Dorongan Dan Kerja Berpasukan

22
DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

description

Kerja-berpasukan dalam organisasi

Transcript of Dorongan Dan Kerja Berpasukan

  • DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN

    Oleh:

    Najwa Ahmad Zawawi

    Unit Perkhidmatan, BSM.

  • KERJA BERPASUKAN

    Kerja berpasukan merupakan kumpulan

    yang matang dengan ahli yang saling

    bergantung antara satu sama lain serta

    sangat komited untuk mencapai satu

    matlamat yang sama.

    2Dorongan & Kerja Berpasukan

  • PERBEZAAN ANTARA KUMPULAN DAN KERJA BERPASUKAN

    Kumpulan kerja terdiri daripada individu yang melakukan kerja-kerja tertentu dalam satu kumpulan tetapi tidak mempunyai matlamat yang sama malah masing-masing berusaha menyiapkan kerja masing-masing dengan mendapat ganjaran tertentu.

    Pasukan kerja terdiri daripada individu yang bekerja dalam satu kumpulan yang mempunyai matlamat yang sama untuk menyiapkan sesuatu kerja. Mereka mempunyai garis paduan dan aturcara kerja yang telah ditetapkan untuk dilakukan bersama ke arah wawasan organisasi.

    3Dorongan & Kerja Berpasukan

  • PERBEZAAN ANTARA KUMPULAN DAN KERJA BERPASUKAN

    Contoh: UKM merupakan satu organisasi

    yang mempunyai pelbagai kumpulan seperti

    Pensyarah, Pakar Perubatan, kakitangan

    pentadbiran dan sebagainya. Namun apabila

    kumpulan ini bergerak dalam satu jabatan

    yang sama sebagai sebuah pasukan maka

    matlamat pencapaiannya adalah sama serta

    bertanggungjawab dalam perkara yang

    sama.

    Dorongan & Kerja Berpasukan 4

  • CIRI-CIRI UTAMA KERJA BERPASUKAN

    Mempunyai komitmen yang sangat tinggi

    terhadap pencapaian matlamat.

    Bertanggungjawab bersama.

    Budaya yang berdasarkan kepada

    kepercayaan dan kesepaduan.

    Wujudnya sinergi dalam pasukan kerja.

    5Dorongan & Kerja Berpasukan

  • JENIS KERJA BERPASUKAN

    Terdapat beberapa jenis pasukan kerja

    digunakan oleh sesebuah organisasi dalam

    mencapai matlamat mereka.

    Kebiasaannya terdapat 4 jenis iaitu:

    1. Pasukan Penyelesaian Masalah.

    2. Pasukan Silang Fungsian.

    3. Pasukan Maya.

    4. Pasukan Pengurusan.

    6Dorongan & Kerja Berpasukan

  • PASUKAN PENYELESAIAN MASALAH

    Terdiri daripada 5 hingga 12 orang ahli

    daripada jabatan yang sama bertemu

    beberapa jam setiap minggu

    membincangkan cara untuk meningkatkan

    kecekapan, kualiti dan persekitaran kerja.

    7Dorongan & Kerja Berpasukan

  • PASUKAN SILANG FUNGSIAN

    Gabungan beberapa orang pekerja mempunyai kedudukan yang

    sama atau hampir sama dalam hieraki organisasi tapi bidang

    tugasnya berbeza, bekerjasama untuk menyempurnakan sesuatu

    matlamat.

    Contoh pasukan silang fungsian terdiri dari Pensyarah, Doktor,

    Jurutera, Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pendaftar dll.

    2 bentuk silang fungsian ialah pasukan petugas dan jawatankuasa.

    Kebiasaannya, pasukan petugas dan jawatankuasa ini bersifat

    sementara dan ia akan dibubarkan apabila sesuatu perkara dapat

    diatasi.

    8Dorongan & Kerja Berpasukan

  • PASUKAN MAYA

    Pasukan Maya menggunakan teknologi

    komputer untuk perhubungan ahli yang

    berada di tempat-tempat yang berlainan

    dalam usaha mencapai matlamat umum.

    Dalam pasukan ini, individu bekerjasama

    secara online menggunakan rangkaian

    komunikasi Mel elektronik, Video konferens

    tanpa mengambilkira lokasi mereka.

    9Dorongan & Kerja Berpasukan

  • PASUKAN PENGURUSAN KENDIRI

    Ia merupakan pasukan proses yang mempunyai

    kawalan menyeluruh ke atas kerja mereka. Mereka

    menggunakan segala kemahiran yang berbeza

    mengenalpasti tugas yang dijalankan serta

    kepentingannya. Ahli pasukan juga mempunyai

    autonomi yang tinggi serta mudah mendapat

    maklumbalas berkaitan dengan tugas yang

    dijalankan.

    10Dorongan & Kerja Berpasukan

  • Ciri-Ciri Pasukan Kendiri:

    1. Kuasa Untuk Menguruskan Tugasan Sendiri:

    Perancangan dan penetapan maktlamat,

    penyusunan jadual, pemilihan ahli,

    pelaksanaan dan membuat keputusan di

    bawah kuasa ini.

    2. Ahli Daripada Pelbagai Kepakaran &

    Kefungsian : Bagi memastikan segala tugas

    dapat disiapkan oleh ahli sendiri yang terdiri

    daripada pelbagai aspek dan mempunyai

    kepakaran dalam fungsi yang berbeza. 11Dorongan & Kerja Berpasukan

  • Ciri-Ciri Pasukan Kendiri

    3. Kuasa Untuk Melaksanakan Keputusan :

    Pengurusan kendiri berhak mengambil

    tindakan yang dirasakan perlu tanpa

    mendapat persetujuan pihak pengurusan

    atasan.

    4. Tiada Pengurus Luar : Pasukan ini tidak

    perlu melapor kepada pengurus luar. Ahli

    pasukan mengurus diri, belanjawan dan

    tugas mereka melalui kepimpinan yang

    dikongsi bersama. 12Dorongan & Kerja Berpasukan

  • Ciri-Ciri Pasukan Kendiri

    5. Koordinasi & Kerjasama Dengan Pasukan atau

    Individu Lain Dipengaruhi oleh Keputusan

    Pasukan: Setiap ahli bertanggungjawab

    terhadap hasil prestasi pasukan. Ini disebabkan

    ahli pasukan bebas dan tidak perlu melapor

    kepada pengurus secara formal. Oleh itu

    pasukan kendiri perlu mengkoordinasikan

    tugas serta aktiviti bagi mencapai perpaduan

    dengan pihak lain.13Dorongan & Kerja Berpasukan

  • Ciri-Ciri Pasukan Kendiri

    6. Kepimpinan Dalaman : Fungsi ketua

    bukanlah memberikan arahan, menetapkan

    matlamat atau memantau tetapi adalah

    untuk mengalihkan halangan yang dihadapi

    oleh pasukan serta memastikan pasukan

    mendapatkan sumber yang diperlukan.

    Peranan utama ketua ialah memudahkan

    pasukannya bukan mengawal

    pasukannya.

    14Dorongan & Kerja Berpasukan

  • Dorongan Kerja Berpasukan Yang Berkesan

    Kejayaan tidak akan diperolehi secara seorang diri.

    Organisasi yang sihat perlukan dorongan. Berikut adalah

    beberapa aspek yang boleh mendorong dan membawa

    kejayaan sesuatu organisasi pasukan yang berjaya iaitu:

    1. Bina Matlamat Bersama Yang Jelas : Pernyataan

    matlamat pasukan biasanya pendek dan jelas. Semua

    ahli perlu jelas dengan matlamat pasukan serta

    mempunyai pelan tindakan untuk mencapai visi, misi

    dan matlamat.

    15Dorongan & Kerja Berpasukan

  • 2. Jelaskan Kemahiran dan Tenggungjawab Ahli : Setiap

    ahli perlu bertindak sebagai pemain pasukan dan

    bertanggungjawab memikul tanggungjawab

    berdasarkan kemahiran mereka. Bagi ahli baru,

    bimbingan dan kursus perlu diberikan bagi membina

    kemahiran dan pengalaman mereka.

    3. Menyediakan Peraturan Sebagai Penduan : Pasukan

    memerlukan peraturan bagi menentukan kekerapan

    pertemuan, persediaan bermesyuarat, peraturan dalam

    mengendalikan permasalahan serta membuat

    keputusan secara kolektif.

    Dorongan Kerja Berpasukan Yang Berkesan

    16Dorongan & Kerja Berpasukan

  • 4. Komunikasi Terbuka : Ahli Pasukan perlu merasa

    bebas untuk meluahkan perasaan tentang tugas dan

    operasi pasukan. Luahan ini biasanya di luar waktu

    mesyuarat yang formal.

    5. Kepimpinan Yang Dikongsi : Walaupun pasukan

    mempunyai seorang ketua yang formal, fungsi

    kepimpinan beralih daripada seorang ahli kepada

    seorang ahli yang lain dari masa ke semasa. Ini

    bergantung kepada keperluan pasukan, keadaan dan

    kemahiran ahli.

    Dorongan Kerja Berpasukan Yang Berkesan

    17Dorongan & Kerja Berpasukan

  • 6. Hapuskan Virus Konflik : Ahli pasukan kerja haruslah

    sedar untuk mencapai matlamat. Komitmen ahli-ahli

    memainkan peranan penting. Segala persaingan

    dikalangan ahli perlulah dilupakan. Fokus kepada

    usaha mencapai matlamat organisasi. Konflik perlu

    dilihat sebagai hasil sampingan yang mewujudkan

    pelbagai idea. Elakkan melihat konflik secara emosi.

    7. Percaya Antara Satu Sama Lain : Kerjasama tidak

    akan terjalin jika tiada kepercayaan. Maka setiap ahli

    perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab

    melakukan tugas dengan mahir. Jangan hampakan

    harapan rakan-rakan ahli.

    Dorongan Kerja Berpasukan Yang Berkesan

    18Dorongan & Kerja Berpasukan

  • 8. Kerap Menilai Pasukan Kerja : Setiap ahli perlu

    sentiasa menilai pencapaian pasukan sebagai sebuah

    pasukan. Matlamat dan perlembagaan atau peraturan

    pasukan perlu dikaji semula samada bersesuaian

    dengan keadaan semasa. Jika perlu, lakukan

    kemaskini perkembangan atau peraturan berdasarkan

    realiti proses pasukan.

    9. Membentuk Jaringan : Jalinkan hubungan dengan

    organisasi atau agensi luar bagi meluaskan

    pengetahuan serta idea. Penanda aras boleh dilakukan

    bagi menggalakkan pencapaian pasukan agar dapat

    dipertingkatkan dari masa ke semasa.

    Dorongan Kerja Berpasukan Yang Berkesan

    19Dorongan & Kerja Berpasukan

  • 10. Pengiktirafan Antara Satu Sama Lain :

    Motivasi utama pekerja ialah perasaan

    naluri bahawa mereka telah

    menyumbangkan hasil kerja yang baik. Satu

    cara pengiktirafan ialah melalui anugerah

    kualiti dan hasil kejayaan pasukan

    dihebahkan. Ucapkanlah terima kasih kepada semua ahli sebagai tanda

    penghargaan.

    Dorongan Kerja Berpasukan Yang Berkesan

    20Dorongan & Kerja Berpasukan

  • KESIMPULAN

    Pasukan kerja berbeza dengan kumpulan kerja dari segi

    prinsipnya.

    Pasukan kerja ada 4 jenis : Pasukan Penyelesaian

    Masalah, Pasukan Silang Fungsian, Pasukan Maya dan

    Pasukan Pengurusan Kendiri.

    Antara langkah yang mendorong keberkesanan kerja

    berpasukan ialah semangat kerjasama, toleransi dan

    dedikasi, tujuan serta matlamat yang jelas.

    Pengiktirafan amatlah penting dalam menjayakan hasil

    pencapaian pasukan kerja agar kerja berpasukan terus

    berkekalan ke arah pembangunan organisasi. 21Dorongan & Kerja Berpasukan

  • Rujukan

    Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2007 :

    Panduan Pengurusan Pejabat.

    Etika Kerja Kakitangan Pentadbiran dan

    Sokongan Cetakan 2006.

    Pelan Integriti Nasional Cetakan 2004.

    Dorongan & Kerja Berpasukan 22