Dialog

6
DIALOG : TOKOH PERJUANGAN KEMERDEKAAN TAHUN 5 Pencerita : Kedatangan Penjajah British Telah Menyebabkan Lahirnya Pejuang Tokoh Tempatan Bagi Mengekalkan Kedaulatan Negeri Masing-Masing. PENCERITA : TOKOH 1, TOK JANGGUT. Babak 1 : Tok Janggut : sejak British campur tangan di Kelantan, cukai dan peraturan tanah makin membebankan kita sebagai penduduk tempatan. Pengikut 1 : betul tok, tambahan pula, kuasa kita semakin tergugat. Tok Janggut : Kita mesti menentang British habis-habisan. Pengikutnya : betul tok , kami semua setuju. Babak 2 : Pencerita : pada tahun 1915, Tok Janggut telah lancarkan serangan ke atas Pasir Putih. Tok Janggut berlawan dengan British dan pengikutnya. Babak 3 : Pencerita : pihak British pula menyerang kubu Tok Janggut di Kampung Saring. Tok Janggut berlawan dengan British dan pengikutnya. Babak 4: Pencerita : tok Janggut mati, akhirnya mayatnya diarak di keliling kampung. TAMAT

description

dialog

Transcript of Dialog

Page 1: Dialog

DIALOG : TOKOH PERJUANGAN KEMERDEKAAN

TAHUN 5

Pencerita : Kedatangan Penjajah British Telah Menyebabkan Lahirnya Pejuang Tokoh

Tempatan Bagi Mengekalkan Kedaulatan Negeri Masing-Masing.

PENCERITA : TOKOH 1, TOK JANGGUT.

Babak 1 :

Tok Janggut : sejak British campur tangan di Kelantan, cukai dan peraturan tanah makin membebankan kita sebagai penduduk tempatan.

Pengikut 1 : betul tok, tambahan pula, kuasa kita semakin tergugat.

Tok Janggut : Kita mesti menentang British habis-habisan.

Pengikutnya : betul tok , kami semua setuju.

Babak 2 :

Pencerita : pada tahun 1915, Tok Janggut telah lancarkan serangan ke atas Pasir Putih.

Tok Janggut berlawan dengan British dan pengikutnya.

Babak 3 :

Pencerita : pihak British pula menyerang kubu Tok Janggut di Kampung Saring.

Tok Janggut berlawan dengan British dan pengikutnya.

Babak 4:

Pencerita : tok Janggut mati, akhirnya mayatnya diarak di keliling kampung.

TAMAT

Page 2: Dialog

DRAMA “DATO’ MAHARAJA LELA”

PENCERITA : DATO MAHARAJA LELA

BABAK 1:

Pencerita : Mesyuarat antara Sultan, Dato Maharaja Lela dan Pembesar-pembesar Melayu untuk menentang Birch di Perak.

SULTAN ABDULLAH : Setelah termeterainya perjanjian Pangkor, Birch telah campur tangan dalam urusan memungut cukai, mencabar ketuanan Melayu, mencabuli adat resam Melayu. Oleh itu, kita mesti menentang Birch, betul tak Dato’?

DATO’ MAHARAJA LELA : Betul Tuanku.

SEPUTUM & PANDAK INDUT : Kami juga setuju!.

BABAK 2:

PENCERITA : 12 September 1875, Dato Maharaja Lela bersetuju untuk mengambil tanggungjawab membunuh J.W.W. BiRCH.

DATO’ MAHARAJA LELA : Saya sebagai Dato Maharaja Lela, akan mengambil

tanggungjawab ini untuk membunuh J.W.W. BIRCH.

SEPUTUM: Kami akan membantu Dato’.

PANDAK INDUT : Kita akan sama-sama berjuang.

Page 3: Dialog

BABAK 3:

PENCERITA : 2 November1875, Birch telah dibunuh oleh Seputum serta pengikutnya atas arahan Dato’ Maharaja Lela.

J.W.W. BIRCH : Buat-buat mandi.

DATO; MAHARAJA LELA : Itulah residen kita, sekarang tuan hamba ambil parang ini dan bunuh dia.

SEPUTUM: Baiklah Dato’. (terus lari dan menikam Birch dari belakang).

Birch mati.

DATO’ MAHARAJA LELA : Ya, akhirnya Birch telah mati. Dengan ini, hamba harap Perak akan maju.

SEPUTUM & PANDAK INDUT: Ya Betul Dato’. Horayyy Birch mati!

BABAK 4:

PENCERITA : 20 November 1877, di Matang Perak, Dato Maharaja Lela, Seputum dan

Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung. Manakala Sultan Abdullah telah

dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

Dato’ Maharaja Lela, Seputum, Pandak Indut dan Sultan Abdullah telah ditangkap oleh orang British.

PEGUAM: Dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Dato Maharaja Lela, Seputum dan Pandak Indut. Manakala Sultan Abdullah akan dibuang negeri ke Pulau Seychelles. Keputusan mahkamah adalah muktamad. (Ketuk meja).

NILAI MURNI : Kita seharusnya menghargai jasa pemimpin yang sanggup berkorban nyawa menentang penjajah.

TAMAT

Page 4: Dialog

DRAMA “RENTAP”

PENCERITA :, AGI IDUP AGI NGELABAN (PENGONCANG DUNIA)

BABAK 1:

PENCERITA : Brooke ingin menghapuskan petempatan orang Iban yang dianggap sebagai lanun.

JAMES BROOKE : Saya inginkan kamu musnahkan petempatan lanun-lanun terutamanya di Sungai Skrang.

PENGIKUT 1 & 2 : Baik tuan.

BABAK 2:

PENCERITA : Mesyuarat antara Rentap dan para pengikutnya.

RENTAP: Melampau sungguh James Brooke ini, habis tempat tinggal kita dikacaunya.

PENGIKUT 1: Betul. Biadap sungguh dia kerana menganggap kita sebagai lanun.

PENGIKUT 2: Bukan itu sahaja, kuasa kita makin tergugat, dia juga tidak menghormati kita.

PENGIKUT 3 : Kita mesti menentang Rajah Putih itu. Kita usir dia dari Bumi Sarawak ini.

RENTAP : Kita mesti berani berjuang mempertahankan tempat kita.

Page 5: Dialog

BABAK 3:

PENCERITA : Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang.

Rentap dan pengikutnya lawan James Brooke dan pengikutnya.

PENCERITA : Rentap dan pengikutnya menang dalam serangan tersebut.

BABAK 4:

PENCERITA : James Brooke telah menentang Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran sengit berlaku.

Rentap dan pengikutnya lawan James Brooke dan pengikutnya.

PENCERITA : Rentap telah tewas dan telah berundur ke Entabai dan tidak dapat dikesan selepas itu.

NILAI MURNI : Pemimpin-pemimpin tempatan telah berkorban demi bangsa dan negara. Semangat perjuangan dan keberanian mereka sewajarnya dihargai dan dicontohi.

TAMAT

.