Drama (Umum)

download Drama (Umum)

of 7

Transcript of Drama (Umum)

  • 7/29/2019 Drama (Umum)

    1/7

    1.0 KONSEP DRAMA

    Drama berasal daripada perkataan dran (Greek) yang bermaksud

    melakukan atau melakonkan. Drama ialah aksi mimetic (peniruan), iaitu aksi

    yang meniru atau mewakilkan perlakuan manusia. Menurut Aristotle, drama

    ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan

    kebenaran. Dalam buku The American College Dictionary, drama

    didefinisikan sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog,

    pantomin atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan.

    Mengikut Oxford Dictionary, drama sebagai komposisi prosa boleh

    disesuaikan untuk diaksikan di atas pentas yang ceritanya disampaikan

    melalui dialog dan aksi, dan dipersembahkan dengan bantuan gerak, kostum

    dan latar hiasan seperti kehidupan yang sebenar. Bagi Aristotle, plot

    merupakan penggerak utama sesebuah drama dan drama harus dibina

    daripada tiga kesatuan, iaitu aksi, tempat dan masa. Elemen-elemen inilah

    yang menyebabkan drama ialah sebahagian daripada cabang sastera.

    Selain elemen sastera, drama juga merangkumi elemen-elemen seni yang

    lain seperti lakon, seni muzik, seni bina, seni busana dan seni tari.

    Drama bukan hanya untuk dibaca , tetapi untuk dilakonkan di atas

    pentas, dengan penghayatannya berbeza antara dibaca dengan

    pementasannya. Di sinilah letaknya perbezaan maksud antara drama dengan

    teater. Sebuah drama ialah naskhah skrip yang boleh dibaca secara individu

    tanpa memerlukan ruang, pelakon atau bantuan seni yang lain. Apabila skrip

    drama itu dilakonkan di atas ruang pentas dengan gabungan pelbagai seni

    yang lain dan ditonton pula oleh khalayak secara kolektif, maka ia dinamakan

    teater.

    2.0 CIRI-CIRI DRAMA

    Pada umumnya, drama mempunyai ciri-ciri yang berikut:

    Drama merupakan prosa moden yang dihasilkan sebagai naskhah

    untuk dibaca dan dipentaskan.

    Naskhah drama boleh berbentuk prosa atau puisi.

  • 7/29/2019 Drama (Umum)

    2/7

    Drama terdiri daripada dialog yang disusun oleh pengarang dengan

    watak yang diwujudkan.

    Pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan melalui dialog watak-

    wataknya.

    Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh

    watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip.

    Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh

    watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip drama.

    Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak dianggap sebuah

    drama yang baik.

    Gaya bahasa dalam sesebuah drama juga penting kerana ia

    menunjukkan latar masa dan masyarakat yang diwakilinya, sekali gus

    drama ini mencerminkan sosiobudaya masyarakat yang digambarkan

    oleh pengarang.

    3.0 JENIS-JENIS DRAMA

    Pada umumnya terdapat tiga jenis drama yang utama, iaitu:

    Tragedi sebuah drama yang mengisahkan suka duka dan tragisnyakehidupan wira utamanya. Kisah wira ini selalunya berakhir dengan

    tragedi. Dalam drama ini perjalanan kisahnya menemui tragedi itulah

    yang utama.

    Komedi Drama ini memaparkan kisahnya dalam bentuk lucu dan

    menghiburkan. Ceritanya serius, tetapi disampaikan dalam bentuk

    kelucuan oleh watak-wataknya. Drama ini selalunya digunakan untuk

    menyindir masyarakat. Plot drama komedi boleh berakhir dengan

    kepuasan penonton (kegembiraan) dan boleh juga berakhir dengan

    kedukaan .Drama begini dikenali juga sebagai tragik-komedi.

    Melodrama Drama ini bersifat sentimental dan ceritanya sering

    berpusat pada persoalan keluarga atau wanita. Drama ini selalunya

    akan menyentuh emosi pembaca atau penonton.

  • 7/29/2019 Drama (Umum)

    3/7

    4.0 WATAK DAN PERWATAKAN

    Sebuah skrip drama yang baik mesti mempunyai watak-watak yang mampu

    membawa cerita untuk terus berkembang. Watak-watak inilah yang menjadi

    cerita, dan kuasa merekalah yang menghidupkan cerita. Oleh itu watak ialah

    elemen terpenting dalam drama. Wataklah yang menggerakkan plot cerita.

    Dalam sesebuah drama terdapat watak utama dan watak sampingan.

    Selalunya dalam sesebuah drama terdapat satu watak utama, tetapi pada

    saya sesebuah drama mempunyai dua watak utama, iaitu watak protagonis

    (watak yang menyokong idea penulis) dan watak antogonis (watak yang

    menentang idea penulis). Pertentangan idea ini akan menimbulkan konflik

    dan pertentangan konflik inilah yang membentuk struktur konflik dramatik

    yang menarik. Watak sampingan ialah watak-watak yang lain yang

    menyokong protagonis ataupun antogonis atau watak-watak yang

    melengkapkan cerita.

    5.0 ELEMEN/STRUKTUR BINAAN DRAMA

    5.1 Tema/Pemikiran

    Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan

    daripada keseluruhan inti pati cerita. Persoalan pokok ini merupakan

    gagasan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam skripnya.

    Pemikiran ini disampaikan melalui dialog dan aksi watak-wataknya.

    Pembaca naskhah atau penonton drama yang sensitif akan dapat

    menangkap idea atau persoalan pokok ini selepas selesai membaca

    skrip atau menonton teater. Malah, selalunya mereka bukan sahaja

    dapat menangkap idea atau tema drama tersebut, tetapi juga mereka

    akan dapat menjaring maksud lain atau lapisan maksud yang lain yang

    terkandung dalam drama tersebut. Pemikiran yang tersembunyi yang

    hanya dapat ditafsir oleh pembaca atau penonton yang mahu berfikir

    atau memahami perlambangan yang digunakan atau unsur cerita yang

    disampaikan oleh penulis dinamakan sebagai sub-teks.

  • 7/29/2019 Drama (Umum)

    4/7

    5.2 Plot

    Plot sangat penting dalam pembinaan struktur drama. Plot adalah

    struktur drama yang dibina melalui dialog dan aksi setiap watak. Dialog

    terbina melalui kata-kata atau bahasa. Melalui dialog inilah konflik dan

    perkembangan cerita berlaku. Seperti yang dijelaskan sebelum ini,

    konflik memainkan peranan yang cukup penting dalam

    membangunkan struktur sebuah drama. Bertolak daripada konflik dan

    ketegangan inilah sesuatu peristiwa digerakkan dan dilanjutkan

    perkembangannya hingga kepada peleraiannya atau kesimpulan

    cerita. Plot bukan cerita atau naratif. Mengikut E.M. Forster cerita ialah

    huraian tentang peristiwa yang disusun mengikut urutan waktu. Plot

    ialah jalan cerita yang memberikan maklumat cerita. Ia dibina oleh

    watak dan apa yang berlaku melalui kesan sebab dan akibat dalam

    ruang dan waktu.

    Penulis perlu memahami bahawa dalam sesebuah

    persembahan teater, usaha menarik perhatian penonton dan menahan

    perhatian mereka selama mungkin ialah tugas yang cukup penting.

    Sebuah plot mesti berupaya menarik perhatian dan mencipta suspens

    dan di sinilah kesemua binaan dramatik memberi tumpuan. Harapan

    atau jangkaan penonton atau pembaca mesti dibina (tetapi hanya

    diselesaikan pada babak adegan terakhir), aksi (adegan) mesti

    kelihatan hampir mencapai objektifnya tetapi ia perlu tidak tercapai

    sehinggalah di akhir adegan, dan yang paling penting sebuah plot

    mesti mempunyai kepelbagaian (variasi) rentak dan tempo. Sebuah

    plot yang monotonos akan hanya menghilangkan minat penonton dan

    akhirnya kelihatan hambar dan mendatar. Terdapat beberapa bentuk

    suspens atau ketegangan yang boleh dicipta dalam sesebuah skrip.

    Apabila penonton atau pembaca telah mengetahui tema dan

    persoalan dan objektif aksinya, maka jangkaan mereka akan tertumpu

    kepada titik akhir drama tersebut (penyelesaian) dan tahu ke mana

    tumpuan drama tersebut akan bergerak. Perhatian penonton tertumpu

    ke arah yang betul. Bagaimanapun perlu juga diketahui, tumpuan

  • 7/29/2019 Drama (Umum)

    5/7

    perhatian penonton selalunya adalah pendek. Satu elemen suspens

    utama tidak mencukupi untuk terus mengikat perhatian penonton. Oleh

    itu, sebuah struktur skrip drama memerlukan suspens sampingan.

    Jadi suspens sampingan ini akan mendukung elemen suspens yang

    utama. Suspens sampingan ini diperlukan pada setiap adegan atau

    bahagian drama, yang akhirnya bergabung dengan keseluruhan

    momentum struktur drama tersebut. Dalam pembentukan plot, setiap

    watak bergerak dalam kerangka sebab dan akibat. Sesuatu peristiwa

    berlaku disebabkan oleh sesuatu alasan yang kukuh dan ia akan

    menghasilkan sesuatu akibat yang wajar. Ia merupakan hukum yang

    mempunyai logikanya yang tersendiri. Oleh itu, seseorang penulis

    perlu memastikan tindakan sesuatu watak itu wajar mengikut latar

    watak, tempat dan waktu, dan peristiwanya dan akibat yang berlaku itu

    adalah munasabah.

    5.3 Latar

    Elemen tempat, masa atau zaman serta masyarakat yang diceritakan

    selalunya dijelaskan melalui latar. Latar dalam drama penting

    dijelaskan, tetapi perincian latar dalam drama adalah terhad. Ia hanya

    perlu untuk tujuan pementasan untuk menjelaskan tentang tempat dan

    masa, cukup untuk memberikan panduan kepada pembaca atau

    penonton. Berbanding dengan filem atau televisyen, drama pentas

    menghadapi kekangan dalam menukar set atau prop yang kerap dari

    satu babak ke satu babak yang lain.

    5.4 Babak

    Bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku

    dalam sesuatu latar tempat dan masa disebut babak. Pertukaran latar

    tempat dan masa membawa perubahan babak.

    5.5 Adegan

    Adegan merupakan pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan

    sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi padamasa yang berbeza.

  • 7/29/2019 Drama (Umum)

    6/7

    4.6 Gaya Bahasa

    Asas sebuah drama ialah perkataan atau dialog. Drama terbina oleh

    dialog dan aksi. Oleh itu, bahasa yang menjadi asas perkataan adalah

    elemen yang cukup penting bagi sesebuah drama. Daripada bahasa

    yang dituturkan oleh pelakon itu, pemikiran dan gagasan pengarang

    disampaikan. Sesebuah drama yang baik akan menggunakan bahasa

    yang ringkas, padat dan mudah difahami supaya berkesan kepada

    penonton. Gaya bahasa atau dialog yang meleret dan sukar difahami

    akan menyebabkan pembaca dan penonton bosan dan akhirnya hilang

    tumpuan. Gaya bahasa yang baik dalam sesebuah drama akan

    memberikan latar zaman, masyarakat dan tempat. Justeru itu, dialek

    sesuatu daerah boleh digunakan oleh sesuatu watak untuk

    menghidupkan lagi perwatakannya, tetapi pastikan yang pembaca dan

    penonton dapat memahami dialek tersebut. Kekuatan sesuatu watak

    itu terpancar daripada kualiti dialog yang diucapkannya. Watak yang

    gagal mengucapkan dialog kuat, humor dan menarik akan sukar

    menarik perhatian penonton. Oleh itu, pemilihan diksi, ayat atau unsur

    bahasa penting dalam mengekalkan keinginan pembaca dan penontonsesebuah drama.

    Gaya Bahasa :

    Simile ialah perbandingan dengan menggunakan kata-

    kata seperti, umpama, bak, ibarat, dan sebagainya.

    Metafora merupakan perbandingan secara terus atau

    langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti seperti, bak,

    bagai, ibaratdan sebagainya.

    Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan

    untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada

    maksud yang sebenarnya.

    Sinkofbermaksud penyingkatan perkataan.

    Asonansi merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama

    dalam baris-baris sajak.

  • 7/29/2019 Drama (Umum)

    7/7

    Aliterasi merupakan pengulangan bunyi konsonan yang

    sama dalam baris-baris sajak.

    Anafora ialah pengulangan pada awal baris secara berurutan.

    Epifora pula ialah pengulangan kata pada akhir baris. Personifikasi dikenal juga sebagai pengorangan atau

    penginsanan. Maksud personifikasi ialah tindakan pengaran

    memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan,

    perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati,

    binatang, idea atau hal-hal yang lebih abstrak.