Doa Mesyuarat PIBG

download Doa Mesyuarat PIBG

of 3

Transcript of Doa Mesyuarat PIBG

  • 8/14/2019 Doa Mesyuarat PIBG

    1/3

    . Ya Allah Ya Tuhan Kami

    Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpulkerana-Mu Ya AllahKami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu

    dalam seluruh hidup kamiKami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran,

    tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagisekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .

    Ya Allah

    Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan(dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akanmenjadi sekolah yang cemerlang, terbilang ,

    sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yangakan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di

    dunia mahupun di akhirat.

    Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,

    Jadikanlah kami orang-orang yang mendengarkebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan

    mengetahui keburukan lantas bersegerameninggalkan keburukan .

    Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah,supaya kami yang hadir pada petang ini, agar kami

    dapat melaksanakan segala kebajikanDan kami pohon perlindungan dengan Engkau

    daripada melakukan keburukan .

  • 8/14/2019 Doa Mesyuarat PIBG

    2/3

    Ya Azizi Ya Sattar Ya Faalullima yurid ,

    Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlahhubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah

    hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yangmembawa keselamatan dan keharmonian dalammenyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak

    pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjagapelajar di sekolah ini.

    Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram ,

    Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu

    pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifatlemah-lembut, dan muliakanlah kami denganketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan

    kesihatan.

    Ya Farijal Hammi wa Ya Kashifal Ghammi ,

    Pada kesempatan ini sudilah kiranya Engkaumencucuri rahmat ke atas Allahyarham Tun Mohd.

    Suffian b. Hashim di atas sumbangan beliau kepadasekolah ini . Mudah-mudahan ia di tempatkanbersama-sama para Nabi-nabi , para Siddiqin , paraSyuhada dan para Solihin di Syurga-Mu Ya Allah.

    Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,

    Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagaiperhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Danjadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagaiperpisahan yang Engkau pelihara daripada mara

    bahaya dan keburukan.

  • 8/14/2019 Doa Mesyuarat PIBG

    3/3