DIGITAL STORYTELLING ANIMATION Peringkat …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4284/DST...

4
DIGITAL STORYTELLING ANIMATION Peringkat Kebangsaan Nilai-Nilai Murni dalam Peribahasa / Values in ProverbsLatar Belakang Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan akan melaksanakan program Digital StoryTelling (DST) Animation bagi peringkat kebangsaan. Antara tujuan program ini termasuk memberi pendedahan dan dorongan ke arah peningkatan kecenderungan dalam industri digital animasi yang berlandaskan kurikulum pendidikan Malaysia. Berdasarkan pelaksanaan lalu, program ini telah berjaya mencungkil bakat dan memperkasa pelbagai kemahiran dalam kalangan murid seperti kebolehan merancang, menyampai dan mengaplikasi dalam pembinaan bahan animasi digital secara kreatif dan inovatif. Objektif Program ini bertujuan menghasilkan murid yang berupaya: 1. menggunakan perisian animasi digital. 2. menghasilkan satu klip cerita animasi selama 3-5 minit. 3. mengaplikasi teknik merancang dan menulis papan cerita yang dipelajari. 4. menggunakan kemahiran mencari maklumat dan membuat rujukan secara dalam talian. 5. mengaplikasikan kemahiran menghasilkan klip animasi dalam pembelajaran. Penghasilan 1. Meningkatkan minat dalam industri animasi. 2. Menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi melalui kerjasama murid dan guru. 3. Membudayakan penggunaan teknologi / ICT dalam PdP. Ringkasan Pertandingan 1. Penyertaan adalah terbuka kepada sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimana pun, hanya satu (1) penyertaan mewakili setiap sekolah. 2. Setiap sekolah diwakili oleh kumpulan yang dianggotai oleh seorang (1) guru dan tiga (3) orang murid. Setiap ahli kumpulan perlu diberi peranan tertentu (cth: Penerbit, Pengarah, Jurutera Audio, Pereka Grafik, Penata Muzik Latar, Suara Latar Watak,

Transcript of DIGITAL STORYTELLING ANIMATION Peringkat …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4284/DST...

Page 1: DIGITAL STORYTELLING ANIMATION Peringkat …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4284/DST Rules and... · 1 salinan cetakan storyboard asli yang ... animasi mereka ditayangkan

DIGITAL STORYTELLING ANIMATION Peringkat Kebangsaan

“Nilai-Nilai Murni dalam Peribahasa / Values in Proverbs”

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan akan

melaksanakan program Digital StoryTelling (DST) Animation bagi peringkat kebangsaan.

Antara tujuan program ini termasuk memberi pendedahan dan dorongan ke arah peningkatan

kecenderungan dalam industri digital animasi yang berlandaskan kurikulum pendidikan

Malaysia. Berdasarkan pelaksanaan lalu, program ini telah berjaya mencungkil bakat dan

memperkasa pelbagai kemahiran dalam kalangan murid seperti kebolehan merancang,

menyampai dan mengaplikasi dalam pembinaan bahan animasi digital secara kreatif dan

inovatif.

Objektif

Program ini bertujuan menghasilkan murid yang berupaya:

1. menggunakan perisian animasi digital.

2. menghasilkan satu klip cerita animasi selama 3-5 minit.

3. mengaplikasi teknik merancang dan menulis papan cerita yang dipelajari.

4. menggunakan kemahiran mencari maklumat dan membuat rujukan secara dalam

talian.

5. mengaplikasikan kemahiran menghasilkan klip animasi dalam pembelajaran.

Penghasilan

1. Meningkatkan minat dalam industri animasi.

2. Menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi melalui kerjasama murid

dan guru.

3. Membudayakan penggunaan teknologi / ICT dalam PdP.

Ringkasan Pertandingan

1. Penyertaan adalah terbuka kepada sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan

Malaysia. Walau bagaimana pun, hanya satu (1) penyertaan mewakili setiap sekolah.

2. Setiap sekolah diwakili oleh kumpulan yang dianggotai oleh seorang (1) guru dan tiga

(3) orang murid. Setiap ahli kumpulan perlu diberi peranan tertentu (cth: Penerbit,

Pengarah, Jurutera Audio, Pereka Grafik, Penata Muzik Latar, Suara Latar Watak,

Page 2: DIGITAL STORYTELLING ANIMATION Peringkat …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4284/DST Rules and... · 1 salinan cetakan storyboard asli yang ... animasi mereka ditayangkan

dsb). Pihak penganjur berhak menolak penyertaan mana-mana kumpulan yang

melebihi jumlah anggota yang dinyatakan.

3. Kategori yang dipertandingkan adalah:

a. Rendah (murid 7 hingga 12 tahun)

b. Menengah (murid 13 hingga 17 tahun)

4. Tema produksi adalah “Nilai-Nilai Murni dalam Peribahasa / Values in Proverbs”.

5. Tarikh mula penerimaan penyertaan oleh urusetia adalah pada 1 Ogos 2016 dan tarikh

tutup penyertaan adalah pada 30 Ogos 2016.

6. Setiap penyertaan mestilah mengandungi perkara-perkara seperti berikut:-

a. 2 salinan produksi berbentuk DVD-Video b. 1 salinan cetakan storyboard asli yang dihasilkan oleh peserta (disahkan) c. Borang penyertaan yang lengkap diisi dengan

i. Butiran peserta ii. 1 sinopsis (tidak melebihi 100 patah perkataan)

d. Surat dari BTPN atau JPN yang mengesahkan kesahihan hasil kerja peserta.

7. Pihak penganjur berhak membuat keputusan mengikut budi bicaranya jika berlaku

sebarang keraguan atau kekeliruan mengenai Syarat Pertandingan yang dinyatakan.

8. Semua peserta yang menyertai pertandingan ini hendaklah membenarkan video

animasi mereka ditayangkan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai bagi tujuan

penjurian dan tayangan umum secara percuma.

9. Semua klip animasi yang dipertandingkan akan menjadi hakmilik Kementerian

Pendidikan Malaysia. Pihak penganjur mengambil langkah-langkah yang sewajarnya

bagi memelihara hakcipta setiap klip animasi yang dipertandingkan. Walau bagaimana

pun, penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan

berkaitan dengan produksi atau sebahagian daripada produksi tersebut oleh mana-

mana pihak.

10. Semua salinan klip, DVD dan lain-lain yang diterima tidak akan dikembalikan.

11. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli

/ diciplak.

12. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik

balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.

13. Mana-mana peserta yang gagal mematuhi peraturan di atas akan dibatalkan

penyertaannya daripada pertandingan dan keputusan para pengadilan adalah

muktamad.

14. Sekiranya terdapat pindaan dan tambahan peraturan pertandingan, pihak penganjur

akan memaklumkan kepada pihak peserta melalui BTPN dari masa ke semasa.

15. Borang penyertaan yang siap diisi hendaklah dihantar kepada:-

Page 3: DIGITAL STORYTELLING ANIMATION Peringkat …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4284/DST Rules and... · 1 salinan cetakan storyboard asli yang ... animasi mereka ditayangkan

URUS SETIA DIGITAL STORYTELLING ANIMATION Sektor Perancangan dan Penyelarasan Bestari Bahagian Teknologi Pendidikan Persiaran Bukit Kiara 50604 Kuala Lumpur

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia: [email protected] Tel : 03-2081 7777 samb. 7666 Fax : 03-2081 7766

Syarat-Syarat Pertandingan

1. Berbentuk penceritaan dalam animasi grafik.

a. Mempunyai plot atau jalan cerita - iaitu penggabungan watak, latar belakang,

rentetan peristiwa serta sebab dan akibat.

b. Mempunyai bunyi latar sama ada adunan muzik, bunyi, voice-over atau

kesemua/sebahagian daripadanya.

c. Tempoh tayangan di antara 3 hingga 5 minit. Tempoh tersebut tidak termasuk

intro/montaj atau/dan credits.

d. Mestilah karya asli dan bukan tiruan atau diplagiat dari mana-mana karya yang

sudah diterbitkan. Sekiranya menggunakan runut bunyi yang mempunyai

hakcipta terpelihara, butiran penerbit, pelantun dan pencipta runut bunyi

tersebut perlu dinyatakan dengan jelas.

e. Ciptaan asal peserta dan tidak pernah dipertandingkan di mana-mana

pertandingan animasi atau yang sepertinya.

f. Berteraskan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

g. Bersesuaian untuk penggunaan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

h. Tidak menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman, politik dan/atau

merendahkan martabat mana-mana komuniti atau kumpulan tertentu.

i. Dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

2. Produksi yang dihasilkan hanya dalam bentuk animasi. Teknik-teknik animasi yang

diterima adalah:

a. Tradisional

b. Stop motion

c. Computer animation (2D/3D)

d. Erasure animation

3. Setiap penyertaan perlu disediakan dalam bentuk DVD-Video mengikut spesifikasi

berikut:

a. H.262/MPEG-2 Part 2 compression sehingga 9.8 Mbit/s (9,800 kbit/s) atau

MPEG-1 Part 2 compression sehingga 1.856 Mbit/s (1,856 kbit/s)

Page 4: DIGITAL STORYTELLING ANIMATION Peringkat …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/4284/DST Rules and... · 1 salinan cetakan storyboard asli yang ... animasi mereka ditayangkan

b. 4:3 frame aspect ratio

c. Penataan audio berformat sama ada PCM, MP2, atau AC-3, 48 kHz or 96 kHz

sampling rate, 2-channel (L+R)

Penjurian

1. Jawatankuasa penganjur akan melantik jemaah juri untuk mengadili kesemua kategori/

anugerah yang dipertandingkan.

2. Juri adalah individu atau sekumpulan individu yang diperakui kepakaran atau

bidangnya dan telah dilantik oleh pihak penganjur untuk melaksanakan tanggungjawab

dan amanah yang telah diberikan dan secara rasmi menerima perlantikan.

3. Penjurian bermaksud proses dan tatacara menilai dan memilih calon yang mencapai

tahap untuk diberi anugerah.

4. Anggota juri adalah bebas dan hanya mewakili dirinya sendiri.

Kriteria Penilaian

Kriteria %

Grafik 15

Teknik Animasi 20

Videografi / Suntingan 15

Jalan Cerita / Skrip 15

Penataan Audio 15

Finishing 10

WOW factor 10

Majlis Penutup

Satu majlis anugerah akan dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian

Pendidikan Malaysia bagi mengiktiraf 3 klip animasi terbaik bagi setiap kategori (menengah &

rendah) di peringkat kebangsaan. Hanya pemenang-pemenang tempat pertama, kedua dan

ketiga akan diumumkan melalui media rasmi KPM mengikut kesesuaian. Segala tuntutan

perjalanan, makan/minum dan penginapan ke majlis anugerah tersebut walau bagaimana pun

tidak ditanggung/disediakan oleh pihak penganjur.