Dokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petang

download Dokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petang

of 10

  • date post

    23-Jun-2015
  • Category

    Education

  • view

    6.032
  • download

    3

Embed Size (px)

description

contoh dokumentasi laporan sambutan hari kemerdekaan

Transcript of Dokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petang

  • 1. MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH, SK KULAI 1, JALAN PEJABAT KERAJAAN, KULAIJAYA, JOHOR. TARIKH : 28 OGOS 20 SEPT 2013 TEMPAT :

2. SK KULAI 1 ANJURAN BERSAMA: PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PANITIA KAJIAN TEMPATAN PANITIA PEN.SENI VISUAL KELAB RUKUN NEGARA SK KULAI 1 1. Nama Program :Program Bulan Kemerdekaan 2013 2. Tarikh : 28 Ogos -15 September 2013 3. Hari / masa : Bil. Aktiviti Tarikh /Hari Perlaksanaan 1. Pelancaran Hari Kemerdekaan 28 Ogos 2013 / Rabu (4.30-5.30 petang) 2. Pertandingan Mewarna 30 Ogos 2013 /Jumaat (5.05-06.05 petang ) 3. Pertandingan Larian Merdeka 6 Sept 2013 / Jumaat ( 5.00-6.00 petang) 4. Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 20 Sept 2013 / Khamis (5.30-6.30 petang) 4. Tempat : SK Kulai 1 5. Objektif : i. Memupuk sikap patriotisme dan sayang akan negara di kalangan murid. ii. Membina keyakinan diri dalam diri murid-murid. iii. Memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat seharian. iv. Memupuk persaingan sihat di kalangan murid dalam aktiviti yang dijalankan. v. Mengukuhkan tahap pengetahuan murid pada setiap aktiviti yang dijalankan. 6. Sasaran : Semua murid tahap 1 dan tahap 2. 3. 7. Aktiviti Yang Dijalankan: Pelancaran Hari Kemerdekaan Peringkat sekolah SK Kulai 1 bagi sesi petang telah diadakan pada 28 September 2013 pada jam 4.30 petang hingga 5.30 petang. Majlis telah dirasmikan oleh GPK Petang SK Kulai 1, Puan Sarnah binti Hj Jamiran. Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan. Antaranya ialah tayangan sempena hari kemerdekaan, pertandingan mewarna dan larian kemerdekaan. Tayangan sempena hari kemerdekaan dipertontonkan kepada murid-murid tentang kisah perjuangan seorang askar yang bertajuk Sarjan Hassan. Pertandingan mewarna telah diadakan pada 30 Ogos 2013.Pertandingan Larian Merdeka pula diadakan pada 6 September 2013. Program Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah SK Kulai 1 ini telah diakhiri dengan majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Majlis tersebut telah diadakan pada hari Khamis, 19 September 2013. Pada majlis penutupan ini, terdapat beberapa orang murid telah mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti seperti persembahan deklamasi sajak. Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Kulai 1 ini diakhiri dengan acara memotong kek GPK Petang SK Kulai 1, Puan Sarnah binti Hj Jamiran dan Laungan Kemerdekaan sebanyak tiga kali telah diketuai oleh Encik Mohd Zaidi bin Jamian. 8. Penilaian Program : 8.1. Kekuatan Program: i. Sokongan daripada pihak pentadbir. ii. Kerjasama daripada semua guru dan murid. iii. Penglibatan yang memuaskan daripada murid-murid. iv. Program dapat dijalankan dengan baik. 8.2. Kelemahan Program: i. Sesetengah program tertunda dari perancangan awal kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. 4. ii. Murid tahun 6 tidak dapat melibatkan diri dalam aktiviti kerana memberi tumpuan untuk persediaan UPSR. 8.3. Cadangan penambahbaikan: i. Pelaksanaan tempoh program yang sesuai supaya murid tahun 6 juga dapat merasai bersama-sama kemeriahan sambutan ini. ii. Penglibatan menyeluruh murid-murid , guru-guru dan ibu-bapa perlu ditingkatkan dalam aktiviti yang dijalankan supaya penghayatan bulan kemerdekaan lebih dirasai. Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh: ...................................... .................................... ................................. ( SITI SURIATI BINTI ABDULLAH ) AJK DOKUMENTASI PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN SK KULAI 1 ( MOHD ZAIDI BIN JAMIAN ) AJK DOKUMENTASI PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN SK KULAI 1 5. LAMPIRAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN SK KULAI 2013 PERTANDINGAN MEWARNA PERTANDINGAN LARIAN KEMERDEKAAN TAHUN 2 PINTAR TAHUN 3 1) SITI NOR AIZA JOHAN : 3 PINTAR 2) NUR ANISAH N.JOHAN : 3 CERDIK 3) MOHD APINUDDIN TEMPAT KETIGA: 3 BIJAK TAHUN 2 CERDIK TAHUN 2 1) DAYANG NUR FATEHAH JOHAN : 2 CERDIK 2) MOHD IKHWAN N. JOHAN : 2 PINTAR 3) MOHD WIDAD SYAFIQ TEMPAT KETIGA : 2 BIJAK TAHUN 2 BIJAK 1) MOHD NISHAM 2) LILY AMIRA NATASHA 3) LOGAYASHNI TAHUN 3 PINTAR 1) RABIATUL ADAWIYAH 2) NUR HAZRYNA 3) ADINA WAHIDA TAHUN 3 CERDIK 6. 1) NUR FADZLYNA 2) SANJANA 3) NADIA ELYANA TAHUN 3 BIJAK 1) NUR FADZILLAH 2) NUR ALIA NATASYA 3) NUR AIDA SYUHADA PELANCARAN HARI KEMERDEKAAN SK KULAI 1 2013 SESI PETANG 7. Ustaz Asri sedang membacakan Doa untuk majlis perasmian Murid-murid sedang mendengar ucapan daripada Puan Sarnah Murid dipersembahan persembahan deklamasi sajak oleh murid Tahun 3 Murid-murid berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku 8. Murid-murid menyanyikan lagu Patriotik dengan semangat sambil mengibarkan bendera. En Naim menjadi pengadil dalam larian kemerdekaan Puan Sarnah duduk bersama murid- murid menyaksikan larian kemerdekaan Peserta larian kemerdekaan Tahun 2 sudah bersedia untuk berlari Peserta larian yang berlari dengan penuh semangat sambil membawa bendera ACARA LARIAN KEMERDEKAAN SK KULAI 1 2013 9. Guru- guru dan murid- murid mengam bil gambar bersama- sama selepas selesainy a Pertandi ngan larian kemerde kaan Murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan Puan Sarnah menyampaikan hadiah untuk pertandingan mewarna kepada pemenang. MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH BULAN KEMERDEKAAN SK KULAI 1 10. En Zaidi menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama larian kemerdekaan Kek untuk Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan sesi petang Puan Sarnah memotong kek untuk dibahagikan kepada murid-murid Guru-guru mengagihkan kek-kek yang telah dipotong kepada murid-murid