Download (931Kb)

26
SEMINAR PERSURATAN PAHANG fylenjeja!^ 'Warisan Pahang Pendokumentasian Karya-Karya Pak Sako dan Pemikiran Pembangunan Bangsa Oleh: Sdr Talib Samat & Sdr Azhar Wahid \\ 27 - 28 Oktober 2001 Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan Jlnjuran (Bersama: Jabatan Kebudayaan & Kesenian Pahang (JKKP) Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) <Dengan %crjasama Yayasan Pahang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kerajaan Negeri Pahang i'-

Transcript of Download (931Kb)

Page 1: Download (931Kb)

SEMINARPERSURATAN PAHANGfylenjeja! ̂'Warisan Pahang

Pendokumentasian Karya-Karya Pak Sako dan Pemikiran Pembangunan Bangsa

Oleh:Sdr Talib Samat & Sdr Azhar Wahid

\\

27 - 28 Oktober 2001

Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan

Jlnjuran (Bersama:Jabatan Kebudayaan & Kesenian Pahang (JKKP)

Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)

<Dengan %crjasamaYayasan Pahang

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)Kerajaan Negeri Pahang

□ i ' -

Page 2: Download (931Kb)

Kertas Kerja

PENDOKUMENTASIAN KARYA-KARYA PAK SAKO DAN PEMIKIRAN PEMBANGUNAN BANGSA

oleh:

Azhar bin Hj. Wahid (UPSl) dan

Talib Samat (UPSI)

Suatu hal yang mungkin tidak terfikirkan oleh para pengkaji atau peneiiti sastera ialah

sumbangan A Karim Haji Abdullah (1937-2001) dalam menjayakan pelaksanaan

komponen sastera dalam bahasa Melayu (Komsas) ialah sumbangannya yang tersendiri

dengan menerbitkan semula novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad

yang dialihkan tulisaxmya daripada tulisan jawi kepada tulisan rami pada tahun 1973.

Novel Putera Gunung Tahan yang terpilih sebagai buku teks sastera Komsas bagi -

Tingkatan 5 dan digunakan di semua aliran sekolah mulai tahun 2001. Pada muianya

novel ini diterbitkan oleh Jamaliah Press, Muar pada tahun 1938 dan dicetak kali kedua

oleh Geliga Limited Singapura pada tahun 1957 yang kesemuanya dalam tulisan jiwi.

Pada tahun 1973 atau lebih awal daripada itu, A. Karim Haji Abdullah mengambil

daya usaha merumikan novel Putera Gunung Tahan ini yang diterhitkannya sendir

menerusi penerbitannya Pustaka Budaya Agency dan dicetak semula pada tahun 1985

Novel ini sememangnya telah lama disuarakan oleh pelbagai pihak d negara ini agar

dijadikan buku teks sastera tetapi belum menjadi kenyataan sehinggalah riuh-rendah

Kementerian Pendidikan Malaysia mahu memperkenalkan pengajaran sastera dalam

1

Page 3: Download (931Kb)

Bahasa Melayu khususnya sewaktu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak menjadi

Menteri Pendidikan.

Pandangan jauh Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya pada era Datuk

Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan kini yang mahu melaksanakan Komsas di semua

aiiran sekolah yang mahu melahirkan para pelajar yang bukan sahaja berminat dalam

bidang sains yang sangat diperlukan dalam kehidupan sekarang tetapi juga pelajar atau

manusia yang lebih bersifat manusiawi dan berperi kemanusiaan seterusnya di antara

keperluan rohani dan jasmani agar hidup lebih seimbang, ceria dan tidak rakus mengejar

kebendaan yang nisbi dan fana sifatnya.

Selain daripada pelajaran agama Islam, pelajaran sastera dalam Bahasa Melayulah

yang boleh dimanfaatkan untuk menjadikan para pelajar lebih menghargai nilai-nilai

kesenian, kebudayaan, budi, kemanusiaan dan sifat kasih-mengasihi di antara sesama

manusia yang semakin kurang dan terhakis dalam masyarakat manusia moden.

Dengan terpilihnya novel Putera Gunung Tahan yang asalnya diterbitkan dalam

tulisan jawi yang kemudiannya dirumikan oleh A. Karim Haji Abdullah dan untuk edisi

pelajar dan edisi terkini diterbitkan semula oleh anak syarikat Utusan Melayu iaitu

Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. yang dicetak dengan jumlah yang banyak

sesuai dengan keperluan buku teks sastera dan tergolong juga untuk buku Skim Pinjaman

Buku Teks bagi kegunaan pelajar Tingkatan 5 yang sekoiahnya menggunakan novel

Putera Gunung Tahan khususnya di negeri Melaka, Johor dan Kelantan.

Sekiranya diteliti sejarah susur galur novel ini dan pengarangnya, Ishak Haji

Muhammad (Pak Sako) penerbitan semula novel ini oleh Utusan Publications and

2

Page 4: Download (931Kb)

Distributors Sdn. Bhd. dan Pak Sako sejarah bagaikan berulang kembali. Pak Sako

adalah pengarang pertama Utusan Melayu dan penerbitan semula novel ini oleh Utusan

Publications and Distributors Sdn. Bhd. (anak syankat Utusan Melayu) adalah bagaikan

pengiktirafan terhadap sumbangan bersejarah Pak Sako dalam dunia kesusasteraan dan

kewartawanan negara .ni selepas beliau dipinggirkan daripada menerima Anugerah

Sastera Negara yang memperiihatkan tokoh-tokoh sastera yang lebih terkemudian

daripadanya seperti Keris Mas, A. Samad Said dan sebagainya menerima anugerah

sastera berprestij ,tu. Hal ini menjadi lebih bemilai lagi bila novel Putera Gunung Tahan

dijadikan teks sastera Tingkatan 5 bagi pengajaran Komponen Sastera Dalam Bahasa

Melayu dan lebih 120,000 orang pelajar menggunakan novel ini sebagai teks wajib untuk

lulus dalam kertas Bahasa Melayu di peringkat SPM.

Hal ini ibarat sirih pulang ke gagang. Ertinya sesuatu karya yang bemilai itu

wajar diletakkan di tempatnya yang hak dan abadi seperti yang diusahakan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Novel Putera Gunung Tahan karya Pak Sako yang

dirumikan oleh A. Karim Haj' Abdullah membuktikan kedua-dua orang tokoh ini

diiktiraf jasa dan sumbangannya walaupun kedua-duanya telah memnggal dunia.

Pengarang asal Putera Gunung Tahan Ini iaitu Pak Sako telah meninggal dunia

pada 7 November 1991 dan A. Karim Haji Abdullah orang yang bertanggungjawab

merumikan novel ini sejak tahun 1973 atau lebih awal dari tarikh itu telah meninggal

dunia pada 5 Februari 2001 lalu.

Sumbangan A. Karim Haj Abdullah merumikan novel ini pada tahun 1973 dan

diterbitkan semula menerusi penerbitnya sendiri, Pustaka Budaya Agency merupakan

3

Page 5: Download (931Kb)

suatu usaha yang besar dan tidak temilai untuk memastikan karya besar Pak Sako yang

bercorak satira ini apalagi sarat dengan perjuangan meniupkan sem angat patriotik di

kalangan pembacanya terus beredar di persada sastera bangsanya.

Sebenamya A. Karim Haji Abdullah bukan sahaja berusaha merumikan novel

Putera Gunung Tahan yang asalnya ditulis dalam tulisan jawi tetapi juga novel-novel Pak

Sako yang lain termasuklah Pengantin Baru (1975), Budak Beca (diterbitkan semula oleh

Marwilis Publisher and Distributors Sdn. Bhd., 1992) malahan cerpen-cerpen Pak Sako

sehingga berhasil menyelenggara penerbitan Cerpen-cerpen Pak Sako (1987) bersama

Hashim Awang. Malahan beiiau juga merumikan siti tulisan Pak Sako dalam Utusan

Zaman 5, 12, 19 dan 26 0ktoberl940 sehingga dibukukannya sendiri dalam buku kecil

berudul Pengalaman Pak Sako Tiga Tahun di Singapura (1975).

Sebelum kematiannya pada 5 Februan 2001, A. Karim Haji Abdullah juga

merumikan dan menyusun cerpen-cerpen lain Pak Sako yang belum dibukukan dengan

ludui Moostapir Monolog tetapi tidak sempat diterbitkannya berikutan kepulangannya ke

rahmatullah. Suatu hal menarik yang menjadi tanda apakah nasib dan masa depan

Moostapir Monolog atau manuskrip lain selenggaraan A. Karim Haji Abdullah (Bung

Karim) yang tidak sempat diterbitkannya itu yang beijumlah lebih 20 buah itu.

Sekiranya diteliti judul-judul manuskrip yang diselenggarakan oleh A. Karim Haji

Abdullah itu sebenamya tergolong karya-karya penting, besar dan berguna dalam sejarah

pemikiran bahasa dan bangsa Melayu. Mungkin penerbit-penerbit besar seperti DBP, UP

& D, Fajar Bakti, Karisma Publications, Thinkers Library, dan sebagainya boleh

mengambil inisiatif tertentu untuk menerbitkan buku-buku selenggaraan dan susunan A.

4

Page 6: Download (931Kb)

Karim Haji Abdullah itu yang kini sudah berada di Perpustakaan Negara Malaysia dalam

Koleksi Bung Karim. Atau idea lain pihak Perpustakaan Negara Malaysia boleh

menerbitkannya atau memberi laluan kepada penerbit yang bermmat menerbitkannya

agar 20 buku itu lebih tersebar di jiwa pembaca, dan masyarakat umum dan tidak terbiar

kaku begitu sahaja agar penyebarannya lebih meluas dan merakyat sifatnya.

Sumbangan A. Karim Haji Abdullah dalam menyelenggara pelbagai jenis buku

sastera, tokoh, ucapan tokoh, esei budaya dan pemikiran bangsa Melayu yang beijumlah

lebih 30 buah sewajamya dihargai juga oleh masyarakat Malaysia yang prihatin menerusi

penerbitan sebuah buku khas misalnya membincangkan biografi, pemikiran dan

pandangan pelbagai tokoh sastera dan masyarakat terhadap sumbangan Allahyarham A.

Karim Haji Abdullah dalam bidang pendokumentasian, penyelenggaraan dan penerbitan

buku di negara ini.

Sebenamya memang ada usaha pihak-pihak tertentu khususnya kalangan kawan

rapat Allahyarham A. Karim Haji Abdullah yang mengusahakan pengumpulan esei

pandangan pelbagai tokoh, tulisan-tulisan tersebar Bung Karim dan pengkritik tentangnya

dalam sebuah buku khas beijudul Biografi A. Karim Haji Abdullah (Bung Karim)

Budayawan dan Pengkhazanah Persuratan Melayu: Satu Dalam Seribu yang penulis

usahakan dan telah diterbitkan oleh penerbit Altakom Enterprise, Jitra, Kedah.

Bagaimanapun sekiranya jika diukur di segi nilai komersial yang dicari oleh penerbit

masa kini memangnya buku ini sukar untuk dijuai kecuali ada yayasan atau korporat

mahupun individu yang ingin menaja kos penerbitan, percetakan dan diedarkan secara

wajar atau percuma ke perpustakaan sekolah dan awam di negei Pahang mahupun

Malaysia bagi memastikan biografi dan ketokohan Allahyarham A. Karim Haji Abdullah

Page 7: Download (931Kb)

tetap abadi dalam lipatan sejarah bangsanya sesuai dengan sumbangannya yang besar

selama ini.

A. Karim Abdullah dilahirkan pada 6 September 1937 di Kampung Bangau

Tanjung, Temerloh, Pahang Darul Makmur dan meninggal dunia pada 5 Februari 2001 di

Hospital Universiti, Petaling Jaya.

Sekiranya diteliti Allahyarham A. Karim Haji Abdullah dan Pak Sako adalah dua

orang putera Pahang yang berjasa. Negeri Pahang harus membuat sesuatu sebagai

menghargai jasa dan sumbangan Allahyarham A. Karim Haji Abdullah agar nama dan

jasanya tetap abadi dalam sejarah ntelektual negeri Pahang dan Malaysia. Misalnya

dengan cara yang paling mudah ‘.alah menyebarkan dengan meluas buku Biografi A.

Karim Haji Abdullah (Bung Karim) Budayawan dan Pengkhazanah Persuratan Melayu:

Satu Dalam Seribu serta mengedarkannya secara pereuma kepada sekolah dan

perpustakaan di Pahang, neger kelahiran beliau sendiri yang amat dicintainya.

Mungkin ada pihak tertentu yang berasa terpanggil dengan saranan ini sama ada

di Vayasan Pahang, Menteri Besar Pahang, atau institusi lainnya memang dialu-alukan

untuk memasv'kan buku biografi tokoh budaya, sastera, ntelektual Pahang yang

diterbitkan oleh Altakom Enterprise tersebar ke tengah masyarakat agar rakyat dan

peribumi Pahang mengenang budi dan jasa beliau secara intelektual dan sistematik

sebagai dorongan dan motivasi kepada generasi muda agar terdorong dan terangsang

untuk melahirkan lebih ramai tokoh pendokumentasi seperti Bung Karim.

Dewasa ini ribuan pelajar Tingkatan 5 yang menggunakan novel Putera Gunung

Tahan karya Pak Sako mungkin tidak mengetahui siapakah tokoh di belakang tabir yang

6

Page 8: Download (931Kb)

merumikan dan menimbulkan balik novel itu dan novel-novel lain Pak Sako ke

permukaan sesudah terpendam sekian lama. Sekiranya buku Biografi A. Karim Haji

Abdullah (Bung Karim) Budayawan dan Pengkhazanah Persuratan Melayu: Satu Dalam

Seribu disebarluaskan oleh mana-mana pihak yang berwawasan jauh sekurang-kurangnya

dapat membantu kefahaman pelajar atau guru-guru yang mengajar untuk mengetahui

biografi dan sumbangan A. Karim Haji Abdullah dan Pak Sako secara terperinci yang

termuat dalam buku itu. -

Pelbagai buku ulasan, panduan dan bimbingan yang ditulis oleh para pengulas dan

pengkritik sastera dan diterbitkan oleh penerbit-penerbit seperti Fajar Bakti, Longman,

Sasbadi Sdn, Bhd., Eastview Publications Sdn. Bhd. dan sebagainya yang tumbuh seperti

cendawan kini mengulas novel Putera Gunung Tahan tidak sebaris pun menyebut fakta

penting ini seolah-oiah fongsi dan peranan Bung Karim tidak wujud langsung.

Sesungguhnya bangsa yang berjiwa kerdil sahaja tergamak membiarkan fenomena tidak

menghargai pemiktr dan pendokumentasinya berterusan walhal dalam masyarakat

Malaysia yang menghargai nilai-nilai mumi, moden dan canggih hal ini tidak sepatutnya

berlaku.

Allahyarham A. Karim Haji Abdullah (Bung Karim) bukan sahaja tokoh budaya

dan pendokumentasi Pahang khasnya tetapi juga Malaysia amnya yang belum dihargai

sewajamya semasa beliau masih hidup dan kewujudannya hanya satu dalam seribu wajar

membuka mata banyak pihak agar dihargai pula sesudah ketiadaannya misalnya dengan

menerbitkan buku-buku yang ditinggalkannya atau menerbitkan buku-buku yang

menceritakan kisah hidup atau perjuangannya menyelenggara dan menyusun puluhan

7

Page 9: Download (931Kb)

buku bahasa, sastera, politik, budaya, tokoh dan agama daripada pelbagai perspektif van

sebenamya ‘hilang tiada bergantiV

PERINTIS PERJUANGAN NASIONALISME

Dalam kilat ada kilau Dalam tengkujuh ada kemarau Dalam merah ada hijau

Dalam nyaring ada garau

Dalam serak ada parau

Ada puyuh ada pikau

Burung murai pandai berkicau

Dalam tebu ada teberau

Dalam masjid ada surau

- (Wahba, 1991)

Pak Sako merupakan salah seorang tokoh besar tanah air kita. Beliau bukan sahaja

terkenal dalam bidang perjuangan politik tetapi juga dalam lapangan kesusasteraan.

Amat jarang kita jumpa dalam sejarah dunia, seorang tokoh yang dapat mengukir

kecemerlangan namanya dalam bidang-bidang yang berlainan iaitu politik, sastera dan

kewartawanan.

Ishak Hj Muhammad (Pak Sako) bukan seorang sasterawan yang m en g u ta m a k a n

kesenian semata-mata dan walaupun beliau suka berkelakar, pokok persoalan tulisarmya

8

Page 10: Download (931Kb)

amat serius. Karya-karyanya merupakan salah satu daripada beberapa jems yang terdapat

dalam sejarah kesusasteraan kebangsaan kita. Karyanya menurut Khoo Kay Kim,

berkembang dengan suburaya sebelum Perang Duma Kedua dan selama beberapa tahun

sesudahnya.

Oleh sebab orang Melayu menghadapi masalah sosio-ekonomi yang berat, maka

dalam suratkhabar, majalah soal itu sentiasa dibangkitkan. Pak Sako adalah di antara

suatu generasi penults yang cuba menyuarakan azab sengsara dan protes zaman itu

melalui sastera. Karya besamya “Anak Mat Lela Gila” dan “Putera Gunung Tahan" jelas

menyalurkan cita-cita peijuangan kebangsaannya dan menyedarkan rakyat. Sebagai hasil

sastera, kedua-dua novelnya ini merupakan ‘satire’ politik yang tajam dan mencerminkan

pertentangan bangsa Melayu terhadap peijajahan golongan feudal yang pro-penjajah.

Novel ini merupakan sumbangan permulaan yang sangat penting dalam sejarah

perkembangan novel serta sastera Melayu moden. Karya-karya Pak Sako sebenamya

ialah pengucapan cita-citanya dalam masyarakat pada masa itu. Pokok persoalannya

adalah mengenai rakyat jelata dan beliau berpendapat bahawa tiap-tiap cerita mesti ada

maksud dan tujuan untuk membimbing rakyat kepada kehidupan yang aman damai,

bekeijasama, makmur. berbudi bahasa, berkhidmat dan berbakti. Oleh kerana cintanya

kepada bangsa dan negara terlalu besar, maka tidak hairanlah kalau dikatakan bahawa

hampir keseluruhan karya-karya Pak Sako bercorak didaktif dan idealistik, bagi generasi

sekarang mungkin kurang realitis.

9

Page 11: Download (931Kb)

Sejak mula mencebun bidang kewartawanan pada tahun 1936 sebagai penolong

pengarang warta Malaya dan seterusnya berpindah ke Utusan Melayu pada tahun 1939,

beliau menggunakan tulisan-tulisannye untuk meniupkan semangat kebangsaan di

kalangan orang Melayu. Pak Sako merupakan pengarang Utusan Melayu yang pertama

sebelum Allahyarham Abdul Rahim Kajai.

Beliau juga menjadi anggota reformis Melayu yang sentiasa inginkan keadilan

sosial dan menjadi teladan kepada suara generasinya. Beliau beriwa rakyat dann

bersimpati dengan golongan bawahan, ideologinya ke arah membentuk masyarakat adil:

sama rata dan sama rasa. Malah beliau juga mengkritik orang-orang Cina, India, Arab,

raja-raja Melayu dan orang Melayu yang lalai, dan dikatakannya menjadi punca

wujudnya ketidakadilan sosial.

Idea-ideanya yang mendahulu zaman tu sukar ditemui pada penulis-penulis lain.

Sindiran tajam, radikal dan mendahului zaman itu memberi kesan yang amat mendalam

kepada masyarakat Melayu sejak zaman sebelum perang hinggalah kepada bangkitnya

semangat kemerdekaan yang jelas selepas perang. "Kalau Jebat terkenal sebagai

pengorak langkah dan mendahului kepintarannya bersenjata, Pak Sako pula terkenal

sebagai seorang pengorak langkah dan mendahului zamannya menentang ketidakadilan

pemerintah dan masyarakat melalui penanya, " kata Prof. Madya. Dr. Abdul Latif Abu

Bakar (Zulkamain Zakaria, 1999).

10

Page 12: Download (931Kb)

Cintanya terhadap bidang penulisan terlalu besar. Setiap detik dan ketika sungai

ideanya mengalir tanpa henti. Beliau menulis untuk rakyat dan popular di kalangan

rakyat sehinggakan kana-kanak d kampung pun suka berkumpul di sekelilingnya untuk

mendengar cerita dan celotehnya yang mencuit hati. Semasa bekeija di Utasan Melayu

(Malayisa ) Berhad, Pak Sako menulis di ruangan-ruangan tetapi yang dikhususkan

untuknya seperti "Di Simpang-Simpang Jalan" dalam Utusan Malaysia dan "Itu Ini

dan Lain-lain" dalam Utusan Melayu, disamping dalam majalah Mastika, Kiblat, Al-

Islani, Wanita dan sebagainya (Wahba,1991).

Keruncingan pena Pak Sako yang menyentuh isu kebebasan bangsanya serta isu

sosial memang mengeruhkan penjajah British sebelum perang Dunia Kedua dan tidak

hairanlah setiap penulisan dan gerak laku beliau mendapat perhatian khusus daripada

perisik British. Oleh kerana penjajah mencurigai seruan dan sindiran yang tajam, maka

Pak Sako dan beberapa nasionalis Melayu lain telah disumbatkan ke dalam penjara

sebelum bala tentera Jepun melanggar Semenanjung Tanah Melayu pada Disember 1941.

Setelah tamatnya perang pasifik dan penjajah British kembali semula berkuasa pada sept.

1945, Pak sako terus menjadi buruan dan segala gerak-gerinya diperhatikan oleh risikan

tentera British.

Pak Sako sentiasa menentang dan menghentam orang-orang atasan yang zalim,

rasuah, sombong dan angkuh terhadap orang bawahan. Dengan kata lain, Pak sako

sepanjang hidupnya benuang untuk menegakkan keadilan sosial sama ada menerusi

gerakan politik atau menerusi persuratan. Beliau dipuja oleh generasi muda zaman tu

11

Page 13: Download (931Kb)

sebagai seorang wartawan yang berani dan tajam penanya. Kegagahan Pak Sako

mencapai kemuncaknya pada tahun-tahun 1939 - 1941 ketika dunia sedang dicengkam

krisis peperangan. Pada masa itu pun Pak Sako sudah mempunyai "mitos" ^ /a yang kekal

hingga ke hari ini. Perwatakannya agak unik, yang pada ramai orang dianggap ganjil dan

luar biasa. Masyarakat sebelum perang berupa masyarakat yang tebal dipengaruhi oleh

nilai-nilai penjajah. Orang seperti Pak Sako yang berani menyindir penjajah, yang latar

belakang hidupnya berlainan dari cara hidup lain di zamannya, beliau dianggap manusia

ganjil. Begitulah Pak sako, seorang wartawan berpendidikan Inggeris yang sanggup

berhenti sebagai majistret di Kuala Lumpur untuk menjadi pengarang dan penulis telah

memperlihatkan kelainan dari generasinya (A.Samad Ismail, 1987).

Pada kebanyakan anak muda, Pak Sako ialah seorang pengarang yang menjadi

model atau teladan kepada mereka yang mencapai puncak kejayaan dalam usia yang

begitu muda. Beliau mencapai kedudukan yang teragung di Singapura ketika bekeija di

Warta Malaya dan kemudian di Utusan Melayu. Beliau aktif dalam Kesatuan Melayu

Singapura iaitu satu-satunya persatuan yang paling giat memperjuangkan hak dan

kepentingan bangsa Melayu. Kesatuan Melayu Singapura mencerminkan aspirasi

masyarakat Melayu Singapura untuk tegak berdiri sendiri memperjuangkan nasib bangsa

Melayu terlepas bebas daripada kongkongan kepimpman elitis Arab-India Muslim. Saian

satu menifestasinya ialah peijuangan takrif Melayu di mana Ishak (Pak Sako) dan Kajai

berdiri menjadi iuaranya. Tetapi Ishak (Pak sako) merupakan juara generasi muda yang

menyuarakan cita-cita dan kegelisahannya yang lebih luas serta menanamkan bibit-bibit

nasionalisme anti British (A.Karim Abdullah, 1996).

12

Page 14: Download (931Kb)

Cita-cita politik Pak Sako yang jelas ialah untuk membangunkan bangsa Melayu

yang besar menerusi percantuman di antara pulau-pulau dalam gugusan pulau-pulau

Melayu khususnya di antara Indonesia dengan Semenanjung Tanah Melayu. Beliau

membentuk Kesatuan Melayu Muda pada tahun 1935 bersama Ibrahim Yaakob, Ahmad

Boestamam, Onan Hj. Siraj dan lain-lain ahli kesatuan, tetapi telah ditangkap oleh

kerajaan Inggeris, dua hari sebelum tentera Jepun melanggar Tanah Melayu.. Malangnya

kerajaan Dai Nippon yang melaungkan semboyan Asia untuk Orang Asia tidak ikhlas.

Jepun sebenamya mahu Asia Untuk Orang Jepun, satu bentuk penjajahan yang lebih

buruk dari penjajahan barat.

Sebelum Jepun menyerah diri dan British kembali berkuasa, Pak sako dan rakan-

rakan sepeijuangannya dalam KMM terus bergerak melaung-laungkan slogan "merdeka"

yang dipengaruhi oleh perjuangan kemerdekaan Indonesia yang dipelopori oleh Presiden

Sukarno. Ketika ini ia mengambil konsep atau langkah tidak berkerjasama dengan

Inggeris tetapi tidak pula dengan cara kekerasan. Konsep peijuangannya non

compromise but non violence . Taktik ini mirip perjuangan politik Mahatma Ghandi dan

Jawarhah Nehru (Osman Abadi, 1992).

Perjuangan Pak sako dapat dilihat kepada tiga peringkat dalam tiga zaman iaitu; •

peringkat sebelum perang dunia kedua, menerusi Kesatuan Melayu Muda dengan cita-

cita politik Melayu Raya. Bekerjasama dengan Jepun untuk membebaskan Asia dari

belenggu penjajahan barat. Peringkat kedua, perjuangan selepas Inggeris kembali

13

Page 15: Download (931Kb)

berkuasa. Menerusi Part Kebangsaan Melayu Malaya berjuang untuk menghalau

kolonial Inggeris dengan cita-cita Melayu Raya. Peijuangannya bersedia menerima

sokongan mana-mana parti poluik berhaluan kiri sekaiipun Parti Komunis. Pada

peringkat ketiga, perjuangan selepas kemerdekaan dengan menyertai Parti Buruh yang

bergabung dengan Barisan Sosialis.

Dalam kesemua peringkat peijuangannya, sebahagian umumya masuk dan keluar

penjara kerana politik, malah setelah negara merdekapun Pak Sako masuk penjara lagi.

Pak Sako sebenamya seorang tokoh politik yang gigih, bukan hanya seorang ahli

persuratan atau seniman, malah politik itulah merupakan keseiuruhan hidupnya

sedangkan persuratan hanyalah alat yang digunakan untuk menyampaikan kesedaran

politik dan pembangunan jiwa bangsa Melayu.

y Sejarah penting dalam perjuangan untuk menyingkirkan penjajahan Ingge is laiah

kejayaan parti-parti berhaluan kiri membentuk Liga Majlis Tindakan Bersama yang

kemudiannya dikenali dengan nama Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang merupakan

gabungan parti-parti berhaluan kiri Melayu dan bukan Melayu. Gabungan ini beqaya

melancarkan hartal (mogok paling besar dalam sejarah Malaya) kerana menentang

permainan politik kolonial. Walaupun Parii Keabangsaan Melayu tidak menoiak

keqasama part’ kin dari parti-parti bukan Melayu termasuk komunis, tetapi Parti

Kebangsaan Melayu yang dipimpin oleh Pak Sako dan Ahmad Boestamam yang

memimpin Angkatan Pemuda Insaf sayap kiri parti Kebangsaan Melayu tidak berganjak

dari pendirian nasionalisme Melayu.

14

Page 16: Download (931Kb)

PEMBANGUNAN BANGSA

Pak Sako adalah seorang penulis yang beqiwa masyarakat dan begitu simpati

terhadap penderitaan. Inilah ciri pemikiran yang sering dijadikan bahan utama

dilontarkan kepada masyarakat supaya dapat dirasai bersama jerit payahnya hidup dalam

kemiskinan. Pembeiaan terhadap mereka sering dilakukannya bila saja ada kesempatan,

melalui tulisan, ceramah, perjuangan politik serta sebagai seorang pentadbir yang pemah

disandangnya. .

Bagi beliau, untuk mendapat satu simpati yang benar-benar bererti bukanlah satu

proses mudah melalui tulisan meja sahaja. Beliau mereiakan diri meletakkan jawataimya

sebagai pegawai pentadbir Melayu kerana tidak rela diperalatkan serta terlalu ingii

mendekati dan merasai sendiri kehidupan rakyat jelata Belaiu mengembara, bekeija dar

satu suratkhabar ke suratkhabar yang lain, beroleh pendapatan sekadar cukup mengisi

perut untuk menyumbangkan nafas hari-hari berikutnya. Beliau juga pemah menjadi

guru, meresapkan pemikiran massany? ini kepada bangsanya.

Bagi Pak sako, bangsa Melayu mesti dibangunkan, Proses pembangunan itu

mestilah saksama serta menguntungkan. Kaum penjajah mestilah dihalau keluar untuk

mendapat kebebesan yang bererti dan teijamin. Itulah antara yang bersarang dalam diri

Pak Sako sehingga ia dilontar ke dalam penjara buat beberapa ketika. Pemikirannya,

selalu jauh ke depan meninggalkan hirokras Inggeris yang mengendalikan teraju

pemerintahan masa itu.

15

Page 17: Download (931Kb)

Kejayaarmya menulis di tahun 1929 merangsangkannya untuk lebih bergiat terus

maju di medan sastera. Fikiran bemasnya mengenai masyarakat M elayu dan

hubungannya dengan penjajah Inggeris terus dicatatkannya dalam karya kreatif iaitu

cerpen dan novel. Pada tahun 1938, novel sulungnya "Putera Gunung Tahan" , Pak sako

telah meluahkan perasaan jijiknya terhadap tindak-tanduk jahat penjajah Inggeris. Orang

Melayu yang berjiwa nasionlis, sayangkan negara yang tergadai telah mengagung-

agungkan novel beliau sebagai satu-satunya langkah ulung m enentang kolonialisme

secara atau melalui karya kreatif.

Novel-novel Pak Sako dikategorikan sebagai karya-karya yang bersifat

simbolisme kerana dalam karyanya itu ada mengandungi maksud-maksud yang tersirat.

Untuk memahaminya seseorang itu perlu mengkaji dan meyelidiki hal-hal semasa yang

berlaku di tanah air baik dari segi politik atau sosiobudayanya. Dalam novel-novel

sebelum perangnya Pak Sako menggunakan sastera untuk menkgritik dan menyindir

penjajag. Manakala no'vel-novelnya selepas perang, Pak Sako mengkritik dan menyindir

masyarakat Melayu yang setengah-setengahnya masih belum sedar untuk memajukan din

sendiri. Bahan-bahan yang di gunakan oleh Pak Sako untuk menghasilkan novel-

novelnya memang bersifat realistik kerana ia ditimba daripada kejadian-kejadian yang

dilihat, didengar dan disiasatnya sendiri dalam perjalanannya ke merata tempat.

Pak Sako dianggap sebaga: seorang socialist-realist yang tidak berjaya untuk

melaksanakan cita-citanya melalui pentadbiran dan kerana itu beliau menggunakan

16

Page 18: Download (931Kb)

penanya untuk menyebarkan buah fikiran, sikap, nasihat dan cadangan-cadangan

mengenai keadilan, kemakmuran,. keamanan, keluhuran akhlak manusia dalam pengisian

kemerdekaan dan lain-lain. Lenih tegas lagi Pak sako menulis dengan mempunyai

mesej-mesej tertentu dan selain itu, beliau mempunyai kesedaran bahawa "mata pena itu

lebih tajam daripada mata pedang.'

Melalui novel "Putera Gunung Tahan", Pak sako membawa watak-watak Tuan

William dan Tuan Robert sebagai lambang penjajah Inggeris yang tamakkan harta dan

kekayaan. Kedatangan mereka ke Gunung Tahan adalah semata-mata untuk menyahut

seruan karajaan Inggeris bagi mencari tempat-tempat peranginan. Bangsa Inggeris

memang suka mencari tempat-tempat kediaman yang berhawa dinginterutama di atas

bukit atau di lereng-lereng bukit

Dalam peijalanan ke Gunung tahan itu mereka berharap akan menemui harta-

harta yang- boleh menambah kekayaan mereka seperti emas dan batu-batu permata.

Robert dengan segala keegoannya banyak memperbodohkan orang Melayu. Dia yakin

dapat m,eniup dan memperdayakan orang-orang Melayu untuk memilik apa yang

diperlukannya. Perempuan tua yang ditemuinya dan disangkakannya mudah diperdaya

untuk menyerahkan barang-barang berharga kepadanya, akhimya bertindak

mempertemukan Tuan robert dengan seorang gadis sakai. yang anehnya, dia jatuh cinta

hati terhadap gadis itu dan mengambil keputusan untuk berkahwin. Semasa

melangsungkan perkahwinan Tuan Robert diminta mengejar gadis itu. Kerana asyik

maksyuknya kepada gadis sakai itu, perkara yang tidak pemah dibuatnya sebelum itu

17

Page 19: Download (931Kb)

telah dibuatnya dengan penuh kereiaan sehingga dia sanggup memanjat pokok dan

teijatuh laiu mati.

Sekali imbas, mungkin setengah-tengah orang menganggapnya sebagai suatu ksah

lucu semata-mata tetapi Pak sako sebenamya menggunakan kemahirannya untuk

menyindir dan menghina Inggeris yang sanggup melakukan apa sahaja walaupun ia

adalah pertentangan dengan sosobudaya bangsanya kerana perempuan.

William pula, dalam perjaiannya, bertemu dengan orang bunian yang

kemudiannya membawanya ke Gunung tahan menghadap ratu Bongsu. Dia

mencadangkan supaya Gunung Tahan itu dijadikan tempat perlancungan tetapi ditolak

oleh Ratu Bongsu. Dalam kisah ini juga, william digambarkan telah menggunakan

bamboo kuning untuk meneropong isterinya yang sedang berkasih-kasihan dengan Ielaki

lain Akhir ceritanya, Pak Sako mematikan watak William akibat terkena bom. Tetapi

sebelum itu dia telah menulis sepucuk surat kepada isterinya yang dikirimkannya melalui

seekor burung. Dalam surat itu dia meminta ..sterinya menghantar dua buah kapal

terbang yang berisi bom ke tempat tersebut. William terlah terkorban dengan cita-

citanya yang belum tercapai dan isterinya pula jatuh cinta kepada Ratu Bongsu. Jadi,

kedua-dua watak Inggeris Robert dan William telah menerima nasib yang tragis akibat

kebodohan dan keangkuhan mereka sendiri.

Melalui novel “Putera Gunung Tahan” mi kita dapat melihat aspek permainan

politik yang hendak disampaikan atau dipeijuangkan oleh Pak Sako. Beliau melontarkan

18

Page 20: Download (931Kb)

sindiran yang tajam terhadap Inggeris yang sentiasa menganggap mereka sebagai bangsa

yang supremacy. Antara banyak dialog yang digunakan oleh Pak Sako mengandungi

makna perjuangan ataupun unsur-unsur nasionalisme;

" Saya tidak sekali-kali akan membenarkan dan menjualkan tanah air saya yang secebis ini walaupun dibayar dengan harga setinggi gunung ini walaupun diberi gelaran yang panjang-panjang dan dianugerahkan oleh kerajan tuan bintang kebesaran berpuluh-puluh butir."

(Putera Gunung Tahan, hlm.59)

Penanaman semangat kebangsaan bolehlah dianggap sebagai tugas terbesar Pak

Sako dalam peijuangannya. Beliau menggunakan genre sastera khususnya novel dan

cerpen bagi menyampaikan tujuan dan hasrat politiknya. Walaupun begitu beliau

tidaklah sampai merosakkan nilai sasteranya.

Melalui novel “Anak Mat Lela Gila” pula memperlihatkan ketajaman protes

sosial Pak sake yang lebih ketara. Sasarannya kali ini ialah masyarakat Melayu sendiri.

Di antara sikap orang Melayu yang menjadi sasaran krinknya alah sikap yang suka

menyerah diri kepada takdir semata-mata dan tidak berani menghadapi cabaran. Pak

sako menyelar sikap orang-orang Melayu yang tidak mempunyai cita-cita besar. Hidup

berpuas hati dengan apa yang ada sahaja (Wahba, 1991).

Dalam novel ini Pak Sako banyak memusatkan penceritaannya kepada watak

Bulat dan Mandur Alang. Pada tahap penyelesaiannya Pak Sako memasukkan unsur-

unsur dramtik yang dibangunkan melalui pemergian johari ke Makkah. Pak Sako sedar

19

Page 21: Download (931Kb)

bahawa hujung jalan bagi manusia ialah agama. B iar betapa jah a t atau sesatnya

seseorang manusia itu, dia akhimya akan kembali juga ke pangkuan Tuhan. Di sini

terdapat unsur-unsur agama yang dijadikan asas penyelesaian yang menunjkkan bahawa

Pak Sako telah mula sedar bahawa Islam dapat memcahkan kebuntuan yang dialami oleh

protagonis dan antagonis dalam novel tersebut. Oleh itu, sama ada disedari atau tidak

Pak Sako telah menyarankan satu unsur yang harus dipaktikkan dalam sastera bercorak

Islam, dalam erti kata lain, Pak Sako telah menggunakan aspek-aspek keislaman dalam

karya-karyanya ketika itu.

Selain aspek-aspek pembinaan nasionalisme yang menjadi rencah garam

penulisan Pak sako, persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kepincangan masyarakat,

kehidupan di kota dan di desa, penindasan, jenayah, percintaan anak-anak muda dan

sebagainya adalah di antara tema-tema dan persoalan yang digenari oleh Pak Sako.

Perubahan sosial masyarakat Melayu, baik di kota- atau di desa, hasil

kemerdekaan dan pengarah-pengaruh lain menarik perhatian Pak Sako. Kehidupan kota

yang penuh dengan liku-lku cabaran dan kepalsuan, serta anak-anak gadis yang mudah

diperdaya dan anak-anak muda yang hampir karam di kota dapat dilihat dalam novei-

novelnya seperti “Jalan ke Kota Bharu”, “Budak Beca 1” dan “Budak Beca 11",

Manakala novel-novel Pak Sako yang menarik dan menggambarkan bakat dan

kepekaannya terhadap isu-isu semasa, antaranya "Judi Karan”, "Mata-mata Sukarela

dan “Yang Mis kin dan Yang Mewah”,

20

Page 22: Download (931Kb)

Seiain novel, Pak Sako juga terkenal sebagai seorang penulis cerpen yang

prolifik. Keberaniannya menghadapi hidup dan menyelanu kehidupan, menonjoikan din

sebagai seorang pengarang dan juga seorang tokoh politik yang terang-terangan

berorintesaikan ke arah kerakyatan (marhean) ternyata tercermin daripada penampilan

dan dialog antara tokoh serta insiden-insiden dalam cerpen-cerpennya yang ditulis sekitar

tahun 1936 - 1940. Beliau dianggap sebagai pelopor cerpen Melayu sebelum Perang

Dunia Kedua di samping A.Rahim Kajai.

Kebanyakan cerpen Pak sako lebih berbentuk sindiran dan teguran terhadap

masyarakat di seelilingnya. Waktu negara dijajah, Pak sako menyampaikan mesejnya

yang menyeru orang ramai supaya bersikap patriotik. Cerpen-cerpennya terkumpul

dalam antologi-antologi cerpen seperti antologi "Karangan Bunga dari Selatan” dan

antologi "Segar".

Isu-isu semasa terutama yang mengenai masyarakat dan bangsanya sering

menjadi persoalan dan tema cerpen-cerpen pak sako. Beliau menulis untuk mencurahkan

suara hatinya dengan tujuan menjadi tatapan masyarakatnya bagi menimbulkan benih-

benih kesedaran. Di samping itu Pak Sako, secara sinis turut mengkritik golongan-

golongan seperti DKA (Darah Keturunan Arab) dan DKK(Darah Keturunan Keling) yang

bersifat tamak tetapi kedekut. Golongan ini lebih menonjol dalam masyarakat Melayu

dan kadang-kala kehadiran mereka lebih menonjol daripada orang-orang Melayu sendiri.

Antara cerpennya; "Satu cerita dari kampung", "Hilang di Mata", "Jalan Hiburan",

"Musim Gelora", "Istana Berembun", "Siti Muhibbah" dan "AnakDibuat Denak".

21

Page 23: Download (931Kb)

Sebagai seorang penulis yang beijiwa nasionalis, Pak sako mempunyai cita-cita

yang ideal untuk dicapainya; iaitu beliau ingin melihat bangsanya maju dan setanding

dengan bangsa-bangsa lain. Sikap sinis dan humor Pak sako sebenamya melarat hingga

peringkat usia tuannya; di mana cerpen-cerpen yang diciptanya pada tahun-tahun 80-an,

mengandungi unsur-unsur tersebut. hal ini dapat kita lihat dalam cerpen-cerpennya yang

termuat dalam antologi "Senda Gila-Gila". Sindiran-smdiran yang dikemukakan oieh

pak sako bukan bertujuan untuk menjatuhkan air muka orang atau untuk tujuan menghina

golongan-golongan tertentu tetapi lebih bersifat untuk memberi kesedaran kepada

masyarakat dalam aspek-aspek nilai kehidupan sejagat.

Dalam karyanya, terutama cerpen dan juga novel mengg amb ark an jiwa

masyarakat pada zamaimya, zaman sebelum Perang Dunia Kedua dan selepas

kemerdekaan, yang kebanyakannya dipenuhi iengan suara rintihan dan keluhan dalam

usaha intuk mempertingkatkan perjuangan kehidupan dan pembangunan harga diri

bangsa Melayu.

KESIMPULAN

Apa /mg hendak saya tegaskan dalam kontek ini, sekaiipun Pak Sako dan rakan-

rakannya menerima keriasama parti politik kir bukan Melayu termasuk Parti Komunis,

tetapi mereka sama sekali tidak terpesong daripada menggadaikan bahasa Melayu dan

22

Page 24: Download (931Kb)

nama Melayu. Malahan saya rasa, Melayu dan kemelayuan mereka lebih keras, lebih

unggul dari nama kerakyatan kita sekarang yang dikenali sebagai kerakyatan Malaysia.

Semua catatan sejarah menyebut Ishak seorang pejuang kemerdekaaan yang tidak

mahu bekeq'asama dengan Inggeris, menentang dan berhaluan kiri. Namun, begitu lama

negara mengecap kebebasan merdeka, penilaian sebahagian besar rakyat terhadap

peijuangan kemerdekaan masih dilihat berdasarkan kelompok tertentu. Nama Pak Sako

tidak akan dikenang lagi sekarang kalau bukan kerana rula: sejarahnya an bukan

kepalang. Beliau adalah warga yang mengorbankan dirinya untuk membina syurga

kepada anak-anak merdeka pada har ni.

Sekiranya penilaian terhadap seseorang tokoh pejuang Negara itu diperhatikan

dan sudut kelompok tertentu dan majority, tentulah tersingkir nama Isahk Hj.

Muhammad (Pak Sako), Ibrahim yaacob, ahmad Bostamam dan Burhanuddin Al-Helmi

daripada persada politik kemerdekaan tanah air. Mereka emua umpama Mat kilau, tok

Bahaman, Tok Gajah, Tok janggut, maharaja Lela dan Dil Said. Nama-nama tersebut

masihsubur kerana jasanya kepada Negara. Jika, wadah politik yang mereka gunakan

waktu itu meluas dan bersifat majoriti, kedudukan mereka tentulah seperti pejuang-

pejuang yang akhimya berjaya menjadi menteri pada zaman pasca merdeka.

Presiden Soekamo pernah menyatakan bahawa bangsa yang besar akan berasa

bangga dengan sejarahnya. Sebaliknya daripada maksud kata-kata hikmat itu tentulah

bangsa yang kecil berasa malu dengan sejarahnya. Bagi bangsa Melayu mempunyai

23

Page 25: Download (931Kb)

sejarah kegemilangannya yang tersendiri dan menjadi patukan kepada generasi m asa kirn.

Jika sesuatu bangsa sudah tergusur harga dirinya, mereka akan m enulis sem ula sejarah

bangsanya dengan catatan dan fakta trekaan bau ntuk bersaing ng bih

aioba. Mereka sebenamya tidak mempunyai cita-cita dan extra. Bak lalai /ang tinggi,

ke mana angin menderu ke sanalah lenggoknya. Kepada semua n ;rasi muda dan

mereka yang sudah memikirkan aspek sejarah tanah air dan oko -toko ter 1 hams

mempunyai maruah dan citra untuk kemajuan •

Page 26: Download (931Kb)

Bibliografi

A.Karim Abdullah. 1996. Pak Sako dari Sudut Pandangan Pak Samad. Petaling Jaya,

Pustaka Budaya Agency Sdn. Bhd.

A.Karim Abdullah. 1993. Pemimpin dan sasterawan. KLumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

A.Karim Abdullah & Hashim Awang. 1995. Cerpen-cerpen Pak Sako. K.Lumpur. Dewan

Bahasa dan Pustaka.

A.Samad Ismail. 1987. Kertas Keija Pak Sako Yang Istimewa. Kuala Lumpur.

Balai Budaya DBP.

Koleksi Bung Karim. 2001. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Osman Abadi. 1992. Pak Sako Tokoh Politik Perhatin Pada Bangsa dan Negara.

Mingguan Malaysia.

TalibSamat. 2001. Biografi A. Karim Haji Abdullah (Bung Karim): Budayawan dan

Pengkhazanah Persuratan Melayu. Jitra, Kedah: Altakom Enterprise.

UKM.1996. Memoir Pak Sako; Putera Gunung Tahan, Bangi

Wahba. 1991. Pak Sako: Hidup Meniti Ranjau. K.Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

25