draf

download draf

of 1

description

draf tugasan matematik

Transcript of draf

PENGENALAN

Dalam merealisasikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, corak pengajaran masa kini telah mengalami banyak perubahan serta bertambah maju selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di mana pendidikan di Malaysia adalah usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan kebolehan individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang. Penyelidikan menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif adalah satu cara pembelajaran yang berkesan. Kaedah pembelajaran koperatif yang dirancang secara teratur dan sistematik pada lazimnya melibatkan penyampaian maklumat secara formal, latihan pelajar dalam kumpulan diikuti dengan penilaian masteri bagi individu dan akhirnya pengiktirafan umum bagi kejayaan kumpulan tersebut (Leighton 1990). Beliau juga menyatakan bahawa berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran konvensional, didapati pelajar yang melalui kaedah koperatif ini menikmati lebih keseronokan dan kejayaan dalam akademik dan sosial. Kaedah ini juga didapati amat berkesan dalam pelbagai bidang dan subjek yang luas yang meliputi bacaan, bahasa, matematik, kajian sosial dan juga sains di peringkat sekolah rendah dan menengah. Menurut Slavin (1983), keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif ini telah diukur melalui peningkatan pencapaian yang signifikan di kalangan pelajar dari pelbagai kecerdasan. Selain dari itu, kemajuan dalam aspek kemahiran sosial pelajar yang memudahkan hubungan saling bergantungan positif di dalam kelas dan persekitaran juga dapat dikesan melalui kaedah pembelajaran koperatif ini. Terdapat banyak jenis kaedah pembelajaran koperatif. Di antaranya ialah Student-Teams- Achivement-Divisions(STAD),Team-Games-Tournament(TGT), JIGSAW, Rally-Robin, Team- Accelerated Instruction (TAI) dan Learning Together. Dalam kajian ini pengkaji hanya memberi tumpuan khusus kepada salah satu dari pembelajaran koperatif iaitu model STAD. Ini untuk memudahkan guru yang akan melaksanakan eksperimen didalam kelas. Berbanding dengan kaedah-kaedah koperatif yang lain, model STAD paling ringkas dan mudah diikuti oleh pelajar. Menurut Carin (1993), pembelajaran koperatif model ini didapati berkesan bagi pelajar untuk mempelajari kandungan dan kemahiran asas sesuatu subjek atau bidang.

Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Sikap dan PencapaianMatematik