dokumen sebelum urusniaga.doc

download dokumen sebelum urusniaga.doc

of 23

Transcript of dokumen sebelum urusniaga.doc

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (PERDAGANGAN)

KAEDAH PENGAJARAN PENGURUSN PERNIAGAAN

PPE 3023

KUMPULAN F

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

PERNIAGAAN DALAM NEGERI :

DOKUMEN PERNIAGAAN SEBELUM URUSNIAGADISEDIAKAN UNTUK:

ENCIK KHALIP BIN MUSADISEDIAKAN OLEH:

LAW BEE KHIM (D20031014464)SEMESTER 5PROGRAM: PENDIDIKAN PENGURUSAN PERNIAGAAN (AT 21)

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (PERDAGANGAN)Tajuk

: Peniagaan Dalam Negeri

Sub Tajuk

: 3.5Dokemen perniagaan dalam negeri

(a)Dokumen yang terlibat sebelum urusniaga

Tingkatan

: Empat

Masa

: 40 minit

Tarikh

: 28 September 2005

Bilangan Pelajar

: 21 orang

Objektif Pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:

1. Menyenaraikan lima jenis dokumen yang terlibat dalam peringkat sebelum urusniaga. (Aras 1)

2. Mengenalpasti kegunaan bagi empat daripada lima jenis dokumen dalam perniagaan negeri. (Aras 1)

3. Menghuraikan tiga daripada lima dokumen yang terlibat dalam peringkat sebelum urusniaga. (Aras 2)

Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah biasa mendapat dokumen seperti katalog, risalah, sebutharga dan telah memahami kegunaan dokumen secara umumnya.

Bahan Bantu Mengajar: Contoh dokumen, komputer, power point, sampul surat,

kepingan nota ringkas dan soalan latihan.

Penilaian

: Pemerhatian, lembaran kerja dan soal jawab.

Nilai Murni

: Menghormati, berkerjasama, toleransi, usaha, tekun dan

amanah.

KBKK

: Menghubungkaitkan, membeza, mengenalpasti,

menyelesaikan masalah, menjana idea, mengingat semula

dan refeksi.

LangkahIsi

KandunganAktiviti Pengajaran dan PembelajaranStrategi/ Kaedah/ BBM/ Nilai/ KBKK

Aktiviti GuruAktiviti Pelajar

Pengurusan bilik darjah

(1 minit)1.

Guru mengucapkan salam sejahtera dan bertanyakan kehadiran pelajar-pelajar.1.Pelajar-pelajar memberikan tindak balas kepada guru.Nilai:

Menghormati guru, bertanggungjawab.

Set Induksi

(5 minit)Mencungkil pengetahuan pelajar mengenai dokumen yang ada dalam urusniaga perniagaan.

Dokumen merupakan keterangan barang dan memastikan proses jual-beli berlaku dengan berkesan dan cekap.1.

a)

b)

c)

d)

2.Guru mengemukakan satu situasi dan sambil menanyakan soalan kepada pelajar.

Situasi 1:

Katakan kamu pergi kedai runcit hendak membeli buku latihan, tetapi tidak dapat cari.

Soalan:

Apa yang kamu akan buat?

Kenapa kamu hendak tanya tuan kedai?

Situasi 2:

Merujuk kepada iklan yang dipaparkan. Katakan kamu berminat membeli basikal yang ditawar dalam iklan, tetapi maklumat yang diberi adalah terhad.

Soalan:Apa yang boleh kamu buat?

Apa yang kamu hendak tanya dalam surat anda?

Guru memperkenalkan tajuk hari ini iaitu dokumen dalam negeri, peringkat sebelum proses urusniaga.

1.

2.

3.Pelajar mendengar situasi dengan teliti dan menjawabkan soalan secara spontan.

Pelajar melihat contoh dokumen yang ditunjukkan dan memberikan maklum balas.

Pelajar mendengar dengan teliti dan berkait dengan pengetahuan mereka.Strategi: Berpusatkan pelajar dan bahan.

Kaedah: Soal-jawab, komunikasi dan penerangan.

ABM: Komputer, power point dan contoh iklan.

Nilai: Menghormati guru dan berkerjasama.

KBKK: Menjana idea dan menghubungkaitkan dengan pelajaran hari ini.

Langkah 1

(2 minit)Dokumen peringkat sebelum urusniaga:

(a) Surat Tanya

- ialah surat yang dihantar oleh pembeli kepada penjual untuk mendapatkan maklumat tentang barang yang hendak dibeli.1.

2.

a)

3.

Guru mendefinisikan surat tanya berdasarkan perbincangan pelajar dalam set induksi.

Guru menerangkan kandungan surat tanya dengan cara mengemukakan soalan.

Soalan:Apakah maklumat penting dalam surat tanya untuk menanyakan tentang barang yang hendak dibeli?

Guru mengenalkan bentuk surat tanya.

1.

2.

3.

Pelajar mendengar dengan teliti dan membuat catatan nota.

Pelajar mendengar sambil menjawab soalan guru secara spontan.

.

Pelajar memerhati bentuk surat tanya sambil mendengar penerangan guru.

Strategi: Berpusatkan pelajar dan bahan.

Kaedah: penerangan, perbincangan dan soal jawab.

ABM: Komputer, power point.

Nilai: Kerjasama dan amanah.

KBKK: Mengenalpasti, memahami dan menghuraikan.

Langkah 2

(2 minit)Dokumen peringkat sebelum urusniaga:

(b) Surat Jawapan - ialah surat yang dihantar oleh penjual kepada pembeli bagi menjawab pertanyaan bakal pelanggannya.1.

a)

b)

c)

2.

Guru mengaitkan penerangan surat jawapan dengan situasi yang dikemuka dalam surat tanya.

Situasi:Balik kepada situasi surat tanya.

Soalan:Apakah penjual itu akan buat setelah menerima surat anda dan berminat menjual kepada kamu?

Surat yang penjual balas itu dipanggil apa?

Kenapa penjual membalas surat jawapan?

Guru mengenalkan bentuk surat jawapan.1.

2.

Pelajar mendengar sambil menjawab soalan guru secara spontan.

Pelajar memerhati bentuk surat tanya sambil membuat catatan nota.Strategi: Berpusatkan pelajar dan bahan.

Kaedah: penerangan, perbincangan dan soal jawab.

ABM: Komputer, power point dan contoh surat jawapan.

Nilai: Kerjasama dan amanah.

KBKK: Mengenalpasti, memahami dan menghuraikan.

Langkah 3

(3 minit)Dokumen peringkat sebelum urusniaga:

(c) Sebut harga

- dokumen yang menunjukkan harga barang yang diminta oleh pembeli.1.

a)

2.

a)

b)

Guru mendefinisikan sebut harga berhubung dengan surat jawapan dan pertanyaan.

SoalanApa yang kamu faham tentang sebut harga?

Guru menerangkan kandungan sebut harga dengan mengemukakan soalan berkait dalam kandungan surat tanya.

Soalan:Apa yang terkandung dalam surat tanya?

Untuk membalas soalan dalam surat tanya, apa yang akan ada dalam kandungan sebutharga?

1.

2.

Pelajar memberi perhatian terhadap penerangan guru

dan menjawab soalan mengikut pengetahuan mereka.

Pelajar mendengar sambil menjawab soalan guru secara spontan.

Strategi: Berpusatkan pelajar dan bahan.

Kaedah: penerangan, perbincangan dan soal jawab.

ABM: Contoh sebutharga, komputer dan power point.

Nilai: Kerjasama dan amanah.

KBKK: Mengenalpasti dan memahami.

Langkah 4

(5 minit)Dokumen peringkat sebelum urusniaga:

(d) Katalog ialah dokumen bercetak yang menunjukkan gambar dan maklumat mengenai barang yang dijual.

- kos percetakan adalah mahal kerana ia dicetak dalam warna.

1.

a)

b)

c)

d)

2.

3.

a)Guru mengenalkan tajuk katalog berdasarkan contoh katalog dan mengemukakan soalan.

Soalan:

Apakah jenis dokumen ini?

Apa yang kamu lihat dalam katalog ini?

Apakah jenis barang yang dijualkan dalam katalog ini?

Apakah kegunaan katalog?

Guru mendefinisikan katalog berdasarkan perbincangan pelajar.

Guru mewujud satu situasi untuk penerangan yang lebih lanjut tentang katalog.

Situasi:

Fikirkan kamu fotostat kertas dengan berwarna hitam putih berbanding dengan fotostat berwarna-warni.

Soalan:Yang manakah lebih mahal?1.

2.

3.

Pelajar memerhati contoh dokumen dan menjawab soalan guru secara spontan.

Pelajar mendengar penerangan guru dan mengaitkan dengan pengalaman mereka.

Pelajar memikirkan situasi yang dialami dan menjawab melalui pengalaman mereka.

Strategi: Berpusatkan pelajar dan bahan.

Kaedah: penerangan, perbincangan dan soal jawab.

ABM: Komputer, power point dan contoh katalog.

Nilai: Kerjasama dan amanah.

KBKK: Mengenalpasti, memahami dan menghuraikan.

Langkah 5

(5 minit)Dokumen peringkat sebelum urusniaga:

(e) Senarai harga

- dokumen yang menyenaraikan harga semua jenis barang yang dijual oleh pemborong.1.

a)

b)

c)

2.

a)Guru mengenalkan tajuk senarai harga berdasarkan contoh senarai harga dengan mengemukakan soalan.

Soalan:Apa yang kamu lihat dalam dokumen ini?

Apakah kegunaan dokumen ini?

Apakah jenis dokumen ini?

Guru mengaitkan senarai harga dengan katalog dan mengemukakan soalan cabaran kepada pelajar.

Soalan:Kenapa penjual tidak mencetakan harga dalam katalog tetapi hendak mencetak satu senarai harga dengan berasingan dan dikepilkan bersama katalog.

1.

2.

Pelajar mendengar sambil menjawab soalan guru secara spontan.

Pelajar berusaha menjawab soalan cabaran yang dikemukakan guru berdasarkan pengetahuan mereka.

Strategi: Berpusatkan guru, pelajar dan bahan.

Kaedah: penerangan, perbincangan dan soal jawab.

ABM: Contoh senarai harga, komputer dan power point.

Nilai: Kerjasama, amanah dan usaha.

KBKK: Mengenalpasti, memahami dan menghuraikan.

Langkah 6

(15 minit)Aktiviti Kumpulan1.

2.

3.

4.Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5@6 orang sekumpulan.

Guru menerangkan secara ringkas arahan aktiviti.

Guru memerhati perjalanan aktiviti pelajar.

Guru menyemak dan membincangkan jawapan bersama pelajar.1.

2.

3.

4.Pelajar bergerak dalam satu kumpulan.

Pelajar mendengar dan memberi perhatian terhadap penerangan guru mengenai arahan aktiviti.

Pelajar melaksanakan aktiviti dalam kumpulan masing-masing.

Pelajar menyemak jawapan yang betul bersama guru.

Strategi: Berpusatkan pelajar.

Kaedah: Koperatif

ABM: Pembentukan puzzle dan soalan latihan.

Nilai: Kerjasama, usaha hormat-menghormati dan amanah.

KBKK: Mengingat semula dan menyelesaikan masalah.

Penutup

(2 mimit)Kesimpulan1.

Guru meminta pelajar-pelajar membuat kesimpulan tentang pembelajaran hari ini.

1.

Pelajar membuat kesimpulan tentang apa yang dipelajari hari ini.

Strategi: Berpusatkan guru dan pelajar.

Kaedah: Soal jawab.

ABM: -

Nilai: Kerjasama dan amanah.

KBKK: Mengingat semula dan mengukuhkan pembelajaran.

AKTIVITI KUMPULAN

Tajuk : 3.5 Dokumen Perniagaan Sebelum Proses Urusniaga

Nama Kumpulan : _________________

Tingkatan

: _________________

Tarikh

: _________________Bahagian A: Jawapkan soalan berdasarkan PUZZLE yang dibentuk.

1.Apakah jenis dokumen ini?

(1m)

_________________________________________________________________

2.Terangkan maksud dokumen ini.

(2m)

_________________________________________________________________

Bahagian B:

Nyatakan jenis dan kegunaan dokumen lain yang terlibat dalam peringkat sebelum urusniaga (Selain daripada jawapan di bahagian A).

(12m)

Jenis DokumenKegunaan

i)

ii)

iii)

iv)

Bahagian A : Soalan PUZZLE.

JAWAPAN

Bahagian A : Jawapkan soalan berdasarkan PUZZLE yang dibentuk.

1.Puzzle : Senarai harga

2.Senarai harga ialah dokumen yang menyenaraikan harga semua jenis

barang yang dijual oleh penjual.

Bahagian B :Nyatakan jenis dan kegunaan dokumen lain yang terlibat dalam peringkat sebelum urusniaga (Selain daripada jawapan di bahagian A).

Jenis DokumenKegunaan

i) Surat Tanya

Untuk mendapatkan maklumat tentang barang yang hendak dibeli oleh pembeli daripada penjual.

ii) Surat Jawapan

Untuk menjawab pertanyaan pembeli dan memberi keterangan lanjut mengenai barang yang dibekalkan oleh penjual.

iii) Sebut Harga

Untuk menunjukkan harga barang yang diminta oleh pembeli.

iv) Katalog

Untuk menunjukkan gambar dan maklumat mengenai barang yang dijual oleh penjual.

NOTA~Tajuk 3.5: Dokumen Perniagaan Dalam Negeri Urusniaga antara penjual dan pembeli melibatkan pelbagai dokumen.

Dokumen perniagaan merupakan keterangan atau catatan bertulis yang penting untuk memastikan proses jual beli berlaku dengan berkesan dan cekap.

Dokumen Dlm Sebelum Urusniaga

Perniagaan Semasa Urusniaga

Negeri Selepas Urusniaga

Jenis-jenis Perniagaan Sebelum Urusniaga

1. Surat Tanya

surat yang dihantar oleh pembeli kepada penjual untuk mendapatkan maklumat tentang barang yang hendak dibeli. Kandungan Surat Tanya:

(a) Jenis barang

(d) Syarat serahan

(b) Kuantiti barang

(e) Syarat Pembayaran

(c) Sebut harga

(f) Diskaun Niaga @ Diskaun Tunai

2. Surat Jawapan

Surat yang dihantar oleh penjual kepada pembeli bagi menjawab pertanyaan bakal pelanggannya. Tujuan: untuk memberi keterangan lanjut mengenai barang yang dibekalkannya.

Biasanya dilampirkan bersama sebut harga, senarai harga dan katalog.3. Sebut Harga

Dokumen yang menunjukkan harga barang yang diminta oleh pembeli. Kandungan Sebut Harga:

(a) Jenis barang

(d) Syarat serahan

(b) Kuantiti barang

(e) Syarat pembayaran

(c) Sebut harga

(f) Diskaun niaga @ diskaun tunai4. Katalog

Merupakan dokumen bercetak yang menunjukkan gambar dan maklumat mengenai barang yang dijual.

Kos percetakan katalog adalah mahal kerana ia dicetak dalam warna. Oleh kerana, harga barang sentiasa berubah, harga barang tidak dinyatakan dalam katalog tetapi disediakan dalam senarai harga.5. Senarai Harga

Dokumen yang menyenaraikan harga semua jenis barang yang dijual oleh penjual.CONTOH SURAT TANYA

John

31, Taman Bernam,

35900, Tanjong Malim.

Perniagaan Cycling

3, Taman Ketoyong,

35900 Tanjong Malim.

20 September 2005

Tuan,

Pertanyaan Tentang Basikal

Saya ingin mengetahui jenis basikal yang terdapat di syarikat tuan. Diharap tuan dapat memberikan maklumat tentang perkara berikut:

1.Jenama basikal yang ada

2.Syarat bayaran

3.Syarat serahan

4.Diskaun Niaga

Saya juga berharap agar tuan dapat menghantar sebut harga dan katalog berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

John

CONTOH SURAT JAWAPAN

Perniagaan Cycling

3, Taman Ketoyong,

35900 Tanjong Malim.

John

31, Taman Bernam,

35900, Tanjong Malim.

28 September 2005

Pertanyaan Tentang Basikal

Surat tuan bertarikh 20 Sertember 2005 tentang perkara di atas dirujuk.

2.Minat tuan terhadap basikal syarikat kami amat dihargai. Dengan sukacitanya dilampirkan satu set sebut harga dan katalog untuk tindakan tuan.

3.Sila hubungi kami jika tuan memerlukan sebarang keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Pengurus

CONTOH SEBUT HARGA

Perniagaan Cycling

3, Taman Ketoyong,

35900 Tanjong Malim.

John

31, Taman Bernam,

35900, Tanjong Malim.

28 September 2005

Nombor Sebutharga 0332

No. RujukanButir/ JenisKuantitiHargaSerahan

B 01

B 07Basikal Tension

Basikal Tension1

1RM 120

RM 95Sedia Sedia

Serahan

: Dengan Van, angkutan dibayar

Diskaun Niaga

: 20%

Syarat

: 5% 10 hari

2% 30 hari

Bagi akaun yang diluluskan sahaja.

CONTOH KATALOGCONTOH SENARAI HARGA

15

EMBED Unknown

PAGE 1

_1043476013.bin