat Senator Prof. Emeritus Tan Sri

Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah sedia maklum, keputusan Pilihanraya Umum Keempat Belas telah

membawa kita ke era Malaysia yang baharu. Ini adalah peluang terbaik yang dimiliki oleh rakyat

Malaysia untuk kita bina semula negara melalui proses pendidikan yang terancang dan lebih

holistik.

◼1540

Justeru, amatlah penting bagi sistem pendidikan kebangsaan yang mendukung aspirasi

untuk memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional serta membangunkan modal insan

bagi memenuhi tuntutan dan keperluan negara kita. Kementerian Pendidikan pada era ini seperti

mana yang termaktub dalam Manifesto Pakatan Harapan, mempunyai hala tuju yang jelas untuk

memastikan sekolah kebangsaan menjadi sekolah pilihan rakyat.

Matlamat ini hanya akan dapat dicapai dengan memberi tumpuan kepada peningkatan

mutu dan kualiti pengajaran dan juga pembelajaran. Kementerian Pendidikan menerapkan tiga

nilai utama dalam budaya pengajaran dan pembelajaran iaitu kegembiraan, dengan izin,

happiness, kasih sayang, dengan izin, love dan saling hormat-menghormati, dengan izin, mutual

respect.

Murid-murid harus berasa gembira untuk hadir ke sekolah dan guru-guru mesti turut

berbangga kerana berpeluang mendidik anak bangsa. Kementerian Pendidikan kini juga

mempunyai hala tuju yang jelas untuk meningkatkan kualiti institusi pendidikan tinggi dengan

menjamin kebebasan intelektualisme para cendekiawan serta memberikan autonomi kepada

pihak universiti.

Para pentadbir universiti bukan hanya dilantik berdasarkan merit, bahkan proses

pelantikan itu turut mengambil kira pandangan warga universiti-universiti berkenaan. Antara

langkah awal yang diambil oleh pentadbiran kali ini ialah dengan menggabungkan dua buah

kementerian yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga

DN 4.9.2018 79 Kementerian Pendidikan Tinggi. Kini kedua-duanya bergabung di bawah satu bumbung, di bawah

satu kementerian yang dinamakan sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia.

Penggabungan ini merupakan satu inisiatif strategik di bawah kepimpinan Pakatan

Harapan agar sistem pendidikan negara terus melangkah ke hadapan mengikut trend global.

Jikalau kita lihat di kebanyakan negara-negara maju, kedua-dua kementerian ini bergabung di

bawah satu kementerian, malah di Jepun dimasukkan juga sukan dan juga sains di dalamnya.

Maksudnya, kita juga di dalam langkah untuk menuju ke arah kesinambungan di antara

pendidikan dasar dengan pendidikan tinggi. Kita juga melalui usaha penstrukturan semula ini

boleh melihat pendidikan sebagai satu spektrum yang berterusan dan berkesinambungan dari

pra-sekolah sehinggalah ke peringkat pendidikan tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, sempena 100 hari pertama kerajaan pimpinan Pakatan Harapan,

Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun berupaya melaksanakan lebih 40 inisiatif demi

kepentingan masa depan pelajar di semua peringkat di negara ini.

Justeru, bagi meneruskan kecemerlangan ini, untuk makluman Yang Berhormat Senator

Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty dan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Ananthan a/l

Somasundaram, saya baru-baru ini turut melantik Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan,

di mana pelantikan tersebut adalah selaras dengan seksyen 10, Akta Pendidikan 1996.

Kesemua ahli yang dilantik adalah pakar dalam bidang masing-masing yang berbeza,

yang saya yakin setiap daripada mereka ini berupaya untuk menyumbang kepada pendidikan

negara berdasarkan kepakaran mereka. Kepakaran yang pelbagai ini menunjukkan

kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan pendidikan sebagai satu

medium untuk kita membina kembali bangsa Malaysia melalui sudut pandang yang pelbagai dan

pendekatan secara holistik.

Oleh sebab itu, kita dapati di dalam Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan

terdapat wakil daripada OKU, terdapat wakil daripada para pendidik, terdapat wakil daripada

anggota keselamatan, anggota tentera, terdapat juga wakil daripada pihak korporat dan terdapat

wakil daripada NGO yang pelbagai. Harapan kita supaya setiap ahli majlis ini dapat menyumbang

berdasarkan kepakaran masing-masing supaya pendidikan negara akan menjadi lebih

cemerlang. Sebagaimana yang telah saya zahirkan sebelum ini dan telah mendapat liputan

media...

Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Tuan Yang di-Pertua, boleh celah?

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

DN 4.9.2018 80 Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Maksud

saya daripada soalan saya iaitu pelantikan ahli majlis berkaitan penasihat pendidikan ini, maksud

saya ini kita mempunyai sekolah Tamil. Kita faham negara Malaysia ini kita mempunyai sekolah

Tamil lebih daripada 500. Jadi, maksud saya ataupun cadangan saya ataupun soalan saya

berkaitan dengan pelantikan yang pegawai-pegawai ataupun pakar dalam bidang Bahasa Tamil.

Itu saja soalan saya.

Dr. Maszlee bin Malik: Terima kasih Yang Berhormat. Saya belum sempat baca.

Perenggan seterusnya yang sebenarnya menjawab soalan Yang Berhormat. Okey, sebagaimana

yang telah saya zahirkan sebelum ini dan telah mendapat liputan media sekalian bahawa

pelantikan yang tujuh itu berdasarkan akta dan berdasarkan peruntukan yang diberikan. Kita juga

telah merancang untuk menambah empat lagi wakil tambahan ataupun lima. Akan tetapi kita

perlu meminda peraturan yang wujud dan peraturan itu hanya dapat dipinda apabila bermulanya

mesyuarat yang pertama bagi anggota majlis ini. Di mana penambahan empat ataupun lima

anggota yang baharu dalam PPK, mereka terdiri daripada pendidik yang akan mewakili sudut

pandang golongan teknokrat, mewakili sudut pandang daripada Sabah dan Sarawak, begitu juga

yang mewakili masyarakat India dan juga pendidikan Tamil. Jadi, tadi tidak sempat hendak

membaca habis, Yang Berhormat tanya.

Komposisi MPPK melambangkan cita-cita kementerian untuk mewujudkan ekosistem

pendidikan yang berdaya saing secara global. Di samping memupuk tiga nilai teras iaitu

kebahagiaan, kasih sayang dan hormat-menghormati. Walau bagaimanapun, ini kita jawab

soalan tadi dengan lebih khusus, bagi tujuan pelantikan jawatan Timbalan Menteri dan

Jawatankuasa Khusus untuk kemajuan pendidikan masyarakat India seperti yang dibangkitkan

oleh Yang Berhormat Senator Datuk Sambathan a/l Manickam, saya percaya dalam era Malaysia

baharu ini, saya adalah Menteri untuk semua kaum, untuk semua rakyat Malaysia tanpa

membezakan di antara satu kaum ataupun kaum yang lain... [Tepuk]

Ini bermakna semua kepentingan kaum, tidak kira Melayu, India, Cina, Punjabi, Siam,

Orang Asli, Iban, Kadazan, Kedayan dan semua rakyat Malaysia adalah menjadi tumpuan dan

juga menjadi sebahagian daripada aspirasi kementerian itu sendiri. Kita tidak akan mengenepikan

sesetengah kaum hanya kerana mereka kaum yang berbeza. Ini bermakna, semua kepentingan

kaum akan diambil kira untuk sebarang penetapan dasar pendidikan.

Selain itu, seperti yang telah saya maklumkan, seorang ahli MPPK akan dilantik untuk

mewakili pendidikan Tamil. Saya juga akan bekerjasama dengan penyelia sekolah Tamil KPM

secara direct, secara berterusan. Yang Berhormat Senator Tuan Waytha Moorthy yang telah

DN 4.9.2018 81 dilantik untuk menjaga kebajikan kaum India di dalam Kabinet. Saya juga akan bekerjasama erat

dengan komuniti masyarakat India dan NGO-NGO untuk memastikan semua isu berkaitan

pendidikan sekolah Tamil tidak akan terabai dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada

agenda perubahan kita.

Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker kerana bertanya.

Untuk makluman Yang Berhormat, berhubung pengiktirafan UEC, saya tegaskan dan berulang

kali saya tegaskan bahawa KPM sedang menjalankan kajian holistik melalui Jawatankuasa Fact

Findings. Kami juga akan mengumpulkan pandangan daripada pelbagai pemegang taruh

berkepentingan sebelum sebarang keputusan diambil.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri. Ada yang ingin mencelah.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Yang Berhormat Menteri, boleh minta

pencelahan sikit? Memandangkan Yang Berhormat Menteri tadi telah beralih ke UEC, saya

hendak tanya mengenai Majlis Perundingan. Yang Berhormat Menteri, Menteri yang lebih arif,

beliau adalah seorang bekas pensyarah. Kita melihat pendidikan, ada yang melihat dari sudut

kebudayaan pun ada, yang melihat dari sudut ekonomi pun ada. Biasanya di situ.

Soalan saya ialah apabila melihat dari sudut kebudayaan, saya mungkin mencadangkan

ataupun dalam bentuk soalan juga, bagaimana Menteri melihat peranan tokoh-tokoh

budayawan? Di mana saya rasa ramai tokoh-tokoh yang hebat, mungkin sasterawan-sasterawan

negara yang boleh membantu juga dalam proses menggubal sesuatu dasar dan sebagainya.

Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan sikit mengenai peranan mereka.

Tuan Yang di-Pertua: Dari sudut UEC.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Bukan, dari segi Majlis Perundingan tadi.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Dr. Maszlee bin Malik: Terima kasih Yang Berhormat bertanya. Pertamanya, cadangan

diterima. Cuma lanjutan daripada- huraian kepada cadangan tersebut jikalau kita lihat, untuk

pengetahuan Yang Berhormat, di bawah KPM, kita hendaklah melihat pendidikan dalam bentuk

yang lebih menyeluruh. Di bawah KPM, bukan hanya sekadar pendidikan tinggi dan juga

pendidikan dasar tetapi juga terdapat agensi-agensi yang berperanan untuk menjaga Bahasa

Melayu seperti DBP contohnya, untuk mengaktifkan penerbitan seperti ITBM. Terkini kita telah

mendapat anak yang baru, yang asalnya dulu daripada kita dan kini sirih pulang ke gagang iaitu

Perpustakaan Negara Malaysia. Tidak dinafikan juga, di bawah kita juga terdapat beberapa

agensi lain yang turut membantu untuk memperkasakan pendidikan kita.

DN 4.9.2018 82 ■1550

Jadi dalam ruang yang lebih luas ini kita lihat semua pihak dilibatkan. Sasterawan,

budayawan tidak akan dikesampingkan dan usaha kita memperkasakan DBP sendiri mengambil

kira segala sasterawan dan budayawan yang pernah dipinggirkan sebab itu saya kira Yang

Berhormat Senator maklum bahawa antara usaha saya pergi bertemu sendiri dengan

Sasterawan Negara A. Samad Said di rumah beliau yang selama ini beliau dipinggirkan oleh

kerana sebab-sebab politik oleh kerajaan sebelum ini.

Begitu juga dalam siri-siri lawatan saya bertemu dengan sasterawan dan juga budayawan

dan juga usaha engagement, dengan izin, dengan pelbagai tokoh-tokoh ilmuwan demi untuk

melibatkan mereka dalam usaha pengislahan ataupun reformasi pendidikan kita. Tidak perlu

semuanya kita nak masukkan dalam Majlis Penasihat dan Majlis Penasihat ini pun mempunyai

tempoh yang tertentu. Maksudnya selepas tempoh ini mereka akan digantikan, dia bukan selama-

lamanya. Kadang-kadang saya melihat kepada komen yang timbul di media separuhnya bersifat

peribadi kerana segelintir orang dia rasa dia sepatutnya berada di situ tetapi tidak berada.

Saya merancang untuk masukkan di penggal seterusnya tetapi oleh kerana separuh itu

dia rasa dia lebih hebat, orang lain semua tidak betul kita pun batalkan hasrat tersebut. Akan

tetapi kita tidak nafikan terdapat beberapa tokoh-tokoh yang tempatnya bukan di Majlis Penasihat

tetapi tempatnya di peringkat pelaksanaan sebab itu ada di antara budayawan, di antara

sasterawan ini yang akan ditempatkan di agensi-agensi tersebut yang akan ditempatkan di LPU-

LPU universiti dan malah ada di antara mereka yang kita akan nobatkan dengan pelbagai jawatan

yang pada saya akan memberikan impak yang lebih besar berbanding hanya berada di Majlis

Penasihat semata-mata. Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim

Shah, sebarang cadangan pembinaan sekolah kebangsaan sebagai sekolah aliran perdana

memerlukan perbincangan yang lebih khusus dan perlu mendapat pandangan daripada pelbagai

pihak. Walau bagaimanapun KPM tidak akan menghalang pengoperasian Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina (SJKC) dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mengikut peraturan

dan syarat-syarat KPM yang sedia ada bagi memenuhi keperluan kaum Cina dan India di negara

ini.

Berhubung cadangan Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty dan Yang

Berhormat Senator Dato’ Ong Chong Swen supaya falsafah pendidikan dan Rukun Negara

ditekankan kepada pelajar untuk memupuk semangat perpaduan. Kita menghargai cadangan ini

dan kita menyokong penuh dan malah di dalam era yang baharu ini KPM sememangnya

DN 4.9.2018 83 menekankan elemen-elemen tersebut di dalam kokurikulum kebangsaan dan dimasukkan,

diintegrasikan dalam kokurikulum yang sedia ada.

Selain mata pelajaran Sejarah dan mata pelajaran Pengajian Umum yang sedang

dilaksanakan di peringkat sekolah dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), saya juga turut

bercadang untuk memperkasakan elemen sivik dalam kokurikulum dan kita juga dalam kajian

untuk melihat semula kebarangkalian memperkenalkan semula mata pelajaran Sivik. Cadangan

ini jikalau kita lihat telah diutarakan oleh ramai pihak terutamanya mereka yang pernah melalui

zaman mata pelajaran Sivik diajarkan di sekolah.

Para pelajar di IPT juga akan digalakkan untuk menyertai program kesukarelawanan

untuk memupuk semangat perpaduan dengan penyertaan pelbagai kaum. Begitu juga kita

menggalakkan dan kita akan mewujudkan inisiatif-inisiatif agar sekolah-sekolah berbeza aliran

untuk saling melakukan program-program dan aktiviti-aktiviti bersama supaya meningkatkan

perpaduan dan persefahaman. Kita cuba bayangkan di dalam tempoh lima tahun yang akan

berlaku ini bagaimana sekolah tahfiz akan dapat melakukan program bersama dengan SJKC,

bagaimana SJKT akan dapat melakukan program bersama dengan sekolah berasrama penuh

dan bagaimana sekolah cemerlang akan dapat melakukan program bersama dengan sekolah

Orang Asli.

Saya yakin dengan engagement, dengan izin, ataupun dengan program-program dan

aktiviti-aktiviti bersama kita akan dapat menjalin eratkan hubungan rakyat Malaysia demi

mewujudkan suasana Malaysia yang lebih harmoni dan lebih bersatu.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga, golongan pendidik turut disarankan

untuk menerapkan nilai-nilai manusiawi dalam proses pengajaran sebagai usaha membina

generasi masa depan yang mampu mendorong ke arah perubahan akhlak yang baik dalam

kalangan rakyat di negara ini. Jikalau dulu kita menekankan konsep 3M- “menulis”, “membaca”,

“mengira” sebagai dasar untuk pendidikan dasar di sekolah rendah terutamanya.

Kini telah sampai masanya untuk kita menambahkan ‘M’ yang keempat agar sistem

pendidikan negara kita bukan hanya melahirkan mereka yang mampu, membaca, menulis,

mengira, mampu cemerlang di dalam akademik, mampu menjawat jawatan yang tinggi, kita akan

meletakkan konsep ‘M’ yang keempat iaitu “manusiawi”, agar produk yang dilahirkan oleh sistem

pendidikan kita akan lahir bukan hanya sebagai mereka yang cemerlang di dalam akademik tetapi

juga mereka yang mempunyai nilai integriti, nilai akhlak dan moral yang tinggi.

DN 4.9.2018 84

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili yang mencadangkan

supaya Program Pengajian Sarawak Studies, ini cadangan yang amat menarik dan begitu saya

kira membawa satu dimensi baharu di dalam Malaysia yang baharu ini.

Kita mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Senator dan perbincangan akan

diadakan dengan pihak universiti agar mereka melihat kebarangkalian ataupun melihat

bagaimana ruang supaya Program Sarawak Studies ini boleh diperkenalkan di universiti.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Sambathan a/l Manickam, mata

pelajaran Kesusasteraan Tamil telah pun disenaraikan sebagai mata pelajaran elektif di bawah

Kurikulum Standard Sekolah Menengah bagi tingkatan empat dan lima. Oleh yang demikian,

kertas Kesusasteraan Tamil kod 9217 memang ada ditawarkan di peringkat Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM).

Saya memahami kebimbangan Yang Berhormat Senator Tuan Aknan a/l Ehtook

mengenai kemasukan calon pelajar-pelajar Siam ke Program Asasi di sembilan buah universiti

awam. Buat masa kini syarat kemasukan adalah tertakluk kepada Senat universiti awam masing-

masing. Ini berdasarkan semangat autonomi yang kita berikan kepada universiti. Walau

bagaimanapun, saya akan menyampaikan hasrat Yang Berhormat kepada Senat universiti-

universiti awam yang terlibat.

Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Senator Tuan Aknan juga di atas

keprihatinan beliau mengenai kemudahan dan kebajikan guru di sekolah. Untuk makluman Yang

Berhormat Senator, KPM akan berusaha untuk menyediakan ruang rehat untuk guru di setiap

sekolah secara berperingkat selaras dengan tatacara perolehan dan kewangan semasa. Saya

sendiri dalam lawatan ke sekolah-sekolah, Timbalan Menteri, KSU dan juga pegawai-pegawai

kanan kementerian telah melihat bagaimana di sesetengah sekolah guru-guru tidak mempunyai

ruang rehat yang cukup.

Jadi apabila mereka kurang ruang untuk berehat ini kemungkinan sedikit sebanyak akan

menjejaskan kualiti pengajaran mereka. Jadi kita telah melihat keperluan untuk wujudnya ruang-

ruang kepada guru-guru untuk mereka melepaskan lelah setelah mengajar ataupun ruang lohong

di antara jam-jam mengajar mereka. Jadi ini akan kita galakkan dan kita akan cuba laksanakan

secara berperingkat dan menurut tatacara perolehan dan kewangan semasa.

Berhubung jawatan pembantu guru pula, pihak kementerian dalam peringkat

perbincangan tentang aspek kebolehlaksanaannya dan keupayaannya dalam usaha

mengurangkan beban guru. Ini juga merupakan janji yang telah diberikan oleh Pakatan Harapan

di dalam manifesto. Maka pengajian ini untuk memastikan supaya konsep guru bantuan ini

DN 4.9.2018 85 jikalau boleh dapat dilaksanakan dengan kadar implikasi kewangan yang amat minimum dan kita

juga akan cuba menerokai ruang-ruang volunteerism, dengan izin, ataupun ruang

kesukarelawanan bagi mana-mana pihak terutamanya di kalangan guru-guru yang telah bersara

dipihak profesional untuk mereka turut menyumbang ke sekolah dan demi meringankan beban

guru.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad, berkaitan

garis panduan media sosial. KPM telah mengeluarkan surat pekeliling Ikhtisas KPM Bil.3 Tahun

2017. Garis panduan nilai dan etika penggunaan media sosial bagi guru dan murid.

■1600

Saya juga turut memahami kesukaran golongan guru duka lara yang berjauhan dengan

pasangan masing-masing dan sering ditimbulkan sama ada di media sosial atau pun di media-

media bercetak. Justeru, untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yahaya bin Mat

Ghani, saya dan Kementerian KPM tidak pernah bercadang untuk membekukan permohonan

pertukaran guru duka lara. Ini bertentangan dengan beberapa khabar angin dan juga beberapa

fitnah yang disebar luaskan di media sosial yang kononnya KPM membekukan pertukaran guru

duka lara. Ini tidak pernah berlaku dan tidak akan dilakukan.

Malah, kementerian turut memberi keutamaan bagi mereka yang mempunyai faktor

kesihatan dan keselamatan untuk ditukarkan dan telah pun berlaku. Walau bagaimanapun,

pertukaran lain perlu mengambil kira faktor kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan

keperluan opsyen negeri yang dipohon.

Berhubung kenaikan pangkat pensyarah pula, usahlah Yang Berhormat Senator

bimbang, ini kerana kenaikan pangkat merupakan bidang kuasa Lembaga Pengarah Universiti

atau pun LPU setelah kuasa autonomi diberikan kepada universiti awam meliputi bidang

pengurusan sumber manusia. LPU sememangnya melaksanakan tugas secara telus dan saya

yakin tidak timbul dakwaan berhubung diskriminasi kenaikan pangkat pensyarah pada zaman

Malaysia baharu ini.

Tuan Yang di-Pertua, mengulas mengenai antara perkara yang dijanjikan dalam

manifesto 100 hari Pakatan Harapan iaitu PTPTN. PTPTN sedang dalam proses akhir untuk

mengemukakan cadangan pelaksanaan manifesto tersebut...

Puan Asmak binti Husin: Mohon pencelahan.

Dr. Maszlee bin Malik: Ya.

Puan Asmak binti Husin: Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan kenaikan pangkat

tadi dari segi pensyarah, saya lihat kalau dulu kita sebagai pensyarah, kita dinilai berdasarkan

DN 4.9.2018 86 3P lah- pengajaran, penerbitan tetapi sekarang kita punya KPI telah bertambah menjadi tujuh

tetapi kalau di kalangan pensyarah, kita panggil 9P. Jadi, kita nampak untuk kenaikan pangkat

itu sebenarnya agak sukar sebab dengan 9P terutamanya bagi pensyarah wanita, hendak sampai

ke 9P itu memang sesuatu yang agak menyukarkan. Jadi, harap pencerahan lah daripada Yang

Berhormat Menteri.

Dr. Maszlee bin Malik: Terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah mencadangkan.

Ya, saya memahami perasaan dan juga keadaan para pensyarah sekalian kerana saya juga

mantan pensyarah di universiti awam dan telah melalui segala tujuh, lapan, sembilan, 10, 11, 12P

tersebut. Saya memahami sangat bagaimana hambatan-hambatan, halangan-halangan dan

ranjau yang terpaksa dilalui terutamanya oleh pensyarah-pensyarah muda. Bagi pensyarah-

pensyarah lama yang telah profesor dan sebagainya, mereka telah melepasi segala cabaran

tersebut tetapi orang muda seperti kita lah yang menghadapi masalah.

Walaupun saya telah meninggalkan alam pensyarahan, alam universiti, tetapi para

pensyarah dan juga kebajikan mereka tidak akan saya lupakan. Itu amat dekat di hati saya dan

kita amat prihatin terhadap nasib mereka. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Senator,

seperti mana janji Pakatan Harapan, kita akan menyerahkan autonomi kepada universiti-

universiti untuk memutuskan hal-hal berkaitan dengan promosi ini.

Namun, di pihak kementerian, kita boleh mencadangkan kepada mereka untuk menilai

semula dan juga meletakkan konsep konsultasi bersama dengan semua pensyarah, bersama

dengan wakil-wakil kakitangan akademik, bersama dengan pensyarah di setiap peringkat dalam

usaha untuk menetapkan ciri-ciri promosi tersebut. Kita di Malaysia era baharu ini telah membuka

ruang yang lebih kepada para pensyarah untuk bersuara dan juga untuk lebih berkomunikasi

dengan pihak atasan di peringkat universiti terutamanya di Majlis Senat.

Berhubung kebimbangan Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad

mengenai PTPTN, seperti mana yang telah saya sebutkan tadi, kertas cadangan akan dibawa ke

Kabinet.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Wah, sudah tukar Tuan Yang di-Pertua.

Okey, supaya cadangan yang baik dan memberikan manfaat kepada semua pihak akan

dapat dilaksanakan.

DN 4.9.2018 87 Begitu juga Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad yang telah

menimbulkan isu kepada kesan pelaksanaan manifesto terhadap peminjam-peminjam baharu.

Kerajaan Pakatan Harapan sentiasa memegang kukuh objektif penubuhan PTPTN iaitu untuk

memastikan bahawa tiada pelajar di Malaysia ini yang tercicir untuk melanjutkan pelajaran ke

menara gading kerana kekangan kewangan. Itu komitmen PTPTN.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga, bagi menggalakkan pembayaran semula

secara sukarela pinjaman di kalangan peminjam, PTPTN masih kekal dengan dasar pemberian

diskaun sehingga 20 peratus dan membolehkan penstrukturan semula bayaran balik mengikut

kemampuan peminjam. Di atas segala usaha keras PTPTN, sehingga 31 Julai 2018, jumlah

bayaran balik yang diterima oleh PTPTN adalah sebanyak RM13.64 bilion daripada 1.5 juta orang

peminjam. Demi kelangsungan pinjaman kepada generasi yang akan datang, PTPTN masih

mengekalkan penyenaraian nama peminjam di dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat

Bank Negara Malaysia.

Berkaitan kebolehpasaran graduan pula, Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan

ada mencadangkan agar lebih banyak kolaborasi industri dijalankan bagi mengatasi masalah

pengangguran belia yang dikaitkan oleh skill mismatch. Setakat ini, beberapa program kolaborasi

telah dan sedang dilaksanakan oleh KPM. Saya juga sedar bahawa kolaborasi ini penting dan

saya akan memastikan ia akan terus berlaku dan ditambah baik untuk masa-masa akan datang.

Oleh itu, saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan syor dari pihak Yang Berhormat dan juga

pihak industri untuk menambah baik program kolaborasi ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim, Jawatankuasa

Pemerkasaan TVET Malaysia telah diumumkan pada 21 Jun 2018 yang lalu- ini berkaitan dengan

TVET- yang berperanan untuk melaksanakan kajian bagi pemerkasaan TVET di kesemua tujuh

kementerian yang menyediakan latihan dan pendidikan TVET. Hasil daripada kajian cadangan

itu akan diambil oleh kesemua kementerian untuk membangunkan pendidikan dan latihan TVET

supaya ia menjadi aliran perdana. Sasaran ini juga adalah selaras dengan manifesto Kerajaan

Pakatan Harapan bagi memastikan aliran TVET akan diperluaskan dan lebih tersusun semula

dengan penjajaran streamlining TVET antara pemegang taruh kementerian-kementerian.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali dan Yang Berhormat

Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim, Kementerian Pendidikan memandang serius isu akreditasi

bagi institusi TVET di bawah kementerian. Oleh itu, kementerian sedang menyediakan satu

kertas kerja untuk menangani isu artikulasi dan akreditasi untuk institut-institut TVET di bawah

DN 4.9.2018 88 kementerian yang diajar di menengah atas, contoh nya KV dan SMT, sampailah ke peringkat

pendidikan tinggi seperti politeknik, kolej komuniti dan juga Universiti Teknikal atau pun MTUN.

Kami juga iaitu pihak kementerian akan memberi Malaysian Board of Technologist,

dengan izin, atau pun ringkasannya MBOT, peranan yang lebih besar dalam menentukan kualiti

kurikulum dan akreditasi seperti mana Board of Engineers memainkan peranan dalam

memastikan kualiti kejuruteraan di Malaysia.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga, bukan sahaja DVM tetapi program

pengajian teknikal dan vokasional lain juga turut melalui proses penilaian akreditasi semasa

berlandaskan kepada, dengan izin, Code of Practice for Program Accreditation serta patuh

terhadap Malaysian Qualifications Framework.

Berhubung dengan cadangan supaya semua kaum tidak dikecualikan daripada

menguasai Bahasa Melayu secara fasih sebagai alat menyatupadukan rakyat Malaysia, untuk

makluman Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty, Kerajaan Pakatan Harapan

terus berikrar untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu serta memperluas Bahasa

Melayu sebagai bahasa ilmu dan juga bahasa serantau. Objektif ini akan dapat dicapai menerusi

misi pengantarabangsaan Bahasa Melayu kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar setaraf

dengan British Council, Goethe-Institut dan Nippon Institute.

KPM juga kekal dengan dasar Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah

kebangsaan. Manakala di sekolah jenis kebangsaan, Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran

teras dalam kurikulum kebangsaan. Di peringkat IPT pula, selain pelaksanaan MPU yang

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, pelajar antarabangsa adalah turut

diwajibkan untuk hadir Kursus Bahasa Melayu sebelum mereka bergraduasi.

Saya telah pun membuat beberapa siri lawatan bagi tujuan melihat sendiri keadaan

sebenar di sekolah dalam usaha untuk memantau pembangunan dan penyelenggaraan sekolah.

Saya juga telah berusaha mendapatkan input first hand daripada pelajar dan pentadbiran

sekolah.

■1610

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Sambathan a/l Manickam, dan Yang

Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali, kerajaan secara berterusan komited untuk

memberikan bantuan keperluan pendidikan kepada sekolah bantuan kerajaan termasuk Sekolah

Jenis Kebangsaan Tamil. Namun bantuan modal yang hendak disalurkan perlu selaras dengan

prosedur kewangan semasa.

DN 4.9.2018 89

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili pula, projek pembinaan

gantian penuh SK Matang sedang dalam proses pelantikan kontraktor setelah mendapat

kelulusan oleh Lembaga Perolehan KPM. Tidak terkecuali, pembangunan di negeri Sarawak

untuk makluman Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili, sekiranya permohonan

penubuhan Teaching Hospital UNIMAS diluluskan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU), kerja-

kerja pembinaan akan dimulakan pada awal tahun 2019. Namun ianya bergantung kepada

kelulusan daripada EPU.

Mengulas cadangan daripada Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty.

Saya dok jawab soalan tetapi rupanya tidak ada. Saya dikhabarkan tidak sihat. Kita doakan Yang

Berhormat Senator dikurniakan kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin

Haji Monutty supaya persatuan pelajar ataupun majlis perwakilan pelajar di universiti-universiti

diberikan kebebasan fungsi sendiri tanpa campur tangan pihak universiti. Kementerian

Pendidikan dan kerajaan di era baru ini ingin memastikan pendidikan tinggi mampu bergerak

seiring dengan kemajuan negara dan juga kita inginkan supaya kualiti graduan kita dan kualiti

universiti kita setaraf dengan negara-negara maju.

Sebagai langkah jangka panjang, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan

dimansuhkan dan akan digantikan dengan undang-undang lain... [Tepuk] Sebagai langkah

jangka pendek, kandungan seksyen 15, dan 16 AUKU, sedang dikaji semula dan barangkali akan

dimansuhkan dengan memberi kebebasan kepada pelajar untuk bersuara.

Begitu juga beberapa inisiatif di dalam tempoh 100 hari, pihak KPM telah mencadangkan

kepada universiti-universiti awam agar menghidupkan semula Sudut Pidato, dengan izin,

Speakers Corner di universiti masing-masing. Kita juga menggalakkan agar para pelajar dapat

memberikan pendapat dan berpolitik di dalam kampus tanpa merasa takut, tanpa merasa dikawal

dan tanpa merasa diugut. Walau bagaimanapun, dengan syarat mereka tidak mengabaikan

pelajaran mereka.

Sungguhpun kebebasan bersuara pelajar sentiasa diutamakan ...

Tuan Ismail bin Yusop: Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Ismail bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai bekas warga

pendidik, mendengar pembentangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Tuan Yang di-

Pertua, saya rasa cukup terharu dan berbangga, dengan izin, I’m deeply touch melihat

Kementerian Pendidikan moving forward. Sedikit sahaja yang saya hendak sebut ialah apabila

DN 4.9.2018 90 kita mula hendak membuka ruang kepada anak-anak didik kita supaya mereka boleh terlibat

secara lebih matang dalam hal-hal yang berkait dengan urus tadbir, tata kelola dan juga politik,

saya hendak mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan dapat memikirkan satu, sama ada

bentuk mata pelajaran atau pun modul yang kita panggil yang mungkin saya hendak

mencadangkan kita namakan sebagai Pendidikan Perlembagaan, Constitutional Education dan

juga Pendidikan Demokrasi.

Lebih-lebih lagi Kerajaan Baharu Pakatan Harapan sedang meneliti untuk menurunkan

umur mengundi daripada 21 tahun ke 18 tahun. Jadi barangkali mungkin. Semalam kalau tidak

silap saya, sahabat saya Yang Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan bin Harun menyebutkan

tentang soal Constitutional Education ini dan juga Pendidikan Demokrasi diberikan seawal

mereka di tingkatan lima.

So, barangkali mungkin dalam kementerian hendak mencadangkan supaya Pendidikan

Sivik itu diperkenalkan semula. Jadi content kurikulumnya saya harap dapat dimasukkan elemen-

elemen yang saya sebutkan tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Maszlee bin Malik: Tuan Yang di-Pertua, cadangan yang amat bernas yang kita

terima. Insya-Allah akan dipanjangkan kepada pihak-pihak yang terbabit dan juga saya akan

menyampaikan sendiri kepada pihak universiti-universiti awam agar bukan sekadar Pendidikan

Demokrasi dan Pendidikan Sivik dapat diterapkan kepada para pelajar, lebih daripada itu kita

juga ingin memastikan agar subjek Falsafah dan juga subjek Moral dapat diajarkan dan juga

dapat diterapkan di universiti-universiti awam.

Kita tahu beberapa universiti awam sudah pun mempunyai subjek-subjek yang berkenaan

dan telah diajarkan. Namun kita lihat kemungkinan kita akan menggalakkan lebih banyak

penyertaan di bidang kokurikulum agar pelajar-pelajar bukan hanya mempunyai kesedaran untuk

cemerlang di dalam bidang akademik tetapi juga menjadi rakyat yang bertanggungjawab, menjadi

rakyat yang civilize, dengan izin, yang bertamadun dan juga dapat menyumbang kepada

pembangunan negara.

Demikian juga Yang Berhormat Senator, terima kasih kepada cadangan diberikan. Kita

juga tidak boleh memisahkan...

Puan Asmak binti Husin: Mohon pencelahan tentang subjek ini. Sepanjang pengalaman

saya memang seluruh universiti ada subjek wajib Kenegaraan. Cuma masalahnya adalah apabila

dalam pelaksanaan, ia dianggap sebagai subjek wajib lulus. Jadi pelajar-pelajar ini kadang-

kadang mengabaikannya. Kita kata belajar itu maknanya sekadar hendak lulus dan sebab ia wajib

DN 4.9.2018 91 lulus dan ia tidak ada A, B, C dan D. Jadi mohon perhatianlah daripada pihak Yang Berhormat

Menteri.

Dr. Maszlee bin Malik: Cadangan diterima juga. Kalau ada cadangan-cadangan bagus,

kita terimalah. Saya pun setuju. Subjek Kenegaraan seperti mana saya telah jawab kan kepada

Yang Berhormat Senator tadi bahawa memang wujud subjek iaitu subjek Kenegaraan. Akan

tetapi pada saya ia bukan isu subjek, ia isu penghayatan.

Oleh sebab itu saya baru hendak mula tadi saya hendak sebutkan iaitu perlu wujudnya

ekosistem di universiti-universiti awam untuk penghayatan terhadap demokrasi, penghayatan

terhadap kenegaraan, penghayatan terhadap Perlembagaan itu sendiri.

Oleh sebab itu kita melihat di dalam universiti itu sendiri, suasana perlu wujud

terutamanya dari segi idealism. Apakah erti universiti tanpa idealism? Apakah erti pelajar ataupun

graduan universiti jikalau mereka tidak menghayati perjuangan. Apakah nilai bagi sebuah

universiti jikalau mereka gagal melahirkan intelektual yang berjiwa merdeka. Jadi, di dalam era

Malaysia baru ini kita akan cuba mewujudkan budaya dan ekosistem yang akan menjadi enabler,

dengan izin, terhadap budaya demokrasi itu sendiri.

Sungguhpun kebebasan bersuara pelajar sentiasa diutamakan oleh pihak kementerian

dan pihak kementerian tidak pernah berkompromi dari segi disiplin pelajar demi menjaga nama

baik IPT.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Ir. Yong Wui Chung, kerjasama secara

berkala di antara IPT dan Agensi Antidadah Kebangsaan serta Polis Diraja Malaysia sentiasa

dilaksanakan. Di samping program motivasi dan ceramah bahaya dadah, ujian saringan air

kencing juga turut dijalankan oleh IPT terpilih. Bukan sekadar di IPT, malah di sekolah-sekolah

pun, pihak PDRM dan AADK juga turut datang menganjurkan aktiviti-aktiviti bersama dan banyak

kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah kepada kedua-dua agensi ini.

Selain kerjasama dengan agensi kerajaan, pihak ibu bapa dan guru juga sentiasa

berganding bahu untuk menangani masalah disiplin pelajar. Cadangan yang diajukan oleh Yang

Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad akan diperkasakan melalui Kumpulan

Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti Kebangsaan.

Berhubung isu terdapatnya sekolah yang mengadakan peperiksaan pada hari kedua

sambutan perayaan Deepavali.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram, KPM

telah mengeluarkan kenyataan media pada 23 Ogos yang lalu malah peperiksaan tersebut telah

dipinda ke suatu tarikh yang baru. Kita mengambil langkah yang begitu cepat kerana jadual ini

DN 4.9.2018 92 bukan kita susun. Jadual telah disusun pada tahun lepas dan kita mungkin terlepas pandang

tetapi telah ditimbulkan. Kita telah melakukan tindakan yang segera supaya sensitiviti kaum,

supaya keharmonian kaum dan kebajikan mereka akan sentiasa terjaga. Ia adalah dasar

Kementerian Pendidikan Malaysia.

■1620

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah?

Yang Berhormat Menteri, sebelum ke tajuk yang selanjutnya. Saya ingin bertanya kepada Menteri

tadi dalam usaha untuk batalkan ataupun Akta AUKU tadi itu. Saya memahami mungkin

tujuannya tadi itu mungkin untuk menggalakkan budaya kebebasan pelajar dan sebagainya.

Cumanya soalan saya, saya ingin bertanya Menteri, mungkin Menteri juga yang pernah berada

di luar negara dan sebagainya.

Kadang-kadang institusi pendidikan mempunyai satu agenda kursus terutama dari segi

aspek membangun kepimpinan. Oleh sebab itu saya lihat kepimpinan ini dalam teori mungkin

boleh didesign, boleh dibentuk dan sebagainya tetapi sekiranya dirancang dengan lebih teratur

contohnya, banyak program fellowship, program pertukaran pelajar dan sebagainya. Saya rasa

perkara tersebut sekiranya didedah dengan awal sebenarnya dia sangat membantu

membangunkan potensi kepimpinan pelajar.

Kedua Yang Berhormat Menteri, saya rasa mungkin tiba masanya juga saya memohon

penjelasan Menteri melihat kadang-kadang potensi seperti anak-anak muda mahasiswa di

universiti kadang-kadang mereka bermula dengan baik sebagai pimpinan pelajar dan sebagainya

tetapi kadang-kadang kesinambungan itu. Kadang-kadang saya rasa saya tidak layak duduk di

sini, ramai kawan-kawan yang dahulu yang presiden persatuan pelajar, presiden pimpinan-

pimpinan, kita dahulu main bola sahaja tidak minat politik, tiba-tiba kena jadi orang politik.

Alangkahnya lebih baik mereka-mereka yang dahulu ini yang berminat diberi program

yang lebih teratur untuk membentuk pemimpin-pemimpin masa depan Malaysia dengan lebih

terancang. Mohon penjelasan Menteri.

Dr. Maszlee bin Malik: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator, jikalau Yang

Berhormat Senator rasa tidak layak, saya rasa lebih tidak layak kerana tidak pernah bercita-cita

pun menjadi ahli politik. Cita-cita saya hendak duduk di universiti sahaja tetapi kadang-kadang

takdir dan nasib seseorang itu di luar kawalannya. Kita merancang inginkan sesuatu kita

berusaha tetapi perancangan Tuhan ada yang lebih baik untuk kita.

Walau bagaimanapun, saya yakin ia bukan hanya takdir Tuhan tetapi juga hasil daripada

kepekaan kita. Mengapa Yang Berhormat Senator berada di Kerusi ini, mengapa saya berada di

DN 4.9.2018 93 sini dan juga pada keadaan hari ini saya kira kerana terdapatnya sesuatu yang kita perjuangkan.

Terdapat sesuatu idealisme yang telah mendorong kita untuk sampai ke tahap kita pada hari ini.

Ini merujuk balik kepada sistem di universiti, sekali lagi saya tekankan ekosistem di universiti-

universiti awam ini perlu wujud untuk bukan sekadar melahirkan graduan yang lulus di universiti

mendapat jawatan yang tinggi tetapi juga untuk melahirkan graduan-graduan yang berjiwa

merdeka.

Mempunyai nilai yang tinggi, mempunyai kepimpinan dan lebih penting mempunyai visi

yang ingin mereka lakukan. Oleh sebab itu di universiti-universiti awam kita mempunyai pelbagai

aktiviti kesukarelawanan pada hari ini. Terdapat juga program pertukaran pelajar, mobiliti dan hari

ini pun di KPM kita sedang menguruskan dengan kerjasama AFS, students exchange programs,

supaya lebih ramai pelajar kita berpeluang untuk pergi keluar dan pelajar luar datang ke Malaysia.

Begitu juga saya yakin beberapa usaha, baru-baru ini saya dikunjungi oleh UniSZA di

Terengganu, mereka mempunyai siri-siri pertukaran pelajar, ada pelajar Turki datang ke sana,

pelajar daripada Timur Tengah datang ke UniSZA dan pelajar UniSZA pula meluangkan waktu

mereka di negara-negara lain.

Jadi ini adalah antara usaha-usaha yang dilakukan dan saya yakin apabila universiti

diberikan autonomi dan diberikan ruang untuk mereka lebih berinovasi dan melakukan sesuatu

cara di luar konvensional, insya-Allah dia akan lebih banyak melahirkan pemimpin-pemimpin

yang mungkin lebih layak daripada saya, daripada kita di sini. Saya yakin apabila pada zaman

Malaysia baharu ini autonomi yang diberikan ia akan dapat lebih memperkasakan dan

mengupayakan universiti-universiti awam dan juga para pelajar. Terima kasih kepada Yang

Berhormat yang telah mengutarakan cadangan tersebut.

Berkaitan kewangan pula, untuk maklumat Yang Berhormat Senator Tuan Aknan a/l

Ehtook, dalam usaha kementerian untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam pelbagai

bahasa, kita akan menggalakkan kelas-kelas bahasa di sekolah-sekolah di dalam era yang

baharu ini. Terutamanya bahasa-bahasa corpus seperti yang sekarang ini kita sudah ada bahasa

Iban, bahasa Kadazan, bahasa Siam, bahasa Punjabi dan juga bahasa-bahasa lain untuk

diajarkan di sekolah sama ada di dalam kokurikulum ataupun di dalam kurikulum.

Buat masa ini belum ada perancangan yang terperinci dan pihak KPM akan mengeluarkan

pelan tindakan di dalam hal ini. Tadi saya sempat berbincang dengan Yang Berhormat Senator

Tuan Aknan sendiri bagaimana selepas soalannya diutarakan kita terus mengadakan mesyuarat

dan membincangkan tentang isu tersebut. Kita dapati bahawa antara kelebihan rakyat Malaysia

DN 4.9.2018 94 bukan sekadar kita ini pelbagai bangsa, pelbagai etnik, pelbagai latar belakang tetapi juga

pelbagai dialek dan pelbagai bahasa. Ini sepatutnya disikapi sebagai kekuatan Malaysia.

Perlu rakyat Malaysia ini lahir sebagai rakyat yang multilingual, dengan izin, iaitu boleh

pelbagai bahasa dan saya kira sudah sampai waktu untuk kita melakukannya di era Malaysia

baharu ini. Saya sedia maklum mengenai masalah kewangan meruncing yang dihadapi oleh

Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat

Senator Datuk Dr. Lucas Umbul. Justeru, saya telah meminta supaya ITBM untuk

membentangkan pelan pemasaran mereka bagi menggelakkan kebergantungan semata-mata

kepada dana kerajaan.

Pada masa yang sama, Kerajaan Pakatan Harapan melalui penyusunan semula

organisasi telah memindahkan fungsi Perpustakaan Negara di bawah kementerian ini. Kita akan

menggalakkan semua agensi di bawah kementerian untuk berhubung sesama sendiri untuk

saling engagement, dengan izin, sesama sendiri dan saling bantu-membantu agar tidak ada

agensi yang tertinggal. Saya melihat kedua-dua agensi ini boleh bekerjasama untuk terus

mempromosi bahan bacaan di samping memperoleh dana bagi tujuan kelangsungan agensi.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat, kerajaan

hanya menangguhkan penajaan baharu MyBrain15 untuk tahun 2018. Soalan yang berkaitan

dengan MyBrain. Kita tidak memberhentikan MyBrain seperti mana tuduhan sesetengah pihak

ataupun ada yang menyebarkan khabar angin menyatakan kita menyekat MyBrain dan

sebagainya. Tidak, kita hanya menangguhkan penajaan baharu untuk tahun 2018 sahaja.

Walau bagaimanapun, penajaan program MyBrain15 untuk pelajar sedia ada diteruskan

seperti biasa. Di samping itu KPM kekal membiayai pelajar melalui hampir 20 tajaan lain di semua

peringkat pengajian. Penangguhan penajaan baharu MyBrain15 adalah berdasarkan keadaan

ekonomi semasa dan kita yakin apabila ekonomi pulih nanti KPM akan segera memulakan

semula MyBrain15 yang ditangguhkan itu.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pendidikan khas, untuk makluman Yang

Berhormat Senator Puan Bathmavathi Krishnan, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ataupun

golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan golongan yang begitu dan sentiasa selama-

lamanya dekat di hati saya. Oleh itu, KPM akan sentiasa komited menyusun beberapa siri dialog

bersama pemegang taruh bagi perkara ini. Saya juga turut menitik beratkan guru pendidikan khas

mestilah mempunyai kepakaran dan pengkhususan yang bersesuaian untuk mengajar murid

berkeperluan khas (MBK).

DN 4.9.2018 95 Semua guru baharu harus ataupun wajib menerima. Harus dalam bahasa Indonesia

adalah wajib. Wajib menerima latihan secara asas berkenaan pengurusan dan kemahiran

pengajaran dan pembelajaran MBK. Ini demi memastikan kualiti pendidikan untuk golongan

Orang Kelainan Upaya. Sehingga kini KPM telah melatih seramai 210 orang guru yang terdiri

daripada pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, guru pendidikan khas dan juga guru prasekolah.

KPM juga turut bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat dan juga Kementerian Kesihatan untuk membangunkan senarai semak

perkembangan bayi dan kanak-kanak sifar hingga 6 tahun bagi tujuan screening di peringkat

awal. Berhubung isu pertukaran fungsi Institut Pendidikan Guru (IPG) yang di timbul oleh Yang

Berhormat Senator Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram dan juga Yang Berhormat Senator

Datuk Dr. Lucas Umbul.

■1630

Keputusan Jemaah Menteri pada 24 Mei 2017, tahun lepas waktu kerajaan lama.

Kerajaan lama, Jemaah Menterinya telah bersetuju bahawa sembilan Institusi Pendidikan Guru

IPG termasuk Institut Pendidikan Guru Keningau, ditukar fungsi kepada Institut Pendidikan

Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Walau bagaimanapun, keputusan pertukaran fungsi sembilan IPG tersebut sedang

diteliti semula di dalam kerajaan yang baharu ini dengan mengambil kira pandangan pihak-pihak

yang berkepentingan. Kita mengambil kira pandangan pelbagai pihak demi memastikan

sebarang keputusan yang diambil akan memberikan manfaat kepada semua.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja yang dapat dijelaskan mengenai perkara-

perkara yang menyentuh Kementerian Pendidikan Malaysia, yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat Senator sekalian.

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Menteri... [Berucap dalam bahasa Jerman]

Tuan Yang di-Pertua saya hendak bangkitkan dua perkara, walaupun tidak dibangkitkan

sebelum ini. Saya mohon Kementerian melihat kuarters-kuarters guru yang terbengkalai di Teluk

Intan, di Kuala Selangor, khususnya yang tingkat tiga, tingkat empat. Kebanyakannya diabaikan

dan ada yang sampai tumbuh pokok. Saya harap Kementerian boleh lihat.

Keduanya terdapat pelajar-pelajar yang tidak boleh graduate oleh kerana tidak lulus

MUET. Saya ada menulis surat kepada Yang Berhormat Menteri, saya rasa mungkin telah

diterima, salah seorangnya anak buah saya. Dia buat Kursus Bahasa Arab dan Komunikasi

Bahasa Arab, sudah lulus semua.

DN 4.9.2018 96

Akan tetapi oleh kerana tidak lulus MUET, tidak dapat gred Band 2 tidak silap saya,

masih lagi tidak graduate sampai sekarang. Saya harap kementerian dapat memberi

pengecualian, apa-apa pertimbangan semua. Baru ini di duduk dalam subjek universiti English

Proficiency Test tidak silap saya. Ada subjek itu Yang Berhormat Menteri? Saya harap boleh

dilihat lah, oleh kerana kadang-kadang keperluan itu tidak relevan dengan subjek yang dipelajari.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Maszlee bin Malik: Tuan Yang di-Pertua... [Berucap dalam bahasa Jerman] Bahasa

Jawa. Tetapi Jawa Eropah, bahasa Jerman tadi. Saya pun tidak sangka Yang Berhormat Senator

boleh... [Berucap dalam bahasa Jerman] Dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Okey, berkaitan dengan kuarters guru terbengkalai bukan hanya di Perak sahaja, malah

saya amat terkejut dan baru-baru ini menitiskan air mata apabila melihat bagaimana daifnya

sesetengah kuarters guru di Sarawak dan juga beberapa tempat lain di seluruh negara. Saya

dapati di situ terdapatnya persoalan-persoalan besar, mengapa perkara ini berlaku? Dan saya

telah berhubung dengan pegawai-pegawai saya di peringkat pembangunan dan juga dengan

KSU dan TKSU dan pegawai kementerian terlibat. Saya merasakan menjadi tanggungjawab kami

untuk menyelesaikan isu kuarters guru ini, terutamanya isu kuarters guru daif dan insya-Allah

KPM akan komited untuk menjaga kebajikan para guru.

Berkaitan dengan isu MUET pula, seperti mana saya sering sebutkan bahawa, universiti-

universiti awam, berdasarkan semangat autonomi, mereka mempunyai kuasa untuk menentukan

tentang kelulusan, pengambilan pelajar dan lain-lain. Namun kita akan cuba ajukan kepada

mereka berkaitan keprihatinan Yang Berhormat Senator dan mungkin juga saya boleh

mencadangkan Yang Berhormat Senator untuk berhubung sendiri dengan pihak universiti dan

saya yakin mungkin tidak ada masalah mereka berbincang berhubung isu ini.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan- oh! Ada soalan lagi.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Saya

kurang berpuas hati sedikit Menteri berhubung dengan penjelasan atas jawapan yang diberikan

berhubung dengan anak-anak sekolah yang terlibat dengan dadah dan program-program yang

disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Saya selaku Timbalan Yang di-Pertua PEMADAM

selalu berjumpa dengan anak-anak sekolah dan juga selalu merasmikan program-program guru-

guru yang melibatkan diri dengan dadah ini.

Dari dahulu lagi semasa pemerintahan yang lama dan baru-baru ini juga berjumpa

dengan guru-guru, complaint, dengan izin, yang selalu ditimbulkan oleh mereka tidak ada

peruntukan langsung, oleh Kementerian Pendidikan untuk mereka ini bergerak. Mereka dilantik

DN 4.9.2018 97 untuk menjaga anak-anak ini tetapi peruntukan tidak ada. Malah mereka terpaksa mencari.

Kadang-kadang bila saya pergi rasmi itu, minta tolonglah bayar bihun pada hari ini. Sampai begitu

sekali. Akan tetapi mereka masih melakukan program kerana mereka merasakan anak-anak

yang terlibat dengan dadah ini cukup dekat dengan mereka.

Saya melihat, Yang Berhormat Menteri, apakah soalan saya, berapa banyakkah

peruntukan yang akan diperuntukkan bagi pencegahan dadah ini di sekolah-sekolah kerana

peningkatan itu Yang Berhormat Menteri, meningkat begitu tinggi. Kita faham bahawa sekolah-

sekolah tidak mahu men uar-uarkan berapa banyak anak-anak, keran ini menyebabkan ibu bapa

takut hendak menghantar anak-anak ke sekolah tersebut.

Kita faham tidak ada dalam berita, tidak ada dalam news dan sebagainya. Juga tadi

Yang Berhormat Menteri menyebut bahawa selalu mengadakan urine test terhadap murid-murid

ini. Yang Berhormat Menteri, urine test ini, mahal dan AADK selalu kompelin dan urine test ini

kalau di sekolah hanya dibuat untuk 10 atau 15 orang sahaja, maka tidak bermakna Yang

Berhormat Menteri. Jadi, saya memohon supaya diadakan satu pendekatan yang lebih dekat

untuk anak-anak ini kerana peningkatan mereka ini membimbangkan seluruh Malaysia Yang

Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Maszlee bin Malik: Terima kasih Yang Berhormat Senator yang bertanya. Ya, saya

berkongsi kerisauan dan juga kegusaran berkaitan dengan peningkatan penagihan dadah di

kalangan masyarakat Malaysia dan juga di kalangan anak-anak di sekolah dan juga di IPT,

contohnya. KPM mengambil berat masalah dadah dalam kalangan murid sekolah. Kesedaran

mengenai bahaya dadah telah diterapkan pada murid di semua sekolah rendah dan menengah.

Matlamat- bahaya dadah dilaksanakan melalui aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah

(PPDA) yang dilaksanakan setiap tahun. Selain itu usaha pencegahan dadah juga telah

diterapkan menerusi kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah di sekolah. Jadi kalau

disebutkan tentang dana khusus untuk PEMADAM, memang tidak ada. Akan tetapi dana untuk

kurikulum memang diperturunkan dan biasanya di setiap sekolah mereka mempunyai dana untuk

kokurikulum.

Jadi dana untuk kokurikulum itu boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti di antaranya

kesedaran tentang bahasa dadah itu, tetapi mungkin di sesetengah sekolah, mereka mempunyai

aktiviti-aktiviti lain, maka tidak ada peruntukan, maka untuk tujuan tersebut, jikalau menghadapi

masalah sedemikian, saya mencadangkan beberapa cadangan. Pertama, kita melibatkan PIBG,

untuk turut menyumbang, membantu kalau setakat hendak membeli bihun, takkan tidak boleh?

Saya rasa boleh diberi itu, yang pertamanya.

DN 4.9.2018 98

Kedua, kita menggalakkan penyertaan daripada syarikat-syarikat swasta dan juga

daripada pihak-pihak ketiga untuk turut membantu kerana isu dadah ini isu sejagat dan sudah

sampai waktunya kepada pihak-pihak swasta terutamanya, dengan izin, kalau kita lihat corporate

companies, ataupun syarikat-syarikat korporat terutamanya institusi perbankan dan kewangan

untuk memulangkan kembali kepada rakyat melalui CSR dan mungkin PEMADAM boleh

bekerjasama dan pihak sekolah boleh bekerjasama dengan mereka untuk penajaan. Mungkin

jikalau yang menaja itu syarikat korporat dan swasta, boleh upgrade selain daripada bihun.

Program-program kesedaran mengenai bahaya dadah kepada murid turut melibatkan

agensi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kesejahteraan Bandar,

Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan,

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia, Persatuan Ibu

Bapa dan Guru dan lain-lain lagi. Ini jawapan yang disediakan, namun saya ingin mencadangkan

juga agar pihak-pihak yang terlibat, sama ada pihak sekolah, pihak PEMADAM juga turut

menggunakan peruntukan yang diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen dan juga ADUN-ADUN yang

ada. Libatkan orang politik yang kita telah pilih di dalam pilihan raya yang lepas untuk turut

bersama dengan kita dalam usaha memerangi dadah.

■1640

Mereka ada peruntukan. Yang Berhormat Senator mungkin tidak ada peruntukan tetapi

bagi ADUN-ADUN dan Ahli-ahli Parlimen, mereka ada peruntukan. Maka kita berhubung dengan

mereka agar mereka terlibat aktif dalam usaha memerangi najis dadah. Apa pun, terima kasih

kepada Yang Berhormat Senator yang telah memberikan cadangan tersebut.

Tuan Haji Muhammad bin Mustafa: Mohon mencelah?

Dr. Maszlee bin Malik: Ya.

Tuan Haji Muhammad bin Mustafa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

Yang Berhormat Menteri. Saya ucap tahniah di atas kewibawaan seorang Menteri Pendidikan

yang baharu. Soalan yang saya timbulkan dalam ucapan saya baru-baru ini tidak dijawab iaitu

berkenaan dengan usaha kerajaan ke arah memadukan di antara ilmu wahyu dan sains

manusiawi. Di mana kalau kita tengok sekarang ini, apabila sesuatu kurikulum pendidikan negara

itu memisahkan di antara ilmu wahyu dan ilmu sains, maka lahirlah manusia-manusia yang

berpecah-belah dalam hidupnya.

Oleh kerana itu, saya ingin mencadangkan kepada pihak Kementerian Pendidikan ke arah

mengadakan satu dasar memadukan di antara ilmu wahyu dan sains, itu satu. Saya difahamkan

Yang Berhormat Menteri pun daripada- dahulu jadi pensyarah fakulti ilmu wahyu.

DN 4.9.2018 99 Kedua ialah cadangan saya mengenai mengarusperdanakan tahfiz al-Quran. Di mana

kita tengok tahfiz al-Quran sekarang ini semacam anak tiri begitu, tidak mempunyai satu masa

hadapan yang jelas. Oleh kerana itu saya mencadangkan supaya kerajaan memikirkan ke arah

mengarusperdanakan tahfiz al-Quran dan sains ini, dengan mengadakan satu lagi aliran di

sekolah-sekolah kerajaan iaitu aliran tahfiz al-Quran dan sains. Demikian juga di universiti-

universiti awam diadakan fakulti al-Quran ataupun fakulti ilmu wahyu dan sains supaya al-Quran

ini dapat diperkasakan.

Kita sedia maklum dalam al-Quran sendiri pun ada sebut dua kali iqra... [Membaca

sepotong ayat al-Quran] Dua kali- iqra. “Iqra” yang pertama itu arahan supaya membaca dan

memahami al-Quran, dan “iqra” yang kedua itulah berkenaan dengan ilmu alam dan juga

manusia. Kalau dua iqra ini dapat dipadukan, insya-Allah, kita akan dapat melahirkan insan

sebagaimana Yang Berhormat Menteri sebut tadi. Sekian, terima kasih.

Dr. Maszlee bin Malik: Terima kasih Yang Berhormat yang telah bertanya dan juga

mengutarakan beberapa cadangan. Cadangan yang amat menarik, cadangan yang bernas dan

kita akan menjadikan sebahagian daripada panduan kita untuk melihat ke masa hadapan dalam

kita merangka kurikulum. Cumanya- dia bila tengok Yang Berhormat Senator, saya masih dalam

kepala hendak panggil “ustaz” tadi- “Ustaz Muhammad”, “Ustaz Mad” [Ketawa]

Yang Berhormat Senator, berkaitan dengan pemaduan di antara ilmu wahyu dan juga

dengan ilmu alam ataupun ilmu aqli, kita dapati bahawa ada dua pendekatan terhadap isu ini.

Pertamanya secara konvensional, yang keduanya secara tidak konvensional. Secara

konvensional, apabila kita memisahkan di antara ilmu aqli dengan ilmu naqli dalam kerangka

disiplin iaitu dengan melihat bahawa kalau ilmu naqli itu yang membawa maksud wahyu, ilmu

wahyu, ia lebih kepada ilmu-ilmu keagamaan. Ilmu aqli itu kita tafsirkan sebagai ilmu-ilmu

keduniaan. Maka kita melihat bahawa matematik, sains, moral dan lain-lain itu sebagai ilmu yang

aqli. Kita melihat bahawa kalau ilmu agama, fikah, tauhid, tasawuf dan lain-lain sebagai ilmu

wahyu. Itu pendekatan konvensional.

Akan tetapi pada saya, perlu melihat daripada kerangka yang komprehensif iaitu melihat

pertamanya, ilmu itu tidak boleh dijuzuk-juzukkan. Kita melihat ilmu itu tidak boleh dipisah-

pisahkan. Ilmu kembali kepada Yang Satu, kepada yang memberikan ilmu itu sendiri. Maka setiap

ilmu itu seperti mana yang disebutkan oleh Imam Al-Ghazali dalam membicarakan tentang wahyu

mengatakan, al-Quran adalah wahyu yang diturunkan tetapi akal merupakan wahyu yang

berperingkat dalamannya. Jadi akal juga merupakan wahyu yang diberikan tetapi dalam bentuk

untuk manusia pandai menggunakannya.

DN 4.9.2018 100

Oleh sebab itu dalam kerangka yang lebih komprehensif, kita melihat bahawa segala ilmu

berkaitan dengan nilai-nilai murni, segala ilmu matematik, segala ilmu berkaitan dengan sains,

fizik, segala ilmu berkaitan dengan nilai-nilai universal, integriti, amanah dan lain-lain, juga

berinspirasi dan bersumberkan kepada wahyu. Namun saya akui, yang dimaksudkan oleh Yang

Berhormat Senator supaya adanya pemaduan di antara konsep theocentric- bukan Teo Nie Ching

ya. Teo Nie Ching timbalan saya. Di antara konsep theocentric dan juga konsep acquired

knowledge itu, dengan melihat ilmu itu, mestilah bersumberkan kepada- tauhid.

Saya ingin mengimbau kepada penulisan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam bukunya

The Asian Renaissance. Apabila memperkatakan bahawa masyarakat Asia daripada berbilang

agama, daripada berbilang fahaman sungguhpun ada di antara mereka yang beragama Islam,

Hindu, Buddha, Kristian, Tao dan lain-lain, walaupun agama yang berbeza, walaupun ada di

antara agama yang tidak bertuhan pun tetapi mereka ini mempunyai satu kualiti iaitu mereka

mempunyai personal religious iaitu kecenderungan untuk beragama, kecenderungan untuk

kembali kepada nilai-nilai keagamaan, nilai-nilai murni, nilai-nilai ketimuran yang disebutkan itu.

Kita dapati Dasar Pendidikan Negara kita dan Falsafah Pendidikan Negara kita

bersumberkan ini iaitu kita tidak pisahkan. Cuma kerisauan yang mungkin dibawa oleh Yang

Berhormat Senator ialah terpisahnya nilai moral dan integriti daripada nilai akademik. Kita sedari.

Oleh sebab itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sering menekankan daripada hari

pertama beliau melantik saya menjadi Menteri Pendidikan sehinggalah pada Konvensyen

Bumiputera baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menekankan pentingnya

pengajaran tentang moral, tentang integriti, tentang nilai-nilai murni, diajar seawal prasekolah

sehinggalah di peringkat universiti, dan itu yang akan dilakukan oleh KPM.

Izinkan saya kembali kepada ucapan penutup saya Tuan Yang di-Pertua. Sekali lagi

kementerian mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas

keprihatinan, perhatian, teguran, sokongan dan juga cadangan yang pelbagai...

Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Yang Berhormat Menteri.

Dr. Maszlee bin Malik: Oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator terhadap usaha yang

dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ya.

Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin: Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-

Pertua mohon mencelah. Saya rasa dalam perbahasan saya juga ada menyentuh tentang

Kementerian Pendidikan. Di mana saya ada mengutarakan berkenaan dengan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia tahun 2013 dan juga Akta Pendidikan 1996 yang menyentuh

DN 4.9.2018 101 bahawa pendidikan ataupun Kementerian Pendidikan akan- maknanya memperkasakan

daripada segi prasekolah sehinggalah ke pendidikan keseluruhan.

Akan tetapi kalau kita lihat di negara kita, prasekolah lebih dimainkan peranan oleh agensi

kerajaan. Kalau kita tengok agensi kerajaan seperti KEMAS, Tabika Perpaduan tetapi KPM

memang ada menawarkan sekolah-sekolah. Saya lihat dalam laman web, ada menawarkan lebih

kurang 9,321 kelas yang melibatkan lebih kurang 203,745 orang pelajar prasekolah.

Soalan saya dan mohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah

Kementerian Pendidikan emphasize on the preschool education? Ini disebabkan macam saya

cakap tadi, preschool selalu dikaitkan dengan KEMAS dan juga Tabika Perpaduan. Tidak

dimainkan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan yang which is sepatutnya kalau ikut Akta

Pendidikan, pelan pembangunan, rata-rata menyentuh daripada prasekolah. Saya lihat

perancangan kerajaan melalui prasekolah ini hendak mencapai lebih kurang 100 peratus

enrolment antara empat hingga enam tahun. Maka saya hendak bertanya- itu soalan pertama

saya yang tidak disentuh oleh Yang Berhormat Menteri.

Keduanya berkenaan dengan library, berkenaan dengan perpustakaan awam. Oleh

sebab kita tengok perpustakaan awam ini kita hendak menggalakkan budaya membaca di negara

kita. Akan tetapi, perpustakaan awam ini mungkin sebelum ini tidak berada di bawah Kementerian

Pendidikan tetapi saya mengharapkan selepas ini Yang Berhormat Menteri akan betul-betul

melihat perpustakaan awam ini sebagai satu sumber ataupun satu tempat terutamanya di

kawasan luar bandar.

■1650

Ini kerana kita tengok luar-luar bandar ini tidak banyak perpustakaan awam. Malahan,

perpustakaan awam ini diletakkan di tempat-tempat yang tidak strategik dan tidak berapa friendly.

It’s not user friendly ataupun tidak membudayakan budaya membaca di kalangan komuniti.

Soalan saya juga ada menyentuh tentang sekolah vernakular yang mana berkenaan dengan

perpustakaan dan juga budaya membaca ini- mana soalan sudah?

Soalannya, saya tanya berkenaan dengan bagaimanakah pihak kerajaan melalui

Kementerian Pendidikan- pertama, saya bertanya keberkesanan kempen-kempen yang

dilaksanakan melalui Kempen Jom Baca 10 Minit itu.

Kedua, bagaimanakah Kementerian Pendidikan- sejauh manakah budaya membaca

bahasa buku kebangsaan diterapkan dan diserapkan, diperkasakan di sekolah-sekolah

vernakular. Oleh sebab kalau kita tengok tadi ada juga rakan-rakan Yang Berhormat Senator ada

mengutarakan tentang pengupayaan ataupun keupayaan pelajar-pelajar vernakular ini untuk

DN 4.9.2018 102 berbahasa kebangsaan. Maka, dalam soalan saya bertanyakan tentang pengupayaan budaya

membaca buku bahasa kebangsaan di sekolah vernakular. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Razali bin Idris: Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tambah sedikit sebab nampak

Yang Berhormat Menteri hendak tutup sudah itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada

satu sahaja. Di Terengganu ada dua sistem pendidikan. Pertama, pendidikan Islam dan yang

kedua, pendidikan agama. Pendidikan Islam dipanggil sekolah menengah agama bukan kerajaan

(SABK). Jadi, dalam krisis di negeri Terengganu, spesifik, SABK mempunyai dua kepala,

sebahagiannya Pusat dan sebahagian lagi negeri. So, ia ada sekolah menengah agama. Ia hanya

ada 10 buah sekolah daripada dahulu sampai sekarang.

Jadi, dalam keadaan yang baru-baru ini, ketidakcukupan guru. Bukan guru agama tetapi

guru sejarah, guru matematik, sebagai contoh. Akan tetapi SABK ini tidak boleh hendak apply

guru daripada sekolah kebangsaan. Maksudnya, ia kena tunggu kerangka ia sahaja. Ini

menyebabkan kekurangan guru di setiap sekolah. So, daripada itu, SABK di Terengganu masih

lagi dianggap sekolah kelas kedua. Saya rasa untuk Kerajaan Malaysia baharu, mesti membuat

satu ketetapan.

Soalan saya, adakah SABK masih lagi dalam keadaan 50/50, dengan Pusat 50 peratus

berkuasa dan 50 peratus lagi kerajaan negeri berkuasa, di bawah jabatan agama. Jadi sekarang,

pada pandangan saya dan beberapa orang guru yang saya berbincang sebelum sampai ke

Dewan yang mulia ini, kerajaan kena memilih satu. Sama ada Kerajaan Pusat untuk menjaga

ataupun mengambil pengurusan SABK, ataupun menyerahkan kepada kerajaan negeri. Tidak

boleh 50/50.

Oleh sebab dalam keadaan 50/50, pada suatu ketika saya sebagai YDP sekolah

menengah agama, bekalan air dan api dipotong. Apabila kita pergi tanya dengan pejabat

pendidikan negeri, dia kata, “Ini hak pejabat agama”. Apabila kita pergi tanya pejabat agama, dia

kata ini Pusat. Akhirnya, sekolah dua hari, bekalan air dan api dipotong. Jadi, inilah yang saya

hendak kalau boleh Yang Berhormat Menteri bagi penjelasan sedikit antara dua kerajaan,

kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat yang masih lagi bercelaru agreement nya. Terima kasih.

Dr. Maszlee bin Malik: Berhubung dengan soalan-soalan daripada Yang Berhormat

Senator Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin, saya akan menjawab secara bertulis.

Berkaitan dengan soalan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris tadi,

SABK ini tertakluk kepada MOU di antara kerajaan dengan sekolah yang terbabit. Namun, jikalau

sampai tahap potong itu, ada diskriminasi terhadap sekolah hanya kerana perbezaan politik, saya

rasa itu sudah melampau. Kita tidak mahu kebajikan anak-anak kita, pendidikan dirosakkan oleh

DN 4.9.2018 103 politik. Kalau sebelum ini kita dapati kerajaan yang lama banyak melakukan perkara-perkara

tersebut, di dalam era yang baharu ini kita tidak akan melakukan yang sedemikian.

Akan tetapi jikalau adanya kerajaan negeri pembangkang yang melakukan sedemikian,

berikan waktu untuk kita berhubung dengan Menteri Besar nya untuk mengatakan bahawa ini

bukanlah jalan ke hadapan Malaysia baharu. Kita perlu bersikap profesional, pendidikan perlu

melangkaui politik dan juga pendidikan tidak boleh digadaikan semata-mata untuk kepentingan

politik. Kementerian Pendidikan Malaysia komited untuk memastikan bahawa sekolah-sekolah

tidak akan menjadi mangsa terhadap kerakusan politik mana-mana pihak.

Saya juga ingin menjawab soalan berkaitan tahfiz tadi, saya tertinggal. Kementerian

Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan pendidikan tahfiz melalui pelaksanaan Kurikulum

Bersepadu Tahfiz (KBT) sehingga berperingkat-peringkat mulai tahun 2014. Sehingga kini,

sejumlah 31 buah sekolah KPM telah melaksanakan program tahfiz ini. KBT ataupun Kurikulum

Bersepadu Tahfiz adalah gabungan mata pelajaran akademik dalam kurikulum kebangsaan

dengan mata pelajaran tahfiz.

Jadi, tidak dipinggirkan. Cuma setakat ini kemampuan untuk mengambil sekolah-sekolah

yang terpilih. KPM juga telah melaksanakan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab mulai tahun 2018 di

Sekolah Menengah Imtiaz, Besut, Terengganu. Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab adalah

gabungan di antara pengajian tahfiz hafazan al-Quran, pengajian kitab Turath dan aliran sains.

KPM juga memperkasakan pendidikan al-Quran dan fardu ain di sekolah-sekolah kebangsaan

melalui Program j-QAF.

Di samping itu, seperti mana yang telah saya jawab di Dewan Rakyat sebelum ini apabila

ditanyakan tentang tahfiz, sebenarnya Kementerian Pendidikan Malaysia tidak pernah

menganaktirikan tahfiz. Oleh kerana apa? Kebanyakan tahfiz ini ditubuhkan oleh pihak-pihak

swasta dan pihak persendirian. Kita sentiasa menawarkan beberapa bantuan melalui intervensi,

melalui kolej-kolej komuniti.

Melalui beberapa inisiatif TVET, kita menawarkan kursus-kursus kepada pelajar-pelajar

tahfiz supaya mereka tidak ketinggalan. Begitu juga, kita mencadangkan kepada pihak-pihak

pengusaha tahfiz swasta, jikalau mereka tidak mampu menyediakan guru-guru berkualiti dari segi

akademik, dicadangkan supaya mereka menghantar anak-anak tahfiz mereka ke sekolah-

sekolah kebangsaan sewaktu jam persekolahan. Maka, mereka boleh tinggal di asrama tahfiz.

Mereka boleh belajar tahfiz selepas habis tempoh jam persekolahan.

DN 4.9.2018 104

Jadi, pada waktu persekolahan, mereka hendaklah menghadiri sekolah kebangsaan

biasa. Di luar waktu persekolahan, mereka boleh menghadiri tahfiz yang mereka anjurkan. Ini

lebih baik dan lebih harmoni serta lebih menjamin kebajikan pelajar-pelajar tahfiz yang terbabit.

Izinkan saya- nampak gaya tadi macam masing-masing tidak hendak kasi saya habiskan

ini. Akan tetapi kali ini saya terpaksa meminta izin Tuan Yang di-Pertua untuk habiskan juga.

Sekali lagi, kementerian mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di

atas keprihatinan, perhatian, teguran, sokongan dan cadangan yang amat bernas dan pelbagai

ini. Ternyata, saya yakin masa depan pendidikan negara berada di atas landasan yang betul dan

akan menempuhi masa depan yang cerah di atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Ahli-ahli

Yang Berhormat Senator yang telah bertanya.

Insya-Allah, di era Malaysia baharu ini Kementerian Pendidikan Malaysia dengan usaha

sama semua pihak yang terlibat, kita akan bersama-sama membina semula sistem pendidikan

kita. Kita akan bersama-sama melakarkan sejarah baru negara dan kita akan bersama-sama

membina generasi Malaysia yang berpendidikan, berkualiti, berakhlak mulia, bermoral tinggi dan

juga berjaya membawa Malaysia ke persada dunia. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum

warahmatullaahi wabarakaatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Dr.

Maszlee bin Malik. Lebih satu jam kita dapat dengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri

Pendidikan. Saya pun mendengar dengan penuh teliti sebab pendidikan, pelajaran adalah dekat

di hati saya sebab saya pun bekas pendidik. Ya, itulah nasihat saya tadi dan saya dengar tadi

banyak soalan-soalan daripada Yang Berhormat Senator Dato’ Suhaimi, Yang Berhormat

Senator Laksamana dan juga termasuk lain-lain. Jadi, dapat dijawab dengan baik.

Jadi, saya rasa itu jawapan yang bagus dan kita harap ia dapat dilaksanakan. Bak kata

Yang Berhormat Menteri Pendidikan tadi, kita merancang, Allah menentukan. Sekian, terima

kasih. Sekarang kita beri peluang kepada nombor enam, wakil Kementerian Pembangunan Luar

Bandar. Silakan.

■1700

5.00 ptg.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar [Tuan Sivarasa Rasiah]: Terima kasih,

Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada

sembilan orang Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah sudi untuk berbahas dan

membangkitkan beberapa perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Pembangunan

DN 4.9.2018 105 Luar Bandar sepanjang perbahasan Titah Diraja di Dewan Negara ini. Sembilan orang Yang

Berhormat Senator Tuan Yang di-Pertua, yang berbahas ialah Yang Berhormat Senator Tuan

Aknan a/l Ehtook, Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid, Yang Berhormat Senator

Datuk Paul Igai, Yang Berhormat Senator Dr. Nuing Jeluing, Yang Berhormat Senator Datuk

Rabiyah binti Ali, Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin

Abd. Hamid, Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad, Yang Berhormat Senator

Tuan Adrian Banie Lasimbang dan Yang Berhormat Senator Datuk John Ambrose.

Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab perkara-perkara yang telah

dibangkitkan semasa perbahasan tersebut. Perkara pertama adalah pertanyaan-pertanyaan

mengenai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Yang Berhormat Senator Tuan Aknan a/l Ehtook, dan Yang Berhormat Senator Dato’ Isa

bin Ab. Hamid menyarankan agar KPLB menyemak semula kadar elaun untuk Pengerusi MPKK

agar berbaloi dengan tugasan yang dipikul.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, MPKK berfungsi sebagai sebuah institusi

pembangunan dan pengurusan kampung dan anggota MPKK adalah merupakan individu yang

dilantik untuk berkhidmat secara sukarela. Walau bagaimanapun, kerajaan sentiasa memberikan

perhatian terhadap peranan serta fungsi anggota MPKK tersebut dan telah menyediakan insentif

kepada mereka dalam bentuk elaun dan juga geran untuk kampung.

Bagi tujuan tersebut, bagi sesebuah institusi MPKK yang ditubuhkan akan menerima

peruntukkan elaun berjumlah RM13,500 setahun yang meliputi elaun pengerusi sebanyak

RM500 sebulan, elaun setiausaha RM300 sebulan, elaun pengendalian mesyuarat RM100 satu

mesyuarat dan elaun kehadiran mesyuarat RM50 satu mesyuarat. Bayaran ini akan berdasarkan

kemampuan kewangan kerajaan.

Buat masa sekarang, kerajaan akan menyemak kadar elaun tersebut dari masa ke

semasa bergantung kepada kedudukan semasa kewangan negara. Walau bagaimanapun,

MPKK juga boleh memohon geran bernilai RM10,000 setahun bagi tujuan Program Peningkatan

Pendapatan Ekonomi, Keceriaan dan Kesejahteraan Kampung, tertakluk kepada terma dan

syarat yang telah ditetapkan.

Ini akan memberikan manfaat kepada komuniti kampung secara menyeluruh. Seterusnya

Yang Berhormat Senator Tuan Aknan a/l Ehtook bertanyakan mengenai kriteria yang digunakan

kementerian untuk melayakkan sesuatu kampung itu mendapat satu MPKK. Untuk makluman

Yang Berhormat Senator, Kementerian telah menetapkan bilangan penduduk bagi sesebuah

MPKK mengikut pecahan seperti berikut:

DN 4.9.2018 106

(i) 1,000 orang – 200 buah rumah bagi Semenanjung Malaysia;

(ii) 150 orang – 30 buah rumah bagi Sabah; dan

(iii) 100 orang – 20 buah rumah bagi Sarawak.

Kriteria-kriteria ini akan dipatuhi- sorry saya tangguhkan yang itu. Yang Berhormat

Senator Tuan Aknan a/l Ehtook juga bertanyakan mengenai rancangan kerajaan untuk

membantu MPKK ini dalam menyelesaikan masalah di kampung dengan segera seperti isu

kerosakan jalan dan bencana.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, MPKK juga berperanan sebagai ejen di

peringkat akar umbi yang akan menyalurkan sebarang permasalahan atau aduan kepada pihak-

pihak yang berkuasa dan berkaitan terhadap sesuatu isu yang timbul. Terdapat pelbagai cabang

bantuan daripada agensi kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan yang bersedia untuk

menghulurkan bantuan.

Sebagai contoh, ini berkaitan dengan jalan kampung, Kementerian juga akan

melaksanakan Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) untuk pembinaan dan menaik taraf jalan

kampung. Selain itu, MPKK juga boleh bertindak untuk menyelaraskan keperluan bantuan

bencana bersama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang terletak di bawah

Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga untuk menyalurkan

bantuan ketika berlaku sesuatu bencana.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya beralih ke tajuk yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat Senator...

Puan Asmak binti Husin: Mohon pencelahan Yang Berhormat Menteri?

Tuan Sivarasa Rasiah: Ya, silakan.

Puan Asmak binti Husin: Tadi saya ada dengar tentang peruntukan geran kepada

MPKK sebanyak RM10,000 betul ya? Adakah geran tersebut- kami daripada negeri Kelantan

juga boleh memohon? Hal ini sebab setakat ini MPKK di negeri Kelantan, saya dapat makluman

kami tidak dapat sebarang maklumat berkaitan dengan geran tersebut. Mohon pencerahan.

Tuan Sivarasa Rasiah: Terima kasih Yang Berhormat Senator di atas soalan tambahan

itu. Saya boleh sahkan di sini, geran itu layak dipohon oleh semua MPKK di mana-mana negeri.

Itu jelas. Kita tidak bezakan negeri yang diperintah oleh pembangkang atau sebagainya. Hanya

terma dan syarat-syarat yang dikenakan adalah sama untuk semua permohonan ya.

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid yang memohon supaya pertandingan Anugerah Desa

Perdana diteruskan.

DN 4.9.2018 107

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Program Anugerah Desa Perdana masih lagi

kekal sebagai salah sebuah program pengiktirafan bagi kampung-kampung yang cemerlang di

peringkat nasional.

Walau bagaimanapun, pelaksanaannya bagi tahun 2018 ini ditangguhkan kerana semua

negeri terlibat dalam proses pelantikan semula Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)

bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selaras dengan

keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan. Adalah dijangkakan program ini akan

dilaksanakan semula pada tahun 2019 setelah semua negeri selesai dengan urusan pelantikan

MPKK dengan beberapa penambahbaikan dibuat kepada program ini tertakluk kepada kelulusan

peruntukan kepada kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan ini, Program Anugerah Desa Perdana ini

adalah pertandingan di antara semua kampung-kampung di seluruh negara daripada peringkat

daerah ke negeri seterusnya ke kebangsaan.

Sekarang saya beralih kepada isu Orang Asli yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat

Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid dan juga Yang Berhormat Senator Tuan Manolan bin Mohamad.

Mereka bertanya mengenai pewartaan tanah Orang Asli dan kos pengukuran tanah-tanah Orang

Asli khususnya di negeri Kelantan serta cadangan penyelesaian isu tanah adat di Gua Musang.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, sehingga Ogos 2018 terdapat sebanyak 112

buah kampung daripada 119 kampung yang telah dimohon oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang

Asli (JAKOA) untuk diwartakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Terdapat sebanyak 1,647.3

hektar tanah yang telah diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara Seksyen 62, iaitu merangkumi

15 buah kampung Manakala sehingga kini tiada tanah Orang Asli yang diwartakan di bawah

seksyen 6, dan seksyen 7, Akta Orang Asli 1954, bagi negeri Kelantan.

Untuk makluman Dewan, Seksyen 6 dan Seksyen 7 ini adalah khusus untuk kategori

tanah kawasan Orang Asli dan tanah rizab Orang Asli, tetapi belum dibuat. Manakala tanah yang

telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Kelantan adalah sebanyak 22

buah kampung di Gua Musang yang merangkumi Rancangan Penempatan Semula (RPS), Kuala

Betis dengan keluasan 2,238.95 hektar dan Kampung Senderup di Lojing seluas 11.375 hektar.

■1710

JAKOA sedang membuat permohonan untuk pewartaan rizab bagi 75 buah kampung lagi

dengan keluasan 4,661.22 hektar.

Berkaitan dengan kos kerja ukur, kos kerja ukur yang dibelanjakan untuk pengukuran

tanah-tanah Orang Asli bagi tujuan pewartaan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-

DN 4.9.2018 108 10) dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) berjumlah RM16.3 juta dengan pecahan

RM3.9 juta untuk RMKe-10 dan RM2.4 juta bagi RMKe-11. Bagi negeri Kelantan, jumlah kos

kerja ukur untuk tempoh tersebut adalah berjumlah RM3.2 juta yang melibatkan 50 penempatan

Orang Asli di Kelantan.

Saya beralih kepada masalah di Gua Musang secara khusus, Tuan Yang di-Pertua.

JAKOA baru-baru ini telah mengadakan satu mesyuarat bersama kesemua 47 orang ketua

masyarakat Orang Asli Temiar termasuk Pengerusi MPKKOA dan pejuang-pejuang hak asasi

manusia daripada suku kaum Temiar pada 20 Ogos 2018 baru-baru ini bagi membincangkan isu-

isu tanah adat yang dihadapi di Gua Musang.

Tuan Yang di-Pertua, masalah ini adalah berpunca daripada benteng-benteng yang

didirikan baru-baru ini di kawasan itu oleh masyarakat Orang Asli. Susulan daripada mesyuarat

itu, satu task force di peringkat JAKOA akan dibentuk bagi mengumpulkan semula maklumat

tanah wilayah adat yang dituntut oleh Orang Asli Temiar, seterusnya permohonan secara rasmi

akan melalui kementerian kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk pewartaan tanah-tanah

tersebut.

Seterusnya, kedua-dua Yang Berhormat Senator yang saya sebutkan tadi juga

membangkitkan supaya menyegerakan bantuan-bantuan pelajaran kepada pelajar-pelajar Orang

Asli serta bertanyakan status bantuan persediaan pelajar Orang Asli di IPTA yang berjumlah

RM3,000 yang telah diumumkan dalam Bajet 2018 dan bantuan laptop kepada pelajar Orang Asli

di IPTA.

Dari segi bantuan pelajaran kepada pelajar-pelajar Orang Asli, saya ingin sebut di sini

bahawa pihak kementerian dan JAKOA sentiasa berusaha untuk memastikan mahasiswa-

mahasiswa Orang Asli mendapat tajaan Bantuan Pendidikan Kewangan IPT JAKOA. Namun

begitu, proses prosedur dan tatacara kewangan kerajaan sedia ada yang berkuat kuasa perlu

dipatuhi dan dilaksanakan oleh setiap peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Di samping itu, pihak JAKOA juga telah membuat persefahaman dan kerjasama dengan

pihak universiti awam bagi memberikan pengecualian sekatan kelewatan yuran bayaran

semester pengajian akademi universiti kepada para mahasiswa mahasiswi Orang Asli tajaan

JAKOA yang akan belajar dan sedang belajar di universiti awam.

Pihak JAKOA juga bertindak sebagai medium perantara di antara para mahasiswa

mahasiswi Orang Asli bagi mendapatkan bantuan zakat, pembiayaan dan pinjaman pendidikan

dengan pihak selain JAKOA bagi tujuan pendidikan di universiti awam dengan mengikut terma

dan syarat daripada pihak yang berkaitan.

DN 4.9.2018 109 Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah.

Tuan Sivarasa Rasiah: Ya, silakan.

Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapatkan

penjelasan tentang bantuan persediaan awal. Isunya ialah pelajar-pelajar yang mendaftar di

peringkat awal tiada kewangan yang mencukupi sebab banyak perkara yang perlu dibuat semasa

proses kemasukan. Adakah pihak JAKOA dapat menyediakan sedikit sebanyak bantuan

persediaan ini?

Ini kerana dalam menunggu peruntukan biasiswa, apa yang berlaku sekarang ini ialah

sehingga dua tiga bulan baru dapat duit sedangkan dua tiga bulan itu pelajar perlu makan. Bukan

setakat makan, persediaan-persediaan awal seperti buku, peralatan-peralatan pembelajaran

perlu dibeli. Ini yang saya harap JAKOA dapat membantu dalam perkara ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Sivarasa Rasiah: Terima kasih atas cadangan tadi daripada Yang Berhormat

Senator Dato’ Isa. Saya hendak sebut perkara RM3,000 itu tetapi belum sampai ke perenggan

itu.

Berkenaan dengan Bayaran Khas Persediaan ke IPTA bernilai RM3,000 kepada keluarga

Orang Asli yang telah diumumkan dalam Bajet 2018 oleh kerajaan lama, Tuan Yang di-Pertua,

kementerian sekarang masih menunggu keputusan semakan semula bajet daripada Kementerian

Kewangan berkaitan dengan bayaran ini. Oleh sebab itulah bayaran ini dilengahkan.

Berkaitan cadangan Yang Berhormat Senator Dato’ Isa ini, saya akan bawa balik kepada

Yang Berhormat Menteri dan akan dibincangkan sama ada saluran lain boleh dikenal pasti untuk

membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan. Saya mengiktiraf bantuan itu penting untuk

mereka tetapi kelambatan itu pun adalah hakikat. Kementerian Luar Bandar telah membuat

susulan dengan Kementerian Kewangan pada 29 Jun 2018 secara bertulis dan sehingga kini

masih belum ada sebarang keputusan. Akan tetapi, kita akan cubalah membincangkan cadangan

alternatif daripada Yang Berhormat Senator tadi.

Berkaitan dengan bantuan komputer riba ini, pihak kementerian melalui JAKOA juga tidak

dapat melaksanakan pemberian bantuan komputer riba atau laptop tersebut sejak tahun 2017.

Ini disebabkan tiada peruntukan kewangan bagi pelaksanaan program ini. Tuan Yang di-Pertua,

program bantuan komputer riba ini dimulakan pada tahun 2013 dan diteruskan sehingga 2016

sahaja. Jadi, ia diberhentikan pada tahun 2017 oleh kerajaan yang lama. Itulah statusnya

program ini.

DN 4.9.2018 110 Seterusnya, Yang Berhormat Senator Dato’ Isa juga mencadangkan supaya kerajaan

menyediakan skim perumahan khas Orang Asli selain program PPRT JAKOA di tanah yang telah

diwartakan.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pada masa ini bantuan pembinaan rumah

kepada Orang Asli disediakan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Sepanjang RMKe-11, jumlah PPRT yang telah dibina untuk masyarakat Orang Asli ialah seperti

berikut. Saya just sebut angka dan unit sahaja. Tahun 2016 sebanyak 122 unit. Tahun 2017

sebanyak 90 unit. Tahun 2018, setakat ini, sebanyak 70 unit. Jumlah keseluruhannya sebanyak

282 unit.

Mengenai cadangan spesifik daripada Yang Berhormat Senator untuk mewujudkan skim

perumahan khas Orang Asli, pihak kementerian melalui JAKOA akan meneliti dan mengkaji

cadangan tersebut.

Seterusnya, Yang Berhormat Senator Dato’ Isa juga bertanyakan, langkah kementerian

dan kerajaan dalam meningkatkan lebih ramai pegawai kanan yang ditempatkan di JAKOA

adalah di kalangan Orang Asli. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, pegawai kanan

Gred 48 ke atas daripada kalangan Orang Asli di JAKOA adalah seramai tiga orang daripada

lapan jawatan pegawai kanan di JAKOA.

Kementerian sentiasa berusaha untuk meramaikan pegawai kanan di JAKOA dari

kalangan masyarakat Orang Asli sendiri. Usaha berterusan ini dilaksanakan secara bersama

dengan agensi-agensi pusat dalam bentuk penstrukturan semula jabatan serta proses

penempatan secara peminjaman.

Sekarang saya beralih kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator

Datuk Rabiyah binti Ali yang bertanya berkenaan bagaimana pihak institusi latihan kemahiran

seperti Giat Mara mendapatkan pengiktirafan Sijil Latihan Kemahiran yang ditawarkan kepada

pelatih bagi mengelakkan mereka menganggur selepas keluar daripada pusat latihan tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator dan Dewan ini, Giat Mara menawarkan lebih

60 bidang kursus bagi peluang latihan kemahiran kepada belia dan masyarakat setempat.

Pengiktirafan sijil ditawarkan adalah seperti berikut. Ada enam kategori, saya akan baca.

Pertama, Sijil Profesional GiatMARA di mana pelatih-pelatih GiatMARA akan menerima

sijil tersebut melalui latihan kemahiran di GiatMARA. Modul kursus yang ditawarkan sentiasa

dikemas kini bersama pihak industri bagi memastikan lepasan pelatih GiatMARA lebih mudah

mendapat pekerjaan.

DN 4.9.2018 111 ▪ 1720

Kedua ialah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi Tahap Satu hingga Tahap Tiga di mana

mendapat pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber

Manusia. Pentauliahan daripada Suruhanjaya Tenaga bagi Sijil Perakuan Kekompetenan PW1,

P2 dan 4 manakala pengiktirafan Electrical Inspectoral Unit (EIU) Sarawak di Negeri Sarawak

dalam bidang pendawaian elektrik melibatkan empat buah GIATMARA bagi Program First Grade

Wireman dan tujuh buah GìatMARA ditauliahkan bagi Program Second Grade Wireman, dengan

izin.

Keempat, pengiktirafan SISCO. Ini untuk program rangkaian komputer sebagai nilai

tambah kepada pelatih untuk menjamin mendapat pekerjaan selepas tamat latihan.

Kelima, pengiktirafan daripada Biro Veritas bagi pensijilan Welding Complication Test

Certification, dengan izin, di GiatMARA Padang Rengas dan keenam, pengiktirafan daripada

Jabatan Alam Sekitar dalam bidang Juruteknik Penyejuk bekuan dan Penyaman Udara.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kemahiran yang diperoleh oleh pelatih GiatMARA ini, kadar

kebolehpasaran graduan mengikut kajian kita di MARA ialah sebanyak 83 peratus yang terdiri

daripada mereka yang bekerja dan menceburi bidang keusahawanan.

Saya beralih sekarang kepada pertanyaan daripada Yang Berhormat Senator Laksamana

Pertama Haji Mohamad Imran yang bertanya status rumah generasi kedua FELCRA Gugusan

Lekir di kawasan Manjung di Perak.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, FELCRA yang telah melaksanakan kerja-

kerja awalan iaitu pembersihan perimeter tapak perumahan dan kerja tanah sejak 19 April 2017

setelah memperoleh kelulusan masuk awal daripada Pentadbir Tanah Daerah Manjung pada 29

Mac 2017. Kelulusan Kebenaran Merancang (KM) untuk pembangunan 102 unit rumah tersebut

juga telah diperoleh pada 19 April 2017.

Permohonan untuk memperoleh hak milik tapak perumahan berkenaan seluas 39.198

ekar juga telah dikemukakan pada 6 April 2016 dan masih dalam proses di Pejabat Tanah

Manjung. FELCRA telah melantik subsidiari syarikat, FELCRA Property Sdn. Bhd. untuk

berfungsi sebagai pemaju pembangunan rumah untuk generasi kedua di penempatan peserta

FELCRA tersebut. FELCRA Property Sdn. Bhd. sedang dalam proses untuk melantik kontraktor

untuk memulakan kerja-kerja fizikal di atas tapak tersebut.

Saya beralih sekarang kepada soalan oleh Yang Berhormat Senator Datuk John Ambrose

yang mencadangkan supaya pihak kementerian menyediakan insurans kepada penerima PPRT

kerana sekiranya berlaku kebakaran, penerima tidak boleh lagi memohon PPRT.

DN 4.9.2018 112

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, tanggapan Yang Berhormat Senator bahawa

penerima tidak boleh lagi memohon PPRT sekiranya berlaku bencana adalah tidak tepat kerana

penerima masih boleh memohon PPRT sekiranya berlaku bencana. Kementerian telah sentiasa

bersedia mempertimbangkan bantuan kepada mana-mana mangsa bencana termasuk daripada

kalangan penerima bantuan sedia ada. Semua permohonan baru untuk bantuan Rumah PPRT

akan dinilai dan diproses mengikut syarat-syarat kelayakan dan prosedur Program Perumahan

Rakyat Termiskin (PPRT). Justeru, buat masa ini, KPLB belum mempunyai cadangan untuk

pemberian insurans kepada penerima bantuan PPRT.

Sekarang saya pergi kepada pertanyaan daripada Yang Berhormat Senator Tuan Adrian

Banie Lasimbang yang bertanyakan apakah tindakan kementerian untuk memastikan miskin

tegar dapat diatasi dan dibasmi.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kementerian telah melaksanakan program-

program pembangunan luar bandar secara konsisten seperti Program Perumahan Rakyat

Termiskin (PPRT), Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), Program Peningkatan

Pendapatan (PPP) serta program-program keusahawanan seperti Rural Business Challenge dan

Mobileprenuer yang dilihat dapat membantu meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk di

luar bandar.

Melalui pelaksanaan program-program ini, kementerian berharap kadar kemiskinan di luar

bandar dapat dikurangkan lagi kepada kadar di bawah satu peratus. Inilah keadaan sekarang di

mana tahap itu adalah satu peratus. Kita harap dengan program-program ini, kadar ini akan

dikurangkan lagi dalam tempoh RMKe-11.

Untuk menentukan satu peratus ini, garis kemiskinan yang digunakan ialah garis

kemiskinan tahun 2016 yang ditetapkan Unit Perancangan Ekonomi dan garis itu ialah RM880 di

Semenanjung Malaysia, RM1,220 di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan RM940 di

Sarawak.

Selain itu, kementerian juga akan mengkaji bagi menambahbaikkan pelaksanaan

program-program sedia ada supaya peruntukan yang dibelanjakan ini memberi impak yang

setimpal dan dapat memberi manfaat secara menyeluruh kepada masyarakat luar bandar. Di

samping itu, kementerian juga dalam proses menyediakan Dasar Pembangunan Luar Bandar

dan Pelan Tindakan Pembangunan Luar Bandar dengan mengambil kira iltizam di dalam Buku

Harapan. Dasar dan pelan tindakan tersebut telah dibantu oleh perunding-perunding daripada

Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti

Teknologi Malaysia (UTM).

DN 4.9.2018 113

Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang juga mencadangkan supaya

pihak kementerian bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar

dan Perubahan Iklim untuk mengenal pasti alternative technology, dengan izin, bagi projek

bekalan air dan elektrik luar bandar. Saya nampak cadangan ini adalah cadangan yang cukup

baik dan bernas dan setuju sepenuhnya dengan cadangan ini dan memang ini kita akan lakukan.

Kita akan berbincang dengan Menteri dan pegawai-pegawai di sana untuk mencari dan

mendapatkan teknologi yang terbaik untuk kawasan-kawasan di luar bandar yang jauh daripada

grid ataupun sumber utama untuk memastikan bekalan air yang terawat dan elektrik boleh

disampaikan kepada mereka.

Saya beralih kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Nuing

Jeluing. Beliau memohon supaya Kerajaan Persekutuan melaksanakan pelbagai program dan

projek di bawah RMKe-11 bagi memastikan semua rakyat dapat menikmati manfaat

pembangunan luar bandar di Sarawak seperti jalan berturap, bekalan air bersih dan bekalan

elektrik.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, sejumlah RM4.9 bilion telah dicadangkan bagi

pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di negeri Sarawak di dalam tempoh RMKe-

11 iaitu daripada tahun 2016 hingga tahun 2020. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM412 juta

telah disalurkan kepada tahun 2016 sehingga 2018 bagi pelaksanaan 38 Projek Bekalan Air Luar

Bandar (BALB) di negeri Sarawak.

Berkaitan dengan bekalan elektrik, sejumlah RM2.25 bilion telah dicadangkan bagi

pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sarawak untuk tempoh tersebut.

Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM1.18 bilion telah disalurkan pada tahun 2016 sehingga

2018 bagi pelaksanaan 33 Projek BELB di negeri Sarawak. Berkaitan dengan jalan luar bandar

di negeri Sarawak pula, sehingga kini sejumlah RM2.068 bilion sebagai siling telah diluluskan di

dalam tempoh RMKe-11. Daripada jumlah tersebut, daripada tahun 2016 sehingga kini,

RM434.98 juta telah dibelanjakan bagi pelaksanaan 35 projek baharu, dan dua projek

sambungan di negeri Sarawak.

■1730

Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga, peruntukan bagi pelaksanaan projek-

projek infrastruktur luar bandar bagi tahun 2019, tahun akan datang dan 2020 akan tertakluk

kepada kelulusan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan serta kedudukan

kewangan semasa kerajaan. Saya pergi kepada pertanyaan terakhir yang dibuat oleh Yang

Berhormat Senator Datuk Paul Igai. Yang Berhormat bertanya atau memohon, Yang Berhormat

DN 4.9.2018 114 Senator Datuk Paul Igai memohon supaya mempercepatkan pelaksanaan projek bekalan air di

Kapit, Sarawak lebih awal daripada September 2019.

Saya ingin memberitahu Yang Berhormat Senator bahawa tarikh September 2019 itu

adalah anggaran tarikh projek ini dapat di tender. Walau bagaimanapun, ia akan cuba ditender

seawal mungkin sekiranya semua perkara-perkara berkaitan seperti permohonan izin lalu dan

pengambilan balik tanah dapat diselesaikan segera.

Tuan Yang di-Pertua, itulah jawapan dan pandangan daripada kementerian terhadap

semua soalan-soalan dan pandangan yang telah dibawa oleh sembilan Senator yang saya sebut

tadi. Saya ucap sekali lagi penghargaan dan terima kasih daripada pihak kementerian atas

keprihatinan yang ditunjuk oleh Yang Berhormat Senator.

Saya ingin rekodkan di sini, kementerian sentiasa peka dengan keperluan dan

kesejahteraan rakyat di luar bandar serta akan terus berusaha untuk melaksanakan projek-projek

pembangunan luar bandar dengan mengambil kira iltizam dan janji yang telah dizahirkan di dalam

Buku Harapan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ada satu soalan tambahan? Tidak ada. Terima

kasih Yang Berhormat Tuan Sivarasa Rasiah, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar yang

telah menjawab soalan yang disampaikan tadi, terang dan jelas. Terima kasih sekali lagi,

masanya pendek. Jadi semua soalan telah dijawabnya dan sekarang saya jemput pula Menteri

wakil daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, dipersilakan.

5.32 ptg.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi [Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin]: Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi

wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima

kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Usul

Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan menyentuh perkara-

perkara di bawah bidang tanggungjawab Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Saya juga ingin menyampaikan ucap salam dari Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang tidak

dapat hadir menjawab perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat pada petang ini kerana beliau turut

terlibat berbahas Titah Diraja pada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada ketika ini.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa menyampaikan Titah di Dewan

yang mulia ini telah menyentuh bahawa kerajaan akan meneruskan pelaksanaan pelbagai

DN 4.9.2018 115 program dan projek bagi memastikan semua rakyat dapat menikmati manfaat pembangunan

selaras dengan dasar kerajaan agar kehidupan rakyat dipertingkatkan dan kekayaan negara

dikongsi secara adil dan saksama.

Tema ini adalah asas kepada penggulungan saya pada hari ini, di mana enam isu utama

telah dibangkitkan oleh sembilan orang Ahli-ahli Yang Berhormat semasa membahaskan Usul

Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pertamanya, isu

pemberian royalti minyak. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan dengan isu berkaitan

minyak dan gas yang terus menerus mendapat perhatian ramai Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu

Yang Berhormat Datuk Dr. Lucas Umbul, Yang Berhormat Dr. Nuing Jeluing dan Yang Berhormat

Dr. Zaiedi Haji Suhaili.

Sebagaimana yang dijelaskan dalam sesi jawab lisan di Dewan Negara ini pada 30 Ogos

2018, suka saya memaklumkan sekali lagi bahawa Buku Harapan telah memberi perhatian

kepada beberapa usaha untuk berkongsi kekayaan negara secara bersasar. Termasuk

menambah jumlah royalti petroleum kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas sebagai

salah satu langkah pembahagian hasil petroleum yang lebih adil.

Ini bertujuan untuk membolehkan kerajaan-kerajaan negeri berkenaan mengambil alih

lebih banyak tanggungjawab pembangunan di negeri masing-masing. Inilah niat utama tatkala

menggubal Buku Harapan dan Pakatan Harapan telah mengkaji kewajaran usaha ini dalam

memenuhi prinsip distributive justice atau pengagihan kekayaan yang lebih adil. Mengikut

kefahaman Pakatan Harapan pada ketika itu, cadangan menambah jumlah royalti petroleum

kepada 20 peratus ini adalah berdasarkan keuntungan Petronas selepas cukai, bukan daripada

jumlah hasil pengeluaran kasar atau gross production.

Pakatan Harapan telah membuat analisa struktur kos ataupun cost structure pengeluaran

petroleum oleh Petronas. Analisis pada ketika itu dibuat dalam keadaan kekangan data dan

maklumat. Analisis bertujuan untuk melihat sama ada peratusan jumlah royalti petroleum bagi

negeri-negeri pengeluar petroleum boleh ditingkatkan kepada 20 peratus. Namun demikian,

cadangan ini tidak dapat dilaksanakan segera kerana ia bercanggah dengan Akta Pembangunan

Petroleum 1974, atau PDA 1974.

Ini kerana, pengiraan adalah berdasarkan gross production dan bukannya net profit.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Petronas perlu membayar sebanyak sepuluh peratus

daripada jumlah hasil pengeluaran kasar minyak dan gas atau gross production secara bayaran

tunai atau cash payment atau royalti kepada kerajaan. Daripada jumlah ini dan bergantung

DN 4.9.2018 116 kepada di mana hasil tersebut dikeluarkan, sejumlah lima peratus akan diterima masing-masing

oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri-negeri berkaitan.

Bayaran tunai sejumlah 10 peratus adalah merupakan nilai kasar setong atau gross value

per barrel pada harga pasaran dan merupakan bayaran yang dibuat tanpa perlu mengambil kira

sama ada pengeluaran minyak dan gas daripada lapangan tersebut menguntungkan ataupun

tidak. Mengikut keadaan semasa daripada nilai setong berkenaan, sejumlah 70 peratus daripada

hasil pengeluaran kasar minyak dan gas merupakan kos pembiayaan pengeluaran atau cost

recovery iaitu kos eksplorasi, kos pembangunan pelantar dan kos operasi yang perlu dibiayai.

Kos tersebut telah mengalami peningkatan yang signifikan daripada tahun ke tahun

disebabkan oleh kerumitan atau complexity dan risiko yang semakin tinggi dalam proses mencari

gali minyak dan gas di lautan. Bagi pengeluaran yang melibatkan lapangan laut dalam atau deep

water, kos ini boleh mencecah hingga 80 peratus daripada jumlah hasil pengeluaran kasar atau

gross production. Setelah ditolak sebanyak 10 peratus royalti dan kos pengeluaran sekitar 70

peratus, baki sekitar 20 peratus lagi adalah keuntungan yang akan dikenakan cukai.

Petronas dan pengusaha lain perlu membayar Cukai Pendapatan Petroleum atau

Petroleum (Income Tax) Act (PITA).

Untuk makluman, pada masa ini PITA yang dikenakan adalah pada kadar 38 peratus

daripada keuntungan kasar minyak dan gas atau gross profit. Berdasarkan anggaran keuntungan

20 peratus, jumlah PITA yang perlu dibayar adalah dianggarkan sebanyak lapan peratus daripada

jumlah hasil pengeluaran kasar. Baki selebihnya iaitu 12 peratus daripada jumlah hasil

pengeluaran kasar minyak dan gas ini merupakan keuntungan kasar. Keuntungan yang akan

dikongsi bersama antara Petronas dan pengusaha-pengusaha lain berdasarkan perjanjian yang

dimeterai bagi sesebuah kontrak pengeluaran yang terlibat.

Jadi saya telah jelaskan secara terperinci mengenai hal ini di Dewan Negara sebelum ini.

Oleh yang demikian, saya tekankan sekali lagi bahawa sepertimana yang telah dijelaskan

sebelum ini, sekiranya jumlah royalti petroleum ditambah kepada 20 peratus daripada jumlah

hasil pengeluaran kasar petroleum, ianya akan memberi implikasi yang serius terhadap

kedudukan kewangan Petronas dan secara langsung memberi kesan kepada hasil Kerajaan

Persekutuan. Selain daripada itu, kerajaan juga mahu memastikan isyarat yang positif diberikan

kepada pelabur asing bagi mengekalkan keyakinan tinggi mereka terhadap industri minyak dan

gas negara.

DN 4.9.2018 117 ■1740

Penelitian menyeluruh PDA 1974 penting bagi mengelakkan aktiviti pengeluaran minyak

dan gas Petronas khasnya di Sabah dan Sarawak terjejas kerana peningkatan bayaran tunai

kepada 20 peratus akan memberi kesan kepada perjanjian Production Sharing Contract (PSC),

dan Risk Service Contract (RSC) sedia ada antara Petronas dan rakan niaganya.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Datuk Dr. Lucas Umbul, jumlah

bayaran tunai atau istilah umumnya yang lebih difahami sebagai royalti minyak iaitu bayaran lima

peratus bayaran tunai. Sebanyak RM13.9 bilion telah dibayar kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Ingin saya jelaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah menyatakan mengenai langkah

pembubaran Akta Pembangunan Petroleum 1974 atau PDA 1974, dan Akta Laut Wilayah 2012.

Ya, Akta Laut Wilayah kita panggil bukan Akta Wilayah Laut.

Kita juga mendengar banyak akta, undang-undang dan perjanjian lain yang disebutkan

seperti Oil Mining Ordinance 1958, Akta Pelantar Benua 2009 dan Akta Perlombongan Petroleum

1966 yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Datuk Jamilah

Sulaiman berkaitan isu ini agar kita tidak diheret dalam polemik perbahasan mengenai

pertindihan undang-undang dalam isu ini, kerajaan bercadang menubuhkan jawatankuasa khas

kabinet yang dianggotai oleh wakil dari Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak yang mempunyai

kepakaran dalam hal yang berkaitan bagi menyemak, mengkaji dan menambah baik secara adil

akta perjanjian yang sedia ada termasuk PDA 1974.

Di antara tugas jawatankuasa ini adalah untuk mengkaji dan mencadangkan langkah-

langkah penambahbaikan dalam beberapa hal termasuk hak Sabah dan Sarawak terhadap hasil

semula jadi negara termasuklah hasil minyak dan gas. Walau bagaimanapun, ingin saya

nyatakan bahawa buat masa ini, tiada jangka masa yang spesifik ditetapkan bagi pelaksanaan

usaha ini kerana ia tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan syarat semasa yang perlu

dipatuhi seperti klausa yang terkandung dalam perjanjian di antara Petronas dan Kerajaan

Persekutuan serta antara Petronas dan kerajaan-kerajaan negeri.

Saya amat mengalu-alukan pandangan Yang Berhormat Dr. Zaiedi Haji Suhaili mengenai

pembayaran tunai hasil petroleum atau lebih dikenali sebagai royalti minyak kepada negeri-negeri

pengeluar minyak, penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet dan penglibatan semua pihak, sama

ada kerajaan-kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan dan juga Petronas bagi mencapai

situasi win-win atau win-win situation, dengan izin.

Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan bersedia dan terbuka untuk berunding dan

berbincang dengan kerajaan-kerajaan negeri pengeluar minyak mengenai sebarang isu minyak

DN 4.9.2018 118 dan gas dalam suasana muafakat tanpa melibatkan perundangan dalam hasrat memenuhi prinsip

distributive justice atau pengagihan kekayaan yang lebih adil ini. Malah Menteri Hal Ehwal

Ekonomi sendiri telah pun mengadakan perbincangan dengan salah satu negeri pengeluar

minyak di Semenanjung dan sesi engagement, dengan izin, seperti ini akan diteruskan dengan

negeri-negeri lain pula.

Saya juga ingin menjelaskan kepada Yang Berhormat Datin Rahimah binti Haji Mahamad

dan Yang Berhormat Tuan Haji Muhamad bin Mustafa bahawa satu kes perundangan yang

difailkan pada tahun 2010 melibatkan saman oleh Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas

masih belum selesai dan kerajaan berpandangan proses undang-undang yang masih berjalan itu

perlu dihormati kerana perbincangan aspek teknikal yang terperinci akan memberi kesan kepada

proses undang-undang yang sedang berlangsung. Kerajaan sependapat dengan Ahli Yang

Berhormat bahawa adalah menjadi harapan bersama perkara berkaitan royalti petroleum dapat

diselesaikan dengan cara baik dalam suasana muafakat antara kedua-dua belah pihak tanpa

perlu melibatkan pertikaian undang-undang.

Berkaitan perkara yang dibangkitkan oleh Datin Rahimah binti Haji Mahamad, suka saya

maklumkan mengenai pengeluaran hasil petroleum oleh MTGA atau Malaysia-Thailand Joint

Authority, Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand. Mengikut rekod, pengeluaran gas sejak

Januari 2005 hingga akhir Disember 2017 bagi Blok A18 adalah sebanyak 3.23TCF- trillion cubic

feet, atau trilion kaki padu manakala pengeluaran terkumpul, condensate sehingga Disember

2017 adalah sebanyak 30.49 juta tong atau million barrels. Ini merupakan hasil yang diperoleh di

bawah kerjasama dua hala antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand yang dikongsi dan

dibahagikan secara sama rata antara kedua-dua negara, 50-50.

Isu seterusnya adalah isu pembangunan Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Razali bin Idris: Tuan Yang di-Pertua. Boleh sikit?

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Ya, silakan.

Datuk Razali bin Idris: Boleh ya? Apabila bercakap tentang royalti minyak, maka

Terengganu terbabit.

Jadi soalan saya, tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang 20 peratus royalti

minyak dan memerlukan banyak perkara untuk mencapai keputusan tersebut. Soalan saya yang

pertama, difahamkan Terengganu hanya mendapat lima peratus royalti. Adakah lima peratus

akan diteruskan ataupun kembali kepada cadangan 20 peratus daripada profit? Lima peratus

maksud saya di sini, perjanjian yang lama melalui gross revenue. Itu soalan yang pertama.

DN 4.9.2018 119

Soalan yang kedua, saya juga difahamkan Kerajaan Pusat ada memberi sebahagian

daripada hasil minyak sama ada dalam bentuk royalti ataupun dalam bentuk dana khas ataupun

dalam bentuk lain-lain. Cuma di sini soalan saya, saya nak pastikan adakah benar Kerajaan Pusat

telah memberi sebahagian daripada wang minyak. Saya tak tahu nak sebut sama ada wang itu

daripada royalti ataupun wang tersebut ditakrifkan sebagai dana khas. Itu sahaja, dua soalan.

Terima kasih.

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Terima kasih Senator Datuk Razali. Pertama, adakah lima

peratus akan dikekalkan. Seperti mana yang saya sebut tadi, pihak kerajaan sedang melakukan

engagement dengan kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat untuk membincangkan berkaitan

dengan isu ini. Yang kedua, tentang penerimaan bayaran.

Seperti mana saya sebut dalam Dewan ini beberapa hari yang lepas bahawasanya

Kerajaan Terengganu menerima pembayaran tersebut. Yang Berhormat dari Terengganu

bertanyakan akan hal tersebut dan pada masa ini, Kerajaan Negeri Terengganu menerima

bayaran tersebut seperti mana yang dijadualkan. Izinkan saya teruskan.

Tuan Haji Muhamad bin Mustafa: Minta mencelah. Pencelahan sikit. Terima kasih Yang

Berhormat Menteri. Dalam rekod sejarah Negeri Kelantan, setelah perjanjian di antara negeri

Kelantan dan Petronas, berapa kali dah Kerajaan Negeri Kelantan ini daripada segi rekodlah,

sejarahnya, berapa kali Kerajaan Negeri Kelantan sudah menerima dia punya royalti ini ataupun

langsung tak ada? Terima kasih.

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak mempunyai

maklumat tersebut dengan saya dan izinkan saya memberikannya melalui jawapan bertulis ya?

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya beralih kepada isu kedua iaitu pembangunan

negeri Sabah dan Sarawak. Yang Berhormat Datuk Dr. Lucas Umbul telah mengutarakan apakah

perancangan pembangunan bagi Negeri Sabah yang jauh ketinggalan daripada negeri-negeri

lain di samping merancakkan ekonomi dan peluang pekerjaan serta mengurangkan penghijrahan

keluar rakyat mencari pekerjaan lebih baik di Sabah.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dan

mengambil berat terhadap pembangunan dan kesejahteraan rakyat di Negeri Sabah. Dalam

Rancangan Malaysia Kesebelas, RMKe-11 (2016-2020), kerajaan juga terus komited dalam

usaha merapatkan jurang pembangunan di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah.

Tumpuan kerajaan adalah untuk mempergiatkan pembangunan dengan meningkatkan tahap

sosioekonomi melalui penyediaan kemudahan infrastruktur dan utiliti serta peningkatan

DN 4.9.2018 120 pelaburan yang akan memberi manfaat langsung kepada penduduk tempatan seperti peluang

pekerjaan dan keusahawanan.

■1750

Kerajaan sentiasa memberikan perhatian dalam usaha mempergiat pelaksanaan projek-

projek pembangunan terutamanya projek-projek ekonomi, infrastruktur dan sosial di Sabah bagi

menarik pelaburan untuk menjana peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan

menyediakan prasarana yang lengkap bagi memberikan kualiti hidup yang lebih baik kepada

semua rakyat Sabah. Pelbagai projek pembangunan telah dilaksanakan, misalnya dalam sektor

pembuatan, pembinaan Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) dijangka akan menyokong

pertumbuhan kawasan perindustrian di Sabah.

Kerajaan juga telah meluluskan kos sebanyak RM6 juta di bawah RMK-11 untuk

menyediakan infrastruktur asas di KKIP manakala RM4.16 juta untuk pembangunan Pusat

Aeroangkasa di KKIP. Koridor Pembangunan Sabah (SDC) pula telah ditubuhkan pada tahun

2008 sebagai salah satu langkah bagi mempergiat pertumbuhan ekonomi Sabah. Sehingga suku

pertama 2018, SDC telah berjaya membawa masuk sebanyak RM66 bilion pelaburan swasta

serta mewujudkan lebih 36,000 peluang pekerjaan di dalam pelbagai bidang.

Selain itu, pelaksanaan beberapa projek berimpak tinggi seperti pembesaran Pelabuhan

Kontena Sepanggar Bay dan Kelompok Industri Kelapa Sawit (Palm Oil Industrial Cluster) di

Sandakan dan Lahad Datu akan menjadi pemangkin kepada perkembangan industri pembuatan

di negeri Sabah.

Di sektor pelancongan, kerajaan juga telah meluluskan sebanyak RM42.8 juta bagi

melaksanakan sembilan projek. Antaranya projek peningkatan kemudahan pelancongan di

Burlington, Taman Kinabalu dan Rizab Hidupan Liar Tabin di Lahad Datu.

Pada masa yang sama, kerajaan turut memberikan tumpuan kepada aspek

pembangunan modal insan di Sabah melalui pembangunan kemahiran modal insan serta

peningkatan kemahiran penduduk tempatan dalam industri yang berkaitan. Bagi mereka yang

berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan, kerajaan memberikan galakan

melalui penyediaan pelbagai insentif dan bantuan. Ini akan dapat menyumbang kepada

pembangunan perusahaan kecil dan sederhana di Sabah serta turut dapat membantu dalam

memberi peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk tempatan. Peningkatan dalam modal

insan serta wujudnya peluang-peluang pekerjaan daripada usaha kerajaan ini diharap dapat

mengurangkan penghijrahan keluar penduduk tempatan.

DN 4.9.2018 121

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu, kerajaan juga berusaha untuk meningkatkan tahap

sosioekonomi dan kualiti hidup melalui penyediaan kemudahan infrastruktur dan utiliti bagi

memastikan penduduk di Sabah mempunyai akses kepada kemudahan asas dan perkhidmatan.

Ini termasuklah penyediaan rangkaian perhubungan seperti jalan raya dan pengangkutan awam

serta infrastruktur asas lain seperti kemudahan air bersih dan terawat. Antara program yang

dilaksanakan adalah seperti program Jalan Luar Bandar, Jalan Perhubungan Desa, Bekalan Air

Luar Bandar, bekalan air alternatif, Bekalan Elektrik Luar Bandar serta projek pembaikan

kemudahan asas di bawah Program Ameniti Sosial. Kerajaan di bawah Rolling Plan Pertama

hingga 3 RMK-11 telah memperuntukkan sejumlah RM3.4 bilion bagi pelaksanaan program-

program tersebut di Sabah.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Bagi meningkatkan kesalinghubungan antara bandar-bandar, Lebuhraya Pan Borneo kini

sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2022. Lebuhraya Pan Borneo yang

dimulakan pada tahun 2015 ini menyediakan ketersambungan jalan raya di Sindumin ke Tawau

di Sabah. Lebuh raya ini selepas siap kelak akan menjadi pemangkin kepada pembangunan

ekonomi yang seimbang dan seterusnya memperkukuh ketersambungan di negeri Sabah.

Ahli Yang Berhormat, kerajaan juga mengambil berat aspek sosial di Sabah terutamanya

dalam penyediaan infrastruktur pendidikan di kawasan luar bandar. Keutamaan diberikan

terhadap pelaksanaan projek-projek yang melibatkan gantian penuh sekolah yang dikategorikan

uzur dan daif serta tidak selamat diduduki. Usaha ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk

memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta meningkatkan akses pendidikan

yang berkualiti kepada rakyat.

Secara amnya, pelaksanaan projek-projek pembangunan ekonomi di Sabah akan

menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, seterusnya

akan merapatkan jurang pembangunan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah. Kerajaan

akan terus komited dalam memastikan pembangunan yang seimbang antara semua negeri di

Malaysia dapat dicapai bagi memastikan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dr. Nuing Jeluing dalam perbahasan pada

29 Ogos- Dr. Nuing ada dalam Dewan ya? Okey, menggesa supaya di bawah Kajian Separuh

Penggal RMK-11, Kerajaan Persekutuan akan mengubah fokus dan memberi tumpuan serta

peruntukan yang mencukupi kepada negeri Sarawak bagi tempoh separuh penggal akan datang.

DN 4.9.2018 122

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa komited terhadap

pembangunan dan kesejahteraan rakyat di negeri Sarawak. Dalam hubungan ini, kerajaan akan

memberi tumpuan untuk mempergiat pembangunan melalui penyediaan kemudahan

infrastruktur, meningkatkan tahap sosioekonomi rakyat dan meningkatkan pelaburan yang akan

memberi manfaat secara langsung kepada rakyat di negeri Sarawak.

Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan telah menetapkan pelbagai sasaran

pembangunan di semua negeri termasuk Sarawak. Sebagai contoh, kerajaan telah mensasarkan

99 peratus liputan bekalan air dan elektrik luar bandar serta pembinaan dan menaik taraf 3,000

kilometer jalan luar bandar.

Kerajaan menyedari masih terdapat kekurangan daripada segi penyediaan infrastruktur

asas dan peluang sosioekonomi dan telah mengambil kira perkara ini semasa menyediakan

Kajian Separuh Penggal RMK-11. Di samping itu, aspek keperluan keutamaan negeri dan

kewangan semasa negara turut diambil kira dalam penyediaan dokumen ini.

Masih dalam konteks pembangunan negeri Sarawak, Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi

Haji Suhaili dalam perbahasan telah membangkitkan mengenai kedudukan perancangan untuk

membina sebuah teaching hospital untuk Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan pelaksanaan projek pembinaan

hospital pengajar Universiti Malaysia Sarawak telah dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan

Tinggi kepada EPU semasa sesi pemeriksaan bajet Rolling Plan Keempat RMK ke-11. Dalam

hubungan ini, EPU sedang mempertimbangkan permohonan projek-projek pembangunan Rolling

Plan Keempat dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, kelulusan pelaksanaan adalah

tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, kini saya ingin beralih kepada isu-isu infrastruktur di negeri Johor,

seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Lim Pay Hen dalam

perbahasan beliau pada 29 Ogos...

Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak ada sini.

Dr. Mohd. Radzi bin Md Jidin: Ada? Tidak ada saya skip ya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Akan tetapi kena bagi secara bertulis.

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Jawapan bertulis. Kita akan bagi secara bertulis kepada

beliau. Saya teruskan ke isu berikutnya, okey isu FELDA.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu FELDA seperti mana yang dibangkitkan

oleh Yang Berhormat Senator Puan Raj Munni binti Sabu.

Tuan Yang di-Pertua: Dia pun tidak ada.

DN 4.9.2018 123

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Tidak ada juga, okey. Ini panjang, saya skip ini. Okey tiada

dalam Dewan. Jika tidak ada, saya skip semua isu FELDA dan saya rasa beliau salah seorang

yang membangkitkan pelbagai isu FELDA dan kita akan berikan secara bertulis.

Isu hab halal. Saya beralih kepada isu hab halal seperti mana yang dibangkitkan oleh

Yang Berhormat Senator Datin Rahimah.

Tuan Yang di-Pertua: Datin Rahimah pun tidak ada.

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Beliau pun tidak ada dalam Dewan. Laju ini kalau tidak

ada [Ketawa] Seterusnya, isu kedudukan ekonomi negara. Soalan dari Yang Berhormat Senator

Puan Sopiah.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, bila saya beritahu kepada Dewan supaya

tidak payah itu untuk meringankan beban Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi pada pendapat

Yang Berhormat Menteri itu penting jikalau Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain ketahui mengenai

FELDA dan sebagainya, terpulang kepada Yang Berhormat.

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Okey, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Isu-isu yang penting, Yang Berhormat Menteri rasa adalah penting,

you boleh cakap. Kalau tidak ...

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Saya rasa isu FELDA ini lebih kepada isu spesifik yang

dikemukakan oleh beliau.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, terpulang kepada Menteri.

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Jadi kita akan berikan jawapan bertulis kepada Yang

Berhormat Senator yang bertanya. Isu yang berikutnya hab halal pun isu spesifik dan kita akan

beri jawapan bertulis juga.

Seterusnya isu kedudukan ekonomi negara oleh Yang Berhormat Senator Puan Sopiah

binti Sharif. Ada? Okey. So saya beralih kepada isu tentang ekonomi negara. Yang Berhormat

Puan Sopiah binti Sharif telah membangkitkan mengenai pelbagai angka tunjuk indikator semasa

ekonomi negara dan minta diperjelaskan apakah kadar terkini petunjuk dan prestasi ekonomi

negara selepas Pilihanraya Umum Keempat Belas ini dan selepas Perdana Menteri

mengumumkan bahawa kadar hutang negara mencecah RM1 trilion.

◼1800

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, akaun pelaburan portfolio ataupun portfolio

investment, dengan izin, mencatat aliran keluar bersih lebih tinggi sebanyak RM38.3 bilion pada

suku kedua 2018, berbanding dengan aliran keluar bersih sebanyak RM2.6 bilion pada suku

pertama 2018. Ini adalah berpunca daripada aliran keluar bukan pemastautin sebanyak RM37.2

DN 4.9.2018 124 bilion pada suku kedua, berbanding aliran masuk sebanyak RM7.9 bilion pada suku pertama

2018.

Bagi pelabur pemastautin, terdapat aliran keluar bersih sebanyak RM1 bilion pada suku

kedua 2018, berbanding aliran keluar bersih sebanyak RM10.5 bilion pada suku pertama 2018.

Trend aliran keluar masuk ini adalah perkara biasa dalam aktiviti pasaran pelaburan kewangan

yang melibatkan kedua-dua pemastautin dan bukan pemastautin. Peningkatan aliran keluar

pelaburan portfolio bukan pemastautin yang besar pada suku kedua 2018 di dorong terutamanya

oleh faktor luaran, termasuk jangkaan peningkatan kadar faedah oleh Amerika Syarikat dan

ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang sedang meruncing.

Kebimbangan pelabur mengenai ketidakpastian dasar dalam negeri turut menyumbang

kepada penarikan keluar modal oleh pelabur asing. Sentimen pelabur ini telah menjejaskan

pasaran saham tempatan dan juga sekuriti hutang. Namun begitu, pelabur asing kini telah

kembali melabur dalam pasaran saham tempatan yang mana setakat 29 Ogos 2018, Bursa

Malaysia kembali pulih dan mencecah paras 1,820.29 mata setelah jatuh ke paras terendah iaitu

1,665.68 mata pada 28 Jun 2018.

Tambahan pula penyertaan pelabur asing dalam Bursa Malaysia telah kembali

mencatatkan aliran masuk bersih pada bulan Ogos 2018 setelah merekodkan aliran keluar bersih

selama tiga bulan berturut-turut antara Mei dan Julai. Pelaburan langsung asing atau FDI

menyederhanakan kepada RM2.8 bilion pada suku kedua 2018, berbanding RM12 bilion pada

suku pertama 2018. Tidak dinafikan bahawa pengumuman kerajaan mengenai kadar hutang

negara yang mencecah RM1 trilion dan semakan semula beberapa projek mega telah

menyumbang kepada penyederhanaan pelaburan asing.

Namun, ianya adalah bersifat sementara memandangkan persepsi awal pelabur asing

yang mengambil langkah berhati-hati, terutamanya dalam tempoh peralihan pentadbiran negara.

Namun, kesan ini dijangka hanya bersifat sementara dan akan pulih dalam masa terdekat.

Berkaitan dengan hubungan perdagangan Malaysia-China pula, untuk makluman Ahli

Yang Berhormat, memandangkan prestasi negara China sangat memberangsangkan pada tahun

2017, negara perlu merebut peluang sepenuhnya ke atas ekonomi terbesar di dunia dari segi

pariti kuasa beli (OPPP) dengan meningkatkan ekonomi dua hala dengan China. Hubungan baik

bersama China akan memberi kesan limpahan langsung terhadap ekonomi negara. Antaranya

mewujudkan akses pasaran yang lebih besar bagi eksport produk dan perkhidmatan serta

meningkatkan aliran masuk pelaburan langsung.

DN 4.9.2018 125

Selain meningkatkan daya saing industri, hubungan dua hala yang strategik juga

berpotensi untuk memastikan pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti serta

meningkatkan keupayaan domestik. Keadaan ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada

semua pemain industri, malah komuniti perniagaan secara keseluruhannya. Seperti mana yang

ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa lawatan rasmi beliau ke China,

perdagangan bebas semata-mata tidak memadai. Oleh kerana ianya perlu diiringi dengan

perdagangan yang adil, yang juga akan memberi manfaat kepada negara yang sedang

membangun atau dalam erti kata lain, dengan izin, free trade should also be fair trade.

Bagi menjawab soalan sama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Lucas

Umbul, secara keseluruhannya bagi tempoh suku kedua 2018, ekonomi negara masih

berkembang positif walaupun mencatat kadar pertumbuhan yang sederhana pada kadar 4.5

peratus setahun. Ini disokong oleh sektor perbankan dan kewangan yang masih utuh dan stabil.

Penyederhanaan ini adalah disebabkan oleh penguncupan pertumbuhan sektor

perlombongan dan pengkuarian sebanyak 2.2 peratus serta sektor pertanian sebanyak 2.5

peratus berikutan penurunan harga komoditi dunia.

Di samping itu, pelaburan awam telah turut berkurangan sebanyak 9.6 peratus

disebabkan oleh pembatalan atau penangguhan projek-projek pembangunan untuk semakan

semula. Kadar inflasi bagi suku kedua sebanyak 1.3 peratus juga lebih rendah berbanding suku

pertama 1.8 peratus berikutan penetapan GST pada kasar sifar. Negara juga berada pada tahap

guna tenaga penuh, di mana kadar pengangguran kekal stabil pada 3.3 peratus.

Jumlah perdagangan pula meningkat pada kadar 8.8 peratus kepada RM462.8 bilion

dengan peningkatan eksport kasar sebanyak 8.2 peratus pada suku kedua 2018, berbanding 5.8

peratus pada suku pertama 2018.

Peningkatan ini adalah di sumbang terutamanya oleh kegiatan eksport semula yang

meningkat sebanyak 53.5 peratus pada suku kedua 2018, berbanding 42.3 peratus pada suku

pertama 2018 dan import kasar yang meningkat sebanyak 7.7 peratus pada suku kedua 2018,

berbanding -0.8 peratus pada suku pertama 2018.

Merujuk kepada pertanyaan berkaitan ketidaksamaan pertumbuhan antara negeri.

Walaupun ekonomi negara masih mencatat pertumbuhan yang mantap sejak dekad yang lepas,

masih terdapat beberapa negeri yang tidak berkembang dengan pesat. Ketidakseimbangan

pembangunan lebih ketara jika dilihat pada paras pendapatan per kapita antara negeri.

Contohnya, pendapatan purata rakyat di Kelantan kurang 67 peratus daripada paras purata

negara. Ini satu paras yang agak rendah berbanding dengan paras purata negara.

DN 4.9.2018 126

Berkaitan jurang pendapatan, terutamanya kumpulan B40. Kadar pengangguran belia

dan kenaikan kos sara hidup walaupun jurang pendapatan nasional semakin mengecil seperti

yang ditunjukkan oleh pekali gini nasional iaitu daripada 0.40 peratus pada tahun 2014 kepada

0.399 peratus pada 2016, namun nisbah jurang pendapatan purata isi rumah antara kumpulan

T20 dan kumpulan B40 masih lagi besar sebanyak 5.6 kali pada kedua-dua tahun berkenaan.

Sungguhpun ekonomi negara berada pada tahap guna tenaga penuh dan kadar pengangguran

kurang daripada 4 peratus, kadar pengangguran di kalangan belia telah mencecah 10 peratus.

Saya telah jelaskan hal ini secara mendalam dalam jawapan saya kepada Dewan

sebelum ini. Berkaitan dengan kesan pengumuman kedudukan sebenar hutang negara yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Sopiah binti Sharif dan Yang Berhormat

Senator Datuk Dr. Lucas Umbul. Kedudukan kewangan kerajaan, terutamanya yang berkaitan

dengan hutang negara, merupakan cabaran yang perlu ditangani segera oleh kerajaan baharu.

Data rasmi menunjukkan hutang negara berjumlah RM686.8 bilion bagi 2017, bersamaan dengan

50.8 kepada KDNK.

Sekiranya diambil kira jaminan kerajaan dan komitmen lain, paras hutang berkenaan akan

mencecah RM1.1 trilion atau 80.3 peratus kepada KDNK. Setakat ini, kerajaan masih mampu

membayar semula hutang. Namun, jumlah bayaran khidmat hutang negara telah meningkat

kepada 12.6 peratus daripada hasil kerajaan, berbanding dengan hanya 9.8 peratus pada tahun

2010.

Oleh itu, kerajaan harus mengambil langkah drastik untuk mengelakkan keadaan menjadi

lebih serius. Kerajaan sedang berusaha untuk menghapuskan amalan kewangan yang tidak telus

dan terurus, sementara ketirisan pada semua peringkat sedang ditangani. Hutang kerajaan juga

akan diteliti dan di struktur semula bagi mengurangkan pendedahan risiko kewangan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat 3 September 2018, kadar tukaran Ringgit

kepada Dolar Amerika Syarikat menurun sebanyak 2.7 peratus, berbanding 2 Januari 2018.

Walau bagaimanapun, prestasi Ringgit masih lebih baik berbanding mata wang serantau seperti

Dolar Singapura, Won Korea, Yuan China dan Dolar Australia.

■1810

Tumpuan dasar kerajaan pada masa hadapan juga akan mengimbangi objektif

pengukuhan kedudukan fiskal dan penekanan kepada pertumbuhan ekonomi bagi menangani

sentimen pasaran dan pelabur serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap prospek ekonomi.

Kerajaan dalam semakan semula sasaran pertumbuhan ekonomi negara bagi jangka sederhana

dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-11 yang akan dibentangkan pada pertengahan Oktober

DN 4.9.2018 127 2018. Dasar struktur dan strategi bagi menentukan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan

inklusif yang akan diperkenalkan dalam KSP RMKe-11 akan melengkapi inisiatif kerajaan dalam

mengukuhkan kedudukan fiskal dan reformasi institusi.

Setakat itu sahaja penjelasan saya Tuan Yang di-Pertua terhadap isu-isu utama yang

telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat

yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu berkaitan perkara-perkara di

bawah tanggungjawab Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Agensi-agensi di bawah Kementerian

Hal Ehwal Ekonomi akan mengambil perhatian terhadap pelbagai perkara yang telah

dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan akan terus memberikan perkhidmatan yang

terbaik untuk memajukan negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam menjunjung

Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Tadi yang berkenaan

dengan FELDA itu siapa bangkitkan?

Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin: Berkenaan dengan FELDA...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat berkenaan sudah

masuk Dewan. Silakan, Yang Berhormat.

Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin: Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu-isu FELDA

seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Raj Munni binti Sabu dalam

perbahasan beliau pada 3 September.

Untuk makluman Yang Berhormat, FELDA sedang menghadapi masalah aliran tunai yang

amat kritikal. Ini telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri dalam penggulungan beliau di Dewan

Rakyat tempoh hari. Tumpuan segera Lembaga Pengarah dan pengurusan FELDA yang baharu

adalah untuk memulihkan kedudukan aliran tunai FELDA melalui perbincangan dengan

pemiutang atau creditors untuk menstrukturkan semula pinjaman FELDA yang sudah mencecah

jumlah keseluruhan RM8.025 bilion, itu hutang FELDA. Langkah seterusnya yang sedang yang

diambil untuk memperkukuhkan kedudukan aliran tunai adalah melalui penjualan aset-aset yang

tidak strategik seperti hartanah di luar dan dalam negara. Fokus utama lembaga pengarah dan

juga pengurusan FELDA yang baharu adalah untuk melaksanakan tanggungjawab perundangan

atau statutory obligation terhadap peneroka-peneroka FELDA.

Kerajaan sedar bahawa terdapat kelewatan pembayaran. Kerajaan memberi jaminan

kepada peneroka bahawa pinjaman sara hidup dan pinjaman pendahuluan hasil akan dibayar

mengikut jadual. Kedudukan kewangan FELDA yang kritikal pada hari ini adalah legasi

DN 4.9.2018 128 kepimpinan terdahulu yang lemah dalam tadbir urus korporat dan pengurusan kewangan yang

tidak bertanggungjawab. Kerajaan baharu komited untuk memulihkan FELDA secepat mungkin

demi kesejahteraan peneroka-peneroka selaras dengan matlamat penubuhan FELDA di bawah

Akta Kemajuan Tanah 1956.

Kerajaan yakin lembaga pengarah dan pengurusan FELDA yang baharu akan berpegang

kepada prinsip kebertanggungjawaban dan tadbir urus yang tinggi demi menjayakan proses

pemulihan dan pembangunan FELDA yang mampan. Untuk maksud ini kerajaan telah pun

memutuskan untuk membentangkan Kertas Putih atau White Paper di dalam Parlimen dalam

sidang yang akan datang bagi mendedahkan situasi sebenar yang dihadapi FELDA dan juga

perancangan strategik pemulihan agensi tersebut. Isu hutang peneroka.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hutang peneroka FELDA terdiri daripada tiga

kategori iaitu hutang pembangunan dan tanam semula, hutang baja dan hutang sosioekonomi.

Hutang pembangunan dan tanam semula dipecahkan kepada dua komponen iaitu kos operasi

ladang dan kos pembiayaan peneroka.

Kos operasi ladang adalah kerja pertanian sebelum, semasa dan selepas menanam

sehingga pokok berhasil sampai titik pulang modal. Komponen pembiayaan peneroka adalah

pinjaman sara hidup dan pinjaman pendahuluan hasil yang diberikan kepada peneroka sejak

tahun 1994 bagi membiayai pendapatan peneroka ketika tempoh tanam semula.

Dalam tempoh lapan tahun, hutang pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil yang

ditanggung oleh peneroka adalah sebanyak RM129,600. Hasil bagi tahun pertama hingga kelima

dianggarkan secara purata sebanyak 84 metrik tan per hektar atau RM151,200 pada harga buah

tandan bersih, RM450 per metrik tan. Dengan jumlah hasil ini dan mengambil kira kos operasi

berjumlah RM84,800 serta jumlah pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil berjumlah

RM129,600 baki hutang peneroka bagi tempoh lapan tahun adalah sebanyak RM63,200.

Jumlah hutang pembangunan dan tanam semula ini juga akan dikenakan faedah pada

kadar 6.25 peratus setahun dengan kaedah baki berkurangan ataupun reducing balance.

Reducing balance maknanya bila sudah bayar, kita tolak yang sudah bayar, dapat baki baharu,

kita tolak bayaran seterusnya, dapat baki baharu dan semakin mengecil ya. Kadar faedah efektif

bagi tempoh 15 tahun bayaran kembali yang dikenakan adalah hanya 3.8 peratus dan kadar

faedah ini pun dikira selepas tanam semula selesai dan hasil pokok telah stabil ataupun disebut

titik pulang modal. Kita kena faham bahawa kadar faedah adalah 6.25 peratus tetapi effective

ratenya, kadar faedah efektif cuma 3.8 peratus dan dikira selepas semuanya selesai, tanam

semula selesai.

DN 4.9.2018 129 Maknanya, kadar faedah pun dikenakan hanya pada tahun yang kesembilan, bukan lapan

tahun pertama. Lapan tahun pertama tidak dikenakan faedah. Walaupun pihak pengurusan

FELDA mengandaikan kadar faedah yang dikenakan semasa pengiraan hutang pembangunan

dan tanam semula peneroka adalah merupakan kadar faedah yang berpatutan.

Namun kementerian telah pun membincangkan dengan pengurusan FELDA supaya

meneliti semula perkara ini supaya ianya lebih adil dan saksama kepada peneroka. Kementerian

telah memberikan beberapa cadangan untuk mengecualikan faedah yang dikenakan ke atas

peneroka juga tertakluk kepada kedudukan kewangan FELDA hari ini yang amat kritikal serta

keupayaan kerajaan untuk membiayai cadangan pembiayaan kadar faedah ini.

Hutang baja adalah kos yang dibayar oleh FELDA terlebih dahulu. Saya percaya Yang

Berhormat sedia maklum komponen paling utama dalam perladangan adalah baja di mana

FELDA terlebih dahulu membuat pembelian input pertanian iaitu baja bagi operasi kebun

peneroka. Manakala hutang sosioekonomi pula terdiri daripada lima kategori iaitu pinjaman

pembesaran rumah, pinjaman saham FGV, pinjaman sistem insentif usahawan FELDA, pinjaman

institut pengajian tinggi dan pinjaman komputer. Hutang baja dan ke semua hutang sosioekonomi

tidak dikenakan kadar faedah. Faedah hanya dikenakan terhadap perkara yang saya sebutkan

tadi iaitu pinjaman sara hidup dan juga pinjaman pendahuluan hasil.

Kesimpulannya, pinjaman sara hidup dan pinjaman pendahuluan hasil sepanjang tempoh

lapan tahun program tanaman semula merupakan komponen utama hutang peneroka FELDA.

Selain itu kementerian juga telah mengenal pasti punca hutang peneroka yang tinggi. Antaranya

kelemahan pengurusan operasi ladang oleh FELDA dan ejen pengurusannya iaitu FELDA

Technoplant Sdn. Bhd. dan faktor luar kawal seperti faktor topografi yang berbeza dan berbukit

menyebabkan kos operasi yang tinggi dan penghasilan yang rendah seterusnya meningkatkan

hutang peneroka.

Oleh itu kementerian akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan baru FELDA

untuk mengatasi kelemahan pengurusan operasi ladang peneroka agar lebih efisien dan

produktif. Kementerian juga mengambil maklum tentang rintihan peneroka yang terpaksa

menanggung kos penyelenggaraan jalan pertanian yang turut menyumbang kepada hutang

peneroka. Dalam perkara ini saya ingin mencadangkan supaya kerajaan-kerajaan negeri segera

berbincang supaya kerajaan negeri dapat meneliti kewajaran mengambil alih penyelenggaraan

jalan-jalan pertanian di negeri-negeri berkenaan supaya kos penyelenggaraan jalan ini tidak

dibebankan kepada peneroka yang akhirnya akan meningkatkan hutang peneroka pada FELDA.

DN 4.9.2018 130 ■1820

Isu penyata-penyata kepada peneroka. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi isu

penyata, FELDA mengeluarkan dua jenis penyata kepada peneroka iaitu penyata pendapatan

secara bulanan dan penyata hutang peneroka secara suku tahunan. Penyata pendapatan

bulanan merujuk kepada pendapatan kasar peneroka berdasarkan berat hasil dan harga semasa

serta pendapatan bersih yang diperoleh setelah potongan pinjaman pendahuluan dan lain-lain

caruman dibuat. Penyata hutang peneroka pula menunjukkan amaun pinjaman yang telah

dimuktamadkan oleh FELDA kepada peneroka serta kutipan yang telah dibuat dan baki pinjaman

setiap suku tahun. Penyata-penyata ini boleh diperoleh di pejabat rancangan masing-masing.

Berkaitan isu penyata yang dikeluarkan oleh Felda Technoplant Sdn Bhd adalah seperti

berikut.

Penyata interim tiga bulan dari mula tebang sampai ke hari ini. Apabila peneroka

menyerahkan kebun untuk diuruskan oleh FELDA dan telah menandatangani surat perjanjian

tanam semula, peneroka berhak untuk menerima penyata perbelanjaan dan pendapatan kebun

setiap suku tahun seperti mana yang dinyatakan di dalam perjanjian tanam semula.

Bahagian Kewangan Felda Technoplant telah mengeluarkan surat Arahan Kewangan

Bilangan 188010120/1131, bertarikh 22 November 2013 berkaitan dengan serahan penyata

interim yang perlu diedarkan kepada semua peneroka dan disusuli dengan Memo Kewangan

Bilangan 4/2015, bertarikh 20 Mei 2015 bagi mengingatkan kembali arahan yang telah

dikeluarkan sebelum ini. Maknanya telah ada arahan jelas tentang keperluan mengeluarkan

penyata kepada peneroka.

Tarikh edaran penyata yang ditetapkan adalah seperti berikut: untuk suku pertama, tarikh

serah penyata adalah pada 15 Mei; untuk suku kedua, pada 15 Ogos; untuk suku ketiga, pada

15 November; dan untuk suku keempat, pada 15 Februari. Bagi suku kedua sehingga Jun 2018,

sebanyak 96 peratus penyata telah diedarkan. Hampir 100 peratus ya.

Penyata Untung-Rugi daripada Felda Technoplant, daripada mula tebangnya ke hari ini.

Felda Technoplant merupakan ejen yang dilantik oleh FELDA untuk menguruskan tanam semula

kebun peneroka. Selain menguruskan hasil buah tandan segar, Felda Technoplant turut terlibat

dalam menguruskan pelantikan kontraktor, pembelian baja dan penyediaan buruh yang dikenali

sebagai kos operasi ladang. Segala transaksi hasil dan kos operasi dari mula kebun diuruskan

akan direkodkan di dalam sistem perakaunan yang diamalkan oleh FELDA yang dikenali sebagai

SAP.

DN 4.9.2018 131

Penyata untung rugi ladang disediakan berdasarkan transaksi yang direkodkan di dalam

sistem SAP. Pada 26 Mac 2018, surat arahan telah dikeluarkan bagi menyatakan penyata untung

rugi ladang perlu diedarkan kepada peneroka bagi memastikan peneroka memahami kedudukan

akaun ladang mereka. Jadi semua surat arahan telah dikeluarkan dan setakat ini, Felda

Technoplant telah mengeluarkan penyata-penyata seperti mana yang disebutkan.

Laporan perbelanjaan tahunan dan bulanan daripada FTP boleh didapati daripada

penyata untung rugi ladang yang disediakan seperti mana yang dijelaskan dalam perkara dua di

atas.

Setiap rancangan yang diuruskan oleh Felda Technoplant akan diwujudkan Ahli

Jawatankuasa Tanam Semula selain daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan

Rancangan yang sedia ada. Bagi memahami aktiviti dan kedudukan akaun ladang, mesyuarat

secara bulanan dibuat yang dipengerusikan oleh Pengurus Rancangan FELDA. Secara amnya,

pembentangan akaun, perancangan perbelanjaan dan masalah ladang akan dibentangkan dalam

mesyuarat ini.

Saya terus ke isu berikutnya. Ini isu berkaitan dengan kedudukan kewangan tabung

FELDA seperti tabung tanam semula dan insurans ladang yang kritikal.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mulai Januari 2018, FELDA tidak lagi membuat

kutipan insurans ladang daripada peneroka kerana telah menggunakan peruntukan dalaman

FELDA untuk membantu peneroka menangani masalah tanaman yang terjejas akibat bencana

alam, serangan penyakit dan perosak di luar kawalan peneroka. Jadi, kita kena faham konsep

insurans ladang peneroka ini ia bukan seperti insurans biasa. Ini sebenarnya adalah satu tabung

di mana pihak peneroka menabung dan sekarang bermula daripada Januari 2018, FELDA tidak

lagi membuat kutipan untuk tabung ini, sebaliknya FELDA menggunakan dana mereka.

Bagi kutipan insurans ladang, amaun yang telah dikutip daripada peneroka sebelum tahun

2018 telah digunakan sepenuhnya dan FELDA telah mengeluarkan perbelanjaan tambahan

untuk menampung keperluan pemulihan tanaman. FELDA telah mewujudkan tabung tanam

semula untuk caruman peneroka bagi program tanam semula pertama dan kedua. Program

tanam semula kali kedua ini akan dibiayai melalui caruman yang dikutip.

Kutipan untuk caruman yang dikutip iaitu untuk tanam semula pertama dan kedua adalah

seperti berikut. Ini adalah tentang caruman tabung tanam semula.

Tanam semula pertama. Kutipan daripada peneroka dibuat sebanyak RM4 seekar

sebulan atau RM9,600 bagi empat hektar untuk potongan selama 20 tahun. Kos bagi tanam

semula adalah RM4,200 sehektar ataupun RM16,800 bagi empat hektar. Jadi kos sebanyak

DN 4.9.2018 132 RM16,800 dan kutipan tabung sebanyak RM9,600 dan selebihnya FELDA akan menampung

perbelanjaan jumlah caruman tanam semula iaitu sebanyak RM7,200.

Tanam semula kedua. Memandangkan kutipan daripada peneroka tidak mencukupi,

kutipan dinaikkan kepada RM12 seekar sebulan atau RM28,800 bagi empat hektar untuk

potongan selama 20 tahun. Walau bagaimanapun, ia masih tidak dapat menampung kos bagi

tanam semula sawit sebanyak RM10,000 sehektar ataupun RM40,000 bagi empat hektar.

Lebihan kos ini ditampung oleh peneroka iaitu sebanyak RM18,400 bagi setiap peneroka yang

tanam semula. Pada kebiasaannya, FELDA membuat pendahuluan dan ia dikira sebagai hutang

yang akan dikutip semula selepas tahun kesembilan.

Akhir sekali isu FELDA adalah isu berkaitan dengan isu perumahan generasi baharu

FELDA yang terbengkalai.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek Perumahan Generasi Baharu FELDA telah

diumumkan melalui Bajet 2013 oleh kerajaan terdahulu dengan sasaran pelaksanaan sebanyak

20,000 unit dalam tempoh lima tahun bermula pada tahun 2013 hingga 2017. Pihak FELDA telah

komited untuk membangun sebanyak 8,314 unit rumah dengan kos pembangunan kasar RM1.65

bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,234 unit telah siap sepenuhnya dengan 563 unit

telah diserah dan 671 unit lagi masih di peringkat pemilihan peserta. Sebanyak 5,346 unit masih

dalam pembinaan dan 1,734 unit lagi dikelaskan sebagai terbengkalai.

FELDA telah membelanjakan sebanyak RM696 juta di mana RM200 juta adalah dari

peruntukan kerajaan melalui Bajet 2017 dan RM496 juta melalui sumber dalaman FELDA. Walau

bagaimanapun, buat masa ini, projek telah dikelaskan sebagai tergendala kerana kekangan

kewangan FELDA bagi meneruskan pembinaan baki unit yang disasarkan sebelum ini. Pihak

FELDA memerlukan suntikan dana sebanyak RM955 juta untuk menyiapkan Perumahan

Generasi Baharu FELDA.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pada masa ini berpandangan bahawa FELDA perlu

mencari penyelesaian segera bagi mengatasi isu perumahan terbengkalai dan menggiatkan

semula program perumahan tergendala. Sehubungan itu, FELDA perlu melihat semula fungsinya

sebagai pelaksana program pembangunan perumahan ini dan tidak terbabit sebagai pemaju

perumahan secara langsung kerana ini bukan sahaja melibatkan soal kepakaran dan

pengalaman bahkan paling utama kemampuan kewangan FELDA itu sendiri.

■1830

Bagi mengelakkan projek perumahan tergendala ini pihak pengurusan FELDA mestilah

sedar bahawa ada beberapa pilihan tindakan yang boleh diambil.

DN 4.9.2018 133 Salah satunya adalah dengan membuka kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan

untuk membantu FELDA selain meneruskan dan mempertingkatkan lagi kerjasama dengan

kerajaan negeri seperti contoh kerjasama FELDA bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad

dan juga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dimulakan pada November 2017,

di mana PKNS membangunkan projek perumahan generasi kedua FELDA di FELDA Sungai

Tengi Selatan, Hulu Selangor.

Pembangunan yang meliputi pembinaan sejumlah 136 unit rumah berkembar satu tingkat

di dapati memenuhi matlamatnya dan akan dijadikan model untuk pembangunan projek

perumahan akan datang. Model pembangunan dengan kerjasama kerajaan negeri bagi

menyediakan tapak rumah untuk peserta yang terpilih sebelum mereka terlibat membuat

pinjaman dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad untuk pembinaan rumah juga akan

dilaksanakan oleh FELDA.

Saya rasa itu satu penjelasan yang amat detil berkaitan dengan soalan-soalan yang

ditanya berkaitan FELDA. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Puan Bathmavathi Krishnan: Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan.

Puan Bathmavathi Krishnan: Tuan Yang di-Pertua, ada isu yang saya bawa berkenaan

dengan Rancangan Malaysia Ke-11, belum dijawab.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat baru masuk ke?

Puan Bathmavathi Krishnan: Saya.

Seorang Ahli: Dah habis, dah habis dah.

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Boleh berucap lagi? Habis ya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri akan bagi secara bertulis.

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Yes.

Puan Bathmavathi Krishnan: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri dari Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan.

6.32 ptg.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato’ Raja Kamarul Bahrin

Shah bin Raja Ahmad]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh dan salam sejahtera.

DN 4.9.2018 134

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada tiga orang

Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Puan Bathmavathi Krishnan, Yang Berhormat Dr.

Zaiedi Haji Suhaili dan Yang Berhormat Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee.

Mereka ini telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh tiga isu

berkaitan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu isu perumahan, kerajaan

tempatan dan kebombaan. Saya amat menghargai pandangan dan saranan yang telah

diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab isu perumahan yang dibangkitkan oleh Ahli

Yang Berhormat Puan Bathmavathi Krishnan. Ahli Yang Berhormat telah mengutarakan isu

pemilikan rumah oleh golongan orang kelainan upaya atau OKU dan telah mencadangkan

mengenai suatu dana khas bagi membantu memberikan kemudahan pinjaman kepada rakyat

yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank dalam urusan pemilikan rumah.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPKT sentiasa mengambil perhatian mengenai isu

pemilikan perumahan mampu milik kepada semua lapisan masyarakat termasuklah golongan

orang kelainan upaya. Melalui teras satu, Dasar Perumahan Negara (DRN) telah dinyatakan

pelan tindakan iaitu penyediaan perumahan yang mencukupi mengikut keperluan khusus

golongan yang memerlukan.

Bagi program perumahan yang diselaraskan oleh KPKT iaitu Program Perumahan Rakyat

atau PPR, penekanan itu telah diberikan terhadap reka bentuk perumahan PPR yang mesra

OKU. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga bagi setiap pembinaan PPR, kementerian telah

menetapkan sebanyak satu peratus daripada jumlah unit PPR dikhaskan untuk permohonan

OKU. Unit khas ini dibina di aras bawah untuk kemudahan dan keselesaan golongan ini.

Golongan OKU juga diberi keutamaan dari segi merit pemarkahan dalam proses pemilihan untuk

pengisian PPR, tertakluk kepada syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh kementerian.

Melalui strategi 13, Dasar OKU di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

dan Masyarakat penekanan diberikan kepada pembangunan kawasan perumahan dengan ciri

reka bentuk sejagat iaitu universal design dengan izin oleh pemaju-pemaju perumahan. Faktor

reka bentuk sesebuah rumah juga dititik beratkan oleh kerajaan kepada pemaju untuk

menyediakan perumahan yang mempunyai ciri reka bentuk sejagat yang mesra golongan OKU

dan warga emas.

Saya sebagai arkitek juga- ini menjadi isu yang saya sendiri ambil berat sejak di universiti

lagi dan ingin memastikan ianya diserapkan, dilaksanakan sebaik mungkin di dalam perumahan

untuk golongan OKU kerana negara yang lebih maju, rakyat mesti diberi keutamaan yang lebih

DN 4.9.2018 135 tinggi. KPWKM juga menggalakkan pemberimilikan kepada golongan OKU dan warga emas

melalui potongan harga pemilikan atau penyewaan rumah oleh golongan ini.

Secara keseluruhannya, kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan OKU terutama

sekali untuk membolehkan mereka memiliki rumah sendiri melalui perancangan dan

penambahbaikan dasar-dasar yang melibatkan golongan OKU bagi menjamin kesejahteraan dan

keselesaan mereka.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPKT sangat mengalu-alukan cadangan untuk

menambah baik kebolehcapaian atau accessibility rakyat untuk memiliki rumah termasuklah

cadangan Ahli Yang Berhormat supaya satu dana pusingan diwujudkan bagi membantu mereka

yang sukar mendapat pinjaman bank. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat program perumahan

rakyat yang diselaraskan oleh kementerian dijual pada harga yang rendah iaitu RM35 ribu bagi

Semenanjung Malaysia dan RM42 ribu bagi Sabah dan Sarawak.

Secara umumnya penjualan PPR dimiliki dan dilaksanakan melalui pembiayaan

perumahan konvensional yang dimohon oleh pembeli PPR melalui pihak bank dan institusi

kewangan. Bakal pembeli juga boleh mendapatkan pembiayaan perumahan 100 peratus melalui

institusi kewangan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh institusi tersebut atau

mempertimbangkan kemudahan pembayaran deposit pembelian rumah melalui pengeluaran

wang di akaun KWSP pembeli.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu KPKT juga menyediakan kemudahan skim sewa untuk

dimiliki atau rent-to-own PPR berikutan terdapat permohonan pinjaman perumahan secara

konvensional telah ditolak disebabkan tidak memenuhi kelayakan yang ditetapkan oleh pihak

bank dan institusi kewangan. Skim RTO atau rent-to-own ini telah diperkenalkan sejak tahun 2017

bagi membantu rakyat dalam pemilikan rumah di PPR Gua Musang. Ini merupakan pilot project

ya.

Untuk maklumat ahli Yang Berhormat juga berikutan daripada sambutan yang

menggalakkan, RTO telah diperluaskan ke projek-projek lain seperti PPR Taman Danau,

Kampung Hassan, PPR Taman Siliau Jaya sebanyak 150 unit, PPR Lembah Subang 2 iaitu 842

unit, PPR Sri Aman Kepong 190 unit dan PPR Sentul Murni 500 unit. Langkah ini dilihat dapat

memudahkan lagi proses pembelian PPR melalui skim yang lebih fleksibel mengikut kemampuan

pemohon dan seterusnya meringankan beban rakyat termasuk golongan OKU dalam penyediaan

bayaran pendahuluan.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat projek perumahan PR1MA juga menyediakan pakej

pinjaman yang menyeluruh melalui skim pembiayaan yang lebih fleksibel atau SPEF. SPEF ini

DN 4.9.2018 136 juga membantu pembeli membayar ansuran bulanan pinjaman rumah dengan lebih fleksibel dan

tidak membebankan berbanding pinjaman perumahan konvensional.

■1840

KPKT juga sentiasa mengadakan perbincangan bersama Bank Negara Malaysia,

Kementerian Kewangan, persatuan bank dan agensi-agensi yang berkaitan bagi mendapatkan

mekanisme untuk meningkatkan accessibility rakyat kepada pembiayaan perumahan yang lebih

fleksibel dan tidak membebankan khususnya bagi golongan B40 dan M40 untuk memiliki rumah

tanpa bebanan hutang yang tinggi.

Selain daripada itu, mengkaji kaedah untuk merancakkan lagi pembinaan rumah pada

harga mampu milik untuk rakyat.

Seterusnya saya ingin menyentuh untuk isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat

Senator Datuk Teo Eng Tee berkaitan dengan penambahan Dasar Perumahan Negara. Yang

Berhormat Senator Datuk Teo Eng Tee?

Tuan Yang di-Pertua: Tiada.

Datuk Razali bin Idris: Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Boleh.

Datuk Razali bin Idris: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat

Menteri. Saya ada dua soalan. Yang pertama, berkenaan dengan Rumah Mesra Rakyat SPNB,

ramai pemohon SPMB lebih daripada dua tahun masih lagi belum ada jawapan sama ada

diluluskan ataupun tidak. So, apa tindakan pihak kementerian?

Kedua, berhubung dengan rumah kos rendah dan satu ketika dahulu ada kewujudan

taman-taman perumahan kos rendah yang mana kerajaan memberi tapak perumahan satu tapak

dan menyediakan satu rumah, kosnya lebih kurang lebih kurang dalam RM50 ribu. Akan tetapi

sekarang, sejak akhir pemerintahan kerajaan terdahulu, rumah kos rendah dibina secara rumah

teres, panjang dalam 15 hingga 20 buah rumah satu teres.

Jadi di sini ada satu rungutan pembeli rumah yang berharga lebih kurang dalam RM30

ribu, rumah murah tetapi keadaan rumah masih lagi tidak bertahan begitu lama. Ini kerana apabila

perumahan rumah terlalu panjang teresnya maka ada keretakan-keretakan jadi cadangan saya

supaya pemerintah Malaysia baharu kembalikan konsep perumahan yang dibina di atas tanah

sebiji-sebiji.

Kalau dahulu sebuah rumah bentuk rumah kayu, sekarang mungkin kita boleh buat rumah

seperti rumah SPNB tetapi rumah dia satu-satu, jangan kita buat rumah teres yang sehingga 30

DN 4.9.2018 137 buah. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan cadangan saya dua

perkara tadi? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sebentar Yang Berhormat Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut Peraturan Mesyuarat 6(3) dengan ini saya ingin

menjemput Yang Berhormat Dato’ Sri Khairudin Samad mempengerusikan Majlis Mesyuarat

Dewan Negara sekarang.

[Dato’ Sri Khairudin Samad mempengerusikan Mesyuarat]

Dato’ Sri Khairudin Samad: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Menteri, silakan sambung.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

saya ingin menjawab soalan daripada sahabat saya Yang Berhormat Senator Datuk Razali

tentang SPNB tadi, terpaksa tunggu lebih kurang dua tahun ya. Di antara sebab-sebab tergendala

projek-projek yang dipohon atau rumah yang dipohon adalah kerana ada faktor-faktor di luar

kawalan kami kerana untuk membina rumah seperti yang diperlukan di mana-mana negeri

perlulah kerjasama dengan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Isu mendapat tanah yang

sesuai dengan harga yang berpatutan adalah salah satu daripada faktor yang mungkin akan

memakan masa yang lama.

Kedua, adalah juga daripada segi mendapat kelulusan perancangan dan sebagainya,

adalah salah satu daripada faktor-faktor yang mengendalakan banyak projek yang dirancang.

Insya-Allah kami di bawah Pakatan Harapan akan memastikan faktor-faktor ini dapat

dipercepatkan kerana ini akan menjadi penghalang untuk mencapai target yang kita hajatkan.

Tentang kos rumah rendah Yang Berhormat Senator sebutkan tadi, yang berharga lebih kurang

RM30 ribu, memang lebih di prefer, dengan izin, untuk mendapat rumah sesebuah. Akan tetapi

memandangkan kos tanah semakin meningkat, jadi untuk mencapai kos RM30 ribu satu unit

dengan rumah sesebuah adalah satu pencapaian yang amat sukar kita capai.

Kalau kita ingin membuat rumah sesebuah tetapi bagaimanapun seperti Yang Berhormat

sebut tadi kecacatan rumah-rumah yang retak dan sebagainya boleh diatasi dengan memilih

kontraktor dengan lebih cermat dengan tender terbuka dan kewibawaan mereka dan juga dengan

memberi lebih perhatian daripada segi scrutiny atau prequalification of contractor. Saya rasa ini

adalah masalah teknikal yang kita yang boleh atasi tetapi untuk mendirikan rumah sesebuah itu

DN 4.9.2018 138 untuk kos rendah adalah sangat sukar, kalau kita buat pun kos rumah itu akan menjadi terlalu

tinggi, di luar keupayaan.

Saya ingin sambung, KPKT juga sentiasa mengadakan perbincangan bersama Bank

Negara Malaysia, Kementerian Kewangan, Persatuan Bank dan agensi berkaitan bagi

mendapatkan mekanisme untuk menaikkan akses rakyat seperti yang saya sebutkan tadi. Yang

Berhormat Senator Datuk Teo Eng Tee tidak ada dalam Dewan. Jadi saya teruskan soalan

berikutnya. Akan tetapi tidak apalah kalau saya teruskan sedikit menjawab ini, mungkin ada

kepentingan umum juga.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ini kerana beliau bertanya tentang

penambahbaikan Dasar Perumahan Negara (DRN). Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat,

KPKT telah merangka Dasar Perumahan Negara (DRN 2.0) untuk menggariskan hala tuju

perancangan dan pembangunan sektor perumahan negara. Untuk makluman Ahli-ahli Yang

Berhormat, DRN 2.0 digubal berdasarkan kepada lima teras, 16 penyataan dasar dan 57 pelan

tindakan sebagai langkah formulasi melaksanakan Dasar Perumahan Negara baharu. Lima teras

tersebut adalah:

(i) memastikan perumahan yang berkualiti untuk semua;

Itulah yang saya maksudkan tadi. Pemilihan kontraktor perlulah dibuat dengan teliti

dengan tidak ada pilih kasih sebagainya memastikan delivery yang baik, dengan izin.

(ii) menambah baik accessibility dan tahap kemampuan memiliki perumahan

iaitu secara pemilihan mereka yang layak;

(iii) memastikan persekitaran kejiranan yang kualiti dan komprehensif;

(iv) menambah baik penyelarasan antara perumahan dan pengangkutan untuk

kualiti kehidupan yang lebih baik; dan

(v) memperkukuhkan keupayaan institusi untuk melaksanakan Dasar

Perumahan Negara kedua.

Itulah saya rasa sebagai menyentuh isu yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat

Senator Datuk Teo Eng Tee tadi. Ada juga ditanya tentang usaha kerajaan untuk mengawal

kenaikan harga rumah atau cooling measures untuk menahan daripada kos rumah naik begitu

tinggi atau mendadak.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, antara usaha yang dilaksanakan oleh KPKT

bagi menangani isu harga rumah yang semakin meningkat adalah seperti berikut.

DN 4.9.2018 139

Pertama, dengan menaikkan kadar cukai keuntungan harta tanah mulai Januari 2014.

Kedua, menetapkan harga siling bagi jualan rumah mampu milik kepada RM300 ribu seunit dan

melarang pemaju melaksanakan kaedah pemasaran berasaskan Developer Interest Bearing

Scheme yang dikhuatiri boleh mengelirukan dan memanipulasi pembeli rumah. Itulah secara

ringkas soalan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Teo Eng Tee yang telah dikemukakan.

Jadi saya beralih kepada soalan berikutnya oleh beliau juga tentang agensi khas bagi

memantau pelaksanaan rumah mampu milik.

■1850

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Senator yang hadir, KPKT telah mendapat

kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri untuk mewujudkan KPKT sebagai entiti tunggal perumahan

negara yang akan dilaksanakan melalui pelan rasionalisasi secara berfasa bagi memantau sektor

perumahan termasuklah pelaksanaan rumah mampu milik.

Cadangan entiti tunggal ini bermula dengan pemindahan agensi dan fungsi agensi yang

terlibat dalam melaksanakan program-program perumahan di bawah Kerajaan Persekutuan.

Antara agensi yang terlibat adalah perbadanan PR1MA Malaysia, Perumahan Penjawat Awam

(PPAM) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Pelaksanaan entiti tunggal perumahan negara ini akan disusuli dengan penubuhan

pasukan kerja atau task force yang diketuai oleh Ketua Setiausaha KPKT sendiri dan dianggotai

oleh pegawai pengurusan serta ahli-ahli profesional dalam bidang perumahan dan hartanah

negara. Task force ini akan mengkaji semula bidang tugas, peranan dan struktur empat agensi

terlibat yang dipindahkan ke bawah KPKT. Sebenarnya masih di dalam proses pada hari ini.

Dengan itu, peranan dan projek-projek sedia ada di agensi ini akan diperhalusi manakala

cadangan mekanisme terbaik bagi melaksanakan agenda perumahan negara akan diputuskan

kelak.

Seterusnya saya akan menjawab satu lagi soalan daripada Ahli Yang Berhormat Senator

Puan Bathmavathi Krishnan. Beliau telah mencadangkan agar kesemua PBT dan majlis daerah

diwajibkan melaksanakan Uniform Building by Laws atau Undang-undang Kecil Bangunan

Seragam (UKBS) supaya persekitaran menjadi bebas halangan atau barrier free.

Ini adalah satu cadangan yang amat baik dan di kebanyakan negara maju, negara Barat

terutamanya first world country memanglah orang yang mempunyai masalah bergerak di atas

situasi wheelchair dan sebagainya diberi keselesaan dan freedom of movement boleh dikatakan

seluruh tempat bandar raya dan juga kawasan-kawasan desa. Freedom of movement adalah

dijamin oleh Uniform Building by Laws di tempat-tempat negara tersebut.

DN 4.9.2018 140

KPKT telah menyediakan senarai semak pematuhan Undang-undang Kecil 34A, Undang-

undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Senarai semak ini disediakan berdasarkan

MS1184:2014 universal design and accessibility in the build environment-code of practice

(Second Revision) iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mensyaratkan penggunaan senarai

semak ini sebagai syarat kelulusan sesuatu pemajuan pelan bangunan dan pelan kejuruteraan.

Maknanya kalau mereka tidak memberi pandangan yang juga pematuhan kepada keperluan ini,

kelulusan mereka tidak akan diberi.

Kedua, principle submitting person atau submitting person wajib menggunakan sebagai

panduan semasa mereka bentuk, mengawasi dan memperakukan sesuatu pembangunan baru

dengan menggunakan kod yang tersebut. Sejak diperkenalkan, semua negeri di Semenanjung

Malaysia telah mewartakan keperluan OKU dalam UKBS. Walau bagaimanapun, negeri Sabah

dan Sarawak tidak mengguna pakai UKBS kerana kedua-dua negeri tersebut mempunyai ordinan

berasingan berkenaan perkara ini.

Untuk makluman semua yang hadir, maklumat tambahan adalah perkara ini telah diguna

pakai di Perlis mulai tahun 1994, di Kedah tahun 1992, di Pulau Pinang tahun 1993, Perak tahun

1994, Selangor tahun 1994, Negeri Sembilan sejak tahun 1991, Melaka tahun 1992, Johor tahun

1991, Pahang tahun 1996, Terengganu tahun 1993, Kelantan tahun 1993 dan Wilayah

Persekutuan 13 Ogos 1993. Dengan ini, kita akan memberi lebih jaminan kepada OKU untuk

mendapat kebebasan dan keselesaan untuk bergerak boleh dikatakan hampir 100 peratus

kawasan public space.

KPKT juga akan mengeluarkan manual...

Puan Bathmavathi Krishnan: Pencelahan. Minta pencelahan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Yang Berhormat, ada minta laluan.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Silakan Yang Berhormat Senator.

Puan Bathmavathi Krishnan: Terima kasih. Apa akan berlaku sekiranya PBT tidak

mematuhi ataupun mereka tidak menyemak sama ada kod itu diikuti atau tidak. Apa akan terjadi?

Oleh sebab ada kes-kes di mana bangunan itu siap tetapi kecondongan ramp itu tidak mengikut

spesifikasi dan sudah dibina.

Jadi apa tindakan yang boleh diambil oleh OKU atau pihak yang terlibat, pihak yang

berkepentingan untuk mengatasi dan untuk memaksa PBT mengikuti spesifikasi yang ditetapkan

itu.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: baik. Terima kasih Yang Berhormat

Senator. Ya sebelum satu kelulusan dikeluarkan baik di bawah previous arrangement, dengan

DN 4.9.2018 141 izin, di bawah CF dan juga di bawah CCC hari ini, pihak berkuasa yang berkenaan mengeluarkan

kelulusan tersebut baik kerajaan tempatan atau hari ini oleh konsultan terlibat. Mereka akan

memastikan syarat-syarat ini dipenuhi seperti ramp Yang Berhormat Senator sebut tadi betul.

Kadangkala ramp dibina tetapi tidak mengikut spesifikasi. Kalau ramp itu terlalu steep, tidak dapat

to be negotiated with comfort dan tidak munasabah.

Ini akan dikenal pasti daripada peringkat awal dan kalau dia jelas tidak menepati

sebenarnya kelulusan tidak patutnya dikeluarkan. Kalau dikeluarkan juga, aduan boleh dibuat

mana-mana pihak yang telah memberi kelulusan yang tidak sepatutnya dan adalah tindakan-

tindakan sepatutnya boleh diambil kalau pihak perunding ini boleh dibawa kepada pihak disiplin,

badan profesional masing-masing dan sebagainya.

Memang ada remedinya dan kita mengambil dan memandang berat isu ini. Ini kerana

kalau kita ingin menuju ke arah negara maju, segala kemudahan ini hendaklah kita pastikan

dilengkapkan sebaik mungkin. Inilah satu pencapaian yang kita harap, kita dapat sampai di waktu

yang terdekat terutamanya di bawah Kerajaan Pakatan Harapan yang memberi perhatian utama

kepada mereka yang kurang upaya.

KPKT juga akan mengeluarkan manual OSC atau one-stop centre tiga plus pada awal

tahun 2019 di mana keperluan OKU seperti mana termaktub di dalam UKBS dimasukkan antara

syarat untuk kelulusan pelan bangunan oleh PBT. Ini sekali lagi Yang Berhormat Senator

menjawab soalan Yang Berhormat Senator tadi bahawasanya pada tahun depan, awal tahun ini

akan menjadikan satu keperluan yang wajib dan kalau kita terima kompelin dan sebagainya,

kemungkinan kelulusan ini boleh ditarik balik atau ditangguhkan sehingga segala peruntukan

yang patut diperoleh dilengkapi seperti yang diminta.

Seterusnya tentang kebombaan jawapan kepada Ahli Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi

Haji Suhaili. Baik, terima kasih Yang Berhormat Senator. Yang Berhormat Senator telah

menunjukkan keprihatinan terhadap perkhidmatan bomba di negeri Sarawak. Untuk maklumat

Ahli Yang Berhormat Senator, KPKT berpandangan bahawa perancangan untuk membina

sebuah Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak perlu diteruskan. Ini adalah

pandangan kita.

Ini adalah kerana pengoperasian akademi bomba secara sementara di balai bomba dan

penyelamat di Bau, saya difahamkan di Kuching pada masa ini dilaksanakan pada tahap yang

asas. Maknanya very basic dan pada masa ini dilaksanakan di peringkat yang asas kerana

kemudahan latihan yang sedia ada tidak memenuhi keperluan sebenar. Maknanya is not like

optimum level.

DN 4.9.2018 142

Ini menyebabkan sebahagian besar daripada latihan praktikal perlu dilaksanakan di luar

kawasan. Ini sangatlah tidak memuaskan dan dari segi teknikalnya, dari segi safety standard, ini

juga merupakan satu kebimbangan daripada pihak bomba sendiri. Kalau kurang lengkapnya

latihan, kemungkinan ini akan menyebabkan kekurangan kecekapan pegawai menjalankan

operasi penyelamatan.

Untuk maklumat Yang Berhormat Senator, sebanyak tiga permohonan telah dibuat

kepada agensi pusat sejak tahun 2013. Ini kerana kami memandang berat isu ini. Hingga tahun

2015, tiga permohonan dibuat antara tahun 2013 dan tahun 2015 bagi pembinaan akademi

tersebut dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan RMKe-11.

■1900

Walau bagaimanapun, kesemua permohonan tersebut telah ditolak. Sebenarnya, salah

satu daripada pusat training ini kalau di Semenanjung, estimation kita lebih kurang RM30 juta.

Kalau di Sabah dan Sarawak mungkin sekitar RM50 juta. Kami masih menaruh harapan dan akan

terus meminta untuk kelulusan apa yang telah diangkat sebelum pada ini. Sehubungan itu, KPKT

akan memohon semula projek Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak pada

tahun 2019 bagi pembinaan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas atau Rolling Plan Kelima

tahun 2020.

Berhubung dengan pembinaan balai bomba baharu di negeri Sarawak, sebanyak lapan

buah projek dicadangkan untuk dibina sehingga tahun 2020 meliputi kawasan Asajaya, Lutong,

Sungai Plan, Dalat, Kota Sentosa, Sebauh, Engkilili dan Batu Kawa. Permohonan akan dibuat

secara berperingkat dalam Rancangan Malaysia Kesebelas mengikut keutamaan berdasarkan

risiko di kawasan yang terlibat.

Untuk maklumat tambahan, perolehan tapak Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia

Wilayah Sarawak seluas 20 ekar di kawasan Kota Samarahan telah dibuat pada tahun 2008 yang

melibatkan kos sebanyak RM547,000.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah sedikit sebanyak apa yang saya boleh jawab

soalan-soalan yang telah ditimbulkan. Akhir kata, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian

membahaskan isu-isu berkaitan KPKT.

Bagi pihak OKU, kami memberikan jaminan bahawasanya dengan keprihatinan pihak

Kerajaan PH hari ini, kami akan memberikan lebih perhatian kepada golongan OKU yang sudah

semestinya diberikan tumpuan terutamanya kalau kita ingin mencapai status negara maju atau

Dunia Pertama atau First World status.

DN 4.9.2018 143

Segala cadangan dan pandangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan

diberikan perhatian dan dijadikan input bagi penambahbaikan berterusan pelaksanaan dasar dan

program kementerian saya. Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang

saya dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan

Usahawan.

Yang Berhormat boleh memilih, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya tetapi yang

berbahas tidak ada dalam Dewan, Yang Berhormat boleh memilih untuk menjawab secara

bertulis. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

7.03 mlm.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan [Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli]: Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas nasihat yang sangat berguna.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Sama-sama.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Di luar tadi pun kita ada perjanjian supaya...

Dato’ Sri Khairudin Samad: Ya.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Bukanlah memendekkan tetapi menyegerakan

pembentangan. Saya pun Tuan Yang di-Pertua, tidak mendapat banyak komen daripada Ahli-

ahli Dewan Negara dalam perbahasan Titah Diraja itu. Cuma ada tiga sahaja yang memberikan

komen.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau jawapan itu

pendek, tidak payah bertulislah. Jawab sahajalah walaupun tidak ada orang.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Ya, tidak panjang.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Jadi tidak payah balik dok taip pula.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Lebih kurang dalam sejam, insya-Allah.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Ya, silakan.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Pertamanya, saya tidak ikut sequence pembentangan di

Dewan ini. Cuma saya hendak membangkitkan, yang pertamanya pandangan daripada ahli

baharu kita di dalam Dewan ini iaitu Yang Berhormat Senator Puan Raj Munni binti Sabu. Oleh

sebab dia orang baharu, kita jawab. Soalan pula banyak. Yang Berhormat Senator kita

bertanyakan apakah cara untuk membantu rakyat dengan lebih bertanggungjawab agar lebih

berkesan dan mampu membangunkan masa depan mereka.

DN 4.9.2018 144

Tuan Yang di-Pertua, inilah sebenarnya core business, dengan izin Kementerian

Pembangunan Usahawan ini iaitu untuk memastikan rakyat dapat terlibat dengan keusahawanan

dan menjadi kerjaya mereka, dapat menyediakan pekerjaan untuk diri mereka dan juga untuk

orang-orang lain. Jadi bagi merancakkan lagi penglibatan rakyat dalam bidang perniagaan ini,

kementerian akan memperbanyakkan lagi program-program berpakej yang lebih bersasar,

merangkumi penyediaan latihan keusahawanan kepada usahawan sama ada untuk usahawan

baharu, usahawan sedia ada atau usahawan yang berjaya dan mahu meningkatkan pencapaian

mereka melalui penyediaan bantuan premis dan pembiayaan perniagaan kepada golongan ini

agar mereka terus berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

Satu contoh yang saya ingin bawa untuk makluman Yang Berhormat iaitu mengenai

koperasi yang berada di bawah kementerian ini. Koperasi sekolah contohnya, ada 2,395 koperasi

sekolah dengan keanggotaan seramai 1.8 juta orang. Ramai ya. Banyak koperasi ini. Antara

koperasi yang sihat, yang aktif adalah koperasi sekolah. Koperasi ini ditubuhkan bertujuan

antaranya mendidik para pelajar berkaitan budaya keusahawanan, ilmu kepimpinan dan amalan

demokrasi melalui sebuah pertubuhan perniagaan. Sehingga 31 Disember 2017, saya sebutkan

tadi terdapat 2,395 koperasi dengan 1.8 juta ahli yang memfokuskan kepada aktiviti perniagaan

berteraskan keperluan pelajar dan guru seperti kedai runcit, alat tulis, perkhidmatan dobi,

pengurusan tapak parkir dan sebagainya.

Bagi membantu mengembangkan aktiviti koperasi sekolah ini, kementerian melalui

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyediakan geran bantuan pembangunan dan

pembiayaan mudah tanpa cagaran sehingga RM50,000. Pada tahun 2016 dan 2017, sebanyak

64 koperasi sekolah ini telah menerima bantuan dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM1.5

juta.

Kadang-kadang kita bertanya Tuan Yang di-Pertua. Kaum Cina misalnya, mereka

memperoleh ilmu perniagaan daripada keluarga tetapi contoh yang sama, tidak dapat kita lihat

pada kaum bumiputera, Melayu contohnya. Jadi, saya rasa dalam konteks ini, latihan pengenalan

keusahawanan melalui koperasi sekolah ini salah satu cara kita membudayakan minat terhadap

perniagaan ini. Jadi kita akan memastikan Suruhanjaya Koperasi benar-benar melaksanakan

agenda ini.

Kita tidak boleh ambil sambil lewa. Ertinya mereka mesti turun memastikan koperasi

sekolah berjalan. Kita tidak boleh menuntut Kementerian Pendidikan memasukkan ilmu

perniagaan ke dalam sistem pendidikan kita kerana mereka pun sudah loaded dengan pelbagai

DN 4.9.2018 145 mata pelajaran, kurikulum, kokurikulum. Jadi, saya rasa koperasi cubalah dipertingkatkan

keupayaannya untuk membantu membina budaya ini.

Ada contoh lainnya antaranya program pembangunan koperasi sekolah seperti program

keusahawanan koperasi sekolah, Young Entrepreneur Strive for Success (YESS). Program ini

melibatkan pencungkilan bakat keusahawanan pelajar melalui koperasi. Mulia hajat dan

objektifnya. Diharap pencapaiannya akan dapat kita pertingkatkan lagi.

SME Corp. pula sebagai contoh kedua, ada menyediakan Program Business Accelerator (BAP)

bagi memenuhi keperluan PKS untuk mengguna pakai Industri 4.0. Antara elemen pembiayaan

yang layak. Ini contoh ya untuk maklumat Yang Berhormat Senator kita.

Dipertimbangkan adalah pembelian lesen perisian, pembelian perisian dan peralatan

automasi, mesin serta robotik yang berkaitan. Kita menyediakan insentif yang besar berbentuk

geran bersamaan 50 peratus daripada keperluan syarikat sehingga ke jumlah RM400,000. Di

bawah skim ini, PKS juga boleh mendapatkan bantuan pinjaman mudah sehingga RM1 juta pada

kadar yang munasabah iaitu empat peratus dengan margin pembiayaan sehingga 90 peratus dan

tempoh pembayaran sehingga 10 tahun.

Jadi kalau kita ada rakan-rakan, anak-anak buah, anak-anak kita, Tuan Yang di-Pertua,

kalau ada anak-anak Tuan Yang di-Pertua pun berminat, ada skim-skim yang boleh membantu

mereka ini. Begitu juga SME Corp. Malaysia juga sedang bekerjasama dengan Penang Skills

Development Centre bagi memperkukuhkan local system integrators untuk mewujudkan

ekosistem bagi menggalakkan penggunaan teknologi Industri 4.0 di kalangan PKS.

Sekali lagi gerakan koperasi akan terus di perkasa dalam konteks ini contohnya supaya

lebih berdaya maju dan berdaya saing. Ini termasuk usaha bagi membantu meluaskan peluang

perniagaan koperasi, mengukuhkan lagi perhubungan industri dan penyelidikan yang berterusan.

■1910

Saya ingin menegaskan kepada Dewan ini bahawa kita dalam koperasi ini antara aspek

penting ialah pembangunan koperasi. Jadi, saya sudah sebut sebelum ini kalau ada koperasi-

koperasi kita yang agak uzur, yang mandom, yang tidak berapa aktif, SKM diarahkan untuk tidak

segera membatalkan. Ini kerana kita ini, program kita ialah pembangunan koperasi. Kalau boleh

kita hidupkan mereka, bantu, resuscitate mereka, beri panduan, beri latihan dan kalau perlu,

tambahkan modal supaya koperasi sebagai satu alat pembangunan masyarakat kita akan lebih

efektif.

Yang Berhormat Senator Puan Raj Munni juga bertanya ataupun menyatakan harapan

supaya kerajaan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, ruang dan peluang kepada

DN 4.9.2018 146 perniagaan sewajarnya melalui tiga kementerian utama iaitu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kementerian Tenaga Manusia. Saya hendak

maklumkan bahawa urusan kementerian kami (MED) ialah mengenai pembangunan usahawan

tetapi tidak semua agensi yang terlibat dengan pembangunan keusahawanan berada di bawah

kementerian kami.

MARA contohnya, melaksanakan program keusahawanan tetapi MARA berada di

Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Amanah Ikhtiar misalnya, ia satu badan

independent yang bergerak sendiri. Banyak membantu dan agak sukses dalam membantu

usahawan-usahawan mikro ini. Jadi, tanggungjawab kita di kementerian ini ialah menjadi

fasilitator ataupun yang boleh...

Puan Raj Munni binti Sabu: [Bangun]

Dato’ Sri Khairudin Samad: Yang Berhormat, ada yang hendak minta laluan Yang

Berhormat.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Baik. Sila, sila.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Silakan Yang Berhormat.

Puan Raj Munni binti Sabu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri

tadi ada memberitahu kita bahawa ada sekurang-kurangnya disebutkan MARA dengan Amanah

Ikhtiar Malaysia yang tidak– masih belum diletak ataupun berusaha untuk tentang keusahawanan

tetapi tidak didudukkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah ini akan merencatkan perjalanan

dan juga objektif Kementerian Pembangunan Usahawan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Silakan Yang Berhormat.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Sebenarnya, sebaik-baiknyalah Tuan Yang di-Pertua,

kalau kita berada di bawah satu bumbung, satu- one-stop centre memang cantiklah. Akan tetapi

kalau berada di kementerian yang lain pun tidak menghalang untuk kita bekerjasama.

Oleh sebab itu, kerajaan sedang mengusahakan penubuhan Majlis Pembangunan

Usahawan Kebangsaan yang melibatkan mana-mana kementerian yang ada program

keusahawanannya. Duduk di bawah satu majlis, kementerian kami sebagai lead agencynya.

Begitu juga mana-mana agensi yang lain seperti AIM, seperti bank-bank pembangunan yang lain,

yang tidak berada di bawah kementerian ini, boleh diwakili di dalam majlis ini.

Begitu juga dengan dewan-dewan perniagaan Melayu, Cina, India ataupun syarikat-

syarikat besar tertentu ataupun wakil-wakil daripada pelbagai sektor PKS, boleh menjadi

sebahagian daripada majlis ini. Jadi, saya rasa walaupun tidak berada di kementerian yang sama,

DN 4.9.2018 147 masih lagi boleh bekerjasama. Ini indahnya, berbeza-beza kementerian tetapi di bawah satu

kerajaan yang sama. Jadi, kita harapkan semua kementerian ini akan memberikan peranan

mereka yang terbaik. Kita di kementerian MED ini tidak akan berasa kecil ataupun malu-malu

untuk bekerjasama dengan semua kerana ini adalah tanggungjawab yang memang telah pun kita

express dalam Manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya baru lalu.

Seperti yang telah dijelaskan tadi, majlis pembangunan ini akan melibatkan pelbagai

pihak, termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Saya rasa Kementerian

Pertanian dan Industri Asas Tani banyak melahirkan usahawan-usahawan pertanian yang juga

mesti diselaraskan bersama-sama dengan agensi-agensi yang lain. Antara satu lagi kementerian

yang telah berhubung dan berbincang dengan kementerian kami ialah Kementerian Belia dan

Sukan.

Mereka di dalam manifesto kita diperuntukkan satu jumlah yang besar, RM1 bilion

setahun untuk pembangunan usahawan belia. Jadi, kalau tidak diselaraskan, maka kita akan

balik kepada cara lama masing-masing buat kerja, berlaku timbul pecah dan perintah ini, masing-

masing berasa hendak menunjuk perbezaan-perbezaan. Jadi, itu tidak akan dapat

menyelaraskan pembangunan industri PKS ini.

Yang Berhormat Senator Puan Raj Munni juga mencadangkan supaya agensi-agensi

pemberi modal yang mengeluarkan wang seperti Bank Rakyat, MARA, TEKUN, SME Bank dan

lain-lain perlu diperkasakan dan disusun semula. Ini adalah tanggungjawab awal kementerian

yang telah kita putuskan, dipersetujui oleh Kabinet iaitu untuk merasionalisasikan urusan-urusan

pemberi pinjaman dan juga pengeluar geran ini supaya tidak bertindan aktiviti. Mudah kita

mengenal pasti sasaran-sasaran mengikut sektor dan mengikut saiz syarikat mereka, lebih cepat

dan segera mengeluarkan pinjaman. Kita sudah bincang dengan TEKUN. TEKUN ini sangat

popular di kalangan PKS kita.

Kita hendak memastikan TEKUN menjadi antara pemberi modal yang efisien dengan

memudahkan permohonan, tidak banyak birokrasi ataupun red tape dan kita arahkan supaya

mereka mula mengusahakan permohonan melalui e-talian, online application for loans. Juga

memendekkan tempoh kelulusan dan tidak perlu ditandatangani oleh- contohnya sebagai oleh

orang politik. Kita dimaklumkan sebelum ini ketua-ketua parti di kawasan Parlimen masing-

masing menandatangani. Ini akan mewujudkan satu lapis bureaucracy yang sangat tidak

diperlukan. Ia hanya menambah masa dan juga boleh berlaku ketirisan, salah guna kuasa di situ.

Jadi, ini sudah diputuskan dan tidak ada lagi keperluan untuk melalui atau untuk mendapatkan

tandatangan sokongan daripada pimpinan-pimpinan politik.

DN 4.9.2018 148

Kita akan mengambil best practices, contoh-contoh best practices, dengan izin, yang

dijalankan oleh agensi yang sedia berjaya. Antara yang biasa disebut ialah Amanah Ikhtiar

Malaysia (AIM), di mana pinjamannya mudah dikeluarkan dan bayaran baliknya pun amat efisien,

melebihi 90 peratus. Jadi, agensi yang di bawah MED juga akan melihat kalau boleh disimulasi

ataupun diambil contoh oleh badan-badan seperti TEKUN dan Bank Rakyat. Di samping kita

harus memikirkan kadar-kadar faedah pinjaman itu mestilah sebenarnya lebih membantu

daripada menjadi punca keuntungan bagi syarikat-syarikat yang mengeluarkan pinjaman ini.

Keempatnya, Yang Berhormat Senator Puan Raj Munni mencadangkan supaya

maklumat-maklumat pengurusan kewangan kepada pengusaha-pengusaha PKS perlu dibuat

dalam bentuk buku panduan untuk membolehkan rakyat memohon dana bantuan perniagaan.

Memang kita ada di bawah SME Corp, selaku agensi penyelaras pusat untuk perusahaan kecil

dan sederhana ini yang telah membangunkan portal maklumat dalam talian, portal SME Info.

Sebenarnya maklumat itu banyak, mungkin tidak diiklankan, disebarkan maklumat ini

tetapi maklumat yang ada dan agak lengkap. Ia membolehkan peserta PKS mengakses

maklumat dengan lebih mudah, cepat dan tepat. Kementerian juga sudah mengambil keputusan

untuk menyediakan satu database yang selengkapnya seperti yang saya sebutkan pagi tadi

dalam jawapan. Supaya ia menjadi pusat maklumat setempat yang lengkap, yang boleh

membantu memudahkan urusan PKS ini dalam memulakan perniagaan sebagai setaraf ataupun

mereka yang sudah berada di dalam perniagaan sedia ada.

Kemudian seperti yang juga kita sebut, kita ada cadangan yang besar Tuan Yang di-

Pertua, mewujudkan Entrepreneur Transformation Centre (ETC). Ini pusat sehenti yang bersifat

structural, ertinya fizikal yang ada pejabat, ada ruang-ruang di mana semua agensi yang terlibat

dengan pembangunan usahawan ditempatkan bersama, memberikan kemudahan perkhidmatan

yang segera, yang tepat dan yang boleh menyelesaikan masalah-masalah PKS di satu tempat

dan tidak perlu bergerak jauh. Di samping disediakan ruang-ruang untuk memberi peluang PKS

mempamerkan produk-produk mereka ataupun membuat jualan-jualan.

■1920

Ini sudah kita rancang di beberapa tempat dan kita akan turun ke negeri-negeri untuk

mendapat feedback daripada rakan setugas kita di peringkat negeri yang menjaga hal-hal

usahawan ini supaya sama-sama membantu menentukan premisnya, berapa banyak, misalnya

di Sarawak mungkin tiga tempat, tiga lokasi untuk membantu usahawan-usahawan kita.

Terakhirnya Yang Berhormat Senator mencadangkan supaya kementerian mewujudkan

task force usahawan yang akan turun padang untuk mencari orang-orang yang berpotensi dalam

DN 4.9.2018 149 perniagaan kecil. Kita bersetuju, ini kerana kalau kita ada sasaran yang hendak dicapai dengan

besar dalam tempoh lima tahun mentadbir negara ini, kita tidak boleh menunggu orang datang

kepada kita dan memulakan perniagaan. Maka kita akan mengarahkan agensi kita mengambil

sikap proaktif dan mengesan, mencari, membantu dan ini mesti dilaksanakan secara istiqamah.

Kalau tidak ia akan menjadi hanya angan-angan, kita tidak akan dapat mencapai hasrat untuk

melahirkan PKS atau SME yang besar untuk membantu 40 persen daripada KDNK ini datang

daripada PKS. Itu sedikit jawapan kepada Yang Berhormat Senator Puan Raj Munni, ada apa-

apa penjelasan hendak minta? Tiada, okey.

Keduanya daripada Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid. Yang Berhormat

Senator Dato’ Isa bertanyakan mengenai kementerian- kami ini namanya tidak ada koperasi.

Macam dahulu MECD ini tinggal MED sahaja. Memang betul nama itu diringkaskan tetapi tidak

menghilangkan sengatnya sebagai kementerian yang menjaga koperasi, malah koperasi akan

menjadi lebih penting dalam tanggungjawab kita.

Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat itu akan kita bawa ke kementerian dan

kalau ditambah nama koperasi di dalam kementerian pun tidak menjadi satu masalah, malah

boleh memperjelaskan peranan kita. Jadi kita harap ianya akan dapat direalisasikan. Cumanya

untuk makluman Tuan Yang di-Pertua....

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan

sedikit boleh?

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Sedikit boleh.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Tadi

Yang Berhormat Menteri menyatakan agenda koperasi akan diangkat menjadi lebih penting,

katanya lebih menyengatlah. Soalan saya ialah, sebab saya tengok, ada- untuk menjadikan

agenda koperasi penting ini ia akan ada kaitan langsung dengan dasar hala tuju ekonomi

sesebuah negara ataupun tempat.

Contohnya kalau satu tempat itu, jikalau di Moondragon di past city itu, dasar ekonomi

sesuatu tempat itu semuanya ialah cooperative orientasi dia. Sehinggakan apabila berlaku krisis

ekonomi di Eropah, tempat itu dikatakan kurang mendapat implikasi sebab asas ekonominya

ialah koperasi. Ini kerana dia by fast orientasi ekonomi pasaran. Jadi adakah Yang Berhormat

Menteri maksudkan itu, dia akan pergi sejauh itu ataupun hanya akan menjadi asas ekonomi

sokongan bukan akan menjadi- sebab apa kalau kita mengangkat agenda koperasi besar ini, dia

akan memberi satu branding lain pula kepada Malaysia. Itu pada pandangan saya. Itu hendak

faham sejauh mana agenda koperasi itu hendak diangkat.

DN 4.9.2018 150 Dato’ Sri Khairudin Samad: Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Terima kasih Yang Berhormat Senator Yusmadi.

Pandangan yang sedia diulas oleh beliau sendiri. Memanglah hasrat kita besar, tetapi kita

tidaklah menyebut sampai ke situ. Ini kerana koperasi kita ini tidak dapat lagi, belum lagi

menyamai apa yang ada contohnya di negara-negara Scandinavia yang di mana koperasi

memainkan peranan yang betul-betul the third force di dalam ekonomi negara tersebut.

Akan tetapi kalau ditakdirkan perkara tersebut sudah boleh nampak kejayaannya, maka

tidak akan kita halang untuk menjadikan koperasi ini sebagai kaedah ekonomi yang sangat

resistance terhadap perubahan-perubahan suasana ekonomi dunia. Terima kasih dan cadangan

tersebut akan kita juga bincangkan suatu masa nanti. Jadi, kepada Yang Berhormat Senator

Dato’ Isa itu pandangan saya.

Terakhirnya pertanyaan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul, ada?

Tidak ada. Akan tetapi, walau bagaimanapun ada sedikit sahaja soalannya. Soalannya merujuk

kepada manifesto Kerajaan Pakatan Harapan iaitu untuk menubuhkan Tabung Industrialisasi dan

Tabung Keusahawanan di peringkat Sabah dan Sarawak untuk menyemarakkan lagi proses

industri dan sektor keusahawanan. Bagaimana status usaha ini dan apakah kaedah yang akan

dilaksanakan?

Untuk makluman, memang di dalam manifesto kita Perkara 42 yang berkaitan dengan

ekonomi Sabah dan Sarawak, kita masukkan di sana usaha ke arah penubuhan tabung yang

dimaksudkan. Buat masa ini ianya masih lagi dalam rangka menentukan bentuk tabungnya. Ini

kerana kita sekarang ini ada pelbagai tabung keusahawanan, jadi bagaimana kita hendak

menjadikan tabung keusahawanan sedia ada itu untuk di Sarawak ini ia menjadi lebih spesifik

dan begitu juga Sabah. Hal ini kerana ini dimasukkan dalam manifesto kita. Jadi ianya dalam

rangka perbincangan dan insya-Allah di kementerian kami ada suatu badan penasihat yang

dipanggil Entrepreneur Development Council yang diwakili oleh tokoh-tokoh perniagaan daripada

pelbagai sektor seperti pembuatan, peruncitan, SME, wakil daripada golongan wanita dan

sebagainya.

Mereka ini telah diarahkan untuk melihat beberapa aspek di dalam manifesto, termasuk

urusan Tabung Industrialisasi dan Keusahawanan Sarawak dan Sabah ini. Jadi, insya-Allah ia

akan menjadi salah satu daripada perkara yang akan dilahirkan oleh advisory council ini. Terima

kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya

dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia.

DN 4.9.2018 151

7.33 mlm.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia [Tuan Eddin Syazlee bin Shith]:

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam

sejahtera. Terima kasih dan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu bagi pihak

Kementerian Komunikasi dan Multimedia, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima

kasih dan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang prihatin dan telah

mengambil bahagian dalam memberikan pandangan serta saranan yang menyentuh bidang

tugas kementerian saya, sepanjang sesi perbahasan ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa istiadat pembukaan Penggal Pertama, Majlis

Parlimen Ke-14.

Seramai 13 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian...

Dato’ Sri Khairudin Samad: Yang Berhormat Menteri, minta maaf. Yang Berhormat

Menteri boleh pilih untuk- kalau tidak ada di dalam Dewan, boleh jawab secara bertulis.

Tuan Eddin Syazlee bin Shith: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Teruskan.

Tuan Eddin Syazlee bin Shith: Tuan Yang di-Pertua membahaskan perkara yang

terletak di bawah kementerian ini dan saya akan membawa persoalan tersebut secara umum dan

penggulungan jawapan saya akan menyentuh sembilan perkara iaitu:

(i) kandungan penyiaran,

(ii) perkhidmatan Internet jalur lebar,

(iii) penyalahgunaan media sosial,

(iv) ekonomi digital,

(v) keselamatan siber,

(vi) emolumen RTM,

(vii) pemetaan,

(viii) berita tidak benar,

(ix) kebajikan seniman ataupun karyawan.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi maklum balas kepada perkara yang

dibangkitkan berkenaan kandungan penyiaran oleh Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin

Haji Monutty, ada?

Dato’ Sri Khairudin Samad: Tidak ada.

Tuan Eddin Syazlee bin Shith: Tidak ada.

DN 4.9.2018 152 Dato’ Sri Khairudin Samad: Tidak ada. Selamat satu Yang Berhormat Menteri.

Tuan Eddin Syazlee bin Shith: Teruskan?

Dato’ Sri Khairudin Samad: Ya, teruskan.

Tuan Eddin Syazlee bin Shith: Okey. Selanjutnya untuk Ahli Yang Berhormat Dato’ Sri

Khairudin Samad.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Saya. Hari ini saya jadi Speaker Yang Berhormat Menteri...

[Dewan ketawa].

Tuan Eddin Syazlee bin Shith: Maafkan saya terkeliru. Saya dengar suara, tidak

nampak orang.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Tidak mengapa. Boleh, teruskan. Saya hadir. Sila jawab.

Tuan Eddin Syazlee bin Shith: Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia, SKMM mengawal selia kadar perkhidmatan melalui prinsip penetapan kadar di

bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM). Di bawah peruntukan AKM membolehkan

pemberi perkhidmatan menetapkan kadar menurut kadar pasaran.

■1930

Walau bagaimanapun, kadar tersebut perlu mematuhi peruntukan AKM iaitu penetapan

kadar hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Kerajaan sentiasa

memantau dan prihatin terhadap kepelbagaian kandungan serta platform yang disediakan oleh

pemberi perkhidmatan.

Pada masa yang sama, rakyat juga mempunyai pilihan hak untuk mendapatkan sumber

berita dan hiburan secara percuma melalui TV bebas ke udara atau, dengan izin, free-to-air,

seperti TV1, TV2, TV3, TV8 dan TV9 atau perkhidmatan berbayar IPTV dari Telekom Malaysia

contohnya Hypp TV, Maxis, TIME dan Astro IPTV.

Bagi kenyataan bahawa kos perkhidmatan Astro membebankan rakyat, harus dijelaskan

bahawa perkhidmatan Astro ini adalah sejenis produk kehendak dan bukan keperluan. Tidak ada

isu beban kepada rakyat kerana ia perlu diimbangi bahawa Astro ini mempunyai pilihan-pilihan

lain sebagai alternatif. Tambahan pula, Astro juga menawarkan dua jenis perkhidmatan kepada

rakyat secara umumnya iaitu, pertama, Astro Pay yang berbayar dan kedua, perkhidmatan

percuma NJOI yang mempunyai sebanyak 29 siaran.

Walau bagaimanapun, SKMM akan sentiasa memantau operasi Astro dari semasa ke

semasa bagi memastikan bahawa hak pengguna di Malaysia ini terjaga berdasarkan kod amalan

am pengguna dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

DN 4.9.2018 153

Selanjutnya, untuk menjawab Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin Samad

juga, selari dengan objektif untuk menyebar luas maklumat melalui pelbagai platform, RTM

menyiarkan maklumat dan informasi kepada audiens melalui radio, TV dan media baharu untuk

membolehkan mesej-mesej penting disalurkan dan dalam masa yang sama meningkatkan

kesedaran masyarakat berhubung kempen serta aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

RTM juga sentiasa menyokong melalui kempen kesedaran menerusi bahan-bahan siaran

sama ada dalam bentuk drama, telemovie, dokumentari majalah, trailer promo dan talking point

DJ radio yang diselitkan dengan pengisian-pengisian serta nilai-nilai murni.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Yang Berhormat Menteri, saya pula mahu minta laluan.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Ya, silakan.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Boleh?

Tuan Eddin Syazlee Shith: Boleh.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Yang Berhormat Menteri, soalan saya semalam itu adalah

kerana kita melihat pengajaran-pengajaran sivik kepada rakyat ini janganlah TV tempatan ini

kedekut dari segi untuk mengajar rakyat untuk menggunakan tandas. Sehingga hari ini pun ramai

rakyat yang tidak reti menggunakan tandas ataupun jalan yang dari dua lorong menjadi tiga

lorong, tiga lorong menjadi empat lorong.

Kedua, ada juga TV dalam Malaysia ini seperti David Copperfield, dengan izin. Mula-mula

ada KLCC, selepas itu KLCC hilang, sekarang KLCC ada balik. Ini kerja David Copperfield. Saya

pun jadi hairan. Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang baik. Saya

menjawab bahawa syarikat-syarikat penyiaran TV ini...

Boleh saya teruskan Tuan Yang di-Pertua?

Dato’ Sri Khairudin Samad: Silakan.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Syarikat-syarikat penyiaran televisyen ini sentiasa

menyiarkan rancangan-rancangan yang berbentuk pengajaran dan kempen-kempen kesedaran

sivik dan sebagainya. Cuma, kadang-kadang mereka menyiarkan tetapi penonton tidak

memberikan perhatian kepada hidangan-hidangan yang dipersembahkan. Barangkali ini yang

berlaku.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Mungkin, Yang Berhormat Menteri, dia sedang menonton

Anugerah Skrin kah?

Tuan Eddin Syazlee Shith: Barangkali. Saya setuju.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Silakan.

DN 4.9.2018 154

Tuan Eddin Syazlee Shith: Selanjutnya, Tuan Yang di-Pertua. Ini tidak...

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Minta mencelah.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Silakan. Silakan.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Saya rasa kurang adillah, Yang Berhormat,

kalau Tuan Yang di-Pertua boleh mencelah.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Saya mencelah sebab soalan saya.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Akhirnya dia satu orang sahajalah. Yang

Berhormat kata tadi Astro tidak membebankan rakyat. Saya melihat Astro juga membebankan

kita apabila musim hujan. Yang Berhormat, gangguan terlalu banyak. Bolehkah kementerian

mengarahkan Astro mengkaji semula mungkin satelit mereka diperbaiki, diperbaharui dan

sebagainya? Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Sama-sama. Yang Berhormat Menteri, saya pun hendak

mencelah hendak sambung yang itu. Maaf. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Dato’ Haji

Mohd Suhaimi. Dia sebelum ini- katalah kita dikenakan bayaran sebanyak RM120. Selepas itu

dia kata dia mahu upgrade supaya tidak ada gangguan, so kita kena tambah menjadi RM150.

Selepas itu kita menerima receiver yang sama, upgrade lagi, suruh tambah duit lagi tetapi apabila

ada hujan, masalah yang sama lagi sehingga sekarang. Sudah menjadi RM200 lebih sebulan.

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Ya, berkenaan Astro ini. Inilah perkara yang memang sedang

dalam kajian. Pihak Astro diminta untuk mengkaji balik jumlah caj yang dikenakan kepada

pelanggan-pelanggan.

Isu berkenaan gangguan tadi yang disebabkan oleh hujan atau rain feed, ia telah pun

dibuat kajian dan telah diperbaiki yang mana kedudukan ini menelan belanja yang sangat tinggi.

Sebagai contoh, satellite dish telah ditukar dengan jenis beyond yang sedikit sebanyak telah

mampu memperbaiki keadaan ini, saya percaya dalam 20 ke 30 peratus.

Juga, kos-kos kajian yang dibuat ini daripada mula Astro memulakan operasinya- apabila

kita bercakap tentang keadilan kepada pengguna, kita juga perlu mengimbangi keadilan kepada

syarikat penyiaran yang hanya menerima pulangan pelaburan selepas 23 tahun beroperasi, Yang

Berhormat. Ini adalah perkara yang perlu diimbangi.

Walau bagaimanapun, pihak Astro bersetuju untuk mengkaji tetapi bukan dengan cara

memberikan diskaun daripada RM150 dan sebagainya kepada RM100, tetapi dengan cara

membuat adjustment berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan. Mungkin kalau dulu RM120 dapat

70 saluran, kali ini mungkin dilebihkan menjadi 80 siaran. Ini masih di dalam peringkat kajian.

DN 4.9.2018 155

Boleh saya teruskan?...

Dato’ Sri Khairudin Samad: Ya.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kempen-kempen ini

termasuklah kempen kesedaran sivik dan nilai-nilai murni ini juga disiarkan di dalam berita

pelbagai bahasa, program bual bicara Selamat Pagi Malaysia, sebagai contohnya. Ada juga yang

dibuat di dalam infografik, kapsul atau jingle untuk menarik perhatian audiens berkenaan usaha

yang telah dibuat oleh kerajaan. Kerajaan juga sentiasa menjalinkan hubungan kerjasama

dengan kementerian atau agensi yang berkaitan untuk menghasilkan lebih banyak kapsul

berkenaan kempen keselamatan dan kesedaran dan sebagainya.

Selanjutnya untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi

Krishnan. Ada Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi Krishnan?

Dato’ Sri Khairudin Samad: Ada.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Ya. Minta maaf, saya tidak nampak. KKMM juga telah

menyediakan platform kepada kementerian ataupun agensi kerajaan untuk menguar-uarkan

program hebahan kepada rakyat melalui Pesan Khidmat Awam (PKA). PKA ini adalah mesej-

mesej ringkas kerajaan yang dihebahkan melalui saluran TV dan juga paparan-paparan media

siber. PKA ini diolah menggunakan pelbagai teknik, contohnya steel light multimedia graphic text

atau kombinasi semua teknik. Stesen-stesen televisyen dan radio swasta perlu menyiarkan PKA

bagi kerajaan atau untuk kepentingan awam dan nasional sekurang-kurangnya selama dua minit

setiap satu jam penyiaran.

■1940

Ini menggalakkan PKA untuk meningkatkan kesedaran awam berkenaan pelbagai

perkara termasuklah keperluan serta hak golongan OKU, Yang Berhormat Senator. Siaran RTM

juga menggunakan bahasa isyarat, sari kata dan adalah contoh untuk membuktikan,

menunjukkan bahawa RTM mempunyai komitmen yang sangat tinggi dan serius untuk

memartabatkan status golongan OKU dalam siarannya. Antara tajuk-tajuk TV dan radio berkaitan

OKU yang disiarkan ialah SaveME 999 yang disiarkan selama satu minit 44 saat, Nilai-nilai Murni

satu minit, Unheard Voices versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, Capsule lima minit, Yang

Berhormat Senator.

Bagi tahun-tahun kebelakangan ini, kita melihat televisyen swasta juga telah mengambil

inisiatif untuk berperanan bagi menyiarkan caption sari kata dan juga bahasa isyarat untuk

golongan OKU mengikut kategori kurang pendengaran. Justeru KKMM juga berharap

menggalakkan kementerian yang berkaitan dan bertanggungjawab untuk sama-sama

DN 4.9.2018 156 menerbitkan PKA yang berkaitan secara konsisten agar mesej penting dapat disampaikan

kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas

Umbul sedia maklum.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Tidak ada di dalam Dewan Yang Berhormat Menteri

Tuan Eddin Syazlee Shith: Tidak ada, boleh saya...

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff:Tuan Yang di-Pertua saya mencelah sedikit

Yang Berhormat Menteri? Boleh saya minta laluan Tuan Yang di-Pertua? Sebelum ke topik lain.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Ya

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Tadi Menteri ada memberitahu bahawa

perkara-perkara penting merupakan tanggungjawab penyiar-penyiar. Cuma soalan saya, saya

hendak tahu sedikit penjelasan apakah arah tuju dasar komunikasi dan media sekarang, adakah

ia masih lagi ke arah regulasisasi nya itu lagi bersifat kerajaan yang me-regulisasi ataupun

sebaliknya di negara-negara yang transisi tukar kerajaan ini, contohnya di Indonesia ataupun

negara lain. Mereka menggunakan pendekatan Majlis Media.

Jadi aspek-aspek tanggungjawab, aspek-aspek perkara sensitif, itu satu modul yang

lain. Cuma saya hendak tahu sedikit, memandangkan kita masih di peringkat menentukan dasar,

adakah hala tuju kita masih lagi itulah, kita panggil apa, kerajaan yang menguruskan ataupun

kita membuka ruang kepada fraternity ataupun mereka yang dipilih. Jadi dua pilihan yang kita

mungkin ada. Jadi mungkin hendak tahu sedikit, direction-nya ke mana itu, dari segi itu.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih di atas

soalan itu Yang Berhormat Senator.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kerajaan memang berperanan me-regulisasi

untuk syarikat-syarikat penyiaran. Walau bagaimanapun, kementerian sangat terbuka dengan

sebarang usul dan cadangan bagi penambahbaikan kualiti dan juga mutu penyiaran yang

disiarkan di syarikat-syarikat penyiaran yang berkenaan Yang Berhormat Senator.

Selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan dengan Datuk Dr Lucas Umbul.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Tidak ada dalam Dewan

Tuan Eddin Syazlee Shith: Tidak ada dalam Dewan, saya teruskan dengan jawapan

untuk Ahli Yang Berhormat Senator Dr. Nuing Jeluing? Dr. Nuing Jeluing?

Dato’ Sri Khairudin Samad: Tidak ada.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Tidak ada juga. Kepada Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi

Haji Suhaili, ada?

DN 4.9.2018 157

Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Ada

Tuan Eddin Syazlee Shith: Kerajaan melalui SKMM sentiasa memantau dan mengkaji

secara serius caj yang dikenakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi untuk memastikan

bahawa caj tersebut adalah berpatutan, dalam konteks ini, mampu milik. Pemantauan SKMM

menunjukkan bahawa caj perkhidmatan jalur lebar mudah alih di Malaysia ini khususnya semakin

menurun berikutan daripada persaingan sengit di kalangan syarikat-syarikat telco penyedia

perkhidmatan telekomunikasi mudah alih, Yang Berhormat Senator. Untuk perkhidmatan jalur

lebar rangkaian tetap pula, kerajaan telah mengumumkan bahawa kelajuan perkhidmatan jalur

lebar akan digandakan pada harga yang sama.

Di samping itu untuk membolehkan rakyat berpendapatan rendah, turut menikmati

perkhidmatan jalur lebar, maka kementerian melalui SKMM memastikan bahawa syarikat-

syarikat telco menawarkan pakej asas pada harga yang minimum. TM dan Maxis juga baru-baru

ini telah mengumumkan sebagai contoh, penurunan harga perkhidmatan jalur lebar sebanyak

lebih kurang 25 peratus dari purata kadar asas semasa yang dikenakan.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian selanjutnya melalui SKMM juga mengkaji caj

langganan perkhidmatan Internet berdasarkan petunjuk yang ditetapkan oleh, dengan izin...

Dato’ Sri Khairudin Samad: Yang Berhormat Menteri, saya hendak mencelah lagi

sekali. Saya langgan UniFi yang RM300 lebih sebulan. Akan tetapi yang saya terima RM10

sahaja. RM300 lebih itu tidak ada. Saya pun hairan, tengok-tengok 10 percent, apa masalahnya?

Terima kasih

Tuan Eddin Syazlee Shith: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ini keadaan yang jarang-

jarang berlaku. Saya percaya yang disebutkan oleh Tuan Yang di-Pertua tadi dengan izin,

bahawa yang diterima RM10 itu adalah kualiti perkhidmatan, tidak setara dengan pembayaran

sebanyak RM350.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Dan yang bayar pula Parlimen. Ya, sebab saya layak.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Parlimen yang bayar ya?

Dato’ Sri Khairudin Samad: Kesian duit Parlimen la Yang Berhormat Menteri.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Ya, saya mengambil kira Tuan Yang di-Pertua

memandangkan ini kes-kes yang terpencil, jarang berlaku. Kementerian menawarkan untuk

memeriksa kemungkinan perkara-perkara ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor teknikal. Jadi

secara peribadi akan mengambil tanggungjawab untuk meminta pihak teknikal daripada Telekom

untuk berhubung dengan Tuan Yang di-Pertua dan memeriksa keadaan ini

DN 4.9.2018 158

Dato’ Sri Khairudin Samad: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat

Menteri saya sudah membuat laporan banyak kali.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Tidak ada tindakan?

Dato’ Sri Khairudin Samad: Rumah saya bersebelahan dengan Putrajaya di Kajang.

Tidak akanlah sebelah Putrajaya pun tidak dapat yang lengkap

Tuan Eddin Syazlee Shith: Ya masalah teknikal ini berlaku dalam banyak keadaan

Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya sendiri sebagai orang yang bukan teknikal tidak berani untuk

memberi jawapan yang khusus mengenai keadaan ini. Akan tetapi saya berani memberikan aku

janji untuk memeriksa kenapa perkara ini berlaku.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Eddin Syazlee bin Shith: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator Datuk

Lee Tian Sing- Datuk Lee Tian Sing, ada? Pun tidak ada?

Dato’ Sri Khairudin Samad: Tidak ada.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Jadi saya yang ini, kalau perlu secara bertulis, saya akan

jawab.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Selanjutnya kepada Yang Berhormat Datuk Lee Tian Sing,

juga tidak ada. Jawapan kepada Ahli Yang Berhormat Dato’ Ong Chong Swen

Dato’ Sri Khairudin Samad: Dato’ Ong Chong Swen pun tidak ada?

Tuan Eddin Syazlee Shith: Dato’ Ong Chong Swen pun tidak ada.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Selamat Yang Berhormat Menteri, bagi jawapan bertulis

sahaja

Tuan Eddin Syazlee Shith: [Ketawa] Saya akan berikan jawapan bertulis, insya-Allah.

Ya sekali kepada Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi Krishnan.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Ada

Tuan Eddin Syazlee Shith: Berkenaan Digital Free Trade Zone, betul Yang Berhormat

Senator? Ini adalah merupakan satu inisiatif strategik yang bertujuan untuk membantu

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan untuk menggunakan inisiatif ini bagi

menembusi pasaran dunia serta bagi menarik jenama global dan market places untuk menjadikan

Malaysia sebagai gerbang untuk pasaran ASEAN dan serantau. Pihak kerajaan sentiasa

berusaha untuk menyediakan peluang yang sama rata kepada semua golongan termasuk

golongan OKU untuk memanfaatkan teknologi digital dan peluang dalam perdagangan elektronik.

DN 4.9.2018 159 Malah melalui teknologi digital dan perdagangan elektronik, golongan OKU dan golongan tertentu

dapat meraih peluang yang sama rata dengan golongan yang lain.

DFTZ akan mewujudkan peluang kepada PKS tempatan termasuklah mewujudkan

peluang kepada PKS tempatan termasuklah perniagaan yang diusahakan oleh golongan OKU

untuk memasarkan produk mereka ke pasaran global.

■1950

Bagi memastikan semua golongan mendapat manfaat daripada pelaksanaannya, inisiatif

eUsahawan juga disasarkan kepada golongan OKU melalui kerjasama, contohnya kerjasama

dengan Persatuan Orang Buta dan Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya di bawah

program eUsahawan sejak tahun 2017 sehingga Ogos 2018, yang mana seramai 700 OKU telah

dilatih. Daripada jumlah ini, seramai 172 orang peserta telah melaporkan jualan tambahan

keseluruhannya bernilai lebih RM1.3 juta.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Lee Tian Sing. Tidak ada sini ya?

Dato’ Sri Khairudin Samad: Tidak ada.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Tidak ada.

Seterusnya untuk Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Sambathan a/l Manickam.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Tidak ada.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Pun tidak ada?

Dato’ Sri Khairudin Samad: Tidak ada.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Okey.

Selanjutnya untuk makluman Ahli Yang Berhormat Puan Raj Munni binti Sabu.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Ada.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Ada ya, Yang Berhormat. Kementerian menerusi jabatan dan

agensi di bawahnya menggunakan strategi komunikasi bersepadu melalui komunikasi

bersemuka, media elektronik, bahan cetakan dan media sosial dalam memasarkan maklumat-

maklumat kerajaan secara tepat, kreatif dan meluas agar ia dapat difahami oleh rakyat.

Tiga jabatan dan agensi utama di bawah KKMM yang bertanggungjawab dalam memberi

penerangan kepada semua rakyat berkenaan inisiatif-inisiatif Kerajaan Persekutuan ialah

Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Bernama dan

dalam hal ini KKMM akan memastikan mesej dan medium komunikasi yang digunakan menepati

cara hidup setiap kumpulan sasaran.

KKMM juga turut memperkasakan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter,

Instagram, YouTube, portal online, WhatsApp dan lain-lain lagi bagi penyebaran mesej program

DN 4.9.2018 160 dan aktiviti yang berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan, Yang Berhormat. Portal-portal berita

yang berwibawa turut disediakan bagi rujukan rakyat untuk mendapatkan berita-berita yang sahih

dan informasi semasa seperti Bernama, Online RTM, JAPEN TV dan lain-lain.

Secara prinsip, kesalahan yang berlaku di dunia nyata juga adalah dikira menjadi

kesalahan di alam maya. Sekiranya sesuatu isu atau perkara itu tidak boleh disebarkan di media

massa, bermakna ia juga tidak boleh disebarkan di media sosial. Penyebaran berita palsu

merupakan satu isu global ekoran kepada revolusi teknologi komunikasi yang berkembang

dengan pesat, pantas dan berterusan. Justeru, usaha mengawal selia dan menguatkuasakan

undang-undang berkaitan dengan penyebaran maklumat adalah menjadi cabaran kepada

kerajaan pada hari ini.

Perbincangan, ulasan ataupun laporan terhadap sesuatu isu adalah sebahagian daripada

hak dan kebebasan yang termaktub di dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Jadi kerajaan sangat komited dalam mendukung hak tersebut bagi memastikan setiap rakyat

Malaysia menikmati kebebasan asasi mereka. Walau bagaimanapun, ia tidak bersifat mutlak.

Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Tuan Yang di-Pertua. Mencelah sedikit.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Silakan.

Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Berkaitan dengan Bernama. Saya ucapkan

penghargaan kepada kementerian kerana Yang Berhormat Menteri telah berusaha untuk

menyiarkan kembali berita Tamil di saluran Bernama, News Channel. Saya ucapkan terima kasih

kerana pada masa dahulu memang ada Bernama News. Kerajaan terkini telah mengembalikan.

Menyiarkan kembali. Terima kasih. Itu sahaja.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Tuan Yang di-Pertua, atas Bernama punya isu.

Boleh sekali? Sikit sahaja. Nak mencelah sikit sebab saya rasa mungkin perlu juga sebab yang

saya tunggu ialah Menteri menjelaskan hala tuju Bernama sekarang sebab saya terbaca di

akhbar kemungkinan jika- setahu sayalah, perwujudan Bernama dan RTM adalah dua perkara

yang berbeza. Cuma di kala kerajaan baru ini, adakah perkara yang sama akan diteruskan atau

mempunyai arah tuju yang baru dengan peranan Bernama ini? Itu sikit sahaja. Mungkin boleh

sambung. Terima kasih.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu Bernama

ini, terdapat cadangan dan pandangan untuk menyatukan Bernama dan juga RTM. Masih di

peringkat perbincangan. Antara lain tujuan menyatukan Bernama dengan RTM ini untuk

memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Walau bagaimanapun, masih

DN 4.9.2018 161 belum ada sebarang keputusan yang jelas berkenaan kedudukan ini dan ia masih di peringkat

perbincangan dengan mengkaji aspek-aspek yang berkaitan di atas isu penggabungan ini, Yang

Berhormat. Berkenaan Perkara 10 tadi, izinkan saya meneruskan.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Ya, ya. Teruskan Yang Berhormat.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Pihak kerajaan komited dalam mendukung hak kebebasan

di bawah Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, kebebasan ini adalah

tertakluk kepada undang-undang yang terpakai di dalam negara kita. Tindakan-tindakan

penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak SKMM adalah berasaskan kepada aduan daripada

masyarakat awam serta pihak yang terkesan berlandaskan kepada lunas-lunas dan peruntukan

undang-undang yang ada.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, peruntukan KKMM memberi jaminan secara jelas

bahawa tiada tapisan internet oleh kerajaan. Namun demikian, jaminan tiada tapisan tersebut

tidak bermakna mana-mana pihak bebas untuk melakukan kesalahan dengan sewenang-

wenangnya. Tanpa melakukan kebebasan dengan sewenang-wenangnya dengan tidak

mengambil kira segala peruntukan-peruntukan yang terpakai contohnya seperti Akta Fitnah 1957,

Akta Hasutan, Akta Jenayah Komputer dan Akta Hak Cipta. Ini adalah kekangan-kekangan

ataupun sekatan di atas kebebasan-kebebasan yang disebutkan tadi.

Walau bagaimanapun, turut ditegaskan bahawa kementerian ini tidak menjalankan

sebarang pemantauan yang bersifat massa ataupun mass surveillance bagi memantau salah

laku di internet dan media sosial selaras dengan pendirian kerajaan di dalam perlindungan

kebebasan hak dan privasi rakyat Malaysia. Bagi rakyat yang prihatin ingin membantu dan

memberikan maklumat kepada SKMM, aduan boleh dibuat kepada saluran-saluran aduan yang

disediakan oleh SKMM.

Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk memberikan maklum balas terhadap perkara-

perkara yang dibangkitkan berkenaan kebajikan seniman iaitu untuk makluman Ahli Yang

Berhormat Datuk Razali...

Puan Raj Munni binti Sabu: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta laluan daripada Yang

Berhormat Menteri sebelum beralih kepada tajuk yang lain iaitu berkaitan dengan fake news dan

fitnah. Kita difahamkan bahawa kerajaan baharu telah menolak akta fake news. Jadi soalan saya

ialah bagaimana kerajaan yang ada pada hari ini, walaupun kita menghormati kebebasan tetapi

kita juga mesti memastikan maklumat-maklumat yang bebas berkeliaran itu juga

bertanggungjawab.

DN 4.9.2018 162

Jadi bagaimana kerajaan ini boleh memastikan maklumat-maklumat yang tidak

bertanggungjawab sebagai contoh, dikatakan bahawa kerajaan baru pada hari ini menyokong

LGBT. Ia memberikan implikasi yang tidak sedikit, Tuan Yang di-Pertua. Bila perkara-perkara ini

dilafazkan oleh pemimpin-pemimpin politik ataupun individu-individu yang memang dikenal pasti,

sejauh mana kerajaan kita boleh mengambil tindakan contohnya. Silakan.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Yang Berhormat Menteri, nanti saya jawab dulu, sebentar.

Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, kita punya rang undang-undang fake news

ini akan disambung semula pada 12 hari bulan.

Puan Raj Munni binti Sabu: Saya faham.

Dato’ Sri Khairudin Samad: So, waktu itu Yang Berhormat boleh tanya sebab Yang

Berhormat hanya bercerita tentang multimedia. Jadi kita belum selesai lagi.

Puan Raj Munni binti Sabu: Cuma...

Dato’ Sri Khairudin Samad: Fake news.

Puan Raj Munni binti Sabu: Fake news. Mungkin...

Dato’ Sri Khairudin Samad: Yang Berhormat boleh tanya masa rang undang-undang...

Puan Raj Munni binti Sabu: Mungkin, akan tetapi di peringkat...

Dato’ Sri Khairudin Samad: Rang undang-undang yang akan disambung pada 12 hari

bulan...

Puan Raj Munni binti Sabu: Pada 12 hari bulan. Baik.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Penggulungan daripada Yang Berhormat Menteri.

Puan Raj Munni binti Sabu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Saya tambah sedikit

sahaja lagi.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Okey.

■2000

Tuan Eddin Syazlee Shith: Walaupun kedudukan akta Anti-fake News ini akan

ditentukan kemudian pada 12 September tetapi kita sendiri dalam negara kita, kita mempunyai

peruntukan yang cukup bagi menangani perkara-perkara yang bersifat fitnah ini. Kita mempunyai

Kanun Keseksaan, kita mempunyai Akta Fitnah 1957 misalnya untuk menangani perkara-perkara

yang bersifat fitnah dan tidak betul. Itu jawapan saya Yang Berhormat.

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan dengan isu berhubung dengan kebajikan

seniman bagi menjawab soalan oleh Yang Berhormat Datuk Razali bahawa kerajaan melalui

DN 4.9.2018 163 Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia atau FINAS ini sentiasa prihatin terhadap kebajikan

penggiat industri termasuk pelakon, pelawak, penyanyi dan sebagainya yang secara langsung

terlibat di dalam industri kreatif yang mana sebanyak dua peratus daripada jumlah bayaran

insentif tayangan filem cereka ataupun ITFC kepada penerbit filem tempatan telah disalurkan ke

tabung kebajikan artis yang dikendalikan oleh FINAS untuk tujuan pemberian sumbangan

kebajikan.

Bagi tahun 2017 sehingga 2018, sejumlah RM12,000 sumbangan telah diberikan kepada

tujuh orang penerima termasuk waris-waris yang ditimpa musibah seperti sakit, kematian dan

program Ziarah Kasih dan Ziarah Kebajikan. Walau bagaimanapun merujuk kepada peruntukan

Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional di bawah perusahaan termasuklah aktiviti pengeluar,

pengedar dan pempamer filem di Malaysia bagi tujuan royalti kepada pengusaha, penerbit dan

pelakon adalah di luar bidang kuasa di bawah Akta FINAS ini.

Izinkan saya juga selanjutnya menjawab, ada soalan? Menjawab terhadap perkara yang

dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Puan Raj Munni berhubung...

Datuk Razali bin Idris: Mencelah sedikit ya.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Ya silakan.

Datuk Razali bin Idris: Saya rasa Yang Berhormat Menteri tidak menjawab soalan saya.

Soalan saya adalah daripada kutipan royalti tetapi Yang Berhormat kata royalti itu di luar FINAS

tetapi masih lagi dalam kerangka kementerian.

Jadi maksud saya di sini, kita hendak KWSP kan royalti, boleh tak kita KWSP kan royalti

yang dikutip oleh satu badan dan diberi kepada karyawan. Ia sebab di sini kalau kita lihat apabila

karyawan seperti mana yang saya sebutkan semalam dah otai, dah tua, dah tak boleh hendak

mengubah ataupun mencipta lagi, maka hasil royalti diperlukan tetapi royalti dah bagi. Akan tetapi

cadangan saya, kerajaan seharusnya berfikir macam mana kita hendak hasil daripada royalti itu

sebagai simpanan tetap seperti mana kita bekerja dengan syarikat-syarikat kita dapat KWSP, itu

satu.

Kedua saya hendak tambah lagi sedikit sebab semalam saya lupa. Ini pun pesanan

daripada pihak karyawan juga berkenaan dengan geran yang dah otai dalam karyawan. Apakah

bentuk geran yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada mereka-mereka yang dah lanjut usia

yang terdiri daripada karyawan-karyawan yang semasa mudanya gah dan kita bawa dia sehingga

kita dapat daripada populariti dia kita dapat nama di pentas antarabangsa. Itu sahaja Yang

Berhormat. Terima kasih.

DN 4.9.2018 164

Tuan Eddin Syazlee Shith: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, berkenaan kedudukan

royalti ini saya maksudkan tadi tidak tertakluk di bawah Akta FINAS. Jadi secara authority-nya

kita tidak boleh menentukan bagaimana bentuk royalti ini akan diagihkan. Berkenaan kedudukan

keperluan KWSP ini, ianya adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan Yang

Berhormat dan geran-geran yang diperuntukkan di bawah FINAS ini secara jelasnya adalah untuk

kemajuan industri perfileman.

Walau bagaimanapun, cadangan-cadangan dan pandangan Yang Berhormat itu adalah

perkara-perkara yang bersifat penambahbaikan dan akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian

dan akan dikaji, insya-Allah.

Baik, saya ingin menjawab selanjutnya perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang

Berhormat Puan Raj Munni binti Sabu berhubung meremajakan medium penerangan kerajaan.

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah memberikan RTM bahawa ini enam bulan

bermula pada Jun 2018 untuk membawa pembaharuan termasuklah meremajakan tiga saluran

TV, 33 saluran radio milikannya serta diminta bergerak tangkas dan segera untuk mengekang

sebarang serangan fitnah dan fake news.

Kementerian juga setakat ini berpuas hati dengan langkah-langkah proaktif RTM dalam

tempoh tiga bulan iaitu bermula Jun 2018 sehingga ke Ogos 2018 dalam membawa

pembaharuan khususnya dalam aspek pemberitaan dan penyampaian berita. Penjenamaan

semula Berita Nasional Jam 8 di TV1 misalnya, kita membuktikan sebagaimana yang kita boleh

lihat bahawa ianya kini telah diremajakan dan bergerak tangkas sesuai dengan imej dan wajah

yang baru.

Kesemua rancangan yang disiarkan di dalam saluran radio dan TV turut membantu

kerajaan baharu dengan menyiarkan maklumat terkini serta pencapaiannya. Misalnya dalam

tempoh 100 hari kerajaan baharu, RTM telah memberi liputan menyeluruh berkenaan pencapaian

manifestonya serta pemimpin-pemimpin di bawah pentadbiran kerajaan baharu telah diberi ruang

dan kesempatan untuk ditemu ramah dan membincangkan isu-isu berkaitan bidang tugas

ataupun portfolio masing-masing kepada khalayak penonton dan rakyat dan ini adalah langkah-

langkah proaktif yang akan diteruskan untuk memenuhi aspirasi dan hasrat kerajaan baharu.

Berhubung dengan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Dr. Nuing

Jeliung, ada?

Dato' Sri Khairudin Samad: Tidak ada.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Tidak ada. Yang terakhir berkenaan perkara yang

dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Dato’ Farahiyah binti Haji Mohd.

DN 4.9.2018 165

Dato' Sri Khairudin Samad: Farahiyah pun tidak ada.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Tidak ada. Yang mana bersesuaian akan dijawab secara

bertulis Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya mewakili kementerian

mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan saya kepada semua Ahli Yang

Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan...

Tuan Aknan a/l Ehtook: Yang Berhormat.

Dato' Sri Khairudin Samad: Yang Berhormat, ada yang meminta laluan.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Ya, silakan.

Tuan Aknan a/l Ehtook: Dah nak habis kot. Saya rasa, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya rasa Yang Berhormat Menteri belum menjawab soalan saya tentang Unifi yang ada dalam

satu taman yang sama di blok perumahan yang berbeza, ada yang ada, ada yang tidak ada

tentang di mana TM mengatakan bahawa untuk membolehkan satu blok rumah dapat Unifi,

sekurang-kurangnya ada sepuluh permohonan yang menjadi tidak adil kepada rumah-rumah

taman yang sama. Terima kasih.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang

Berhormat Senator, capaian UniFi ini disediakan secara umumnya meluas di seluruh negara dan

memerlukan pembinaan infra dan pemasangan jaringan gentian optik secara komprehensif.

Penyediaan infra jalur lebar berkelajuan tinggi talian tetap ataupun, dengan izin, fixed-line

broadband berasaskan fiber tidak semudah menyediakan jalur lebar mudah alih.

■2010

Jadi inilah perkara-perkara yang menjadi kekangan untuk membolehkan kadang-kadang

walaupun di dalam satu taman yang berhampiran, menyebabkan kualiti dan mutu perkhidmatan

itu berbeza-beza di antara satu dengan yang lain dan ia juga melibatkan satu kos yang agak

besar Yang Berhormat dan memerlukan masa untuk dimajukan daripada semasa ke semasa.

Selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi....

Tuan Aknan A/L Ehtook: Tuan Yang di-Pertua, minta maaf.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Ya, silakan.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Ada yang nak bahas lagi?

Tuan Aknan A/L Ehtook: Saya rasa beginilah Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat

Menteri minta siapa-siapa pergi semak di taman di kawasan saya itu kerana jawapan Menteri itu

secara umum. Akan tetapi persoalan saya ialah blok ‘A’ bersebelahan dengan blok ‘B’. Blok ‘B’

ada UniFi, blok ‘A’ tidak dapat UniFi kerana orang di blok ‘A’ itu permohonannya tidak sampai

sepuluh. Jadi TM tidak mahu menyediakan perkhidmatan UniFi, sedangkan blok ‘B’ yang

DN 4.9.2018 166 bersebelahan itu cukup sepuluh, dia sediakan. Jadi ini menyebabkan ketidakadilan kepada

penduduk di taman yang sama, di blok yang bersebelahan. Itu sahaja isu saya. Terima kasih.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Saya akan mengambil kira di atas aduan ini. Akan tetapi

jawapan saya kepada itu untuk makluman Yang Berhormat Senator bahawa pihak TM tidak

mempunyai sebarang dasar penetapan terhadap bilangan pemohon kepada permintaan

penduduk di suatu kawasan atau taman yang memerlukan perkhidmatan pemasangan UniFi.

Walaupun demikian, saya juga akan mengambil kira di atas aduan Yang Berhormat tadi.

Barangkali ini juga kes terpencil yang melibatkan perkara-perkara yang teknikal, yang di luar

pengetahuan. Akan tetapi saya akan berjanji untuk menggunakan pendekatan yang bersesuaian

supaya masalah yang sedemikian diberi perhatian dan diselesaikan mengikut kesesuaian

masalah tersebut, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi yang terakhir sekali lagi Yang Berhormat Senator dan Tuan Yang di-Pertua, saya

mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah

mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang

menyentuh mengenai peranan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, yang mana

kementerian akan mengambil perhatian dan akan mengambil tindakan susulan terhadap isu-isu

yang dibangkitkan bagi menambah baik perkhidmatan di bawah bidang kuasa kementerian.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga hendak

mohon maaf kerana tadi saya banyak mencelah kerana saya hanya jadi Tuan Yang di-Pertua

sementara, yang kekal akan masuk sebentar lagi. Saya pencen setakat ini tetapi saya hendak

mohon maaflah sebab saya mencelah itu oleh kerana saya berbahas semalam. Jadi saya minta

supaya Yang Berhormat Menteri tolong jelaskan tadi. Samalah macam kes saya dengan Yang

Berhormat Senator Tuan Aknan itu. Ia lebih kurang macam itulah. Terima kasih banyak.

Seterusnya saya dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Menteri

Pertanian dan Industri Asas Tani.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

8.13 mlm.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Datuk Haji Salahuddin bin Ayub]:

Bismillahir Rahmanir Rahim. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator

Datuk Paul Igai, Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin, Yang Berhormat Senator Datuk

Rabiyah binti Ali, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim, Yang Berhormat Senator

DN 4.9.2018 167 Datin Rahimah binti Haji Mahamad dan Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin

Abdullah yang mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja dan saya ucap terima kasih

di atas peluang pertama kali berdiri dan berucap dalam Dewan Negara yang mulia ini... [Dewan

tepuk]

Yang Berhormat yang memberikan ucapan kebanyakannya membahaskan tentang isu-

isu penting yang melibatkan isu sekuriti makanan atau food security dan juga isu-isu yang

berkaitan dengan penambahbaikan dalam semua sektor pertanian dan juga isu-isu yang

berkaitan dengan masa depan industri pertanian dalam negara kita, dalam usaha untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara yang berpotensi untuk mengamalkan pertanian moden

pada masa yang akan datang.

Dalam hal itu, suka saya sebagai pembukaan ataupun mukadimah ini untuk memberikan

penjelasan bahawa di antara perkara penting yang kita mesti pastikan apabila kita bercakap

tentang sekuriti makanan, ada empat komponen penting yang mesti diperhitungkan. Ini kerana ia

sangat berpotensi untuk kita sebagai rakyat dapat menikmati kecukupan dan memang tugas

hakiki Kementerian Pertanian ini ialah untuk memberikan penghasilan yang mencukupi untuk

dimiliki sama ada kita perlukan di peringkat, dengan izin, local presumption ataupun kita eksport

bahan-bahan makanan kita untuk meningkatkan ekonomi negara kita.

Pertama, komponen yang paling penting adalah tentang availability iaitu kesediaan

makanan itu bagi memenuhi permintaan. Penawaran bekalan boleh dicapai sama ada melalui

pengeluaran dalam negara, import ataupun simpanan stok ataupun dalam negara kita, kita

istilahkan, dengan izin, our iron stockpile.

Kedua, tentang accessibility iaitu capaian fizikal terhadap bekalan makanan dan

kemampuan untuk memperolehnya iaitu affordability.

Ketiga, keselamatan dan khasiat iaitu, dengan izin, safety and nutrition di mana bekalan

makanan perlu dipastikan selamat dan berkhasiat.

Keempat ialah tentang stability iaitulah kita boleh membeli, membawa dan memiliki

makanan ini dalam semua keadaan. Dalam keadaan aman ataupun dalam masa berlakunya

kecemasan ataupun peperangan.

Dalam hal yang sedemikian, saya mengambil kira tentang semua perbahasan yang telah

dibawa oleh Yang Berhormat Senator-Yang Berhormat Senator kita. Yang Berhormat Senator

Datuk Rabiyah binti Ali, ada? Dan Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim yang

mengutarakan tentang pengupayaan industri sayur-sayuran, padi dan perikanan dan juga usaha

DN 4.9.2018 168 Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA bagi memastikan kecukupan bekalan sayuran bagi tahun 2018

dan 2019.

Usaha yang telah dibuat semampu mungkin oleh kementerian ini ialah mengupayakan

subsektor makanan, sayuran dan padi adalah seperti berikut:

(i) pelaksanaan projek pembangunan berimpak tinggi seperti Projek

Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Projek Bantuan

Peningkatan Hasil Sayur-sayuran, Projek Pembangunan Ladang

Organik, Projek Ekonomi Gantian Tembakau dan Projek

Pembangunan Tanah Terbiar;

(ii) melaksanakan penyelidikan dan pembangunan iaitu R&D bagi

membangunkan variety baru dan hibrid baru sayur-sayuran dan padi

berhasil tinggi, rintang serangga perosak dan penyakit dalam tempoh

hayat simpanan yang panjang mengikut piawaian Skim Pengesahan

Bahan Tanaman, manakala bagi padi adalah melalui Skim

Pengesahan Benih Padi Sah;

(iii) pemodenan mekanisasi dan automasi serta adaptasi teknologi baru

melalui penggunaan jentera yang moden, berkeupayaan tinggi dan

dapat mengoptimumkan hasil seperti penggunaan dron, jentuai mini

dan sebagainya;

(iv) membangunkan teknologi pengeluaran sayuran yang efisien serta

teknologi pengendalian lepas tuai bagi menjamin kualiti;

(v) penguatkuasaan ataupun SOP khusus kepada operator jentera

service provider bagi meningkatkan kualiti penyediaan tanah dan juga

membantu pengurangan kehilangan lepas tuai;

(vi) pengukuhan infrastruktur pengairan dan saliran serta mengimplikasi

sistem pengurusan air meningkatkan kecekapan penggunaan air;

dan,

(viii) membangunkan kaedah pengurusan serangga perosak dan penyakit

secara mesra alam dan lestari melalui kaedah biologi dan culture.

■2020

Pada masa yang sama, petani juga digalakkan untuk mengamalkan amalan pertanian

baik (APB) melalui pensijilan myGAP dan myOrganic untuk memastikan hasil pertanian adalah

berkualiti dan selamat untuk dimakan.

DN 4.9.2018 169

Selain itu, antara usaha bagi memastikan kecukupan bekalan sayur adalah melalui

pelaksanaan Program Ladang Kontrak iaitu Contract Farming, dengan izin. MOA melalui FAMA

telah dan sedang membangunkan 5,000 peserta Program Ladang Kontrak dengan keluasan

10,000 hektar serta menjangkakan pengeluaran sebanyak 400,000 metrik tan dengan nilai

RM800 juta.

FAMA juga melaksanakan Program Stok Simpan Bekalan Makanan (SSBM) untuk

menstabilkan harga dan bekalan barangan makanan sejak tahun 2014. Melalui program ini,

FAMA telah membekalkan sembilan jenis sayur-sayuran terpilih bagi memastikan kestabilan

harga dan bekalan di pasaran seperti lobak, kubis bulat, tomato, kentang, bawang besar, bawang

kecil, halia, cili merah dan kelapa tua.

Bermula dari tahun 2018, FAMA bersama agensi berkaitan dan usaha sama FAMA

memperluaskan pembekalan melibatkan 27 komoditi merangkumi 9 jenis sayur-sayuran, barang

kawalan, gula, tepung dan minyak, lima jenis ikan beku segar Q’Fish, ayam proses standard, telur

ayam dan barangan industri asas tani.

Program pembekalan ini melibatkan seluruh outlet peruncitan FAMA seperti Pasar Tani,

Agro Bazar, Kedai Rakyat, My Farm Outlet dan Pasar Tani kekal. Bagi memastikan sub sektor

perikanan tangkapan terus diupayakan, MOA melalui Jabatan Perikanan Malaysia juga telah

menggariskan beberapa strategi utama seperti berikut:

(i) Sistem penentuan kawalan berpotensi bagi penangkapan ikan bagi

membantu nelayan terus ke lokasi penangkapan ikan dan menjimatkan

kos operasi.

(ii) Melabuhkan tukun-tukun tiruan bagi meningkatkan produktiviti, biologi dan

sumber perikanan persisiran pantai.

(iii) Pembekuan sementara ke atas semua pemohon lesen baru vessel zon ‘A’,

‘B’ dan ‘C’ bagi mengawal eksploitasi sumber secara berlebihan.

(iv) Memperkenalkan teknologi yang boleh mengurangkan penangkapan

juvenil seperti juvenile and trash excluder device (JTED).

(v) Menggunakan sistem pemantauan vessel dan juga alat Automatic

Identification System (AIS) ke atas semua vessel pukat tunda zon ‘B’ dan

‘C’ bagi tujuan pemantauan pergerakan vessel dan menjalankan Program

Monitoring, Control and Surveillance (MCS) bagi mengawal pelanggaran

syarat lesen, termasuk pencerobohan kawasan sama dan daripada vessel

penangkapan ikan tempatan atau asing.

DN 4.9.2018 170

Bagi subsektor akuakultur pula, kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan

produktiviti sedia ada melalui langkah-langkah berikut:

(i) menggalakkan pelaburan swasta melalui geran infrastruktur di bawah

Projek NKEA serta Projek Akuakultur berskala komersial;

(ii) membangunkan kawasan tanah kekal pengeluaran makanan zon industri

akuakultur (TKPMZIA) dengan penglibatan syarikat swasta; dan

(iii) menstrukturkan pembangunan melalui projek kluster, ladang sinergi,

agroprenuer muda dan lain-lain, memperkenalkan teknologi terkini dan

yang berdaya maju dalam industri akuakultur.

Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali, meminta supaya menyatakan jumlah

pengeluaran sayur-sayuran, buah-buahan untuk kepentingan domestik. Pada tahun 2017, jumlah

pengeluaran sayur-sayuran adalah sebanyak 1.21 juta metrik tan, di mana 1.3 juta metrik tan

yakni 85 peratus daripadanya adalah untuk keperluan domestik. Manakala jumlah pengeluaran

buah-buahan adalah 1.52 juta metrik tan, di mana 1.89 juta metrik tan adalah bagi keperluan

domestik.

Keluasan tanaman bagi sayur-sayuran adalah 62,539 hektar dan buah-buahan 208,590

hektar. Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin, mencadangkan skim harga minimum

seperti harga belian padi diperluas kepada komoditi pertanian lain. Antara usaha menjamin

pulangan setimpal kepada petani adalah melalui Program Ladang Kontrak. Di mana petani

mendapat jaminan pasaran ke atas produk keluaran yang mengikut kehendak pasaran melalui

perjanjian jual beli antara petani dengan pihak FAMA.

Perjanjian jual beli dibuat berdasarkan harga tetap dan pada harga semasa dengan

sokongan harga lantai yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Harga lantai di bawah

Program Ladang Kontrak melibatkan 28 jenis buah-buahan, 15 jenis sayur-sayuran dan 10 jenis

pelbagai tanaman. Harga lantai ini disediakan sebagai sokongan bagi melindungi petani dari

kerugian akibat ketidaktentuan harga pasaran.

Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah, ada? Adakah kerajaan

akan mengkaji semula harga belian padi harga penjualan beras? Yang Berhormat, kerajaan

belum berhasrat untuk melaksanakan kajian semula harga padi dan beras kerana mengambil kira

pelaksanaan penyeragaman harga belian padi pada kadar minimum 1,200 setiap metrik tan

bermula 1 Mac 2014. Perkara ini dilaksanakan setelah mengambil kira harga belian padi di

seluruh Semenanjung sebelum ini adalah tidak seragam antara 900 dan 1,100 setiap tan. Selain

DN 4.9.2018 171 itu, daripada segi harga penjualan beras, kerajaan telah melaksanakan harga kawalan bermula

pada tahun 2008 dan sentiasa dikawal pada paras stabil dengan kadar RM1.80 hingga RM2.60

setiap kilogram.

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim bertanya...

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang

Berhormat Menteri, saya membangkitkan isu ini kerana saya balik kepada pengumuman Yang

Berhormat semasa baru menjadi Menteri tempoh hari untuk liberalise harga beras. Yang

Berhormat kata hari itu, bila kita liberalise kan beras, maka insya-Allah harga akan turun kerana

open to competitive.

Yang Berhormat, kalau kita tengok BERNAS pun sekarang ini, AP diberikan kepada

BERNAS dan BERNAS sekarang ini pun kalau kita melihat kepada revenue 2016, lebih kurang

RM4.23 bilion. Saya memang- selepas sahaja Yang Berhormat buat kenyataan tersebut, saya

menghantar ucapan tahniah kepada kerajaan baharu. Oleh kerana saya melihat kalau liberalisasi

ini mengambil tempat, maka kita akan lebih terbuka. Tentu sekali akan banyak penerima-

penerima AP yang akan menjadi- membuatkan harga pasaran beras ini akan turun.

Akan tetapi persoalannya bila controlled items ini, bagaimana kita hendak menurunkan

harga beras ini? Pertanyaan saya Yang Berhormat, bila agaknya liberalisasi ini? Akan tetapi

sekarang Yang Berhormat kata kita sudah fixed the price. Saya perlu penjelasan Yang Berhormat

Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Haji Salahuddin bin Ayub: Terima kasih Yang Berhormat. Saya kira dalam

penelitian dan pengamatan saya, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang sedemikian

jauh perginya. Saya hanya memberikan satu jaminan bahawa, monopoli BERNAS itu akan

ditamatkan dan satu Jawatankuasa Khas Kabinet yang merangkumi lapan kementerian sedang

berbincang pada hari ini untuk kita kemukakan satu model baru untuk menggantikan BERNAS.

Mungkin falsafah awal untuk menetapkan objektif rakyat dapat membeli harga beras dengan

harga yang lebih kompetitif itu akan menjadi satu perhitungan. Itu bottom line sebagai sebuah

kerajaan mana pun yang mementingkan rakyat, kita tidak akan bertoleransi dan tidak akan

berkompromi dengan nasib masa depan pesawah-pesawah kita.

■2030

Jadi Yang Berhormat sila kita sama-sama tunggu seluruh kepakaran, dengan izin, all the

players semua yang terlibat dalam industri padi dan beras negara ini akan dipanggil untuk

memberikan cadangan-cadangan yang konstruktif dan Jawatankuasa Khas Kabinet ini akan

mengkaji dengan segala kepakaran yang berada di kementerian-kementerian yang terlibat dan

DN 4.9.2018 172 akhirnya nanti jawatankuasa ini akan mengemukakan cadangan model baharu ini kepada Kabinet

dan Kabinetlah yang akan memutuskan untuk kita menerima mana-mana model yang terbaik

bagi menamatkan monopoli BERNAS. Terima kasih, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim bagi komoditi daging ayam,

pengeluaran telah mencapai kadar sara diri (SSL) melebihi 100 peratus. Pada masa kini harga

daging ayam di pasaran adalah antara yang terendah berbanding sumber makanan protein yang

lain. Bagi memastikan bekalan daging lembu mencukupi, kerajaan sentiasa berusaha untuk

meningkatkan pengeluaran ternakan tempatan secara feedlot dan integrasi. Kerajaan turut

membenarkan pengimport lembu hidup dan daging lembu sejuk beku daripada negara-negara

yang dibenarkan.

Dalam konteks ini Yang Berhormat, saya juga ingin menjadi seorang Menteri yang lebih

praktikal kerana saya memahami, membaca dengan teliti segala usaha-usaha yang telah dibuat

oleh Menteri-menteri yang lalu. Bukan mudah untuk kita mencapai satu objektif membekalkan 30

peratus keperluan daging tempatan untuk keperluan rakyat dalam negara kita.

Banyak faktor-faktor yang telah kita hitungkan, mungkin NFC menjadi satu topik bahan

rujukan yang begitu menarik. Saya tidak berminat untuk mengeksploitasi isu itu tetapi mana-mana

model pada masa akan datang mesti mengemukakan business plan yang lebih komprehensif

yang ada feasibility study yang mencukupi dan juga mesti memahami ekosistem setiap projek

dan perancangan itu supaya tidak berlaku lagi pengulangan kegagalan pada masa akan datang

sama ada kita membuka industri ini untuk joint venture, pemain-pemain international yang

mungkin telah berpengalaman dan juga pemain-pemain tempatan yang juga berminat untuk

menceburi bidang ini.

Bagi Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah Ali yang bertanya tentang jumlah

pendaratan ikan. Untuk makluman jumlah pendaratan ikan negara secara keseluruhannya pada

tahun 2017 adalah 1.465 juta tan metrik. Jumlah nelayan seluruh negara pada tahun 2017 ialah

seramai 130,645. Jumlah bot mengikut zon pada tahun 2017 adalah seperti berikut, Zon A –

44,029; Zon B – 5,536; Zon C – 2,366; dan Zon C2 – 695.

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim bertanya tentang polisi

pengimportan makanan agar tidak menjejaskan sektor agromakanan negara. Pengimportan

bahan makanan adalah bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap komoditi

yang tidak economic atau tidak boleh dihasilkan dalam negara seperti buah-buahan dan sayur-

sayuran yang bermusim serta bagi menampung kekurangan bekalan dalam negara seperti

daging sediaan dan hasil tenusu.

DN 4.9.2018 173

Terdapat juga keperluan pengimportan bahan makanan yang digunakan sebagai input

kepada industri hiliran makanan sebagai contoh komoditi kopi, koko, teh, rempah dan keluaran

dalam jumlah import yang sebanyak RM6.99 bilion telah diproses dan dieksport semula dengan

nilai sebanyak RM8.25 bilion. Menjadi tanggungjawab kepada kementerian untuk memberikan

maklumat yang secukupnya kepada rakyat kerana mudah untuk dieksploitasi.

Kenapa harga-harga daging, ayam, ikan, kelapa, sayur-sayuran seperti kubis dan

seumpama ini dan seperti cili yang begitu panas pada hari ini? Kita perlu memberikan penjelasan

bahawa kita mengalami ketidakcukupan hasil dalam negeri kita. Sayur-sayuran tertentu hanya

cukup 30 peratus tetapi keperluan industri dan rakyat perlu lebih daripada itu. Maka sebab itu kita

keluarkan sama ada AP ataupun IP untuk memenuhi keperluan itu. Kalau tidak kita tidak dapat

menampung keperluan dan industri kita dan ini boleh menyebabkan berlakunya kelembapan

ekonomi di saat negara memerlukan kepantasan ekonomi kita pada hari ini.

Kemudian saya pergi kepada Yang Berhormat Senator Paul Igai, ada? Yang Berhormat

Senator Datin Hajah Rahimah bin Haji Mahamad yang bertanya tentang sumber perikanan

termasuk menjadikan pesisir pantai sebagai kawasan pembiakan sumber. Antara strategi paling

utama ialah pertama, pengezonan semula kawasan penangkapan ikan yang melibatkan negeri

Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor bermula 1 Jun 2014.

Pewujudan Refugia Perikanan bagi ikan pelagik selama beberapa bulan pada setiap

tahun bertujuan untuk melindungi induk ikan dan nurseri kepada anak-anak ikan. Jabatan

Perikanan telah mengenal pasti dua lokasi untuk dijadikan sebagai kawasan refugia iaitu di

kawasan Kuala Bernam, Sarawak dan Tanjung Leman, Johor. Kajian sedang dijalankan bagi

mengenal pasti musim yang sesuai bagi spesies udang harimau dan udang karang yakni lobster

untuk dilaksanakan musim tertutup secara berperingkat.

Pada Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim yang juga bertanya usaha

bagi memberikan latihan dan galakan kepada belia termasuk lepasan sekolah dan IPT bagi

menggalakkan kalangan belia ini dalam sektor agromakanan, kementerian telah merangka

pelbagai program untuk dilaksanakan oleh jabatan dan agensi MOA merangkumi latihan dan

khidmat nasihat kritikal, geran, bantuan pinjaman dan insentif cukai.

Antaranya ialah Program Agropreneur Muda. Program ini khusus kepada belia berumur

14 hingga 40 tahun dan sebagai galakan kita menyediakan kursus jangka pendek dan khidmat

nasihat teknikal melalui jabatan dan agensi di bawah kementerian. Menyediakan bantuan geran

berbentuk barangan in-kind contribution sehingga RM20,000 bagi projek baharu dan

menyediakan bantuan modal melalui pakej pembiayaan khas Agrobank dan TEKUN Nasional

DN 4.9.2018 174 sehingga RM200,000. Akan datang TEKUN bukan lagi di bawah kementerian ia di bawah

Kementerian Prime Industry.

Bagi menjawab kemudian kita ada...

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan

sedikit boleh?

Tuan Haji Salahuddin bin Ayub: Macam kenal..

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Macam hendak marah sahaja [Ketawa] Tuan

Yang di-Pertua, boleh minta penjelasan, Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Haji Salahuddin bin Ayub: Macam kenal sahabat lama. Sila.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Saya takut macam hendak marah sahaja.

[Ketawa] Yang Berhormat Menteri, mohon penjelasan sedikit mengenai bantuan kepada

golongan muda. Berdasarkan sedikit pengalaman, ada kelompok anak muda Malaysia mereka

tidak pun menanam apa-apa hasil tanaman tetapi sebaliknya mereka mengambil kesempatan

kecanggihan dunia digital, dunia teknologi. Ada yang mengambil pendirian sebegitu kerana

mengambil kira Malaysia setakat hari ini agenda pertanian untuk di satu tahap yang tinggi

mungkin tidak sehebat negara-negara yang lain.

Mereka sebaliknya mengambil peluang itu malah menjadikan bahawa mereka menjadi

macam platform provider sahaja. Saya bagi contoh secara fakta. Ada satu kumpulan anak muda

daripada Pulau Pinang mereka mendapat dana daripada Taiwan dan sebagainya. Dana dibawa

ke Singapura sebaliknya hasil tanaman sudah dibuka di Indonesia dan hasil tanaman tersebut

kemudiannya dieksport ke China. Ini saya bercakap dari segi industri pertanian.

Akan tetapi yang ingin saya tanyakan penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri, sejauh

mana Yang Berhormat Menteri melihat training trade latihan-latihan tadi untuk anak-anak muda

tadi dengan mengambil kira perkembangan Industrial Revolution 4.0 ini dalam konteks pertanian?

Sebab saya rasa disruption, dan sebagainya ini akan lebih merancakkan revolusi pertanian

negara. Ini sahaja bertanya pandangan Yang Berhormat Menteri terhadap menangani hala tuju

industri pertanian.

Tuan Haji Salahuddin bin Ayub: Terima kasih, sahabat lama saya Yang Berhormat

Senator Tuan Mohd Yusmadi. Welcome to our club but this is not my house, it is your house.

■2040

Dengan pengalaman yang ada pada Yang Berhormat, kita boleh share tentang

keupayaan anak-anak muda ini yang saya sangat yakin dan percaya kita pernah dengar satu

pepatah Inggeris, we cannot teach new tricks to all dogs, all dogs knew tricks. Kita harus melihat

DN 4.9.2018 175 sasaran kita pada hari ini. Sekiranya Malaysia mahu sungguh-sungguh pergi kepada era yang

benar-benar mengamalkan pertanian moden, kita mesti menyasarkan anak muda ini kerana

jelapang padi kita, secara average, di KADA, di MADA dan IADA termasuk di Sabah, Sarawak

sudah tinggal orang-orang yang tua, yang umur sudah melebihi 60, 70 tahun ke atas. Mereka

sangat besar jasa kepada kita semua dan negara mesti berterima kasih kepada mereka. Sampai

ke hari ini kita sedar kita tidak dapat meningkatkan pendapatan golongan ini. Akan tetapi ini tidak

bermakna kita tidak boleh, dengan izin, move forward. Maka sasaran kita mesti anak muda.

Dalam lawatan ke China baru-baru ini, kita telah belajar banyak teknologi baharu. Saya

pun tidak hendak jadi Menteri yang balik dari luar negeri, cerita benda yang sama tapi jelapang

padi kita tidak meningkat dari segi yield dan seumpamanya. Be very practical. So, Yang

Berhormat telah membentangkan satu pelan masa depan yang begitu penting iaitu sekiranya

anak-anak muda ini boleh involve dalam bidang ini.

Saya hendak beri contoh. Sudah ada anak muda yang masuk dalam industri, walaupun

saya faham tidak ada lagi yang saya tanya itu ada bantuan secara direct daripada kementerian

tapi sudah boleh jadi jutawan dalam industri ternakan lembu sama ada daging ataupun tenusu.

Baru-baru ini yang terlibat dengan aktif jual lembu untuk musim korban, mereka jual dalam skala

yang besar. Ada, bukan tidak ada. Untuk tenusu, hari ini kita lihat dalam kapasiti 100 ekor pada

skala yang sederhana, Nestle ataupun Dutch Lady sudah datang bawa tanker untuk letak sahaja,

perah susu masuk dan tidak ada masalah dari segi marketing.

Dunia yang semakin maju ini dengan dron hari ini yang kita lihat sudah tidak pakai remote,

sudah pakai self sensing dengan tangan sahaja mereka telah boleh layari melalui dron ini dan

juga teknologi baharu yang semakin canggih di tengah-tengah bangunan, di tengah-tengah tiang-

tiang berbatu itu masih boleh tumbuh sayur-sayuran yang boleh dieksport ataupun di China boleh

dijual dalam local market, ini adalah semua yang saya rasa boleh dilakukan oleh anak-anak muda

kita.

Jadi, kita akan pastikan pelbagai insentif yang boleh kita berikan kepada mereka. Kita ada

satu institut- ini dalam bentuk perikanan- iaitu Kolej Sultan Nazrin Muizzudin Shah di Perak ini

yang saya rasa kementerian harus memberikan penekanan dari segi teknologi baharu kalau kita

mahu menjadikan generasi yang terlibat dalam industri perikanan pada masa akan datang mesti

benar-benar dibekalkan dengan teknologi baharu.

Sebab itu, Yang Berhormat Senator Yusmadi, saya telah mengambil inisiatif yang

bersungguh-sungguh supaya UPM mesti memperkasa dan mesti menjadi peneraju utama dalam

sektor pertanian dalam negara kita kalau kita mahu maju dan kita mahu ke hadapan menjadikan

DN 4.9.2018 176 Malaysia benar-benar sebuah negara yang mengamalkan pertanian moden. Kalau tidak, kita

tidak boleh bergerak ke mana-mana.

Mungkin Yang Berhormat Senator, sahabat saya, membaca buku lebih banyak daripada

saya. Akan tetapi dari segi knowledge, kita dapati kehebatan petani-petani negara Kesatuan

Eropah, Jepun, Australia, Korea dan Taiwan, farmers itu ataupun petani itu dipandu oleh

universiti. Itu perkara yang tidak boleh kita abaikan. Dan akhirnya petani itu menjadi petani yang

benar-benar profesional dan universiti memang menjadi universiti yang memandu, yang memacu

kejayaan pertanian. So, kita di Malaysia mesti bersama dan saya harap antara kita mesti

memberikan sokongan supaya UPM benar-benar menjadi sebuah universiti yang akan memacu

pertanian dalam negara kita.

Saya beralih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin. Ada? Ya. Tentang

isu yang sama iaitu tentang agroprenuer tadi. Kita ada program Latihan Kemahiran Pertanian

Kebangsaan (PLKPL). Program ini menawarkan latihan kemahiran pertanian kepada semua

generasi muda yang berkelayakan bagi sijil dan diploma kemahiran pertanian di 16 pusat

bertauliah seluruh negara. Sehingga tahun 2017, seramai 17,206 graduan telah dilahirkan yang

terdiri daripada dalam pelbagai bidang seperti pertanian, veterinar dan perikanan.

Program MyAgrosis di bawah FAMA. Objektif ini adalah bagi melahirkan kelompok

usahawan, siswazah tani. Kelab MyAgrosis ini adalah seramai 41,463 orang. Daripada jumlah

tersebut, seramai 919 orang telah menceburi bidang keusahawanan dalam sektor agromakanan.

Program-program pembangunan usahawan lain seperti inkubator usahawan belia tani,

keusahawanan kemahiran pemprosesan makanan dan program latihan luar negara yang

dilaksanakan oleh pelbagai jabatan dan agensi MOA.

Selain itu, galakan fiskal percukaian disediakan iaitu galakan bagi projek pengeluaran

bahan makanan yang diluluskan di bawah seksyen 127 Akta Cukai Pendapatan 1967. Galakan

ini adalah berbentuk pengecualian potongan cukai kepada syarikat pelaksana dan syarikat

pelabur sejak tahun 2001.

Yang Berhormat Senator Datin Rahimah Mahamad ada bertanya adakah MOA berhasrat

menubuhkan Akademi Perikanan Laut Dalam. Saya sudah jawab tadi bahawa kita sudah ada

Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzudin Shah yang beroperasi dan telah pun mengeluarkan

pelajar-pelajar dan graduan dan, insya-Allah, pada masa depan, kementerian akan memastikan

kolej ini benar-benar menjadi sebuah kolej yang melahirkan usahawan perikanan pada masa

yang akan datang.

DN 4.9.2018 177 Saya rasa saya telah menjawab semua persoalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang

Berhormat. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan....

Datuk Razali bin Idris: Tuan Yang di-Pertua, boleh laluan sedikit? Saya ada dua perkara.

Yang pertama, Yang Berhormat ada menyebut tentang TKPN yang mana di Terengganu ada

dua. Satunya di Serating dan satu lagi di Setiu. Sejauh mana kejayaan program TKPN yang mana

satu lot 10 ekar yang telah dibagikan kepada petani yang pada ketika itu pemerintah lama

mengatakan petani moden? So, soalan saya, sejauh mana kejayaan? Apa yang kita lihat, TKPN

masih lagi tidak berjaya untuk mengeluarkan tanaman yang boleh dibanggakan di setiap TKPN

sama ada di Marang ataupun di Setiu. Itu nombor satu.

Soalan nombor dua berkenaan dengan penguatkuasaan laut, perikanan. Saya hadir

bersama Yang Berhormat Menteri baru-baru ini di Chendering tapi saya simpan untuk hari ini.

Apa yang saya difahamkan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah satu

agensi yang menjaga 122,000 kilometer persegi daripada gigi air sehingga ke zon ekonomi. Akan

tetapi nelayan kita masih lagi bersuara, tidak berhenti bersuara kerana tangkapan mereka

ataupun hasil ikan negara kita dirompak oleh nelayan asing terutamanya Vietnam.

Jadi, soalan saya. APMM kekuatannya hanya mempunyai lima buah bot sahaja untuk

menjaga 122,000 kilometer daripada laut tohor, dengan izin, laut pesisir sehingga ke laut

antarabangsa.

■2050

Yang Berhormat Menteri sendiri memberi jawapan bahawasanya kita tidak cukup

kekuatan. Jadi soalan saya sebagai Kerajaan Malaysia Baharu apakah keadaan sebegini

diteruskan, maksud saya dengan lima bot untuk 122 ribu kilometer ini sudah pasti tidak cukup

dan ianya akan membawa kepada penyebab kerugian nelayan, tangkapan ikan tidak boleh

kerana dirompak oleh nelayan asing dan yang keduanya kita tahu oleh sebab nelayan asing

berleluasa, maka tangkapan ikan menjadi berkurang. Jadi kerugian kepada nelayan dan juga

kerugian kepada kerajaan.

Jadi soalan saya, apakah kementerian tidak berfikir untuk menambahkan lagi aset supaya

kekurangan ini dapat dipulihkan sama ada di pihak nelayan dan juga di pihak negara? Terima

kasih, dua soalan.

Datuk Haji Salahuddin bin Ayub: Yang Berhormat nampak saya simpan soalan. Soalan

ditanya dalam Dewan yang mulia ini, the right place untuk Yang Berhormat bertanya dan tempat

yang paling sesuai juga untuk saya menjawab. Terima kasih.

DN 4.9.2018 178

Kementerian Pertanian tidak boleh berdiri sendiri dalam menghadapi isu yang dianggap

paling kritikal ketika ini tentang isu pencerobohan nelayan asing ini. Di pihak kementerian sendiri,

kita boleh bertindak di atas lesen-lesen yang diberikan kepada bot-bot yang terlibat dalam

industri laut dalam ini.

Akan tetapi pencerobohan daripada bot-bot asing ini adalah suatu perkara yang ada

kaitan dengan kementerian-kementerian yang lain. Sebagai contoh APMM adalah di bawah

bidang kuasa, dulunya di bawah Jabatan Perdana Menteri, sekarang ini ialah di bawah

Kementerian Dalam Negeri. Jadi untuk mengarahkan, kita boleh membuat report, kalau ada

nelayan kita ataupun ada penguatkuasaan di bawah kita yang nampak ada vesel-vesel asing

yang menceroboh kawasan kita, maka ia dilaporkan sama ada kepada pihak polis ataupun direct

kepada pihak APMM.

Maka aset ataupun kekuatan APMM itu tidak boleh saya sebut bagi pihak KDN dalam

Dewan yang mulia ini. Itu harus dibincangkan dalam forum yang berbeza. Akan tetapi memang

kita sama-sama akui dalam mana-mana forum ataupun mana-mana dialog yang kita adakan,

sama ada di Pantai Barat ataupun di pantai timur, isu inilah sekarang ini yang sedang

diperbahaskan. Ini adalah merupakan suatu pencerobohan yang memang menjejaskan

pendapatan nelayan-nelayan kita, khususnya nelayan-nelayan pantai dan juga nelayan-nelayan

laut dalam yang kekurangan hasil disebabkan pencerobohan bot-bot asing ini.

Jadi oleh itu Yang Berhormat, saya rasa kita harus mengambil langkah-langkah yang lebih

ke hadapan pada masa akan datang dan bagaimana untuk meningkatkan aset-aset itu,

keupayaan itu dan bagaimana negara harus berbelanja untuk meningkatkan hasil itu, maka itu

yang sedang difikirkan oleh kerajaan yang ada pada hari ini. Jadi kalau kita punya kecukupan

dan ekonomi yang stabil, kita boleh menambah aset-aset ini kerana ada di antara duit kita yang

terpaksa dihilangkan membeli sebuah bot mewah Equanimity. Bot itu kalau kita boleh transfer-

kan dan cairkan mungkin kita boleh membeli berapa aset lagi untuk kita menghalang beberapa

bot-bot asing... [Dewan tepuk] Yang sedang melanda negara kita.

Baik, bagi Yang Berhormat juga mengusulkan satu soalan yang penting, saya sedar

bahawa tidak semua tanah TKPM itu berjaya. Itu betul, tetapi tidak semua itu yang tidak berjaya.

Saya juga mengharapkan ada juga peranan kerajaan-kerajaan negeri yang juga membantu untuk

bersama-sama memastikan tanah-tanah ini dapat ditanam dan menghasilkan hasil yang boleh

mendatangkan faedah. Sebagai contoh TKPM Rhu Tapai tahun 2017, kualiti pengeluaran 162

ribu, nilai pengeluaran adalah RM 345,703. Itu bagi TKPM Rhu Tapai. Bagi TKPM Serating kita

DN 4.9.2018 179 mengeluarkan 2,760,230 kilogram, nilai pengeluaran kita adalah RM3,528,948. Ini ada dua kes

di Terengganu yang spesifik yang diberikan maklumat kepada saya.

Maknanya ada kawasan yang telah berjaya. Akan tetapi Yang Berhormat saya sangat

sedar bahawa kita mengharapkan supaya untuk meningkatkan pendapatan petani ini ke arah

mereka menjadikan pertanian ini sebagai rezeki ataupun sara diri yang menjadikan mereka boleh

hidup dengan bertani, kita memerlukan pelbagai kombinasi ataupun komponen-komponen

penting yang mesti kita usahakan bersama. Antaranya kita mesti mengurangkan human error

dengan meningkatkan attitude, sikap.

Yang Berhormat, saya minta maaf. Walaupun tiga bulan di dalam kementerian, kita

melihat kita boleh membuat perbandingan. Kalau padi, kita boleh ambil Jelapang Padi yang kecil

seperti Sekinchan, kita boleh banding dengan Jelapang Padi yang lain. Ada human error dan ada

kecanggihan teknologi yang sangat membantu. Oleh itu kombinasi ini mesti kita hadapi bersama

dan insya-Allah atas usaha yang boleh kita lakukan bersama, kita boleh tingkatkan teknologi, kita

boleh ambil kepakaran daripada luar tapi akhirnya nanti kita akan kembali kepada sikap.

Sama ada sikap kita ini boleh berubah untuk meningkatkan hasil kita, itu adalah

bergantung kepada usaha kita bersama. Saya sekali lagi mengulangi bahawa sebagai Menteri

saya tidak boleh berlagak sombong dan angkuh. Kementerian ini juga tidak boleh berdiri sendiri

tanpa pegawai dan juga kakitangan yang memberikan dukungan yang kuat kerana isu kita terlalu

besa. Stakeholders kementerian ini terlalu luas. Kita ada petani, pesawah, peladang, penternak

termasuk lembu, kerbau, kerang-kerang di laut, ikan-ikan di laut, itu semua kita punya

stakeholders. Sangat besar cabaran dan saya mengakui bukan mudah tetapi kita mesti bermula

pada hari ini dengan memulakan langkah yang betul. We start with a right footing insya-Allah.

Dengan itu saya ucap terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat dalam Dewan

Negara yang mulia ini mudah-mudahan kita dapat bersama memajukan pertanian pada masa

akan datang terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Timbalan Yang di-Pertua: Walaikummusalam. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Haji

Salahuddin bin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah menjawab segala soalan-

soalan yang diberikan oleh Ahli-ahli kita tadi dengan baik dan tepat dan lebar. Saya juga petang

ini mengucapkan, lagi sekali tahniah kepada keluarga saya, Ahli Dewan Negara dari pagi sampai

malam ini, sudah pukul 9 masih lagi di Dewan ini. Tahniah tepukan sekalilah... [Dewan tepuk].

Jadi saya rasa dan saya hanya bagi ingatan saja supaya kita terus menjadi seorang

pejuang terbaik, jaga tutur kata kita dan seterusnya. Bak kata orang tua-tua tadi

DN 4.9.2018 180

Rumput segar berwarna hijau; Di kawasan taman indah dan rata; Luka di tangan kerana pisau, Luka di hati kerana bicara kata... [Dewan tepuk]

Syabas dan tahniah kepada pejuang-pejuang bangsa kita, dan sekarang Ahli Yang

Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 5

September 2018. Sekian. Wassalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.00 malam]