Document Dadah

4
Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang meng-gunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis- jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Jenis Jenis Dadah Opiat Jenis opiat - candu- Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Heroin - Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Morfin – Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Kodein - Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Opiat sintetik - Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti "methadone" , "pethidine", "dipipanone" dan "dextropropoxyphene". Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Stimulan Jenis stimulan: amphetamine - Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan "Methylenedioxy methamphetamine" adalah dadah yang sanat berbahaya. Methamphetamine - "Methaphetamine hydrochloride" merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Kokain - Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.

Transcript of Document Dadah

Page 1: Document Dadah

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang meng-gunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Jenis Jenis Dadah

Opiat

Jenis opiat - candu- Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan danmemperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang.

Heroin - Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin.

Morfin – Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah.

Kodein - Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu.

Opiat sintetik - Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti "methadone" ,"pethidine", "dipipanone" dan "dextropropoxyphene". Bahan-bahan inimempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalambidang perubatan untuk melegakan kesakitan.

Stimulan

Jenis stimulan: amphetamine - Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan "Methylenedioxymethamphetamine" adalah dadah yang sanat berbahaya.

Methamphetamine - "Methaphetamine hydrochloride" merupakan satu jenis dadah yangberada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dankadangkala berbentuk seperti tawas.

Kokain - Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yangterdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, AmerikaSelatan.

MDMA - merupakan analo meskalin dan amfetamin. ia dipanggil "feel good drug" dan bolehmeningkatkan daya tahan pengguna.

Ganja/Kanabis

Jenis Ganja/Kanabis:Hashish- Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yangdikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkandengan lilin

Page 2: Document Dadah

Kanabis Herba - Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok"genus kanabis" yang dikeringkan dalam bentuk ketulan atau sate.

Minyak hashish - Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoiddengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.

Halusinogen - Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.

Depresen

Jenis depresen - Ubat "Depresen"- Ubat "depresen" termasuk juga ubat-ubat "sedative" dan"tranquilizer". Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

Alkohol - Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. alkohol juge bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.

GHB - "Gamma-hydroxybutyrate" (GHB) boleh diperoleh dalam bentukcecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau "gammahydroxybutyricacid" tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkandalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.

Ketamin - Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.

ecstasyMorfin

Page 3: Document Dadah

opiate kanabis

halusinogen minyak hashish

kokain alcohol

depresen