Dialog Bahasa Baku

4
5.0 TRANSKRIPSI BAHASA MELAYU DIALEK DAN BAKU 5.1 DIALONG DALAM BAHASA MELAYU BAKU Anis : Amir, mana ada orang yang membaca sementara menunggu bas. Amin : Benar kata kamu Anis. Kalau di Jepun keadaanya berbeza. Membaca telah menjadi budaya mereka. Anis : Sepatutnya masyarakat telah sedar bahawa dengan membaca akan dapat menambah ilmu pengetahuan dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang bermaklumat. Amin : Tidaklah seperti katak di bawah tempurung. Anis : Selain itu, membaca juga dapat memenuhi masa terluang. Amin : Benar kata kamu Anis. Kita juga boleh berhibur dengan membaca. Penguasaan bahasa Inggeris saya juga meningkat. Anis : Oh, bas sudah sampai! Mari kita naik.

Transcript of Dialog Bahasa Baku

Page 1: Dialog Bahasa Baku

5.0 TRANSKRIPSI BAHASA MELAYU DIALEK DAN BAKU

5.1 DIALONG DALAM BAHASA MELAYU BAKU

Anis : Amir, mana ada orang yang membaca sementara menunggu bas.

Amin : Benar kata kamu Anis. Kalau di Jepun keadaanya berbeza.

Membaca telah menjadi budaya mereka.

Anis : Sepatutnya masyarakat telah sedar bahawa dengan membaca akan dapat

menambah ilmu pengetahuan dan seterusnya dapat melahirkan

masyarakat yang bermaklumat.

Amin : Tidaklah seperti katak di bawah tempurung.

Anis : Selain itu, membaca juga dapat memenuhi masa terluang.

Amin : Benar kata kamu Anis. Kita juga boleh berhibur dengan membaca.

Penguasaan bahasa Inggeris saya juga meningkat.

Anis : Oh, bas sudah sampai! Mari kita naik.

Amin : Tunggu dulu, orang belum turun.

Anis : Baiklah. Eh, nanti dalam bas awak cerita lagi ya pengalaman awak belajar di

Jepun. Boleh, kan?

Amin : Tentulah boleh, Anis. Apa yang awak nak tahu?

(Dalam bas)

Anis : saya dengar cerita masyarakat Jepun sangat sopan. Betulkah?

Page 2: Dialog Bahasa Baku

Amin : Ya, apabila bertemu dengan orang, mereka akan menundukkan kepala

sebagai tanda hormat. Selain itu, kebersihan adalah satu lagi sifat yang amat

saya sanjung pada masyarakat Jepun ini. Kalau kita menggunakan tandas-

tandas awam di sekolah mahupun di stesen keretapi, kita akan dapati

tandasnya sangat bersih. Amat berbeza sekali kalau nak dibandingkan

dengan di negara kita. Ini kerana rakyatnya memang terdidik sebegitu.

Alangkah bagusnya jika rakyat negara kita juga terdidik untuk sentiasa

menjaga kebersihan.

Anis : Oh, begitu. Bertuahnya awak dapat menimba ilmu di sana. Apakah lagi sikap

mereka yang patut dicontohi?

Amin : Kes-kes seperti kecurian amat jarang sekali didengari berlaku di Jepun.

Kadangkala saya sering terlupa untuk mengunci pintu rumah apabila keluar

rumah ataupun tertinggal barang di kelas misalnya, tapi alhamdulillah

selamat. Tidak pernah berlaku kes kecurian atau rompakan apatah kes

ragut. Alhamdulillah sepanjang saya berada di sini saya sentiasa berasa

selamat walaupun kadangkala terpaksa berjalan seorang diri.

Amin : Awak pergilah ke sana jika berpeluang nanti. Saya akan membawa awak

bersiar-siar melihat keindahan negara Jepun

Anis : Saya memang sudah lama berangan-angan ingin ke sana. Saya harap saya

juga dapat merasai pengalaman seperti awak juga.

Amin : Biar betul? Saya baru tahu awak dah lama pasang impian hendak ke sana

rupanya.

Anis : Angan-angan harus ada ,Amin. Tanpa angan-angan mimpi tidak akan

menjadi nyata.

Amin : Amboi, pandai awak berkata-kata ya! Saya pun masih perlu dua tahun lagi

perlu belajar di sana. Awak masih ada masa untuk melawat saya di sana.

Anis : Eh, macam sudah pasti sahaja saya akan ke sana. Apa-apa pun, saya

Page 3: Dialog Bahasa Baku

doakan awak akan berjaya dan dapat balik untuk berkhidmat kepada negara

kita pula.

Amin : Siapa tahu, kan? Baiklah, bas pon sudah hendak sampai. Jumpa awak lagi!