Documents.tips senarai tugas-guru-kelas

6
SENARAI TUGAS GURU KELAS 1. Pengurusan dan Organisasi Kelas 1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Ketua Keceriaan dan Kebersihan dsb. 1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas : (a) Jadual Waktu (b) Jadual Bertugas (c) Motto Kelas (d) Perabot kelas seperti kerusi-meja guru dan murid mencukupi (e) Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pencedok sampah (f) Papan tulis, kapur, papan kenyataan, almari dan lain-lain keperluan bilik darjah mencukupi dan dalam keadaan baik dan teratur. 1.3 Melaporkan perabot dan peralatan yang rosak kepada guru berkenaan. 1.4 Membimbing organisasi kelas/ murid yang dilantik menjalankan tugas. 1.5 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid. Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut: (a) Kebajikan murid (b) Keceriaan kelas jika perlu dan lain-lain 2. Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid 2.1 Menandakan Jadual Kedatangan Harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan Buku Daftar Kedatangan Murid di pejabat. 2.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki di dalam Buku Daftar Kedatangan Murid Ditulis dengan lengkap. 2.3 Memastikan data terkini murid di dalam kelas.

Transcript of Documents.tips senarai tugas-guru-kelas

Page 1: Documents.tips senarai tugas-guru-kelas

SENARAI TUGAS GURU KELAS

1. Pengurusan dan Organisasi Kelas

1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Ketua Keceriaan dan Kebersihan dsb.

1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas : (a) Jadual Waktu(b) Jadual Bertugas(c) Motto Kelas(d) Perabot kelas seperti kerusi-meja guru dan murid mencukupi(e) Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pencedok sampah(f) Papan tulis, kapur, papan kenyataan, almari dan lain-lain keperluan bilik darjah

mencukupi dan dalam keadaan baik dan teratur.1.3 Melaporkan perabot dan peralatan yang rosak kepada guru berkenaan.1.4 Membimbing organisasi kelas/ murid yang dilantik menjalankan tugas.1.5 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid.

Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:(a) Kebajikan murid(b) Keceriaan kelas jika perlu dan lain-lain

2. Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid

2.1 Menandakan Jadual Kedatangan Harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan Buku Daftar Kedatangan Murid di pejabat.

2.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki di dalam Buku Daftar Kedatangan Murid Ditulis dengan lengkap.

2.3 Memastikan data terkini murid di dalam kelas.

3. Laporan / Rekod Profil / Kemajuan Murid, Sijil Berhenti, Surat Akuan, Buku Rekod Kesihatan, Rekod Pergigian dan Kad 001R

3.1 Memastikan setiap murid mempunyai(a) Rekod Profil / Kemajuan Murid(b) Kad 001R(c) Kad Kesihatan(d) Kad Pergigian(e) Buku Nilam

Page 2: Documents.tips senarai tugas-guru-kelas

4. Kutipan Yuran dan Derma4.1 Mengutip yuran sekolah pada awal tahun persekolahan dan menggalakkan murid membayar

kesemua yuran sekali gus.4.2 Mengutip derma PIBG.4.3 Mengutip yuran peperiksaan bagi kelas peperiksaan .4.4 Mengeluarkan resit rasmi kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.4.5 Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan , insurans Takaful dan lain-

lain derma kepada Guru Penolong Kanan (Pentadbiran).4.6 Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG.

5. Buku Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)5.1 Mengagihkan Borang SPBT 1 bagi mengenal pasti murid mendapat Skim Pinjaman Buku

Teks (SPBT)5.2 Memastikan SPBT diagih kepada murid yang layak dan memastikan buku-buku tersebut

dibalut dan dijaga dengan baik serta ditulis nama murid.5.3 Mengemas kini Borang G semasa pengagihan dan pengembalian atau mengemas kini fail

SPBT dari masa ke semasa.5.4 Memungut kembali SPBT pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama murid yang

tidak mengembalikan / memulangkan atau merosak dan menghilangkan SPBT pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada Guru SPBT

5.5 Mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan Melaporkan kepada Guru Kebajikan.

6. Pendaftaran Murid Baru6.1 Menerima kemasukan murid baru.6.2 Mendaftarkan murid baru ke dalam Buku Kedatangan Murid dan mendapatkan Nombor

Pendaftaran Murid dari Buku Kemasukan Murid daripada Penolong Kanan HEM6.3 Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.6.4 Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan

memastikan murid ini dapa buku teks.6.5 Menentukan penerimaan Kad Kemajuan / Buku Rekod Profil, Kad 001R, Kad Kesihatan, Kad Pergigian dan lain-lain dokumen yang diperlukan dari sekolah yang terdahulu.6.6 Menentukan rumah sukan.

7. Murid Keluar7.1 Menentukan Kad Kemajuan / Rekod Profil, Kad 001R telah kemas kini dan diserahkan

kepada murid.7.2 Menentukan Kad Kesihatan, Kad Pergigian dan lain-lain dokumen yang berkaitan

diserahkan kepada murid.7.3 Menentukan buku teks (SPBT) telah dipulangkan.7.4 Menentukan semua jenis bayaran seperti yuran sekolah dsb telah selesai dibayar.

Page 3: Documents.tips senarai tugas-guru-kelas

GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN

1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit selepas sekolah berakhir.

2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sampah telah dibuang / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.

3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti pada waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, di sekitar sekolah dan mengambil tindakan segera dan munasabah jika perlu.

4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, dapur RMT, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.

5. Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke rumah.6. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon.7. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa

pertukaran guru atau mata pelajaran.8. Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.9. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda

sekolah.10. Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan

aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di sekolah.11. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari /minggu

persekolahan ke Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah:11.1 kedatangan murid, guru dan staf sokongan11.2 murid ponteng, tidak hadir atau sakit11.3 lawatan-lawatan / pelawat11.4 ucapan / pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan11.5 laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan

12. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.

13. Perhimpunan13.1 Memastikan semua guru menghadiri perhimpunan13.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan13.3 Memastikan murid telah beratur dengan kemas

Page 4: Documents.tips senarai tugas-guru-kelas

BIDANG TUGAS GURU PENYELARAS KELAB / PERSATUAN DAN PASUKAN BERUNIFORM

1. Merupakan Guru Penggerak Utama bagi memastikan semua kelab/ persatuan dan badan berunifom dapat bergiat aktif sepanjang tahun.

2. Sentiasa menjalin kerjasama yang baik dengan pentadbir sekolah dan guru-guru penasihat kelab/persatuan/badan berunifom yang berada di bawah kawalannya.

3. Bekerjasama dengan guru-guru penasihat dalam merancang dan melaksanakan aktiviti berdasar bidang tugas masing-masing.

4. Mempunyai Sistem Rekod Pemantauan yang kemas dan berkesan bagi memantau keberkesanan aktiti kelab/persatuan/badan berunifom di bawah kawalan masing-masing.

BIDANG TUGAS GURU PENASIHAT KELAB / PERSATUAN DAN PASUKAN BERUNIFORM

1. Memikir dan mencari idea-idea untuk memaju dan mempertingkatkan kelab/persatuan.2. Membentuk Jawatankuasa Pelajar bagi kelab/persatuan yang berkenaan.3. Memberi latihan yang betul tentang perlaksanaan mesyuarat4. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan

digunakan.5. Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua

peringkat.6. Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.7. Memastikan jawatankuasa yang terpilih menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.8. Memastikan perjalanan kelab/persatuan tidak menyeleweng atau menyalahi perlembagaan

atau peraturan sekolah.9. Memastikan keselamatan alatan atau barangan kelab/persatuan dan menjaga disiplin dan

keselamatan Ahli Jawatankuasa.10. Mengiringi rombongan yang dikelolakan oleh kelab/persatuan dan menjaga disiplin dan

keselamatan Ahli Jawatankuasa.11. Memastikan semua surat-menyurat daripada kelab/persatuan kepada pihak luar hendaklah

dibuat melalui Pengetua. Guru juga hendaklah memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan sekiranya surat-surat daripada pihak luar yang dikirimkan tidak melalui Pengetua sebelum sesuatu tindakan diambil.

Page 5: Documents.tips senarai tugas-guru-kelas