DIASPORA BAHASA MELAYU - · PDF fileKonsep Diaspora Perkataan diaspora berasal dalam bahasa...

13
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147 87 DIASPORA BAHASA MELAYU (MALAY LANGUAGE DIASPORA) Zulkeflee Haji Yaacob [email protected] Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia UPSI Abstract Malay language diaspora is detected through the mobility of the migrant Malay community and being a minority group either in Malay or outside the Malay world. The migration of the Malay community creates the Malay diaspora. The objective of this study is to clarify and discuss the Malay language concepts and diaspora, the Malay Proto and Malay Deutro Malay reviews, Malay language catchment areas and the spread of Malay language in Malay diaspora. Presenter highlighted the subject as an effort to share ideas and formulas of awareness on Malay language and race a combination reflecting the civilization that was the foundation of the nation's building of culture. Thus, the space in this conference is utilized by quantitative methods, namely the library method and refer to the source for accurate and complete information. Mobility and catchment areas are new settlements in the Hesperanesia realm in australian language family and outside the archipelago Nusantara of austroasia language. Keywords : diaspora, catchment, dispersion Abstrak Diaspora bahasa Melayu dikesan melalui mobiliti masyarakat Melayu yang berhijrah dan menjadi kelompok minoriti sama ada dalam rumpun Melayu atau di luar alam Melayu. Penghijrahan masyarakat Melayu mewujudkan diaspora Melayu. Objektif kajian ini untuk memperjelas dan membincangkan konsep dan diaspora bahasa Melayu, resensi Melayu Proto dan Melayu Deutro, kawasan tadahan bahasa Melayu dan penyebaran bahasa Melayu dalam diaspora Melayu. Pembentang mengetengahkan subjek sebagai satu usaha untuk berkongsi idea dan rumus kesedaran tentang bahasa dan bangsa Melayu satu kombinasi mencerminkan peradaban yang menjadi asas pembinaan budaya bangsa. Dengan demikian, ruang dalam persidangan ini dimanfaatkan bahan mengikut kaedah kuantitatif, iaitu kaedah kepustakaan dan merujuk sumber untuk mendapat maklumat yang tepat dan lengkap. Mobiliti dan kawasan tadahan sebagai permukiman baharu di alam Hesperanesia dalam rumpun bahasa austronesia dan di luar Nusantara rumpun bahasa austroasia. Kata kunci; diaspora, tadahan, penyebaran

Transcript of DIASPORA BAHASA MELAYU - · PDF fileKonsep Diaspora Perkataan diaspora berasal dalam bahasa...

Page 1: DIASPORA BAHASA MELAYU - · PDF fileKonsep Diaspora Perkataan diaspora berasal dalam bahasa Greek yang bermakna populasi penduduk yang bertaburan dan asalnya terletak di dalamnya kawasan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

87

DIASPORA BAHASA MELAYU

(MALAY LANGUAGE DIASPORA)

Zulkeflee Haji Yaacob

[email protected]

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

UPSI

Abstract

Malay language diaspora is detected through the mobility of the migrant Malay community

and being a minority group either in Malay or outside the Malay world. The migration of the

Malay community creates the Malay diaspora. The objective of this study is to clarify and

discuss the Malay language concepts and diaspora, the Malay Proto and Malay Deutro Malay

reviews, Malay language catchment areas and the spread of Malay language in Malay

diaspora. Presenter highlighted the subject as an effort to share ideas and formulas of

awareness on Malay language and race a combination reflecting the civilization that was the

foundation of the nation's building of culture. Thus, the space in this conference is utilized by

quantitative methods, namely the library method and refer to the source for accurate and

complete information. Mobility and catchment areas are new settlements in the Hesperanesia

realm in australian language family and outside the archipelago Nusantara of austroasia

language.

Keywords : diaspora, catchment, dispersion

Abstrak

Diaspora bahasa Melayu dikesan melalui mobiliti masyarakat Melayu yang berhijrah dan

menjadi kelompok minoriti sama ada dalam rumpun Melayu atau di luar alam Melayu.

Penghijrahan masyarakat Melayu mewujudkan diaspora Melayu. Objektif kajian ini untuk

memperjelas dan membincangkan konsep dan diaspora bahasa Melayu, resensi Melayu Proto

dan Melayu Deutro, kawasan tadahan bahasa Melayu dan penyebaran bahasa Melayu dalam

diaspora Melayu. Pembentang mengetengahkan subjek sebagai satu usaha untuk berkongsi

idea dan rumus kesedaran tentang bahasa dan bangsa Melayu satu kombinasi mencerminkan

peradaban yang menjadi asas pembinaan budaya bangsa. Dengan demikian, ruang dalam

persidangan ini dimanfaatkan bahan mengikut kaedah kuantitatif, iaitu kaedah kepustakaan

dan merujuk sumber untuk mendapat maklumat yang tepat dan lengkap. Mobiliti dan

kawasan tadahan sebagai permukiman baharu di alam Hesperanesia dalam rumpun bahasa

austronesia dan di luar Nusantara rumpun bahasa austroasia.

Kata kunci; diaspora, tadahan, penyebaran

Page 2: DIASPORA BAHASA MELAYU - · PDF fileKonsep Diaspora Perkataan diaspora berasal dalam bahasa Greek yang bermakna populasi penduduk yang bertaburan dan asalnya terletak di dalamnya kawasan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

88

2017 JHLCB

Pengenalan Makalah ini membincangkan diaspora Melayu baik di alam Melayu mahupun di luar alam

Melayu atau Nusantara yang membentuk kelompok komuniti yang membawa bersama

bahasa Melayu meskipun pilihan sebagai alat komunikasi tetapi saling komunikasi

di merata-rata mencerminkan kebudayaan dan peradaban Melayu.

Metodologi

Tinjauan pustaka, iaitu penyelidik telah melakukan penyelidikan keperpustakaan untuk tujuan

memperoleh maklumat subjek dan sumber yang terdapat dalam perpustakaan sebagai

panduan dan rujukan seperti buku, jurnal, teks , modul, nota dan dokumen sejarah. Sementara

prosedur pengkajian menggunakan kaedah tinjauan pustaka. Pengumpulan data berdasarkan

kaedah kualititatif dengan penyelidik menggunakan dokumen dan nota kuliah Sejarah Bahasa

Melayu, Zulkeflee Yaacob (2017) Pengajian Pendidikan Bahasa Melayu peringkat ijazah

sarjana muda mendapati kaedah yang sesuai bertujuan memahami Sejarah fenomena dan

peristiwa. Prosedur analisis data yang dikumpul diolah dan dinalisis berdasarkan objektif

kajian. Data yang menjadi bahan itu diteliti dan diperinci supaya semua butir maklumat yang

diinginkan disaring dengan baik.

Konsep Diaspora

Perkataan diaspora berasal dalam bahasa Greek yang bermakna populasi penduduk yang

bertaburan dan asalnya terletak di dalamnya kawasan yang lebih kecil. Perpindahan

penduduk atau mobiliti dari dari kelompok orang yang meninggalkan tanah air dan tanah

asal ke wilayah baru untuk pemukiman baru dikaitkan dengan diaspora. Kamus Dewan Edisi

Keempat mentakrifkan diaspora sebagai penyebaran ke merata-rata tempat, seperti orang

yang pada asalnya tergolong dalam budaya yang sama, warga sebuah negara yang sama dan

sebagainya. Orang-orang diaspora akan mengalami konflik yang berhubungan dengan

persekitaran baru dan masalah identiti di daerah baru. Diaspora berbeza daripada imigrasi

kerana diaspora memerlukan anggota suatu masyarakat pergi bersama dalam jangka waktu

yang singkat, bukan pergi secara perlahan-lahan dalam jangka waktu yang lama untuk

meninggalkan kampung halaman mereka. Masyarakat diaspora dicirikan melalui usaha

mempertahankan agama, budaya, bahasa dan kebiasaan lainnya di tempat baharu. Mereka

biasanya hidup berkelompok dengan sesama mereka dan tidak mahu berinteraksi dengan

penduduk tempatan.

Asmah Haji Omar memerikan konsep diaspora Melayu bermakna perpindahan orang

Melayu ke kawasan bukan tradisional seperti Arab Saudi, Afrika Selatan dan Sri Lanka.

Menurutnya lagi diaspora berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘merentas ruang’.

Hal ini demikian, merujuk perpindahan orang Yahudi skala besar keluar dari Israel mencari

penempatan baru pada tahun 538 SM di luar tanah asal mereka. Sementara kawasan

penyebaran bahasa Melayu pula terletak pada kriteria penggolongan pada keturunan dan

budaya Melayu bukan bahasa semata-mata sekali gus mencerminkan tahap kebudayaan

penutur dan peradaban Melayu yang terangkum dalam diaspora Melayu.

Kelompok manusia yang pada asalnya tergolong dalam budaya yang sama telah

tersebar di merata-rata tempat, contohnya masyarakat Melayu di luar alam Melayu seperti

di Australia, Arab Saudi dan Amerika Syarikat berterusan dari abad k-20 serta memasuki

Page 3: DIASPORA BAHASA MELAYU - · PDF fileKonsep Diaspora Perkataan diaspora berasal dalam bahasa Greek yang bermakna populasi penduduk yang bertaburan dan asalnya terletak di dalamnya kawasan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

89

abad ke-21 di Britain, Sri Langka, Afrika Selatan, Surinam dan lain-lain. Penghijrahan

secara paksa pasca penjajahan dengan kehadiran rumpun Melayu keturunan Champa

di Amerika Syarikat dan Perancis serta rumpun Melayu dari Wilayah Patani, Thailand

Selatan dan Malaysia di Arab Saudi dan Mesir serta rumpun Melayu Sri Langka di Kanada.

Dalam ruang terhad makalah memperincikan konsep dan pengertian Melayu sebagai asas dan

pasak memahami diaspora Melayu.

Perkataan Melayu Perkataan Melayu mulai digunakan masih tidak dapat dijawab secara objektif tetapi

menelusuri asal usul Sejarah bahasa Melayu dikesan wujud selama lebih 2000 tahun

lampau. Bahasa Melayu telah mengalami beberapa peringkat evolusi daripada bahasa

Melayu purba hingga bahasa elekronik atau internet khususnya bahasa Indonesia juga

menjadi asas lingua franca sehingga abad ke-19 dan bahasa digital kini. Ini kerana sifat

bahasa dinamis bahasa Melayu yang mudah terima unsur asing dan asimilasi bahasa

menambah kosa kata yang sesuai waktu dan diterima masyarakat Melayu.

Dalam tulisan Cina 644 Masihi atau Tiongkok menyatakan bahawa suatu masa

utusan dari Kerajaan Mo-lo-yeu yang mempersembahkan hasil bumi kepada Kaisar

Tiongkok. Kerajaan Mo-lo-yeu ini dipercayai di daerah Jambi atau Sumatera sedangkan

penempatan mereka lebih lama dari penemuan perkataan dalam catatan itu. Perkataan yang

hampir sama ditemui daripada keterangan seorang rahib Budha bernama I Tsing. I Tsing

pernah singgah dan mendalami agama di Sriwijaya sebelum ia sampai di Benggala (India)

untuk mempelajari agama Budha di Universiti Nalanda (675 - 685 M). Dalam salah satu

catatannya ditemui perkataan Malayu. Terjemahan catatannya itu ialah: "Apabila I Tsing

melawat Sumatera, dia menemui dua kerajaan yang besar, iaitu Malayu berpangkalan di

Sungai Batang dan Sriwijaya berhampiran dengan Palembang. Perkataan Wu Lai Yu terdapat

di dalam buku Hai Lu Chu dan buku Zheng He Hang Hai Tu. Chen Chung Shin yang menulis

buku Tong Nan Ya Lien Guo Zhi (Negeri-negeri di Asia Tenggara) menyatakan bahwa orang

Melayu di Semenanjung Tanah Melayu mendapat namanya daripada perkataan Mo Lo Yu,

tetapi orang Cina pada masa itu ada yang menyebutnya sebagai Ma Li Yi Er, Wu Lai Yu, dan

Ma La Yu. Perkataan Malayu juga tertulis di bahagian belakang sebuah patung yang

ditemukan di Padang Rocore di kawasan Sungai Batanghari, di Sumatera Selatan bertarikh

1286 M.

Pengertian Orang Melayu Pelbagai Sumber

Perlembagaan Malaysia, Fasal 160 “Melayu ialah seorang yang menganut agama Islam,

lazimnya bercakap bahasa Melayu, dan menurut adat istiadat Melayu. Dalam Esiklopedia

Sejarah dan Kebudayaan Melayu 1998, DBP memerikan bahawa satu kelompok suku bangsa

di sekitar kepulauan Melayu keluarga Polinesia dari rumpun Austronesia. Mereka ialah

penutur teras bahasa Melayu yang mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam.

Sementara R.J Quarles Van Ufford, 1992 merujuk pada kerajaan Melayu terdapat konsep

‘daulat’ dan ‘derhaka’. Daulat ialah bahagia dan kuasa, derhaka ialah tidak taat atau khianat

kepada negara, iaitu menentang kekuasaan yang sah. Sejumlah sumber lain seperti The Book

of Duarte Barbosa Vol. II (1518M. sumber Portugis), Vallentijin (1712M.) - Belanda

JMBRAS, No. 13 (1884), Melayu : Hierarchies of Bering in Riau, Vivien Wee, 1985 dan J.M.

Gullick, ’Malay Society in the Late 19th Century, The Beginning of Change”, 1989

mengemukakan idea tentang Melayu. Rumusannya setiap orang Melayu beragama Islam dan

Page 4: DIASPORA BAHASA MELAYU - · PDF fileKonsep Diaspora Perkataan diaspora berasal dalam bahasa Greek yang bermakna populasi penduduk yang bertaburan dan asalnya terletak di dalamnya kawasan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

90

mempunyai beberapa nilai utama yang lebih tinggi dan budiman serta, bertindak sesuai

dengan hukum adat dan susila masyarakat.

Bangsa Melayu

Asal usul bangsa Melayu diketahui melalui bahasa penutur bangsa tersebut. Zuber Usman

(1997), perkataan bangsa Melayu berasal daripada perkataaan Himalaya, iaitu ‘hima’

bermaksud salji dan ‘alaya’ bermakna tempat sekali gus bererti tempat sejuk seperti di

puncak gunung yang tinggi. Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar

ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini,

antaranya pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada

pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang,

semasa banjir besar berlaku di bumi tetapi amnya terdapat dua teori mengenai asal-usul

bangsa Melayu, iaitu;

1. Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan atau Teori Yunnan

2. Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara atau Teori Nusantara

Teori Yunnan

Teori bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah mendominasi diaspora Melayu disokong oleh

beberapa ahli sejarah dan bahasa . Kajian didapati bangsa Melayu berasal dari Yunnan ke

Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan

Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Teori Melayu asal dari Asia Tengah

dikemukakan oleh Slametmuljana, sarjana bahasa yang membuat penyelidikan perbandingan

bahasa, merumuskan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu,

berasal dari Asia. Ini disusur galur pula oleh Asmah Haji Omar yang menegaskan bahawa

perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara secara beransur-ansur dan juga

melalui pelbagai laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui

Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Pendapat mereka sealiran dengan

R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan sarjana dari Wien, Austria telah membuat

kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Kajian terhadap kapak tua (beliung batu) yang

ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang.

Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan

Nusantara. Beliau merumuskan bahawa kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah

ke Kepulauan Melayu.

J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan

pelbagai bahasa Austronesia membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang

digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau

mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga

di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. Perkataan

tersebut antara lain ialah buluh, padi, pisang, rotan, nyiur, pandan, dan ubi. Berdasarkan

senarai perkataan yang dikajinya itu Kern merumuskan bahawa bahasa Melayu ini berasal

daripada satu induk yang ada di Asia. Sementara W. Marsden mendapati bahawa bahasa

Melayu dan bahasa Polinesia yang terdapat di beberapa buah pulau di Lautan Pasifik

adalah bahasa yang serumpun. Pendapatnya disokong oleh E. Aymonier dan A. Cabaton

yang mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy

berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa

Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya

Page 5: DIASPORA BAHASA MELAYU - · PDF fileKonsep Diaspora Perkataan diaspora berasal dalam bahasa Greek yang bermakna populasi penduduk yang bertaburan dan asalnya terletak di dalamnya kawasan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

91

mendapati bahawa bahasa Melayu khususnya bahasa Jawa menerima pengaruh dan serapan

bahasa Sanskrit.

Pendapat J.R. Foster yang mengemukakan pandangan bahawa wujud kesamaan

pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa

kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih induk, iaitu bahasa Melayu

Polinesia Purba. A.H. Keane ialah ahli filologi yang menyakinkan orang banyak tentang

asal usul bangsa Melayu dari Asia. Kajiannya berasaskan struktur bahasa Melayu serupa

dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea. Serbaliknya J.R. Logan yang mengkaji adat

resam suku bangsa dan G.K Nieman dan R.M Clark yang mengkaji bahasa mendapati

bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam ,

Burma dan Tibet. Beliau merumuskan persamaan adat resam itu berkait rapat dengan bahasa

yang mereka gunakan. Justeru, bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia, iaitu tanah asal

nenek moyang bangsa Melayu. Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari

Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan

perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro.

Teori Nusantara

Asal usul bahasa Melayu dari Kepulauan Melayu atau Nusantara sebagai asas diaspora

Melayu dikemukakan dan disokong sejumlah ahli sejarah dan bahasa, iaitu J.Crawfurd,

K. Hilmy, P.W. Schmidt, Sutan Takdir Alisjahbana dan Gorys Keraf. J. Crawfurd telah

membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan

Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal

daripada bahasa di Pulau Jawa , iaitu bahasa Jawa dan bahasa yang berasal dari Pulau

Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan induk bagi bahasa

serumpun yang terdapat di Nusantara. Mereka watan, iaitu bahasa Jawa yang tertua dan induk

yang menyebar ke tempat lain. Malah K. Hilmy yang memerikan perbandingan bunyi dan

bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara, merumuskan bahawa

bahasa Melayu Polinesia tidaklah serumpun dengan bahasa Campa hanya persamaan antara

bahasa Melayu dengan bahasa Champa suatu fenomena “ambilan’. Sementara rakan mereka,

iaitu Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf yang menyokong teori ini kerana

bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan

belas. Penemuan manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau

Jawa yang mewujudkan tamadun bersendirian suatu asas keturunan Melayu daripada manusia

kuno tersebut. Oleh itu, orang Melayu berasal dan berkembang di Nusantara dan bahasa di

Nusantara dari rumpun bahasa Austronesia mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa

di Asia Tengah, iaitu bahasa Indo-Eropah.

Asal Usul Bahasa Melayu Asal usul sesuatu bahasa, berkait rapat dengan asal bangsa yang menjadi penutur bahasa

tersebut sekali gus memperlihatkan variasi diaspora Melayu. Melayu Proto adalah asal

bangsa Melayu dari golongan Austronesia di Yunan. Mereka berpindah ke Asia Tenggara

sejak zaman Batu Baru 2500 sebelum masihi . Perpindahan itu mewujudkan keturunannya,

iaitu orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

Melayu Deutro adalah kumpulan kedua yang berhijrah dari Yunan. Mereka migrasi

ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi. Keturunannya orang

Melayu di Malaysia yang mahir dan bijak berbanding Melayu Proto. Mereka juga mahir

bercucuk tanam, ahli astronomi dan pelayaran. Mereka tinggal di kawasan pantai dan

Page 6: DIASPORA BAHASA MELAYU - · PDF fileKonsep Diaspora Perkataan diaspora berasal dalam bahasa Greek yang bermakna populasi penduduk yang bertaburan dan asalnya terletak di dalamnya kawasan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

92

di Lembah di Asia Tenggara. Mereka lebih dikenali sebagai Austronesia yang menurunkan

bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang . Nik Safiah Karim menyatakan bahawa

bahasa Melayu adalah turunan bahasa Austronesia, dari bahasa induk, iaitu rumpun bahasa

Austroasia dan Tibet-China.

Melayu dan Ras Melayu

Pengertian konsep Melayu ini sebagai cerminan bahawa mereka suatu bangsa yang gigih dan

mencipta kebudayaan dan kesenian selaras peredaran waktu. Orang Barat menamakan orang

Melayu berasaskan warna kulit, profil tubuh dan bahasa yang digunakan. Ada versi Barat

mengatakan bahawa peribumi Nusantara berasal dari dataran Yunan yang kemudiannya

berpindah ke Indo Cina dan Kemboja, dan seterusnya Nusantara, iaitu kira-kira 12 ribu tahun

yang lalu. Gelombang perpindahan ditandai dan didominasi oleh 4 ras utama, iaitu Negrito,

Weddoid, Melayu Proto dan Melayu Deutro. Ras Negrito merupakan penduduk paling awal

di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan wujud 1000 SM berdasarkan penerokaan

arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang

yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar,

berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek dan kecil. Ras Weddoidpula

mempunyai sifat tubuh kecil, kulit coklat muda, rambut ikal dan hidung pesek. Ras Melayu

sebelum Proto dan Deutro hidup dalam budaya Palaeotithicum dan Neolithium, mereka

tinggal di gua batu, alat perkakas daripada batu yang digosok.

Melayu Proto atau Melayu Kuno bangsa Austronesia kumpulan pertama yang

datang ke kawasan Nusantara sekitar tahun 2500 SM . Dari kawasan pergunungan, mereka

menggunakan beberapa laluan seperti sungai-sungai untuk berpindah. Mereka mahir dalam

bidang lautan dan bercucuk tanam serta mempunyai peradaban yang lebih maju daripada

orang Negrito. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dikenali sebagai Melayu

Negosiddek mempunyai ciri-ciri rambut lurus dan kulit coklat muda. Manakala ras Melayu

Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku

pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran

berlayar seperti suku Aceh, Jawa, Melayu pesisir, Minangkabau dan lain-lain.

Resensi Istilah Melayu

Dalam membicarakan diaspora Melayu perkara pokok tentang istilah Melayu yang

diperkatakan oleh M.Ptolemy, sebagai “moleu-kolon” yang merujuk satu tempat di Utara

Pantai Timur Semenanjung Malaysia, iaitu Tanjung Kuantan. Dalam kitab Purana Hindu

Purba terdapat perkataan “Malaya Dvipa” yang merujuk pulau Sumatera tempat asal bahasa

Melayu. Sementara Asmah Haji Omar (1988) mengungkapkan tentang Melayu sebagai

petunjuk kepada sesuatu kebudayaan dan mencerminkan penuturnya. Istilah Melayu

dikaitkan nama bangsa dan bahasa Melayu apabila adanya kerajaan Melayu seperti kerajaan

Sriwijaya, Majapahit, kerajaan Aceh, Samudera-Pasai, Kesultanan Melaka dan Johor-Riau.

Sejak abad ke-17 ia merujuk kepada keturunan atau kerabat raja-raja Melayu dari Sumatera

suku bangsa serumpun di Nusantara. Badan dunia, iaitu UNESCO (1972) menggarapkan

istilah Melayu merujuk suku bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, Thailand,

Indonesia, Filifina dan Madagaskar. Kepulauan Melayu terbesar dan paling banyak gunung

berapi di dunia dihuni ras Melayu selain takrif UNESCO ialah Brunei, Singapura, Timur

Laste dan Papua New Guine atau pulau Irian di Malaysia Timur yang keluasan 2 juta

KM persegi dengan populasi 300 juta. Borneo dan Sumatera merupakan pulau terbesar

Page 7: DIASPORA BAHASA MELAYU - · PDF fileKonsep Diaspora Perkataan diaspora berasal dalam bahasa Greek yang bermakna populasi penduduk yang bertaburan dan asalnya terletak di dalamnya kawasan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

93

manakala pulau Jawa paling padat penduduk dan Kota Kinabalu di Sabah, Malaysia puncak

gunung tertinggi di kepulauan Melayu merupakan alam diaspora Melayu.

Istilah Melayu membawa maksud dan pengertian yang berbeza dirincikan dari aspek

etnik Melayu, sebuah kaum atau suku yang merupakan penduduk asal Asia Tenggara

berketurunan Austronesia. Bahasa Melayu dinobat mohor bahasa ibunda kepada orang

Melayu di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, yang didiami oleh penduduk berketurunan

Austronesia dan juga nama lain bagi Nusantara atau Hesperanesia tetapi Tanah Melayu, nama

khusus Semenanjung Malaysia, iaitu sebuah semenajung utama terletak di Asia Tenggara.

Sementara Sungai Melayu, sebuah anak sungai yang terletak di Sumatera, Indonesia didiami

bangsa Melayu terbanyak. Lokasi kerajaan purba yang terletak di Sumatera pasak kerajaan

Melayu. Manakala rumpun Bangsa Melayu, sinonim bangsa Austronesia atau Melayu-

Polinesia di Asia Tenggara.Pasak kekal peradaban Melayu ialah konsep Ketuanan Melayu,

prinsip ideologi politik yang diamalkan di Malaysia tersohor dipanggil orang Melayu

Malaysia sedangkan orang Melayu Sri Lanka hanya satu etnik Melayu di Sri Lanka dalam

geopolitik kaum Tamil berbeza dengan orang Melayu di Singapura melalui sejarah lampau

kumpulan etnik Melayu di Singapura akibat pola politik sedangkan orang Melayu Thai suatu

etnik Melayu di Thailand kesan keruntuhan kerajaan Melayu silam. Penjajahan mewujudkan

Melayu Cape, iaitu etnik atau komuniti di Afrika Selatan di Benua Afrika yang sama dengan

orang Melayu Cocos ialah etnik Melayu di kepulauan Cocos (Keling) di Australia.

Dalam buku Sejarah Melayu atau Sulatus Salatin disusun sekitar 1612 merupakan teks

tertua yang bertulis dalam bahasa Melayu dan sumber yang otentik untuk informasi

mengenai kemelayuan. Dalam teks menyatakan bahawa Melayu ialah nama sungai di

Sumatera Selatan yang mengalir disekitar bukit Si Guntang dekat Palembang. Si Guntang

merupakan tempat pemunculan pertama tiga orang raja yang datang ke alam Melayu. Mereka

adalah asal dari keturunan raja-raja Melayu di Palembang , iaitu Singapura, Malaka dan

Johor, Minangkabau dan Tanjung Pura. Tertera juga anggota kerajaan Melaka berketurunan

Melayu dari daerah Palembang seperti keluarga raja-raja di Negeri Sembilan, iaitu: Yang

Dipertuan Ali Alamsyah yang dianggap keturunan langsung dari Raja Minangkabau terakhir.

Waktu yang sama sebutan Melayu merujuk pada keturunan sekelompok kecil orang

Sumatera . Diaspora Melayu dalam definisi istilah Melayu berdasarkan budaya dan adat,

orang Melayu yang mempunyai etika, tingkah laku, adab dan adat istiadat Melayu. Ini

diperkukuh melalui ajaran Islam terutama penganut teramai di daerah Sumatera dan

Semenanjung Melaka, keyakinan dan ketaatan terhadap agama Islam menjadi salah satu ciri

khas dari orang Melayu hingga William Marsden pada abad ke-18 menyebutkan bahawa

dalam percakapan sehari-hari, penyebutan bangsa Melayu adalah sama dengan sebutan

bangsa Moor di India dalam konteks ketaatannya terhadap agama Islam.

Kawasan Penyebaran dan Tadahan Diaspora Melayu

Penyebaran bahasa Melayu yang luas sehingga wujud konsep tadahan seperti dibicarakan

oleh Asmah Haji Omar. Tadahan satu konfigurasi yang memungkinkan bahasa dapat hidup

dan berkembang . Konsep konfigurasi disamakan dengan bentuk, lakaran, susun atur dan

sistem untuk menjalankan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi dan berfikir. Tadahan

terangkum dalam organisasi dan sistem sosial, amalan sosioekonomi, agama, penglihatan

dunia, pendidikan dan semiotik atau semiologi (tanda dan lambang lingustik). Pada awalnya

orang Melayu dikatakan berasal dari China Selatan dan kawasan Asia Tengah , iaitu Yunnan,

Assam di Myanmar dan Champa di Indo-China Selatan. Perpindahan dua kelompok Melayu

Page 8: DIASPORA BAHASA MELAYU - · PDF fileKonsep Diaspora Perkataan diaspora berasal dalam bahasa Greek yang bermakna populasi penduduk yang bertaburan dan asalnya terletak di dalamnya kawasan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

94

Proto dan Deutro ke kawasan Nusantara sekitar tahun 2500 SM melalui Hipotesis P.Sarasin

dan F. Sarasin pada tahun 1892 kemudian diperkukuhkan oleh R.H.Geldern, 1932 kajian

terhadap bentuk dan jenis beliung batu bersegi panjang yang ditemui di sungai Hwang Ho,

sungai Yangtze, sungai Mekong, sungai Salween, sungai Irrawadi dan sungai Brahmaputra

turut dijumpai di beberapa kawasan di Nusantara. Mobiliti orang Melayu membawa bersama

bahasa di samping peralatan hidup seperti beliung ke Kepulauan Melayu mencerminkan

tahap kebudayaan dan peradaban penutur yang dicapai.

Mobiliti bangsa Melayu yang pertama dikesan laluan dari hulu sungai di Myanmar ke

Selatan dan terus ke pulau Nicobar serta utara pulau Sematera yang dikenali Aceh kini. Dari

Aceh kumpulan ini mobiliti ke Selatan dan pulau-pulau lain di Asia Tenggara. Selanjutnya,

laluan kedua dari hulu sungai di Thailand, menuju ke selatan hingga Segenting Kra dan terus

ke Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa dan pulau-pulau lain.Pergerakan laluan

ketiga pula dari hulu sungai di Vietnam ke selatan dan menyeberang ke Kalimantan sebelum

ke pulau-pulau Filifina dan terus ke selatan pulau-pulau lain dari Formosa, Taiwan

merupakan laluan keempat dalam carian arah mobiliti Melayu. Kehidupan mereka khususnya

Melayu Proto sering berpindah randah tetapi mahir membuat alat bercucuk tanam dan alat

perhiasan. Kumpulan ini digelar zaman Neolitik atau zaman Batu Baru. Mereka makin ke

pedalaman, kawasan hutan, lembah dan pergunungan, mereka merupakan nenek moyang

kepada orang Asli seperti Jakun, Senoi, Temuan, Biduanda dan sebagai apabila tiba

kumpulan Melayu Deutro. dari daerah Yunan di selatan China melalui jalan dan laluan

Melayu Proto yang tinggal di kawasan subur seperti di pinggir dan pesisir pantai, lembah

sungai yang subur di Nusantara. Melayu Deutro telah pandai menggunakan logam dan besi

sebagai alat perburuan dan pertanian. Melayu Deutro dikenali zaman logam. Kemahiran

tinggi dalam pelayaran membuka penempatan baru di pulau-pulau di seluruh Nusantara.

Kawasan itu berkembang dan mereka menjadi bangsa Melayu yang ada sekarang.

Kawasan Nusantara sebagai gugusan pulau Melayu kerana terdapat bangsa Melayu

di kawasannya. Pendapat yang menolak bangsa Melayu dari Asia Tengah berdasarkan

beberapa tempat dirujuk sebagai kawasan asal bahasa Austronesia, iaitu rumpun bahasa yang

menurunkan bahasa Melayu di Jawa, Sumatera, Melanesia, Formosa, New Guinea dan

Filifina. Marsden menyatakan bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Polinesia, Melanesia

dan Mikronesia. Induk bagi ketiga-tiga bahasa ini ialah Austronesia kerana kekerabatan

antara bahasa tersebut tidak terdapat pada bahasa-bahasa di Asia Tengah. Dalam kajian

Geografi, Nusantara merupakan kawasan daratan yang luas dikenali Pentas Sunda tetapi

ketika pencairan glasier, berlaku kenaikan paras permukaan air laut di pentas ini

mengakibatkan Pentas Sunda ditenggalami air dan beberapa daratan tinggi telah terpisah dan

menjadi pulau. Pentas Sunda terpecah kepada Semenanjung Tanah Melayu, pulau Sumatera,

pulau Kalimantan dan pulau-pulau di Indonesia, iaitu Borneo, Jawa, Palawan, kepulaun Riau

dan Lingga.

Perpindahan orangg Melayu ke kawasan di luar alam Melayu, iaitu Arab Saudi, Sri

Langka dan Afrika Selatan. Fenomena penghijrahan sejak zaman Sriwijaya antara abad ke-7

hingga abad ke-13 secara kecil-kecilan dan mungkin berkeluarga. Rumpun Melayu itu

berhijrah dengan belayar ke Pulau Madagaskar di pantai timur benua Afrika. Mereka

dikatakan penyumbang kepada tamadun awal di pantai timur benua Afrika dengan

memperkenalkan kegiatan bercucuk tanam dan memelihara ternakan. Kajian mendapati

adanya komuniti penutur Melayu yang kekal dan lama waktu di tempat asing sebagai

Page 9: DIASPORA BAHASA MELAYU - · PDF fileKonsep Diaspora Perkataan diaspora berasal dalam bahasa Greek yang bermakna populasi penduduk yang bertaburan dan asalnya terletak di dalamnya kawasan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

95

ceriteria dari kawasan penyebaran teras. Sementara kawasan penyebaran dinamik dari unsur

pergerakan bahasa Melayu mencapai keluasan geografi dan jumlah penutur yang bertambah

sebagai kompas diaspora Melayu berasal daripada rumpun Melayu yang dikenali sebagai

kumpulan minoriti tetapi pribumi kepada negaranya seperti Singapura, Thailand Selatan,

Vietnam, Taiwan dan Myanmar Selatan.

Faktor Penyebaran Bahasa Melayu Dalam Diaspora Melayu

Perpindahan penutur bahasa Melayu dari tempat asal menyebabkan pergerakan orang Melayu

baik di semenanjung Tanah Melayu atau ke pulau-pulau telah mendirikan komuniti

di kawasan baru seperti Melayu Brunei yang berasal dari Johor dan orang Melayu dari

semenanjung Tanah Melayu Kampar di Perak dan Batang Kali, Selangor asalnya dari

Sumatera. Perdagangan antara faktor penyebaran bahasa Melayu dari zaman berzaman

penduduk di kepulauan Melayu menjalankan perdagangan secara pertukaran barang

menggunakan bahasa perantaraan, iaitu bahasa Melayu baik di pusat perdagangan mahupun

pelabuhan. Malahan penjajah Barat menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca untuk

berhubung dengan penduduk tempatan dari satu pulau ke pulau lain yang memudahkan

urusan kehidupan dan tadbir urus. Ini mewujudkan sifat hubungan diplomasi antara satu

kerajaan degan kerajaan lain dalam suasana persahabatan. Manuskrip Surat Tenate dan surat-

menyurat antara Raja Melayu dengan pihak Barat yang tersimpan di arkib dan pustaka dunia

suatu pasak bukti bahasa Melayu tersebar pada era itu. Sementara kembara menyebar

dakwah dan menuntut ilmu dalam bahasa Melayu dikesan sejak awal abad masehi di alam

Melayu. Manuskrip sastera Melayu dibawa ke England, Belanda dan Eropah mendorong

sarjana-sarjana Barat mempelajari bahasa Melayu. Dengan itu wujud pengajian bahasa

Melayu di universiti London, Leiden, Hamburg, Moscow dan lain-lain. Para pengembang

kepercayaan beragama seperti Hindu dan Buddha malah agama Islam dan Kristian

kemudian giat menggunakan bahasa Melayu sama ada dalam teks agama atau dakwah dan

dakyah dalam aktiviti dan proses penyebaran agama masing-masing. Penyebaran bahasa

Melayu sebagai bahasa asing suatu ruang kompas wujud kosa kata asing, kamus istilah dan

kamus bahasa dalam bentuk senarai kata dan penyusunan kamus Melayu dan kamus

dwibahasa.

Tadahan Diaspora Melayu Era Penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris Dan Perancis Penjajahan Barat menyebabkan wujud dua kelompok Melayu, iaitu kumpulan minoriti

di tanah air sendiri dan penghijrahan kelompok-kelompok kecil dari alam Melayu. Kelompok

pertama, Melayu minoriti di Singapura dan di Wilayah Melayu Thailand Selatan. Rumpun

Melayu ini adalah peribumi di negara-negara berkenaan, iaitu Singapura dan Thailand.

Sementara penghijrahan kelompok-kelompok kecil dari alam Melayu, khususnya dari

Indonesia dan Malaysia, ke negara-negara di luar alam Melayu. Penjajahan Portugis pada

awal abad ke-16 (1509) disusuli penjajah Belanda yang menguasai kepulauan alam Melayu,

yang menamakan Hindia Belanda Indonesia (1600) serta menakluk Melaka dari Portugis

pada 1641, disusuli pula oleh kedatangan Inggeris pada suku ketiga abad ke-18 yang

bertapak di Pulau Pinang pada 1786 telah meninggalkan kesan yang besar dari aspek

geopolitik dan kehidupan kepada penduduk di Alam Melayu yang sebelumnya negara

kerabat tanpa terpisah kepada lima negara baru seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunei

dan Singapura. Portugis yang menguasai Melaka, Sri Lanka (Ceylon) dan kawasan pesisir

India seperti pelabuhan Goa mulai awal abad ke-16 membuka lembaran sejarah ‘diaspora

Melayu’ dengan membawa kumpulan-kumpulan kecil Melayu dari Melaka ke Ceylon sebagai

hamba tawanan, pekerja kapal dan sebagai askar upahan. Namun, penguasaan Portugis ke

Page 10: DIASPORA BAHASA MELAYU - · PDF fileKonsep Diaspora Perkataan diaspora berasal dalam bahasa Greek yang bermakna populasi penduduk yang bertaburan dan asalnya terletak di dalamnya kawasan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

96

atas Melaka walaupun lama dari tahun 1511-1641, iaitu selama 130 tahun tetapi tidak

berjaya meluaskan wilayah penjajahannya dan tidak aktif kegiatan perdagangannya. Ini

bermakna perpindahan rumpun Melayu sedikit jumlahnya dan hanya terhad ke Sri Lanka.

Penjajahan Belanda apabila perebutan wilayah di antara Portugis dan Belanda

memihak kepada Belanda kerana angkatan laut lebih bersedia dan tenaga manusia yang lebih

besar. Belanda berjaya mengambil alih Ceylon melalui peperangan dan menguasai

sebahagian wilayah kepulauan Melayu yang diganti kepada nama Indonesia yang

bermaksud ‘India Yang Jauh’ atau Further India, sekali gus mengambil alih Melaka dari

Portugis secara perundingan pada 1641. Belanda menguasai kawasan di kepulauan Melayu

yang amat luas serta tempoh melebihi 300 tahun berbanding dengan penguasaan ke atas

Melaka di Semenanjung Tanah Melayu yang terhad dan kecil kawasan taklukannya selama

183 tahun dari tahun 1641 hingga tahun 1824. Penguasaan ke atas Semenanjung Tanah

Melayu hanya di wilayah Melaka sahaja manakala tentangan terhadapnya juga tidak sengit

dari orang Melayu di Semenanjung. Sementara pengaruh dan penguasaan kuat Belanda di

Indonesia telah membangkitkan semangat nasionalisme dan tentangan hebat dalam

kalangan pribumi dan memakan masa lama untuk mematahkannya. Akibat daripada

penjajahan, peperangan dan juga perdagangan itu telah membawa kepada perpindahan

penduduk rumpun Melayu ke luar alam Melayu, seperti Sri Lanka, Afrika Selatan, Surinam

dan Belanda. Sebahagian besar mereka berhijrah secara paksaan sebagai hamba yang

diperdagang, pesalah dan buangan politik termasuk ulama dan kerabat diraja, serta golongan

awam yang berhijrah secara sukarela sebagai pekerja atau kelasi kapal dan sebagai tentera

upahan. Merekalah yang membawa agama Islam ke sana, dan Islam kekal sebagai salah satu

agama yang dianuti oleh kelompok minoriti yang diiktiraf kehadiran mereka oleh kerajaan

majoriti yang beragama Buddha di Sri Lanka, yang beragama Kristian di Afrika Selatan,

Surinam dan Belanda.

Penjajahan Inggeris di Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura dan Borneo

Utara sekadar 80 tahun sahaja tetapi ia meninggalkan kesan yang amat mendalam dari segi

mentransformasikan ekonomi tradisional kepada ekonomi perdagangan, membina prasarana

komunikasi moden, pengenalan urusan pentadbiran birokrasi, undang-undang tanah,

pendidikan moden, serta pengenalan sistem politik demokrasi dan kehakiman yang

menggantikan Sistem Kerajaan Melayu Lama. Antara kesan besar yang merubah geososio

budaya alam Melayu ialah masyarakat majmuk menerusi migrasi besar-besaran orang Cina

dan India ke wilayah ini. Kesan geopoliliti pula menjadikan orang Melayu di Singapura, di

Segenting Kra, Myanmar Selatan dan di Selatan Thailand sebagai pribumi yang berstatus

minoriti. Pada zaman penjajahan Inggeris juga diaspora rumpun Melayu bertebaran secara

kecil-kecilan kerana penghijrahan ke Pulau Cocos dan Pulau Krismas yang akhirnya

membawa sebahagian mereka berhijrah ke benua Australia. Terdapat sebahagian kecil

mereka yang bekerja dengan kapal perdagangan Inggeris dan akhirnya memilih untuk tinggal

menetap di England seperti di Liverpool. Sementara kehadiran kapal-kapal perdagangan yang

menggunakan enjin kuasa wap yang berulang-alik dari alam Melayu ke Timur Tengah telah

membolehkan orang-orang Melayu belayar ke Arab Saudi dan Mesir untuk menuntut ilmu

agama Islam serta untuk menunaikan fardu haji di Mekah. Sebahagian kecil daripada mereka

ini yang berasal dari Malaysia dan Selatan Thailand memilih untuk mencari pekerjaan dan

tinggal menetap di sana sebagai kelompok Melayu diaspora sebagai pilihan sehingga tamat

penjajahan.

Page 11: DIASPORA BAHASA MELAYU - · PDF fileKonsep Diaspora Perkataan diaspora berasal dalam bahasa Greek yang bermakna populasi penduduk yang bertaburan dan asalnya terletak di dalamnya kawasan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

97

Sementara Penjajahan Perancis di semenanjung Indo-China meliputi Vietnam,

Kemboja dan Laos manakala penjajahan Sepanyol di Filipina tidak langsung membawa

penghijrahan rumpun Melayu ke negara-negara di luar alam Melayu kerana tidak wujud

tekanan dan kemudahan untuk mereka meninggalkan tanah air dan berhijrah ke Perancis atau

negara-negara Eropah lainnya. Sebaliknya mereka berhijrah selepas penjajah Perancis dan

Sepanyol kembali ke nagara mereka dan perang saudara kerana perebutan kuasa serta

pengaruh komunis yang berjuang di bawah prinsip komunisme di Semenanjung Indo-

China.

Pascaperang Vietnam kian memuncak pada awal 70-an, menyebabkan puak minoriti

Melayu Champa menghadapi tekanan hidup dan mangsa pengaruh komunisme. Majoriti

mereka mobiliti melalui jalan darat ke Kemboja dan mewujudkan diaspora Melayu

dengan penempatan baru yang dinamakan ‘kampung’. Hegemoni komunisme menyaksikan

gerila komunis Khmer Rouge yang ganas mengorbankan lebih setengah juta orang-orang

Champa beragama Islam di Kemboja. Kelompok kecil telah berjaya melarikan diri

menyeberangi sempadan Thailand dan akhirnya diberi perlindungan di Malaysia. Sebahagian

lain berhijrah sebagai pelarian perang dan yang mempunyai kewangan berhijrah ke negara-

negara yang memberi perlindungan seperti Perancis dan Amerika Syarikat atas sifat

kemanusiaan.

Kedudukan bahasa Melayu dalam Diaspora Melayu

Penghijrahan orang Melayu 200 hingga 300 tahun silam sudah berasimilasi dengan

masyarakat dan budaya dominan seperti Afrika Selatan dan Sri Langka. Orang Melayu

kekal sifat bangsanya kerana pegangan Islam, susur galur dan keturunan serta pengakuan

diri sebagai orang Melayu. Orang Melayu yang berhijrah ke pulau Madagaska sekitar 500

hingga 1000 tahun silam tetap pasak jati diri bangsa yang unik malah berjaya menubuh

kerajaan pertama di pulau itu yang melayakkan mereka diiktiraf sebagai pribumi pulau

Madagaskar. Kehadiran mereka di pulau itu sekian lama dipanggil bangsa Merina, iaitu

bangsa pertama menubuhkan Kerajaan Merina di negara itu. Orang Melayu berhijrah sekitar

100 tahun ke Arab Saudi, Australia, Amerika Syarikat dan Surinam. Di sesetengah negara

seperti Australia, Arab Saudi, Britain dan Amerika Syarikat, penghijrahan rumpun Melayu

dari alam Melayu ke negara-negara tersebut berterusan hingga akhir abad ke-20 serta

memasuki abad ke-21 ini. Berbeza daripada zaman penjajahan apabila sebahagian

penghijrahan itu adalah kerana dipaksa, penghijrahan pada zaman pascamerdeka dari negara-

negara Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei berlaku secara sukarela, iaitu untuk

mencari pekerjaan ataupun untuk mendapatkan ilmu tetapi kemudiannya memilih untuk

tinggal menetap di negara-negara berkenaan dan masih mengekalkan jati diri dengan

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan seharian, mengamalkan adat resam

Melayu dan berpegang teguh pada ajaran Islam. Rumpun Melayu sebagai kumpulan minoriti

tetapi merupakan peribumi kepada negara terdapat di Singapura, Selatan Thailand, Vietnam,

Selatan Myanmar dan Taiwan (Farmosa). Di negara-negara di luar Alam Melayu mereka

adalah penghijrah atau kelompok diaspora Melayu. Melayu yang minoriti di negara itu

berada di bawah dominasi budaya dan masyarakat dominan yang cuba mengasimilasikan

mereka ke alam masyarakat dominan bukan Melayu tetapi mereka menghadapi cabaran getir

untuk mempertahan dan mengekalkan jati diri sebagai rumpun bangsa Melayu.

Page 12: DIASPORA BAHASA MELAYU - · PDF fileKonsep Diaspora Perkataan diaspora berasal dalam bahasa Greek yang bermakna populasi penduduk yang bertaburan dan asalnya terletak di dalamnya kawasan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

98

Rumpun Melayu sebagai minoriti terdapat di Pulau Hainan dan wilayah Kwantung

di Selatan negeri Cina. Mereka dipercayai adalah daripada keturunan Champa yang

mendiami pesisiran pantai Semenanjung Indo-China. Sekumpulan yang agak besar keturunan

Melayu Champa dari Vietnam itu, disebabkan oleh peperangan berhijrah dan menjadi

penduduk tetap di negara Cambodia, dianggarkan hampir sejuta orang. Di Vietnam mereka

adalah penduduk pribumi yang pernah menubuhkan kerajaan Melayu Champa yang bertahan

agak lama dari abad ke-2 hingga ke pertengahan abad ke-15 Masihi. Kerajaan Champa itu

tumbang setelah sekian lama berperang dengan bangsa Daiviets dari utara yang kini

menjadikan wilayah itu sebagai Vietnam. Di Segenting Kra, terdapat sekitar 100,000 pribumi

Melayu tetapi perkampungan mereka termasuk ke dalam sempadan Selatan Myanmar.

Sebahagian besar diaspora Melayu, iaitu mereka yang berhijrah dan menjadi

kelompok minoriti di negara-negara di luar alam Melayu, melakukan penghijrahan pada

zaman penjajahan di wilayah budaya alam Melayu. Ini termasuklah kewujudan diaspora

Melayu di Australia, Britain, Sri Lanka, Afrika Selatan, Surinam, Arab Saudi dan beberapa

lagi. Mobilti Melayu juga berlaku pada zaman selepas penjajahan seperti kehadiran rumpun

Melayu keturunan Champa di Amerika Syarikat dan Perancis serta rumpun Melayu dari

wilayah Patani (Selatan Siam) dan Malaysia di Arab Saudi dan Mesir, serta rumpun Melayu

Sri Lanka di Kanada. Akhirnya kelompok diaspora Melayu yang berada di negara-negara di

luar Alam Melayu seperti China, Australia, Madagaskar, Sri Lanka, Afrika Selatan, Kemboja,

Mesir, Arab Saudi, Perancis, Belanda, Britain, Amerika Syarikat dan Surinam adalah juga

kumpulan minoriti di negara-negara tersebut. Bagi negara-negara seperti Singapura,

Thailand, Vietnam, Myanmar dan Taiwan, mereka adalah kumpulan minoriti tetapi

kedudukan mereka adalah sebagai pribumi di negara-negara tersebut.

Kesimpulan

Bahasa Melayu pada asalnya satu rumpun yang disebut rumpun bahasa Austronesia Barat

atau bahasa Nusantara. Kajian asal usul bahasa Melayu seiring dengan salsilah bangsa

Melayu dalam banyak versi dan teori malah yang paling akhir induk Melayu di Benua

Sunda. Pertumbuhan bahasa Melayu berpasak dari Sumatera Selatan, Palembang, dan

Jambi . Pusat-pusat pengembangan bahasa Melayu sehingga wujud kerajaan Pasai-Samudera

pada abad ke-13M, Kesultanan Melaka abad ke-15 M , kerajaan Johor lebih seabad sebelum

tewas oleh Portugis 1511, kerajaan Aceh abad ke -17 M dan kerajaan Johor-Riau antara tahun

1699-1824 sebelum dikalahkan Belanda. Selain itu, pusat kebudayaan dan kebahasaan

Melayu pada zaman bahasa Melayu Klasik ialah Kesultanan Banjar atau Kalimantan Selatan

sekarang , kerajaan Goa atau Makasar, kerajaan Patani emapayar Sriwijaya dan Kesultanan

Palembang yang terkenal dengan nama Sriwijaya.

Kedudukan rumpun Melayu sebagai populasi penduduk yang bertaburan dan

bertebaran di merata-rata tempat dikenali diaspora Melayu . Mereka yang berhijrah telah

berasimilasi dengan masyarakat dan budaya masyarakat dominan. Walaubagaimanapun

pegangan Islam kuat dan susur galur sejarah penghijrahan, pengakuan diri sebagai orang

Melayu ,pertuturan seharian dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu

merupakan unsur penting untuk mereka dilabelkan sebagai orang atau keturunan Melayu

dalam diaspora Melayu. Perpindahan rumpun Melayu telah berjaya membina jati diri yang

unik dan diikhtiraf pribumi apabila berjaya menubuhkan kerajaan yang pertama di pulau

Madagaskar.

Page 13: DIASPORA BAHASA MELAYU - · PDF fileKonsep Diaspora Perkataan diaspora berasal dalam bahasa Greek yang bermakna populasi penduduk yang bertaburan dan asalnya terletak di dalamnya kawasan

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 87-99 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

99

Oleh itu, pemahaman sejarah asal usul bangsa dan tanah air suatu nilai kemanusiaan

membina kenegaraan yang aman dan harmoni kerana melalui sejarah sebagai petunjuk dan

sempadan yang memupuk kesedaran wargenagara untuk melestarikan peradaban tinggi dan

kemajuan negara. Nilai sejarah bukan bahan arkib semata-mata tetapi satu juzuk dalam rukun

negara di Malaysia melaui taat setia pada tanah air dan pemuliharaan nilai sejarah baik

melaui pewujudan muzium dan pengajian Sejarah suatu usaha mulia seiring dinamik

diaspora bahasa Melayu.

Rujukan

Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain. (2006). Sejarah Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Amat Juhari Moain. (2001). Sejarah dan rumpun Bahasa Melayu. Serdang: Universiti Puta

Malaysia.

Asmah Hj. Omar. (2005). Alat dan penyebaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. (2008). The Malays in Australia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Bunce, Pauline. (1993). Kepulauan Cocos (Keeling): Masyarakat Melayu di Australia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Darwis Harahap.(1992). Sejarah pertumbuhan Bahasa Melayu. Pulau Pinang: Universiti

Sains Malaysia.

Hashim Musa.(2006). Epigrafi Melayu Sejarah sistem tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Husseinmiya, B.A. (1989). Orang Regiment, the Malays of the Ceylon rifle. Bangi : UKM.

Ismail Hussein. (1984). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharah Sulaiman, Wan Hashim Wan The, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.

(2016). Asal usul Melayu induknya di benua Sunda. Tanjong Malim: Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Zulkeflee Haji Yaacob. (2017).“Sejarah Bahasa Melayu”. Kumpulan nota kuliah dan

ceramah di bilik kuliah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan

Idris, Tanjong Malim, Perak sesi 1 2016/2017