Doa sukan

2
7. DOA HARI SUKAN Segala puji bagi Tuhan yang telah menjadikan alam semesta dan mengatur pertukaran siang dan malam. Tuhan yang berkuasa, kerana dengan rahmat Mu jua kami dapat berkumpul dalam majlis temasya sukan tahunan sekolah kali ke 21 Ya Allah Ya Rahman, Kami memohon kepada Mu agar terus diberikan petunjuk dan pimpinan bagi membangunkan potensi dan kecemerlangan melalui bidang sukan yang terancang dan berterusan. Dengannya dapat kami sempurnakan segala amanah, tanggungjawab dan kewajipan yang telah Engkau tentukan. Mudah-mudahan kami sentiasa mencapai kejayaan dan kegemilangan dalam setiap bidang sukan di negara ini. Ya Allah Ya Rahim, kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kekuatan mental dan fizikal, ketenangan serta kesejahteraan rohani dan jasmani, ketahanan diri dan emosi, ketinggian ilmu, keindahan akhlak serta kemuliaan peribadi di samping semangat juang yang membara, Ya Allah, kekalkanlah kesihatan kami. Hindarilah kami dari segala penyakit yang membebankan. Jadikanlah nikmat kesihatan dan kecergasan badan kami untuk kami mensyukuri Mu dengan mengabdikan diri dan mentaati segala perintah Mu serta menjauhkan segala larangan Mu. Ya Allah, Engkau tanamkanlah di hati-hati kami perasaan kasih mesra, muhibbah dan perpaduan di kalangan kami melalui aktiviti bersukan seperti ini. Akhirnya Ya Allah, Jadikanlah temanya sukan tahunan ini sebagai suatu majlis yang engkau redhai dan jadikanlah

description

d

Transcript of Doa sukan

Page 1: Doa sukan

7. DOA HARI SUKAN

Segala puji bagi Tuhan yang telah menjadikan alam semesta dan mengatur pertukaran siang dan malam. Tuhan yang berkuasa, kerana dengan rahmat Mu jua kami dapat berkumpul dalam majlis temasya sukan tahunan sekolah kali ke 21

Ya Allah Ya Rahman, Kami memohon kepada Mu agar terus diberikan petunjuk dan pimpinan bagi membangunkan potensi dan kecemerlangan melalui bidang sukan yang terancang dan berterusan. Dengannya dapat kami sempurnakan segala amanah, tanggungjawab dan kewajipan yang telah Engkau tentukan. Mudah-mudahan kami sentiasa mencapai kejayaan dan kegemilangan dalam setiap bidang sukan di negara ini.

Ya Allah Ya Rahim, kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kekuatan mental dan fizikal, ketenangan serta kesejahteraan rohani dan jasmani, ketahanan diri dan emosi, ketinggian ilmu, keindahan akhlak serta kemuliaan peribadi di samping semangat juang yang membara,

Ya Allah, kekalkanlah kesihatan kami. Hindarilah kami dari segala penyakit yang membebankan. Jadikanlah nikmat kesihatan dan kecergasan badan kami untuk kami mensyukuri Mu dengan mengabdikan diri dan mentaati segala perintah Mu serta menjauhkan segala larangan Mu.

Ya Allah, Engkau tanamkanlah di hati-hati kami perasaan kasih mesra, muhibbah dan perpaduan di kalangan kami melalui aktiviti bersukan seperti ini.

Akhirnya Ya Allah, Jadikanlah temanya sukan tahunan ini sebagai suatu majlis yang engkau redhai dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai suatu perpisahan yang engkau rahmati.