Dokumen Penubuhan Akademi Pendidikan Demokrasi & Kewarganegaraan

3
INFORMASI Akademi Pendidikan Demokrasi & Kewarganegaraan

description

Dokumen Penubuhan Akademi Pendidikan Demokrasi & Kewarganegaraan

Transcript of Dokumen Penubuhan Akademi Pendidikan Demokrasi & Kewarganegaraan

Page 1: Dokumen Penubuhan Akademi Pendidikan Demokrasi & Kewarganegaraan

INFORMASI

Akademi Pendidikan Demokrasi & Kewarganegaraan

Page 2: Dokumen Penubuhan Akademi Pendidikan Demokrasi & Kewarganegaraan

8 Mac 2013 / 25 Rabiul Akhir 1434H

2

Akademi Pendidikan Demokrasi & Kewarganegaraan

Isu-isu demokrasi dan kenegaraan cukup penting difahami oleh rakyat Malaysia yang hidup dalam kepelbagaian bahasa, bangsa, agama dan budaya. Dengan latar yang begitu dinamik, isu-isu kontemporari sering kali menimbulkan kontroversi dan kekeliruan, membelenggu pemikiran dan merencat potensi rakyat untuk menyumbang kepada pembangunan negara secara konstruktif. Masyarakat harus dididik supaya lebih rasional dan lebih bijak terutama dalam menghadapi isu-isu yang sensitif. Ini penting demi keharmonian hidup, kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negara. Justeru, demokrasi harus difahami bukan hanya semata-mata proses pilihan raya. Demokrasi bukan hanya amalan tetapi mempunyai prinsip dan nilai yang perlu dipertahankan. Ini perlu ditanam dalam diri warga masyarakat melalui pendidikan berterusan agar mereka benar-benar menjadi warganegara yang efektif (effective ci t i z en). Mendepani zaman mendatang dengan kepelbagaian cabaran, tribulasi dan pembaharuan, pembinaan warganegara yang efektif adalah suatu keperluan. Mereka adalah warganegara yang sedar dan prihatin, sedia melaksana tanggungjawab serta mampu mempertahankan hak mereka sebagai warganegara Malaysia yang demokratik. Asas kepada pembentukan ‘effecti ve ci t i z en’ ini perlu berteraskan kepada ajaran Islam dan nilai-nilai yang bersumberkan tamadun Melayu serta mengiktiraf kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Bagi memenuhi aspirasi tersebut, WADAH-ABIM-PKPIM, menubuhkan Akademi Pendidikan Demokrasi dan Kewarganegaraan bertujuan untuk meratakan kesedaran di kalangan rakyat mengenai pendidikan kewarganegaraan, kefahaman prinsip demokrasi dan hak-hak serta tanggung-jawab rakyat dan pemimpin. Diharapkan melalui usaha ini, rangkaian program pencerdasan umat dapat diratakan sehingga ke dasar akar umbi memupuk warganegara efektif, yang berupaya menyumbang dalam membangun sebuah masyarakat dan negara yang demokratik, adil dan sejahtera.

MATLAMAT & OBJEKTIF

Menggerakkan agenda pendidikan kewarganegaraan dan pemasyarakatan nilai demokrasi yang berteraskan ajaran Islam, bersumberkan tamadun Melayu dan budaya pelbagai kaum di Malaysia.

Akademi berfungsi sebagai pusat penyelidikan, pendidikan dan latihan dalam bidang-bidang berikut:

• Faham demokrasi; • Mekanisme pilihan raya; • Isu-isu politik, Siyasah Shar’iyyah dan

kewarganegaraan.

Menggalakkan dan menjalankan kajian-kajian yang sistematik tentang pelbagai isu kewarganegaraan, politik dan demokrasi bagi memungkinkan masyarakat memahami dan menyikapinya secara objektif dari perspektif keislaman dan kemalaysian.

Menggerakkan program dan aktiviti masyarakat berbilang kaum di Malaysia untuk memupuk semangat perpaduan berdasarkan prinsip-prinsip rukunegara.

Page 3: Dokumen Penubuhan Akademi Pendidikan Demokrasi & Kewarganegaraan

8 Mac 2013 / 25 Rabiul Akhir 1434H

3

Akademi Pendidikan Demokrasi & Kewarganegaraan

Islam, Politik & Siyasah Shar’iyyah

Dinamika Kepimpinan Berteraskan Kebenaran & Keadilan

Politik & Hubungan Antarabangsa

Kajian Etnik & Ketamadunan

Penyelidikan

Latihan & Pembangunan

Penerbitan

Seminar / Diskusi / Bengkel

Advokasi GERAK KERJA

BIDANG TUMPUAN

Lembaga Penasihat

Felo Penyelidik

Sekretariat Operasi

STRUKTUR