Draf perlembagaan sekolah

3
DRAF PERLEMBAGAAN PERSATUAN BAHASA PERATURAN-PE RATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No.21 Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Bahasa __sk????____________________________ yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja. PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT a. Nama Persatuan: Persatuan Persatuan Bahasa ______________ b. Alamat : PERATURAN 2: RASIONAL Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan. Walaubagaimanapun pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran memimpin, mengurus dan mengoperasikan sesuatu kelab atau persatuan bukanlah warisan semula jadi. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan. PERATURAN 3: MATLAMAT Persatuan Bahasa adalah suatu usaha berterusan untuk memantapkan ilmu bahasa,dengan memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris untuk merealisasikan kehendak kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha meneroka pelbagai bidang ilmu dan kemahiran

Transcript of Draf perlembagaan sekolah

Page 1: Draf perlembagaan sekolah

DRAF PERLEMBAGAANPERSATUAN BAHASA

PERATURAN-PE RATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (PersatuanSekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No.21 Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, makaberikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Bahasa __sk????____________________________ yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.

PERATURAN 1 :NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan: Persatuan Persatuan Bahasa ______________b. Alamat :

PERATURAN 2:RASIONAL

Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan.Walaubagaimanapun pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran memimpin, mengurus dan mengoperasikan sesuatu kelab atau persatuan bukanlah warisan semula jadi. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan.

PERATURAN 3:MATLAMAT

Persatuan Bahasa adalah suatu usaha berterusan untuk memantapkan ilmu bahasa,dengan memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris untuk merealisasikan kehendak kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha meneroka pelbagai bidang ilmu dan kemahiran

PERATURAN 4: 4.1. OBJEKTIF AM

Guru-Guru dan murid-murid akan:

4.1.1 Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untukmemimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah.

4.1.2 Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan secara berkesan.

4.1.3 Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli kelab atau persatuan yang dipimpin

Page 2: Draf perlembagaan sekolah

4.1.4 Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.

4.1.5 Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan danberwawasan.

4.2. OBJEKTIF KHUSUS

4.2.1 Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalamkonteks kependidikan dan kepimpinan

4.2.1 Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.

4.2.3 Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan.

4.2.4 Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatankelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.

4.2.5 Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.

4.2.6 Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rukunegara, Perlembagaan Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Islam dan Wawasan 2020.