DOA SEMPENA motivasi

2
DOA SEMPENA PROGRAM MOTIVASI MEMPERKASAKAN GURU-GURU BI, MATH DAN SC Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarganya dan para sahabat sekalian.Sesungguhnya kami menadah tangan pada petang ini, di Majlis Motivasi Memperkasakan Guru Bahasa Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja , Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu. Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat , Sesungguhnya kami berhimpun di sini pada petang ini, bagi menyatakan pengiktirafan dan komitmen kami, dengan roh dan semangat kependidikan meneruskan kesinambungan pendidikan ke arah kejayaan wawasan melalui kecemerlangan kepimpinan pendidikan sebagai asas dan teras perjuangan. Rahmatilah kami Ya Allah dengan al Quran, Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup kami dengan ketinggian martabat al Quran, Muliakanlah kami dengan kemuliaan al Quran. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan. Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi , Ya Allah, kemurahan-Mu kami pohonkan, ihsan-Mu kami harapkan, Rahman dan Rahim-Mu kami pinta, semoga kami sentiasa dilindungi dan dinaungi dengan sepenuh riayah

Transcript of DOA SEMPENA motivasi

Page 1: DOA SEMPENA motivasi

DOA SEMPENAPROGRAM MOTIVASI MEMPERKASAKAN GURU-GURU BI, MATH DAN SC

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarganya dan para sahabat sekalian.Sesungguhnya kami menadah tangan pada petang ini, di Majlis Motivasi Memperkasakan Guru Bahasa Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja ,Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,Sesungguhnya kami berhimpun di sini pada petang ini, bagi menyatakan pengiktirafan dan komitmen kami, dengan roh dan semangat kependidikan meneruskan kesinambungan pendidikan ke arah kejayaan wawasan melalui kecemerlangan kepimpinan pendidikan sebagai asas dan teras perjuangan. Rahmatilah kami Ya Allah dengan al Quran, Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup kami dengan ketinggian martabat al Quran, Muliakanlah kami dengan kemuliaan al Quran. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan.

Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,Ya Allah, kemurahan-Mu kami pohonkan, ihsan-Mu kami harapkan, Rahman dan Rahim-Mu kami pinta, semoga kami sentiasa dilindungi dan dinaungi dengan sepenuh riayah dan pemeliharaan-Mu.Berkatilah perhimpunan dan usaha kami pada hari ini, dan hari-hari yang bakal kami lalui. Iringilah bersama detik-detik perpisahan kami nanti, dengan keazaman dan komitmen, serta dengan iltizam dan istiqamah, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama, bangsa dan negara Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

م� لنا الل�ه� ر� بنا اغ�ف ان نا ذ�ن�و� و نا ال�ذ ي�ن وإل خ� و� بق� ان س ب اإل ي�م ال عل� و تج�ب نا ف ي� ( قـل�و� ال ا ل ل�ذ ي�ن غ ن�و� ب�ناإن�ك ءام ء�و�ف0 ر ي�م0 ر ح ر

الن�ار عذاب نا نة وق س ح ة ر األخ وف ي نة س ح الد>ن�يا ف ي ءات نا ب�نا ر د�ل ل�ه م� ال�ح و ، ل�م وس ب ه ح� وص ءال ه وعلى Cد م� م�ح على الله� ل�ى وص

ي�ن العالم Dب ر

Page 2: DOA SEMPENA motivasi