Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah melahirkan warganegara yang patriotik dan juga...

download Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah melahirkan warganegara yang patriotik dan juga mempunyai jati diri

of 17

description

Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah melahirkan warganegara yang patriotik dan juga mempunyai jati diri

Transcript of Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah melahirkan warganegara yang patriotik dan juga...

1.0 PengenalanMenurut Akta Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan,1996, sebelum ini dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara, 1988 menyatakan bahawa : Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berahklak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Secara ringkasnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamatkan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang murni seperti kepercayaan kepada tuhan, bertanggungjawab, berahklak mulia, ketaatan kepada negara serta boleh menjadi model insan yang dapat memberi sumbangan untuk kemajuan negara. Peranan utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memperjelaskan secara rasional tentang pelbagai amalan pendidikan terkini, membimbing perlakuan dan sifat guru untuk menghadapi inovasi dalam bidang pendidikan serta melahirkan individu atau murid yang holistik. Dengan mengambil kira objektif dasar pendidikan negara, matapelajaran Sejarah telah diperkenalkan mulai tahun 2014 dalam rancangan pendidikan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di tahap II. [footnoteRef:1]Kurikulum Standard Sekolah matapelajaran Sejarah mendukung cita-cita murni bagi menyediakan kurikulum yang releven dan terkini untuk melahirkan generasi yang cemerlang, berpatriotik, mempunyai jati diri yang tinggi dan sebagainya. [1: Bahagian Pembangunan Kurikulum, (2013).Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Tahun Empat. Putraja Malaysia : Kementerian Pendidikan Malaysia. ms 3.]

Sejarah merupakan mata pelajaran penting dan wajib diajarkan kepada murid-murid sejak dari sekolah rendah. Those who forget history are condemned to repeat it yang membawa maksud sesiapa yang tidak mengingati sejarah kemungkinan besar akan mengulangi sejarah tersebut. Bedasarkan ini buktinya kepentingan sejarah dalam ketamadunan dunia. Sejarah dapat menjadi teladan dan memberi iktibar kepada generasi yang bakal datang. Seperti yang kita tahu pemuda-pemudi pada hari ini iaitu murid-murid sekolah adalah bakal pemimpin bagi sesebuah negara pada masa akan datang; begitu juga dengan negara kita. Oleh itu, pengajaran kurikulum sejarah sangat penting dan perlu diajarkan sejak dari bangku sekolah agar dapat melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan yang mengenali sejarah diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kurikulum Sejarah bertujuan menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pelaksanaannya di dalam dan di luar bilik darjah. [footnoteRef:2] Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air, para pelajar akan dapat memahami keadaan masyarakat dan negara dalam mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan terhadap masyarakat dan negara sebagai suatu unit tunggal, mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan memperkukuhkan semangat cintakan tanah air.[footnoteRef:3] [2: Ismail Bin Said, (2014). Kurikulum Sejarah. Selangor Darul Ehsan:Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. ms 1.] [3: http://eprints.utm.my/6519/4/ChuaKhengHoeMFPCHAP1.pdf (diakses pada 17 Mac 2015)]

Tambahan pula, matapelajaran Sejarah memainkan peranan penting dalam membina jati diri murid serta membantu melahirkan warganegara yang patriotik. Bagi sesebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, nilai jati diri dan juga elemen patriotik di kalangan rakyat penting untuk menjamin kedaulatan dan keamanan negara. Di negara Malaysia juga, kedua-dua unsur ini diberi keutamaan agar dapat membantu kepada proses pembinaan negara bangsa. Negara Malaysia dalam tempoh pencapaian kemerdekaan selama 58 tahun, telah ditimpah dengan pelbagai musibah dan dapat tanganinya dengan begitu baik sekali sampai hari ini. Antara perkara yang dapat dijadikan sebagai pengajaran bagi generasi yang bakal datang ialah peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969, iaitu rusuhan kaum yang meninggalkan kesan yang begitu dalam kepada negara dan masyarakat. Peristiwa ini terjadi disebabkan tiada semangat jati diri, patriotik, kerjasama dan persefahaman antara rakyat majmuk. Perkara ini memberi kesedaran kepada semua warga Malaysia akan kepentingan perpaduan dan integrasi kaum. Nilai jati diri dan patriotik dapat diterapkan di kalangan masyarakat melalui pendidikan agar dapat membantu untuk meningkatkan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid-murid. Oleh itu, Subjek Sejarah juga merupakan salah satu matapelajaran yang dapat menyumbang kepada pembinaan jati diri dan semangat patriotik di kalangan murid-murid.

2.0 Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah melahirkan warganegara yang patriotik dan juga mempunyai jati diriSemasa zaman jajahan British kurikulum Sejarah lebih mementingkan kepentingan penjajah dan ini terbukti dengan kandungan yang menekankan latar belakang masyarakat eropah atau pun sejarah England. British telah memperkenalkan kurikulum Sejarah yang membias kepada mereka untuk mewujudkan jurang antara masyarakat berbilang kaum terdiri daripada masyarakat Melayu, India dan Cina. Pendidikan sejarah semasa zaman British tidak mengutamakan unsur patriotik dan jati diri kerana bimbang akan mengugat kepentingan politik dan ekonomi mereka di Tanah Melayu. Setelah negara mencapai kemerdekaan pengaruh kurikulum sejarah British dilihat semakin berkurangan dan pelbagai usaha telah diambil untuk meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat. Pelbagai langkah-langkah telah diambil untuk meningkatkan perpaduan dan semangat kekitaan di kalangan rakyat jelata. Pendidikan juga dijadikan sebagai satu alat untuk meningkatkan perpaduan dan integrasi dalam kalangan rakyat majmuk dengan menerapkan elemen patriotik dan semangat jati diri dalam kandungan kurikulum. Langkah ini dipraktikkan oleh kerajaan untuk menyatukan rakyat disebabkan pendidikan memainkan peranan penting dalam melahirkan model insan yang berguna sejak dari bangku sekolah. Oleh itu, pada tahun 2014 dalam rancangan Kurikulum Standard Sekolah Rendah matapelajaran, sejarah diwajibkan sebagai subjek teras kepada murid-murid tahap dua iaitu tahun empat dan tahun lima. Dalam dokumen Standard Kurikulum Sejarah unsur patriotik dan jati diri diberi perhatian untuk melahirkan rakyat yang berbakti kepada negara dan mempunyai perasaaan bangga terhadap tanah air sendiri iaitu Malaysia. Seseorang warganegara yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi akan memiliki beberapa ciri-ciri tertentu seperti cinta akan negara dan bangsa, berbangga sebagai rakyat Malaysia, mempunyai semangat kekitaan, berdisiplin, berusaha ,produktif dan lain-lain. Jati diri pula diertikan sebagai sifat, ciri, atau nilai-nilai murni peribadi yang kekal dan stabil tidak akan berubah atau payah untuk berubah. Jati diri juga merupakan ciri-ciri dalaman yang positif dan sangat peribadi tetapi cukup universal dan positif sahaja yang akan dapat membentuk jati diri bangsa dan masyarakat setempat.[footnoteRef:4] Maka, elemen patriotik dan jati diri diterapkan melalui pendidikan Sejarah agar dapat melahirkan model insan yang dapat berbakti kepada negara dan berjuang demi kesejahteraan bangsa. [4: http://www.academia.edu/6414049/Pembentukan_Jati_Diri_Bangsa_Malaysia_Melalui_Bahasa_Melayu (diakses pada 17 Mac 2015 )]

Dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah difokuskan mengenai sejarah tempatan untuk memupuk semangat patriotik dan jati diri dalam kalangan diri murid-murid. Contohnya, peristiwa kemerdekaan, tokoh-tokoh tempatan, warisan negara dapat menanamkan elemen patriotik dan semangat jati diri untuk mempertahankan negara daripada anasir-anasir luar. Persembahan kandungan berfokuskan tentang sejarah negara yang telah disepadukan dengan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan murid tentang nilai jati diti dan semangat patriotik. [footnoteRef:5] [5: Bahagian pembangunan kurikulum, (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah Tahun Empat . Putrajaya, Malaysia : Kementerian Pelajaran Malaysia. ms 8.]

Topik-topik yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Sekolah tahun empat terbahagi kepada lima tema iaitu Mari belajar Sejarah, zaman air batu, zaman prasejarah, kerajaan melayu awal dan tokoh - tokoh terbilang kesultanan melayu Melaka. Jika kita analisis, dalam kelima-kelima topik tersebut unsur patriotik dan jati diri diserapkan secara tersirat agar dapat menjadi pedomen kepada para murid untuk menghargai dan taat kepada negara. Begitu juga, Dokumen Standard Kurikulum Sejarah tahun Lima semangat jati diri dan patriotisme diterapkan melalui topik-topik seperti Warisan Negara Kita, Perjuangan Kemerdekaan Negara, Yang Di-Pertuan Agong, dan Identiti Negara Kita.

3.0 Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Sekolah Tahun Empat3.1 Topik Satu : Mari Belajar SejarahDalam topik pertama iaitu Mari belajar Sejarah terdapat empat standard kandungan yang telah ditetapkan untuk dikuasai oleh para murid tahun empat. Standard kandungan pertama adalah pengertian sejarah dan kemahiran sejarah dan standard pembelajarannya pula dibahagikan kepada sembilan. Tajuk ini ialah pengenalan kepada ilmu sejarah yang berteraskan kepada kajian kemanusiaan yang mencakupi konsep, istilah dan kepentingan ilmu sejarah.[footnoteRef:6] Dalam standard kandungan pertama untuk topik mari belajar Sejarah terdapat elemen patriotik dan jati diri disepadukan untuk dikuasai oleh para murid. [6: Bahagian pembangunan kurikulum, (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah Tahun Empat . Putrajaya, Malaysia : Kementerian Pelajaran Malaysia]

Standard kandungan ini dapat membantu dalam meningkatkan semangat patriotik dan jati diri dengan mempelajari tajuk, konsep masa dalam sejarah, muzium, tinggalan sejarah, sebab dan akibat sejarah, sejarah dan kepentingannya, masa dahulu dan kini, menghargai masa dan warisan kita. Sebagai contohnya, murid-murid diajarkan mengenai tinggalan sejarah yang terdapat di Muzium Negara. Melalui mempelajari tentang gendang Dongson, Homo Sapien Sapien, manuskrip Sejarah Melayu yang terdapat dalam muzium murid-murid akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Malah, murid-murid juga akan berasa bangga dan dapat membina jati diri terhadap warisan negara. Tambahan pula, elemen jati diri dapat diterapkan di kalangan murid melalui standard pembelajaran yang kesembilan iaitu menjelaskan kepentingan menghargai warisan bangsa bagi melahirkan jati diri. Melalui standard pembelajaran ini murid dapat mengenali budaya dan warisan pelbagai kaum di negara Malaysia. Murid-murid dapat mengenali tarian dan alat muzik yang dikekalkan dan dipelihara oleh tiap-tiap kaum di negara ini. Contohnya, murid-murid mengenali tarian kaum melayu sebagai Inang, kaum India sebagai Baratha Natyam, alat muzik kaum Cina sebagai Erhu, Sape (Sarawak) dan sebagainya. Melalui murid menguasai ilmu berkaitan budaya setiap kaum mereka dapat mempertingkatkan patriotik dan jati diri terhadap warisan negara. Seterusnya, standard kandungan yang kedua bagi topik pertama adalah pengertian diri dan keluarga dan terdapat sembilan standard pembelajaran yang dapat melahirkan semangat patriotik dan juga jati diri. Standard pembelajaran yang keempat iaitu mengenal pasti gelaran anggota keluarga dapat membantu para murid mengenali panggilan keluarga tiap-tiap kaum di Malaysia dan juga menerapkan nilai jati diri dan patriotik. Para murid tahun empat diterapkan nilai hormat-menghormati dan jati diri dengan mengenali panggilan keluarga di Malaysia. Contohnya, seorang murid Melayu dapat mengenali panggilan yang sopan seperti ba ba (bapa), ma ma (ibu), ge ge (abang) yang digunakan oleh kaum Cina untuk mengelarkan ibu bapa dan ahli keluarganya. Dengan mengetahui panggilan keluarga setiap kaum murid-murid dapat diterapkan elemen jati diri dan patriotik terhadap negara. Melalui ini, murid-murid dapat mengekalkan warisan keluarga mereka yang diwarisi secara turun-temurun dan juga dapat menghormati budaya kaum lain. Akibatnya, murid-murid tahun empat dapat membina jati diri mengekalkan warisan keluarga melalui mempelajari matapelajaran Sejarah. Selain itu, standard kandungan yang ketiga iaitu sejarah sekolah dalam topik pertama berfungsi untuk menerapkan elemen jati diri dan patriotik di kalangan murid. Dalam standard kandungan ini murid-murid dapat membina jati diri dengan mengenali sejarah dan kebanggaan sekolah masing-masing. Murid-murid akan berasa bangga terhadap pencapaian sekolah mereka dan berusaha untuk berbakti kepada sekolah sendiri. Pembelajaran ini membantu murid untuk meningkatkan pemahaman terhadap sekolah dan akan mendorong untuk membina jati diri murid-murid. Ini membuktikan topik pertama dapat melahirkan warganegara yang patriotik dan juga mempunyai jati diri yang tinggi.Standard kandungan yang keempat bagi tema pertama mari belajar Sejarah, murid didorong untuk mengenali tempat tinggal mereka. Melalui standard pembelajaran ini, murid dapat menyerapkan diri mereka dengan elemen jati diri dan juga patriotik. Melalui standard kandungan ini, murid-murid dapat menjelaskan tokoh kebanggaan setempat. Dalam buku teks Sejarah Tahun Empat, murid-murid dikehendaki menguasai ilmu berkaitan Pasir Salak. Dengan mengenali Pasir Salak secara tidak langsungnya murid akan mengetahui tentang Dato Maharaja Lela.[footnoteRef:7] Oleh itu, topik pertama iaitu Mari Belajar Sejarah membantu melahirkan murid-murid yang patriotik dan juga berjati diri yang tinggi. [7: Siti Masni Binti Kospin, (2013). Sejarah Tahun 4 Sekolah kebangsaan (KSSR). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. ms 50.]

3.2 Topik Dua : Zaman Air BatuTopik yang kedua iaitu zaman air batu dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah tahun empat turut berkearah melahirkan murid yang berjiwa patriotik dan mempunyai jati diri. Standard kandungan bagi topik ini adalah zaman air batu dan terdapat enam standard pembelajaran. Standard pembelajaran yang kedua iaitu menyatakan perubahan yang berlaku pada zaman air batu dapat meningkatkan ilmu murid-murid mengenai kepulauan Melayu dan juga tentang Selat Melaka. Murid-murid dapat memahami tentang zaman air batu sambil belajar tentang kemunculan Kepulauan Melayu dan juga Selat Melaka. Maka, melalui mengenali tentang kemunculan Kepulauan Melayu dan juga tentang Selat Melaka pada zaman air batu murid-murid akan berasa bangga dan kagum terhadap sejarah negara Malaysia. Murid-murid dapat meningkatkan ilmu berkaitan kemunculan Tanah Melayu (Malaysia) dan juga Selat Melaka semasa air batu dan akan mendorong kepada kelahiran semangat patriotik dan juga jati diri terhadap negara. Maka, ini secara tidak langsung mempertingkatkan semangat patriotik dan juga jati diri terhadap negara di kalangan murid-murid tahun empat. 3.3 Topik Tiga : Zaman PrasejarahTopik ketiga dalam kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah tahun empat ialah zaman prasejarah. Tajuk ini berfokuskan mengenai kehidupan masyarakat sebelum kewujudan tulisan dan memperlihatkan kesungguhan masyarakat zaman tersebut dalam menghadapi cabaran alam. Kandungan topik ketiga juga dapat melahirkan murid-murid berjiwa patriotisme dan juga mempunyai jati diri yang tinggi. Standard kandungan bagi topik ini adalah kehidupan manusia prasejarah dan terdapat lapan standard pembelajaran ditetapkan dalam matapelajaran Sejarah tahun empat. Topik ini dapat meningkatkan jati diri dan unsur patriotik dalam kalangan pelajar tahun empat melalui mempelajari tentang prasejarah, zaman paleolitik, zaman mesolitik, zaman neolitik, zaman logam, warisan kesayangan saya dan model tepatan prasejarah di dalam buku teks. Dalam buku teks konsep prasejarah diklasifikasikan kepada empat zaman dan juga dinyatakan dengan jelas tentang lokasi-lokasi petempatan prasejarah di Malaysia bagi setiap zaman. Contohnya, dalam buku teks Sejarah tahun empat zaman paleotik dinyatakan muncul di Malaysia sebelum 40000 ribu tahun dahulu di Kota Tampan, Perak, Tingkayu Sabah dan Guah Niah di Sarawak. Melalui mengenali tentang petempatan prasejarah di Malaysia murid-murid dapat diperkukuhkan dengan jati diri terhadap pembangunan negara. Ini disebabkan murid-murid dapat mempelajari tentang kemajaun masyarakat di Malaysia sejak 40000 ribu tahun dahulu sehingga hari ini. Murid-murid juga dapat berjiwa patriotik melalui mengenali keunikan sejarah Malaysia. Seterusnya, dalam topik ketiga iaitu zaman prasejarah standard pembelajaran lain juga dapat melahirkan para murid yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan juga mempunyai jati diri terhadap warisan negara. Standard pembelajaran keenam bagi tajuk ketiga iaitu menyatakan kepentingan menghargai tinggalan sejarah dapat melahirkan murid-murid yang mempunyai semangat jati diri dalam mengekalkan warisan negara. Contohnya, dalam buku teks mengikut standard pembelajaran ini murid-murid tahun empat diajarkan tentang alatan-alatan yang dihasilkan pada zaman prasejarah dan kegunaannya sehingga hari ini. Murid-murid dapat menyedari kepentingan dan kegunaan alatan-alatan zaman prasejarah pada masa kini dan dapat mewujudkan perasaan jati diri untuk mengekalkan warisan negara kita. Murid-murid juga dapat berasa bangga dan menghargai tinggalan manusia prasejarah yang masih digunakan sehingga hari dan inovasikan mengikut peredaran zaman. Oleh itu, murid-murid juga dapat pelajari untuk menghargai warisan negara dan membantu meningkatkan semangat patriotik terhadap negara. Jadi, topik ini sememangnya dapat melahirkan murid-murid yang berjiwa patriotik dan mempunyai jati diri terhadap negara. 3.4 topik Empat : Kerajaan-Kerajaan Melayu AwalTopik ini mengenai sejarah awal negara dan standard kandungan adalah mengenai kedudukan kerajaan-kerajaan Melayu Awal. Dalam standard kandungan ini terdapat tujuh standard pembelajaran yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh murid-murid agar dapat menerapkan nilai patriotisme dan juga jati diri sambil meningkatkan ilmu pengetahuan. Dalam kesemua standard pembelajaran bagi topik ini terdapat elemen patriotik dan juga jati diri disepadukan dalam pembelajaran untuk melahirkan para murid yang bertaat kepada negara dan bangsa. Sebagai contohnya, standard pembelajaran pertama iaitu menamakan kerajaan-kerajaan melayu awal membantu para murid untuk mengenali warisan negara Malaysia. Melalui unit ini, murid-murid dapat meningkatkan pemahaman mengenai kerajaan kedah tua (negeri Kedah) yang pernah berfungsi sebagai pusat perdagangan yang penting. Murid-murid juga dapat berasa bangga kerana negara Malaysia pun mempunyai sejarah awal yang mengagumkan. Maka, secara tidak langsung murid-murid akan mencurahkan kebaktian mereka terhadap negara dan melahirkan warganegara yang berpatriotik. Tambahan pula, jati diri murid juga dapat dipertingkatkan terhadap negara melalui mempelajari tajuk ini. Seterusnya, standard pembelajaran kelima dalam topik ini iaitu menyatakan keistimewaan kerajaan-kerajaan Melayu Awal dapat membantu murid-murid mengenali tentang Selat Melaka yang pernah memainkan peranan penting sebagai jalan perdagangan di antara negara China dan juga India. Di samping itu, murid juga dapat melihat peranan kerajaan-kerajaan Melayu Awal sebagai tempat persinggahan pedagang dari China dan India serta sebagai pusat pengembangan agama. Para murid juga dapat mengetahui kelebihan Selat Melaka yang menjadi faktor utama kepada kedatangan para pedagang ke kerajaan-kerajaan melayu awal. Murid-murid tahun empat, dapat mempelajari tentang Selat Melaka dan keunikannya sebagai selat terpanjang, terlindung daripada tiupan angin kencang dan sebagainya. Melalui mempelajari tentang keunikan kerajaan-kerajaan Melayu Awal murid-murid dapat berasa bangga dan meningkatkan jati diri mereka terhadap negara Malaysia. Murid-murid juga akan mencurahkan taat dan bakti kepada negara jika menyedari keunikan sejarah awal negara Malaysia. Oleh itu, topik ini dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah bagi tahun empat dapat membantu dalam proses melahirkan murid-murid yang mempunyai semangat patriotik dan juga jati diri. 3.5 Topik lima : Tokoh-Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu MelakaTopik kelima dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi matapelajaran Sejarah tahun empat adalah mengenai tokoh-tokoh terbilang kesultanan Melayu Melaka. Bagi topik ini terdapat empat standard kandungan yang telah ditetapkan untuk dijadikan sebagai pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid. Topik ini juga dapat membantu dalam membina jati diri dan juga nilai patriotisme dalam diri setiap murid-murid. Standard kandungan pertama adalah tentang tokoh-tokoh terbilang kesultanan Melayu Melaka, kedua Parameswara sebagai pengasas kesultanan Melayu Melaka, ketiga Tun Perak Sebagai Bendahara Melaka, dan keempat Hang tuah Sebagai laksamana Melaka. Murid-murid diajarkan mengenai tokoh-tokoh semasa kesultanan Melayu Melaka untuk memberi gambaran yang jelas tentang peranan, kepimpinan dan sumbangan mereka dalam membawa kemajuan kepada kerajaan Melaka. Sebagai contohnya, dalam standard kandungan pertama murid-murid berupaya mengetahui dan memahami tentang tokoh-tokoh terbilang semasa kesultanan Melayu Melaka melalui standard pembelajaran pertama dan kedua. Melalui mengenali tentang tokoh-tokoh terbilang, para murid berasa bangga dan dapat meningkatkan jati diri terhadap bangsa dan negara. Murid - murid juga dapat menyedar bahawa sejak dari zaman Melaka lagi lahir pemimpin-pemimpin yang berkaliber dan berkarisma. Tambahan pula, standard kandungan kedua, ketiga dan keempat bagi matapelajaran Sejarah tahun empat adalah berfokuskan kepada tokoh-tokoh yang berjuang dalam memartabatkan negeri Melaka. Tokoh-tokoh tersebut memainkan peranan penting dalam membawa perubahan dan kemajuan kepada negeri Melaka. Oleh itu, murid-murid diajarkan mengenai tokoh-tokoh tersebut agar dapat dijadikan sebagai teladan dan panduan. Murid-murid dapat belajar untuk berjasa dan berkhidmat kepada negara sendiri melalui mempelajari topik ini. Sebagai contohnya, guru mengajar tentang ciri-ciri Tun Perak yang taat kepada raja dan negara. Dalam unit ini dinyatakan sifat Tun Perak yang tidak ingin untuk membalas dendam walaupun anaknya Tun Besar dibunuh oleh Raja Muhammad iaitu putera Sultan Mansur Syah. Ini disebabkan beliau tidak ingin mengugat keamanan negeri Melaka dan mempunyai jati diri tinggi dalam menjunjung kedaulatan sultan.

Oleh itu, melalui mempelajari tentang Tun Bendahara, dapat membina jati diri terhadap raja dan negara di kalangan murid-murid. Elemen patriotik juga turut diterapkan dalam diri murid melalui mempelajari tentang Tun Perak. Contohnya, murid mempelajari tentang Tun Perak yang mempunyai jiwa patriotik yang tinggi kerana tidak ingin mengugat keamanan dan keharmonian kerajaan Melaka dengan membalas dendam terhadap sultan. Oleh itu, murid-murid juga dapat mencontohi sifat-sifat Tun Perak dan dapat berjiwa patriotik terhadap negara Malaysia untuk menjamin keamanan dan kedamaian. Oleh itu, topik ini dalam subjek Sejarah dapat membantu dalam membina jati diri dan juga nilai patriotik dalam diri murid-murid tahun empat.

4.0 Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Tahun Lima4.1 Topik Satu : Warisan Negara KitaDokumen Standard Kurikulum Sejarah Tahun lima berfokuskan kepada tema kedaulatan negara. Warisan negara kita merupakan topik yang keenam bagi subjek sejarah mengikut urutan daripada tahun empat. Tetapi topik ini merupakan unit pertama yang diajarkan kepada murid tahun lima. Topik Warisan negara kita, terbahagi kepada tiga standard kandungan iaitu institusi raja, agama Islam dan ketiga Bahasa Melayu. Topik ini diberikan perhatian khusus agar murid-murid dapat memahami peraturan-peraturan yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia dengan jelas mengenai institusi sultan, agama rasmi dan juga bahasa rasmi di negara Malaysia. Oleh itu, bab-bab ini perlu diajarkan kepada setiap warganegara sejak dari bangku sekolah agar setiap individu dapat menerima dan mematuhi peraturan yang telah termaktub dalam perlembagaan. Di samping itu, topik pertama juga dapat membantu dalam melahirkan murid yang berpatriotik dan juga mempunyai jati diri. Terdapat tujuh standard pembelajaran yang telah ditetapkan dan perlu dikuasai oleh murid-murid dalam standard kandungan pertama. Melalui standard kandungan pertama murid-murid dapat mengetahui mengenai institusi raja, memahami kedudukan raja dalam lapisan masyarakat, mengetahui bidang kuasa dan peranan raja, mengenali sejarah kewujudan institusi raja dan sebagainya. Raja merupakan kedaulatan, identiti dan lambang sesebuah negara. Dalam negara Malaysia, sultan mengetuai dan menerajui pentadbiran. Dalam topik ini, perkara ini diberi keutamaan agar dapat menerapkan jati diri memartabatkan kedaulatan sultan yang menjadi lambang rakyat Malaysia dalam diri para murid. Contohnya, melalui mempelajari mengenai tajuk rajaku berdaulat yang terdapat dalam buku teks, murid-murid dapat meningkatkan jati diri terhadap kedaulatan sultan. Melalui mengenali keunikan dan keistimewaan, peranan, kepentingan dan tanggungjawab para sultan, murid-murid dapat dapat mencurahkan kebaktian dan kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap institusi kesultanan. Ini secara tidak langsung dapat membina semangat patriotik terhadap negara dan warisan negara.

Seterusnya, standard kandungan yang kedua iaitu agama Islam dalam topik keenam diajarkan kepada murid-murid yang berbilang kaum agar dapat mendorong setiap murid tahun lima mengenali agama tersebut sebagai warisan negara. Murid-murid dapat mengenali kepentingan agama tersebut sebagai agama rasmi dan dapat menerima serta menghormatinya. Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan mempunyai pegangan agama masing-masing. Maka, pembelajaran mengenai agama Islam sebagai agama rasmi dalam matapelajaran Sejarah dapat memastikan murid-murid memahami kepentingan dan dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham. Oleh itu, pembelajaran mengenai standard kandungan ini dapat membina jati diri dalam diri murid untuk mengekalkan warisan negara dan juga semangat patriotik terhadap negara. Seterusnya, standard kandungan ketiga iaitu bahasa Melayu bagi topik keenam dalam Dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah membantu dalam membina jati diri mengekalkan warisan negara iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Melalui pembelajaran ini murid-murid dapat memahami tentang peranan bahasa Melayu sebagai warisan negara sejak dari zaman kesultanan Melayu Melaka. Dalam buku teks, murid-murid diajarkan mengenai keistimewaan bahasa Melayu di seluruh dunia melalui tajuk taburan penutur bahasa Melayu di dunia. Sebagai contohnya, semasa guru mengajar tajuk ini, murid-murid dapat mengenali taburan penutur bahasa Melayu di negara Indonesia, Afrika Selatan, Kemboja, Sri Langka dan lain-lain. Dengan mengetahui keistimewaan dan peranan bahasa Melayu di seluruh dunia dapat mewujudkan perasaan bangga dalam diri setiap murid yang terdiri daripada kaum berlainan. Ini secara automatik dapat melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri dan semangat patriotik terhadap negara. oleh itu, topik ini dapat membantu dalam melahirkan warganegara berpatriotik dan berjati diri terhadap negara dengan mengenali warisan negara dan memeliharanya daripada binasa. 4. 2 Topik Dua : Perjuangan Kemerdekaaan NegaraTopik perjuangan kemerdekaan negara dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah tahun lima juga dapat membantu dalam melahirkan warganegara yang berpatriotik dan mempunyai jati diri. Tajuk ini memberi pendedahan tentang campur tangan kuasa luar dan penjajahan yang menyebabkan penentangan dan perjuangan tokoh tempatan yang menjadi inspirasi kepada anak bangsa untuk menuntut kemerdekaan negara kita.[footnoteRef:8] Dalam topik ini terdapat tiga standard kandungan iaitu penjajahan dan campur tangan kuasa luar, perjuangan tokoh tempatan menentang British dan ketiga sejarah kemerdekaan negara. [8: Bahagian pembangunan kurikulum, (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah Tahun Lima . Putrajaya, Malaysia : Kementerian Pelajaran Malaysia. ms 33.]

Standard kandungan pertama dalam topik ini menekankan tujuh standard pembelajaran agar murid dapat mengetahui dan memahami kuasa-kuasa luar yang pernah menjajah negara Malaysia dan dapat membuat penilaian tentang sistem pentadbiran dan sosioekonomi zaman British. Melalui mempelajari tentang penjajahan British dapat meningkatkan semangat patriotik dan nasionalisme dalam diri murid untuk memelihara negara Malaysia daripada penjajahan anasir-anasir luar. Sebagai contohnya, murid mempelajari tentang faktor utama British menguasai Tanah melayu adalah disebabkan kekayaan hasil bumi negara kita. Faktor tiada jati diri dan semangat patriotik telah mengakibatkan British menguasai Tanah Melayu dengan mudah. Maka, melalui ini murid-murid tahun lima dapat menyedari dan memupukkan semangat jati diri dan patriotik dalam diri mereka untuk menjamin kedaulatan negara daripada anasir-anasir luar. Seterusnya, dalam topik ini standard kandungan yang kedua iaitu perjuangan tokoh tempatan menentang British dapat membantu dalam melahirkan murid-murid berpatriotik dan mempunyai jati diri. Ini disebabkan murid-murid dapat mengenali tokoh-tokoh dan sumbangan mereka dalam mempertahan negara daripada ancaman luar. Contohnya, murid-murid diajarkan tentang sumbangan Tok Janggut, Yamtuan Antah, Dol Said, Mat Salleh, Rentap dan sebagainya dalam mempertahankan kedaulatan tanah air dariapda kuasa penjajah. Oleh itu, dengan mengenali pejuang tempatan para murid dapat menanamkan semangat jati diri untuk mengekalkan keharmonian negara daripada campur tangan kuasa luar. Standard kandungan ketiga bagi topik perjuangan dan kemerdekaan adalah mengenai sejarah kemerdekaan 1957. Melalui standard kandungan ini murid-murid dapat mengetahui sejarah kemerdekaan negara dan juga dapat mengenali pemimpin-pemimpin yang berjuang demi kemerdekaan negara. Standard kandungan ini memainkan peranan penting dalam menanamkan elemen partiotik dan jati diri dalam diri murid-murid. Para murid juga dapat menghargai pengorbanan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan melalui mempelajari topik ini. Di dalam buku teks, dibawah tajuk negaraku merdeka murid-murid diajarkan tentang kronologi hari kemerdekaan dan juga perasaan rakyat semasa mencapai kemerdekaan. Melalui mengenali tentang peristiwa kemerdekaan murid-murid dapat berasa bangga terhadap tanah air dan mencurahkan kebaktian terhadap negara dengan berjuang mengekalkan keamanan negara. Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan semangat patriotik dan juga jati diri dalam diri murid-murid tahun lima. Oleh itu, topik ketujuh iaitu perjuangan kemerdekaan negara dapat membantu dalam melahirkan warganegara yang berpatriotik dan mempunyai jati diri. 4.3 Topik Tiga : Yang Di-Pertuan AgongYang Di-Pertuan Agong merupakan topik kelapan bagi Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Tahun Lima. Tajuk ini merangkan tentang institusi Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua negara Malaysia dan menjelaskan bidang kuasa baginda dalam konsep Raja Berperlembagaan.[footnoteRef:9] Standard kandungan dan standard pembelajaran bagi topik ini membolehkan murid-murid tahun lima mengetahui dan memahami mengenai Institusi Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Dalam topik ini murid-murid diajarkan mengenai kaedah pemilihan Yang di-Pertuan Agong, adat dan istiadat, raja berdaulat, alat kebesaran raja dan lain-lain. Para murid dapat bertaat kepada raja jika mengenali kepentingan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Oleh itu, topik ini diutamakan dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Tahun Lima untuk melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri terhadap kedaulatan raja dan juga semangat patriotik terhadap negara. [9: Bahagian pembangunan kurikulum, (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah Tahun Lima . Putrajaya, Malaysia : Kementerian Pelajaran Malaysia. ms 38.]

4.4 Topik Empat : Identiti Negara KitaTopik ini membincangkan mengenai identiti negara dan dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah topik ini penting dalam membina jati diri dan semangat patriotik dalam diri murid-murid. Standard kandungan pertama bagi topik ini iaitu jata negara perlu diajarkan kepada murid-murid tahun lima dengan teliti agar murid dapat memahami dan menguasai maklumat tentang jata negara. Jata negara merupakan identiti negara yang melambangkan negeri-negeri di Malaysia serta lambang kemegahan. Standard kandungan kedua juga penting kerana bendera kebangsaan merupakan identiti negara,simbol perpaduan dan juga identity serantau. Kewujudan bendera Malaysia juga merupakan satu peristiwa yang penting dan perlu difahami oleh murid. Tambahan pula, murid-murid juga melalui mengenali setiap lambang yang terdapat dalam bendera Malaysia dapat meningkatkan nilai jati diri dalam diri mereka. Standard kandungan ketiga iaitu lagu kebangsaan diberikan penekanan dalam kerana dapat membantu dalam membentuk jati diri para murid dan semangat patriotik. Melalui mempelajari tentang lagu kebangsaan dapat memupuk perpaduan, ketaatan kepada raja, kebanggaan terhadap negara di kalangan murid. Standard kandungan keempat iaitu bahasa Melayu yang memainkan peranan sebagai bahasa kebangsaan di negara Malaysia. Murid-murid perlu mengetahui sebab-sebab yang mendorong Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Kebangsaan dapat memudahkan komunikasi antara rakyat yang berbilang kaum. Oleh itu, topik ini memainkan peranan penting dalam melahirkan individu yang berpatriotik dan mempunyai jati diri terhadap negara dan bangsa. 5.0 Refleksi Saya Jessita Mary A/P Francis dari kelas 2 PISMP Sejarah, terlebih dahulu Ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Encik. Zahari Bin Zainal dan juga semua pihak yang telah membantu saya untuk melengkapkan kerja kursus ini dengan baik dan cemerlang. Dalam masa yang ditetapkan saya dapat menyiapkan tugasan saya dengan berjaya walaupun saya menghadapi pelbagai rintangan. Semasa melakukan kerja kursus ini saya telah menghadapi pelbagai cabaran dan membuatkan saya berputus asa. Tetapi dengan keyakinan diri dan sokongan daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa dan kawan, saya dapat menghadapi cabaran ini dengan tabah dan dapat menghasilkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Saya telah diberikan tugasan bagi matapelajaran Kurikulum Sejarrrah Sekolah Rendah oleh pensyarah pada tarikh 19 Januari 2015 dan tarikh hantar ditetapkan pada 6 April 2015. Satu taklimat berkaitan kerja tugasan diberikan oleh pensyarah agar dapat memudahkan kami fahami kehendak soalan tersebut dan menjawab dengan betul. Dalam kerja tugasan tersebut kami diminta untuk bincangkan mengenai isi kandungan matapelajaran Sejarah sekolah rendah bagi tahun 4 dan 5. Melalui melaksanakan kerja tugasan ini saya dapat mengenal pasti topik-topik yang telah dirangka untuk murid tahun empat dan tahun lima dengan mengutamakan semangat patriotik dan juga jati diri. Saya juga dapat memahami kepentingan semangat patriotik dan jati diri dalam mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara. Setiap individu perlu mempunyai nilai jati diri dan semangat patriotik dalam diri mereka agar dapat menjamin keselamatan dan kemajuan negara. Oleh itu, dengan mengambil kira perkara ini matapelajaran Sejarah dijadikan sebagai salah satu saluran penting untuk memupuk aspek jati diri dan patriotik sejak dari sekolah rendah. Seseorang individu yang mempunyai unsur jati diri dan patriotik dapat menghormati budaya kaum lain, taat kepada raja, menghargai jasa tokoh-tokoh, menerima undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan dan sebagainya. Sebagai bakal guru sejarah saya dapat menyedari kepentingan kedua-dua unsur ini dalam diri masyarakat untuk mengelakkan penjajahan atau campurtangan kuasa luar. Oleh itu, warganegara yang berpatriotik dan mempunyai jati diri sangat penting bagi mengharumkan nama Malaysia di seluruh dunia.

Akhir kata, penghasilan kerja kursus ini telah banyak mengajarkan saya cara untuk menghadapi sesuatu rintangan dengan tabah dan juga strategi yang harus dipatuhi oleh saya sebagai seorang bakal guru yang akan mendidik anak bangsa pada masa hadapan berlandaskan kepada seruan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bukan itu sahaja, malah saya merasa amat gembira kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa yang dibagikan. Semasa melakukan tugasan ini saya juga belajar untuk bersabar dan tidak berputus asa dan mempunyai iltizam yang tinggi.

6.0 Rumusan Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah mendukung cita-cita murni bagi menyediakan kurikulum yang releven dan terkini untuk melahirkan generasi cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Standard sekolah rendah Sejarah memberi keutamaan kepada kognitif, efektif, psikomotor dan juga menerapkan nilai murni, semangat patriotik, jati diri dan sebagainya. Setiap topik yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Tahun 4 dan Tahun 5 dapat melahirkan warganegara yang patriotik dan juga mempunyai jati diri. Standard kandungan dan standard pembelajaran bagi tiap-tiap topik untuk matapelajaran Sejarah membantu menerapkan unsur patriotik dan semangat jati diri. Topik-topik seperti mari belajar sejarah, zaman air batu, zaman prasejarah, kerajaan Melayu awal, tokoh terbilang kesultanan melayu Melaka, warisan negara kita, perjuangan kemerdekaan, Yang Di-Pertuan Agong, identiti negara kita dapat membantu dalam melahirkan jati diri dan semangat patriotik dalam diri para murid. Oleh itu, Dokumen Standard Kurikulum Sejarah sememangnya dapat melahirkan warganegara yang berjiwa patriotik dan jati diri.

1