Doa Solat Hajat Khusus Pmr Spm Stpm

2
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Pada hari ini kami menadah tangan memohon padamu agar kami diberi kekuatan dan petunjuk agar kami terus taat beramal dengan perintahmu. Ya Allah. Kurniakanlah kejayaan kepada anak2 kami dan anak2 didik kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah mereka golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Sihatkanlah tubuh badan mereka, jauhkanlah mereka dari sifat2 negatif dan mazmumah dan isikan dalam diri mereka segala sifat2 yang terpuji dan mahmudah agar mereka menjadi anak2 yang taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud , Berkatilah usaha-usaha kami , Rahmatilah kerja-kerja kami mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak kami akan menjadi anak-anak yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian. Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui anak-anak kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan mereka. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua. Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan mereka dan janganlah engkau persulitkan.. Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara’ Berilah kejayaan pada anak-anak kami yang akan mengambil peperiksaan SPM dan STPM pada tahun ini,Berilah mereka ketenangan, berilah mereka hikmat dan jawapan yang bernas,Lancarkanlah tangan mereka dengan jawapan yang mantap

description

Doa Solat Hajat Khusus Pmr Spm Stpm

Transcript of Doa Solat Hajat Khusus Pmr Spm Stpm

Page 1: Doa Solat Hajat Khusus Pmr Spm Stpm

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim

Pada hari ini kami menadah tangan memohon padamu agar kami diberi kekuatan dan petunjuk agar kami terus taat beramal dengan perintahmu. Ya Allah. Kurniakanlah kejayaan kepada anak2 kami dan anak2 didik kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah mereka golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Sihatkanlah tubuh badan mereka, jauhkanlah mereka dari sifat2 negatif dan mazmumah dan isikan dalam diri mereka segala sifat2 yang terpuji dan mahmudah agar mereka menjadi anak2 yang taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,Berkatilah usaha-usaha kami , Rahmatilah kerja-kerja kami mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak kami akan menjadi anak-anak yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian.

Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui anak-anak kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan mereka. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.

Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan mereka dan janganlah engkau persulitkan..

Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara’Berilah kejayaan pada anak-anak kami yang akan mengambil peperiksaan SPM dan STPM pada tahun ini,Berilah mereka ketenangan, berilah mereka hikmat dan jawapan yang bernas,Lancarkanlah tangan mereka dengan jawapan yang mantapYa Allah kurniakanlah Kepada mereka kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri merekai dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah merekai dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.

Ya Allah Ya Ghaffar ,

Ampunkanlah dosa2 kami, dosa2 kedua ibu bapa kami yang telah menjaga dan mengasuh kami sejak kecil, dosa guru-guru sekolah ini yang tidak pernah jemu mendidik anak2 kami dan seluruh pelajar sekolah ini sehingga berada di tahap ini. Lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.Ya Allah ,Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,Semoga Engkau terima keuzuran kami,Engkau mengetahui hajat kami,Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,Kurniakanlah kekuatan kepada kami, agar dapat istiqamah dalam mendoakan anak2 kami agar mereka Berjaya dunia akhirat