Doa Sempena Hari Kanak-kanak
-
Upload
kuazril9505 -
Category
Documents
-
view
1.229 -
download
152
description
Transcript of Doa Sempena Hari Kanak-kanak
DOA SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANGSK LKTP SUNGAI SAYONG
KULAI, JOHOR
ي�م�� ح� �م"!ن� الر ح� �م� الله� الر بس�
، �ن� �م�ي ب الع�ال �ح�م�د� لله� ر� �ل �م� ا ال �ة و�الس� ، و�الص�ال �ن� �ق�ي �م�ت �ل �ة� ل و�الع�اق�ب�ه� �ا م�ح�م�د% و�ع�ل�ى آل د�ن ي ع�ل�ى س�
�ن� �ج�م�ع�ي �ه� أ اب ص�ح�� و�أ
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan qudrat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan
kami untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di dalam SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH, SK BANDAR
BARU SELAYANG 2013
Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,Ya Allah Ya Tuhan kami, kau kurniakanlah kepada anak-anak kami dengan hati yang terang dan dada yang lapang. Kau kurniakanlah
kepada mereka dengan cahaya kefahaman, kesihatan akal fikiran dan tubuh badan, kemudahan di dalam segala urusan dan kurniakanlah
kepada mereka dengan kejayaan dan kecemerlangan di dunia mahupun di akhirat.
Ya Allah, Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakahYa Allah Ya Tuhan kami, kau terbitkanlah rasa kebesaran, di dalam setiap hati murid-murid yang diraikan pada hari ini, dengan rasa
kesyukuran dan kehambaan kepada-Mu Ya Allah.
Kami juga memohon daripada-Mu Ya Allah, agar majlis pada hari ini dapat menjadi dorongan dan galakkan kepada murid-murid lain, untuk mereka sama-sama berusaha dengan gigih dan tekun di dalam bidang
kurikulum, ko-kurikulum dan aspek pembinaan diri agar dapat menjadikan diri mereka sebagai modal insan yang terbaik.
Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang beriman dan bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintah-Mu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah
kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat