DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2020. 9. 4. · GRAFIK Encik Azmi bin Awang...

16

Transcript of DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2020. 9. 4. · GRAFIK Encik Azmi bin Awang...

Page 1: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2020. 9. 4. · GRAFIK Encik Azmi bin Awang Hashim JURUTAIP Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS JURUFOTO Encik Jamiun

DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN,ROLAND FRED PHAN, A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2020.

Page 2: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2020. 9. 4. · GRAFIK Encik Azmi bin Awang Hashim JURUTAIP Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS JURUFOTO Encik Jamiun

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Perdana Menter i Malays ia Tan Sr i Muhyiddin Yass in mengumumkan PKPP dilanjutkan kerana kerajaan masih memerlukan mekanisme undang-undang untuk meneruskan usaha-usaha mencegah dan mengawal penularannya walau keadaan wabak ini adalah terkawal. Perdana Menteri itu berkata tindakan penguatkuasaan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) masih boleh diambil bagi memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan.

PKPP mula dikuatkuasakan mulai 10 Jun lalu bagi menggantikan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), dengan lebih banyak kelonggaran dalam kegiatan ekonomi dan sosial. Dengan penguatkuasaan PKPP, hampir semua kegiatan sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan dan sektor ekonomi akan beroperasi semula secara berperingkat, dengan pematuhan sepenuhnya terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Perdana Menteri itu juga berkata Malaysia masih berdepan risiko penularan wabak COVID-19 seperti yang dapat dilihat dengan wujudnya beberapa kluster baru seperti Sivagangga, Tawar dan Sala di Kedah, Sanglang di Perlis dan satu kluster di Sarawak. Justeru itu, tindakan-tindakan yang tegas dan tangkas perlu diambil sebelum ia merebak dengan lebih meluas. Mengambil kira tempoh yang lama sebelum negara bebas sepenuhnya daripada wabak itu, beliau menambah kerajaan akan terus melaksanakan pendekatan bersasar di kawasan yang terdapat jangkitan, misalnya menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar.

Apa yang menarik dalam ucapannya ini ialah beliau menegaskan bahawa semua kita adalah frontliners yang berada di barisan paling depan untuk memerangi wabak ini dan jika kita dapat memainkan peranan masing-masing, kita akan berjaya untuk bebas daripada wabak ini dengan lebih cepat.

“Amalkan budaya yang sihat. Kita jaga kita”.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Haji Baharudin Haji Alwi

EDITOR/KETUA PENYELARASCik Nur Faezah binti Jaafar

([email protected])

SIDANG PENGARANGAdi Pitang

([email protected])Ustaz Asmuni Ali

([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Encik Abdu Khalil bin HassanUstaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Syafiq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Encik Mohd Fauzee bin HarithCik Nursyuhada Aspar

PENGURUSANCik Nur Idilah binti Jamirin

GRAFIKEncik Azmi bin Awang Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahTingkat 3, 4, 9 & 10, Blok A, Wisma MUIS,

Beg Berkunci 103, 88737 KOTA KINABALU, SABAHTel.: 088-222435

Faks: 088-257358

Bahagian Penyelidikan dan Informasi serta Unit Makanan dan Bahan Gunaan Islam (MGI) JHEAINS telah menganjurkan Kursus Penceramah Modul Persijilan Halal dan Modul Kesedaran Makanan

Gunaan Islam pada 11 dan 12 Ogos 2020 di bilik Hijrah Tingkat 2 Wisma MUIS. Peserta kursus tersebut dihadiri daripada Pegawai JHEAINS yang dipilih dari seluruh Daerah. Tiga orang penceramah jemputan iaitu daripada Hab Halal JAKIM Putrajaya Kuala Lumpur, Pegawai KPDNHEP dan Profesor daripada

Universiti Malaysia Sabah (UMS). Majlis penangguhan dan penyampaian sijil kursus tersebut disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS.

Turut hadir Ustaz Haji Baharuddin Haji Alwi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian PenyelidikanInformasi JHEAINS.

Dari Meja Editor

SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M 15

Peristiwa

Page 3: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2020. 9. 4. · GRAFIK Encik Azmi bin Awang Hashim JURUTAIP Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS JURUFOTO Encik Jamiun

Muhajirin ialah muslimin Mekah yang berhijrah daripada Mekah,atas arahan Ilahi, ke Kota Madinah. Mereka telah berdepandengan pelbagai ancaman daripada kaum kerabat merekakaum musyrikin Quraisy kerana mereka memeluk agama Islamdan mengikuti Nabi Muhammad SAW. Mereka meninggalkansegala harta benda mereka di Mekah, dan sehelai sepinggangberhijrah ke Madinah, demi mentaati perintah Allah ta’ala. Haltersebut bukanlah mudah, namun mereka memahami nilaipengorbanan demi dakwah Islam, maka mereka mematuhinyatanpa berbelah bahagi.

Ansar pula ialah muslimin Madinah yang menyambut saudara mereka, muslimin Mekah, yang berhijrahke Madinah atas arahan Ilahi. Mereka adalah dua kabilah Arab yang besar, Aus dan Khazraj, yang telahbersumpah setia akan membantu Rasulullah SAW dan Muhajirin dalam Hijrah mereka itu, sertamenyediakan segala keperluan asas setelah tibanya Muhajirin ke Madinah.

Allah ta’ala menyifatkan Muhajirin di dalam ayat 8 surah al-Hasyr, bahawa mereka ini adalah golonganyang miskin dan ditindas di tanah air mereka yang tercinta Mekah. Musibah silih berganti, hal itu tidakmengubah akhlak mereka menjadi buruk, bahkan mereka menjadi manusia yang termulia yang memilikihati yang murni bersih, niat yang jujur. Bagaimanakah demikian?

Kerana mereka keluar daripada Mekah, demi membantu agama Allah SWT dan Rasul-Nya, serta mencarikeredhaan Allah SWT dan syurga-Nya. Allah SWT pun mengiktiraf kejujuran mereka itu, dan mengangkatdarjat mereka antara sekalian muslimin.

Allah ta’ala menyifatkan Ansar di dalam ayat 9 surah al-Hasyr, bahawa mereka ini adalah golonganyang memiliki cinta yang murni kepada Allah ta’ala, Rasul-Nya dan Muhajirin. Mereka tidak pernah dengki atau benci sekalipun kepada Muhajirin saudara seislamnya.

Allah SWT menyifatkan mereka dengan sebaik-baik sifat: Al-Itsar (mendahulukan keperluan orang lain,yakni Muhajirin), meskipun diri mereka sendiri miskin. Hati mereka tidak pernah berasa gusar, keranabekorban demi Muhajirin. Allah SWT mengiktiraf kemuliaan hati mereka itu, dan mengangkat darjatmereka antara sekalian muslimin.

Karakter Muhajirin yang berhati jujur dan sanggup berkorban apa pun demi Islam, serta karakter Ansaryang berhati mulia dan sanggup mendahulukan keperluan muslimin berbanding kesenangan diri sendiri, adalah sikap yang wajar kita renungkan dan teladani dinihari; di saat di mana dunia ini amatmemerlukan orang-orang baik seperti anda saudaraku muslimin semua.

MUHAJIRIN DAN ANSAR: PERSONALITI TELADANOleh:

Mohammad Syafi q IsmailExco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

Program Ziarah Mahabbah Permata sempena Sambutan Maal Hijrah 1442H/2020M anjuranJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah mengagih sumbangan barangan makanan untuk 200 keluarga murid yang kurang berkemampuan di empat buah sekolah yang terpilih iaitu S.K. Daingin Kimanis, S.K. Mandahan dalam daerah Papar dan

S.K. Pekan Tambunan serta S.K. Nambayan keduanya dalam daerah Tambunan. Majlis tersebutdisempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS

dan Tuan Abidin B. Marjan, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Majlis tersebut diadakan pada 26 dan 27 Ogos 2020.

SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M 3

Peristiwa Tinta Ilmiah

Page 4: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2020. 9. 4. · GRAFIK Encik Azmi bin Awang Hashim JURUTAIP Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS JURUFOTO Encik Jamiun

BERSEDERHANA MEMBELANJAKAN HARTAOleh:

Anakmalayindo

Salah satu sifat terpuji yang dimiliki seorang hamba Allah SWT adalah bersikap pertengahan dalammasalah membelanjakan harta. Mereka tidak berlebihan dan juga tidak bakhil. Kerana merekamengetahui bahawa Allah Ta’ala akan meminta pertanggungjawaban mereka pada hari kiamat terkaitnikmat yang Allah SWT berikan kepadanya. Sebagaimana Allah Ta’ala berfi rman:

"Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian." (QS. Al-Furqon: 67).

Begitu juga sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:

"Tidak bergerak dua telapak kaki seseorang pada hari kiamat hingga dia ditanya tentang empat perkara,iaitu tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang ilmunya bagaimana dia amalkan dan tentanghartanya dari mana dia mendapatkannya dan dalam hal apa dia belanjakan, tentang badannya untuk apadia gunakan." (HR. Tirmidzi dalam “Al Jaami’” no. 2316, dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam“Shahihul Jaami’" no. 7300).

Ayat dan hadis di atas mengisyaratkan kepada kita bahawasanya sifat pertengahan dalam menggunakanharta merupakan sifat yang mulia. Mereka tidak bakhil dan juga tidak tabdzir (berlebihan), baik keperluanyang wajib ataupun tambahan. Mereka meyakini bahawasanya harta yang dimilikinya akan dimintapertanggungjawabannya oleh Allah Ta’ala di akhirat kelak.

Karakter seperti ini merupakan karakter ‘ibadurrahman. Mereka lebih menggunakan hartanya dalamhal-hal yang wajib, kerana itu menjadi keperluan bagi mereka. Itulah hal-hal yang menegakkan kehidupanmereka dan itulah hal-hal yang menjadi bekal dan penolong serta membantu mereka untuk baiknyakehidupan di akhirat.

Maka inilah kewajiban setiap muslim. Hendaklah mereka berada di pertengahan dalam setiap perkara, tidak berlebihan dan tidak seenaknya. Baik dalam masalah ini atau permasalahan yang lain. Baik itu masalah agama atau masalah dunia.

Dari Ka’ab bin Farruh, dari Qotadah, dari Mutarrif bin Abdullah, dia mengatakan:

“(Umumnya) perkara yang terbaik adalah yang pertengahan, dan kebaikan itu di antara dua keburukan.”

Ka’ab bin Farruh bertanya kepada Qotadah:

“Apa yang dimaksud kebaikan itu di antara dua keburukan?”

Qotadah menjawab dengan membacakan dalil,

"Mereka yang membelanjakan harta dengan tidak berlebihan dan tidak kikir." (Riwayat At-Thabari dalam tafsirnya juz 17 no. 500).

NILAI KEBERSAMAAN DALAM ISLAMOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), Kinarut, Papar

MAKSUD HADIS:Daripada an-Nu'man bin Basyir RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan seseorang Mukmin sesama Mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi seumpama satu tubuhbadan. Apabila ada salah satu anggota badan yang menanggungkesakitan, maka seluruh tubuh badannya akan turut terjaga (tidak akan tidur) dan terasa panas(merasakan sakit demamnya)."

(Muttafaqun 'Alaih, Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

HURAIAN HADIS:Dalam hadis di atas, Rasulullah SAW telah memberikan satu perumpamaan yang sangat mudah untuk difahami iaitu perihal kasih sayang seseorang Mukmin sesama Mukmin yang lain seperti satu tubuh badandan sekiranya terdapat anggota tubuh badan yang sakit maka anggota lain juga akan menanggung kesakitannya. Perumpamaan ini bermaksud seorang mukmin itu mempunyai sifat kasih sayang, prihatin dan akan saling memberi pertolongan kepada saudara seagamanya yang ditimpa musibah ataukesusahan. Persaudaraan dalam Islam menuntut nilai kebersamaan iaitu saling memerlukan dalam apajua keadaan sama ada ketika senang mahupun ketika susah.

Hadis tersebut juga menjelaskan bahawa agama Islam menyeru umatnya untuk saling berkasih sayang, bekerjasama dan tolong-menolong sesama saudara seagamanya tanpa mengira suku kaum, perbezaan bahasa dan warna kulit kerana orang mukmin sesama mukmin adalah bersaudara. Hilangnya perasaan saling menyayangi, sifat prihatin dan tolong-menolong sesama umat Islam memberi isyarat bahawaiman di dalam diri seseorang itu kurang sempurna.

PENGAJARAN HADIS:1. Sifat kasih sayang dan prihatin dapat membentuk kehidupan masyarakat yang sejahtera.

2. Islam adalah agama ukhuwah dan kasih sayang yang membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

3. Nilai kebersamaan akan terbina apabila terdapat orang Islam yang memerlukan bantuan atauditimpa musibah, maka orang Islam lain akan saling membantu dan meringankan beban yangditanggung oleh saudaranya.

RUJUKAN:● Bahjatun Naazhirin Syarah Riyaadus Sholihin, Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, Pustaka Imam Asy-Syafii, Cetakan Ketujuh, 2012.● Kitab Terjemah Hadis Shahih Muslim, Ma’mur Daud, Klang Book Center, Cetakan Kelapan, 2007.

Sentuhan Hadis

SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M 13

Remaja

Page 5: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2020. 9. 4. · GRAFIK Encik Azmi bin Awang Hashim JURUTAIP Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS JURUFOTO Encik Jamiun

Penulis bersama PASDAM (Pasukan Dakwah Lapangan ATM), program di Semporna

WANITA DALAM MEMBANGUNKAN MASYARAKATOleh:

Nursyuhada AsparAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Kampus Samarahan II

Tangan yang mengayunkan buaian ialah tangan yang menggoncangkan dunia. Wanita amat pentingperanannya dalam melahirkan generasi berkeperibadian unggul pada masa akan datang. Masyarakat kita sudah ketinggalan jauh dengan perkembangan dunia yang semakin cepat dan masyarakat kita jugasemakin mundur dari segi rohani, akhlak dan juga intelektual.

Konsep hijrah amat sesuai ditanam dalam membangunkan masyarakat kita. Sekiranya perjuangan hijrahnabi Muhammad SAW adalah berpindah dari Kota Mekah ke Madinah perjuangan kita pula ialahmentransformasikan masyarakat kita untuk menjadi masyarakat yang unggul. Sememangnya tidak dapatdinafi kan bahawa amat susah untuk mengubah sesuatu masyarakat tetapi sekiranya kita mendidikgenerasi muda pada masa kini dengan baik percayalah bahawa nasib sesuatu masyarakat itu akanberubah pada masa akan datang.

Dalam mendidik generasi muda, para ibu mempunyai peranan penting dalam mendidik mereka. Parawanita mempunyai ciri-ciri yang amat sesuai dalam membentuk peribadi dan akhlak kanak-kanak. Dalamtadika atau taska sekalipun majoriti yang pekerjanya adalah wanita kerana mereka mempunyai kasihsayang dan kelembutan yang lebih berbanding lelaki.

Di antaranya adalah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah."(Riwayat Muslim (715)).

Dalam menjalankan misi mentransformasikan masyarakat para ibu hendaklah menanamkan tabiat-tabiatyang baik di dalam anak-anak mereka. Tabiat adalah perkara yang menentukan sama ada seseorang itu berjaya ataupun tidak. Satu kajian telah dibuat oleh Dr Bruce Lipton seorang pakar psikologi barattelah mengatakan bahawa dalam otak manusia ada satu benda yang dikenali sebagai minda separasedar. Minda ini mengawal 95 peratus daripada kehidupan kita seharian. Dari umur 1 hingga ke 7 tahunsegala perkara yang diajarkan dan dilihat akan masuk ke dalam minda ini dan selepas 7 tahun agaksusah untuk maklumat masuk ke dalam bahagian minda ini. Oleh itu, dari umur 1 hingga 7 tahun semuaperkara yang diajarkan akan menjadi tabiat mereka dan tabiat itu akan menjadi tetap dan sukar diubah selepas 7 tahun dan ke atas.

Akhir kalam, para ibu hendaklah mendidik dan menanamkan tabiat yang baik dalam diri anak keranatabiat yang baik membantu seseorang itu menjadi baik manakala tabiat yang buruk menjadikan seseorangitu menjadi buruk.

"MEMAKNAI KEMERDEKAAN"Oleh:

Adi Pitang

Dalam minggu-minggu terakhir bulan Ogos 2020, ucapan kemerdekaan berligar di media sosial. Tidak terkecuali aku. Menerima ucapan kemerdekaan Malaysia yang ke-63 tahun. Kalau seorang insan, usia 63 tahun itu menunjukkanusia yang agak matang atau istilah lain “berpenyakitan” sudah, hahaha. Kata-kata dari seorang sahabat di laman Facebooknya; "Syukur, kita merdeka dari penjajah. Semoga kita juga MERDEKA dari jadi hamba harta, pangkat dan jawatan (3Ta), kembali jadi Hamba Allah."

"Merdeka tu apa babah?", tanya anakku Alif Altamis suatu pagi di hari cuti merdeka. "Merdeka tubebas dari tangan penjajah", jawabku. "Penjajah tu apa?", tanyanya lagi. "Penjajah tu orang jahat yang ambil tempat kita”. Alif mengangguk tanda faham. Bukan suatu yang mudah untuk memahamkan ertikemerdekaan sebenar. Ia ditafsirkan dalam pelbagai sudut dan presepsi.

Ketika dalam peperangan Qadisiyah, ketika mana Rubi’ bin Amir disoal oleh musuh tentang tujuanorang Islam datang dan bersungguh menyebarkan agama Islam, Rubi' bin Amir menjawab; "Kami telah diutuskan untuk mengeluarkan segala sesuatu, daripada penyembahan hamba kepada hamba kepada penyembahan mutlak kepada Allah yang satu, daripada kekejaman agama-agama terdahulu kepadakeadilan Islam, daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat."

Kemerdekaan dari sudut pandangan Islam adalah penyerahan total kepada pengabdian jiwa ragakepada Allah SWT. Kemerdekaan itu bukan semata fi zikal tetapi juga dari segi pemikiran dan spiritual. Ini dibuktikan oleh Bilal bin Rabah, walau fi zikalnya dimiliki oleh tuannya, namun jiwanya diserah danberpaut sepenuhnya kepada Allah SWT ketika menanggung seksaan yang perit. Kemerdekaan jugamembawa maksud bebas dari kesalahfahaman tentang agama, bebas dari ajaran sesat dan bebasdari fahaman yang merosakkan akidah. Islam membebaskan pemikiran dan perlakuan selagi tidakmelanggar batas-batas syariat dan hukum-hakamnya.

Kita bebas untuk memilih syurga atau neraka. Allah SWT memberi kita pilihan, terpulang pada akalwaras kita. Andai syurga itu yang kita pilih, kenapa ambil jalan untuk ke neraka? Di situlah letaknyakebebasan. Minda kita harus bebas dari sebarang fi kiran-fi kiran yang negatif, berbaur prasangka, dendam, dengki, rasa diri hebat, gila nama dan puji, sombong serta penyakit hati lain, agar apa yang kita rancang memberi manfaat kepada diri, masyarakat dan agama. Kemerdekaan hakiki tidak akan dapat dirasai sekiranya kita masih dibelenggu oleh sifat-sifat mazmumah itu. Salam kemerdekaan!

SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M 5

Fiqh WanitaBicara Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M12

Page 6: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2020. 9. 4. · GRAFIK Encik Azmi bin Awang Hashim JURUTAIP Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS JURUFOTO Encik Jamiun

Maksudnya: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil".

Dalam ayat ini, Allah SWT menerangkan bahawa Dia tidak melarang orang-orang yang beriman berbuat baik, mengadakan hubungan persaudaraan, tolong-menolong dan bantu-membantu dengan orang-orang kafir selama mereka tidak mempunyai niat menghancurkan Islam dan kaum muslimin, tidak mengusir dari negeri-negeri mereka dan tidak pula berteman akrab dengan orang-orang yang hendak mengusir itu.

Menurut Sayyid Quthub, Islam adalah agama yang damai dan berprinsipkan cinta. Ia suatu sistem yang bertujuan menerangi seluruh alam dengan naungannya yang berpaksikan kedamaian. Tidak ada yang menghalangi arah tersebut kecuali tindakan agresif musuh-musuh Allah SWT dan musuh-musuh penganut agama ini. Jika mereka itu bersikap damai terhadap Islam dan umatnya, maka Islam sama sekali tidak berminat untuk melakukan permusuhan dan tidak juga berusaha melakukannya kerana Islam amat mementingkan faktor keharmonian.

Ketika kita cuba membuka lembaran sejarah ketamadunan manusia, pasti kita akan temui jejak Islam dalam mewarnai falsafah kemerdekaan. Bukan sahaja berjaya memerdekakan sebuah negara menjadi negara yang berdaulat dan bertamadun tetapi turut memerdekakan rakyatnya dari kejahatan agama yang batil kepada keadilan Islam, dari belenggu perhambaan sesama insan kepada menyembah Allah Yang Esa dan dari kesempitan kehidupan dunia kepada keluasan akhirat.

Malah, Islam turut memperlihatkan bagaimana Nabi SAW mampu merdekakan minda dan jiwa yang disemai menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk oleh empat unsur utama: agama, bahasa, pendidikan dan sikap (akhlak) sehingga jiwa manusia dapat mengecapi kemerdekaan yang hakiki.

Islam lalu menerapkan nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Antara signifikasi patriotisme adalah membina nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum, menjadi pemacu kepada kemajuan negara serta satu pelaburan strategik ke arah ketenteraman seluruh warga dunia.

Nasionalisme wujud selepas patriotisme dibina dalam jiwa setiap individu dalam masyarakat. Ia wujud selepas proses penjanaan nilai-nilai positif patriotik yang didasari oleh empat unsur utama tadi agar sentiasa menyemarakkan semangat nasionalisme hingga terwujudnya sebuah negara "Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur". Tepat seperti yang dikatakan oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya’ 'Ulumid Din: "Negara dan agama merupakan saudara kembar. Agama adalah dasar, sedangkan negara adalah penjaga. Sesuatu tanpa dasar akan runtuh, sedangkan dasar tanpa penjaga akan lenyap."

AYAT AL-QURAN SURAH AL-MUMTAHANAH: 8“KEMERDEKAAN MEMPERKASAKAN IDENTITI

NASIONALISME”Oleh:

Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

SUFISME HASAN AL-BASRIOleh:

Mohd Fauzee bin HarithUnit Integriti Negeri Sabah

"Jika engkau melihat seseorang yang paling tampan dan paling berwibawa di Basrah, maka ia adalah Al-Hasan. Tolong sampaikan salamku kepadanya." - Imam Asy Sya’bi.

Imam Hasan Al-Basri sangat masyhur di kalangan para tabi’in sebagai orang yang zahid. Kezahidannya didasarkan pada rasa takut (khauf) yang mendalam kepada Allah. Al-Sya’rani dalam kitabnya Al-Tabaqat berkata: "Ketakutan Al-Hasan itu seakan-akan ia merasa bahawa neraka itu hanya diciptakan untuk dia seorang." Ibnu Abi Haid dalam Nahjul Balaghah menulis: "Jika seseorang menemui Hasan Al-Basri, dia mesti merasa Hasan sedang ditimpa musibah. Hal ini kerana rasa sedih dan rasa takutnya itu terpancar di wajah."

Hasan Al-Basri sentiasa bersedih apabila mengingat akan kematian. Ia sangat sederhana dalam makanannya. Abu Hilal berkata, "Kami sering mengunjungi Hasan, namun jarang sekali kami melihat periuknya mengepulkan aroma yang sedap." (Siyar A’lam an-Nubala, 4/584).

Demikian juga halnya dalam berpakaian. Ia hanya mengenakan pakaian yang mudah dipakai baginya. Ia tidak pernah menilai seseorang melalui penampilan luaran. Pernah suatu ketika ada sahabat tabi’in yang memuji kezuhudan orang-orang yang memakai shuf (wol/bulu domba yang kasar). Lantas Hasan berkata, "Mereka melenyapkan diri dalam pakaian, sementara dalam hati menyembunyikan kesombongan." (Uyun al-Akhbar, 2/372).

Mathar Al-Warraq berkata, "Kami menjenguk Al-Hasan di rumahnya. Tidak ada tilam, bantal mahupun alas kain, selain hamparan pasir tempat ia terbaring." Hal ini mengingatkan kita pada perkataan umar tentang zuhudnya Rasulullah SAW. Umar berkata, "Saat aku menjenguk Rasulullah, Baginda terbaring di atas hamparan pasir. Baginda berbantalkan kulit berisi sabut. Demi Allah, di rumahnya tidak ada sesuatu pun yang menarik perhatian." (Muttafaq ‘alaih).

Apa yang dilakukan oleh Imam Hasan Al-Basri sememangnya meneladani Rasulullah SAW. Para ulama sezaman dengannya sering melontarkan pelbagai pujian dan mengutip berbagai kisah dari kehidupannya.

Abu Bakr Al-Hadzali ditanya oleh As-Safah, "Cerita apa yang sampai kepada kalian tentang Al-Hasan?" Abu Bakr menjawab, "saat usia dua belas tahun, ia telah menguasai al-Quran. Ia tidak mahu beranjak dari satu surah ke surah yang lain sebelum menguasai maknanya. Ia tidak pernah berbelanja walaupun sedirham, juga tidak pernah berurusan (mencari muka) di hadapan pemerintah. Ia tidak menyuruh orang lain melaksanakan sesuatu sebelum ia sendiri melakukannya, demikian juga tidak melarang sesuatu sebelum ia meninggalkannya." (Syidzrat adz-Dzahar, Ibn Imad Al-Hanbali, 1/137).

SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M 11SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M6

Inti Sari Ayat Al-Quran Artikel Pilihan

Page 7: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2020. 9. 4. · GRAFIK Encik Azmi bin Awang Hashim JURUTAIP Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS JURUFOTO Encik Jamiun

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH: ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT (BAHAGIAN 5)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Imam Malik yang merupakan pakar dalam Ilmu Feqh Islam juga berpandangan sedemikian. Ini dijelaskandi dalam riwayat Al-Baihaqi.

Al-Imam al-Mujtahid Malik pernah ditanya tentang makna “Istawa” sepertimana yang diriwayatkan olehal-Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya al-Asma’ Wa al-Sifat:

Maksudnya:"Wahai Abu Abdillah: "Ar-Rahman di atas `Arasy istawa", bagaimanaDia istawa? Maka al-Imam Malik menundukkan kepalanya dan peluh membasahinya, kemudian beliau mengangkat mukanya lalu berkata: "Ar-Rahman di atas `Arasy istawa sepertimana Dia sifatkan diri-Nyadan bagaimana istawa-Nya (kaif) diangkat daripada-Nya (tiada bagi-Nyakaif). Sesungguhnya engkau ahli bid`ah, usirlah dia. Maka lelaki itupun diusir pergi." (Al-Imam al-Baihaqi, al-Asma’ was-Sifat; Bab ma ja’ fi al-'Arsy wa al-Kursi, Dar Al-Jail Beirut, hlm. 568).

Kisah ini menjelaskan bahawa persoalan tentang Istiwa' merupakan bid'ah yang tidak perlu ditanya lagi. Sudah cukup beriman bahawa Allah SWTitu wujud yang menguasai Arasy' yang luas ini.

Demikian juga Al-Qadhi Abu Bakr al-Baqillani al-Maliki (W. 403 H) berkata bahawa 'Arasy itu bukan tempatbagi Allah SWT di dalam kitabnya al-Insaf ketika membicarakan tentang perkara yang wajib diiktikadkan dantidak boleh jahil tentangnya (Al-Baqillani(t.t), al-Insaf fi Ma Yajib I`tiqaduhu, Beirut: 'Alam al-Kutub, h. 65).

Imam Al-Baqilani berkata:

Maksudnya:"Dan kami tidak berkata bahawa Arasy itu sebagai suatu kediaman dan bukan suatu tempat bagi-Nya, keranaAllah SWT telah wujud (sejak azali) tanpa bertempat. Tatkala Dia mencipta tempat maka Dia tidak berubah dariapa yang telah Dia ada (kewujudan-Nya tetap tidak bertempat)".

Malah Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Syafi `i juga berkata:

Maksudnya: "Sesungguhnya Dia SWT ada azali, sedangkan suatu tempat pun tidak ada (masih belum wujud), maka Dia menciptakan tempat sedangkan Dia di atas sifat keazalian sebagaimana Dia ada azali (tanpabertempat) sebelum Dia mencipta tempat. Mustahil perubahan berlaku ke atas-Nya pada zat-Nya dan mustahil juga penukaran berlaku pada sifat-Nya". (Dinukilkan daripada al-Imam al-Shafi 'i oleh al-Hafi z MuhammadMurtada al-Zabidi dalam kitabnya Ithafus-Sadatil-Muttaqin).

Maka jelas di sini, Imam Malik, Imam Baqilani dan Imam Syafi e yang merupakan ulama' salaf mentanzihkanyakni mensucikan Allah SWT daripada tempat iaitu 'Arasy yang merupakan makhluk.

Adapun pengertian kotoran dalam ajaran Islam secara khusus dikenal dengan nama najis, iaitu kotoranyang bagi setiap muslim wajib mensucikan diri daripadanya dan mensucikan apa yang dikenainya. Najis harus disucikan atau dibersihkan, kerana ia adalah sumber segala penyakit.Najis terdiri dari:

(a) Bangkai Bangkai ialah binatang yang mati secara begitu saja, ertinya mati tanpa disembelih menurut

ketentuan agama, termasuk apa yang dipotong dari binatang hidup atau yang terlepas dari padanya. Nabi bersabda:

"Apa yang dipotong dari binatang ternak, sedang ia masih hidup adalah bangkai" (Hadis RiwayatAbu Daud dan At-Tirmizi).

Bangkai ini harus dibersihkan sehingga tidak meninggalkan bekas, misalnya dikuburkan, kerana bangkai (selain bangkai manusia, ikan dan belalang; binatang yang tidak mempunyai darah mengalir seperti semut dan lebah; serta tulang dari bangkai, tanduk, bulu, rambut, kuku dan kulit yangdisamak) mengandung darah dalam tubuhnya yang cepat busuk yang dapat menjadi tempattimbulnya penyakit dan penularannya.

(b) Darah Baik darah yang mengalir atau tertumpah, misalnya yang mengalir dari binatang yang disembelih

ataupun darah haid dan nifas. Darah ini harus dibersihkan hingga tidak berbekas dan tidak berbau,sebab di dalam darah itu mungkin ada berbagai bakteria yang menyebabkan penyakit tertentu.

(c) Daging babi Daging babi tidak boleh dimakan dan bila menyentuhnya harus dibersihkan.

(d) Muntahan Muntahan adalah kotoran yang keluar dari mulut manusia. Muntah ini harus dibersihkan kerana

mungkin di dalamnya mengandung vibrio kolera atau bakteria lain yang membahayakan di sampingtidak sedap dipandang dan menimbulkan mual jika melihatnya atau menciumnya.

(e) Air Kencing Air kencing atau air kemih atau urine, iaitu air yang keluar dari kelamin lelaki atau perempuan. Air

kemih ini harus dibersihkan hingga hilang zatnya, warnya dan bauhnya, kerana di dalam air kemihini mungkin ada baksil typhus, parathypus, tuberkulosis dan gonococcum (penyakit kelamin).

Air kemih bayi lelaki yang belum diberi makan tetapi hanya minuman air susu ibunya cukup buat mensucikannya dengan jalan memercikkan air atau mengelap dengan kain basah, sedangkan airkemih bayi perempuan tetap disucikan seperti air kemih orang dewasa. Rasulullah SAW bersabda:

"Kencing bayi lelaki dipercik air, sedangkan kencing bayi perempuan hendaklah dicuci" (HadisRiwayat Ahmad).

JENIS-JENIS NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYAOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Islam dan Perubatan

SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M10 SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M 7

Tasawwur

Page 8: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2020. 9. 4. · GRAFIK Encik Azmi bin Awang Hashim JURUTAIP Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS JURUFOTO Encik Jamiun

PENGUASA YANG MENCEKIK SOLATOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Pada suatu hari, Al-Aswad dan ‘Alqamah berkunjung ke rumah Abdullah ibn Mas’ud. Abdullah ibn Mas’ud adalah sahabat Rasulullah SAW yang berani membaca al-Quran secara keras di hadapan orang-orang musyrik Mekah di Kufah. Dia pindah dari Kota Nabi ke Kufah pada masa pemerintahan Umar ibn Al-Khattab kerana diutus sang khalifah sebagai pendidik, ahli hukum Islam dan ahli tafsir al-Quran ke kota yang didirikan oleh Sa’ad ibn Abi Waqqas itu.

Setelah mengucapkan salam dan berbagi sapa dengan mereka berdua, sang tuan rumah bertanya kepada mereka, “Apakah kalian sudah melaksanakan solat?”

"Belum," jawab mereka berdua serentak.

Mereka pun berdiri di belakang pemeluk Islam keenam sahabat Rasulullah SAW itu. Sang tuan rumah pun meminta keduanya agar yang satu berdiri di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Mereka kemudian melaksanakan solat.

Ketika mereka ruku’, Al-Aswad dan ‘Alqamah meletakkan kedua tangan di atas lutut. Melihat hal itu, Abdulllah ibn Mas’ud menepuk tangan mereka dan meletakkan kedua tangannya dengan tepat. Kemudian, sahabat Nabi SAW yang pernah menjadi penggembala biri-biri itu memasukkan dua tapak tangannya di antara dua pahanya.

Sesudah melaksanakan solat, sahabat Nabi SAW yang wafat pada masa pemerintahan Utsman ibn Affan itu berkata kepada kedua tetamunya, "Pada masa kalian ini akan ada para penguasa yang mencekik solat hingga hampir mati (secara simbolik). Apabila kalian melihat penguasa yang demikian itu, solatlah tepat pada waktunya dan jadikanlah solat kalian bersama mereka sebagai tambahan. Apabila kalian bertiga, solatlah bersama-sama. Apabila kalian lebih dari itu, hendaknya salah seorang di antara kalian ruku', hendaknya dia membentangkan kedua tangannya dia atas kedua pahanya dan membungkuk, serta meletakkan kedua tapak tangannya dengan tepat. Sungguh, aku seperti sedang melihat cela-cela jemari Rasulullah SAW Ketika baginda sedang ruku', begitu pula para sahabat."

KHURAFAT MEROSAKKAN AKIDAH(BAHAGIAN 5)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Antara ciri-ciri khurafat yang perlu diambil serius oleh umat Islam ialah seperti amalan atau perbuatan yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau Hadith selain merupakan cerita- cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut. Ianya juga bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam misalnya yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan yang memudaratkan dan menyeleweng dari akidah Islam. Khurafat juga boleh dikenal pasti melalui penggunaan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan yang tertentu yang menyalahi syarak serta mempunyai unsur-unsur negatif pada akidah dan syariah Islam.

Manakala antara ciri-ciri azimat yang perlu dijauhi oleh umat Islam ialah seperti kepercayaan kepada kekuatan sesuatu benda yang bukan berdasarkan kepada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau Hadith. Contoh lain ialah menjadikan tulisan-tulisan, rajah-rajah dan objek-objek tertentu sebagai tangkal, menggunakan jampi serapah yang dicampuradukkan dengan perkara-perkara kufur yang boleh membawa kepada syirik serta berjampi kepada objek-objek atau rajah-rajah yang dicampur aduk dengan ayat al-Quran untuk tujuan tertentu.

Antara bentuk-bentuk khurafat yang tersebar di kalangan masyarakat Islam di Malaysia khususnya adalah seperti kepercayaan kepada keramat contohnya kubur, pokok kayu, telaga keramat, batu, bukit, tongkat dan sebagainya. Selain itu kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan sebagainya juga antara amalan yang mesti dijauhi dan dielakkan oleh umat Islam kerana amalan tersebut tidak memberi apa-apa faedah dan kebaikan di sisi agama.

Amalan khurafat di kalangan segelintir umat Islam juga dapat dilihat dalam upacara tertentu contohnya kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat memuja pantai dan sebagainya semata-mata inginkan kesenangan dan kekayaan segera tanpa mengambil kira kesan kepada akidah dan hukum syarak. Amalan lain yang boleh dikaitkan dengan khurafat ialah kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki yang mana kepercayaan ini tersebar di kalangan segelintir petani dan pesawah yang memuja semangat padi yang dilakukan oleh petani- petani seperti bersemah (memuja semangat padi) dengan tujuan agar hasil tuaian yang diperoleh lumayan dan melimpah ruah.

Selain itu, amalan khurafat lain ialah mempercayai kepada petanda-petanda dan pantang larang seperti tidak boleh melihat bayi di muka cermin kerana kelak ia akan mati di dalam air serta tidak boleh keluar rumah ketika gagak berbunyi kerana takut dan risau akan mendapat sial atau bala dan sebagainya.

Akidah

SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M8 SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M 9

Iktibar Kisah

Page 9: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2020. 9. 4. · GRAFIK Encik Azmi bin Awang Hashim JURUTAIP Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS JURUFOTO Encik Jamiun

Page 10: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2020. 9. 4. · GRAFIK Encik Azmi bin Awang Hashim JURUTAIP Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS JURUFOTO Encik Jamiun

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH: ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT (BAHAGIAN 5)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Imam Malik yang merupakan pakar dalam Ilmu Feqh Islam juga berpandangan sedemikian. Ini dijelaskandi dalam riwayat Al-Baihaqi.

Al-Imam al-Mujtahid Malik pernah ditanya tentang makna “Istawa” sepertimana yang diriwayatkan olehal-Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya al-Asma’ Wa al-Sifat:

Maksudnya:"Wahai Abu Abdillah: "Ar-Rahman di atas `Arasy istawa", bagaimanaDia istawa? Maka al-Imam Malik menundukkan kepalanya dan peluh membasahinya, kemudian beliau mengangkat mukanya lalu berkata: "Ar-Rahman di atas `Arasy istawa sepertimana Dia sifatkan diri-Nyadan bagaimana istawa-Nya (kaif) diangkat daripada-Nya (tiada bagi-Nyakaif). Sesungguhnya engkau ahli bid`ah, usirlah dia. Maka lelaki itupun diusir pergi." (Al-Imam al-Baihaqi, al-Asma’ was-Sifat; Bab ma ja’ fi al-'Arsy wa al-Kursi, Dar Al-Jail Beirut, hlm. 568).

Kisah ini menjelaskan bahawa persoalan tentang Istiwa' merupakan bid'ah yang tidak perlu ditanya lagi. Sudah cukup beriman bahawa Allah SWTitu wujud yang menguasai Arasy' yang luas ini.

Demikian juga Al-Qadhi Abu Bakr al-Baqillani al-Maliki (W. 403 H) berkata bahawa 'Arasy itu bukan tempatbagi Allah SWT di dalam kitabnya al-Insaf ketika membicarakan tentang perkara yang wajib diiktikadkan dantidak boleh jahil tentangnya (Al-Baqillani(t.t), al-Insaf fi Ma Yajib I`tiqaduhu, Beirut: 'Alam al-Kutub, h. 65).

Imam Al-Baqilani berkata:

Maksudnya:"Dan kami tidak berkata bahawa Arasy itu sebagai suatu kediaman dan bukan suatu tempat bagi-Nya, keranaAllah SWT telah wujud (sejak azali) tanpa bertempat. Tatkala Dia mencipta tempat maka Dia tidak berubah dariapa yang telah Dia ada (kewujudan-Nya tetap tidak bertempat)".

Malah Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Syafi `i juga berkata:

Maksudnya: "Sesungguhnya Dia SWT ada azali, sedangkan suatu tempat pun tidak ada (masih belum wujud), maka Dia menciptakan tempat sedangkan Dia di atas sifat keazalian sebagaimana Dia ada azali (tanpabertempat) sebelum Dia mencipta tempat. Mustahil perubahan berlaku ke atas-Nya pada zat-Nya dan mustahil juga penukaran berlaku pada sifat-Nya". (Dinukilkan daripada al-Imam al-Shafi 'i oleh al-Hafi z MuhammadMurtada al-Zabidi dalam kitabnya Ithafus-Sadatil-Muttaqin).

Maka jelas di sini, Imam Malik, Imam Baqilani dan Imam Syafi e yang merupakan ulama' salaf mentanzihkanyakni mensucikan Allah SWT daripada tempat iaitu 'Arasy yang merupakan makhluk.

Adapun pengertian kotoran dalam ajaran Islam secara khusus dikenal dengan nama najis, iaitu kotoranyang bagi setiap muslim wajib mensucikan diri daripadanya dan mensucikan apa yang dikenainya. Najis harus disucikan atau dibersihkan, kerana ia adalah sumber segala penyakit.Najis terdiri dari:

(a) Bangkai Bangkai ialah binatang yang mati secara begitu saja, ertinya mati tanpa disembelih menurut

ketentuan agama, termasuk apa yang dipotong dari binatang hidup atau yang terlepas dari padanya. Nabi bersabda:

"Apa yang dipotong dari binatang ternak, sedang ia masih hidup adalah bangkai" (Hadis RiwayatAbu Daud dan At-Tirmizi).

Bangkai ini harus dibersihkan sehingga tidak meninggalkan bekas, misalnya dikuburkan, kerana bangkai (selain bangkai manusia, ikan dan belalang; binatang yang tidak mempunyai darah mengalir seperti semut dan lebah; serta tulang dari bangkai, tanduk, bulu, rambut, kuku dan kulit yangdisamak) mengandung darah dalam tubuhnya yang cepat busuk yang dapat menjadi tempattimbulnya penyakit dan penularannya.

(b) Darah Baik darah yang mengalir atau tertumpah, misalnya yang mengalir dari binatang yang disembelih

ataupun darah haid dan nifas. Darah ini harus dibersihkan hingga tidak berbekas dan tidak berbau,sebab di dalam darah itu mungkin ada berbagai bakteria yang menyebabkan penyakit tertentu.

(c) Daging babi Daging babi tidak boleh dimakan dan bila menyentuhnya harus dibersihkan.

(d) Muntahan Muntahan adalah kotoran yang keluar dari mulut manusia. Muntah ini harus dibersihkan kerana

mungkin di dalamnya mengandung vibrio kolera atau bakteria lain yang membahayakan di sampingtidak sedap dipandang dan menimbulkan mual jika melihatnya atau menciumnya.

(e) Air Kencing Air kencing atau air kemih atau urine, iaitu air yang keluar dari kelamin lelaki atau perempuan. Air

kemih ini harus dibersihkan hingga hilang zatnya, warnya dan bauhnya, kerana di dalam air kemihini mungkin ada baksil typhus, parathypus, tuberkulosis dan gonococcum (penyakit kelamin).

Air kemih bayi lelaki yang belum diberi makan tetapi hanya minuman air susu ibunya cukup buat mensucikannya dengan jalan memercikkan air atau mengelap dengan kain basah, sedangkan airkemih bayi perempuan tetap disucikan seperti air kemih orang dewasa. Rasulullah SAW bersabda:

"Kencing bayi lelaki dipercik air, sedangkan kencing bayi perempuan hendaklah dicuci" (HadisRiwayat Ahmad).

JENIS-JENIS NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYAOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Islam dan Perubatan

SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M10 SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M 7

Tasawwur

Page 11: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2020. 9. 4. · GRAFIK Encik Azmi bin Awang Hashim JURUTAIP Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS JURUFOTO Encik Jamiun

Maksudnya: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil".

Dalam ayat ini, Allah SWT menerangkan bahawa Dia tidak melarang orang-orang yang beriman berbuat baik, mengadakan hubungan persaudaraan, tolong-menolong dan bantu-membantu dengan orang-orang kafir selama mereka tidak mempunyai niat menghancurkan Islam dan kaum muslimin, tidak mengusir dari negeri-negeri mereka dan tidak pula berteman akrab dengan orang-orang yang hendak mengusir itu.

Menurut Sayyid Quthub, Islam adalah agama yang damai dan berprinsipkan cinta. Ia suatu sistem yang bertujuan menerangi seluruh alam dengan naungannya yang berpaksikan kedamaian. Tidak ada yang menghalangi arah tersebut kecuali tindakan agresif musuh-musuh Allah SWT dan musuh-musuh penganut agama ini. Jika mereka itu bersikap damai terhadap Islam dan umatnya, maka Islam sama sekali tidak berminat untuk melakukan permusuhan dan tidak juga berusaha melakukannya kerana Islam amat mementingkan faktor keharmonian.

Ketika kita cuba membuka lembaran sejarah ketamadunan manusia, pasti kita akan temui jejak Islam dalam mewarnai falsafah kemerdekaan. Bukan sahaja berjaya memerdekakan sebuah negara menjadi negara yang berdaulat dan bertamadun tetapi turut memerdekakan rakyatnya dari kejahatan agama yang batil kepada keadilan Islam, dari belenggu perhambaan sesama insan kepada menyembah Allah Yang Esa dan dari kesempitan kehidupan dunia kepada keluasan akhirat.

Malah, Islam turut memperlihatkan bagaimana Nabi SAW mampu merdekakan minda dan jiwa yang disemai menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk oleh empat unsur utama: agama, bahasa, pendidikan dan sikap (akhlak) sehingga jiwa manusia dapat mengecapi kemerdekaan yang hakiki.

Islam lalu menerapkan nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Antara signifikasi patriotisme adalah membina nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum, menjadi pemacu kepada kemajuan negara serta satu pelaburan strategik ke arah ketenteraman seluruh warga dunia.

Nasionalisme wujud selepas patriotisme dibina dalam jiwa setiap individu dalam masyarakat. Ia wujud selepas proses penjanaan nilai-nilai positif patriotik yang didasari oleh empat unsur utama tadi agar sentiasa menyemarakkan semangat nasionalisme hingga terwujudnya sebuah negara "Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur". Tepat seperti yang dikatakan oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya’ 'Ulumid Din: "Negara dan agama merupakan saudara kembar. Agama adalah dasar, sedangkan negara adalah penjaga. Sesuatu tanpa dasar akan runtuh, sedangkan dasar tanpa penjaga akan lenyap."

AYAT AL-QURAN SURAH AL-MUMTAHANAH: 8“KEMERDEKAAN MEMPERKASAKAN IDENTITI

NASIONALISME”Oleh:

Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

SUFISME HASAN AL-BASRIOleh:

Mohd Fauzee bin HarithUnit Integriti Negeri Sabah

"Jika engkau melihat seseorang yang paling tampan dan paling berwibawa di Basrah, maka ia adalah Al-Hasan. Tolong sampaikan salamku kepadanya." - Imam Asy Sya’bi.

Imam Hasan Al-Basri sangat masyhur di kalangan para tabi’in sebagai orang yang zahid. Kezahidannya didasarkan pada rasa takut (khauf) yang mendalam kepada Allah. Al-Sya’rani dalam kitabnya Al-Tabaqat berkata: "Ketakutan Al-Hasan itu seakan-akan ia merasa bahawa neraka itu hanya diciptakan untuk dia seorang." Ibnu Abi Haid dalam Nahjul Balaghah menulis: "Jika seseorang menemui Hasan Al-Basri, dia mesti merasa Hasan sedang ditimpa musibah. Hal ini kerana rasa sedih dan rasa takutnya itu terpancar di wajah."

Hasan Al-Basri sentiasa bersedih apabila mengingat akan kematian. Ia sangat sederhana dalam makanannya. Abu Hilal berkata, "Kami sering mengunjungi Hasan, namun jarang sekali kami melihat periuknya mengepulkan aroma yang sedap." (Siyar A’lam an-Nubala, 4/584).

Demikian juga halnya dalam berpakaian. Ia hanya mengenakan pakaian yang mudah dipakai baginya. Ia tidak pernah menilai seseorang melalui penampilan luaran. Pernah suatu ketika ada sahabat tabi’in yang memuji kezuhudan orang-orang yang memakai shuf (wol/bulu domba yang kasar). Lantas Hasan berkata, "Mereka melenyapkan diri dalam pakaian, sementara dalam hati menyembunyikan kesombongan." (Uyun al-Akhbar, 2/372).

Mathar Al-Warraq berkata, "Kami menjenguk Al-Hasan di rumahnya. Tidak ada tilam, bantal mahupun alas kain, selain hamparan pasir tempat ia terbaring." Hal ini mengingatkan kita pada perkataan umar tentang zuhudnya Rasulullah SAW. Umar berkata, "Saat aku menjenguk Rasulullah, Baginda terbaring di atas hamparan pasir. Baginda berbantalkan kulit berisi sabut. Demi Allah, di rumahnya tidak ada sesuatu pun yang menarik perhatian." (Muttafaq ‘alaih).

Apa yang dilakukan oleh Imam Hasan Al-Basri sememangnya meneladani Rasulullah SAW. Para ulama sezaman dengannya sering melontarkan pelbagai pujian dan mengutip berbagai kisah dari kehidupannya.

Abu Bakr Al-Hadzali ditanya oleh As-Safah, "Cerita apa yang sampai kepada kalian tentang Al-Hasan?" Abu Bakr menjawab, "saat usia dua belas tahun, ia telah menguasai al-Quran. Ia tidak mahu beranjak dari satu surah ke surah yang lain sebelum menguasai maknanya. Ia tidak pernah berbelanja walaupun sedirham, juga tidak pernah berurusan (mencari muka) di hadapan pemerintah. Ia tidak menyuruh orang lain melaksanakan sesuatu sebelum ia sendiri melakukannya, demikian juga tidak melarang sesuatu sebelum ia meninggalkannya." (Syidzrat adz-Dzahar, Ibn Imad Al-Hanbali, 1/137).

SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M 11SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M6

Inti Sari Ayat Al-Quran Artikel Pilihan

Page 12: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2020. 9. 4. · GRAFIK Encik Azmi bin Awang Hashim JURUTAIP Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS JURUFOTO Encik Jamiun

Penulis bersama PASDAM (Pasukan Dakwah Lapangan ATM), program di Semporna

WANITA DALAM MEMBANGUNKAN MASYARAKATOleh:

Nursyuhada AsparAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Kampus Samarahan II

Tangan yang mengayunkan buaian ialah tangan yang menggoncangkan dunia. Wanita amat pentingperanannya dalam melahirkan generasi berkeperibadian unggul pada masa akan datang. Masyarakat kita sudah ketinggalan jauh dengan perkembangan dunia yang semakin cepat dan masyarakat kita jugasemakin mundur dari segi rohani, akhlak dan juga intelektual.

Konsep hijrah amat sesuai ditanam dalam membangunkan masyarakat kita. Sekiranya perjuangan hijrahnabi Muhammad SAW adalah berpindah dari Kota Mekah ke Madinah perjuangan kita pula ialahmentransformasikan masyarakat kita untuk menjadi masyarakat yang unggul. Sememangnya tidak dapatdinafi kan bahawa amat susah untuk mengubah sesuatu masyarakat tetapi sekiranya kita mendidikgenerasi muda pada masa kini dengan baik percayalah bahawa nasib sesuatu masyarakat itu akanberubah pada masa akan datang.

Dalam mendidik generasi muda, para ibu mempunyai peranan penting dalam mendidik mereka. Parawanita mempunyai ciri-ciri yang amat sesuai dalam membentuk peribadi dan akhlak kanak-kanak. Dalamtadika atau taska sekalipun majoriti yang pekerjanya adalah wanita kerana mereka mempunyai kasihsayang dan kelembutan yang lebih berbanding lelaki.

Di antaranya adalah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah."(Riwayat Muslim (715)).

Dalam menjalankan misi mentransformasikan masyarakat para ibu hendaklah menanamkan tabiat-tabiatyang baik di dalam anak-anak mereka. Tabiat adalah perkara yang menentukan sama ada seseorang itu berjaya ataupun tidak. Satu kajian telah dibuat oleh Dr Bruce Lipton seorang pakar psikologi barattelah mengatakan bahawa dalam otak manusia ada satu benda yang dikenali sebagai minda separasedar. Minda ini mengawal 95 peratus daripada kehidupan kita seharian. Dari umur 1 hingga ke 7 tahunsegala perkara yang diajarkan dan dilihat akan masuk ke dalam minda ini dan selepas 7 tahun agaksusah untuk maklumat masuk ke dalam bahagian minda ini. Oleh itu, dari umur 1 hingga 7 tahun semuaperkara yang diajarkan akan menjadi tabiat mereka dan tabiat itu akan menjadi tetap dan sukar diubah selepas 7 tahun dan ke atas.

Akhir kalam, para ibu hendaklah mendidik dan menanamkan tabiat yang baik dalam diri anak keranatabiat yang baik membantu seseorang itu menjadi baik manakala tabiat yang buruk menjadikan seseorangitu menjadi buruk.

"MEMAKNAI KEMERDEKAAN"Oleh:

Adi Pitang

Dalam minggu-minggu terakhir bulan Ogos 2020, ucapan kemerdekaan berligar di media sosial. Tidak terkecuali aku. Menerima ucapan kemerdekaan Malaysia yang ke-63 tahun. Kalau seorang insan, usia 63 tahun itu menunjukkanusia yang agak matang atau istilah lain “berpenyakitan” sudah, hahaha. Kata-kata dari seorang sahabat di laman Facebooknya; "Syukur, kita merdeka dari penjajah. Semoga kita juga MERDEKA dari jadi hamba harta, pangkat dan jawatan (3Ta), kembali jadi Hamba Allah."

"Merdeka tu apa babah?", tanya anakku Alif Altamis suatu pagi di hari cuti merdeka. "Merdeka tubebas dari tangan penjajah", jawabku. "Penjajah tu apa?", tanyanya lagi. "Penjajah tu orang jahat yang ambil tempat kita”. Alif mengangguk tanda faham. Bukan suatu yang mudah untuk memahamkan ertikemerdekaan sebenar. Ia ditafsirkan dalam pelbagai sudut dan presepsi.

Ketika dalam peperangan Qadisiyah, ketika mana Rubi’ bin Amir disoal oleh musuh tentang tujuanorang Islam datang dan bersungguh menyebarkan agama Islam, Rubi' bin Amir menjawab; "Kami telah diutuskan untuk mengeluarkan segala sesuatu, daripada penyembahan hamba kepada hamba kepada penyembahan mutlak kepada Allah yang satu, daripada kekejaman agama-agama terdahulu kepadakeadilan Islam, daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat."

Kemerdekaan dari sudut pandangan Islam adalah penyerahan total kepada pengabdian jiwa ragakepada Allah SWT. Kemerdekaan itu bukan semata fi zikal tetapi juga dari segi pemikiran dan spiritual. Ini dibuktikan oleh Bilal bin Rabah, walau fi zikalnya dimiliki oleh tuannya, namun jiwanya diserah danberpaut sepenuhnya kepada Allah SWT ketika menanggung seksaan yang perit. Kemerdekaan jugamembawa maksud bebas dari kesalahfahaman tentang agama, bebas dari ajaran sesat dan bebasdari fahaman yang merosakkan akidah. Islam membebaskan pemikiran dan perlakuan selagi tidakmelanggar batas-batas syariat dan hukum-hakamnya.

Kita bebas untuk memilih syurga atau neraka. Allah SWT memberi kita pilihan, terpulang pada akalwaras kita. Andai syurga itu yang kita pilih, kenapa ambil jalan untuk ke neraka? Di situlah letaknyakebebasan. Minda kita harus bebas dari sebarang fi kiran-fi kiran yang negatif, berbaur prasangka, dendam, dengki, rasa diri hebat, gila nama dan puji, sombong serta penyakit hati lain, agar apa yang kita rancang memberi manfaat kepada diri, masyarakat dan agama. Kemerdekaan hakiki tidak akan dapat dirasai sekiranya kita masih dibelenggu oleh sifat-sifat mazmumah itu. Salam kemerdekaan!

SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M 5

Fiqh WanitaBicara Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M12

Page 13: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2020. 9. 4. · GRAFIK Encik Azmi bin Awang Hashim JURUTAIP Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS JURUFOTO Encik Jamiun

BERSEDERHANA MEMBELANJAKAN HARTAOleh:

Anakmalayindo

Salah satu sifat terpuji yang dimiliki seorang hamba Allah SWT adalah bersikap pertengahan dalammasalah membelanjakan harta. Mereka tidak berlebihan dan juga tidak bakhil. Kerana merekamengetahui bahawa Allah Ta’ala akan meminta pertanggungjawaban mereka pada hari kiamat terkaitnikmat yang Allah SWT berikan kepadanya. Sebagaimana Allah Ta’ala berfi rman:

"Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian." (QS. Al-Furqon: 67).

Begitu juga sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:

"Tidak bergerak dua telapak kaki seseorang pada hari kiamat hingga dia ditanya tentang empat perkara,iaitu tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang ilmunya bagaimana dia amalkan dan tentanghartanya dari mana dia mendapatkannya dan dalam hal apa dia belanjakan, tentang badannya untuk apadia gunakan." (HR. Tirmidzi dalam “Al Jaami’” no. 2316, dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam“Shahihul Jaami’" no. 7300).

Ayat dan hadis di atas mengisyaratkan kepada kita bahawasanya sifat pertengahan dalam menggunakanharta merupakan sifat yang mulia. Mereka tidak bakhil dan juga tidak tabdzir (berlebihan), baik keperluanyang wajib ataupun tambahan. Mereka meyakini bahawasanya harta yang dimilikinya akan dimintapertanggungjawabannya oleh Allah Ta’ala di akhirat kelak.

Karakter seperti ini merupakan karakter ‘ibadurrahman. Mereka lebih menggunakan hartanya dalamhal-hal yang wajib, kerana itu menjadi keperluan bagi mereka. Itulah hal-hal yang menegakkan kehidupanmereka dan itulah hal-hal yang menjadi bekal dan penolong serta membantu mereka untuk baiknyakehidupan di akhirat.

Maka inilah kewajiban setiap muslim. Hendaklah mereka berada di pertengahan dalam setiap perkara, tidak berlebihan dan tidak seenaknya. Baik dalam masalah ini atau permasalahan yang lain. Baik itu masalah agama atau masalah dunia.

Dari Ka’ab bin Farruh, dari Qotadah, dari Mutarrif bin Abdullah, dia mengatakan:

“(Umumnya) perkara yang terbaik adalah yang pertengahan, dan kebaikan itu di antara dua keburukan.”

Ka’ab bin Farruh bertanya kepada Qotadah:

“Apa yang dimaksud kebaikan itu di antara dua keburukan?”

Qotadah menjawab dengan membacakan dalil,

"Mereka yang membelanjakan harta dengan tidak berlebihan dan tidak kikir." (Riwayat At-Thabari dalam tafsirnya juz 17 no. 500).

NILAI KEBERSAMAAN DALAM ISLAMOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), Kinarut, Papar

MAKSUD HADIS:Daripada an-Nu'man bin Basyir RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan seseorang Mukmin sesama Mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi seumpama satu tubuhbadan. Apabila ada salah satu anggota badan yang menanggungkesakitan, maka seluruh tubuh badannya akan turut terjaga (tidak akan tidur) dan terasa panas(merasakan sakit demamnya)."

(Muttafaqun 'Alaih, Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

HURAIAN HADIS:Dalam hadis di atas, Rasulullah SAW telah memberikan satu perumpamaan yang sangat mudah untuk difahami iaitu perihal kasih sayang seseorang Mukmin sesama Mukmin yang lain seperti satu tubuh badandan sekiranya terdapat anggota tubuh badan yang sakit maka anggota lain juga akan menanggung kesakitannya. Perumpamaan ini bermaksud seorang mukmin itu mempunyai sifat kasih sayang, prihatin dan akan saling memberi pertolongan kepada saudara seagamanya yang ditimpa musibah ataukesusahan. Persaudaraan dalam Islam menuntut nilai kebersamaan iaitu saling memerlukan dalam apajua keadaan sama ada ketika senang mahupun ketika susah.

Hadis tersebut juga menjelaskan bahawa agama Islam menyeru umatnya untuk saling berkasih sayang, bekerjasama dan tolong-menolong sesama saudara seagamanya tanpa mengira suku kaum, perbezaan bahasa dan warna kulit kerana orang mukmin sesama mukmin adalah bersaudara. Hilangnya perasaan saling menyayangi, sifat prihatin dan tolong-menolong sesama umat Islam memberi isyarat bahawaiman di dalam diri seseorang itu kurang sempurna.

PENGAJARAN HADIS:1. Sifat kasih sayang dan prihatin dapat membentuk kehidupan masyarakat yang sejahtera.

2. Islam adalah agama ukhuwah dan kasih sayang yang membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

3. Nilai kebersamaan akan terbina apabila terdapat orang Islam yang memerlukan bantuan atauditimpa musibah, maka orang Islam lain akan saling membantu dan meringankan beban yangditanggung oleh saudaranya.

RUJUKAN:● Bahjatun Naazhirin Syarah Riyaadus Sholihin, Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, Pustaka Imam Asy-Syafii, Cetakan Ketujuh, 2012.● Kitab Terjemah Hadis Shahih Muslim, Ma’mur Daud, Klang Book Center, Cetakan Kelapan, 2007.

Sentuhan Hadis

SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M 13

Remaja

Page 14: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2020. 9. 4. · GRAFIK Encik Azmi bin Awang Hashim JURUTAIP Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS JURUFOTO Encik Jamiun

Muhajirin ialah muslimin Mekah yang berhijrah daripada Mekah,atas arahan Ilahi, ke Kota Madinah. Mereka telah berdepandengan pelbagai ancaman daripada kaum kerabat merekakaum musyrikin Quraisy kerana mereka memeluk agama Islamdan mengikuti Nabi Muhammad SAW. Mereka meninggalkansegala harta benda mereka di Mekah, dan sehelai sepinggangberhijrah ke Madinah, demi mentaati perintah Allah ta’ala. Haltersebut bukanlah mudah, namun mereka memahami nilaipengorbanan demi dakwah Islam, maka mereka mematuhinyatanpa berbelah bahagi.

Ansar pula ialah muslimin Madinah yang menyambut saudara mereka, muslimin Mekah, yang berhijrahke Madinah atas arahan Ilahi. Mereka adalah dua kabilah Arab yang besar, Aus dan Khazraj, yang telahbersumpah setia akan membantu Rasulullah SAW dan Muhajirin dalam Hijrah mereka itu, sertamenyediakan segala keperluan asas setelah tibanya Muhajirin ke Madinah.

Allah ta’ala menyifatkan Muhajirin di dalam ayat 8 surah al-Hasyr, bahawa mereka ini adalah golonganyang miskin dan ditindas di tanah air mereka yang tercinta Mekah. Musibah silih berganti, hal itu tidakmengubah akhlak mereka menjadi buruk, bahkan mereka menjadi manusia yang termulia yang memilikihati yang murni bersih, niat yang jujur. Bagaimanakah demikian?

Kerana mereka keluar daripada Mekah, demi membantu agama Allah SWT dan Rasul-Nya, serta mencarikeredhaan Allah SWT dan syurga-Nya. Allah SWT pun mengiktiraf kejujuran mereka itu, dan mengangkatdarjat mereka antara sekalian muslimin.

Allah ta’ala menyifatkan Ansar di dalam ayat 9 surah al-Hasyr, bahawa mereka ini adalah golonganyang memiliki cinta yang murni kepada Allah ta’ala, Rasul-Nya dan Muhajirin. Mereka tidak pernah dengki atau benci sekalipun kepada Muhajirin saudara seislamnya.

Allah SWT menyifatkan mereka dengan sebaik-baik sifat: Al-Itsar (mendahulukan keperluan orang lain,yakni Muhajirin), meskipun diri mereka sendiri miskin. Hati mereka tidak pernah berasa gusar, keranabekorban demi Muhajirin. Allah SWT mengiktiraf kemuliaan hati mereka itu, dan mengangkat darjatmereka antara sekalian muslimin.

Karakter Muhajirin yang berhati jujur dan sanggup berkorban apa pun demi Islam, serta karakter Ansaryang berhati mulia dan sanggup mendahulukan keperluan muslimin berbanding kesenangan diri sendiri, adalah sikap yang wajar kita renungkan dan teladani dinihari; di saat di mana dunia ini amatmemerlukan orang-orang baik seperti anda saudaraku muslimin semua.

MUHAJIRIN DAN ANSAR: PERSONALITI TELADANOleh:

Mohammad Syafi q IsmailExco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

Program Ziarah Mahabbah Permata sempena Sambutan Maal Hijrah 1442H/2020M anjuranJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah mengagih sumbangan barangan makanan untuk 200 keluarga murid yang kurang berkemampuan di empat buah sekolah yang terpilih iaitu S.K. Daingin Kimanis, S.K. Mandahan dalam daerah Papar dan

S.K. Pekan Tambunan serta S.K. Nambayan keduanya dalam daerah Tambunan. Majlis tersebutdisempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS

dan Tuan Abidin B. Marjan, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Majlis tersebut diadakan pada 26 dan 27 Ogos 2020.

SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M 3

Peristiwa Tinta Ilmiah

Page 15: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2020. 9. 4. · GRAFIK Encik Azmi bin Awang Hashim JURUTAIP Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS JURUFOTO Encik Jamiun

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Perdana Menter i Malays ia Tan Sr i Muhyiddin Yass in mengumumkan PKPP dilanjutkan kerana kerajaan masih memerlukan mekanisme undang-undang untuk meneruskan usaha-usaha mencegah dan mengawal penularannya walau keadaan wabak ini adalah terkawal. Perdana Menteri itu berkata tindakan penguatkuasaan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) masih boleh diambil bagi memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan.

PKPP mula dikuatkuasakan mulai 10 Jun lalu bagi menggantikan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), dengan lebih banyak kelonggaran dalam kegiatan ekonomi dan sosial. Dengan penguatkuasaan PKPP, hampir semua kegiatan sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan dan sektor ekonomi akan beroperasi semula secara berperingkat, dengan pematuhan sepenuhnya terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Perdana Menteri itu juga berkata Malaysia masih berdepan risiko penularan wabak COVID-19 seperti yang dapat dilihat dengan wujudnya beberapa kluster baru seperti Sivagangga, Tawar dan Sala di Kedah, Sanglang di Perlis dan satu kluster di Sarawak. Justeru itu, tindakan-tindakan yang tegas dan tangkas perlu diambil sebelum ia merebak dengan lebih meluas. Mengambil kira tempoh yang lama sebelum negara bebas sepenuhnya daripada wabak itu, beliau menambah kerajaan akan terus melaksanakan pendekatan bersasar di kawasan yang terdapat jangkitan, misalnya menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar.

Apa yang menarik dalam ucapannya ini ialah beliau menegaskan bahawa semua kita adalah frontliners yang berada di barisan paling depan untuk memerangi wabak ini dan jika kita dapat memainkan peranan masing-masing, kita akan berjaya untuk bebas daripada wabak ini dengan lebih cepat.

“Amalkan budaya yang sihat. Kita jaga kita”.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Haji Baharudin Haji Alwi

EDITOR/KETUA PENYELARASCik Nur Faezah binti Jaafar

([email protected])

SIDANG PENGARANGAdi Pitang

([email protected])Ustaz Asmuni Ali

([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Encik Abdu Khalil bin HassanUstaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Syafiq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Encik Mohd Fauzee bin HarithCik Nursyuhada Aspar

PENGURUSANCik Nur Idilah binti Jamirin

GRAFIKEncik Azmi bin Awang Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahTingkat 3, 4, 9 & 10, Blok A, Wisma MUIS,

Beg Berkunci 103, 88737 KOTA KINABALU, SABAHTel.: 088-222435

Faks: 088-257358

Bahagian Penyelidikan dan Informasi serta Unit Makanan dan Bahan Gunaan Islam (MGI) JHEAINS telah menganjurkan Kursus Penceramah Modul Persijilan Halal dan Modul Kesedaran Makanan

Gunaan Islam pada 11 dan 12 Ogos 2020 di bilik Hijrah Tingkat 2 Wisma MUIS. Peserta kursus tersebut dihadiri daripada Pegawai JHEAINS yang dipilih dari seluruh Daerah. Tiga orang penceramah jemputan iaitu daripada Hab Halal JAKIM Putrajaya Kuala Lumpur, Pegawai KPDNHEP dan Profesor daripada

Universiti Malaysia Sabah (UMS). Majlis penangguhan dan penyampaian sijil kursus tersebut disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS.

Turut hadir Ustaz Haji Baharuddin Haji Alwi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian PenyelidikanInformasi JHEAINS.

Dari Meja Editor

SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 21 - 16 Muharam 1442H/4 September 2020M 15

Peristiwa

Page 16: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, … · 2020. 9. 4. · GRAFIK Encik Azmi bin Awang Hashim JURUTAIP Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS JURUFOTO Encik Jamiun