Document1.docx

download Document1.docx

of 1

Transcript of Document1.docx

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025* Dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan negara dan dalam masa sama mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi.* Dokumen penting ke arah bergerak ke hadapan menerusi pendekatan secara inklusif dan komited melalui transformasi pembelajaran.* Lahir selepas proses pencernaan daripada pelbagai pihak dan merupakan rangka yang terhasil dengan begitu teliti, tuntas, menyeluruh serta mencakupi semua lapisan masyarakat.Dibangunkan dengan tiga objektif khusus iaitu:1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan kualiti, merapatkan jurang pencapaian, mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid serta mengoptimumkan kecekapan sistem.2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid serta sistem pendidikan secara keseluruhan dalam tempoh 13 tahun.3.Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian Pendidikan bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.* PPPM berhasrat mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.* Selain keberhasilan sistem, pihak berkepentingan juga jelas tentang tahap kualiti yang perlu ada pada setiap individu murid dengan mempunyai enam ciri utama mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Transformasi yang dilaksanakan disusun dalam tiga gelombang iaitu:1. Gelombang 1 (2013-2015): Mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras.2. Gelombang 2 (2016-2020): Mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem.3. Gelombang 3 (2021-2025): Beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140613/pe_03/Pelan-Pembangunan-Pendidikan-Malaysia-PPPM-2013-2025#ixzz3QVRvp9fA Utusan Melayu (M) Bhd