Dr yazid beriman kpd malaikat
-
Upload
suhaillul-yazid -
Category
Documents
-
view
1.374 -
download
6
Transcript of Dr yazid beriman kpd malaikat
PELAJARAN 13: BERIMAN KEPADA MALAIKAT
OLEH:USTAZ MUHAMMAD YAZID BIN MOHD YASSIN
SMK SEREMBAN JAYA2
PENDIDIKAN ISLAM (AKIDAH)
TINGKATAN 2 MARS/URANUS
1.0 PENGERTIAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Beriman kepada malaikat bermaksud percaya bahawa Allah SWT telah mencipta sejenis makhluk daripada cahaya yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah SWT.
Sesiapa yang menolak dan menafikan kewujudan malaikat, maka batallah imannya.
Surah al-Baqarah ayat : 285
KEISTIMEWAAN MALAIKAT:
(a) dicipta daripada cahaya;(b) makhluk yang bersayap;(c) boleh menjelma dengan rupa lelaki;(d) sentiasa beribadat kepada Allah SWT.
SIFAT-SIFAT MALAIKAT:
(a) tidak mempunyai jantina;(b) tidak berkahwin;(c) tidak makan, minum dan tidur;(d) tidak dapat dilihat oleh makhluk.
NAMA DAN TUGAS MALAIKAT YANG WAJIB DIKETAHUI:
(a) Jibrail – menyampaikan wahyu kepada nabi dan rasul;(b) Mikail – menurunkan hujan dan mengatur pembahagian rezeki;(c) Israfil – meniup sangkakala pada hari kiamat;(d) Izrail – mengambil nyawa makhluk;(e) Munkar / Nakir– menyoal orang mati dalam kubur;(g) Ridhuan/ Malik – menjaga pintu syurga/ neraka;(i) Rakib/ Atid – mencatat amalan baik/ keburukan setiap manusia;
TUGAS UMUM MALAIKAT:
(a) mendoakan orang mukmin yang beribadat;(b) menyelenggara proses kejadian manusia dalam rahim ibu;(c) membantu tentera Islam menentang musuh.
PERBEZAAN TUGAS ANTARA MALAIKAT DENGAN MANUSIA:
(A) Tugas Malaikat:
• melaksanakan tugas tanpa ganjaran pahala;• sentiasa melakukan ibadat kepada Allah SWT dan tidak
diperintahkan untuk memakmurkan kehidupan dunia.
(B) Tugas Manusia:
• melaksanakan tugas dan mendapat ganjaran pahala;• di samping melakukan ibadat kepada Allah SWT,
manusia diwajibkan memakmurkan dunia.
Kesan beriman kepada malaikat terhadap individu:
(a) berhati-hati dalam setiap tindakan;(b) mematuhi arahan yang tidak bercanggah dengan syariat.
Kesan beriman kepada malaikat terhadap masyarakat:
(a) berwaspada dalam melakukan sesuatu tindakan;(b) tekun melakukan sesuatu kerja yang diamanahkan.
Kesan beriman kepada malaikat terhadap negara:
(a) jabatan kerajaan berjalan dengan baik dan teratur;(b) negara akan berkembang maju;(c) organisasi kerajaan akan lebih telus dan berdisiplin.
KESAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT
KESAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT. (a) Aspek perkataan:
• bercakap sesuatu perkara yang baik;• berzikir, bertasbih dan membaca al Quran;• mengajak orang lain melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
(b) Aspek perbuatan:
• sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah SWT;• hormat dan patuh pada ibu bapa, guru dan pemimpin;• istiqamah dalam beribadat kepada Allah SWT.
(c) Aspek hati:
• ikhlas dalam beribadat kepada Allah SWT;• teguh hati dalam menghadapi ujian dan cabaran hidup;• takut dan malu apabila hendak melakukan maksiat.
(d) Aspek Pemikiran:
• berfikiran jauh dalam sesuatu perkara;• berfikir supaya menjadi manusia yang terbaik dan mulia seperti malaikat;• bijak dalam membuat keputusan
TAJUK KERJA KUMPULAN DAN PEMBENTANGAN (15 MINIT)
KUMPULAN 1 – KEUNIKAN,KEISTIMEWAAN MALAIKAT
KUMPULAN 2 – KESAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT
KUMPULAN 3 - SIFAT-SIFAT MALAIKAT
KUMPULAN 4 - NAMA-NAMA DAN TUGAS-TUGAS MALAIKAT
KUMPULAN 5 - PERBEZAAN ANTARA TUGAS MALAIKAT DAN MANUSIA
MARI MENGUJI MINDA
SOALAN OBJEKTIF/ SUBJEKTIF LATIHAN KEFAHAMAN BERIMAN
KEPADA MALAIKATSMK. SEREMBAN JAYA 2
ARAHAN
Kertas soalan ini mengandungi 5 soalan objektif dan 4 soalan subjektif, jawab semua soalan
1. Apakah yang dimaksudkan beriman kepada Malaikat? A. Yakin dan percaya dengan kewujudan malaikat yang diciptakan oleh Allah
SWT daripada cahaya, mengingkari kewujudannya adalah batal iman seorang Muslim.
B. Adalah rukun iman yang kedua iaitu selepas beriman kepada Allah SWT.C. Yakin dan percaya serta beriman kepada kewujudan malaikat sahaja serta
menunaikan solat lima waktu sehari semalam.D. Istiqamah beriman dan percaya kepada kewujudan malaikat yang
menyerupai seorang lelaki Muslim.
2. Antara berikut yang manakah bukan sifat-sifat malaikat? A. Tidak mempunyai jantina lelaki atau perempuanB. Tidak dapat dikesan oleh pancaindera manusiaC. Sentiasa beribadah kepada Allah dan melakukan amal nahiD. Tidak tidur dan sentiasa beribadah siang dan malam. 3. Kesan beriman kepada malaikat terbahagi kepada tiga iaitu
individu, masyarakat, dan negara. Manakah kesan beriman kepada malaikat kepada individu?
A. Ada teman ghaib yang menemaniB. Negara berkembang majuC. Organisasi lebih telus dan berdisplinD. Masyarakat akan kuat dan tekun bekerja
4. Apakah tugas malaikat yang bergelar “Sayyahhun”? A. Menyampaikan salam dan selawat kepada Rasulullah daripada umat bagindaB. Menyampaikan wahyu kepada para rasul lain iaitu Nabi Ibrahim A.SC. Melihat kebaikan dan mencatat kebaikanD. Memakbulkan doa orang yang teraniaya. 5. Berikut adalah kesan beriman kepada malaikat dari sudut perkataan, kecuali.. A. Mengeluarkan ucapan yang baik dan berfaedahB. Berzikir, bertasbih dan beristighfarC. Sering mendoakan kesejahteraan orang lainD. Menunaikan zakat dan ibadah korban
REFLEKSI PELAJAR
KESIMPULAN DAN RUMUSAN
1. Setiap umat Islam wajib beriman dan percaya kewujudan Malaikat.
2. Kepercayaan (Keimanan) harus meliputi dari tiga aspek iaitu perkataan, perbuatan dan hati.
LEMBARAN KERJA
PELAJAR DIKEHENDAKI MENJAWAB 5 SOALAN OBJEKTIF
SAHAJA. MASA DIBERIKAN 3 MINIT SAHAJA.