DISLEKSIA

32
Dr Yasmin Bte Hussain Jabatan Pendidikan Khas Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka

Transcript of DISLEKSIA

Dr Yasmin Bte Hussain Jabatan Pendidikan Khas Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka

APA ITU DISLEKSIA

Perkataan Greek. Bermaksud kesukaran dengan perkataan. Ia merujuk kepada seseorang yang mempunyai kesukaran 3M. Ia boleh disebabkan penumpuan yang lemah dan masalah ingatan.

DIFINISI BERASASKAN TEORI

TEORI KEPINCANGAN (discrepancy) Terdapat murid-murid yang mempunyai kepintaran normal tetapi gagal mencapai prestasi yang memuaskan dalam pembelajaran mereka- Hammond Dan Hughes (1996)

DIFINISI BERASASKAN TEORI

TEORI PENGASINGAN (exclusion) Murid disleksia tidak mempunyai masalah intelektual, mereka hanya menghadapi jurang pencapaian akademik dengan keupayaan untuk belajar, tidak malas, tiada masalah tingkahlaku, tidak buta atau bisu dan telah menerima pengajaran yang memuaskan.

JENIS-JENIS

PENGENALAN

Kita semua tidak belajar pada kadar yang sama atau dalam cara yang sama.

Orang yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran berhak mendapat bantuan yang akan membolehkan mereka berkembang kepada potensi mereka sepenuhnya.

PENGENALAN

Pembelajaran berlaku berterusan, bertujuan membina sebuah kehidupan yang lebih bermakna kepada seseorang murid meskipun ia dikenalpasti bermasalah dalam pembelajarannya.

PENGENALAN

1JENIS-JENIS DISLEKSIA

DISLEKSIA VISUAL (PANDANGAN)

Murid mengalami kesukaran mengingat dan mengenal abjad dan konfugirasi perkataan. Tidak boleh menterjemah simbol perkataan yang dicetak, juga seringkali melihat abjad tertentu terbalik.Contoh: n . u p ..q

2JENIS-JENIS DISLEKSIA

DISLEKSIA AUDITORI (PENDENGARAN)

Sukar mengingat bunyi abjad, menganalisa bunyi mengikut sukukata dalam perkataan dan menyusun atau menggabung sukukata-sukukata untuk membunyikan perkataan. Murid juga sukar membezakan bunyi vokal dan konsonan dan mengaitkan bunyi dengan perkataan yang ditulis (tidak boleh mengeja)

3JENIS-JENIS DISLEKSIA

DISLEKSIA VISUAL-AUDITORI (PANDANG-DENGAR)

Murid yang mengalami masalah ini mempunyai kesukaran membaca yang amat teruk. Ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.

PUNCA DISLEKSIAPUNCA DISLEKSIA

KETURUNAN

BIOLOGI KEMATANGAN

KETURUNAN(GENETIK)PUNCA DISLEKSIA

Disleksia boleh diwarisi.

Namun begitu darjah keterukan disleksia yang dialami mungkin berbeza.

BIOLOGIPUNCA DISLEKSIA

Kanak-kanak disleksia kemungkinan mempunyai atau mengalami sejarah kesukaran semasa dilahirkan, seperti tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran amat menyukarkan.

KEMATANGANPUNCA DISLEKSIA

Terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia. Ada kanak-kanak yang lambat perkembangannya. Kanak-kanak lelaki lebih kerap mengalami disleksia berbanding dengan kanak-kanak perempuan.

CIRI-CIRI MURID DISLEKSIA

CIRI-CIRI MURID DISLEKSIA

Semua kanak-kanak disleksia

mempunyai ciri-ciri dan tidaksemestinya sama diantara setiap

individu.

SEMASA PRASEKOLAHCIRI-CIRI MURID DISLEKSIA

Pemahaman pertuturan meningkat dengan kadar yang lembab. Sering menggantikan perkataan. Hyperaktif. Terlupa nama benda-benda. Tidak tentu arah. Selalu jatuh. Suka mendengar bacaan tetapi tidak minat membaca. Tidak merangkak semasa bayi. Nampak pandai tetapi pelajarannya lemah. Pandai dalam bidang seni.

SEMASA SEKOLAH RENDAHCIRI-CIRI MURID DISLEKSIA

Kesukaran membaca dan menulis. Kesilapan mengeja yang kerap dan mengambil masa yang lama ketika menulis. Suka menyiapkan kerja sekolah di rumah. Sukar menulis cepat. Sukar untuk mengikut arahan lisan. Kemahiran motor halus kurang memuaskan. Tidak terurus di rumah / di sekolah. Kurang keyakinan diri.

SEMASA SEKOLAH MENENGAHCIRI-CIRI MURID DISLEKSIA

Kesukaran dalam bacaan dan

keliru perkataan.Ejaan tidak konsisten.

Kekurangan menulis karangan.Keliru nombor dan arahan lisan.

Sukar belajar bahasa lain.Konsep rendah diri. Lemah dalam pemahaman.

MASALAH FIZIKAL /PENGURUSAN / SOSIAL CIRI-CIRI MURID DISLEKSIA

Pakaian sentiasa tidak kemas/kotor. Butang baju salah rumah. Tali kasut tidak diikat rapi. Kidal. Kelihatan tidak berminat dengan pelajaran dan dilabelkan pemalas/bodoh.

MASALAH FIZIKAL /PENGURUSAN / SOSIAL CIRI-CIRI MURID DISLEKSIA

Perhatian singkat dan sering keliru arah. Lemah pengamatan. Susah hendak bergaul. Bercakap dengan kuat/menjerit. Kemahiran sosial kurang memuaskan. Kelakuan/perangai tidak konsisten.

MASALAH DALAM PEMBELAJARAN CIRI-CIRI MURID DISLEKSIA

Lemah dalam bacaan sukar untuk memahami. Lemah dalam menyelesaikan masalah matemtik. Suka termenung, menggigit jari, pen dan sebagainya ketika menulis. Kerap merenung buku sekolah seolah tidak faham. Bahasa lisan lebih baik daripada penulisan.

TULISANCIRI-CIRI MURID DISLEKSIA

Kurang minat menulis. Tulisan amat buruk dan sukar dibaca. Menekankan pensel ketika menulis. Kerap menggunakan pemadam. Tidak memulakan huruf besar dipermulaan ayat.

MASALAH SEMASA MEMBACACIRI-CIRI MURID DISLEKSIA

Berpura-pura membaca buku berpandukan gambar yang dilihat atau mereka ayat.

Teragak-agak.Menunjuk teks bacaan dengan jari ketika

membaca.Pembalikan perkataan (batu = tuba, gula = lagu)

MASALAH SEMASA MEMBACACIRI-CIRI MURID DISLEKSIA

Keliru kedudukan perkataan (makan = makna) Keliru B Inggeris dengan B Melayu (jam jem, cat = cat) Kependekan perkataan (bunga = buan, kereta = keta, pergi = pegi) Penambahan (bulan = bulang) Pembalikan perkataan dalam ayat (pada masa yang sama = pada sama yang masa)

HURUF-HURUF YANG MENGELIRUKAN CIRI-CIRI MURID DISLEKSIA

M=W

b=d h=n

m=np=q y=j

U=nc=e

Ada 5 pendekatan bagi mengatasi masalah disleksia

mari kita bantu kanak-kanak disleksia

PERTAMA Multisensori Teaching

mari kita bantu kanak-kanak disleksia

KEDUA Arahan perlu ringkas, tepat dan pecah-pecahkan

mari kita bantu kanak-kanak disleksia

KETIGA Pembetulan serta-merta. Jika boleh pembetulan dibuat oleh murid sendiri.

mari kita bantu kanak-kanak disleksia

KEEMPAT Ulang pelajaran yang lalu sebelum memulakan yang baru.

mari kita bantu kanak-kanak disleksia

KELIMA Belajar menerusi pengalaman sedia ada.

mari kita bantu kanak-kanak disleksia