Drama berdialog 'Jika Saya..'

4
Drama Berdialog Jika Saya… Qisya : Jika saya menjadi pokok kaktus, tiada siapa yang akan berani menyentuh saya. Danial : Kenapa awak berkata demikian? Qisya : Sebab pada badan pokok kaktus dipenuhi dengan duri. Durinya tajam. Danial : Ooh..giliran saya pula. Jika saya menjadi sampan, setiap hari saya ingin mengembara. Qisya : Kenapa mahu pergi mengembara? Danial : Sebab saya berminat untuk menjelajah dunia.

Transcript of Drama berdialog 'Jika Saya..'

Page 1: Drama berdialog 'Jika Saya..'

Drama Berdialog Jika Saya…

Qisya : Jika saya menjadi pokok kaktus, tiada siapa yang akan berani menyentuh saya.

Danial : Kenapa awak berkata demikian?

Qisya : Sebab pada badan pokok kaktus dipenuhi dengan duri. Durinya tajam.

Danial : Ooh..giliran saya pula. Jika saya menjadi sampan, setiap hari saya ingin mengembara.

Qisya : Kenapa mahu pergi mengembara?

Danial : Sebab saya berminat untuk menjelajah dunia.

Page 2: Drama berdialog 'Jika Saya..'

Aiman : Jika saya pula, saya ingin menjadi mentol.

Qisya dan Danial : Kenapa mahu menjadi mentol, Aiman?

Aiman : Cahaya matahari akan menerangi waktu siang tetapi waktu malam mentol dapat menerangi waktu malam.

(murid bersedih)

Cikgu Rashidah : Kenapa Aiman sedih? Qisya dan Danial ganggu awak ke?

Qisya : Kami tak buat apa-apa cikgu. Tadi Aiman cakap dia mahu menjadi mentol sebab waktu malam nanti akan jadi terang kalau ada mentol.

Cikgu Rashidah : Emm..Aiman, boleh cikgu tahu kenapa Aiman berkata demikian?

Page 3: Drama berdialog 'Jika Saya..'

Aiman : Rumah saya tiada bekalan elektrik cikgu. Saya dan

keluarga guna lampu minyak tanah sahaja. Emak dan ayah saya tak mampu nak bayar bil elektrik sebab kami miskin.

Cikgu Rashidah : Ohh..begitu ceritanya.Aiman jangan risau dan sedih lagi. Cikgu akan berusaha meminta bantuan sumbangan kewangan daripada guru-guru dan orang kampung bagi meringankan beban emak dan ayah awak.

Aiman : Betul ke ini cikgu?

Cikgu Rashidah : Insyaallah..betul. Aiman kena berjanji dengan cikgu bahawa awak akan berusaha dan rajin belajar demi masa depan awak dan emak ayah. Janji?

Page 4: Drama berdialog 'Jika Saya..'

Aiman : Janji cikgu.

Cikgu Rashidah : Qisya dan Danial boleh janji juga dengan cikgu?

Qisya dan Danial : Kami pun berjanji akan belajar bersungguh- sungguh cikgu.MAISARAH BTE MISTAR

IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK