Dokumentasi Pkp Padang Besar

20
LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM PKP PADANG BESAR 2014 Disediakan Oleh SITI NOOR AESYAH BINTI MOHD GHAZALI JAWATANKUASA DOKUMENTASI SEKOLAH RENDAH ISLAM II

description

tukar

Transcript of Dokumentasi Pkp Padang Besar

Page 1: Dokumentasi Pkp Padang Besar

LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

PKP PADANG BESAR

2014

Disediakan Oleh

SITI NOOR AESYAH BINTI MOHD GHAZALI

JAWATANKUASA DOKUMENTASI

SEKOLAH RENDAH ISLAM II

Page 2: Dokumentasi Pkp Padang Besar

Tajuk

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform PKP Padang Besar,Tahun 2014

Peringkat

- PKP PADANG BESAR (U) -

Tahun

2014

Sekolah yang mengelolakan ( SEK. REN ISLAM II )

Sekolah yang terlibat :

1. SEK.KEB LUBUK SIREH

2. SEK. KEB FELDA MATA AIR

3. SEK. KEB TITI TINGGI

4. SEK. KEB FELDA RIMBA MAS

5. SEK.KEB GUAR JENTIK

6. SEK. PADANG BESAR

7. SJKC PADANG BESAR

8. SJK KONG HWA

Tarikh Perkhemahan

07 Nov 2014 (Jumaat)

08 Nov 2014 (Sabtu)

09 Nov 2014 (Ahad)

Tempat Perkhemahan

Page 3: Dokumentasi Pkp Padang Besar

1. Tapak Perkhemahan Sek.Keb Guar Jentik

JAWATANKUASA PENGELOLA PEKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH ISLAM II 2014

PENGERUSI: SEK. REN ISLAM II

NAIB PENGERUSI 1: SEK KEB FELDA RIMBA MAS

NAIB PENGERUSI II: SEK KEB FELDA MATA AIR

NAIB PENGERUSI III: SEK KEB GUAR JENTIK

SETIAUSAHA: SEK RENDAH ISLAM II

BENDAHARI: SEK KEB TITI TINGGI

KOMANDAN KEM: SEK KEB PADANG BESAR

PENOLONG KOMANDAN KEM: SEK KEB TITI TINGGI

Page 4: Dokumentasi Pkp Padang Besar

JAWATANKUASA KECIL PERKHEMAHAN

JAWATANKUASA TUGAS

Komandan Kem

Dan Penolong Komandan Kem

PN.RUSMINAH BT SAAD

EN.NASRUL B HASHIM

a. Merancang segala pengisian aktiviti.

b. Memastikan segala aktiviti berjalan

dengan lancar dan selamat.

URUSETIA

SRI II

a. Menyediakan borang penyertaan dan

mendaftar peserta.

b. Menyediakan tag nama peserta.

PERALATAN /PENEMPATAN

SK GUAR JENTIK

a. Merancang dan menentukan

peralatan yang diperlukan untuk

program.

b. Memastikan segala peralatan

dibawa ke tapak perkhemahan

dalam keadaan baik dan sedia

digunakan.

c. Merancang dan menyusun

penempatan yang sesuai

ELEKTRIK DAN SIARAYA.

SK FMA

a. Menyedia dan menyelia peralatan

letrik dan P.A sistem sepanjang

program

KESELAMATAN

SK TT

a. Menyediakan peti pertolongan

cemas yang lengkap.

b. Memastikan keselamatan para

peserta terjamin disepanjang aktiviti.

Page 5: Dokumentasi Pkp Padang Besar

c. Mengambil tindakan awal dengan

pantas sekiranya berlaku kecemasan.

d. Mengawal disiplin para peserta

sepanjang perkhemahan.

MAKANAN DAN MINUMAN

SK LUBUK SIREH

a. Merancang dan menentukan menu

makanan

b. Merancang jadual makan dan minum

peserta, guru dan jurulatih

c. Memastikan urusan

semasa makan berjalan

dengan lancar.

DOKUMENTASI/ BULETIN

SEK KEB PADANG BESAR

a. Mencatat segala aktiviti yang

berjalan.

b. Mengambil foto untuk setiap aktiviti.

c. Menyediakan laporan perkhemahan

dan dokumentasikan.

d. Berhubung dengan setiausaha untuk

mendapatkan bahan-bahan untuk

didokumentasikan.

KEROHANIAN

SK FRM

a. Menyelaras dan menjalankan

program untuk slot keagamaan/

kerohanian.

b. Memastikan dan Memimpin para

peserta solat berjemaah.

c. Mengelolakan kuliah maghrib dan

subuh.

HADIAH DAN SIJIL

SJKC PBU

a. Menyediakan hadiah dan

cenderamata program

Page 6: Dokumentasi Pkp Padang Besar

BUTIRAN PERKHEMAHAN

Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:

i. Hari : Jumaat hingga Ahad

ii. Tarikh :07 - 09 Nov 2014

iii. Tempat : TAPAK PERKHEMAHAN,

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR JENTIK

SASARAN PENYERTAAN

79 orang ahli unit beruniform SRI II

SUMBANGAN PENYERTAAN

Setiap peserta dikehendaki menyumbang sebanyak RM 10.00( sepuluh sahaja)

Sumbangan ini adalah untuk menampung perbelanjaan seperti:

i. Makan dan minuman.

ii. Kad Aktiviti .

iii. Tanda Nama Peserta.

iv. S i j i l .

v. Pengurusan perkhemahan

Page 7: Dokumentasi Pkp Padang Besar

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH

1 SUMBANGAN DARI JPN RM 1300

2 SUMBANGAN DARI MURID RM 790

3 JUMLAH RM 2090

PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH

1 MAKANAN MURID DAN GURU RM 1790

2 HAMPER RM 300

3 JUMLAH RM 2090

Page 8: Dokumentasi Pkp Padang Besar

LAPORAN KESELURUHAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya, program

perkhemahan ini telah berjalan dengan baik dan lancar. Secara keseluruhannya.

Perkhemahan ini disertai oleh 79 orang murid yang terdiri daripada tahun 4,dan 5.

Seramai 50 murid perempuan dan 29 murid lelaki telah menyertai program ini dari 9

buah sekolah PKP Padang Besar.

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik

darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala

sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri

dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka

telah didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa

dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.

Perkhemahan ini dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk

menonjolkan kemampuan diri mereka. Melalui perkhemahan ini, ianya dapat

mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru. Objektif

kejohanan ini telah berjaya dicapai bagi melahirkan generasi yang mantap dari segi

fizikal dan mempunyai disiplin yang tinggi, bersikap positif serta mempunyai jati diri

yang tinggi serta semangat berpasukan.

JUMAAT – 07 NOV 2014

Aktiviti pertama yang dilakukan ialah sesi pendaftaran. Para peserta diberi

taklimat tentang program yang akan dijalankan. Para peserta dibahagikan kepada 8

kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 9 hingga 10 orang peserta. Para

peserta minum petang dan solat asar berjemaah. Seterusnya, murid dibimbing untuk

memasang khemah mengikut kumpulan masing-masing. Semangat berpasukan

sangat diperlukan bagi memastikan kelancaran dalam memasang khemah.

Selesai makan malam, para peserta diberikan masa untuk pengurusan diri bagi

menyediakan diri untuk solat maghrib. Selepas solat maghrib, terdapat pengisian

Page 9: Dokumentasi Pkp Padang Besar

tazkirah dan diikuti dengan solat isyak.

SABTU – 08 NOV 2014

Seawal jam 5 pagi, para peserta dikejutkan untuk menyiapkan diri bagi

menunaikan solat subuh secara berjemaah. Ustaz Jamil bin Seman telah

menyampaikan kuliah subuh. Program diteruskan dengan aktiviti Selamat Pagi

Malaysia yang dikelolakan oleh guru-guru yang bertugas. Selesai bersenam, para

peserta dibenarkan untuk bersarapan.

Aktiviti 1 ialah kawad kaki. Para peserta dilatih untuk berkawad sehinggalah

jam 10 pagi. Melalui aktiviti berkawad, para peserta dilatih untuk peka dalam

mendengar arahan dan patuh pada arahan. Perhatian yang penuh patut diberi

semasa aktiviti berkawad bagi mengelakkan kesalahan melakukan arahan.

Selesai minum pagi, program diteruskan dengan aktiviti kedua iaitu Masakan

Rimba. Aktiviti ini dikelolakan oleh Pn Norizah binti Hussaiini dan Cikgu Choa Wei

Joo. Setiap kumpulan dibekalkan dengan buluh, ikan kembung, daun pisang, beras

dan kayu api. Menu masakan rimba ialah ikan bakar dan nasi di dalam buluh. Melalui

aktiviti ini, murid diajar untuk berdikari dan merasai kesusahan dengan memasak

tanpa peralatan yang lengkap. Hasilnya,ada kumpulan yang berjaya dan ada

kumpulan yang tidak berjaya.

Selesai makan makanan yang dimasak itu, murid diberi masa untuk berehat,

pengurusan diri dan solat zohor berjemaah. Aktiviti seterusnya ialah Ikatan dan Gajet.

Para peserta dibimbing dan dikehendaki untuk membuat rak kasut. Slot ini turut

mendapat kerjasama daripada Jamaludin bin Ishak. Selesai minum petang, para

peserta bersolat asar secara berjemaah.

Aktiviti seterusnya ialah stesen Bantu Mula. Para peserta diberi cabaran untuk

membuat anduh dan ikatan donat. Semua aktiviti dijalankan di dalam kumpulan.

Seterusnya, murid diberi masa untuk rehat, pengurusan diri, solat maghrib dan solat

isyak. Tazkirah maghrib dikelolakan oleh ustaz Mohd Ghafri. Aktiviti diteruskan

dengan malam kebudayaan. Para peserta membuat pelbagai persembahan seperti

Page 10: Dokumentasi Pkp Padang Besar

nyanyian, lakonan, dan dikir barat.

AHAD – 09 NOV 2014

Pada pukul 5 pagi, para peserta dikejutkan untuk mandi, solat subuh dan

mendengar kuliah subuh. Selesai tazkirah, aktiviti diteruskan dengan Selamat Pagi

Malaysia dan bersarapan pagi. Pada pukul 11 pagi, majlis penutup dilakukan dan

para peserta bersurai pada pukul 12 tengahari.

Kerjasama daripada semua guru dan para peserta telah berjaya memastikan

kelancaran program perkhemahan ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua

yang terlibat membantu sama ada secara langsung mahupun tidak langsung sehingga

selesainya program perkhemahan ini.

Sekian. Terima kasih.

Disediakan oleh :

......................................

(PN SITI NOOR AESYAH BINTI MOHD GHAZALI) S/U Kokurikulum & SukanSekolah Rendah Islam II,02100 Padang Besar (U),Perlis

Disahkan oleh:

..............................................( EN. MUHAMAD ZAIM BIN ZANOL )

Guru Besar,Sekolah Rendah Islam II,02100 Padang Besar (U),Perlis

Page 11: Dokumentasi Pkp Padang Besar

KOLEKSI LAPORAN BERGAMBAR

Sesi pendaftaran para peserta

Page 12: Dokumentasi Pkp Padang Besar

Mendengar taklimat dan pembahagian kumpulan

Aktiviti memasang khemah

Aktiviti “ice-breaking”

Page 13: Dokumentasi Pkp Padang Besar

Para peserta bersolat secara berjemaah dan mendengar tazkirah

Aktiviti kawad kaki

Page 14: Dokumentasi Pkp Padang Besar
Page 15: Dokumentasi Pkp Padang Besar

Aktiviti masakan rimba

Page 16: Dokumentasi Pkp Padang Besar

Aktiviti penutup