DOA Kedatangan Pelawat.docx

2
DOA Kedatangan Pelawat م ي ح ر ل ا ن م ح ر ل له ا م الس ب ن عي م ح ه ا ب ح ص له و ى ا عل مد و ح م ا% دن ي س ن لي س ر م ل ء وا آ ي1 ب% نلا ا% رف8 ش ى ا عل لام س ل وا> لاة ص ل وا ن مي ل عآ ل ا له رب مد ل ح ل اYa Allah...Ya Rahman, Kami merafakkan kesyukuran di atas izin dan inayahMu sehingga kami dapatberkumpul dalam majlis yang penuh barakah ini bersempena lawatan dari______________________ Semoga pengalaman yang cukup ber harga ini memberi petunjuk dan memberi pengajaran kepada kita semua dan seterusnya menambah baik mutu perkhidmatan pada masa akan datang Ya Allah Ya Rahim.. Sesungguhnya kami Ya Allah amat menghargai kesempurnaan nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami untuk mencapai tahap pengurusan berkualiti. Justeru dengan kudrat dan iradahMu maka permudahkanlah segala urusan kerja kami, sehingga kami dapat mengekalkan mutu perkhidmatan yang berkualiti demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara tercinta. Ya Allah Ya Aziz Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati, emosi, minda dan tindakan dalam mengurus dan mengemudi organisasi kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang....... Ya Allah, Ya Karim , kami memohon dariMu, Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu, Tautkanlah ikatan

Transcript of DOA Kedatangan Pelawat.docx

DOA Kedatangan Pelawat

Ya Allah...Ya Rahman,Kami merafakkan kesyukuran di atas izin dan inayahMu sehingga kami dapatberkumpul dalam majlis yang penuh barakah ini bersempena lawatan dari______________________

Semoga pengalaman yang cukup ber harga ini memberi petunjuk dan memberi pengajaran kepada kita semua dan seterusnya menambah baik mutu perkhidmatan pada masa akan datangYa Allah Ya Rahim..Sesungguhnya kami Ya Allah amat menghargai kesempurnaan nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami untuk mencapai tahap pengurusan berkualiti. Justeru dengan kudrat dan iradahMu maka permudahkanlah segala urusan kerja kami, sehingga kami dapat mengekalkan mutu perkhidmatan yang berkualiti demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara tercinta.

Ya Allah Ya AzizKurniakanlah kepada kami kesatuan hati, emosi, minda dan tindakan dalam mengurus dan mengemudi organisasi kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.......

Ya Allah, Ya Karim, kami memohon dariMu, Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu, Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim di antara kami. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami.