Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL...

28
DPMM Berangkat Ke Majlis Santap Petang Upacara Perbarisan Hari Polis Ke-92 PJP Menerima Penganugerahan Bintang JANUARI - MAC 2013 NEWSLETTER, KELUARAN 38 KEAMANAN

Transcript of Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL...

Page 1: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

DPMM Berangkat Ke Majlis Santap PetangUpacara Perbarisan Hari Polis Ke-92

PJP Menerima Penganugerahan Bintang

Januari - Mac 2013newsletter, Keluaran 38

K E A M A N A N

Page 2: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

BERITA UTAMA4-5 DPMM Berkenan Ke Majlis Santap Petang

8-9 Upacara Perbarisan Hari Polis Ke-92

PENGANUGERAHAN BINTANG12 PJP Menerima Penganugerahan Bintang

13 Majlis Makan Beradat

ASEANAPOL14 Menghadiri Persidangan ASEANAPOL Ke-33

15 PDB Bersama FBI dan DHS Menandatanganan LOC

KA

ND

UN

GA

N

DPMM Berangkat Ke Majlis Santap PetangUpacara Perbarisan Hari Polis Ke-92

PJP Menerima Penganugerahan Bintang

Januari - Mac 2013newsletter, Keluaran 38

K E A M A N A N

4-5

Page 3: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

PAMERAN16-17 Pameran Hari Polis

18-19 Penyerahan Manual Buku Audit

20 Mesyuarat Dua Hala PDB dan PPS

UGAMA21 Doa Kesyukuran Sempena Puja Usia DPMM

22 Majlis Penutup Dikir Maulud

23 Tahlil Sempena Hari Polis

KEBAJIKAN24 PDB Menyumbang Tujuh Kerusi Roda

25 Meraikan Anggota Pangkat Rendah Bersara

PEKERTI26 PEKERTI Prihatin Terhadap Anak-Anak Yatim PDB

SUKAN27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS

28 Walkaton dan Berbasikal Hari Polis

8-9 16-17

Page 4: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI4

BERITA UTAMA

DPMM Berangkat Ke Majlis Santap Petang

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Ke-39 Tahun yang disembahkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) pada Isnin, 18 Februari 2013.

Berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri

Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Komandan Polis Wanita dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Dewan Royal Berkshire Jerudong Polo Club di junjung oleh Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu dan pegawai-pegawai kanan polis serta isteri masing-masing.

Sebagai ristaan keberangkatan sempena puja usia DYTMM dan YTM berkenan bagi sesi bergambar ramai bersama pegawai-pegawai

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Timbalan Inspektor Jeneral Polis Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan memotong kek puja usia yang ke-39 tahun dengan disaksikan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman dan Pesuruhjaya Polis, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.

Page 5: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 5

kanan PDB berserta isteri dan seterusnya berkenan menandatangani Lembaran Keberangkatan.

Acara diikuti dengan memotong kek puja usia DYTM dan disusuli dengan penyampaian pesambah ke hadapan majlis DYTM yang disembahkan oleh Pesuruhjaya Polis bagi mewakili pegawai-pegawai PDB.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, DYTM dan YTM juga berkenan menerima junjung ziarah dari pegawai-pegawai PDB berserta isteri.

DYTM dilantik sebagai Timbalan Inspektor Jeneral Polis pada 5 Mei 2005 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sejak lantikan tersebut, DYTM sering mengadakan lawatan kerja ke PDB bagi meninjau

lebih dekat dan mendalami lagi akan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh PDB sebagai agensi penguatkuasa undang-undang yang tertua di negara ini.

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Timbalan Inspektor Jeneral Polis Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah diputerakan pada 17 Februari 1974.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Timbalan Inspektor Jeneral Polis Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah menerima pesambah dari Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.

Page 6: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI6

TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

Teks Ucapan Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam,Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar AlamCP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu semasa upacara perbarisan sempena Sambutan

Hari Polis Ke-92 Tahun di padang Kawad Pusat Latihan Polis berlangsung pada Selasa, 1 Rabiulawal 1434 Hijrah bersamaan 15 Januari 2013 Masihi.

Bismillahir rahmanir rahim,

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah Seru Sekian Alam, Selawat serta Salam ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerabat-kerabat Baginda, para-para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Assalamualaikum Warahmahtullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera,

Yang Mulia SAC Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam, Pengarah Gerakan selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Polis Ke-92 bagi tahun 2013, Yang Mulia DCP Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan dan ahli-ahli pangkat rendah, pegawai-pegawai dan kakitangan awam Pasukan Polis Diraja Brunei serta para jemputan yang peramba/ kaola/ saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana atas limpah kurnia dan inayah-Nya, kita semua dipertemukan dalam semangat meraikan Sambutan Hari Polis yang Ke-92 tahun. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis Ke-92 menjelang Tahun Baru Masihi 2013 kepada semua warga Pasukan Polis Diraja Brunei.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,

Kita semua perlu bersyukur kerana telah diberikan kesempatan selama setahun yang lalu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita dengan jayanya. Semoga pada tahun ini kita semua dikurniakan kesejahteraan, kesihatan dan semangat serta dipermudahkan dalam segala urusan untuk meneruskan perjuangan untuk mempertahankan nikmat keamanan dan kesejahteraan yang telah kita kecapi selama ini.

Sesungguhnya hari ini merupakan hari yang sangat penting dan istimewa bagi kita semua kerana ia mengingatkan keberadaan kita selaku sebuah agensi penguatkuasaan yang menjadi tunggak dan pasak ke atas keselamatan dan keamanan Negara Brunei Darussalam. Saya penuh berharap agar setiap anggota memperbaharui azam, komitmen, disiplin serta dedikasi terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Sudah setentunya dalam mencapai usia ke 92 tahun ini, usia kematangan Pasukan Polis Diraja Brunei jelas dapat dirasakan. Sejak penubuhannya pada tahun 1921, Pasukan Polis Diraja Brunei telah melalui pelbagai zaman, perubahan dan cabaran-cabaran. Sepanjang tempoh ini juga, kita juga telah sama-sama melihat dan menghayati pergolakan semasa yang melibatkan pelbagai perkembangan dan perubahan yang mencabar di mana peranan itu telah mengolah dan mengubah corak perjalanan pasukan kita.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,

Dalam usaha memantapkan lagi kewujudan dan keunggulan pasukan, tema sambutan pada tahun ini masih dikekalkan seperti di tahun-tahun lepas iaitu “Membudayakan Profesionalisme dan Integriti Pasukan” yang mempunyai pengertian yang mendalam. Tema ini bukan hanya menjadi hiasan luaran sahaja tetapi amat penting untuk dihayati dan dibudayakan oleh setiap warga

Pasukan Polis Diraja Brunei.

Ia merupakan pra-syarat dalam menentukan kualiti dan hasil akhir dari semua aspek termasuk pelbagai bentuk perkhidmatan yang diberikan oleh pasukan kepada pemegang kepentingan dan masyarakat. Setiap anggota dalam pasukan perlu memahami pengertian integriti ini di mana pegawai, anggota pangkat rendah dan kakitangan awam mesti mempunyai sifat jujur, amanah dan ikhlas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab demi Negara dan masyarakat.

Sebagai langkah permulaan dan asas penting, seluruh warga pasukan adalah disarankan untuk mempertingkatkan tahap disiplin secara tegas dan serius kerana saya percaya, dalam apa jua perubahan positif yang bakal diadakan, ia memerlukan kita sendiri untuk memulakannya. Antara perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian utama ialah penglibatan dan kehadiran pegawai dan anggota dalam aktiviti-aktiviti utama Pasukan Polis Diraja Brunei termasuk keagamaan dan sosial, PT dan lain-lain. Perkara ini sangat penting dan perlu dibudayakan secara berterusan kerana ia menanam nilai-nilai kepimpinan, semangat berpasukan dan kekitaan (sense of belonging) di dalam diri kita, sekaligus menjadi contoh kepada orang bawahan kita.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,

Dalam pada itu, saya juga menyeru dan mengingatkan semua warga pasukan untuk lebih bersikap profesional dan berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab mereka terutama dalam memberikan perkhidmatan kepada orang ramai. Penekanan utama juga diberikan kepada pegawai-pegawai penyiasat samada jenayah dan trafik di mana mereka perlu bersikap lebih bersopan santun dan prihatin dalam menerima laporan-laporan yang dibuat oleh orang ramai dan mengendalikan penyiasatan kes-kes tersebut secara profesional. Mereka juga perlu berintegriti dalam menjaga kerahsiaan kes-kes yang disiasat agar jangan sampai ada kecuaian berlaku sehingga menyebabkan maklumat bocor. Jika tidak ditangani sebaiknya, ini setentunya menjejaskan kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap kita.

Di peringkat pengurusan dan penyeliaan pula, saya menekankan kepentingan bagi semua pengawai-pegawai pemerintah dan penyelia untuk menjalankan tugas dengan lebih fokus, dedikasi dan tegas dengan memberikan tunjuk ajar dan panduan sesuai dengan bidang tugas dan tanggungjawab khususnya dalam mengendalikan anggota di bawah jagaan masing-masing. Mana-mana pegawai dan anggota yang didapati melakukan kesalahan, mereka perlu diambil tindakan-tindakan sewajarnya di bawah peraturan-peraturan am dan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Ini adalah asas utama Pasukan kita dan satu mesej jelas yang mempamerkan bahawa kita membudayakan profesionalisme dan integriti yang kukuh dan telus.

Beberapa tahun kebelakangan ini, trend jenayah di negara ini masih membimbangkan, walaupun ia dalam keadaan terkawal dan pelbagai bentuk strategi pencegahan dan pembanterasan telah kita diusahakan. Kita perlu membuat renungan sejenak dan meneliti semula mengenai apa yang telah kita hasratkan di tahun lepas di majlis yang sama dan juga di Persidangan Pesuruhjaya Polis iaitu untuk mengukur pencapaian-pencapaian kita, inisiatif-inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan dengan kaedah Key Performance Indicators.

Dalam melaksana tugas utama Pasukan Polis Diraja Brunei mencegah dan membanteras jenayah, terdapat keperluan untuk kita semua meneliti dan menilai semula inisiatif-inisiatif yang telah dirangka dan dilaksanakan di tahun-tahun sebelumnya dan menggariskan strategi-strategi yang lebih bersesuaian dan berkesan. Usaha-usaha pencegahan dan pembanterasan jenayah perlu dipertingkatkan khususnya dalam menangani jenayah kecil atau petty crimes yang dilaporkan masih berleluasa di negara ini.

Page 7: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 7

Walaupun terdapat kekurangan di pihak pasukan kita, strategi keberadaan polis (police visibility) perlu dipelbagaikan khususnya di kawasan-kawasan yang menjadi sasaran kegiatan jenayah demi memberi jaminan keselamatan kepada masyarakat di negara kita. Tidak kurang pentingnya juga untuk kita mempertingkatkan kerjasama dengan orang ramai khususnya dalam memperolehi maklumat-maklumat berkaitan kegiatan-kegiatan jenayah bagi membantu pasukan mencegah dan membanteras jenayah. Pada masa yang sama, Pasukan Polis Diraja Brunei juga sedang giat melaksanakan beberapa projek pencegahan dan penguatkuasaan yang mana menggunakan bantuan teknologi.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,

Ke arah inilah pentingnya juga Pasukan Polis Diraja Brunei untuk mempertingkatkan community partnership bersama semua pemegang kepentingan kerana ia merupakan salah satu strategi utama dalam mengetengahkan perhubungan polis dengan masyarakat. Inisiatif-inisiatif ke arah ini telah dan sedang dipergiatkan secara berterusan bagi melaksanakan usaha-usaha mencegah dan membendung kegiatan jenayah di negara yang kita cintai ini.

Adalah perlu diingatkan bahawa kita tidak seharusnya berpuas hati dengan pencapaian-pencapaian yang telah diraih setakat ini dan perlu sentiasa menilai dan memperbaiki perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat. Perkara ini amat penting kerana masyarakat masih memerlukan tindakan yang menampakkan hasil dari pihak agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan termasuk juga Pasukan Polis. Inilah perkara yang penting untuk kita sama-sama memastikan agar perkhidmatan Pasukan Polis Diraja Brunei sentiasa relevan, profesional, dinamik dan berdaya tahan dalam menempuh cabaran-cabaran masa kini dan mendatang. Dalam pada itu, kita juga akan terus berusaha untuk mencapai tiga nilai utama penting Pasukan kita, iaitu (i) Khidmat kepolisan yang berprestij tinggi, (ii) Perkongsian sebagai rakan yang dipercayai dan dihargai dan (iii) Pasukan penyayang, ke arah mencapai kecemerlangan dalam khidmat kepolisan kepada masyarakat.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,

Antara perkara penting yang juga memerlukan perhatian serius ialah meningkatnya keterlibatan belia dalam kes-kes kemalangan jalan raya terutama yang menlibatkan motorsikal dan basikal. Dalam perkara berkaitan, kita juga perlu sama-sama meghayati isi kandungan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Masihi 2013 baru-baru ini. Antara lain, “ Baginda telah bertitah mengenai isu kesesakan jalan raya untuk diberikan prioriti bagi ditangani secara komprehensif. Kajian mengenainya bagi penyelesaian jangka panjang adalah perlu. ”

Dalam menangani perkara ini secara holistik, usaha-usaha perlulah dijalankan secara bersepadu oleh Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas bersama dengan pemegang-pemegang kepentingan yang relevan termasuk Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengangkutan Darat, pihak-pihak swasta dan lain-lain. Adalah penting bagi Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas untuk mefokuskan tenaga ke arah mempergiatkan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan ke atas kesalahan-kesalahan lalu lintas, selain menekankan kepentingan pendidikan mengenai isu-isu keselamatan jalanraya melalui kempen-kempen kesedaran khususnya risiko-risiko keselamatan di peringkat sekolah-sekolah dan maktab-maktab dan juga masyarakat.

Untuk menangani perkara ini, pasukan polis juga perlu memainkan peranan utama dalam mempertingkatkan inisiatif-inisiatif penguatkuasaan ini melalui usaha-usaha bersepadu melalui forum Majlis Keselamatan Jalan Raya. Selain itu, Pasukan Polis Diraja Brunei juga penuh berharap agar projek Sistem Mata

Demerit yang dilaksanakan secara bersepadu dalam beberapa peringkat dapat menangani dan sekaligus mengurangkan insiden-insiden kemalangan yang semakin merungsingkan di negara ini.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,

Pada tahun 2013 ini, Negara Brunei Darussalam telah diberikan penghormatan untuk menjadi Tuan Rumah kepada Persidangan ASEAN. Ini merupakan satu peranan dan tanggungjawab besar yang mencabar dan sekaligus mengukir serta menaikkan nama negara di arena antarabangsa dan juga dunia. Pasukan Polis Diraja Brunei juga mempunyai peranan utama khususnya dalam memastikan inisiatif-inisiatif keselamatan dilaksanakan sebaik mungkin ke arah mempertingkatkan tahap kebersediaan dari segi kapasiti dan keupayaan serta kewaspadaan pasukan kita. Usaha-usaha bersepadu bersama pemegang-pemegang kepentingan kita perlu dipertingkatkan demi memastikan persidangan tersebut berjalan dengan lancar dan selamat.

Dalam hubungan ini, semua warga pasukan polis diseru untuk memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam sama-sama memastikan tahap keselamatan negara adalah terjamin, di mana Pasukan Polis Diraja Brunei mampu menjalankan tugas ini dengan jayanya di persidangan ini nanti. Setentunya ini memerlukan komitmen dan pengorbanan yang tinggi khususnya dari segi masa dan tenaga mereka demi melaksanakan tugas dan tanggungjawab besar yang diamanahkan dan bakal dijalankan. Apa jua perancangan melibatkan percutian dan latihan anggota perlu diselengara sebaik mungkin agar ia tidak menjejaskan perlaksanaan tugas penting ini.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan setinggi penghargaan kepada Pengerusi Majlis Sambutan Hari Polis Ke-92 Tahun dan ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat atas usaha gigih dan komitmen mereka dalam menyusun program-program bagi menjayakan sambutan hari polis pada tahun ini. Ucapan tahniah ini juga ditujukan kepada pegawai pemerintah perbarisan serta semua pegawai dan anggota yang menyertai perbarisan pada hari ini kerana memperlihatkan mutu perbarisan yang cekap dan penuh semangat dan kecergasan sebagai sebuah pasukan yang berdisiplin dan berwibawa. Di samping itu, saya ingin mengambil kesempatan ini dan tidak lupa merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua pegawai dan anggota pasukan polis yang telah bersara kerana tanpa jasa, komitmen dan tunjuk ajar mereka itu, Pasukan Polis Diraja Brunei tidak akan mampu berdiri dengan megah dan mantap seperti sekarang.

Akhirnya, dikesempatan ini juga, marilah kita sama-sama memperbaharui azam, komitmen, disiplin diri yang tinggi serta dedikasi terhadap tugas dan tanggungjawab kita selaku agensi penguatkuasa undang-undang di negara ini dengan mengutamakan Khidmat Kepolisan Yang Berprestij Tinggi, Rakan Yang Dipercayai dan Pasukan Penyayang. Marilah kita berdoa semoga Pasukan Polis Diraja Brunei akan tetap dikurniakan dengan petunjuk dan hidayah serta pada setiap saat dan masa berada dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala jua. Amin Ya Rabbbil Alamin.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warah-Matullahi Wabarakatuh.

Page 8: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI8

UPACARA HARI POLIS

Lebih seribu anggota iaitu 13 kontinjen daripada jabatan-jabatan, balai-balai dan unit-unit Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) menyertai Perbarisan Kawalan

Kehormatan Sempena Sambutan Hari Polis Ke-92 tahun ini.

Perbarisan kawalan kehormatan yang dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu merupakan acara kemuncak sambutan Hari Polis tahun ini diadakan pagi Selasa, 15 Januari 2013 di Padang Kawad, Pusat Latihan Polis Gadong.

Atur cara didahului dengan hormat panglima dan diikuti dengan pemeriksaan perbarisan oleh Yang Dimuliakan Pesuruhjaya Polis dan seterusnya menyampaikan sijil kepujian kepada seramai 27 orang yang terdiri daripada pegawai dan anggota PDB termasuk pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pegawai B-Mobile Sendirian Berhad.

Penerima sijil-sijil kepujian dipilih atas usaha gigih, kerjasama dan tanggungjawab mereka dalam membuat siasatan, membantu orang ramai dan menyelesaikan beberapa kes jenayah yang dilaporkan sehingga tertangkapnya penjenayah dan dihukum penjara.

Upacara PerbarisanHari Polis Ke-92

Pegawai Pemerintah Perbarisan, Pemangku Penguasa Polis Haji Zaini bin Haji Abd. Rahim mengepalai kontinjen-kontinjen Pasukan Polis Diraja Brunei bagi meraikan Upacara Perbarisan Hari Polis Ke-92 tahun di Padang Kawad Pusat Latihan Polis Gadong.

Page 9: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 9

Pelbagai acara telah dilaksanakan dan disusun sempena sambutan Hari Polis tahun ini antaranya Pelancaran Poster, Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil, Kempen Derma Darah, Walkaton, di samping Pameran Sambutan Hari Polis.

PDB adalah sebuah agensi kerajaan yang tertua di negara ini. Sambutan ulang tahun ke-92, bagi tahun 2013 PDB pada tahun ini adalah berikutan Enakmen Pasukan Polis Brunei yang telah diluluskan pada tahun 1921 tetapi tarikh sejarah Pasukan Polis adalah seawal tahun 1906.

Sejak ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1921, banyak peristiwa-peristiwa penting dan signifikan telah berlaku pada peringkat nasional,

serantau dan juga antarabangsa.

Hari Polis disambut pada 1 Januari setiap tahun dengan tema Sambutan Hari Polis Ke-92 Tahun 2013 adalah 'Membudayakan Profesionalisme dan Integriti Pasukan'.

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu menyempurnakan Sijil Kepujian kepada salah seorang pegawai PDB semasa meraikan Upacara Perbarisan Hari Polis Ke-92 tahun di Padang Kawad, Pusat Latihan Polis Gadong.

Page 10: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI10

BIODATA

PengarahPentadbiran Am &Kewangan PDB,ACP.Mohd. Irwan bin Haji hambali

Media Polis ‘KEAMANAN’ dalam Edisi 38, 2013 ini, telah memilih seorang pegawai kanan Pasukan Polis Diraja Brunei(PDB) yang menjawat jawatan Pemangku

Pengarah Pentadbiran Am dan Kewangan, PDB iaitu Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd. Irwan bin Haji Hambali.

Penolong Pesuruhjaya Polis Mohd Irwan yang berusia 43 tahun mempunyai kelulusan akademi dalam jurusan, Master of Science in Human Resource Management, University of Kent, United Kingdom dan Bachelor of Engineering in Cheminal Engineering.

Sejak Penolong Pesuruhjaya Polis Mohd. Irwan mula berkhidmat dalam pasukan pada 1 Julai 1995 diterapkan ke Pusat Latihan Polis dengan berpangkat P/ASP dan pangkat beliau sebagai

ASP – Penolong Penguasa Polis dikekalkan pada 1 Ogos 1998.

Pada 1 Januari 2001, beliau dinaikkan pangkat sebagai Pemangku Timbalan Penguasa Polis (Ag.DSP) dan ditetapkan pangkat DSP pada 1 Julai 2001. Kemudian dinaikkan pangkat Pemangku Penguasa Polis (Ag.Superintenden – Supt.) pada 1 Jun 2006 dan seterusnya ditetap Superintenden pada 1 Januari 2008.

Kemudian beliau dinaikkan pangkat pada 24 Oktober 2009 berpangkat Ag. Senior Superintenden (Pemangku Penguasa Kanan Polis) dan ditetapkan pangkat pada 1 Julai 2010. Kini beliau berpangkat Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) dinaikkan pangkat pada 10 Mei 2012.

Sepanjang perkhidmatan dalam PDB, beliau mula

Page 11: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 11

di tugas di Daerah Polis Belait pada 8 Ogos 1996. Kemudian pernah bertugas di Balai Polis Jerudong sebagai Pengawai Penyiasat Traffik pada 1 Januari 1997.

Sementara itu beliau menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Pemerintah Daerah Polis Jerudong merangkap Pegawai Penyiasat Jenayah pada 23 April 2001.

Dari pengalaman dan tugas-tugas yang dilalui oleh beliau telah ditugaskan dengan menjawat Ketua Siasatan dan Kawalan Lalu-Lintas pada 1 September 2001. Kemudian beliau ditukar ke Jabatan Logistik pada 1 Julai 2005 dan pada 1 September 2006 ditukar ke Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan sebagai Ketua Latihan. Sekarang beliau menjawat jawatan sebagai Pemangku Pengarah Pentadbiran Am dan Kewangan, PDB pada 1 September 2006.

ACP Mohd. Irwan bin Haji Hambli dikurniakan pingat P.I.K.B pada Februari 2006 dan pingat P.S.B pada Ogos 2012.

Kursus

• Basic Management Course on 16/2/1998 – 19/2/1998 at Institut Perkhidmatan Awam,

• Public Speaking at Institut Perkhidmatan Awam on 6/9/1999 – 3/9/1999,

• Management Training Effective Police Plaining at Police Headquaters Gadong on 12/1/2000 – 13/1/2000,

• Supervisory Criminal Investigation Course at ILEA, Bangkok on 22/5/2000 – 30/6/2000,

• ARF Seminar on Humanitarian Assistance and Disaster Relief on 4/12/2002 – 6/12/2002,

• The Supply, Delivery, Testing Commissioning and Training of Laser Speed Measuring Equipment – Microdigcam (work Visit) at Shah Alam, Selangor, Malaysia on 5/8/2003 – 7/8/2003,

• ADB Regional Road Safety Workshop and 4th GRSP ASEAN Seminar at Palm gardens Hotel, Putrajaya, Malaysia on 19/5/2004 – 21/5/2004,

• Accident Prevention and Investigation Analysis at J.W. Marriot Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia on 24/1/2005 – 25/1/2005 and Conrad Hotel, Bangkok, Thailand on 27/1/2005 – 28/1/2005,

• Leadership Development Programme on 2/4/2007 – 6/4/2007 at Bangkok, Thailand,

• Brusing XV Training (Black Component) at Republic of Singapore on 10/9/2007 – 28/9/2007,

• Meeting and working visit to Singapore Police Force on 25/6/2007,

• CID Forensic Conference 2007 at Singapore Police Force on 27/11/2007,

• Working visit at Royal Malaysia Police Force and Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) at Malaysia on 4/6/2008 – 7/6/2008,

• Invitation to the 5th Working Group Meeting on the Establishment at the ASEANAPOL Secretariat Kuala Lumpur, Malaysia on 1/12/2008 – 4/12/2008,

• Meeting Joint ASEAN Senior Police Officers Course (JASPOC) Australia Federal Police Singapore on 23/9/2008,

• Brusing XVII training with Republic Police Singapore with Green Component on 2/3/2009 – 30/3/2009 at Brunei Darussalam and Black Component on 4/5/2009 – 23/5/2009 at Singapore,

• Meeting of Police ASEAN Head Chief (ASEANAPOL) on 29th at Vietnam, Hanoi on 12/5/2009 – 16/5/2009,

• Working visit Command Visit training Brusing XVII Black Component at Singapore on 20/5/2009 – 22/5/2009,

• Graduation Parade and 52nd Batch of Police National Service Officer Cadets with visiting at Unit Transcom, Unity Square, Home Team Academy, Singapore on 8/12/2010,

• Exercise Brusing XIX preparatory Meetings at Singapore Police Force on 14/10/2010 – 16/10/2010,

• Exercise Brusing XX preparatoy Meetings Singapore Police Force on 8/11/2001 – 11/11/2011,

• 18th INTERPOL Police Training Symposium at Belek-Antalya, Turkey on 28/11/2011 – 30/11/2011,

• 1st Opertional Expert Group Meeting on Cybercrime on 26/9/2012 – 27/9/2012 and 6th IGCI Working Group Meeting on 27/9/2012 – 28/9/2012 at Singapore,

• Exercise Brusing XXI Preparatory Meetings Singapore Police Force, Singapore on 31/10/2012 – 3/11/2012, dan

• Working visit at National Police Academy and International Police Training Centre Istanbul, Turkey on 3/12/2012 – 5/12/2012 and National Policing Improvement Agency (NPIA), Glamongan University and Kent Police, Untied Kingdom on 7/12/2012 – 8/12/2012.

Page 12: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI12

PENGANUGERAHAN BINTANG-BINTANG UTAMA

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu telah dianugerahkan Bintang Bhayangkara

Utama (Bhayangkara Utama Medal of Honour), juga dikenali dengan nama “National Police Meritorius Service Star” oleh Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Dr. Haji Susilo Bambang Yudhoyono.

Majlis pengurniaan anugerah berkenaan disempurnakan oleh Jeneral Timur Pradopo, Kepala Kepolisian Negara (Kapolri), Kepolisian Republik Indonesia yang berlangsung di Markas Besar Kepolisian Republik Indonesia.

Bintang Bhayangkara Utama merupakan satu pengurniaan anugerah penghormatan yang berprestij bagi mengiktiraf pencapaian Yang Dimuliakan Pehin dalam mengeratkan hubungan kerjasama yang sangat baik antara Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dengan Kepolisian Republik Indonesia (KRI).

Turut hadir semasa pengurniaan tersebut ialah Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Brigadier General (B) Dato Paduka Haji Mahmudbin Haji Saidin dan pegawai-pegawai kanan PDB dan KRI (Polri).

Pada Khamis, 3 Januari 2013 di Republik Singapura,

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam sekali lagi menerima penganugerahan bintang Darjah Utama Bakti Cemerlang yang dikenali ‘The Distinguished Service Order’ (DSO) oleh Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam di State Room, Istana Singapura.

Darjah Utama Bakti Cemerlang merupakan satu penganugerahan dan penghormatan berprestij tinggi bagi mengiktiraf pencapaian-pencapaian Yang Dimuliakan Pehin ke arah mempertingkatkan hubungan erat dan kerjasama khususnya dalam pelbagai bidang pembangunan kapasiti dan keupayaan operasi termasuk penyiasatan, latihan dan perkongsian maklumat di antara PDB dan Pasukan Polis Singapura (PPS).

Semantara itu, disebelah malamnya pula, Majlis Santap Beradat telah diadakan bagi penghormatan Yang Dimuliakan Pehin dan rombongan PDB, di mana beliau telah dianugerahkan ‘Pedang Temasek’ oleh Pesuruhjaya Polis Singapura, Tuan Ng Joo Hee di Mess Pegawai Kanan, PPS.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Abd. Ghapar bin Ismail, Isteri Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Datin Hajah Kamariah binti Orang Kaya Indera Perkasa Shari dan pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua pasukan.

(Kiri) Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu menerima bintang Bhayangkara Utama dari Jeneral Timur Pradopo,Kepala Kepolisian Negara (Kapolri), Indonesia manakala (Kanan) Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu menerima bintang Darjah Utama Bakti Cemerlang dari Presiden Republik Singapura.

PJP Dikurniakan bhayangkara utama Dan Darjah Utama Bakti Cemerlang

Page 13: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 13

MAJLIS MAKAN BERADAT

Majlis Makan Beradat

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu selaku tetamu kehormat majlis hadir di Majlis Makan Beradat Sempena Sambutan Hari Polis Ke-92 tahun.

Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) meraikan Sambutan Hari Polis Ke-92 tahun dengan mengadakan sebelah malamnya Majlis Makan Beradat yang berlangsung pada

Isnin, 18 Januari 2013 di Royal Berkshire Hall, Park Polo Club, Jerudong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor, pengarah-pengarah, timbalan-timbalan pengarah, pegawai-pegawai pemerintah daerah polis dan pegawai-pegawai PDB.

Kemuncak majlis ialah acara berjalan lalu yang

membawa bendera rasmi panji-panji PDB yang diikuti dengan kombo Pancaragam PDB.

Bagi memberkati majlis doa selamat dibacakan oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, Sarjan Mejar 1671 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Matahir.

Acara berakhir dengan membawa bendera rasmi panji-panji PDB keluar di dewan majlis makan malam tersebut.

PDB adalah sebuah agensi kerajaan yang tertua di negara ini telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1921.

Page 14: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI14

PERSIDANGAN ASEANAPOL

Delegasi Negara Brunei Darussalam daripada Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan Biro Kawalan Narkotik (BKN) akan menghadiri Persidangan Ketua-

Ketua Polis ASEAN (ASEANAPOL) Ke-33 di Bandar Pattaya, Wilayah Chonburi, Thailand pada 18 hingga 21 Februari.

Rombongan Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis, DCP Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor telah berlepas meninggalkan negara pada Ahad, 17 Februari yang mana terdiri daripada enam orang pegawai kanan PDB dan seorang pegawai BKN.

Persidangan tersebut dihadiri oleh ketua-ketua polis daripada kesemua negara ahli yang bergabung dengan ASEAN dan juga perwakilan daripada lima buah negara rakan dialog iaitu

Republik Rakyat China, Jepun, Republik Korea, Australia dan New Zealand.

Persidangan ASEANAPOL kali ini akan membincangkan beberapa topik seperti Pengganasan, Penyeludupan Dadah Terkawal, Penyeludupan Senjata Api, Perdagangan Manuisa, Jenayah Maritim, Jenayah Perdagangan, Pemalsuan Kad Kredit, Jenayah Siber, Pemalsuan Dokumen Perjalanan, Jenayah Transnasional, Penggunaan Sistem Database ‘Electronic-ASEANAPOL’ serta hubungan kerjasama dalam menangani isu-isu jenayah, Pertukaran pegawai dan program-program latihan.

Menghadiri PersidanganASEANAPOL Ke-33

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor bersama pegawai-pegawai kanan PDB dan seorang pegawai Biro Kawalan Narkotik akan berlepas menghadiri persidangan ASEANAPOL Ke-33 di Pattaya, Wilayah Chonburi, Thailand.

Page 15: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 15

MENANDATANGANI LOC

Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) menandatangani Surat Kerjasama (LoC) dengan Biro Penyiasatan Persekutuan dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Amerika

Syarikat dalam usaha menentang pengganasan dan jenayah rentas negara yang berlangsung di Pondok Golf, Ibu Pejabat Polis Gadong pada Isnin, 14 Januari 2013.

Menandatangani bagi pihak PDB ialah Pemangku Pengarah Jabatan Perisikan Jenayah, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Haji Mohamed Don bin Haji Harith dan Mr. Cary Gleicher, mewakili Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negerai (DHS), Amerika Syarikat.

Hadir menyaksikan penandatanganan tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam

CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu, para pegawai kanan Kedutaan Amerika Syarikat dan PDB.

Penandatanganan LoC dihasratkan mewujudkan asas kerjasama dalam bidang kepentingan bersama dan pertukaran maklumat termasuk bidang-bidang kepentingan bersama yang lain.

LoC juga meningkatkan kerjasama antarabangsa antara PDB dan FBI serta DHS, Ameriksa Syarikat dan memperakui komitmen bersama dalam mencegah ancaman penganasan dan jenayah rentas negara.

Menghadiri PersidanganASEANAPOL Ke-33

PDB Bersama FBI Dan DHSPenandatanganan LoC

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu menyaksikan penandatanganan LoC dengan Biro Penyiasatan Persekutuan dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Amerika Syarikat dan Pasukan Polis Diraja Brunei, di Pondok Golf, Ibu Pejabat Polis Gadong.

Page 16: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI16

PAMERAN

Semua lapisan pegawai dan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) adalah diingatkan supaya dapat memastikan apa pun tindakan yang mereka lakukan

terutamanya yang melibatkan perkhidmatan kepada masyarakat akan sentiasa dijaga dan dipelihara mengikut konteks undang-undang negara yang berkuatkuasa.

Kita ingin melihat penguatkuasaan undang-undang yang dilaksanakan ini dibuat secara profesional dan berintegriti, kata Pesuruhjaya Polis, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu selaku tetamu kehormat majlis semasa melancarkan pameran sempena Hari Polis Ke-92 tahun di Airport Mall pada Ahad, 3 Mac 2013.

Pada masa yang sama, kita juga ingin melihat masyarakat menaruh kepercayaan kepada pasukan polis dan melalui kepercayaan inilah, kita akan dapat sama-sama memastikan kemakmuran yang kita nikmati dapat diteruskan sehingga ke

generasi akan datang, katanya.

Dalam konteks ini, pasukan polis telah melaksanakan beberapa usaha yang dapat menjana kerjasama yang lebih erat dan terarah dengan masyarakat.

“Inilah kunci yang akan menjadi pengukur kepada kepercayaan masyarakat kepada pasukan polis dan apabila pasukan dapat melaksanakan perkara ini, maka akan menjadi mudah untuk masyarakat memberikan kerjasama kepada kita,” jelasnya.

Yang Dimuliakan Pehin juga berharap masyarakat dan orang ramai akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif khususnya di peringkat mukim dan kampung bagi memastikan semua gejala jenayah dapat dibendung secara kolektif.

Dalam hal ini, pasukan polis memberikan jaminan bahawa ia akan sentiasa memberi sokongan padu dengan apa jua usaha yang dapat mendatangkan manfaat kepada keselamatan dan kesejahteraannya.

Pameran Hari PolisKe-92

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu menerima poster permadagangan manusia dari Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan di Pameran Hari Polis, Airport Mall, Berakas.

Page 17: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 17

Acara hari ini turut menyaksikan satu lagi usaha padu pasukan polis yang mendasari strategik objektifnya di dalam perancangan strategi pasukan 2007-2016 bagi meningkatkan kerjasama dengan masyarakat.

Melalui pameran Hari Polis ini, ianya diharap dapat menjadi wadah untuk pasukan polis mengeratkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara orang ramai dengan pasukan.

Pameran yang diadakan ini juga diharap akan dapat memberikan gambaran yang lebih dekat kepada masyarakat dan orang ramai mengenai tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pasukan polis secara menyeluruh.

Pameran selama sehari ini bertujuan untuk mengeratkan dan meningkatkan lagi hubungan kerjasama pihak polis dengan orang ramai yang sudah sekian lama terjalin, di mana ia dilihat sebagai rakan yang mesra dalam sama-sama memelihara keamanan dan keselamatan negara.

Selain itu juga diharap dapat memberikan

pengetahuan kepada orang ramai mengenai tugas, fungsi, peranan dan tanggungjawab pasukan polis dalam menjaga keselamatan negara dan orang ramai.

Melalui pameran ini, pengunjung juga berpeluang untuk mendengar penerangan mengenai trend jenayah terkini dan bagaimana orang awam boleh membantu pasukan polis dalam sama-sama memerangi jenayah dan menjaga ketenteraman dan keamanan negara.

Pameran ini turut disertai Majlis Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan dan agensi di bawahnya yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai keselamatan di jalan raya dan juga dalam usaha pasukan untuk menurunkan kadar kemalangan di negara ini.

Pameran ini turut diselaraskan dengan penyerahan poster pemerdagangan manusia daripada Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan kepada Yang Dimuliakan Pehin Pesuruhjaya Polis.

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu menyaksikan pameran dan mendengar taklimat dari agensi-agensi yang terlibat dalam Pameran Hari Polis, Airport Mall, Berakas.

Page 18: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI18

PENYERAHAN BUKU MANUAL AUDIT

Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) mengadakan Majlis Pelancaran dan Penyerahan Buku Panduan dan Manual Rujukan bagi Audit Dalaman PDB yang berlangsung Isnin, 25 Februari

2013 bertempat di Kompleks Padang Tembak PDB, Jalan Aman, Muara.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu dan memberi ucapan yang antaranya bahawa diingatkan agar membudayakan amalan sikap profesional dan berertika tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam menggunakan kuasa-kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang secara berhemah dan bijaksana

supaya tidak terkeluar daripada landasan undang-undang berkenaan sebagai sukat-sukat dalam mentadbir dan mengurus apa jua arahan demi menuju ke arah prestasi yang cemerlang.

Yang Dimuliakan Pehin berkata, di samping penerapan karakter, setiap pegawai dan anggota hendaklah diterapkan dengan sikap dan sifat dedikasi, berkarisma, berintegriti, berpengaruh dan berwibawa demi menuju ke arah perkhidmatan yang cemerlang, di mana nilai keperibadian seseorang anggota dapat dipamerkan menerusi pelaksanaan tugas harian dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Menurut Yang Dimuliakan Pehin, pembelajaran berterusan adalah usaha ke arah memberikan hasil dan

Pelancaran Buku Panduan danManual Rujukan Audit Dalam PDB

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu memberi ucapan di Majlis Pelancaran dan Penyerahan Buku Panduan dan Manual Rujukan bagi Audit Dalaman Pasukan Polis Diraja Brunei di Kompleks Padang Tembak PDB, Jalan Muara.

Page 19: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 19

contoh yang terbaik ke atas perkhidmatan yang cemerlang yang kemudiannya secara tidak langsung akan menjana pembentukan sifat atau sikap proaktif dalam penyelarasan pengendalian jentera penggerak pasukan.

Impak yang disebutkan itu adalah melalui Audt Dalam PDB di mana seluruh anggota pasukan akan bekerjasama dalam meningkatkan keberkesanan sesuatu perkhidmatan yang tinggi dan berprestij sejajar dengan Pelan Strategik Pasukan, kata Yang Dimuliakan Pehin.

Pesuruhjaya Polis berkata, ketua kepada setiap organisasi kerajaan dan badan-badan berkanun itu hendaklah bersikap lebih akauntabiliti, bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya menyerahkan tugas yang diamanahkan kepada pegawai bawahan, supaya keselamatan harta benda kerajaan akan lebih terjamin, tidak disalahgunakan atau diselewengkan untuk kepentingan peribadi.

“Di samping menerapkan value for money ke atas penggunaan peruntukan kerajaan, segala bentuk pembaziran juga hendaklah diatasi dengan dielakkan,”

tekan Yang Dimuliakan Pehin.

Yang Dimuliakan Pehin jgua turut menjelaskan antara rangkaian objektif pengauditan menurut perspektif pasukan dapat dikesan serta akan dimanfaatkan sebagai menunjukkan komitmen yang padu ialah dari segi perjalanan pentadbiran dalaman yang terkawal, bersistematik dan teratur serta terarah, berkeupayaan dalam memastikan pemantauan kawalan dalaman yang mencukupi ke atas pengurusan kewangan dan pembudayaan pengurusan harta benda orang awam (wang jamin) dikendalikan mengikut peraturan yang betul.

Sejurus pelancaran buku panduan dan manual rujukan bagi audit dalaman itu, tetamu kehormat seterusnya menyampaikan kepada pengarah-pengarah jabatan, pegawai-pegawai pemerintah Daerah Polis, ketua-ketua formasi dan unit serta pegawai-pegawai menguasa Balai-Balai Polis.

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu menyampaikan Buku Panduan dan Manual Rujukan bagi Audit Dalam Pasukan Polis Diraja Brunei kepada salah seorang pegawai di majlis pelancaran tersebut.

Page 20: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI20

MESYUARAT DUA HALA

Mesyuarat dua hala di antara Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan Pasukan Polis Singapura (PPS) ke-8 bagi membincangkan pencapaian dan hala tuju untuk terus

mengukuhkan hubungan di antara kedua-dua pasukan polis yang berlangsung pada Khamis, 28 Mac 2013 di Kompleks Padang Tembak PDB, Sungai Tilong, Mukim Berakas.

Mesyuarat Dua Hala PDB dan PPS ke-8 diadakan di bawah bidang kuasa memorandum persefahaman yang diperbaharui pada tahun 2009 untuk memerangi jenayah transnaional dan menjalin kerjasama dalam bidang baru.

Hadir di mesyuarat berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu dan Pesuruhjaya Pasukan Polis Singapura, Peter Ng Joo Hee.

Dalam ucapan perasmiannya, Yang Dimuliakan Pehin berkata mesyuarat berkenaaan turut membincangkan isu-isu strategik pembangunan, terutama sekali dalam

membincangkan kapasiti rangkaian operasi, pada masa yang sama terus belajar daripada satu sama lain melalui kerjasama dan berkerja rapat dalam perjuangan terhadap jenayah transnaional.

Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei turut mengucapkan terima kasih atas bantuan Pasukan Polis Singapura dalam mengadakan program latihan dan mengekalkan kerjasama dengan Pasukan Polis Diraja Brunei melalui peningkatan sumber manusia dan keupayaan operasi serta mencatatkan latihan bersama antara kedua-dua pasukan dan penempatan pegawai kadet Pasukan Polis Diraja Brunei di rumah pasukan akademi Singapura.

Dalam ucapannya itu, Yang Dimuliakan Pehin juga menyentuh mengani acara sukan, dikenali sebagai kejohanan Antara Pasukan, yang bermula hari ini hingga esok yang melibatkan seramai 150 atlet dari kedua-dua pasukan dalam menyertai sukan yang dipertandingkan iatiu golf, bola sepak, bulu tangkis, bola jaring dan ditambah dengan acara bola tampar lelaki dan lumba perahu.

Mesyuarat Dua Hala PDB dan PPS

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu bergambar ramai bersama Pesuruhjaya Polis Singapura, Tuan Peter Ng Joo Hee bagi Mesyuarat Dua Hala Antara Pasukan Polis Diiraja Brunei dan Pasukan Polis Singapura.

Page 21: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 21

UGAMA - DOA KESYUKURAN

Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Ke-39 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota

Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang juga selaku Timbalan Inspektor Jeneral Polis yang berlangsung di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong pada Sabtu, 16 Februari 2013.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis, DCP Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor, pengarah-

pengarah, timbalan-timbalan pengarah, pegawai-pegawai pemerintah daerah polis, pegawai-pegawai dan anggota pangkat rendah PDB.

Atur cara majlis bermula dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat dan Membaca Rattib Al-Atas serta Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis, Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Metahir.

Duli Yang Teramat Mulia telah dilantik menjadi Timbalan Inspektor Jeneral Polis, PDB pada 5 Mei 2005 dan diputerakan pada 17 Februari 1974.

Doa Kesyukuran SempenaPuja Usia DPMM

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu selaku tetamu kehormat di Majlis Doa Kesyukuran Sempena Puja Usia DPMM bertempat di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.

Page 22: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI22

PENUTUP DIKIR MAULUD

Setiap tahun umat Islam di negara ini akan menyemarakkan dan memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang

diadakan selama 12 malam berturut-turut sejak Sabtu, 12 Januari 2013 yang lalu.

Pada Rabu, 23 Januari 2013, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) mengadakan Majlis Penutup Dikir Syarafil Anam dengan dihadiri tetamu kehormat majlis, Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu serta Timbalannya, Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Md Noor.

Dikir Syarafil Anam dibawakan oleh anggota-anggota polis, para pegawai kanan PDB dipimpin oleh Imam surau berkenaan, Sarjan Mejar Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Matahir sejurus selepas Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.

Antara bacaan dikir yang dibawakan termasuklah

Assalamu'alaika dan Marhaban.

Selain mengadakan Dikir Syarafil Anam untuk menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, umat Islam juga digalakkan dan sunatkan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda.

Acara utama Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ialah Perhimpunan dan Perarakan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diadakan secara serentak di seluruh negara pada 12 Rabiulawal tahun 1433 Hijriah bersamaan 24 Januari 2013 Masihi.

PDB Adakan Penutup Dikir Maulud

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu hadir di majlis penutup dikir maulud di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong

Page 23: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 23

TAHLIL SEMPENA HARI POLIS

Bersempena Sambutan Hari Polis Ke-92 tahun ini, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) melalui Urusetia yang dilantik telah mengaturkan pelbagai aktiviti, termasuk acara

keagamaan, sukan dan pameran.

Antaranya ialah Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit yang diadakan di sebelah petang Khamis, 10 Januari 2013.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan Surah Yaa Siin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, Sarjan Major 1671 Pengiran

Haji Ludin bin Pengiran Haji Mat Tahir.

Lebih kurang 400 anggota polis yang terdiri daripada Pengarah-pegarah, Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota pangkat rendah serta kakitangan awam polis dari keempat-empat daerah.

Tahlil Sempena Hari PolisKe-92

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut.

Page 24: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI24

KEBAJIKAN - SUMBANGAN KERUSI RODA

Seramai tujuh anggota polis termasuk yang telah bersara telah menerima kerusi roda sempena Sambutan Hari Polis Ke-92 berlang-sung di Dewan Serbaguna Pusat Latihan, Ibu

Pejabat Polis, pada Rabu, 30 Januari 2013.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempur-nakan penyerahan kerusi roda ialah Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faati-hah beramai-ramai diketuai oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, Sarjan Mejar 1671 Pengiran Haji Aliudin bin Pengiran Haji Metahir.

Juga hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, DCP Dato Seri Pahlawan Awang Bahrin bin Haji Mohd. Noor, Pengarah-pengarah,

Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Pemerintah, pegawai-pegawai kanan dan anggota-anggota Pa-sukan Polis Diraja Brunei dan Yang Di-Pertua POLSARA.

Para penerima kerusi roda terdiri daripada Inspe-ktor (Bersara) Haji Syawal bin Haji Nudin, Sarjan 101 (Bersara) Gara Anak Simong, W/Kpl 4216 Norhaniza-wanney binti Yaakub, Kpl 2477 (Bersara) Hasnan bin Ali, W/Kpl 386 (Bersara) Lela binti Annuar, L/Kpl 3550 Romeo Arjuna bin Moksin dan APO L/Kpl 5255 Abdul Karim bin Muhd. Mujang.

PDBMenyumbangTujuhKerusi Roda

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu menyampaikan kerusi roda kepada penerima di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Polis Gadong.

Page 25: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 25

MERAIKAN ANGGOTA BERSARA

Pengalaman dan pengetahuan anggota yang bersara miliki semasa berkhidmat dengan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) amat tinggi nilainya untuk dimanfaatkan kepada masyarakat dengan

bermaklumat yang lebih peka mengenai perkhidmatan Awam, kata alu-aluan dari Pengerusi Majlis Meraikan Ahli-Ahli Pangkat Rendah Yang Bersara Bagi Tahun 2011 dan 2012, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd. Irwan bin Haji Hambali di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Polis Gadong, pada Sabtu, 30 Mac 2013.

ACP Mohd. Irwan menjelaskan, ekspektasi masyarakat adalah lebih tinggi dan kita perlu secara dinamik sentiasa berfikir dan mencari strategi yang sesuai untuk menghadapi cabaran yang semakin hebat.

Justeru itu, demi mencapai wawasan PDB dalam menjaga keamanan dan ketenteraman negara, kita terus berganding bahu, bersama menggembleng tenaga dalam memperkasa perkhidmatan PDB ke arah mencapai matlamat yang diinginkan, kata beliau.

Beliau menjelaskan, pencapaian anggota yang bersara merupakan pencapaian yang amat dibanggakan dan perlu dicontohi kerana mereka itu ditakrifkan sebagai berjaya dalam mengharungi pelbagai liku-liku cabaran dan tentangan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka semasa berkhidmat.

Tambahnya lagi, selain daripada mengisi masa lapang dengan mengeratkan silaturahim dengan keluarga yang tersayang, kesempatan itu juga dapat diisi dengan aktiviti amal ibadah dan berkebajikan.

Dalam majlis tersebut, Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu dan isteri, Datin Hajah Kamariah binti Orang Kaya Indera Perkasa Haji Shari hadir selaku tetamu kehormat.

Juga hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, DCP Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor dan isteri, pengarah-pengarah, timbalan pengarah, pegawai-pegawai pemerintah dan isteri masing-masing.

Seramai 107 anggota pangkat rendah PDB yang bersara daripada perkhidmatan dalam tahun 2011 dan 2012 telah diraikan pada majlis itu dengan penyampaian cenderamata oleh Pesuruhjaya Polis dan Datin kepada anggota-anggota yang diraikan bersama isteri.

Acara tradisi PDB melalui Badan Kebajikan dan Sukan itu dengan bertujuan bagi menghargai sumbangan dan jasa anggota-anggota yang bersara kepada negara dan PDB.

Meraikan Anggota Pangkat Rendah Yang Bersara

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu menyampaikan cenderahati kepada salah seorang persara yang diraikan di majlis tersebut.

Page 26: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI26

PEKERTI - KEPRIHATIAN ANAK YATIM

Bagi mengenang jasa bakti dan sumbangan Allahyarham bapa-bapa mereka, seramai 110 orang anak-anak yatim Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah diraikan dalam Majlis

Hari Keluarga Sentuhan Kasih yang dianjurkan oleh Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) yang berlangsung di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Polis, Ibu Pejabat Polis Gadong, pada Jumaat, 22 Mac 2013.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkebajikan itu dan seterusnya menyempurnakan penyampaian derma kepada anak-anak yatim berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam selaku Penasihat PEKERTI, Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu dan isteri selaku Yang DiPertua PEKERTI, Datin Hajah Kamariah binti Orang Kaya Indera Perkasa Haji Shari.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, DCP Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd Noor serta isteri yang juga Pengerusi PEKERTI, Datin Rosminah binti Haji Abdul Hamid, pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai pemerintah, pegawai-pegawai, anggota PDB dan ahli-ahli PEKERTI yang terdiri dari anggota polis wanita dan isteri-isteri anggota polis.

Datin Rosminah dalam kata alu-aluannya berkata bahawa Tabung Anak-anak Yatim PEKERTI ditubuhkan dengan hasrat untuk menjaga kebajikan anak-anak anggota-anggota PDB yang telah meninggal dunia.

Ia adalah selaras dengan matlamat PEKERTI bagi mengeratkan perasaan muhibah dan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli perkumpulan tanpa mengira ugama, bangsa, puak dan kedudukan.

Beliau juga berkata bahawa sesuai dengan objektifnya, penyampaian derma kali ini adalah dihasratkan untuk meringankan beban ibu-ibu tunggal dan penjaga-penjaga anak-anak yatim berkenaan.

Majlis itu diadakan bertujuan untuk mengenang jasa bakti dan juga sumbangan Allahyarham bapa-bapa mereka yang telah meninggal dunia sepanjang perkhidmatan mereka dalam PDB.

Tabung Anak-anak Yatim PEKERTI telah ditubuhkan sejak 2007 dan dana kewangan tabung diperoleh daripada sumbangan dari pegawai dan ahli-ahli PDB. Turut memberikan sumbangan di majlis berkenaan adalah bank-bank, syarikat-syarikat dan orang-orang perseorangan.

Keprihatinan PEKERTITerhadap Anak-Anak Yatim PDB

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu dan Datin bergambar ramai bersama anak-anak yatim PDB disamping Timbalan Pesuruhjaya Polis, DCP Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor dan Datin di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Polis Gadong.

Page 27: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 27

SUKAN - MALAM PERPISAHAN

Mesyuarat Dua Hala Tahunan antara Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan Pasukan Polis Singapura (PPS) berakhir dengan Majlis Makan Malam Perpisahan yang berlangsung pada

Jumaat, 29 Mac 2013 di Indera Kayangan, The Empire Hotel and Country Club, Jerudong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Polis Singapura, Tuan Peter Ng Joo Hee; Timbalan Pesuruhjaya Polis, DCP Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor, pengarah-pengarah, timbalan pengarah, pegawai-pegawai pemerintah serta pegawai-pegawai PDB dan PPS.

Pada majlis itu, PPS diumumkan sebagai juara keseluruhan bagi acara sukan Inter-Force Games yang bermula pada 28 Mac 2013.

Sebanyak enam acara sukan dipertandingkan iaitu Lumba Perahu Tradisional, Bola Tampar Lelaki, Bulu Tangkis, Golf, Bola Jaring Wanita dan Bola Sepak yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim membina

rangkaian antara kedua-dua pasukan.

Inter-Force Games selama dua hari itu bersempena dengan Mesyuarat Dua Hala Tahunan yang diadakan pada 28 Mac yang lalu.

Melalui acara seumpama itu diharap agar kedua-dua pasukan akan terus menjadi inovatif dalam menjalankan usaha sama dan mencapai kerjasama yang baik dalam mengenal pasti bidang kepentingan bersama selain bersedia untuk cabaran masa depan.

Malam PerpisahanInter-Force Games PDB Dan PPS

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu menyampaikan hadiah pemenang kepada Pasukan Polis Singapura di saksikan oleh Pesuruhjaya Polis Singapura, Tuan Peter Ng Joo Hee di Indera Kayangan, Empire Hotel and Country Club, Jerudong.

Page 28: Draft Newsletter Edition 34, 2011 - polis.gov.bn · PDF file13 Majlis Makan Beradat ASEANAPOL ... 27 Malam Perpisahan Inter-Force Games PDB dan PPS ... TEKS UCAPAN PESURUHJAYA POLIS

KEAMANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI28

WALKATON & BERBASIKAL HARI POLIS

Dengan hasrat untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai dan anggota pangkat rendah PDB serta ahli keluarga mereka.

Lebih daripada 500 pegawai dan anggota pangkat rendah bersama keluarga hadir dari awal-awal pagi lagi untuk sama-sama mengambil bahagian dalam acara walkaton sejauh 3km dan basikalton pula sejauh 10km sempena Sambutan Hari Polis ke-92 yang bermula dan berakhir di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada Ahad, 30 Januari 2013.

Hadir menyertai walkaton ialah Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu dan Datin.

Acara dimulakan dengan sesi senamrobik dan diteruskan dengan acara perlepasan walkaton dan basikalton.

Walkaton tersebut bertujuan untuk mengeratkan silaturahim serta meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan di kalangan warga PDB.

Juga hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis, DCP Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor; Pengarah-pengarah, timbalan pengarah, Pegawai-Pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai dan ahli-ahli pangkat rendah bersama ahli keluarga PDB seluruh negara.

Acara mengetengahkan tema kekeluargaan di mana pegawai dan anggota polis seluruh negara dialu-alukan hadir menyertai acara bersama keluarga mereka dengan harapan bukan sahaja untuk memeriahkan acara tetapi juga mengeratkan hubungan persahabatan, kekeluargaan dan silaturahim di kalangan mereka yang hadir.

Majlis diakhiri dan diserikan dengan acara cabutan bertuah di mana hadiah utama cabutan telah disampaikan oleh Pesuruhjaya polis.

Walkaton Dan BerbasikalSempena Hari Polis Ke-92

Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu membunyikan hon bermula bagi acara basikal sebelum acara walkaton bermula di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.