DIALOG 50 Tahun MERDEKA (Internet Version)

download DIALOG 50 Tahun MERDEKA (Internet Version)

of 221

Transcript of DIALOG 50 Tahun MERDEKA (Internet Version)

DIALOG 50 tahun MERDEKAMelayu Retak Seribu

i

Diterbitkanoleh GatewayPublishingHouseSdn.Bhd. Lot86JalanThaverKgPandan 55100KualaLumpur Tel0392831216Faxo392831651Cetakan Pertama April 2008

HakciptaTerpelihara CetakanPertama2007

Perpustakaan Negara Malaysia IBSN 878-06775-0056-3

ii

Melayu yang mahu bermusuh dan mahu membangkitkan kebencianterhadap kaum lain sebagai cara mencari sokongan dan mengekalkan kuasa adalah Melayu yang tidak layak bercakap tentang maruah Melayu. Melayu tidak tidak akan hilang di dunia. Melayu bukan tidak akan hilang di dunia. Banyak rupa bangsa lain sudah hilang dari dunia. Di bawah pemimpin yang tidak berwibawa dan hilang pedoman sahingga menghakis apa yang melambangkan ke Melayuan lebeh cepat Melayu hilang dari dunia. Melayu Islam boleh menumpang kepada Islam kerana Islam tidak akan hilang sehingga hari kiamat. Tak akan Melayu hilang di dunia adalah satu dongeng yang sudah lama ditolak oleh Melayu celik. Orang Melayu yang mahu memimpin Melayu mesti membawa berita baik dan kedamaian dan sanggup memaut hati orang Melayu dengan melihat kepada mereka sebagai yang celik dan cerdik dan berdaya mengukuhkan perjuangan bukan sebagai penyokong buta tuli. Memisahkan Melayu yang celik dan cerdik dan memeluk yang seperti lembu bersongkok yang boleh dicucuk hidung akan cepat meghaibkan Melayu dari dunia.

dari KELANTAN siapa berani cabar

iii

.

Dengan ingatan kasih sayang kepada isteri dan anak menantu seisi keluarga Ruhayah, Nazimm, Farez Zain, Farin, Ida Mariam, Nurin Hasanah, Zahida dan Tasneem Khadijah dan salam perjuangan kepada rakyat Malaysia yang mahu menghidup dan meneguhkan muafakat dalam persekitaran politik perkauman sebelum nanti muncul politik Malaysia

iv

Kata penghantarDi kalangan pemimpin-pemimpin besar politik Melayu hanya Tun Razak dan Dato Asri yang faham erti perpaduan Melayu. Yang lain-lain samaada yang masih hidup atau yang telah meninggal tidak menjunjuk secara lansung atau tidak lansung kefahaman atau kesedaran mereka tentang erti perpaduan Melayu. Apabila Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu mengikat tenaga dan suara berpuluh persatuan dan kelab Melayu dari seluruh negeri-negeri Tanah Melayu bagi menyatauan orang Melayu sebagai entity politik tanah air sekali gus pemimpin Pertubuhan Melayu itu yang bersemangat harimau bertukar menjadi lembu. Pejuang kebangsaan Melayu yang berani mahu menghadapi penjajah berjuang menegakkan agama, bangsa dan tanah dengan jiwa raga telah segera dipinggirkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang mahu merdeka tetapi takut mati; yang mahu merdeka tetapi takut untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air orang Melayu. Hak istimewa orang Melayu yang menjadi buah penting dari tolak ansur perundingan kemerdekaan yang dimaktubkan dalam Perlembagaan didiarkan beku kaku tanpa diurus dengan bijak bagi menegakkan apa yang diperjuangkan oleh orang Melayu untuk agama , bangsa dan tanah air. Peruntukan yang tersurat dalam Perlembagaan tidak diurus dengan bijak secara yang dapat memberi maruah dan faedah kepada orang Melayu. Rakyat seluruhnya tidak di berifaham dari bangku sekolah lagi tetang apa yang dimaksudkan dengan hak istimewa orang Melayu supaya semua faham secara betul dan benar dan berpegang kepadanya ke akhir zaman. Tetapi kebijaksanaan seperti itu tidak ada pada kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Mereka gagal melayari bahtera Merdeka dengan bijak bagi menjamin matlamat dan aspirasi orang Melayu dicapai dengan jaya tanpa memusuhi kaum lain. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu juga dengan mudah meminggir dan memusuhi pejuang kebangsaan yang berpegang kepada tuntutan kemerdekaan tanpa syaratyang mahu bumi yang dijajah mesti diserahkan kembali kepada anak watan pemilik yang dijajah.v

Dengan ketiadaan kesedaran dan usaha untuk sentiasa menjaga perpaduan di kalangan orang Melayu dalam suasana politik kepartian pihak yang diluar pagar tidak diberi kebebasan berbeza pegangan ideology. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah menjadikan politik medan perbalahan. Demokrasi diketepikan, pihak yang berbeza pegangan politik dipenjara, diseksa, digantung dan bahkan rakyat negeri yang tidak menyokong telah dianaktirikan. Cara liar diguna untuk memenagi 100% kerusi dalam pilihan raya. Pemuda Tahan lasak dijadikan alat ganas dan wang ringgit diguna untuk menawan. Keangkohan dengan kuasa majority telah menyebabkan mereka tidak nampak penghijrahan orang Melayu yang sedar akan kepincangan untuk mencari damai dibawah kepimpinan alternatif. Politik untuk meneruskak perjuangan orang Melayu sudah lama bertukar menjadi politik perbalahan merebut kuasa dan kedudukan. Roh politik perjuangan agama bangsa dan tanah air sudah tidak ada dalam diri pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Orang Melayu yang celik sudah dapat lihat jauh kehadapan. Orang Melayu perlu kepada kepimpinan yang bijak, pintar, berpengetahuan tinggi, bermaruah, untuk layak kekal memimpin negara berbilang kaum

vi

KANDUNGAN1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26 MELAYU RETAK SERIBU MASALAH ORANG MELAYU MASALAH MALAYSIA PERJUANGAN MELAYU TERGELINCIR MELAYU MENUNGGU TANPA HUJUNG MELAYU TIPU MELAYU ISU FUNDAMENTAL DALAM KEPIMPINAN POLITIK MELAYU MELAYU RUGI PENGALAMAN DI BAWAH DASAR EKONOMI BARU BARISAN KEPIMPINAN MELAYU YANG MERUGIKAN BANGSA PEMBANGUNAN ORANG MELAYU LUAR BANDAR MASA DEPAN ORANG MELAYU MELAYU KECEWA MEMPERKAYAKAN MELAYU WAKIL RAKYAT dan PEMIMPIN POLITIK PERPADUAN MELAYU dan PERPADUAN NEGARA PEMIMPIN MINDA MELAYU BUKAN PANAS HINGGA KE PETANG DAYA FIKIR MELAYU BERPOLITIK VETRAN POLITIK, KHIDMAT MENUNGGU PERJUANGAN KEMERDEKAAN dan PERJUANGAN SELEPAS MERDEKA ORANG MELAYU DI BANDAR MEMPERKASAKAN MELAYU? MEMAHAMI HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU SELEPAS 50 TAHUN MERDEKA KEPIMPINAN MELAYU SEMASA MENYELESAI MASALAH ORANG MELAYU SECARA KREATIF PERHUBUNGAN KAUM DN REALITI DI DEPAN YANG SESAT

vii

DIALOG 50 TAHUN MERDEKAMELAYU RETAK SERIBUMasanya sudah lama berlalu bilamana bangsa Melayu menjadi pilihan orang asing. Keturunan Arab, Cina, India, Turky, Inggeris, Jawa, Acheh dan bangsa-bangsa lain berbangga dengan nama Melayu. Orang tua mereka yang datang ke Tanah Melayu dan berkahwin dengan orang Melayu atau yang tinggal dalam masyarakat Melayu mahu dikenali sebagai orang Melayu. Melayu adalah sama dengan mulia. Mereka memadam atau memendam darah keturunan mereka untuk dikenali sebagai orang Melayu. Atau ada yang mengubahkan kandungan dokumen Perakuan Beranak kerana mahu jadi orang Melayu. Itulah zaman Melayu ada maruah, Melayu laku, Melayu disanjung. Bahkan orang kafir yang mahu memeluk agama Islam dikatakan mahu masuk Melayu. Tetapi tanda-tanda kehilangan maruah dan kemuliaan orang Melayu sudah timbul kilaunya akibat perbuatan segelintir orang Melayu yang hilang pedoman. Kebelakangan ini ada wartawan yang menulis tentang kejayaan muda mudi Melayu di bidang hiburan misalnya mengelak menjulang orang Melayu tetapi sebaliknya dengan sengaja merujuk kepada yang berjaya itu sebagai Melayu kacukan seperti kacukan Irish-Melayu-Arab, atau ItalyMelayu-Cina atau berketurunan campuran Cina dan India, atau kacukan Melayu-Thai-Arab atau Melayu-Belanda seolah-olah sifat Melayu kurang laku atau tidak glamour atau bukan punca yang membawa kejayaan yang hendak ditonjolkan. Di TV pun ada pengacara yang bangga memperkenalkan penghibur dengan mencalit keturunan bukan-Melayu penghibur berkenaan walaupun

1

dalam keadaan biasa penghibur berkenaan dikenal ramai sebagai penyanyi atau pelakun Melayu. Kebangaan dengan keturunan lain dari Melayu oleh wartawan Melayu adalah berupa peralihan selera professional Melayu yang tidak lagi melihat Melayu dengan bangga. Pilihan kedai makan, tempat hiburan, program tv, jenis mainan, fesyen dan banyak lagi perkara gaya hidup telah beralih dari yang boleh menaikan identiti Melayu kepada yang melesukan kehadhiran Melayu dalam masyarakat berbilang kaum, terutama di Bandar. Dunia telah berubah. Apa yang dibuat oleh wartawan-wartawan itu secara sedar atau tidak sedar walaupun tidak salah adalah menjadi perbuatan yang membuka jalan ke arah menghakis kedudukan Melayu sebagai bangsa yang pada satu masa dahulu menjadi pilihan utama. Perbuatan pengacara TV dan wartawan Melayu itu berupa tidak mahu mengaitkan kejayaan kepada baka Melayu. Mungkin kepada mereka Melayu sudah hilang glamour. Perbuatan mereka menunjukkan bahawa dalam jiwa mereka dan dalam jiwa Melayu lain pun orang Melayu perlu tumpang cari maruah dan kemuliaan dengan bersandar kepada rupa bangsa lain. Walaupun fenomina demikian nampak perkara kecil dan belum meluas tetapi itu adalah tandatanda Melayu sendiri sudah disenchanted dengan Melayu. Melayu hilang kebanggaan dengan Melayu kerana pelbagai masalah dengan keterampilan Melayu. Setelah pengunduran Tun Dr. Mahathir dari kerajaan keadaan lesu dan lemah dapat dilihat diwajah masyarakat Melayu. Ketiadaan panduan dasar yang bertenaga dan bernas bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh orang Melayu menggelisahkan sesetengah pihak. Ada yang berkongres bagi menyatakan kepentingan Melayu berada dalam keadaan tidak sihat. Ada yang berseminar dan ramai yang guna media termasuk internet untuk menyatakan masalah Melayu. Kelemahan orang Melayu makin menunjuk diri. Kelemahan yang tidak kelihatan di waktu air pasang semasa Negara rancak membangun dipecut oleh Tun Dr. Mahathir sekarang berbuak-buak kelihatan apabila air surut. Kaum-kaum lain sudah laju berlari dalam pelbagai bidang kehidupan tanpa banyak bergantung kepada kerajaan tetapi kaum Melayu berada dalam keadaan seperti anak ayam kehilangan ibu. Semasa kaum Melayu menunggu kerajaan membuat keputusan dalam keadaan lesu rakyat bukan-Melayu tidak lesu. Pelbagai institusi perniagaan, perdagangan, dan perindustriaan Cina dan India misalnya sudah berdaya membimbing masyarakat masing-masing. Pemimpin politik mereka nampak memberi bimbingan secara segar dan bertenaga serta berpijak di bumi nyata.

2

Masyarakat Cina walaupun sudah lama dapat berlari sendiri masih mendapat bimbingan parti dalam bidang ekonomi dan pelajaran melalui program belajar sepanjang hayat dan pembinaan keupayaan kepimpinan jenerasi muda dengan menghadkan pemimpin memegang jawatan hanya untuk dua penggal supaya parti dan kepimpinan sentiasa segar dan tidak sempat bermasalah. Itu perbuatan bijak namanya. Kenapakah kepimpinan Melayu tidak berwawasan seperti itu? Sebaliknya orang Melayu masih dalam mode menunggu. Orang Melayu menunggu rombakan cabinet, menunggu penyediaan RMK 9, menunggu pembentangan RMK 9 di Parlimen, menunggu kelulusan bajet, menunggu pengumuman dan berbagai lagi penungguan sebelum ekonomi Melayu dapat begerak. Sambil menunggu sesuatu dari kerajaan masyarakat perniagaan, perdagangan, dan perindustrian Melayu dan masyarakat Melayu amnya nampak kaku. Bukan perkara visi dan rancangan yang diatur tetapi isu kontraktor kelas E dan F, isu pengutipan pinjaman pelajaran MARA dan pinjaman dana pengajian tinggi, Mara dengan pusat reka perabut yang mungkin sudah ketinggalan, buku hijau, tanah terbiar, salah laku pemimpin dan isu-isu yang tidak menyegarkan pemikiran dan penyertaan Melayu dalam ekonomi Negara yang mendapat perhatian media Melayu dan perhatian pemimpin-pemimpin Melayu. Cakap-cakap mengenai pembangunan sumber manusia tidak nampak diterjemahkan dari peringkat am kepada program yang konkrit bagi faedah orang Melayu dalam jangka pendek sambil menunggu program jangka panjang berbuah. Usaha membimbing Melayu ke peringkat kemajuan yang lebih tinggi patut dijalankan berterusan dalam konteks kewujudan institusi dan badanbadan yang ada tanpa menunggu. Hajat kerajaan bagi orang Melayu sudah jelas diulang-ulang tetapi kelesuan yang dilihat dengan nyata menunjuk bahawa Negara mempunyai masalah dengan pemimpin-pemimpin dan ketua-ketua eksekutif Melayu yang tidak faham proses pembangunan dan tidak ada daya berfikir jauh dan dan daya inovasi. Bayangkan bagaimana rasa ibu bapa apabila Menteri Pengajian Tinggi siang-siang lagi mengumumkan bahawa syarat kemasukan ke IPTA akan diperketatkan oleh kerana ramai yang lulus dengan pencapaian tinggi dalam pepreksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Betapa hampanya mereka dengan Menteri yang tidak selari dengan aspirasi rakyat yang telah menunjuk prestasi baik dalam pelajaran. Sepatutnya mereka digalakkan. Ibubapa dan murid patut dipuji kerana menunjuk prestasi yang baik dan galakan seperti itu akan memberansangkan prestasi murid tahun hadapan dan seterusnya. Cara itulah yang menunjukkan3

kepada rakyat bahawa kerajaan dan pemimpin yang bertanggungjawab tahu erti dan implikasi memajukan modal insan yang dilaung-laungkan. Perbuatan mengetatkan syarat kemasukan ke IPT dilihat sebagai perbuatan menekan atau memberi masalah kepada murid yang telah bekerja keras dan berjaya. Pemimpin yang menekan dilihat oleh rakyat sebagai pemimpin yang tidak perihatin; yang berilmu tetapi tidak ada kebijaksanaan. Dalam keadaan orang Melayu lesu dalam sindrom menunggu yang tidak sepatutnya begitu apa telah jadi kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang dikehendaki mengambil berat tentang keadaan semasa dalam pelbagai bidang sosio-ekonomi orang Melayu yang perlu digerakkan dengan bertenaga, cergas, cemerlang, gemilang dan terbilang. Jika Pemimpin Melayu turun padang dan meninjau kemajuan dalam pelbagai sector sudah tentu akan jelas kelihatan bahawa penyusunan semula masyarakat bagi melibatkan Melayu dalam pelbagai sector sosio-ekonomi sudah lama terhenti tanpa badan-badan yang bertanggungjawab diminta memberi sebab tentang kegagalan mereka. Pemimpin-pemimpin yang gagal bersara sebagai individu berjaya, dan organisasi yang gagal itu bertukar tangan atau ditukar wajah sebagai organisasi yang tidak pernah cacat tanpa pemimpin-pemimpin yang gagal memberi khidmat kepada masyarakat Melayu pernah diminta memberi penjelasan tetang kebertanggungjawaban mereka kepada masyarakat Melayu dan masyarakat Malaysia. Orang Melayu tidak ada pemimpin Melayu sebenar. Melayu tidak boleh pimpin Melayu. Melayu tidak suka dipimpin oleh Melayu. Contoh: syarikat Melayu akan berjaya jika dipimpin oleh bukan-Melayu. Pasukan bola Melayu perlu memanggil bukan-Melayu untuk menjadi jurulatih. Melayu yang makan gaji dengan Cina lebih taat dan bekerja lebih keras dari Melayu yang makan gaji dengan Melayu. Melayu akan dengki melihat Melayu berjaya. Dari segi agama, bahasa, adat, budaya, cara hidup, cara dipimpin, cara memimpin, cara dididik, pendidikan, cara berniaga, cara bekerja, dan sikap, semuanya menjurus kepada pupusnya satu bangsa yang zaman kegemilangannya entah bila. Memang mudah Melayu hanyut melalui UMNO kerana Melayu tidak boleh berpertubuhan. Bila ada pertubuhan mereka mula berebut jawatan. Dia tolak dia dan dia kata dia dan akhirnya Melayu berpecah-pecah. UMNO pernah ada team A dan team B dan sekarang sudah ada team C D E F pula. Ampu, bodek, cucuk adalah candu mereka. Bukan sahaja dalam parti politik Melayu bergaduh. Dalam persatuan perniagaan pun mereka bergaduh dan

4

dalam pergerakan pelajar pun mereka bergaduh dan dihasut oleh pihak dewasa supaya bergaduh.

2. MASALAH ORANG MELAYU MASALAH MALAYSIAPerjuangan politik Melayu, terutama yang di luar Bandar, adalah banyak bergantung kepada kepercayaan kepada pemimpin, kadang-kadang membuta tuli. Sedikit saja pengikut-pengikut bergantung kepada maklumat bebas dan ilmu pengtahuan. Ramai yang dapat maklumat yang dibawa kepada keluarga oleh anak-anak yang pulang dari Bandar tetapi mereka masih ikut hati kerana percaya kepada apa yang diucap oleh pemimpin dan ikut arus kepercayaan kawan-kawan. Rakyat Melayu menerima tanpa banyak protes perkara-perkara yang kemudian dijadikan kandungan Perlembagaan kerana pemimpin Melayu menerima perkara-perkara itu walaupun itu bukan yang diperjuangkan oleh rakyat. Hanya sebilangan kecil sahaja rakyat biasa yang bersikap teliti dan memberi perhatian rapi kepada tolak ansur dalam perundingan Kemerdekaan tetapi suara itu hilang begitu saja untuk muncul diungkit kemudian oleh pemimpin baru yang tidak mahu akui apa yang telah dikompromikan dan diterima oleh ramai. Anehnya mereka yang bersuara mendesak sekarang pula yang mahu jadi wira. Pemimpin yang baru muncul bercakap tentang perkara-perkara yang telah dikompromi dulu tidak dapat melihat masa depan kaum Melayu dengan jelas sebagaimana orang-orang Melayu yang tidak pernah tidur, tidak seperti mereka yang sekian lama tidur dalam buaian propaganda keMelayuan. Orang Melayu yang sentiasa celik sudah dapat menyesuaikan diri, pemikiran, harapan, dan visi dengan apa yang diperuntukan dalam Perlembagaan tentang Bangsa Malaysia. Kaum Melayu adalah komponen dari Bangsa Malaysia. Walaupun orang Melayu mempunyai raja, adapt, bahasa dan bumi dipijak masa depannya adalah terikat kepada Perlembagaan Malaysia.5

Sayangnya walaupun 50 tahun telah Merdeka ramai diluar Bandar masih dikhayalkan dalam impian perjuangan Melayu lama, Melayu dalam dunia Melayu dengan irama aslinya, jalur gemilangnya dan segala macam idaman yang membuat orang Melayu sensitif jika ada pihak kaum lain membangkitkan perkara-perkara yang wajar dari segi Perlembagaan tetapi janggal diteling Melayu yang tidak dilazimkan dengan pemikiran ala Perlembagaan. Penyelesaian masalah Melayu misalnya adalah adalah penyelesaian masalah Negara. Penyelesaian masalah pendidikan orang Melayu, ekonomi orang Melayu dan sebagainya perlu dibuat dalam konteks masa depan Malaysia. Pemimpin Melayu bebas berfikir dan cendikiawan Melayu pun bebas sebagai pemimpin dan pemikir mencari penyelesaian kepada masalah orang Melayu. Tetapi penyelesaian masalah orang Melayu oleh orang Melayu yang tidak mengambil kira reality masa depan Malaysia berbilang kaum adalah perbuatan yang tidak sempurna. Perbuatan seperti itu yang diamalkan sehingga hari ini mungkin baik dan mujrab bagi jangka masa tertentu tetapi risikonya ia mungkin jadi siasia; sia-sia jika penyelesaian ala Melayu itu tdak sama menyahut cabaran mengintegrasikan orang Melayu dalam Malaysia yang pesat dan giat maju, meneroka, merombak, dan mencipta paradigma baru. Sentimen ini bukan sentiment tidak mempunyai keyakinan kepada kebolehan pemimpin-pemimpin dan cendikiawan Melayu, tetapi usaha orang Melayu yang berniat baik berhimpun sesama Melayu mencuba mencarai jalan menyelesai masalah Melayu adalah satu manifastasi ketiadaan kesedaran dikalangan pemimpin-pemimpin Melayu tetang negara yang mahu dibina. Cara demikian tidak menunjuk keterbukaan fikiran sesuai dengan matlamat pembinaan Negara yang termaktub dalam Perlembagaan. Setelah 50 tahun merdeka pemimpin Melayu belum dapat keluar dari lingkaran pemikiran yang membelit diri orang Melayu. Jika pemimpin Melayu tidak dapatmembuka fikiran untuk melihat jauh bagaimana orang Melayu dapat diajak keluar dari rangka pemikiran lama. Maslah orang Melayu dalam masyarakat Malaysia memerlukan penyelesaian dalam konteks Malaysia. Pemimpin Melayu mesti berhenti menjadi pendesak kerana bukankah orang Melayu yang meletak pemimpin Melayu di atas untuk memajukan orang Melayu dan memajukan Malaysia. Mereka harus jadi pemikir dan penyelesai masalah, Visi Melayu sepatutnya sudah menjadi jalinan dalam tenunan bangsa Malaysia. Apa yang dikatakan masalah orang Melayu mesti dilihat dari segi sistem dan persekitaran dalan Negara.

6

Penyelesaian masalah Negara melibatkan Melayu dan bukan-Melayu dengan tidak mengurangkan tanggungjawab dan peranan pemimpinpemimpin Melayu pada peringkat lebih tinggi di luar sangkar Melayu. Masanya sudah tiba supaya segala cadangan mengadakan kongres untuk membincang masalah Melayu mesti merangkumi world view yang lebih luas dan diletak dalam pangkuan konteks Malaysia supaya kongres tidak menjadi tempat Melayu mengadu nasib kepada Melayu. Proses pemilihan wakil rakyat yang pada mulanya dilihat dan dianjur sebagai satu cara yang baik untuk mengekal kedamaian dalam masyarakat melalui demokrasi dimana rakyat bebas memilih wakil yang disukai malangnya sudah menjadi nightmare kepada orang Melayu. Penjajah telah mengajar rakyat supaya menerima cara Demokrasi Berparlimen iaitu satu cara hidup dimana kerajaan dipilih oleh rakyat dalam suasana bebas untuk menilai calun dan maklumat dengan berpandukan kepada kebebasan bercakap, menulis, membaca, berkumpul, berceramah, dan membuat apaapa mengikut batas undang-undang yang ada. Penjajah juga telah meninggal kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia merdeka prinsip-prinsip Demokrasi Berparlimen yang baik untuk dijadikan petunjuk jalan kepada rakyat yang mahu kepada kemerdekaan. Diantara prinsip-prinsip demokrasi yang ditinggal oleh British ialah : Bersetuju untuk tidak bersetuju atau berbeza pendapat atau pegangan hidup. Satu orang satu undi Undi sulit Majority mudah Majority 2/3 Kerajaan minoriy Kerajaan British telah membekalkan kepada orang Melayu keperluan yang boleh dikatakan cukup untuk melayarkan bahtera merdeka dalam negeri sendiri yang bertukar menjadi Negara berbilang kaum. Hakhak istimewa, penawar, dan payung peneduh dan penyelamat telah dibekalkan oleh Kerajaan British supaya orang Melayu dapat meneruskan kehidupan dalam Negara baru dengan mengekalakan rupa bangsa Melayu secara bermaruah. Tetapi malangnya hak-hak istimewa, penawar, dan payung yang telah ditinggalkan sebagai suevival kit itu telah dirosakkan oleh pemimpinpemimpin Melayu sendiri demi kepentingan dan nafsu jangka pendek diri

7

mereka. Prinsip-prinsip Demokrasi Berparlimen juga dirosakkan. Bahasa Melayu hanyut, budaya Melayu hanyut, kesenian Melayu hanyut, perkataan Melayu pada nama-nama penting hanyut, sekolah dan pendidikan Melayu hanyut, tanah orang Melayu hanyut, huruf jawi hanyut, program TV hanyut. Pemimpun-pemimpin orang Melayu selama ini telah menegak benang basah dengan menyalahkan penjajah setiap kali isu kelemahan Melayu dibangkitkan. Menyalahkan penjajah yang sudah hilang dari muka bumi Tanah Melayu berpuluh tahun dulu adalah satu perkara yang mudah dibuat kerana tidak pernah Kerajaan British bangun menjawab atau memberi penjelasan. Sampai hari i9ni pun pemimpin Melayu yang tidak bermaruah menyalahkan penjajah bagi menutup kegagalan mereka dalam mengisi kemerdekaan. Keadaan luar Bandar yang mundur, kelemahan orang Melayu di bidang ekonomi, kelemhan orang Melayu amnya, kelemahan orang Melayu dalam pelajaran dan banyak lagi kelemahan telah diletak atas bahu penjajah. Sebenarnya pemimpin Melayu sudah tidak boleh dan tidak patut lagi mempersalahkan penjajah. Sudah lima puluh tahun pemimpin Melayu mempunyai masa ditangan mereka untuk merancang, menempa, mengajak, mendorong, membimbing, menolong, memarah, menghukum, dan membuat apa saja yang patut dibuat oleh kerajaan di bumi merdeka bagi memajukan orang Melayu dengan jaya dan kukuh relatif dengan kemajuan bangsa-bangsa lain dan kemajuan Negara. Tidak ada kuasa dan tidak ada suara yang menghalang pemimpin Melayu mengadakan program untuk memajukan Melayu. Yang kedengaran ialah protest terhadap cara dasar dan program dilaksanakan yang berkisar berkaitan isu keadilan, deprivation, dan distribution. Semua itu tidak harus menghalang pemimpin Melayu mengadakan dasar dan program yang berdaya tinggi bagi mengangkat orang kertahap kedudukan yang sama tinggi dengan kaum lain dari segi pemilikan kekayaan Negara dan penyertaan dalam ekonomi Negara Ada orang Melayu yang berpendapat bahawa nasib orang Melayu tidak perlu dibangkitkan kerana ia sudah pun jelas dalam jagaan parti yang berwibawa. Parti yang dimaksudkan itu ialah UMNO. Apa yang diharapkan dan apa yang menjadi asas optimisma orang-orang yang berpendirian seperti itu Tuhan dan mereka saja yang tahu kerana rekod penjagaan kedudukan orang Melayu oleh parti yang dikatakan berwibawa itu sangat menakutkan. Tanpa perubahan besar dari segi minda, kesedaran dan tumpuan perjuangan oleh pemimpin-pemimpin dan perwakilan UMNO mandat orang Melayu akan tidak terjaga sebagaimana telah terpinggirnya mandate itu selama ini di tangan mereka yang mementingkan kedudukan diri.8

Selama lima puluh tahun di tangan pemimpin-pemimpin vetran Melayu dari gulungan yang tidak mempunyai asas perjuangan kemerdekaan yang kuat, yang tidak menghayati aspirasi orang Melayu, yang hanya melihat kemerdekaan sebagai satu proses politik yang memberi kuasa kepada mereka, dengan mudah perkara-perkara simbolik mengenai orang Melayu telah dihakis satu lepas satu. Kedudukan agama Islam dikabur dan diperkecilkan dari segi amalan sebagai agama yang berstatus agama resmi negara, sekolah Melayu menjadi sekolah kebangsaan, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, tulisan jawi dihentikan dari diajar di sekolah kebangsaan, Persekutuan Tanah Melayu dijadikan dan disebut Persekutuan sahaja, liga bola piala raja-raja Melayu entah ke mana, hak-hak istimewa bagi orang-orang Melayu dirangkum di bawah istilah hak bumiputera. Dilihat secara kritikal rakyat nampak dan menyindir bahawa Bumiputra adalah satu kaum tersendiri yang istimewa yang dicemburui oleh Melayu, China, India dan lain-lain kaum yang melihat mereka dapat itu dan ini dari pihak berkuasa. Walaupun Bumiputra yang diberi keutamaan tetapi dalam sistem yang tidak ada sistem orang bukan-Melayulah yang mendapat madu dari dasar yang bertujuan menolong Melayu. Melayu menang sorak kampung tergadai. Nampaknya yang tinggal memberi kebanggaan kepada orang Melayu dari segi warisan tanah tumpah darah ialah Keretapi Tanah Melayu. Itu pun orang Melayu tidak boleh berbangga lama kerana besar kemungkinan ia perlahan-lahan akan terhapus dengan cara dipopularkan perkataan ringkas KTM sahaja oleh pihak Melayu sendiri yang menerajui organisasi itu. Mungkin tidak lama lagi ada orang Melayu sendiri yang berkuasa, cerdik, dan yang jiwanya kosong terhadap perjuangan Melayu, yang akan tergamak menukarkan Keretapi Tanah Melayu kepada Keretapi Nasional atau nama-nama yang lain daripada nama sekarang. Begitulah simbol-simbol keMelayuan yang boleh memberi erti kepada kedaulatan agama, bangsa, dan tanahair dipudarkan oleh pemimpin Melayu sendiri tanpa sebab-sebab yang kuat selain dari sebab hati mereka mati. Bukan sahaja simbol-simbol Melayu tetapi perkara-perkara lain pun turut dihakis atas nama penyesuaian kepada keadaan. Yang rugi dan sedihnya ialah setelah perkataan Melayu ditiadakan dalam nama-nama penting dengan tujuan menimbulkan integrasi nasional tidak juga makin teguh integrasi nasional. Perkataan Melayu yang diguna pada nama-nama tertentu yang patut dikekal sebagai warisan yang bernilai di bumi ini tidak mungkin timbul balik tetapi perkataan China dan India dan lain-lain kaum masih kekal9

menanda budaya dan institusi mereka, tidak diusik dan tidak lusuh. Bahkan yang dulu tidak ada sekarang diwujudkan dan dipopularkan seperti Chinatown, Little India dan lain-lain. Jika demikian mana bijaknya pemimpin-pemimpin vetran Melayu? Jika ada yang berkata apalah yang ada pada nama yang perlu dipertahankan sangat maka jawabnya ialah alangkah baiknya jika perkataan Melayu dan Tanah Melayu dapat hidup segar memberi maruah kepada Melayu. Bukankah itu sebahagian dari apa yang dikatakan mendaulatkan agama, bangsa, dan tanahair. Hilang nama hilanglah apa yang perlu didaulatkan. Jika selama ini orang Melayu ikut saja apa yang ditetapkan oleh pemimpin mereka seolah-olah itulah yang juga mereka mahu kenapakah ada orang Melayu hari ini risau dengan apa yang kaum-kaum lain kehendaki? Bukankah pemimpin-pemimpin Melayu sendiri yang menggugurkan apa yang bernama Melayu dan Tanah Melayu. Kepimpinan seperti itulah yang menyebabkan orang-orang Melayu meluat. Ramai orang Melayu sudah faham, dan orang Melayu yang belum faham mungkin ingin tahu bahawa menggunakan agama untuk menyatakan perjuangan buka saja sah dan halal tetapi itu adalah pusaka perjuangan yang tersipul dalan slogan keramat seruan perjuangan kemerdekaan agama, bangsa, tanah air. Islam adalah kedamaian. Orang Islam yang melihat Islam sebagai punca perpecahan, perbalahan, permusuhan, dan anti pembangunan adalah orang yang memerlukan pertolongan. Orang Islam perlu bahkan mesti melawan nafsu yang mahu menghapuskan simbol Islam dalam apa bentuk di mana-mana di muka bumi ini. Jangan bakar kelambu. Ingatlah bahawa Melayu telah diberi kemuliaan oleh Islam. Dalam Perlembagaan pun tiada Islam tiada Melayu. Bayangkan masyarakat Melayu yang bukan Islam. Belum wujud pun rupa kaum seperti itu di kalangan kita sudah dirasai hinanya orang Melayu yang tidak beragama Islam dalam pandangan masyarakat Melayu. Sesiapa yang sanggup mati mempertahankan bangsa Melayu yang tidak gemar kepada Islam akan mati katak. Orang Melayu menerima hakikat masyarakat negara ini berbilang kaum. Orang Melayu Islam lagi jelas penerimaan mereka terhadap reality masyarakat berbilang kaum. Orang Melayu mahu kepada usaha nation building yang menjamin kedaulatan Melayu dalam tanahair sendiri seperti yang dipersetujui oleh kaum-kaum lain, dan seperti yang termaktub di dalam perlembagaan. Sebelum orang-orang politik Melayu mencanang politik perkauman orang bukan-Melayu ada menunjuk hurmat kepada agama Islam, dan hurmat terhadap adat istiadat orang Melayu dengan raja Melayu.

10

Pada satu masa dulu apabila perkataan Tuan Alla dilafaz dengan hurmat oleh orang bukan-Melayu bukan saja orang Melayu Islam rasa Islam dihurmati tetapi orang Melayu yang meganuti ugama Islam turut merasai keikhlasan lafaz itu. Hari ini lafaz itu kurang kedengaran. Hurmat seperti itu bukan dipelajari dari buku atau di sekolah. Hurmat itu dipelajari dari kawan yang rapat atau jiran atau orang Islam yang berhemah tinggi yang memancarkan kebaikan Islam dalam urusan hari-hari. Hari ini walaupun ada kementerian dan ajensi bagi tujuan memupuk perpaduan indeks hurmat seperti yang dibayangkan di atas itu cukup rendah. Tidak segan silu lagi sudah ada pemimpin-pemimpin bukan-Melayu dan bukan-Islam masuk campur dan dibiar memberi pandangan yang bukanbukan tehadap pentadbiran hal-ehwal agama dan tafsiran hukum Allah. Sopan-santun terhadap raja Melayu yang menaung hal-ehwal agama Islam tidak ditunjuk lansung. Pandangan-pandangan yang melulu menentang langkah-langkah pentadbiran yang nyata baik bagi orang Islam yang akan bertemu dengan perhitungan di hari akhirat nanti telah dibuat melalui akhbar dan risalah dengan tidak sedikit pun mendapat teguran dan nasihat dari pada rakan rakan Melayu Islam mereka yang berhaluan sekular. Di manakah ruangnya bagi orang-orang Melayu bergantung kepada pemimpinpemimpin Melayu yang mahu terus memimpin orang Islam yang sudah tawar hati dengan cara mereka layani keperluan Islam. Pemimpin-pemimpin bukan-Islam yang menjadi sekutu mereka berani meminta pentadbir-pentadbir undang-undang Islam bersifat moderate dalam menguatkuasakan undang-undang Islam. Begitu juga pemimpin-pemimpin Melayu lantang mahukan penguatkuasaan undang-undang Islam dilaksanakan dengan moderate seolah-olah dua-dua kumpulan itu tidak tahu lansung bahawa yang haram tetap haram dan Islam tidak boleh mengambil rengan perkara haram dan mungkar. Keadilan adalah tuntutan Islam.

11

3.

PERJUANGAN MELAYU TERGELINCIR

Orang Melayu telah dihampakan oleh pemimpin-pemimpin besar mereka. Kuasa kepimpinan biasa dalam amalan demokrasi telah diperteguhkan dan dalam situasi situasi tertentu telah disalahgunakan. Keputusan keputusan penting mengenai masa depan dan kedudukan orang Melayu tidak dibincang masak-masak dan seluas luasnya dengan orang Melayu. Kadang-kadang terasa bahawa keputusan telah dibuat secara mengelak perhatian dan perbicangan oleh rakyat jelata Melayu. Jika pun ada perbicangan perbicangan peringkat atas orang Melayu tidak boleh mengharap kepada partisipasi yang cergas dan mendalam dari pemimpinpemimpin yang rakyat tahu memang takut berbeza pendapat dengan ketua. Tidak lama dahulu pemimpin-pemimpin Melayu termasuk dari kalangan ketua-ketua pemuda yang leka dengan jawatan dan kedudukan masing-masing tiba-tiba baru rasa kedudukan Melayu terancam oleh hanya rayuan oleh kumpulan kaum China Suqiu yang mahu pertingkatkan amalan prinsip kenegaraan dan menebus maruah negara yang telah dinodai oleh kezaliman. Dengan rasa tidak bertanggungjawab pemimpin-pemimpin Melayu yang baru sedar dari tidur dan akhbar-akhbar Melayu telah menaikkan sentimen perkauman Melayu dengan cara yang boleh dikatakan menghasut, mengajak, mengheret, mengumpul, dan memperdayakan orang Melayu supaya bersatu di belakang mereka kononnya untuk mempertahan kedudukan Melayu. Mereka seolah-olah mahu tunjuk kepada masyarakat Melayu bahawa merekalah pejuang dan pelindung orang Melayu sedangkan kepincangan mengenai penggunaan kuasa yang menimpa orang Melayu dan orang bukanMelayu dalam negara selama ini tidak pun menimbul penyesalan di12

kalangan mereka, jauh dari menimbulkan kesedaran dan keinsafan terhadap pegangan mereka yang tidak selari dengan aspirasi Melayu. Melayu sebenarnya tidak perlu kepada kepimpinan chickenliken yang gelojoh dengan ketakutan langit hendak runtuh. Di manakah? kebijaksanaan orang orang yang mahum memimpin Melayu tetapi melawan arus kehendak orang Melayu. Di manakah kebijaksanaan pemimpinpemimpin yang mahu memimpin Melayu tetapi membangkitkan rasa takut dan benchi terhadap kaum lain yang digambar sebagai mencabar kedudukan orang Melayu? Di manakah keyakinan diri mereka terhadap kewibawaan dan isi perjuangan mereka di mata rakyat dengan tidak payah mereka peralatkan persatuan-persatuan penuntut untuk mencapai matlamat mereka? Dari pengalaman terakhir dapat dilihat bahawa pemimpin Melayu dan pemimpin penuntut Melayu yang berangan-angan hendak pimpin Melayu tetapi kurang yakin diri melihat rayuan dari kumpulan China Suqiu itu sebagai mengancam Melayu. Tetapi kepada Melayu yang berpandangan lebeh jauh dari itu perkara rayuan itu adalah satu non-issue yang patut dibiar untuk dijawab oleh pihak yang menerima rayuan itu. Surat khabar Melayu pun ikut sama tidak berkeyakinan diri dengan mecanang dan mengibas api perkauman secara tidak bertanggung jawab. Tetapi baik pemimpinpemimpin yang mengelabah mahu pun surat surat khabar mereka tidak pernah dan tidak mahu bertanya kenapakah peristiwa seperti itu telah terjadi. Dimanakah mereka apabila perkara-perkara yang memberi maruah kepada raja Melayu dan orang Melayu dihakis sehingga hormat kepada kedudukan Melayu hilang daripada budi dalam bicara dan pertimbangan kaum kaum lain terutama pemimpin mereka yang seharusnya faham dan hurmati apa yang telah dipersetujui bersama dalam perundingan Kemerdekaan dahulu. Tan Cheng Lock dan Sambanthan tidak melampaui batas. Tan Siew Sin dan Manikavasagam pun juga tidak melampaui batas dan tahu menjaga hati orang Melayu dengan agama mereka. Pengikut pengikut mereka dalam zaman mereka pun tahu menghormati agama orang Melayu walaupun dalam hal-hal lain mereka berbeza pendapat. Pemimpin Melayu yang baru sedar dari tidur sahaja yang menggelabah mahu pertahan pertuanan Melayu sedangkan orang-orang Melayu yang celik sudah lama kecewa dengan kepimpinan vetran dan sudah pun memilih kepimpinan Melayu yang lebih berwibawa. Sudah lama orang Melayu menunggu untuk mendengar suara dan melihat langkah yang bijaksana dari pemimimpin-pemimpin pemuda dan pelapis dalam menempa rupa bangsa Melayu yang bermaruah dan erat dengan kaum kaum lain di tanah air sendiri. Penghakisan kedudukan orang13

Melayu yang mereka turut mengambil bahagian dalam menghasilkan tanpa membawa integerasi nasional yang erat adalah contoh pemuda yang tidak boleh jadi tiang bangsa dan tiang negara. Sampai hari ini belum ada pemimpin angkatan pelapis yang berjiwa besar yang dapat masuk ke medan atau arena politik atau arena masayarakat berbilang kaum dan berdiri tegak dengan mendapat hurmat dari sekeliling mereka. Siapa dari kalangan pemimpin pelapis Melayu yang melazimkan perdampingan diri secara resmi atau tidak resmi dengan masyarakat bukan Melayu dengan mengenengahkan visi mereka sebagai negarawan pelapis jika mereka percaya dan mahu terajui kepimpinan negara kelak? Melayu yang sudah lama kecewa dengan kepimpinan seperti itu sudah nampak masalah di kalangan pelapis sekular yang tidak tahu dan tidak mampu mengangkat diri sendiri bagi memain peranan besar dalam negara. Sentimen yang tidak mahu Perdana Menteri melepas jawatan adalah di antara lain berkait rapat dengan ketiadan kewibawaan dan persediaan pemimpin pelapis memimpin masyarakat berbilang kaum. Jika benar pelapis belum bersedia dan jika pelapis terpaksa bertolak ansur dan berkompromi kedudukan Melayu satu round lagi untuk melayakkan diri mereka diterima sebagai pemimpin negara maka ada bijaknya jika jawatan Perdana Menteri tidak dilepaskan sehingga pelapis boleh dilepas tangan untuk terus berperanan secara berkesan di medan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Pemimpin Melayu yang belum bersedia berperanan di medan antara kaum akan dilapah hidup-hidup oleh pemimpin vetran bukan Melayu walaupun mereka dan segelintir penyokong mereka yang berkepentingan jangka pendek sudah yakin akan kebolehan pemimpin-pemimpin berkenaan. Lebih banyak pelapis didedah kepada realiti politik berbilang kaum lebih baik orang Melayu dapat menilai kelayakan mereka. Orang Melayu mudah dicucuk hidung oleh pemimpin seperti yang dibuat selama ini. Tetapi memimpin negara berbilang kaum adalah satu tugas yang paling memerlukan kebijaksnaan dalam bidang yang mereka belum lagi teruji. Mereka perlu diuji dahulu kali ini. Mereka tidak boleh diberi tugas dahulu baru diuji. Situasi dan kondisi hari ini cukup berbeza. Pemimpin-pemimpin vetran bukan Melayu yang bersabar selama ini yang sudah menentukan kedudukan mereka untuk terus memimpin akan menjadi pendesak kuat kepada pemimpin pelapis Melayu. Orang Melayu tidak mahu gendang perkauman dipalu sekali lagi oleh pemimpin Melayu terutama vetran dan media media Melayu untuk membakar semangat keMelayuan semata mata untuk mengukuhkan kedudukan pemimpin yang lemah.14

Pemimpin-pemimpin Melayu yang berfikiran sempit tetapi heboh dengan the Big Picture sekarang mesti faham apa dia the Big Picture yang sebenar dan tidak kembali mengajak Melayu bersatu padu dengan membenci kaum lain. Yang patut ditegur ialah Melayu yang berkuasa yang telah mendedahkan bangsa Melayu kepada kedudukan yang lemah. Yang patut tidak diangkat dari awal awal lagi ialah Melayu yang tidak layak memimpin negara berbilang kaum. Melayu sebenarnya tidak perlu kepada kepimpinan chickenliken yang gelojoh dengan ketakutan langit hendak runtuh. Di manakah kebijaksanaan orang-orang yang mahum memimpin Melayu tetapi melawan arus kehendak orang Melayu. Di manakah kebijaksanaan pemimpinpemimpin yang mahu memimpin Melayu tetapi membangkitkan rasa takut dan benchi terhadap kaum lain yang digambar sebagai mencabar kedudukan orang Melayu. Di manakah keyakinan diri mereka terhadap kewibawaan dan isi perjuangan mereka di mata rakyat dengan tidak payah mereka peralatkan persatuan persatuan penuntut untuk mencapai matlamat mereka. Sudah lama orang Melayu tunggu untuk mendengar suara dan melihat langkah langkah yang bijaksana pemimimpin-pemimpin pemuda dan pelapis dalam menempa rupa bangsa Melayu yang bermaruah dan erat dengan kaum-kaum lain di tanah air sendiri. Penghakisan kedudukan orang Melayu yang mereka turut mengambil bahagian dalam menghasilkan tanpa membawa integerasi nasional yang erat adalah contoh kepimpinan pemuda yang tidak boleh jadi tiang bangsa dan tiang negara. Sampai hari ini belum ada pemimpin angkatan pelapis yang berjiwa besar yang dapat masuk ke medan atau arena politik atau arena masayarakat berbilang kaum dan berdiri tegak dengan mendapat hurmat dari sekeliling mereka. Siapa dari kalangan pemimpin pelapis Melayu yang melazimkan perdampingan diri secara resmi atau tidak resmi dengan masyarakat bukan Melayu dengan mengenengahkan visi mereka sebagai negarawan pelapis jika mereka percaya dan mahu terajui kepimpinan negara kelak? Melayu yang sudah lama kecewa dengan kepimpinan seperti itu sudah nampak masalah di kalangan pelapis sekular yang tidak tahu dan tidak mampu mengangkat diri sendiri bagi memain peranan besar dalam negara. Sentimen yang tidak mahu Perdana Menteri melepas jawatan adalah di antara lain berkait rapat dengan ketiadan kewibawaan dan persediaan pemimpin pelapis memimpin masyarakat berbilang kaum. Jika benar pelapis belum bersedia dan jika pelapis terpaksa bertolak ansur dan berkompromi kedudukan Melayu satu round lagi untuk melayakkan diri mereka diterima sebagai pemimpin negara maka ada bijaknya jika jawatan Perdana Menteri tidak dilepaskan sehingga pelapis boleh dilepas tangan untuk terus15

berperanan secara berkesan di medan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Pemimpin Melayu yang belum bersedia berperanan di medan antara kaum akan dilapah hidup-hidup oleh pemimpin vetran bukan Melayu walaupun mereka dan segelintir penyokong mereka yang berkepentingan jangka pendek sudah yakin akan kebolehan pemimpin-pemimpin berkenaan. Lebih banyak pelapis didedah kepada realiti politik berbilang kaum lebih baik orang Melayu dapat menilai kelayakan mereka. Orang Melayu mudah dicucuk hidung oleh pemimpin seperti yang dibuat selama ini. Tetapi memimpin negara berbilang kaum adalah satu tugas yang paling memerlukan kebijaksnaan dalam bidang yang mereka belum lagi teruji. Mereka perlu diuji dahulu kali ini. Mereka tidak boleh diberi tugas dahulu baru diuji. Situasi dan kondisi hari ini cukup berbeza. Pemimpin-pemimpin vetran bukan Melayu yang bersabar selama ini yang sudah menentukan kedudukan mereka untuk terus memimpin akan menjadi pendesak kuat kepada pemimpuin pelapis Melayu. Orang Melayu tidak mahu gendang perkauman dipalu sekali lagi oleh pemimpin Melayu terutama vetran dan media media Melayu untuk membakar semangat keMelayuan semata mata untuk mengukuhkan kedudukan pemimpin yang lemah. Pemimpin-pemimpin Melayu yang berfikiran sempit tetapi heboh dengan the Big Picture sekarang mesti faham apa dia the Big Picture yang sebenar dan tidak kembali mengajak Melayu bersatu padu dengan membenci kaum lain. Yang patut ditegur ialah Melayu yang berkuasa yang telah mendedahkan bangsa Melayu kepada kedudukan yang lemah. Yang patut tidak diangkat dari awal awal lagi ialah Melayu yang tidak layak memimpin negara berbilang kaum. Dari pengalaman terakhir dapat dilihat bahawa pemimpin Melayu dan pemimpin penuntut Melayu yang berangan-angan hendak pimpin Melayu tetapi kurang yakin diri melihat rayuan dari kumpulan China Suqiu itu sebagai mengancam Melayu. Tetapi kepada Melayu yang berpandangan lebeh jauh dari itu perkara rayuan itu adalah satu non-issue yang patut dibiar untuk dijawab oleh pihak yang menerima rayuan itu. Surat khabar Melayu pun ikut sama tidak berkeyakinan diri dengan mecanang dan mengibas api perkauman secara tidak bertanggung jawab. Tetapi baik pemimpinpemimpin yang mengelabah mahu pun surat surat khabar mereka tidak pernah dan tidak mahu bertanya kenapakah peristiwa seperti itu telah terjadi. Dimanakah mereka apabila perkara-perkara yang memberi maruah kepada raja Melayu dan orang Melayu dihakis sehingga hormat kepada kedudukan Melayu hilang daripada budi dalam bicara dan pertimbangan16

kaum kaum lain terutama pemimpin mereka yang seharusnya faham dan hurmati apa yang telah dipersetujui bersama dalam perundingan Kemerdekaan dahulu. Tan Cheng Lock dan Sambanthan tidak melampaui batas. Tan Siew Sin dan Manikavasagam pun juga tidak melampaui batas dan tahu menjaga hati orang Melayu dengan agama mereka. Pengikut pengikut mereka dalam zaman mereka pun tahu menghormati agama orang Melayu walaupun dalam hal-hal lain mereka berbeza pendapat. Pemimpin Melayu yang baru sedar dari tidur sahaja yang menggelabah mahu pertahan pertuanan Melayu sedangkan orang-orang Melayu yang celik sudah lama kecewa dengan kepimpinan vetran dan sudah pun memilih kepimpinan Melayu yang lebih berwibawa. Dalam satu sudut politik UMNO adalah politik PERIKATAN. Perjuangannya bergantung kepada kesediaan rakan dalam PERIKATAN bersamanya, Begitulah kedudukan perjuangannya dari perspektif hasil tolak ansur dan Perlembagaan yang diperolehi dari British. UMNO tidak pernah mempunyai luxury parti menguasai Kerajaan walaupun pewakilan UMNO di setiap Perhimpunan Agung memberi ingat kepada pemimpin supaya apa yang diluah sebagai kemahuan orang Melayu dilaksanakan. Malangnya amalan sebenar pemimpin-pemimpin UMNO tidak mencermin harapan Perhimpunan Agung kerana itu bukan cara persefahaman yang dicapai dalam perkongsian kuasa. Harapan orang Melayu sebagai lanjutan dari tuntutan kemerdekaan dan reality penggunaan kuasa oleh pemimpin Melayu dalam kerajaan dalam zaman Tunku dan Tun Razak banyak bergantung kepada hurmat mengehurmati serta toleransi. Orang Cina dan India dapat apa yang pemimpin mereka rasa berpatutan dan orang Melayu dibiar berlari dengan cakap besar sebagai pewaris tanah air dan membuat apa saja berhubung dengan agama dan budaya selagi indulgence orang Melayu itu tidak menyentuh keselesaan orang Cina berniaga, berdagang, berindustri, dan berbudaya Cina. Dimana budaya orang Cina tersentuh mereka bersuara dan pemimpin Melayu mengalah. Demikianlah corak give and take dikalangan Tunku, Tun Razak, Tan Siew Sin, Tun Sambanthan. Orang Cina tidak bersuara apabila orang Melayu bercakap tentang bahasa, budaya, adat-istiadat dan agama Islam. Melayu syok sendiri dengan ketuanan Melayu, budaya Melayu sebagai teras budaya Negara, bahasa jiwa bangsa. Lihat bagaimana diklamator Melayu membawa sajak patrotik. Semua itu tidak penting dalam kerangka besar kehidupan orang Cina. Mereka tidak dipupuk dalam perkara-perkara demikian dalam hidup mereka, apa lagi bagi generasi selepas merdeka. Walaupun mereka tidak17

dikerah berpartisipasi dalam program membaja jiwa itu tidak menjadi masalah. Itu semua tidak menghalang kemajuan mereka. Yang gila-gila dengan pertuanan, kebudayaan dan bahasa hanyalah orang Melayu. Dimanakah pemimpin yang mendorong supaya misalnya dalam program pementasan Cina atau program TV Cina atau dalam majalah Cina Malaysia ada unsur-unsur yang menunjukkan bahawa itu adalah kegiatan Cina Malaysia dan tidak seratus peratus berkeCinaan; tidak dikelirukan oleh mana-manapihak sebagai oleh Cina dari Negara Cina. Biar dapat dirasai dan dibanggakan oleh orang Melayu, India, dan lain-lain bahawa yang dilihat adalah apa yang berlaku dalam Malaysia dengan imej-imej Malaysia walaupun dalam bahasa Cina. Demikian juga orang Melayu dalam pementasan dan majalah. Mereka perlu membawa unsur Melayu yang mahu membuka jendela hidup dalam masyarakat berbilang kaum supaya pujaan orang Melayu menjadi pujaan ramai berbilang kaum dan begitu juga pujaan kaum Cina menjadi pujaan berbilang kaum. Dimanakah pemimpin yang dapat menjalin corak perhubungan baru di antara kaum baik dibidang pekerjaan, hiburan atau gaya hidup? Negara perlukan kepimpinan yang dapat menjalin corak perhubungan baru di antara kaum sekarang juga. Kementerian Pemimpin asyik berbangga dengan keadaan rakyat berbilang kaum hidup aman damai. Semua rakyat yang cinta damai tahu bahawa rakyat dan kerajaan sama-sama perlu buat lebih dari apa yang ada untuk menjalin asas perpaduan dan kefahaman antara kaum. Selama ini perpaduan dan suasana hidup damai berbilang kaum adalah jauh dari tahap yang menyenangkan. Walaupun pada amnya rakyat Malaysia dikatakan hidup dalam rukun dan damai namun sedikit kejadian perselisihan kaum antara individu atau keluarga atau jiran boleh menegangkan suasana dan menimbul bahaya pergaduhan kaum. Perpaduan yang diiklan dan dipropagandakan di TV sebagai PR yang menjadi pilihan kerajaan selama ini bagi menyatakan Negara berada dalam keadaan baik adalah berbeza dengan keadaan nyata. Keselesaan dengan keadaan hubungan baik yang berasakan kepada gentlemen agreement di antara pemimpin feudal Melayu dan pemimpin perniagaan Cina telah memendam atau seghaja dipendam segala aspek rumit dalam jalinan hubungan kaum oleh pemimpin atasan. Hubungan diurus diperingkat atas tanpa penglibatan rakyat akar umbi yang hanya dijamin keselamatan dan suasana kedamaian antara kaum. Apa yang dikompromi oleh pemimpin Melayu rakyat Melayu tidak tahu. Melayu puashati dengan apa yang dicakap oleh pemimpin mereka.18

Dunia di tanah Merdeka yang seharusnya diasuh supaya berubah meresapi reality baru sebaliknya dikekal sebagai dunia Melayu. Media Melayu dan media nasional menjadi dalang dalam mengkhayalkan orang Melayu. Kongres Bahasa, Kongres Ekonomi, Kongres budaya dan segala perkara berkaitan bangsa dan budaya Melayu melulus pelbagai resolusi sesama sendiri tentang budaya. Budaya Melayu menjadi teras budaya nasional. Semuanya sedap didengar tetapi di luar pengtahuan dan perhatian rakyat berbilang kaum. Syok sendiri adalah ciri resolusi-resolusi itu oleh orang Melayu yang mahu dilihat berperanan dan berjasa selepas mereka terlepas peluang berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Banyak lagi resolusi yang telah dibuat oleh orang Melayu bagi menyedapkan rasa mempunyai kedudukan istimewa yang pada hari ini sudah hanyut dan tidak dapat dipertahankan walaupun penting; DBP adalah salah satu contoh resolusi yang hanyut. Itulah ciri kehidupan generasi MERDEKA. Dengan tertunduknya MCA dalam tahun 1969 di bawah arus kuat pengundi Cina yang sudah tidak gemar dengan cara MCA berpolitik UMNO juga turut menerima pukulan. Equation politik Melayu sudah bertukar secara paksa melalui peti undi. GERAKAN dan DAP melambang ketiadaan kemahuan orang Cina dengan cara MCA berpolitik. Sejauh mana politik Cina berubah sejauh itulah juga politik UMNO berubah atau patut berubah. Tetapi malangnya hanya Tun Razak seorang sahaja yang bijak memahami perubahan. Tun Razak segera menghulur tongkat kepada MCA untuk menongkat UMNO tetapi pemimpin-pemimpin UMNO lain terus leka dengan perangai lama tanpa menyedari bahawa politik UMNO terjejas teruk. Cara lama tidak lagi boleh dipakai atau dijadikan cara mengekal perjalan politik UMNO dengan kaum Cina dan India. Tanpa politik Cina yang dapat bertango dengan UMNO politik Melayu berhadapan dengan masalah kerana politik UMNO telah dicorakkan oleh kepimpinan Tunku dan Tun Razak berdasarkan toleransi terhadap kepimpinan Melayu yang menjaga kepentingan kaum pedagang Cina. Kekalahan MCA iaitu parti yang selama sebelum itu membuat orang Melayu rasa senang telah memusnahkan politik PERIKATAN. Dengan peristiwa itu kepimpinan Melayu telah diberi isyarat supaya tidak mengambil mudah perhitungan factor Cina. Sejauh mana isyarat ini meresap dalam pemikiran pemimpin politik Melayu Allah sahaja yang mengtahui. Yang kedengaran pada masa itu ialah hanya tentang kekalahan teruk MCA dalam pilihan raya. Aspek penting dari peristiwa itu tidak mendapat tempat dalam system pemikiran ramai pemimpin Melayu. Perkiraan Tun Razak yang cepat19

menolong MCA dan menubuh Barisan Nasional menyelamatkan orang Melayu dan menunjukkan dirinya sebagai pemimpin yang bijak. Pemimpinpemimpin UMNO lain yang berfikiran cetek tidak mengambil iktibar dari peristiwa MCA itu. Corak berpolitik dikekalkan dalam cara dan bentuk dengan tidak mengambil kira perubahan dalam politik Cina. Ini satu kesilapan besar. Budaya politik UMNO yang bermula hanya dalam tahun 1948 dan banyak bergantung kepada menjaga hati dan mengambil hati orang Melayu untuk mengekal kedudukan atau kepimpinan mahu menyedapkan hati orang Melayu dengan perasaan orang Melayu masih jadi tuan. Ketuanan Melayu atau Pertuanan Melayu adalah istilah yang lahir dari pemikiran pemimpin Melayu yang memilih untuk melangkah di alam khayal di luar dari apa yang rakyat jelata diberitahu tentang perundingan Kemerdekaan. Yang rakyat tahu samar-samar ialah orang Melayu yang dianggap lebih maju (walaupun tidak benar) dalam bidang politik akan mengasuh MCA dalam bidang politik, dan MCA yang lebih maju dalam bidang perdagangan dan ekonomi (memang benar) akan membimbing orang Melayu dalam bidang ekonomi. Di atas harapan itu cabinet Tunku Abdul Rahman mempunyai menteri kewangan Cina, Tun HS Lee dan diikuti oleh Tun Tan Siew Sin. Politik Ketuanan Melayu dihidupkan secara kurang bertanggungjawab terhadap masa depan Negara. Menteri-menteri Melayu telah memberi dorongan kepada aliran pemikiran dan tindakan yang menghidupkan sikap dan budaya Melayu yang selesa dengan alam Melayu seolah-olah tidak ada apa yang harus dikejar. Orang Melayu selepas merdeka digalak menganggap Tanah Melayu ini mereka yang punya. Institusi-institusi yang diwujudkan selepas Merdeka membawa corak dan ciri Melayu, di media dan di majlis-majlis rasmi yang diketengahkan ialah budaya Melayu. Dalam penulisan dan dalam lirik lagu atau pun puisi atau sajak orang Melayu bercakap tentang tanah air sebagai ibu pertiwi tetapi orang Cina dan India tidak kedengaran sedemikian kerana mungkin situasi tidak memberi ruang. Kewujudan kaum-kaum lain dalam gambaran masyarakat berbilang kaum dari segi seni dan budaya adalah pasif. Masingmasing dengan seni budaya masing-masing Dunia Melayu digambarkan dalam penulisan-penulisan sebagai dunia Melayu yang seolah-olah tidak pernah dijajah dan dimerdekakan dengan bersyarat. Sentimen seperti itu wujud kerana orang Melayu berjuang untuk kemerdekaan mutlak, tetapi pemimpin feudal mereka telah mendapat kemerdekaan bersyarat. Syarat itu tidak diperturunkan ke akar umbi supaya semua faham.20

Tetapi untuk menggula-gulakan yang pahit orang Melayu telah dibiarkan memberikan interpretasi yang bebas tentang budaya. Dan kaum lain pun pada masa itu tidak mengambil berat dengan perkara itu kerana susunan dan kehidupan masyarakat kaum bukan-Melayu pada masa penjajah pun tidak banyak menonjol kebudayaan ibunda masing-masing kerana pada masa itu mereka tahu mereka berada di alam Melayu dengan Raja dan adat istiadat Melayu; dan mereka tahu menjaga batas budaya Melayu dan budaya tuan rumah. Dalam zaman penjajahan orang bukan- Melayu adalah warga asing. Jika tidak dikompromi oleh pemimpin feudal Melayu orang bukan-Melayu mungkin kekal sebagai warga asing. Dan mungkin kemerdekaan yang diperolehi tidak bercorak seperti apa yang ada. Bukan sahaja orang bukan-Melayu yang menghadapi masalah penyesuaian hidup dalam Negara sendiri tetapi yang lebih berat menghadapi penyesuaian ialah orang Melayu dalam Negara sendiri yang diwarisi dari datuk nenek. Selama ini akhbar Melayu dan majalah Melayu adalah medan yang menghidup ke Melayuan orang Melayu. Bahkan program Melayu di TV juga meghidup dan menebalkan pagar ke Melayuan. Bilakah dan siapakah yang akan menggaris dengan halus panduan integrasi kaum yang baik supaya wujud kesatuan dalam pelbagaian, supaya angka tidak menjadi penentu secara mendadak dan peralihan akan berlalu dengan tidak menimbul pecah belah. Di manakah pemimpin yang mahu meluangkan masa untuk melihat kepada keperluan batin masyarakat; di manakah pemimpin yang memahami cara memenuhi keperluan sosial masyarakat secara bijaksana? Sekarang aspek aspirasi sosial masyarakat tidak diambil berat. Yang dilayani ialah perkara bunganya bukan perkara pokok. Apakah kaedah yang akan menjamin proses integrasi dengan baik, ia itu dengan tidak menimbul masalah yang tidak harus menjadi masalah? Siapakah patut berperanan dibarisan hadapan? Apakah yang patut didahulukan dan apakah yang patut dikemudiankan? UMNO tidak mengambil iktibar untuk menjadikan politiknya lebih terbuka dan relevan dengan aspirasi kaum lain dan bahkan kaum Melayu sendiri yang sudah celek politik. Semenjak itu retorik perwakilan UMNO di Perhimpunan Agung yang mahu parti menguasai kerajaan tidak membawa apa-apa erti kerana pemimpin dalam kerajaan terpaksa berhadapan dengan reality baru. Tun Razak telah bertindak bijak menyelamat MCA untuk menyelamat UMNO. Barisan Nasional adalah penyambung nyawa seperti perlunya ada penyambung nyawa bagi UMNO sekarang. Proses penyambung nyawa ini21

bukan proses negative. Ia perlu dilakukan oleh mana-mana pemimpin yang bervisi. Alternatifnya ialah UMNO jadi tidak relevan. Malangnya bagi ahli UMNO yang diperam di dalam gelap tentang demokrasi dan penggunaan kuasa mereka tidak disedarkan bahawa di dalam system politik Barisan Nasional pada dasarnya kepentingan semua pihak mesti dijaga dengan nilai-nilai keadilan dan pandangan yang bernas dalam pembuatan dasar dan keputusan kerajaan. Reality bahawa pemimpin UMNO dalam Kerajaan tidak dapat melaksanakan kehendak perwakilan supaya parti menguasai kerajaan untuk mencermin kemahuan parti tidak diberi tahu kepada akarumbi. Tidak mungkin kerajaan yang berwibawa akan melulus kemahuan UMNO jika kemahuan itu tidak dapat dihujah dengan kemas dan meyakinkan semua pihak sebagai yang baik untuk kesejahteraan Negara walaupun sesuatu perkara itu dianggap penting oleh UMNO. Pendirian inilah yang berlaku selama ini yang menyebabkan program bagi menolong orang Melayu dilaksanakan diluar dasar dan apabila perbuatan sedemikian didedahkan program berkenaan dihentikan tanpa alasan. Contoh yang terdekat ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kita lihat betapa bersungguhnya pihak UMNO mahu DEB diteruskan, tetapi apabila perkara itu didebat di TV nyatalah orang UMNO tidak dapat membentangkan hujah secara jelas dan menyakinkan khelayak bahawa itu adalah perkara yang harus diteruskan. Di dalam program itu sendiri UMNO bersetuju dengan hujah penentang dan berkompromi supaya perkara DEB dibincang dalam majlis berbilang kaum. Resmi atau tidak program TV itu tidak menjadi persoalan tetapi ia mencermin reality politik baru. Yang didengar selepas itu ialah cakap-cakap tentang spirit Dasar Ekonomi Baru. Dalam bahasa Inggeris pula NEP dengan mudah ditukar sifat dari New Economic Policy kepada National Economic Policy, satu perkembangan yang positif bagi mereka yang mahu melihat kemajuan kearah integrasi nasional tetapi menjdi penghiris hati bagi mereka yang mahu DEB diteruskan. Orang UMNO sedemikian ialah mereka yang tidak dapat atau tidak mahu melepaskan diri dari belenggu pemikiran UMNO sebelum 1969 yang berpolotik secara mencucuk hidung penyokong.

22

4.

MELAYU MENUNGGU TANPA HUJUNG

Satu lepas satu isu baru dicanang oleh akhbar Melayu untuk menjual surat khabar. Dalam mengejar untung dan mencari keteguhan diri individu makan gaji dalam syarakat surat khabar isu yang berimplikasi besar ditimbulkan berpilih-pilih, mengelak yang yang berat dan penting. Melayu kehilangan kesempatan menilai secara objektif tentang keupayaan diri dalam menghadapi masa depan, bebas dari helah menutup kelemahan kerana tidak mahu dilihat lemah. Cabaran yang dihadapi oleh pemimpin Melayu adalah dalam melaksanakan mandat menjaga kepentingan Melayu di watan sendiri dalam negara berbilang kaum supaya orang Melayu Islam tegak teguh dan supaya orang Melayu dapat maju seiring dengan kaum-kaum lain dan maju mengekalkan kedudukan sebagai pewaris kepada Tanah Melayu tanpa kerisauan yang orang Melayu akan jadi seperti Red Indian di watan sendiri. Pemimpin-pemimpin Melayu mesti dapat memenuhi cabaran memimpin dan mengurus dinamika perubahan yang melibatkan orang Melayu dalam proses perubahan yang cepat berlaku dalam negara. Pemimpin perlu berstrategi dan pintar dan sanggup bekerja keras dalam arena masyarakat berbilang kaum. Sudah beberapa kali dekad demi dekad pemimpin-pemimpin besar Melayu mengeluh kecewa menyedari Melayu masih ketinggalan sedangkan mereka di barisan depanlah yang membuat dasar dan program. Dahulu dan sekarang cabaran dan tugas pemimpinpemimpin Melayu adalah sama. Pemimpin-pemimpin politik Melayu mesti pandai menjalinkan kehidupan orang Melayu secara harmoni dengan kaum-kaum lain dalam memperolehi kejayaan dari peluang-peluang yang membuka. Dunia tidak akan tunggu Malaysia dan Malaysia pun tidak akan tunggu Melayu yang laggard. Di bawah pemimpin-pemimpin Melayu yang belum bersedia dan yang lebih mementingkan kedudukan dan jawatan dari isi dan erti perjuangan rakyat orang Melayu selama ini menjadi mangsa harapan tidak menjadi. Pemimpin-pemimpin seperti itu satu lepas satu datang dan pergi.

23

Dalam setengah abad rakyat menonton sendiwara mereka. Apa bila mereka mendapat kepercayaan orang atas mereka muncul berperanan, suara didengar, pandangan diterima, semua pentas tidak lengkap jika muka mereka tidak di situ. Tetapi apa bila kepercayaan orang atas terhadap mereka sudah hilang mereka hilang seperti kabus; ilmu, pengalaman, dan pandangan mereka tidak lagi kedengaran. Yang bodoh pernah diketengahkan sebagai yang cerdik, dan ramai yang cerdik dibodohkan. Melayu kerugian apabila dikenangkan ramai yang berpotensi memberi sumbangan telah dibakulsampahkan sewaktu masih bertenaga dan berkemampuan. Sudahlah orang Melayu yang berkebolehan, secara relatif, tidak begitu ramai. Mereka hilang tidak bersuara dan berperanan seperti tidak ada guna lansung. Tunku Abdul Rahman sendiri telah dibakulsampahkan. Tun Mahathir pun dibakulsampahkan. Begitu juga ramai orang koporat dan profesional telah dibakulsampahkan oleh orang politik yang mahu orang mereka naik. Dalam keadaan kaum Melayu tidak mempunyai ramai yang berdaya langkah dan usaha meneguhkan kaum Melayu menjadi tersangkut-sangkut, sekejap laju sekejap lembab. Yang dibakulsampahkan itu menjadi orang biasa. Kaum Melayu tidak dapat faedah seterusnya dari pengalaman mereka yang berkebolehan menyumbang kepada kaum. Usaha mengenalpasti, membimbing, membina dan mencantas menghasilkan kesan kerja sia-sia; dan mungkin itulah juga salah satu sebab kenapa Melayu hari ini rasa kurang teguh. Perbuatan seperti itu mesti segera dihentikan. Bangsa Melayu rugi. Melayu tipu Melayu. Orang Melayu tidak lagi perlu menunggu janji baru. Dahulu orang Melayu menunggu kerana ada janji; bermacam janji telah dibuat oleh pemimpin politik. Tetapi janji tidak ditunai kerana pemimpin tidak ada fokus dan takut melaksanakan apa yang patut ditunai bagi faedah menepati janji kepada orang Melayu. Pemimpin Melayu pandai bercakap tentang reality tetapi tidak faham apa itu reality. Realitynya ialah negara ini negara merdeka dengan Perlembagaan yang jelas. Keistimewaan bagi orang Melayu ialah jelas dan tidak perlu berselindung. Tugas memaju dan membangun negara berbilang kaum adalah juga jelas. Orang Melayu mesti dimajukan dalam konteks negara berbilang kaum. Program memajukan negara dan kaum-kaum lain mesti mengambil kira keperluan membawa bersamanya tanggungjawab memajukan orang Melayu. Dengan demikian semua akan terlibat dalam pembangunan negara yang mempunyai tanggungjawab memajukan orang Melayu. Masalah orang Melayu adalah masalah negara, bukan masalah untuk diselesaikan oleh orang Melayu melalui kongres dan seminar di luar bidang kerajaan seperti24

yang sering dilakukan oleh kumpulan-kumpulan Melayu sesama Melayu secara low profile dan low budget. Sampai bila orang Melayu mahu ditipu dengan diajak mendengar cerdik pandai Melayu yang tidak cerdik atau muka yang sama yang dibawa ke hulu ke hilir untuk membentang kertas kerja itu dan ini yang tidak menelur penyelesaian masalah. Di setiap kongres atau seminar yang didengar ialah emosi tinggi tentang kesalahan penjajah yang divide and rule, dan kelemahan pentadbiran yang tidak memajukan orang Melayu. Yang hendak tunjuk kejayaan pula tunjuk statistik mengenai kejayaan dan minta orang Melayu supaya mengenang jasa. Tetapi yang nyata ialah orang Melayu gelisah. Siapakah yang nampak ada kebolehan dan keupayaan serta visi untuk meneruskan kepimpinan Melayu dan kepimpinan Negara secara tidak bergelora, dan berdaya menjalin keteguhan masyarakat? Siapakah hari ini yang visi mereka didengari dan didokong oleh rakyat jelata sebagai negarawan yang membangun Negara dalam erti kata sebenar iaitu memulakan proses membentuk rupa bangsa seperti yang ditunjuk oleh Perlembagaan sambil meningkatkan kejayaan orang Melayu dibidang industri dan perdangan serta lain-lain aspek ekonomi seiring dengan kaumkaum lain. Percayakah bahawa kemajuan dibidang ekonomi dan fisikal tanpa selari dengan pembentukan rupa bangsa Malaysia yang berasakan kefahaman secara betul tentang keistimewaan orang Melayu akan menempah masalah besar di hari muka. Pemimpin yang banyak bercakap tetang mahu rakyat belajar dari sejarah perlu mengambil iktibar dari sejarah Negara lain yang dirundung malang sepanjang zaman akibat dari ketiadaan kefahaman yang mendalam tetang hubungan kaum dan perkauman. Senario krisis besar sentiasa dielak tanpa dihadapi dengan serious untuk menyuluh proses pembikinan dasar dan pembahagian tugas. Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan tidak relevan jika tidak ada elemen mengambil berat tentang usaha hubungan kaum dari segu nilai, budaya, gaya hidup dan segala aspek perhubungan rakyat berbilang kaum. Kerja yang mencabar bukan boleh dihasilkan dengan baik melalui poster dan iklan di media. Negara memerlukan usaha lebih dari apa yang pernah dilihat dari kementerian itu sehingga kini. Ulang tahun ke 50 kemerdekaan yang berlalu tidak menunjuk apa-apa enjakan besar dari kementerian berkenaan yang masih berat kepada seni budaya Melayu silam tanpa perhatian yang munasabah terhadap budaya yang sedang dibentuk. Kongres Pendidikan Melayu ke 2 dan isu bahasa yang kebelakangan ini hangat diperkatakan di media dengan jelas menunjukkan bahawa di kalangan vetran Melayu masih ramai yang tidak mempunyai minda25

cemerlang tetapi mahu menjadi pejuang. Mereka belum dapat melihat perubahan yang dialami dalam negara dan perubahan yang pesat berlaku dalam dunia. Anehnya mereka yang berprofile tinggi dalam bidang pendidikan dan bahasa Melayu masih terperangkap dalam dunia yang sudah luput. Isu bahasa yang mereka bangkitkan dengan tujuan menegakkan sakibaki identiti Melayu telah tidak dinyatakan dengan jelas secara yang boleh dilihat oleh masyarakat Melayu dengan positif. Media Melayu yang selama ini mahu menjadi pemimpin pemikiran Melayu pun juga berada dalam bakul yang sama yang merugikan masyarakat Melayu. Rakyat boleh speculate apa tujuan mereka yang mengkaburkan isu bahasa dengan sentimen keMelayuan. Dalam cakap-cakap mereka para pendidik Melayu tidak mahu bahasa Inggeris menggerhanakan bahasa Melayu. Dalam pemikiran terperangkap sedemikian, dan tanpa tiupan angin segar dari minda terbuka yang biasa dikaitkan dengan intelek yang baik cara yang mudah untuk mereka mengenepikan bahasa Inggeris ialah dengan mengaitkan kelemahan prestasi murid-murid Melayu dengan menunjukkan kesan buruk bahasa Inggeris sebagai penghantar dalam mata pelajaran sains dan matematik. Sentimen itu dikaburkan dengan anggapan palsu bahawa pengiktirafan penggunaan bahasa Inggeris boleh menurunkan status bahasa Melayu yang sekian lama diperjuangkan. Demikianlah pemikiran yang bercelaru dikalangan cerdik pandai Melayu yang berhimpun untuk berkongres mengenai pendidikan Melayu. Kecelaruan itu nyata terbit dari perjuangan yang tidak jelas. Pemikiran dikalangan Melayu peringkat itu yang patut membimbing dengan betul pemikiran rakyat mengenai isu bahasa Melayu dengan jelas telah mengeruhkan suasana dan menunjukkan Melayu peringkat itu atau kumpulan itu tidak dapat berfikir dengan baik. Mereka tidak dapat melihat secara positif kedua-dua bahasa itu. Mereka tidak nampak bahawa bahasa Melayu yang subur dan bertenaga dapat terus kekal berperanan jika ia dimajukan supaya relevan dengan kemahuan pengguna. Bahasa Melayu perlu menyahut cabaran komunikasi berkesan oleh penggunanya. Orang Melayu akan beruntung jika misi pendidik-pendidik dan pejuang bahasa Melayu berprioriti betul. Mereka sepatutnya dapat pisahkan apa yang berkaitan dengan sistem pendidikan yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan hadapi isu itu sebagai isu pendidikan yang tidak perkauman. Cerdik pandai Melayu, China, India dan lain-lain boleh menolong meningkatkan prestasi pendidikan kita. Itu tanggungjawab semua kaum. Pendidik-pendidik Melayu tidak patut berkonggres sesama sendiri bagi26

mencari penyelesaian kepada masalah negara dengan tidak melibatkan semua pihak. Jangan pandai cakap tentang global jika Melayu masih mahu berkumpul sesama sendiri menyelesai masalah dalam masyarakat berbilang kaum. Kelemahan dalam sistem pendidikan yang ada perlu disedari secara bebas dari batasan kaum. Bagi mereka yang perihatin terhadap prestasi anak-anak Melayu secara jujur dan tidak mahu ambil kesempatan dalam misi tersebut untuk cari mata politik atau kedudukan adalah amat relevan jika mereka halakan misi mereka terhadap jalan dan kaedah bagi menentukan supaya bahasa Melayu diajar dengan baik dan dapat berkembang tanpa dihalang oleh manamana elemen yang mengongkong perkembangan. Demikian juga pendirian pejuang Melayu terhadap bahasa-bahasa lain yang menjadi kunci ilmu perlu jujur. Jika bahasa Inggeris menjadi kunci ilmu atau bahasa perantaraan yang penting dalam hubungan perdagangan dan lain-lain kegunaan maka Inggeris perlu dipelajari baik-baik. Demikianlah dengan bahasa-bahasa lain seperti Perancis, German, Arab, Mandarin, Tamil, dan apa saja. Orang Melayu yang sudah sedar terhadap peranan bahasa kedua sebagai kunci kepada pelbagai ilmu lain dan kegunaan komunikasi dunia baru sudah bersedia mengharungi realiti baru. Sepatutnya pendidik-pendidik Melayu dan cerdik pandai Melayu yang mahu mempertahankan kedudukan bahasa Melayu tidak gelap mata tentang peranan bahasa kedua. Mereka patut tampil secara jujur membimbing pemikiran orang Melayu dengan mengajak mereka supaya yang belum nampak akan kebaikan bahasa kedua dan bahasa kunci ilmu segera sedar akan menilai keupayaan bahasa berkenaan. Pemimpin Melayu mesti bersedia memain peranan menghapus prejudis yang mereka selama ini suburkan terhadap bahasa-bahasa lain sebagai pengancam kepada pertumbuhan bahasa Melayu. Apa yang mungkin benar pada masa dulu nyata tidak relevan pada hari ini. Memeluk bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain yang berguna boleh menyelamat bahasa Melayu. Membuat demikian tidak sama sekali bererti mengabaikan bahasa Melayu. Orang Melayu tidak boleh bersikap merajuk. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu mesti sama naik dengan perolehan penggunaan bahasa-bahasa lain yang penting didalam kemajuan kaum Melayu dalam negara majmuk. Pemimpin-pemimpin Melayu yang sebelum ini banyak bercakap tentang the big picture patut muncul berperanan sekarang. Hanya ibubapa yang yakin terhadap nilai bahasa kedua akan turut mengambil berat merangsang anak-anak supaya mempelajari bahasa itu dengan bersungguh dan baik. Orang Melayu di luar bandar yang mendiam27

diri walaupun anak-anak tidak mendapat perkhidmatan pendidikan yang baik perlu mendapat perhatian pihak ketiga kerana sistem pendidikan selama ini menutup pekung sendiri sehingga memangsakan masyarakat Melayu. Orang Melayu yang telah membebaskan diri dari pemikiran lama yang masih membiak dikalangan pemimpin-pemimpin pendidik Melayu yang ramai hadhir di Kongres Pendidikan Melayu ke 2 tempoh hari mahu mereka itu melihat dan mengkaji kembali pendirian mereka tentang masalah pendidikan anak-anak Melayu. Apakah masalah yang sebenarnya? Bagaimana dengan sistem dan keupayaan para pentadbir dan pendidik menentukan anak-anak mendapat pendidikan yang baik? Adakah bahasa Inggeris sudah dikuasai dengan baik dua tahun dahulu oleh guru dan murid apabila ilmu sains dan matematik dikehedaki diajar dalam bahasa Inggeris? Jika keadaan itu tidak wujud kenapa situasi yang tidak lojik itu dibiarkan? Jika bahasa Inggeris tidak dapat diajar sebaik-baiknya sebelum anakanak menghadapi guru yang mengajar ilmu sains dan matematik dalam bahasa Inggeris apakah pilihan yang ada untuk murid dan guru yang tidak mengusai bahasa dengan baik? Pemimpin-pemimpin yang berkongres dua hari itu berada ditengah-tengah sendiwara absurdity itu tetapi tidak berjuang bagi meredakan kerosakan dengan diadakan pengecualian bagi mereka yang tidak berupaya? Isu-isu seperti itu tidak mengenal kaum. Anak-anak India atau China akan mengalami masalah dan kelemahan yang sama jika kebolehan guru tidak tinggi, tenaga guru tidak cukup, kemudahan mengajar tidak sempurna, kelangkapan makmal kurang dan sebagainya. Jika masalah prestasi dihadap secara demikian maka masalah pendidikan akan berpindah dari masalah perkauman kepada masalah teknikal yang harus dilihat sebagai masalah negara dan bukan lagi masalah Melayu. Penyelesaiannya mesti dicari dari dasar dan peruntukan kewangan dan pengagihan kepakaran secara yang boleh mengatasi kelemahan dalam sistem pendidikan terutama bagi kawasan luar bandar.

28

5.

MELAYU TIPU MELAYU

Pemimpi-pemimpin Melayu tak kira dari parti mana pun yang berpolitik cari nama dan tidak berat kepada perjuangan memajukan orang Melayu mudah menepis pandangan tentang keadaan kelemahan orang Melayu sebagai pandangan dari yang berpemikiran negative yang tidak mampu melihat perkembangan yang positif. Tahun demi tahun dekad demi dekad tangkisan bagi menjaga imej sendiri atau imej rakan atau imej parti sebagai yang berkesan walau pun tidak berkesan telah melemahkan keupayaan sebahagian kaum Melayu. Orang-orang politik seperti itu tidak mahu dikritik semasa memegang jawatan baik jawatan tinggi atau rendah. Pemimpin dibawah yang tidak faham dan tidak dapat menilai kesan kemajuan ikut-ikut menegakkan kepimpinan sebagai yang berkesan walaupun tidak berkesan. Mereka mahu dilihat sebagai yang membawa kemajuan kepada orang Melayu walaupun ramai orang Melayu tertinggal. Misalnya pemimpin yang sama yang tidak berapa lama dulu kuat memepertahankan kawan-kawan diatas dalam sekelip mata sudah bercakap di program debat tentang kelemahan Melayu kerana kepentingan yang mahu dipertahankan sudah tidak ada atau kerana sudah muncul kepentingan baru untuk memancing sokongan. Orang Melayu yang mengambil peluang mendedah kelemahan kaum Melayu adalah sebahagian besarnya dari kalangan yang memerhati dengan tajam dan secara reflektif dibtentang kemajuan Negara, kemajuan orang Melayu dan kelemahan orang Melayu. Menimbulkan masalah orang Melayu bukan tidak mengakui kemajuan Negara dan kemajuan orang Melayu yang telah berjaya. Orang Melayu yang ditepis sebagai negative kerana menimbul pemerhatian tetang kewujudan kepincangan adalah sebenarnya orang Melayu yang positif yang mahu berhadapan dengan masalah, mahu mencari penyelesaian kepada masalah, mahu menarik perhatian pemimpin kepada masalah, dam mahu pemimpin akui bahawa di dalam kemajuan dan kehebatan pertumbuhan Negara dari segi perangkaan KDNK itu orang Melayu ketinggalan.29

Orang Melayu yang berjaya adalah satu fenomina yang anehnya belum boleh dijadikan cermin kemajuan masyarakat Melayu. Orang Melayu yang berjaya tidak boleh dianggap sebagai bukti pemimpin Melayu telah berkesan dalam kepimpinan mereka. Orang Melayu yang berjaya mungkin mahu tinggal dan telah pun tinggal Melayu yang merangkak-rangkak sebagai beban. Selagi masalah yang menghadapi kelemahan orang Melayu tidak dihadapi dan ditangani dengan kaedah yang baik dalam masa pemimpin Melayu masih berdaya mempengaruhi dasar dan program selama itulah kepimpinan Melayu dilihat sebahgai tidak berkesan dalam perjuangan Melayu walaupun dibawah kepimpinan yang sama Negara pesat maju. Sebati dalam harapan orang Melayu dari kemerdekaan ialah jaminan kedudukan dan kemajuan bangsa Melayu dalam tanah air sendiri sebagai anak bangsa yang bermaruah. Amat tidak betul prioritynya jika sambil Negara dimajukan orang Melayu tidak dapat dimajukan sama dengan kaedah-kaedah yang cukup berkemampuan dan berkesan selari dengan pembangunan Negara. Kegagalan berbuat demikian memerlukan supaya perhatian yang lebih diberi kepada usaha memahami dan mencari kaedah yang mujarab. Tidak mahu melihat isu kelemahan sebagai perkatra istimewa dan penting, dan tidak mahu mengakui secara pendirian yang menyeluruh tentang adanya sumber manusia yang lebih berupaya selain dari kaum Melayu untuk menolong memajukan orang Melayu adalah satu blinker yang harus dibuang. Lebih segera perhatian diberi kepada mekanisma untuk memajukan orang Melayu dalam pelbagai bidang dalam konteks penyusunan semula masyarakat lebih cerah kemungkinan usaha memajukan orang Melayu akan berkesan. Dasar yang baik dan program yang dianggap baik dari meja perancang telah menghampakan harapan orang Melayu di masa lampau. Program dari dasar yang tidak didokong oleh komitmen yang kuat tidak dilaksanakan dengan baik oleh jentera birokrasi dan kelemahan dalam pencapaian tidak ditegur atau dijadikan isu atau masalah yang perlu diatasi. Tahun demi tahun peruntukan diberi tetapi kesan dan hasilnya tidak dipentingkan. Orang Melayu kecewa tetapi pemimpin tidak kecewa.Pemimpin yang tidak berkesan pun tidak perlu risau kerana mereka ada cara untuk mendapat pencalonan lima tahun lepas lima tahun seolaholah tidakada orang Melayu lain yang boleh membuat kerja dengan berkesan. Dasar dan Program yang baik perlu dilaksanakan dengan berkesan oleh pelaksana yang faham dan menerima matlamat utama bagi menjayakan matlamat memajukan orang Melayu. Mengikut trend yang sudah muncul30

orang Melayu tidak mempunyai masa yang lama untuk mengejar bagi mencapai kedudukan yang selesa dalam masyarakat berbilang kaum berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, bermaruah sebagai anak watan. Jika pemimpin Melayu hari ini masih bermain politik antara sama sendiri dan dengan lawan bagi mengekal kedudukan atau jawatan dan menjadikan politik sebagai tempat cari makan atau bidang makan gaji dengan tidak ada masa untuk berkhidmat kepada orang Melayu dari segi menggubal dasar dan program secara berkesan tinggi maka besar kemungkinan akan lebih cepat orang Melayu menghadapi masalah ketingalan. Dari apa yang didengar dari rungutan dan kegelisahan harapan masyarakat Melayu nampaknya selama ini tidak berubah dari matlamat perjuangan kemerdekaan Melayu dahulu, iaitu mahu mendaulatkan Agama, Bangsa, dan Tanah air. Mungkin dalam kehidupan harian harapan itu tidak sangat kehadapan tetapi di dalam pilihan raya demi pilihanraya hasrat itu dinyatakan dengan ketara berulang-ulang oleh orang Melayu di kawasan Melayu dalam bentuk pilihan yang jelas dan berani memihak kepada agama. Perkara yang orang Melayu mahu mengekalkan dapat disimpul seperti berikut: Agama Islam yang berdaulat yang dalam pangkuanya orang Melayu dapat hidup dan mati dengan mendapat keredhaan Ilahi. Bangsa Melayu yang bermaruah di bumi Malaysia kerana tidak ada bumi lain lagi bagi orang Melayu walaupun bumi ini terpaksa dikongsi dengan kaum-kaum lain. Tanah air orang Melayu kekal sebagai tapak orang Melayu yang tidak akan hilang atau dinafikan kepadanya. Raja Melayu dikembali kebal sebagai payung orang Melayu sepanjang zaman. (Perlembagaan yang dipinda mesti dipulihkan untuk meletakkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung sebagai penentu supaya tidak ada rang undang-undang yang menghakis kedudukan orang Melayu. Veto yang diberi kepada Baginda mesti sentiasa dikekalkan. Ekonomi orang Melayu teguh: dan diatas tapak yang teguh itu kaum Melayu dapat berdiri seiring dengan kaum-kaum lain, dan orang Melayu terus berperanan memimpin Negara. Yang tidak diingini ialah situasi dimana orang Melayu hilang peranan seperti yang sudah pun berlaku di Singapura. Scenario itu tidak mustahil berlaku di Malaysia jika pemimpin Melayu leka seperti hari ini.

31

Keistimewaan bagi orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan dihidupkan supaya memberi manfaat kepada orang Melayu secara praktik bukan setakat wujud dalam dokumen sahaja. Ke enam-enam perkara itu merangkumi kepentingan Melayu yang pokok. Agama dalam seruan kemerdekaan yang dilaungkan oleh orang Melayu dalam perjuangan kemerdekaan dahulu adalah tuntutan untuk kembali mempunyai suara dalam hal ehwal agama Islam bagi kepentingan kesempurnaan beriman. Kemahuan itu tidak ada kena-mengena dengan kemahuan orang-orang bukan-Islam dalam kehidupan beragama mereka. Kemahuan kepada Islam oleh orang Melayu tidak mengganggu kehidupan mereka tetapi kenapakah pemimpin-pemimpin Melayu yang berkedudukan tidak bersuara meminta supaya orang bukan-Melayu tidak mengganggu orang Melayu dengan kehidupan cara Islam seperti mana orang-orang bukan Melayu dahulu tidak mengganggu orang Melayu mengamalkan tuntutan Islam. Adalah jelas bahawa orang Melayu tidak mahu bermusuh dengan kaum-kaum bukan-Melayu, dan jauh sekali dari mahu mengapi-api perasaan marah terhadap rakyat bukan-Melayu bukanIslam dengan budaya dan agama mereka. Bangsa Melayu yang mahu dijaga kedudukannya adalah bangsa Melayu yang berpegang kepada agama Islam. Dan mahu kepada identity Melayu dikekal perlu dilihat sebagai tanda cinta kepada bangsa sendiri dan tidak memberi makna mahu menghapus kewujudan kaum-kaum lain. Hasrat dan pemikiran seperti ini perlu dari dulu lagi diterap dalam pemikiran rakyat jelata oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang menerajui kerajaan supaya semua pihak faham akan pendirian orang Melayu dengan betul selari dengan pembinaan Negara dan rupa bangsa Malaysia. Tanah air orang Melayu dalam Negara merdeka sudah mendapat tafsiran baru. Tanah Melayu yang merdeka sudah menjadi Negara kepada segala kaum yang menjadi warga Negara. Pemimpin Melayu yang tidak mahu mengasuh orang Melayu supaya faham tentang hakikat baru tetapi sebaliknya membaja pandangan yang sesat terhadap kedudukan orang Melayu seolah-olah perubahan politik tidak berlaku boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan. Orang Melayu tidak mudah terima reality politik hari ini kerana sekian lama didodoi dengan keMelayuan yang dihidupkan melalui TV, radio, dan pelbagai aktiviti dan majlis yang dicorakkan dengan adat istiadat Melayu atau cara Melayu. Tidak mudah bagi orang Melayu di luar Bandar melepaskan diri dari menganggap bahawa apa yang dipegang oleh orang Melayu tidak semestinya kekal ditangan orang Melayu. Orang Melayu mahu tanah rizab orang Melayu tidak menjadi mangsa dasar yang tidak progresif sehingga institusi kewangan dan kerajaan sendiri32

membiarkan nilai tanah tertekan. Rakyat tidak dapat terima keadaan dimana tanah rizab orang Melayu yang dimajukan untuk faedah semua kaum tidak diganti sebagai mengekalkan warisan Melayu. Dan rakyat tidak dapat terima keadaan dimana tanah rizab Melayu tidak dilihat secara positif sebagai asset orang Melayu yang perlu dimajukan bagi faedah pengkuhan kedudukan orang Melayu sambil menyumbang kepada kesejahteraan rakyat Negara berbilang kaum. Rizab Melayu yang tidak berdaya menghidupkan kepentingan orang Melayu adalah sama denga tidak ada guna. Raja Melayu datang dari orang Melayu. Dan orang Melayu bukan boleh dianggap Melayu jika tidak berajakan Raja Melayu. Raja Melayu telah dimaktubkan sebagai payung kepada orang Melayu, kepada kaum Melayu, kepada bangsa Melayu. Tersirat dalam amanah bangsa itu ialah tanggungjawab dan peranan besar yang dipikul oleh raja Melayu. Rakyat Melayu terluka hati jika mereka yang patuh kepada adat istiadat dan kesetiaan melihat raja mereka tidak mendapat hurmat adat yang sepatutnya dalam hubungan raja dengan hartawan bukan Melayu. Kepincangan dalam masyarakat Melayu tidak mendapat perhatian peribadi raja dengan sepatutnya sebagai payung. Bertahun-tahun pemimpin Melayu berada dalam krisis kepimpinan tetapi rakyat tidak dapat faedah dari kehadhiran raja ditengah-tengah masyarakat. Raja berperlembagaan dan raja Melayu perlu beri perhatian secara betul kepada peranan raja Melayu. Dan pemimpin Melayu perlu menyusun semula kaedah dan cara yang berkesan bagi menghidupkan peranan payung yang ada pada raja supaya payung dapat berperanan dengan berkesan sebagai payung atau tiang seri. Ekonomi orang Melayu adalah perkara penting dan kritikal yang belum mendapat pendekatan yang sewajarnya dari pemimpin politik Melayu. Walaupun ekonomi Negara adalah bidang yang mendapat perhatian utama Kerajaan tetapi apabila sampai kepada pengagihan kekayaan atau peluang atau peningkatan keupayaan atau integrasi kegiatan ekonomi orang Melayu dengan orang bukan Melayu boleh dikatakan bahawa kepimpinan Melayu telah gagal memastikan supaya program berjalan dengan berkesan. Harapan orang Melayu dari pemimpin-pemimpin politik adalah bagi menjaga supaya orang Melayu tidak menjadi orang dagang di tanah air sendiri. Hak-hak istimewa Melayu diminta dijaga dengan berhemah dan bijak oleh pemimpin-pemimpin Melayu. Orang Melayu sedar bahawa tiang seri bangsa Melayu adalah raja Melayu. Payung bangsa Melayu adalah raja Melayu. Pemimpin-pemimpin politik Melayu mesti faham dan tahu peranan tiang seri dan payung itu supaya saluran komunikasi sentiasa dijaga baikbaik dan diurus dengan betul supaya rakyat dan raja sentiasa sama-sama tahu dan sama-sama rasa kedudukan satu sama lain. Raja yang sudah tidak33

dapat rasa aspirasi rakyat yang sah dan benar tidak mungkin dapat menjadi payung yang berkesan. Sebelum orang-orang politik muncul memancing undi dan bermatimatian mahu menang 100% bilangan kerusi dalam tiap-tiap pilihan raya rakyat Melayu pada amnya hidup aman damai. Dan dalam suasana kerancakan politik hari ini pun rakyat biasa masih boleh mendisiplinkan diri berurusan harian secara bijak dengan mengelak dan tidak membiarkan perbezaan pegangan politik menggangu kehidupan walaupun yang gila politik merancang siang dan malam membuat perkara-perkara yang negative semata-mata untuk menunduk lawan, termasuk lawan dari parti sendiri. Cara dan kaedah orang Melayu berpolitik tidak dapat membela orang Melayu. Selama lima puluh tahun orang Melayu menunggu untuk maju tetapi setelah 50 tahun berlalu pemimpin Melayu masih hadapi rakyat dengan janji yang sama. Program di luar Bandar masih mempunyai komponen mengajar wanita menjahit dan menganyam, keraftangan dan sebagainya. Untuk meningkatkan pendapatan petani mereka disuruh buat kerja tangan. Untuk menambah pendapatan nelayan mereka diberi subsidi. Tidak ada langkah dan program yang bercorak pemodenan bagi masysrakat diluar Bandar secara yang mampu membawa mereka muncul dalam ekonomi moden walaupun diperingkat bawah sedang wanita Cina dan India sudah masuk ke bidang industri. Bukan tidak ada wanita Melayu yang sudah masuk ke bidang industri tetapi latihan dan pendedahan wanita Melayu di luar Bandar kepada kemajuan tidak dapat meransangkan sambutan dan tidak juga menggalak kearah amalan moden. Di kalangan pemimpin-pemimpin politik Melayu ada yang tampil ke medan politik di atas dorongan sendiri dan ada yang diheret masuk berpolitik untuk menjadi calon bagi menolong memenangi kerusi dalam pilihan raya walaupun tanpa persediaan politik. Ada yang bergiat dalam politik kerana mencari kedudukan, kekayaan, dan kuasa ; atau mungkin ada yang bersusah-payah mahu jawatan kerana mencari perlindungan dari pihakpihak yang memberi muka kepada orang politik, atau ada yang mahu menolong menjayakan agenda orang lain tanpa berpemikiran politik sendiri dengan teguh dan meyakinkan; atau ada yang bergiat benar-benar membawa perjuangan yang kuat di hati. Tetapi yang tidak mudah dikenalpasti ialah orang politik yang didorong oleh kemahuan berkhidmat kepada masyarakat, negeri, dan Negara dengan persiapan diri yang cukup bagi memimpin dan mentadbir secara yang mampu memberi kesan dari segi keteguhan Melayu dan membawa kesejahteraan kepada rakyat berbilang kaum. Para pemimpin politik yang didorong oleh kemahuan berkhidmat kepada masyarakat memang tahu bahawa kesejahteraan bererti keamanan,34

kedamaian, kemakmuran, kemajuan, kebebasan, keselamatan diri dan harta benda milik rakyat, kecukupan keperluan asas rakyat biasa, kecukupan keperluan asas rakyat kalangan yang berada, hak asasi manusia dalam masyarakat yang berilmu dan dinamik, dan jaminan ruang hidup beragama dengan sempurna oleh orang Islam bagi menempah kesejahteraan di akhirat. Dari apa yang diketahui dari prestasi wakil rakyat di dalam dan di luar Parlimen dan DUN belum pasti mereka dapat memberi sumbangan yang baik dalam usaha memajukan masyarakat Melayu dalam masa terdekat kerana pemimpin-pemimpin itu sendiri perlu perteguhkan diri mereka dahulu. Banyak masa diguna oleh mereka untuk politicking, berbalah politik, menjaga kedudukan sendiri dari digulingkan, mengorek dan mendedah salahlaku orang lain dan banyak lagi masa terbuang dalam perkara-perkara yang bukan menjadi perjuangan Melayu. Dalam pilihan raya umum ke 12 salah seorang daripada wakil rakyat yang banyak bercakap kosong di Parlimen berbangga masih menjadi calon dan apabila ditanya oleh pemberita katanya beliau mahu terus bersuara di Parlimen seolah-olah apa yang dibuat di Parlimen selama ini ditunggu-tunggu rakyat. Tidakkah ada yang sedar bahawa orang sedemikian tidak memberi maruah kepada Parlimen dan kapada kaum sendiri. Ramai lagi yang berdaya yang patut dihantar ke Parlimen. Rata-rata pemimpin-pemimpin politik Melayu nampaknya wujud dalam keadaan bergerak secara tidak bersedia dengan persiapan diri bagi tugas yang berat; banyak politicking dari membuat kerja politik statesman yang sesuai dengan tugas memimpin di bidang politik yang memang berkehendakkan penggunaan kuasa, kedudukan, dan pengaruh dengan bijak bagi faedah kemajuan orang Melayu. Sifat bersiap sedia menjadi pemimpin politik besar tidak juga nampak dikalangan mereka yang sedang berusaha mendapat kuasa. Yang nampak ialah sifat membodek orang atas, sifat memasang kaki mengawal kedudukan, sifat mencantas bakal lawan, dan sifat membesar-besarkan isu politik perbalahan. Pemimpin-pemimpin yang dihantar ke DUN dan Parlimen oleh orang Melayu sudah pun dapat dilihat tidak berperanan sebagai pejuang Melayu dalam erti membawa obor perjuangan Melayu. Mereka bersuara tetapi mereka jarang bersuara secara konsisten tentang kemahuan orang Melayu dalam konteks perjuangan Melayu; perjuangan dalam erti kata mengenalpasti masalah dan mencari persefahaman tentang dasar yang baik, dan diluar dewan pula melibatkan diri dalam usaha menyusun dan melaksanakan program bagi meneguhkan kedudukan orang Melayu dalam negara berbilang kaum yang maju.35

Pemimpin-pemimpin politik Melayu tidak boleh beranggapan bahawa apa yang perlu dibuat dan telah dibuat di peringkat kawasan masing-masing untuk memenangi pilihan raya sudah memadai bagi kemajuan orang Melayu. Pemimpin-pemimpin politik Melayu mestilah sekali gus menjadi pemimpin politik Melayu dalam erti kata yang luas yang perlu bersiap-sedia, bahkan sudah lama patut bersedia dengan kefahaman visi dan misi bagi