Dilema Seorang Guru Permulaan Yang Bertugas Di Sebuah Kawasan Pedalaman

download Dilema Seorang Guru Permulaan Yang Bertugas Di Sebuah Kawasan Pedalaman

of 6

Transcript of Dilema Seorang Guru Permulaan Yang Bertugas Di Sebuah Kawasan Pedalaman

DILEMA SEORANG GURU PERMULAAN KAWASAN PENDALAMAN

Hj. Azni bin Jaffar Dr. Muhamad Kasim bin Basir Dr. Suhaidah binti Tahir Dr. Hamimah binti Abu Naim En. Ahmad Syukri bin Ahmad En. Ramachandran a/l Vengrasalam Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Tun Hussein Onn Abstrak Kajian ini merupakan satu kajian kes yang melibatkan seorang guru permulaan lepasan KPLI di sebuah IPG. Guru permulaan ini ditempatkan di sebuah sekolah pedalaman Sarawak. Ianya dijalankan untuk mengenalpasti punca dan faktor yang menyebabkan guru permulaan tersebut meninggalkan tugas dan pulang ke Semenanjung. Ianya juga dijalankan untuk mendapatkan beberapa cadangan penambahbaikan daripada pelbagai pihak yang terlibat dalam latihan keguruan dan penempatan guru permulaan. Maklumat yang digunakan dalam kajian ini diperolehi melalui temubual dengan guru permulaan tersebut. Hasil temubual telah dianalisis melalui analisis kandungan. Seterusnya hasil analisis telah dikategorikan kepada beberapa aspek dan tema. Dapatan menunjukkan punca utama berlakunya perkara ini adalah disebabkan faktor kesediaan guru, persekitaran sekolah, tempat tinggal, komunikasi, dan budaya. Beberapa cadangan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah, pihak sekolah dan guru permulaan juga berikan. *KPLI: Kursus Perguruan Lepasan Ijazah *IPG: Institut Pendidikan Guru Latarbelakang Kajian Subjek merupakan seorang guru permulaan lepasan IPG Kampus Tun Hussein Onn yang mula berkhidmat sebagai guru pada 1 hb. Januari 2010 di sebuah kawasan pedalaman di Sarawak. Subjek merupakan anak sulung daripada 7 orang adik beradik yang terdiri dari sebuah keluarga bersosio ekonomi rendah dan tinggal di kampung. Memiliki ijazah Sarjana Muda Seni dan grafik dari di Universiti Sains Malaysia dalam bidang grafik pada tahun 2007. Pada tahun 2008 subjek bekerja sendiri sebelum mendapat tawaran mengikuti kursus KPLI sekolah rendah di IPG Kampus Tun Hussein Onn pada bulan Januari tahun 2009. Pada bulan Januari tahun 2010 beliau telah menerima surat tawaran lantikan untuk mengajar di sebuah sekolah di pedalaman Sarawak. Beliau mula bertugas di sekolah tersebut pada 4hb. Januari 2010 sehingga 16hb. Januari 2010, tetapi pada 17hb. Januari 2010 beliau telah meninggalkan sekolah tempat beliau ditugaskan dan balik ke kampungnya di Semenanjung Malaysia.

IPTHO

1

Subjek merupakan anak sulung dari tujuh orang adik beradik (tiga lelaki dan 4 perempuan). Beliau telah biasa dengan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Menurutnya: .....disebabkan saya ni anak sulung. Jadi, saya mempunyai tanggungjawab yang cukup besar pada keluarga terutama kepada adik beradik dan ibu bapa ..bapa saya bertugas diluar kawasan Johor. tanggungjawab ini sebagai bapa dalam keluarga Jadi, saya mengambil

Pada masa yang sama keluarga juga menyokong untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh subjek dengan cara yang paling baik seperti yang dinyatakan dalam pernyataan di atas. Prosedur Pengumpulan dan Analisis Data Satu sesi temubual telah dijalankan oleh kumpulan penyelidik dengan subjek. Selepas itu maklumat yang diperolehi melalui rakaman temubual telah ditranskripsikan. Seterusnya kaedah analisis kandungan telah digunakan untuk menganalisis dapatan temubual. Perisian Atlas/ti telah digunakan untuk menganalisis transkripsi temubual bagi membantu penyelidik dalam proses open coding, aksial coding dan mentafsir tema-tema yang muncul. Dapatan Kajian Analisis temubual menunjukkan tekanan perasaan merupakan punca utama yang menyebabkan subjek meninggalkan tugasnya sebagai guru dan pulang ke Semananjung. Secara lebih terperinci, hasil daripada analisis mendapati faktor utama yang menimbulkan tekanan perasaan tersebut ialah aspek kesediaan guru, persekitaran sekolah, keadaan tempat tinggal, komunikasi dan perbezaan budaya. Subjek Mengalami Kejutan Analisis temubual mendapati pada keseluruhannya subjek belum bersedia sepenuhnya daripada aspek mental dan fizikal untuk berkhidmat di sekolah beliau ditempatkan. Subjek berasa begitu kecewa ditempatkan di kawasan berkenaan kerana beliau dapati terdapat beberapa orang rakannya ditempatkan bertugas di Semenanjung atau pun ditempatkan di kawasan bandar di Sarawak. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam dirinya dan menjadi titik permulaan kepada tekanan perasaan. Tekanan perasaannya menjadi lebih kuat apabila menjejaki kaki di sekolah tersebut seperti yang dinyatakan: .....Okahh.ermm..keadaan sekolah semasa saya sampai tusebab saya sampai waktu malam. Jadi saya tak nampaklah persekitaran sekolah tu. Tapi pada keesokan harinya, apa yang digambarkan oleh pihak atasan tak sama apa yang saya nampaklah pada keesokan siangnya tu. Jadi macam saya mengalami kejutan....... Subjek juga berasa sering terganggu kerana ibu bapa berharap agar beliau dapat berkhidmat berhampiran dengan keluarga. Subjek merupakan anak sulung keluarga dan keluarga banyak bergantung kepadanya. Kerisauannya ditambah lagi dengan tanggungjawabnya menjaga keluarga dan menurutnya neneknya juga sedang sakit. Perkara ini menyebabkan beliau rasa tertekan kerana tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai ketua keluarga, kerana ayahnya bertugas jauh dari rumah.IPTHO

2

Keadaan subjek menjadi lebih serius lagi kerana beliau menghidap sakit jantung dan perlu membuat rawatan temujanji dengan doktor. Situasi ini telah membebankan perasaannya kerana risau beberapa kemungkinan berlaku ke atas dirinya, terutama bila bertugas di kawasan pedalaman yang serba kekurangan. Berdasarkan kepada analisis yang telah dibuat, menunjukkan tekanan yang subjek alami ini menjadi semakin serius apabila timbul sesuatu masalah. Subjek lebih suka memendamkan perasaan, tidak suka berkongsi masalah, suka berdiam diri dan suka mengambil keputusan sendiri. Keadaan Subjek Di Sekolah Tempat Bertugas Suasana di sekolah dalam masa dua minggu berkhidmat juga menimbulkan tekanan kepada subjek. Beliau berasa terasing di sekolah tersebut dan seolah-olah pihak pengurus serta guru-guru tidak memberi layanan yang sepatutnya. Sebagai contoh beliau menyatakan: ......Saya cerita juga dengan guru besar tapi guru besar ni macam apa....dia tak ambil endah sangat......... ,dia cuma cakap relek-relek je. Tapi dia tak faham perasaan saya....... Menurut subjek lagi, tiada program atau usaha orientasi guru baru oleh pihak pengurus sekolah. Beliau terpaksa berusaha sendiri untuk mendapat maklumat tentang sekolah dan budaya sekolah. Guru-guru yang senior juga kurang memberi perhatian dan bimbingan kepadanya. Subjek juga terfikir untuk berkongsi masalah dengan guru-guru tetapi mereka kurang memberi perhatian kepada subjek. Beliau juga terpaksa mengajar subjek matematik dalam Bahasa Inggeris, walaupun beliau adalah seorang guru yang dilatih dalam bidang Pendidikan Seni Visual sewaktu mengikuti latihan keguruan di IPG. Keadaan ini menimbulkan tekanan kepada subjek kerana pelajar bukan sahaja tidak menguasai Bahasa Inggeris, malah mereka juga kurang menguasai Bahasa Melayu. . Keadaan Tempat Tinggal Subjek Menurut subjek beliau menginap di rumah jaraknya kira-kira 5 hingga 10 minit perjalanan ke sekolah. Bangunan rumah didirikan oleh penduduk kampung. Rumah tersebut menggunakan bekalan air dari sungai dan bekalan elektrik menggunakan generator. Beliau tinggal berseorangan tanpa teman. Menurut subjek, beliau sering tidak dapat tidur kerana terlalu sunyi dan banyak memikirkan masalah yang dialaminya. Di samping itu makanan yang tidak seimbang dan sumber bekalan air yang tidak bersih telah menyebabkan subjek diserang demam panas. Sebagai contoh subjek menyatakan: .....saya terfikir banyak kali sampai....dah tak boleh nak tidur semua, makan semua pun, sampai saya mengalami apa......demam Masalah Budaya Subjek juga mengalami gangguan semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kerana terdapat pelajar yang membawa anjing ke sekolah. Keadaan ini menimbulkan keresahan kepada subjek kerana sebagai seorang yang beragama Islam subjek merasa tidak selesa kerana anjing adalah najis mughalazah. Menurut subjek juga, penduduk di kawasan ini bukan beragama Islam dan beliau mengalami masalah untuk mendapatkan makanan halal sehingga terpaksa makan mee segera. Sebagai contoh beliau menyatakan: ......makan Maggi jelah,nak makan nasi boleh.makan lauk, saya tak berani......IPTHO

3

Situasi ini bertambah teruk lagi apabila subjek tidak mempunyai teman untuk berbincang, berkongsi masalah, mengambil berat dan memberi nasihat kepadanya. Masalah Komunikasi Masalah komunikasi merupakan antara punca tekanan perasaan yang dialami oleh subjek. Menurutnya telefon di sekolah rosak dan ketiadaan rangkaian telefon bimbit menyebabkan beliau tidak dapat menghubungi keluarga di kampung. Beliau juga berasa bimbang kerana tidak dapat mengetahui keadaan keluarga di kampung dengan neneknya yang sedang sakit ketika itu. Beliau sendiri pun menghidap sakit jantung dan amat bimbang berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diduga apabila tinggal bersendirian dan tidak dapat menghubungi sesiapa dalam situasi yang kritikal. Sebagai contoh subjek menyatakan: ....sebab saya pun sakit jadi keluarga ayah pun sakit saya takut apa-apa berlaku saya tak tau apa-apasaya darah tinggi dengan apa.bloking jantunglah..aahh.darah pekat..... Menurut subjek lagi, beliau tidak dapat mendengar siaran radio kerana di kawasan berkenaan jauh dari stesen pemancar radio. Beliau berasa terlalu sunyi, terutamanya pada waktu malam apabila bersendirian di rumah tempat beliau menginap. Situasi ini menjadi lebih menekan apabila beliau tidak dapat akses internet yang merupakan media utama untuk mendapatkan maklumat dan berkomunikasi dengan rakan-rakan atau dengan orang lain. Di samping itu, disebabkan jauh di pedalaman beliau tidak dapat membaca akhbar untuk mendapatkan berita dan mengetahui perkembangan semasa apa yang berlaku dalam negara dan dunia luar. Menurut subjek masalah kemudahan komunikasi sangat menekan perasaannnya. Beliau berasa seperti hidup dalam penjara kerana tinggal bersendirian dan tidak dapat berhubung dengan orang lain. Perasaan Subjek Terhadap Tindakannya Analisis temubual menunjukkan subjek sedar tindakan yang diambil iaitu lari daripada tugas dan balik ke kampung adalah tindakan yang bertentangan dengan peraturan perintah am perjawatan. Beliau juga sedar bahawa pembelajaran pelajar juga akan terganggu disebabkan tindakannya. Namun masalah yang dihadapi di sekolah, ketiadaan rakan untuk berkongsi masalah, masalah kesihatan, masalah kemudahan asas dan masalah komunikasi yang amat menekan perasaannya telah menyebabkan beliau membulatkan tekad meninggalkan tugas dan pulang ke kampung. Menurut subjek beliau pasrah terhadap tindakan yang akan dikenakan kepadanya demi menyelamatkan dirinya daripada menghadapi tekanan perasaan yang lebih serius. Daripada analisis temubual menunjukkan subjek berkali-kali menyatakan beliau mengalami kejutan dengan situasi di tempat beliau bertugas dan menghadapi situasi persekitaran tempat tinggal yang serba kekurangan serta terasing. Beliau menegaskan tidak akan mengambil tindakan seperti ini sekiranya beliau di tempatkan di kawasan yang mempunyai kemudahan komunikasi dan kemudahan kesihatan yang agak baik. Beliau perlu menghubungi keluarga di kampung untuk mengirim berita perkembangan beliau dan mendapat perkhabaran keluarga. Di samping itu menurut subjek lagi, beliau memerlukan perjumpaan dengan doktor secara berkala untuk rawatan sakit jantung yang dihidapinya. Subjek juga berkali-kali menegaskan bahawa beliau bukannya tidak bersedia berkhidmat di kawasan pedalaman, tetapi situasi tempat beliau ditempatkan adalah terlalu daif terutama daripada segi komunikasi, kemudahanIPTHO

4

asas, kemudahan kesihatan. bantuan yang diperlukan. Cadangan Daripada Subjek

Beliau juga menghadapi tekanan kerana tidak mendapat

Apabila ditanya tentang langkah-langkah yang boleh dicadangkan ke atas guru-guru permulaan untuk mengelakkan perkara yang sama daripada berulang, subjek telah mengutarakan beberapa cadangan. Antaranya: Menempatkan dua atau tiga orang guru permulaan di sesebuah sekolah pedalaman yang sama. Menurut subjek beliau mengalami tekanan kerana tiada rakan untuk berkongsi masalah kerana hanya beliau seorang sahaja guru permulaan yang ditempatkan di sekolah tersebut Subjek mencadangkan supaya pihak yang terlibat dalam program latihan perguruan khusus untuk bertugas di sekolah-sekolah dikawasan pendalaman perlu memberi maklumat awal kepada guru permulaan yang akan di tempatkan di sesuatu kawasan pedalaman. Maklumat ini termasuklah keadaan persekitaran, kemudahan asas, kemudahan penginapan dan budaya masyarakat setempat. Maklumat ini menurut beliau boleh memberi gambaran awal kepada seseorang guru permulaan untuk bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menjalankan tugas di kawasan berkenaan. Perkara ini boleh mengelakkan berlakunya kejutan sepertimana yang beliau telah alami. Subjek juga mencadangkan supaya guru-guru permulaan diberikan motivasi untuk berkhidmat di kawasan pedalaman. Ianya boleh dilakukan sebelum guru-guru permulaan ditempatkan untuk berkhidmat. Seterusnya subjek mencadangkan supaya guru-guru pelatih di IPG didedahkan dengan situasi sekolah di kawasan pedalaman. Menurut beliau guru-guru pelatih harus mengikuti program-program bersama masyarakat kawasan pedalaman untuk sesuatu jangkamasa tertentu. Ini adalah untuk membolehkan mereka mendapat pengalaman menjalani kehidupan di kawasan pedalaman. Pengalaman seperti ini membolehkan mereka bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan kekurangan kemudahan di kawasan tersebut. Di samping itu subjek turut mencadangkan agar pihak pengurus sekolah menjalankan sesi orientasi kepada guru-guru permulaan yang mula bertugas di sekolah. Menurut beliau pihak sekolah tempat beliau bertugas kurang memberi perhatian kepada beliau sebagai guru permulaan yang serba kekurangan terhadap tugas di sekolah, budaya masyarakat setempat dan berbagai bimbingan lain yang seharusnya diberikan Akhirnya subjek mencadangkan supaya pihak Pejabat Pelajaran Daerah membuat pemantauan terhadap perkembangan guru-guru permulaan yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Perkara ini penting untuk membolehkan guru-guru permulaan menyalurkan maklumat atau melaporkan masalah yang dihadapi, di samping memberi dorongan dan semangat kepada guru-guru permulaan untuk meneruskan tugas mereka.

Rumusan

IPTHO

5

Laporan penyelidikan ini memaparkan dilema yang dihadapi oleh seorang guru permulaan yang tidak sanggup meneruskan tugasnya di sebuah sekolah pendalaman. Isu-isu yang dibangkitkan dalam tulisan ini merupakan hasil interaksi subjek dengan lima orang pengkaji. Sesungguhnya luahan perasaan yang ikhlas daripada subjek amat menarik untuk direnung, diteliti dan difikirkan. Apakah bentuk usaha yang boleh dilakukan agar guru ini mampu meneruskan tugasnya di kawasan pendalaman. Hasil penyelidikan ini telah memaparkan mengapa seorang guru yang telah dilatih tetapi tidak bersedia untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawapnya sebagai seorang guru. Di manakah silapnya? Kita tidak boleh menuding jari dengan menyalahkan mana-mana pihak. Apa yang boleh dicadangkan di sini ialah harapan pengkaji semoga hasil penyelidikan ini dapat menimbulkan keinginan kepada semua pihak yang terlibat untuk membuat refleksi terhadap peranan masing-masing dalam memastikan IPG dapat melahirkan guru-guru yang kompeten dan berjiwa pendidik. Ekoran daripada hasil penyelidikan ini, pihak pengurusan IPG Kampus Tun Hussein Onn telah mengambil satu inisiatif dengan mengadakan satu seminar khusus untuk kumpulan KPLI yang akan ditempatkan di kawasan pendalaman. Seminar ini bertujuan memberi peluang kepada kumpulan pelajar KPLI berkongsi idea dengan pensyarah-pensyarah IPG yang pernah bertugas di kawasan pendalaman, melihat dan menganalisis paparan video pengalaman guruguru di sekolah pendalaman. Harapan kita sebagai warga pendidik agar pendedahan kepada perkongsian pengalaman bertugas di pedalaman ini, membolehkan bakal-bakal guru permulaan membuat persediaan awal supaya tugas sebagai guru dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Semoga guru-guru kita mampu melaksanakan tugas hakiki dengan cemerlang tidak kira di mana sahaja sekolah yang mereka akan ditempatkan.

IPTHO

6