Dokumen ps

9
KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 PENDAHULUAN 1 2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2 3 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3 4 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4 5 TAFSIRAN 5 6 KERANGKA STANDARD PRESTASI LEMBAGA PEPERIKSAAN 6 7 PERNYATAAN STANDARD 7 8 BAND, STANDARD, DESCRIPTOR DAN EVIDENCE 8 0

Transcript of Dokumen ps

Page 1: Dokumen ps

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN 1

2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2

3 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3

4 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4

5 TAFSIRAN 5

6 KERANGKA STANDARD PRESTASI LEMBAGA PEPERIKSAAN 6

7 PERNYATAAN STANDARD 7

8 BAND, STANDARD, DESCRIPTOR DAN EVIDENCE 8

0

Page 2: Dokumen ps

PENDAHULUAN

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi,Pertanian serta Perniagaan dan Keusahawanan dan merupakan mata pelajaran teras Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.

Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Pentaksiran Pusat dijalankan berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan yang mempunyai standard, panduan dan peraturan, instrumen dan kaedah menganalisis yang akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Pertanian sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

1

Page 3: Dokumen ps

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

2

Page 4: Dokumen ps

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi

serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti

kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan

menghasilkan produk.

OM3 Menjalankan kerja buat sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian.

OM4 Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.

OM5 Menghasilkan tumbuhan hiasan untuk keceriaan kawasan tertentu.

OM6 Memilih alatan, perkakas dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM7 Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa depan yang berciri k-ekonomi dan perniagaan dalam negeri

dan antarabangsa.

OM8 Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

OM9 Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dengan permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos.

OM10 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara bersistem dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat

keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM11 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

3

(Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1 hingga 3 (semakan) Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000)

Page 5: Dokumen ps

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang

dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

4

Page 6: Dokumen ps

TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan

pelaporan individu.

o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi

gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada

dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu

atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o Descriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir

dan dicapai.

o Evidence (murid) ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat bagi sesuatu descriptor.

o Evidence (bahan) ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam

bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak dan laporan.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian

secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,

peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga

Peperiksaan.

5

Page 7: Dokumen ps

KERANGKA STANDARD PRESTASI

6

1

2

3

4

5

6

Tahu Faham Boleh buat dengan beradab

Tahu

Faham Tahu

Boleh buat Faham Tahu

Tahu Boleh buat dengan beradab Terpuji

Faham

Tahu Boleh buat dengan beradab Terpuji dan Mithali

Faham

Page 8: Dokumen ps

PERNYATAAN STANDARD KHB PERTANIAN

BAND PERNYATAAN STANDARD

6(Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Mithali)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif

5(Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Terpuji)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif

4(Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik

3(Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan

2(Tahu dan Faham)

Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan

1(Tahu)

Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan

7