dokumentasi PBS.docx

5
FALSAFAH SEKOLAH Semua warga SMK Wangsa Melawati boleh dididik, yakin boleh dan memiliki potensi mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Para pendidik SMK Wangsa Melawati bermotivasi, berpengetahuan, berketrampilan dan bekerjasama bagi mengembangkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan memberi input yang optimum dan peluang pembelajaran yang adil dan efisien. VISI SEKOLAH Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI SEKOLAH Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara MOTO SEKOLAH “Iltizam Demi Kecemerlangan” TEMA SEKOLAH “SMKWM Aims High”

Transcript of dokumentasi PBS.docx

FALSAFAH SEKOLAH

Semua warga SMK Wangsa Melawati boleh dididik, yakin boleh dan memiliki potensi mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Para pendidik SMK Wangsa Melawati bermotivasi, berpengetahuan, berketrampilan dan bekerjasama bagi mengembangkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan memberi input yang optimum dan peluang pembelajaran yang adil dan efisien.

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

MOTO SEKOLAH

Iltizam Demi Kecemerlangan

TEMA SEKOLAH

SMKWM Aims High

1.0 Pendahuluan

Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012.

PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Tingkatan 3.(PT3)

2.0 Rasional

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa dan murid dengan maklumat-maklumat tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Selain itu, program ini bertujuan untuk membantu ibu bapa memahami cara murid-murid belajar berasaskan pendekatan PBS. Menerusi PBS murid akan dinilai dengan merujuk kepada perkembangan murid berdasarkan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM). Standard akan diberi berdasarkanprestasi murid yang dinilai setiap hari. Oleh itu, kehadiran murid sangat penting, aktiviti atau modul yang relevan akan dijalankan oleh guru dalam bentuk dan kaedah yang bersesuaian dengan tahap yang ingin dicapai.

3.0ObjektifSelepas mengikuti program ini, murid dan ibu bapa dapat:

3.1Mengetahui matlamat pelaksanaan PBS3.2Memahami cara-cara pelaksanaan PBS3.3Mendedahkan pelajar kepada pembudayaan PBS

4.0Tarikh dan Tempat Tarikh: 31. 12. 2014 (Selasa)Tempat:Dewan Wangsa Bestari, SMK Wangsa MelawatiMasa:10.30 pagi-11.00 pagi

5.0Laporan Keseluruhan

Taklimat PBS ini diadakan serentak dengan Hari Orientasi Murid Tingkatan 1. Taklimat telah diadakan di Dewan Wangsa Bestari pada hari Selasa, 31 Disember 2014. Taklimat diadakan selamat satu jam iaitu bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 11 pagi. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Ooi Siew Chin selaku Jurulatih Utama Kebangsaan. Taklimat ini dibuat bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekoolah (PBS). Taklimat dimulakan dengan penerangan mengenai sejarah dan objektif penubuhan PBS. Pn. Ooi Siew Chin memaklumkan bahawa PBS telah menggantikan sistem peperiksaan yang telah dilaksanakan sebelum ini bagi memastikan pendidikan di Negara kita setaraf dengan pendidikan di Negara-Negara maju yang lain. Pada akhir sesi, murid dan ibu bapa menunjukkan riak yang positif menandakan mereka faham tentang apa yang disampaikan oleh Pn. Ooi Siew Chin.

6.0Refleksi Program

Taklimat PBS telah berjalan dengan lancar dari awal sesi hingga ke akhir sesi. Ibu bapa menunjukkan rasa puas hati dengan penerangan yang disampaikan. Murid juga didapati lebih memahami dengan terperinci mengenai sistem PBS yang bakal mereka lalui. Taklimat PBS ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Disediakan oleh:

(NORMASUHANA BT MAT ALI)AJK Dokumentasi PBSSMK Wangsa MelawatiKuala Lumpur

Disahkan oleh:

(PN. LAILANE BT MOHAMAD)PengetuaSMK Wangsa Melawati Kuala Lumpur.