Draf Minit Mesyuarat Agung Koperasi

download Draf Minit Mesyuarat Agung Koperasi

of 9

Transcript of Draf Minit Mesyuarat Agung Koperasi

  • 8/10/2019 Draf Minit Mesyuarat Agung Koperasi

    1/9

    1

    MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-30

    KOPERASI SERI BERUAS BERHAD TAHUN 2012

    Tarikh : Hari Sabtu 16hb Jun 2012

    Masa : Jam 9.00 pagiTempat : Dewan Inderawati Beruas, Perak.

    Kehadiran Anggota : a) Anggota Lembaga 15 orangb) Anggota 227 orang

    Jumlah 242 orang

    Turut Hadir : a) Tuan Hj.Radzi Bin JaafarPengerusi JP Negeri Perak

    b) Encik Mohamad Azwani Bin AsadPengurus Operasi Rakyat Management Services Sdn Bhd

    A. MAJLIS PERASMIAN

    1. Kata-Kata Aluan Pengacara Majlis

    Majlis telah diacarakan oleh Encik Azmi Bin Abdul Hamid, beliau mengalu-ngalukan kehadiran anggota dan mengucapkanterima kasih kepada Tuan Hj.Radzi Bin Jaafar selaku Pengerusi JP Negeri Perak yang sudi hadir untuk merasmikanMesyuarat Agung Tahunan pada pagi ini dan juga kepada Encik Mohamad Azwani Bin Asad Pengurus Operasi RakyatManagement Services Sdn Bhd yang turut hadir memeriahkan lagi majlis.

    2. Bacaan Doa

    Disempurnakan oleh: Encik Ahmad Rofaie Bin Zahidin.

    3. Ucapan Alu-aluan daripada Pengerusi KSBB, Tuan Hj.Baharudin Bin Montil.

    Beliau mengucapkan salam dan memanjatkan syukur kepada Allah SWT, kerana dengan limpah kurnianya semua anggotadapat berhimpun sekali lagi bagi melaksanakan tanggungjawab untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke-30 bagi tahun 2012 di dewan yang mulia pada pagi tersebut. Beliau mewakili pihak Anggota Lembaga mengucapkansetinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada semua anggota koperasi yang berkesempatan hadir pada hari itu bagi menunaikantanggungjawab tersebut. Begitu juga kepada Tuan Hj.Radzi Bin Jaafar selaku Pengerusi JP Negeri Perak yang sudi hadirbersama bagi merasmikan mesyuarat agung pada kali ini. Beliau tak lupa juga mengucapkan terima kasih kepada EncikMohd Azwani dari Ar-Rahnu XChange yang turut serta bagi memeriahkan majlis pada hari itu.

    Sebelum beliau meneruskan ucapan beliau memohon kepada hadirin yang hadir untuk membacakan Surah Al-Fatihah untukdisedekahkan kepada saudara-saudara yang telah terlebih dahulu meninggalkan kita sepanjang setahun yang lalu, semogaroh mereka diberkati oleh Allah SWT.Al-FatihahAmin ya rabbal aalamin.

    Beliau meneruskan dengan manyatakan kesemua Anggota Lembaga berasa bangga untuk melaporkan kepada semuaanggota di atas kejayaan koperasi dalam tempoh setahun yang lalu. Sepanjang tahun 2011 hasil jualan Kelapa Sawit diladang telah mencecah hingga ke paras RM 2.604 juta mengatasi jualan pada tahun 2010 yang hanya RM 2.041 juta. Iniadalah kerana tanaman sawit dari tanah-tanah yang kita beli sebelum ini telah menampakkan hasilnya. Secarakeseluruhannya setelah ditolak semua perbelanjaan mengurus dan pentadbiran koperasi telah memperolehi keuntungan

  • 8/10/2019 Draf Minit Mesyuarat Agung Koperasi

    2/9

    2

    bersih sebelum cukai bagi tahun 2011 sebanyak RM 1.383 juta. Di kesempatan ini, beliau ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada semua anggota lembaga serta kakitangan koperasi dan semua pekerja ladang kerana telah berkerjabersungguh-sungguh memberikan khidmat bakti tanpa mengira penat lelah dan masa demi memajukan koperasi ini. Tidaklupa juga beliau ingin merakamkan penghargaan beliau dan Anggota Lembaga kepada semua anggota koperasi yangsentiasa mendoakan kejayaan koperasi walau di mana mereka berada, mudah-mudahan berkat doa semua koperasi ini akanterus mendapat kejayaan. Berdasarkan kejayaan ini Anggota Lembaga ingin berkongsi kegembiraan tersebut dengan semuaanggota koperasi. Oleh itu Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi baru-baru ini telah bersetuju untuk mengekalkan ElaunKehadiran Anggota hari ini pada kadar RM300.00 seorang. Pihak pengurusan juga ingin mencadangkan supaya Mesyuarat

    Agung hari ini meluluskan bayaran dividen untuk anggota bagi tahun 2011 sebanyak 20%. Koperasi ingin mohon kerjasama

    SKM Daerah Manjung memberikan sokongan meluluskan bayaran ini. Insyaallah dengan simpanan yang ada, koperasimampu mengeluarkan perbelanjaan dividen tersebut yang berjumlah RM 215,572.00. Sementara menunggu kelulusan pihakSKM, koperasi akan mengeluarkan terlebih dahulu bayaran untuk 10% yang dibenarkan.

    Seperti mana sedia maklum, koperasi memang sentiasa mencari peluang untuk menambah tanah-tanah yang sedia ada.Alhamdullillah sepanjang setahun yang lalu koperasi telah berjaya menambah keluasan tanah tersebut sebanyak 81 ekar lagiiaitu 66 ekar di Ulu Kenas, Kuala Kangsar dan 15 ekar di Paya Besar, Beruas. Sementara itu 8 ekar lagi di kawasan Beruasdalam proses pindahmilik. Dalam pembelian tanah ini Anggota Lembaga juga mengucapkan terima kasih kepada semuaanggota yang telah membuat penambahan saham bagi membantu koperasi membayar secara tunai sebahagian harga tanahyang dibeli. Semoga kesemua akan mendapat pulangan dan manfaat yang baik selepas ini. Semua perancangan masadepan akan terus dilaksanakan mengikut keutamaan sebagai contoh pembinaan bangunan koperasi yang baru, masih lagidalam menunggu kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Manjung dan pembinaan chalet di Teluk Senangin pula hanya

    menunggu masa yang sesuai untuk dibangunkan.

    Anggota Lembaga Koperasi juga sentiasa prihatin terhadap kebajikan anggotanya, sepanjang tempoh sesi yang lalu koperasitelah dapat membayar sumbangan berjumlah 15% pada masa menyambut Ramadhan, Hari Raya Aidil Fitri, dan PembukaanSesi Persekolahan selain dari 15% dividen yang telah diluluskan. Koperasi juga telah melaksanakan bayaran sumbangankepada pelajar-pelajar cemerlang,dermasiswa dan sumbangan khairat kematian kepada kadar yang baru seperti mana yangdibentangkan dalam buku laporan hari ini. Bagi sumbangan-sumbangan lain dikekalkan seperti mana biasa.

    Buat masa ini jumlah anggota koperasi adalah seramai 299 orang dan jumlah saham yang telah terkumpul adalah sebanyakRM 2,031,837.11. Sumbangan dan dividen yang dibayar kepada anggota pada tahun lalu adalah sebanyak 30% .Sekiranya

    jumlah sumbangan ini dikekalkan kepada kadar tersebut maka pada tahun ini koperasi akan mengeluarkan sumbanganberjumlah RM 609,551.13 kepada anggota mengikut jumlah saham masing-masing. Walau pun koperasi hanya sebuah

    koperasi yang kecil tetapi nilai aset yang dimiliki berjumlah RM 19.6 juta mengikut nilai pasaran semasa, yang rendah.Dengan jumlah 15 orang ALK, 2 orang kakitangan pejabat, 3 orang kakitangan bahagian ladang dan beberapa orang pekerjaladang, Insyaallah ALK akan sedaya upaya mengekalkan prestasi yang baik untuk terus memajukan koperasi ini. Beliauyakin dengan adanya kerjasama erat semua pihak koperasi ini akan terus menuju kejayaan.

    Seperti mana biasa koperasi sentiasa mengharapkan mana-mana anggota yang masih mempunyai saham kurang daripadaRM 1,000.00 supaya menggenapkan saham mereka kepada jumlah tersebut supaya mereka ini berpeluang mendapatpulangan yang setimpal seperti anggota-anggota yang lain. Di samping itu kepada anggota lama yang masih belum membuatpermohonan untuk anak-anak mereka menjadi pelapis bolehlah berbuat demikian sekiranya ada anak-anak mereka yangtelah mencapai umur 18 tahun.

    Beliau meneruskan ucapan dengan menyatakan sebagai selaku peneraju koperasi ini Anggota-anggota Lembaga yangdiamanahkan oleh para anggota sentiasa mencari jalan menambahkan hasil dan aset koperasi. Oleh hal yang demikian,dalam perbincangan-perbincangan, majlis-majlis penerangan dan taklimat serta lawatan yang telah dibuat selama tiga tahunyang lalu maka terhasillah satu keputusan yang muktamad bagi koperasi menjalankan satu lagi aktiviti perniagaan dalambidang pajak gadai Islam atau Ar-Rahnu secara francais di bawah Ar-Rahnu XChange. Pihak pengurusan telah pun memilih

    Ayer Tawar sebagai lokasi pertama perniagaan ini yang akan beroperasi di No.41, Bangunan Hj.Ibrahim Nasution, JalanBesar, Ayer Tawar,Perak. Koperasi mengucapkan terima kasih kepada anggota iaitu Encik Ahmad Ridzuan Bin Dahari yangtelah bersetuju menyewakan premis beliau kepada koperasi bagi tujuan ini. Kesempatan ini juga beliau merakamkansetinggi-tinggi terima kasih kepada pihak SKM yang sentiasa bersedia menawarkan pinjaman untuk perniagaan ini dankepada Bank Rakyat yang juga bersedia memberikan pinjaman Ar-Rahnu ini tanpa cagaran. Kepada Encik Mohamad

  • 8/10/2019 Draf Minit Mesyuarat Agung Koperasi

    3/9

    3

    Azwani, Pegawai Operasi Ar-Rahnu XChange yang sudi hadir bersama pagi ini, koperasi juga mengucapkan terima kasihdan InsyaAllah sedikit ruang akan diberikan kepada beliau untuk memberi penerangan tentang Ar-Rahnu dalam majlis ini.

    Walau bagaimana pun perniagaan ini tidak dapat dijalankan selagi pihak pengurusan tidak mendapat persetujuan darimajoriti anggota bagi meminda Undang-Undang Kecil Koperasi dengan menambahkan satu lagi aktiviti perniagaan dalambidang pajak gadai Islam. Beliau bagi pihak Anggota Lembaga memohon semua anggota yang hadir memberikan sokonganterhadap agenda Usul Pindaan Undang-undang Kecil dalam mesyuarat agung nanti. Beliau difahamkan pihak SKM akanmemberikan kerjasama penuh dalam menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pindaan ini untuk dihantarkepada pihak pendaftar di Kuala Lumpur.

    Sempena meraikan 30 tahun usia koperasi ini, Anggota Lembaga bercadang untuk merakamkan sejarah perjalanan koperasiini dalam bentuk sebuah buku untuk bacaan semua anggota koperasi dan generasi akan datang di sampingmengedarkannya kepada pihak-pihak yang terlibat dengan Koperasi Seri Beruas Bhd. Segala peristiwa pahit manismenubuhkan koperasi ini sehingga berjaya seperti sekarang akan dirakamkan dalam buku ini. Beliau mengalu-ngalukankiranya ada peristiwa yang menarik diketahui oleh anggota sekalian untuk diselitkan dalam buku ini kelak. Beliaumerakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa yang terlibat dalam menerbitkan buku ini dan kepada semua pihakpenaja yang telah memberi sumbangan untuk mencetak buku tersebut. InsyaAllah buku ini akan segera diedarkan apabilasiap kelak.

    Selain dari itu beliau ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yangmemberi kerjasama dalam menjayakan mesyuarat agung hari ini seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia, ANGKASA yang

    menyumbangkan Majalah PELANCAR dan Rakyat Management Services Sdn Bhd (Ar-Rahnu XChange) yangmenyumbangkan 5 buah hamper sempena Mesyuarat Agung hari ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan di masa-masaakan datang.

    Sepertimana biasa pada mesyuarat agung kali ini, seramai lima (5) orang anggota lembaga akan gugur mengikut giliran.Mereka terdiri daripada Dato Hj Mahir Afandi Bin Harun, Tuan Hj Mohd Salleh Bin Abd Manaf, Encik Abdul Sukor BinShahidan, Tuan Hj. Ahmad Yazid Bin Kamarudin dan Encik Anuar Bin Busu. Adalah difahamkan kesemua mereka inginmenawarkan diri untuk dipilih semula sebagai Anggota Lembaga kecuali Tuan Hj.Mohd Salleh Bin Abd Manaf atas sebab-sebab kesihatan.

    Sebelum beliau sudahi ucapan ini sekali lagi beliau mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepadaTuan Hj.Radzi Bin Jaafar selaku Pengerusi JP Negeri Perak yang sudi untuk merasmikan mesyuarat agung pada kali ini.

    Akhir kata saya bagi pihak Anggota Lembaga Koperasi memohon ampun dan maaf kiranya terdapat kesilapan dan kesalahanyang telah kami lakukan semasa memegang jawatan ini selama tempoh setahun yang lalu.

    Sekian. WASSALLAM.

    3. Ucapan Penerangan Khas daripada Pengurus Operasi Rakyat Management Services Sdn Bhd, Encik Mohamad Azwani Bin Asad.

    4. Ucapan Perasmian daripadaPengerusi JP Negeri Perak, Tuan Hj Radzi Bin Jaafar.

    Beliau memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada pihak koperasi kerana kesudian menjemput beliau

    merasmikan majlis ini. Untuk ucapan beliau hanya mengulas sedikit ucapan pengerusi KSBB, minit mesyuarat kali ke-30 inidan laporan kewangan tahun 2011 serta beberapa perkara lain yang beliau ingin sampaikan kepada semua anggota yanghadir pada mesyuarat ini.

    Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua anggota KSBB di atas kejayaan yang diperoleh setakat ini. Beliauberharap dengan kejayaan yang diperoleh ini dapat membantu koperasi mendapat tempat dalam kategori 100 KoperasiTerbaik.

    Beliau meneruskan dengan mengatakan banyak kemajuan dan peningkatan yang telah dilaksanakan oleh koperasi ini. Setiapanggota dan pihak pengurusan menjalankan tanggungjawab dan komitmen dengan baik, ini adalah penting keranatanggungjawab ini menentukan corak kemajuan dan kejayaan sesebuah koperasi. Walaubagaimanapun terdapat dasar,

  • 8/10/2019 Draf Minit Mesyuarat Agung Koperasi

    4/9

    4

    prinsip, peraturan dan akta yang perlu diikuti oleh semua pihak pengurusan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.Anggota juga tidak terkecuali. Dasar ini memberi panduan kepada pihak pengurusan menjalankan tanggungjawab merekaseterusnya melancarkan setiap aktiviti yang mereka harap untuk dilaksanakan dalam koperasi mereka. Seperti yang beliaudengar daripada kata Pengerusi KSBB sebentar tadi koperasi ini akan membentangkan agenda untuk meminda UUK bagimenambah aktiviti Ar-Rahnu. Dalam melaksanakan perniagaan yang baru ini adalah penting untuk mengikut panduan yangtelah ditetapkan oleh itu koperasi harus mendapat sokongan daripada semua anggota. Oleh itu beliau berharap dan menyerusupaya semua anggota yang hadir pada hari itu untuk bersama-sama mempertimbangkan cadangan usul pindaan tersebut.

    Beliau meneruskan lagi dengan ucapan syabas kerana koperasi ini berhasrat mengeluarkan dividen sebanyak 20% kepada

    semua anggota. Peratusan dividen ini adalah sama seperti yang dilaksanakan oleh Bank Rakyat. Beliau memaklumkanterdapat juga koperasi yang mengeluarkan dividen 100% kepada anggota-anggotanya. Oleh itu, beliau yakin koperasi ini jugamampu untuk memberikan dividen seperti jumlah tersebut jika keuntungan yang diperoleh tinggi. Pemberian 20% dividen inicukup lumayan dan ia juga menunjukkan koperasi ini telah berjaya dan semua anggota harus berasa bangga denganpencapaian tersebut.

    Beliau memaklumkan ANGKASA kini menubuhkan satu bank iaitu KOPSYA dan kini telahpun beroperasi. Beliau turutmemaklumkan jika mana-mana koperasi yang menjadi ahli, boleh mendapat pinjaman sehingga 90%. Konsep bank iniberunsurkan Islamik di mana tiada sebarang riba dikenakan. Untuk makluman para hadirin, cawangan KOPSYA akan dibukadan beroperasi di Bangunan ANGKASA Negeri Perak dalam masa terdekat ini. Semua dialu-alukan untuk melawat, meninjaudan menjalankan transaksi bersama KOPSYA.

    Pada bulan Julai ini, kerajaan akan mengadakan karnival Hari Koperasi Kebangsaan yang dirasmikan oleh YAB PerdanaMenteri. Pihak ANGKASA induk berharap semua anggota koperasi dapat hadir ke karnival tersebut bagi memeriahkansuasana dan sebagai tanda menyokong gerakan koperasi di Malaysia. Bas akan disediakan kepada semua anggota yangberminat untuk hadiri karnival tersebut. Selain itu, beliau menyentuh tentang pinjaman pembelajaran yang ditawarkan oleh

    ANGKASA bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. Permohonan pinjamanpembelajaran tersebut masih lagi dibuka, bagi sesiapa yang berminat jangan lepaskan peluang ini kerana sekiranyamendapat CGPA yang tinggi pinjaman tersebut akan dikira sebagai biasiswa.

    Pada masa ini, ANGKASA banyak menjalankan projek bagi mendiversifikasikan perkhidmatan untuk kemudahan membantukoperasi-koperasi di Malaysia. Contoh projek yang dilaksanakan adalah seperti menjadi agen kutipan zakat, membuka pusatdialisis, menjual uniform sekolah serta projek menubuhkan koperasi keahlian miskin. Selain itu, ANGKASA juga sedang sibukterlibat di dalam acara sambutan Hari Koperasi Sekolah, di mana ramai pegawai-pegawai dijemput untuk merasmikan majlis-

    majlis.

    Bagi ucapan penutupan beliau berkata beliau amat menyokong sepenuhnya cadangan koperasi ini untuk membuka cabangperniagaan baru iaitu Pajak Gadai Islam (ar-Rahnu) kerana perniagaan ini seperti yang beliau lihat dan dengar amatlahmenguntungkan contohnya KOIMAN. Sekiranya perniagaan ini tidak maju ianya berpunca daripada pengurusan yang tidakbetul dan tidak bertanggungjawab oleh itu beliau berharap koperasi ini dapat mengelakkan perkara itu daripada berlaku.Beliau menyeru kepada hadirin yang hadir untuk mempertimbangkan untuk menerima dan meluluskan cadangan tersebutkerana menurut beliau sekiranya sesuatu yang baik hendak dilakukan adalah elok untuk diterima untuk kebaikan bersamasekiranya sesuatu perkara yang buruk hendak dilakukan hendaklah ditolak dengan baik. Beliau turut memaklumkan beliautidak lama berkhidmat di dalam ANGKASA dan akan meletakkan jawatan kerana hendak memberi peluang kepada generasimuda melibatkan diri dalam gerakan koperasi ini. Hal demikian beliau telah lama berkecimpung dan berkhidmat bersama

    ANGKASA oleh itu pada masa yang sesuai beliau akan mengundurkan diri.

    Di akhir ucapan beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari koperasi inikerana menjemput beliau bagi merasmikan majlis pada pagi ini. Dengan lafaz Bismillah, beliau merasmikan Majlis Mesyuarat

    Agung Tahunan kali ke-30 tahun 2012 (jam 11.15 pagi).

    Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-30 Tahun 2012 telah dimulakan pada jam 11.35 pagi dengan kehadiran seramai 241anggota yang melebihi korum untuk bermesyuarat.

  • 8/10/2019 Draf Minit Mesyuarat Agung Koperasi

    5/9

    5

    B. MESYUARAT AGUNG DIMULAKAN

    AGENDA 1Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-29Tahun 2011

    Minit telah dibentangkan oleh Encik Zahiddin Bin Hj. Zamri selaku Setiausaha.Pengesahan minit telah diterima sebulat suara atas

    Cadangan: En. Abd. Majid b. Mohd. Hussain

    Disokong: Pn. Rokiah bt. Hussin

    AGENDA 2Membentang dan Menerima Laporan Anggota Lembaga 2011/12

    Laporan berkenaan telah dibentangkan oleh Encik Zahiddin Bin Hj.Zamri selaku Setiausaha. Laporan ini juga telah diterimasebulat suara atas

    Cadangan: En. Abdul Wahab b. Hj. Abdul Mutalib

    Disokong: En.Adam b. Abdul Karim

    AGENDA 3Menimbang dan Meluluskan Akaun Teraudit Koperasi Berakhir Pada 31.12.2011Serta Menimbang dan Menerima Laporan JK Audit Dalaman Tahun 2011

    Akaun koperasi telah sempurna diaudit oleh Kamarul Azhar Consultant dan telah dibentangkan oleh Encik Taharen Abd.Malikselaku Bendahari. Akaun teraudit 2011 dan Laporan JK Audit Dalaman ini juga telah diterima sebulat suara atas

    Cadangan: Pn. Rokiah bt. Hussin

    Disokong: En. Muhammad Azman Bin Nor

    AGENDA 4Menimbang dan Meluluskan Pembahagian Keuntungan bagi Akaun Teraudit Koperasi berakhir pada 31.12.2011

    Encik Taharen Bin Abd.Malik selaku Bendahari telah membentangkan pembahagian keuntungan tahun 2011 bagi pihakAnggota Lembaga seperti berikut;-

    Dividen 2011 20% RM 215,572.00Honorarium Lembaga 60,000.00Tabung Pendidikan Anggota 117,556.16Tabung Kebajikan Anggota 117,556.16Tabung Jariah Am & Khairat Kematian 117,556.16

    Tabung Lawatan & Pelancongan 47,022.46Tabung Ibadah Haji & Umrah 23,511.23Tabung Kebajikan Am 117,556.16Tabung Bantuan Ihsan Anggota 23,511.23Tabung Kemajuan 35,266.85Tabung Kesihatan/Keselamatan Anggota 23,511.23Tabung Kebajikan Kakitangan Koperasi 23,511.23

    Pembahagian keuntungan ini telah diluluskan dengan sebulat suara atas

  • 8/10/2019 Draf Minit Mesyuarat Agung Koperasi

    6/9

    6

    Cadangan: En. Abdul Hamid b. Sharif

    Disokong: En. Mohammed Daud b. Zakaria

    AGENDA 5Memilih Anggota-anggota Lembaga Koperasi Yang Gugur Mengikut Giliran

    Semua anggota lembaga lama yang gugur mengikut giliran telah dicalonkan semula untuk memegang jawatan bagi tempohtiga tahun yang akan datang.

    Mereka adalah seperti nama-nama berikut:-

    Bil Nama ALK Cadang Disokong1 Dato Hj Mahir Afandi Harun Pn. Rokiah bt. Hussin En. Abd. Majid b. Mohd. Hussain

    2 En Abdul Sukor Shahidan Pn. Rokiah bt. Hussin En. Abd. Majid b. Mohd. Hussain3 *Tn Hj Mohd Salleh Abd. Manaf -digugurkan-4 Tn Hj Ahmad Yazid Kamarudin Pn. Rokiah bt. Hussin En. Abd. Majid b. Mohd. Hussain

    5 En Anuar Busu Pn. Rokiah bt. Hussin En. Abd. Majid b. Mohd. Hussain

    Tn Hj Mohd Salleh Abd. Manaf mohon untuk digugurkan dan lantikan ALK yang baru ialah: Tn Hj Ibrahim Bin Ahmad

    Cadangan: Pn. Rokiah bt. HussinSokongan: En. Shaharudin b. Md. Sidek

    AGENDA 6Meluluskan Perlantikan Juru Audit Luar Untuk Mengaudit Akaun-Akaun Koperasi 2012

    Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara melantik Kamarul Azhar Consultants untuk mengaudit akaun-akaun koperasi bagitahun 2012 atas

    Cadangan: Tn. Hj. Omar Bin Sharif

    Disokong: Pn. Rokiah bt. Hussin

    AGENDA 7Menimbang dan Meluluskan Anggaran Belanjawan Tahunan bagi Tahun Kewangan 2012

    Encik Taharen Bin Abd.Malik selaku Bendahari telah membentangkan Anggaran Belanjawan 2012 untuk diluluskan.

    Mesyuarat telah bersetuju dan menerima anggaran tersebut sebulat suara atas

    Cadangan: En. Megat Fauzi b. Megat Hamit

    Disokong: Pn. Rokiah bt. Hussin

    AGENDA 8Meluluskan Pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) bagi menambah aktiviti koperasi iaitu Perniagaan Pajak GadaiIslam (Ar-Rahnu)

    Mesyuarat telah bersetuju dan menerima pindaan Undang-Undang Kecil yang dimaksudkan seperti butiran yang dilampirkandi dalam buku laporan di mana pindaan tersebut adalah Bahagian III (Matlamat, Fungsi dan Aktiviti) Fasal ke 9 (Aktiviti) Bil (1)(a-g)kepada Bahagian III (Matlamat, Fungsi dan Aktiviti)Fasal 9 (Aktiviti) Bil (1) (a-h) di atas

    Cadangan: En. Abdul Sukor Bin Shahidan

  • 8/10/2019 Draf Minit Mesyuarat Agung Koperasi

    7/9

    7

    Disokong: Sebulat Suara

    AGENDA 9Menimbang dan Meluluskan Skop dan Had Maksima Pelaburan Koperasi

    Mesyuarat telah bersetuju had maksima pelaburan koperasi sebanyak RM 10 juta atas

    Cadangan: Pn. Hjh. Zakiah bt. Meor Hashim

    Disokong: En. Megat Fauzi b. Megat Hamit

    AGENDA 10Menentukan had maksima keterhutangan koperasi iaitu had keterhutangan bebas sebanyak RM10 juta dan hadketerhutangan Projek Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) sebanyak RM10 juta

    Mesyuarat juga sebulat suara telah bersetuju jumlah had keterhutangan koperasi adalah sebanyak RM 20 juta di mana hadketerhutangan bebas adalah sebanyak RM10 juta manakala had keterhutangan Projek Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) adalahsebanyak RM10 juta di atas

    Cadangan: Pn. Rokiah bt. Hussin

    Disokong: Pn. Hjh. Zakiah bt. Meor Hashim

    AGENDA 11Melantik Satu Jawatankuasa Terdiri Daripada 6 Orang Anggota dan 4 Orang Anggota Lembaga UntukMenentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan Tahun 2012

    Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara melantik mereka seperti berikut untuk menganggotai Jawatankuasa seperti diatasyang telah dicadangkan oleh para anggota seperti senarai di bawah:-

    Anggota

    a) Nama : Pn. Hjh. Zakiah bt. Meor Hashim Pencadang : Pn. Rokiah bt. Hussin

    Penyokong : Pn. Zaiton bt. Abdul Wahid

    b) Nama : Pn. Rokiah bt. Hussin Pencadang : Pn. Hjh. Zakiah bt. Meor Hashim

    Penyokong : Pn. Zaiton bt. Abdul Wahid

    c) Nama : Cik. Hjh Narizah bt. Mohamad Pencadang : Pn. Rokiah bt. Hussin

    Penyokong : Pn. Hjh. Zakiah bt. Meor Hashim

    d) Nama : Pn. Zaiton bt. Abdul Wahid Pencadang : Pn. Rokiah bt. Hussin

    Penyokong : Pn. Hjh. Zakiah bt. Meor Hashim

    e) Nama : En. Ahmad Razmi b. Dahari Pencadang : Tn. Hj. Ab. Rahim b. SharifPenyokong : En. Megat Fauzi b. Megat Hamit

    f) Nama : Tn. Hj. Khusairi b. Jamaludin Pencadang : En. Ahmad Razmi b. Dahari

    Penyokong : Pn. Rokiah bt. Hussin

  • 8/10/2019 Draf Minit Mesyuarat Agung Koperasi

    8/9

    8

    Anggota Lembaga

    1. Tuan Hj.Baharudin Bin Montil2. Encik Zahiddin Bin Zamri Pencadang: Pn. Rokiah bt. Hussin3. Encik Taharen Bin Abd. Malik Sokongan: Pn. Hjh. Zakiah bt. Meor Hashim4. Encik Omar Bin Sharif

    AGENDA 12Membahas Usul-usul

    -Tiada-

    PENUTUP

    Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama kepadanya sehingga dapatmenyelesaikan mesyuarat agung dengan jaya dan sempurna. Beliau telah menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan KSBBkali ke-30 ini pada jam 12.03 tengahari.

    Minit dicatit oleh : Cik Nor Husniyah Bt. Mohd RashidDisemak semula oleh : Encik Zahiddin Bin Hj. Zamri

    Disemak oleh:

    Bil NAMA TANDA TANGAN

    1. TUAN HJ. BAHARUDIN BIN MONTIL t.t

    2. ENCIK ZAHIDDIN BIN HJ. ZAMRI t.t

    3. ENCIK TAHAREN BIN HJ. ABD.MALIK t.t

    4. TUAN HJ. OMAR BIN SHARIF t.t

    5. PUAN HJH.ZAKIAH BT. MEOR HASHIM t.t

    6. PUAN ROKIAH BT. HUSSIN t.t

    7. CIK HJH. NARIZAH BT. MOHAMAD t.t

    8. ENCIK AHMAD RAZMI BIN DAHARI t.t

    9. PN. ZAITON BT. ABDUL WAHID t.t

    10. TUAN. HJ. KHUSAIRI B. JAMALUDIN t.t

  • 8/10/2019 Draf Minit Mesyuarat Agung Koperasi

    9/9

    9