Draf Jawapan - Islam Liberal

10
3.0 PENGERTIAN ISLAM LIBERAL Sebelum kita membahaskan dengan lebih terperinci masalah Islam Liberal ini , eloklah terlebih dahulu kita memahami dan mengetahui dengan lebih mendalam akan maksud dan pengertian Islam Liberal itu sendiri.Jika kita meneliti pengertian Liberal seperti yang tercatat dalam kamus Dewan adalah seperti berikut : a. (Bentuk sifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik ( menentang hak-hak istimewa kaum bangsawan), (fahaman) bebas; kaum ~ orang yang menganut fahaman Liberal; b. Bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya) Ini bermakna , golongan yang mengaku menganut fahaman Islam Liberal , adalah golongan yang tidak terikat dengan mana-mana pandangan dan pendapat serta aliran pemikiran.Mereka ini juga akan mempraktikkan Islam itu dengan pandangan dan pendapat serta pemikiran yang terbuka dengan tidak merujuk kepada mana-mana Ulama.Golongan Islam Liberal ini mempunyai berbagai-bagai fahaman dan pemikiran yang menjadi dasar kepada perjuangan golongan tersebut yang mana ianya juga turut disebarkan kepada masyarakat dengan tujuan mempengaruhi masyarakat supaya sama- sama membela dan mendokongi perjuangan golongan tersebut. 3.1 LIBERALISME MEMPENGARUHI KEFAHAMAN UMAT ISLAM TERHADAP AGAMA Seorang penulis buku dari Sudan, Abdullah al-Naim, telah menulis buku kontroversi yang bertajuk Toward an Islamic Reformation (1989). Abdullah mahu merombak cara berfikir umat islam terhadap syariat. Beliau mendakwa bahawa syariat adalah ciptaan manusia dan ianya tidak suci. Dia juga mendakwa bahawa hukum-hukum Islam melanggar hak-hak asasi manusia, tidak sesuai dengan peredaran zaman serta mengongkong penganutnya. Ini berikutan kerana Abdullah telah terpengaruh dengan idealogi-idealogi oreantalis-oreantalis barat seperti Goldziher, Schacht dan 1

description

admin

Transcript of Draf Jawapan - Islam Liberal

Page 1: Draf Jawapan - Islam Liberal

3.0 PENGERTIAN ISLAM LIBERAL

Sebelum kita membahaskan dengan lebih terperinci masalah Islam Liberal ini , eloklah

terlebih dahulu kita memahami dan mengetahui dengan lebih mendalam akan maksud dan

pengertian Islam Liberal itu sendiri.Jika kita meneliti pengertian Liberal seperti yang tercatat

dalam kamus Dewan adalah seperti berikut :

a. (Bentuk sifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik

( menentang hak-hak istimewa kaum bangsawan), (fahaman) bebas; kaum ~ orang yang

menganut fahaman Liberal;

b. Bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada

sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya)

Ini bermakna , golongan yang mengaku menganut fahaman Islam Liberal , adalah

golongan yang tidak terikat dengan mana-mana pandangan dan pendapat serta aliran

pemikiran.Mereka ini juga akan mempraktikkan Islam itu dengan pandangan dan pendapat serta

pemikiran yang terbuka dengan tidak merujuk kepada mana-mana Ulama.Golongan Islam

Liberal ini mempunyai berbagai-bagai fahaman dan pemikiran yang menjadi dasar kepada

perjuangan golongan tersebut yang mana ianya juga turut disebarkan kepada masyarakat dengan

tujuan mempengaruhi masyarakat supaya sama-sama membela dan mendokongi perjuangan

golongan tersebut.

3.1 LIBERALISME MEMPENGARUHI KEFAHAMAN UMAT ISLAM TERHADAP

AGAMA

Seorang penulis buku dari Sudan, Abdullah al-Naim, telah menulis buku kontroversi

yang bertajuk “Toward an Islamic Reformation” (1989). Abdullah mahu merombak cara berfikir

umat islam terhadap syariat. Beliau mendakwa bahawa syariat adalah ciptaan manusia dan ianya

tidak suci. Dia juga mendakwa bahawa hukum-hukum Islam melanggar hak-hak asasi manusia,

tidak sesuai dengan peredaran zaman serta mengongkong penganutnya. Ini berikutan kerana

Abdullah telah terpengaruh dengan idealogi-idealogi oreantalis-oreantalis barat seperti

Goldziher, Schacht dan Coulsan. Para orientalis ini mendakwa bahawa syariat islam dalah

ciptaan para fuqaha’ selama 300 tahun

1

Page 2: Draf Jawapan - Islam Liberal

3.2 CIRI-CIRI FAHAMAN LIBERALISME

Antara ciri-ciri yang terdapat dalam fahaman Islam Liberal ialah seperti :

I. Penafsiran al-Quran berlandaskan akal semata-mata (logik akal)

II. Mempertikaikan kesahihan al-Quran

III. Mendakwa al-Quran bukan wahyu Allah tetapi ciptaan Nabi Muhammad s.a.w.

IV. Menolak hadith

V. Menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan

3.3 KESAN DAN PENGARUH GOLONGAN ‘ISLAM LIBERAL’ DALAM

MASYARAKAT MALAYSIA.

Kemasukkan fahaman dan pemikiran kotor Islam Liberal ini sebenarnya membawa kesan

dan pengaruh yang sangat buruk dan amat merbahaya jika ianya dibiarkan terus bertapak dan

melebarkan sayapnya ke serata pelusuk Negara. Ini adalah kerana golongan Islam Liberal ini

sudah jelas akan kesesatan dan kekeliruan dari sudut fahaman dan pemikiran mereka terhadap

agama Islam itu sendiri.Malah ianya akan memberikan kesan negatif terhadap kesucian dan

ketulenan agama Islam.Lebih-lebih lagi jika sesuatu kenyataan itu datangnya dari seseorang yang

mengaku menganut agama Islam tulen tetapi setiap butir kenyataannya tidak lain hanyalah

memburuk-buruk dan merendah-rendahkan martabat Islam.Di bawah ini penulis menyertakan

sekali Kandungan Resolusi Muzakarah Ulama 2006 sebagai menyatakan bantahan terhadap

golongan Islam Liberal yang semakin membimbangkan masyarakat Muslim Malaysia.

Islam adalah agama wahyu dari Allah yang disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w.

kira-kira 1400 tahun yang lalu. Islam adalah agama yang lengkap ( syumul) yakni menyeluruh

bagi manusia mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Islam adalah berlandaskan al-

Quran dan hadis. Islam adalah way of life yang lengkap mengenai aspek-aspek kehidupan dari

segi sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.Namun, pada akhir abad ke-20 masihi terdapat

fenomena baru dalam pemikiran Islam yang memperkenalkan tentang Islam liberal yang telah

mengemparkan dunia Islam dengan isu-isu yang kontroversi dan idea-idea yang  agak eksterim.

Namun begitu,tidak ramai menyedari bahawa gerakan yang mendokong Islam liberal telah

2

Page 3: Draf Jawapan - Islam Liberal

membuka jaringan yang luas, bukan sahaja di nusantara dan di semenanjung arab malahan serata

dunia.

Pada umumnya, Islam liberal merupakan proses pembaharuan kepada modenisme

Islam pada kurun ke-21. Modenisme Islam telah lama wujud di kalangan intelektual muslim dan

menjadi pemikiran yang berpengaruh dalam dunia Islam sejak abad ke-19 Masehi.Golongan

yang menganut fahaman Islam Liberal , adalah golongan yang tidak terikat dengan mana-mana

pandangan dan pendapat serta aliran pemikiran.Mereka ini juga akan mempraktikkan Islam itu

dengan pandangan dan pendapat serta pemikiran yang terbuka dengan tidak merujuk kepada

mana-mana Ulama.Secara ringkasnya juga golongan ini boleh disebut sebagai golongan yang

bersifat bebas dalam apa juga hal dalam Islam.

Pada asalnya kemunculan modenisme Islam adalah untuk memperjuangkan pembaharuan

dengan menentang taqlid. Seorang tokoh utama modenisme Islam, Muhammad Abduh yang

membawa aliran pemikiran tersebut yang menginginkan pembaharuan dalam sistem pendidikan

supaya umat Islam tidak berfikiran jumud dan mundur agar tidak ketinggalan disebabkan

pemikiran yang tertutup. Akibat dari itu, aliran yang dibawa oleh tokoh modenisme ini telah

menjadi satu aliran yang menjadikan aliran rasionalisme sebagai prinsip dalam setiap pendekatan

yang diambil.

3

Page 4: Draf Jawapan - Islam Liberal

IMPLIKASI ISLAM LIBERAL TERHADAP KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA.

Implikasi Islam liberal terhadap kedudukan islam di malaysia ini dapatlah disimpulkan

dalam 4 isu utama yang menjadi tunjang mereka yang berfahaman Islam Liberal dalam menjaga

fahaman mereka. Isu tersebut adalah ;

1. ISU ARTIKEL 121(LA) – PERKARA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

TENTANG AGAMA

Peristiwa kematian Muhammad Abdullah Murthy, seorang pengembara Gunung Everest,

punya hikmah yang tersendiri kepada Islam dan umatnya di negara ini. Protes besaran-besaran

masyarakat bukan Islam yang berpengaruh di Malaysia beserta dengan kelompok Muslim liberal

adalah membuktikan dengan jelas di hadapan kita bahawa gerakan untuk memencilkan semula

martabat Mahkamah Syari'ah di Malaysia sedang hebat menyemarak. Mereka mahu menobatkan

semula Mahkamah Sivil warisan penjajahan Inggeris di dalam sistem perundangan negara.

Dakwaan mereka ialah berlakunya penafian hak diadili bagi orang-orang bukan Islam dalam kes-

kes yang telah melibatkan pertukaran agama "masuk Islam". Kes ini telah dibesar-besarkan pada

khalayak antara bangsa bahawa Mahkamah Syariah telah campur tangan urusan hidup orang-

orang bukan Islam lalu mendiskriminasikan mereka. Tanpa asas yang kukuh perkara 121 (1 A)

telah dipersalahkan.

 

2. PENUBUHAN FIC

Satu lagi usaha untuk mensirnakan kedaulatan Islam di negara ini ialah gagasan

masyarakat bukan Islam untuk menubuhkan Faith Inter Council (FIC) atau Majlis Antara

Agama-Agama. Antara badan bukan Islam yang menggerakkannya ialah (MCCBCHS) atau

(Majlis Kristian Buddha Hindu Dan Sikh Malaysia) melalui memorandum yang telah dihantar ke

Majlis Peguam Malaysia pada 21 Ogos, 2001. Tujuan utama FIC ialah untuk menjadi sebuah

suruhanjaya yang berkuasa menerima dan melayan aduan berkaitan agama yang boleh dibuat

oleh pelbagai pihak. Sebagai sebuah badan berkanun ia mempunyai kuasa undang-undang bagi

mengubah ajaran mana-mana agama (terutama sekali Islam), walaupun atas desakan penganut

agama lain. FIC berfungsi seperti sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad.

Mahkamah Sivil boleh digunakan sebagai saluran pelaksanaannya.

4

Page 5: Draf Jawapan - Islam Liberal

3. ISU MURTAD

Para pendukung Islam liberal nampaknya telah kehilangan 'izzat sebagai seorang Muslim.

Di kalangan mereka yang terdiri dari peguam-peguam dan ahli-ahli akademik tidak merasa

gementar dengan fenomena mutakhir peningkatan jumlah orang-orang Islam yang telah menjadi

murtad. Oleh kerana mereka BERIMAN teguh dengan konsep HAM (Hak Asasi Manusia) tajaan

Barat, atas nama kebebasan agama dan ekspresi, golongan liberal Islam mengusahakan pelbagai

ikhtiar untuk memudahkan mereka menukar agama dari segi bantuan guaman undang-undang.

Hari ini mereka amat tidak bersetuju dengan kedudukan Perlembagaan Malaysia yang masih

menyukarkan penukaran agama seorang Muslim dan prosedur di Jabatan pendaftaran Negara

(JPN). Pada satu ketika usaha mereka untuk meminggirkan identiti Islam dalam kad pengenalan

hampir-hampir berjaya. Mujurlah masih ada pihak-pihak tertentu yang berwibawa di kalangan

pegawai-pegawai Muslim yang telah berjaya menghalangnya.

4. PENENTANGAN TERHADAP KONSEP DAN PERLAKSANAAN SYARI'AT

ISLAM

Golongan liberal Islam di negara ini telah menyatakan penolakan mereka terhadap

perlaksanaan syari'ah terutama yang berkaitan dengan hukum hudud di Kelantan dan

Terengganu. Tanpa menafikan bahawa terdapat beberapa masalah tertentu dalam pelaksanaan

hudud di negara ini, sikap kritis dan sinis golongan liberal Muslim telah menyebabkan orang-

orang bukan Islam di negara ini meraih peluang dan ruang untuk mengkusutkan lagi kefahaman

mereka terhadap syari'at Islam. Hari ini terdapat beberapa ahli parlimen bukan Islam yang begitu

vokal menentang syari'at Islam dalam sesi-sesi parlimen. Nampaknya mereka menjadi berani

kerana sebahagian besar ahli-ahli parlimen Muslim tidak sensatif dengan keperluan untuk

menjelaskan konsep syari'at Islam secara objektif dan komprehensif.

5. GERAKAN FEMINISME DAN GENDER~ PERSAMAAN GANDER

Rang Undang-Undang Kekeluargaan (Wilayah Persekutuan, 2005) yang begitu hangat

dibahaskan baru-baru ini di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah satu lagi

manifestasi keaktifan gerakan feminisme di dalam negara ini. Dengan menggunakan jaringan

sebahagian ahli-ahli politik, penggubal undang-undang dan media, Sisters in Islam, adalah antara

5

Page 6: Draf Jawapan - Islam Liberal

NGO wanita yang paling kuat menentang penggubalan rang undang-undang tersebut. Meskipun

Dato' Dr. Abdullah Mohd. Zin, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan

kenyataan meminta supaya orang ramai dapat memahami undang-undang tersebut bukan untuk

mendiskriminasi wanita Islam.

6. REFORMASI KURIKULUM INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM

  Aliran pemikiran Islam liberal telah melakarkan agenda untuk merubah kurikulum

pendidikan Islam. Kritikan demi kritikan telah dilontarkan terhadap sistem pendidikan Islam

tradisional. Mereka mendakwa bahawa kurikulum yang ada pada hari ini adalah "jumud" (beku)

dan bertentangan dengan arus perubahan zaman.

PENOLAKAN TERHADAP SYARIAH ISLAM

Islam liberal menolak perlaksanaan syariah Islam. Di Indonesia penolakan tersebut

dikemukan oleh Jaringan Islam Liberal ( JIL). Di Amerika, pengikut setia tokoh kontroversial 

Mahmud Muhammad Taha dari Sudan bernama, Abdullah Ahmed al-Na’im menulis sebuah

buku pada tahun 1990 yang bertajuk Towards an Islamic Reformation, yang mana menceritakan

tentang merombak pemahaman orang Islam terhadap syariah Islam. Menurut nya syariah Islam

itu tidak suci.

6

Page 7: Draf Jawapan - Islam Liberal

6.0 PENUTUP

Gerakan Islam Liberal adalah salah satu ajaran yang bercanggah dengan ajaran Islam

sebenar malahan ianya adalah ajaran yang wajib ditentang.Islam wajib dipertahankan

keasliannya kerana ia adalah agama dan wahyu terakhir dari Allah. Jika ia terseleweng, tidak

akan ada lagi nabi yang akan turun untuk membentulkannya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab

ulama’ dan pendokong Islam untuk mempertahankan keaslian Islam dari dinodai oleh kelompok

Islam liberal atau muktazilah moden. Jika dulu ulama’-ulama’ ahli Sunnah telah berjaya

menyelamatkan Islam dari dinodai oleh fahaman Muktazilah, Jabariah, Murjiah dan sebagainya

maka kita hari ini mesti berusaha menyelamatkan Islam dari pendokong-pendokong ideologi

Barat yang bertentangan dengan fikrah Islam.

Pemikiran Islam Liberal adalah suatu bentuk bid’ah yang besar dalam agama yang boleh

menggugat akidah umat Islam hari ini dan generasi akan datang. Bid’ah bukan hanya berlaku

dalam amalan, tetapi juga dalam akidah dan pemikiran. Malah bid’ah dalam aqidah dan

pemikiran lebih berbahaya dari bid’ah dalam amalan kerana ia boleh merosakkan iman dan

mengeluarkan seseorang dari agama. Jika zaman dahulu pelopor kepada bid’ah akidah dan

pemikiran ialah golongan muktazilah, jabariyyah, murjiah dan sebagainya itu, maka pada zaman

hari ini ia dipelopori oleh golongan liberal yang membawa masuk pelbagai ideologi asing ke

dalam masyarakat umat Islam seperti ideologi sekular, rasionalisme, sosialisme, komunisme,

nationalisme dan sebagainya lagi.

Untuk selamat dari segala bentuk bid’ah akidah dan pemikiran tersebut, umat Islam

hendaklah berpegang-teguh dengan ajaran Islam kerana ia adalah satu-satunya jalan Allah yang

lurus yang dapat menyelamatkan manusia dari kesesatan dan penyelewengan.

Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 153 ;

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah

kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam),

kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang

demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa”. (al-An’am: 153)

7

Page 8: Draf Jawapan - Islam Liberal

Tatkala mentafsirkan ayat ini, Rasulullah di hadapan sahabat-sahabat baginda telah melakarkan

di atas padang pasir satu garisan lurus dan pelbagai garis bersimpang siur di sisi garis lurus itu.

Rasulullah menegaskan bahawa garis lurus itu ialah Islam dan semua garis bersimpang siur itu

ialah jalan-jalan kesesatan yang membawa kepada penyimpangan dari jalan sebenarnya.

KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan dan kajian ringkas yang dijalankan, dapatlah disimpulkan

bahawa Islam Liberal ini merupakan satu lagi ancaman ideologi yang sangat merbahaya ke atas

umat Islam khususnya di Malaysia. Pelbagai usaha dilakukan oleh para orientalis barat sejak

berabad lamanya untuk menghancurkan Islam dari kalangan umatnya akhirnya membuahkan

hasil. Kini, negara kita juga tidak ‘ketinggalan’ dalam mendakyah ahli masyarakat melalui lidah

para aktivis Islam Liberal. Bernaung di bawah pelbagai organisasi rasmi seperti SIS, jelas

’fikrah’ orientalis ini mendapat platform yang selesa untuk terus menyebarkan kekeliruan di

kalangan masyarakat muslim khasnya. Sekalipun para aktivis ini tidak menjelaskan diri sebagai

Islam Liberal yang masih bersembunyi di bawah nama SIS, FIC dan sebagainya.

Namun fikrah Islam Liberal yang merupakan anak didik dan provokasi orientalis barat

tetap terserlah. Menisbahkan Islam ke atas apa jua sifat adalah tindakan yang salah dan jelas

menggambarkan kekeliruan mereka. Sekalipun terdapat kelemahan yang berlaku, hakikatnya ia

bukanlah salah Islam itu sendiri tapi adalah berpunca dari kelemahan umatnya. Islam adalah

agama yang syumul dan universal, tidak berhajat kepada sebarang kata sifat yang tertentu untuk

menyempurnakannya. Ia tidak perlu di’moden’ atau di ’liberal’kan. Ia telah pun memenuhi

segala keperluan hidup manusia dan sentiasa sempurna dan relevan sepanjang masa, tempat dan

zaman.

8

Page 9: Draf Jawapan - Islam Liberal

RUJUKAN

Abdul Karim Ali & Mohd Roslan Mohd Nor. 2009. Islam Liberal Isu dan Cabaran. Selangor:

Persatuan Ulama’ Malaysia.

Ahmad Yumni. 2009. Jaringan Islam Liberal (JIL) : Kajian Terhadap Sumber Epistemologi.

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Ahmad Zaki Zakaria Anshary. 2005.Konsep Negara Sekular Jaringan Islam Liberal Di

Indonesia Analisis Dari Perspektif Dakwah Islamiah. Jabatan Usuluddin Dan Falsafah,

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anis Shakila Ismail. 2006. Pemikiran Islam Liberal Di Malaysia : Kajian Terhadap Isu Yang

ditimbulkan oleh Farish Nor dan Syed Akbar Ali. Akademi Pengajian Islam, Universiti

Malaya.

Azizan Othman. 2006. Kajian Karya-karya Ilmiah Islam Liberal. Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya.

Baterah Alias & Che Zarrina Sa’ari. 2006. Islam Dan Emansipasi Wanita. KualaLumpur:

Penerbit Universiti Malaya.

Hafiz Firdaus Abdullah. 2007. Membongkar Aliran Islam Liberal. Johor: Perniagaan Jahabersa.

Jaffary Awang & Kamarudin Salleh. 2007. Pemikiran Islam dan isu-isu semasa. Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khalif Muammar. 2006. Atas Nama Kebenaran Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam

Liberal. Selangor: Akademi Kajian Ketamadunan.

Luthfi Assyaukani (pnyt.). 2002. Wajah Liberal Islam di Indonesia. Jakarta: Jaringan Islam

Liberal.

Riduan Mohd Nor & Ahmad Adnan Fadhil, (2009), Islam Liberal dan Pluralisme Agama, Kuala

Lumpur: Jundi Resources.

Zamihan Mat Zin, (2008) Ancaman Islam dan Pluralisme, Bahagian Penyelidikan, Jabatan

Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Seminar Isu-isu Semasa Akidah Kepada

Kakitangan Kerajaan Dan Badan-badan Berkanun 2008. Kuala Lumpur: Jabatan Agama

Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

9