DSK PJ (S) T3.docx

download DSK PJ (S) T3.docx

of 37

Transcript of DSK PJ (S) T3.docx

DS Pendidikan Jasmani Suaian Masalah Penglihatan

DRAFKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS(MASALAH PENGLIHATAN)KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN JASMANI (SUAIAN)

TAHUN TIGA

DOKUMEN STANDARDKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHPENDIDIKAN KHAS

MASALAH PENGLIHATAN

PENDIDIKAN JASMANI (SUAIAN)

TAHUN TIGA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Cetakan Pertama 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

K A N D U N G A N

iiiRukun Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Kata Pengantar

v vi vii

Pendahuluan1Matlamat1Objektif2Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang2Kurikulum Modular Berasaskan Standard3Fokus Mata Pelajaran4Objektif Mata Pelajaran4Organisasi Kandungan4Pelaksanaan6Pentaksiran7Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran9 - 21

RUKUN NEGARABAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita- cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

vi

KATA PENGANTAR

viiKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke- 21.

Dokumen KSSR Pendidikan Khas disediakan bagi merealisasikan tuntutan dan hasrat KSSR melalui pendidikan khas. Keberkesanan pelaksanaan KSSR memerlukan guru menghayati kehendak dan semangat pendidikan khas seperti mana yang tersurat dalam dokumen KSSR. Pelaksanaan kurikulum ini diharap dapat menyediakan murid yang lebih berdaya saing, membentuk insan yang seimbang dan dapat menyumbang kepada keharmonian serta kesejahteraan negara.

Dokumen ini menyatakan aras penguasaan yang paling minima yang perlu murid kuasai di akhir pembelajaran. Oleh itu, guru haruslah merancang aktiviti dan pedagogi yang sesuai bagi tujuan

ini, selaras dengan tahap kebolehan murid dan keadaan persekitaran.

Dalam proses penyediaan dokumen KSSR Pendidikan Khas, banyak pihak yang turut sama terlibat. Kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan kepakaran, masa dan tenaga hingga terhasilnya dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Khas ini, Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

PengarahBahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

7PENDAHULUANKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup.KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan adalah selaras dengan KSSR Kebangsaan dengan penambahan dan pengubahsuaian mata pelajaran. Mata pelajaran baru yang diperkenalkan adalah Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL), manakala mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni Visual diubahsuai dan untuk lain-lain mata pelajaran lain menggunakan KSSR Kebangsaan.Penambahan dan pengubahsuaian mata pelajaran ini adalah berdasarkan keperluan murid bermasalah penglihatan dalam memperoleh pendidikan yang relevan dan bersesuaian dengan keperluan semasa mereka.Proses pelaksanaan kurikulum perlu mengambil kira kepelbagaian kebolehan dan keupayaan individu. Pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan pendekatan yang fleksibel dan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi

aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.Mata pelajaran baru dan pengubahsuaian dalam KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dan menjadi pendokong kepada hasrat pelaksanaan mata pelajaran lain dalam KSSR Kebangsaan yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMATKurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Masalah Penglihatan bermatlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif dan seterusnya menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan bersesuaian untuk memenuhi keperluan individu selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIFKSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan membolehkan murid:i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang bergunaii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharianiii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjayaiv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurnav. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmukvi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islamvii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharianviii. melibatkan diri dalam aktiviti riadahix. menghargai keindahan alam dan warisan budayax. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANGOrganisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:i. Komunikasiii. Kerohanian, Sikap dan Nilaiiii. Kemanusiaaniv. Sains dan Teknologiv. Perkembangan Fizikal dan Estetikavi. Keterampilan Diri

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARDKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard KandunganPernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai..

Standard PembelajaranSatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan.

Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah

FOKUS MATA PELAJARANFokus Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaianviii. mematuhiperaturandanmengamalkanlangkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan

Tahun Tiga

ialah membina kemahiran asas pergerakan danix. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

kemahiran motor, memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan kesihatan, dan memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri, dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti fizikal.

OBJEKTIF MATA PELAJARANKurikulum Pendidikan Jasmani Suaian sekolah rendah bertujuan membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut:i. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan;ii. mengembangkankebolehandalampergerakandan kemahiran motor;iii. mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan;iv. mengenal pasti aktiviti meningkatkan kecergasan;v. mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala;vi. mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal;vii. melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan selamat;

ORGANISASI KANDUNGANDokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian Sekolah Rendah Tahun 3 merupakan dokumen pembelajaran untuk satu tahun persekolahan. Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 3 dibina berasaskan lima aspek iaitu:-

Aspek 1 : Kecekapan Kemahiran PergerakanMurid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui:-1. Konsep pergerakan;2. Pergerakanasasyangmelibatkanpergerakan lokomotor,bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama;3. Gimnastik asas;4. Akuatik Asas;5. Rekreasi dan kesenggangan.

Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam PergerakanMelalui aspek 2, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:-1. Konsep pergerakan;2. Pergerakanasasyangmelibatkanpergerakan lokomotor,bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama;3. Gimnastik asas;4. Akuatik Asas;5. Rekreasi dan kesenggangan.

Aspek 3 : Kecergasan Meningkatkan KesihatanMelalui aspek 3, murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:-1. Konsep kecergasan;2. Komponen kecergasan berasakan kesihatan iaitukapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dandaya tahan otot, dan komposisi badan;3. Pentaksiran Kecergasan;

Aspek 4 : Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan. Melalui aspek 4, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:1. Konsep kecergasan;2. Komponen kecergasan berasakan kesihatan iaitukapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dandayatahan otot, dan komposisi badan.

Aspek 5: Kesukanan.Melalui aspek 5 murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep, sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan:-1. Keselamatan dan pengurusan;2. Tanggungjawab kendiri;3. Interaksi sosial;4. Kumpulan dinamik.

Susunan aspek-aspek ini adalah bertujuan memudahkan kandungan kurikulum ini diorganisasikan. Setiap aspek dalam dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 3 yang hendak dicapai dinyatakan dalam lajur pertama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi kandungan yang perlu dipelajari oleh murid. Manakala lajur Standard Pembelajaran menunjukkan apa yang murid perlu kuasai dan capai.

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Kandungan dalam Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani

persekitaran sekolah hendaklah mempunyai kemudahan dan guru yang berkelayakan.

Ringkasannya adalah seperti berikut:-

Modul 1: KemahiranAspek 1Kecekapan Kemahiran PergerakanAspek 2Aplikasi Pengetahuan dalam PergerakanAspek 5KesukananModul 2: KecergasanAspek 3Kecergasan Meningkatkan KesihatanAspek 4Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan KecergasanAspek 5KesukananSuaian Tahun 3 adalah setara dengan pencapaian objektifpsikomotor, kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaranPendidikan jasmani. Bagi tujuan pengajaran Modul 1: Kemahiran, guru menggunakan Aspek 1, Aspek 2 dan Aspek 5 secara serentak. Manakala untuk pengajaran Modul 2: Kecergasan, guru menggunakan Aspek 3, Aspek 4 dan Aspek 5 secara serentak.Guru boleh membuat pilihan sama ada mengajar kemahiran atau kecergasan terlebih dahulu tanpa mengabaikan gabungan aspek yang telah ditetapkan. Dalam Aspek 1, guru boleh memilih antara akuatik asas atau rekreasi dan kesenggangan dalam pengajaran PJ Suaian. Bagi yang memilih akuatik asas,

Pentaksiran

Pentaksiran di dalam mata pelajaran ini penting bagi mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman murid tentang apa yang telah dipelajari. Pentaksiran boleh dijalankan secara formatif dan sumatif. Maklumat yang diperolehi akan membantu guru untuk menambahbaik kaedah pengajaran dan hasil pentaksiran dalam aktiviti yang dijalankan juga dapat memberi maklum balas awal kepada guru untuk merancang tindakan susulan bagi meningkatkan lagi penguasaan dan pemahaman murid. Antara kaedah pentaksiran yang lazim bagi mata pelajaran ini adalah:

i. Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran, sikap dan nilai murni. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak.

ii. Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai murni.

Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan

Standard KandunganStandard Pembelajaran

9Gimnastik AsasBerkebolehan melakukan kemahiran hambur dan pendaratan dengan lakuan yang betul.

1.1.1

1.1.2

Melakukan hambur dari aras tinggi dan mendarat ke aras rendah. Melakukan hambur dari aras rendah dan mendarat ke aras tinggi.

Berkebolehan melakukan pergerakan yang memerlukan kawalan badan dan sokongan.

1.2.1

1.2.2

1.2.3

1.2.4

Melakukan imbangan di atas bangku gimnastik. Melakukan rangkaian imbangan di atas bangku gimnastik.Mengimbang badan sebelum dan selepas melakukan guling depan dan guling sisi.

Melakukan imbangan secara berkumpulan.

Berkebolehan melakukan kemahiran gayut dan ayun dengan lakuan yang betul.

1.3.1

1.3.2

Bergayutpadapalangdengankedua-duabelahtangan menggunakan genggaman atas pada posisi badan lurus.

Bergayut pada palang dengan kedua-dua belah tangan lurus menggunakan genggaman atas dan lutut difleksikan.

Berkebolehanmelakukankemahiran putaran dengan lakuan yang betul.

Melakukan guling belakang

Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan

Standard KandunganStandard Pembelajaran

10Pergerakan BeriramaBerkebolehan melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut irama

1.5.1

1.5.2

Melakukan pelbagai jenis langkah lurus mengikut tempo sepertistep-close, schottische, polka dan grapevine.

Melakukan satu rangkaian pergerakan menggunakan pelbagai jenis langkah mengikut tempo.

Kemahiran Asas PermainanBerkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori serangan dengan lakuan yang betul.

1.6.1

1.6.2

1.6.3

1.6.4

1.6.5

1.6.6

Menghantar bola berbunyi menggunakan tangan, kaki dan alatan. Menerima bola berbunyi menggunakan tangan, kaki dan alatan. Mengelecek bola berbunyi menggunakan tangan, kaki dan alatan. Melakukan kemahiran mengadang.Memintas hantaran bola pemain lawan. Menjaring menggunakan tangan, kaki dan alatan.

Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori jaring dengan lakuan yang betul.

1.7.1

1.7.2

1.7.3

1.7.4

Melakukan servis menggunakan tangan, kaki dan alatan.

Menerima dan menghantar bola berbunyi menggunakan tangan dan kaki.Melakukan pukulan pepat menggunakan alatan. Melakukan pukulan kilas menggunakan alatan.

Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan

Standard KandunganStandard Pembelajaran

19Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori memadang dengan lakuan yang betul.

1.8.1

1.8.2

1.8.3

1.8.4

1.8.5

Melakukan balingan bola berbunyi atas bahu.

Memukul bola berbunyi yang pegun menggunakan alatan pemukul Menangkap bola berbunyi pada pelbagai arah.Melakukan balingan tangan lurus mengikut arah pusingan jam. Melakukan balingan tangan lurus melawan arah pusingan jam.

OlahragaBerkebolehan melakukan kemahiran asas berlari dengan lakuan yang betul.

1.9.1

1.9.2

Berlari dalam pelbagai kelajuan. Berlari dalam pelbagai jarak.

Berkebolehan melakukan kemahiran asas lompatan dengan lakuan yang betul.

1.10.1

1.10.2

1.10.3

1.10.4

Melompat menggunakan sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

Melompat menggunakan sebelah kaki dan mendarat menggunakan kaki yang sama.

Melompat menggunakan kaki kanan dan mendarat menggunakan kaki kiri dan sebaliknya.

Melompat melepasi halangan pada pelbagai aras.

Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan

Standard KandunganStandard Pembelajaran

Berkebolehan melakukan kemahiran asas balingan dengan lakuan yang betul.

1.11.1

1.11.2

1.11.3

Melontar objek sfera pada pelbagai jarak. Merejam objek panjang pada pelbagai jarak. Melempar objek leper pada pelbagai jarak.

Akuatik AsasBerkebolehanmelakukankemahiran keyakinan dan keselamatan di air.

Mengawal pernafasan untuk satu jangkamasa semasa di bawah permukaan air.

Berkebolehan melakukan kemahiran renang dengan lakuan yang betul.

1.13.1

1.13.2

Melakukan tendangan keribas (flutter kick) dalam posisi meniarap untuk satu jarak dengan bantuan alat apungan.

Melakukan tendangan keribas (flutter kick) dalam posisi terlentang untuk satu jarak dengan bantuan alat apungan.

Rekreasi dan KesengganganBerkebolehan melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan.

1.14.1

1.14.2

Bermain permainan strategi yang melibatkan kemahiran motor halus seperti karom, dam, congkak dan catur.

Bermain permainan tradisional yang melibatkan daya tahan dan kekuatan otot seperti tarik upih dan batik lampung.

Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan

Standard KandunganStandard Pembelajaran

Gimnastik AsasMemahamikonsephamburdan pendaratan.

Menyatakan perbezaan lakuan semasa melakukan hambur dari pelbagai aras.

Memahami konsep kawalan badan dan sokongan dalam pergerakan.

2.2.1

2.2.2

Menyatakan lakuan mengekalkan imbangan di atas bangku gimnastik.

Membezakan luas tapak sokongan semasa melakukan bentuk- bentuk imbangan dalam kumpulan.

Memahami konsep gayut dan ayun dalam pergerakan.

Mengenal pasti posisi bergayut dengan genggam atas yang stabil.

2.4Memahamikonsepputarandalam pergerakan.

2.4.1Mengenal pasti kedudukan badan semasa melakukan guling belakang.

Pergerakan Berirama2.5Memahami konsep gerak edar mengikut irama.

2.5.1Mengenal pasti pelbagai jenis langkah pergerakan mengikut tempo.

Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan

Standard KandunganStandard Pembelajaran

Kemahiran Asas PermainanMengaplikasi konsep dan prinsip dalam kemahiran asas permainan kategori serangan.

2.6.1

2.6.2

2.6.3

2.6.4

Mengenal pasti lakuan semasa menghantar dan menerima bola berbunyi.

Mengenal pasti lakuan semasa menggelecek dengan tangan, kaki dan alatan.

Menyatakankeadaanyangsesuaiuntukmengadangdan memintas.

Mengenal pasti kemahiran dalam kategori serangan.

Mengaplikasi konsep dan prinsip dalam kemahiran asas permainan kategori jaring.

2.7.1

2.7.2

2.7.3

2.7.4

2.7.5

Mengenal pasti lakuan servis menggunakan tangan, kaki, dan alatan.

Mengenal pasti lakuan menerima dan menghantar bola berbunyi.

Membezakanlakuanpukulanpepatdenganpukulankilas menggunakan alatan.

Mengenal pasti titik kontak pada objek yang dihantar. Mengenal pasti kemahiran dalam kategori jaring.

Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan

Standard KandunganStandard Pembelajaran

Mengaplikasi konsep dan prinsip dalam kemahiran asas permainan kategori memadang.

2.8.1

2.8.2

2.8.3

2.8.4

Menyatakan kedudukan tangan yang paling sesuai (angle of release) semasa melepaskan bola berbunyi dalam kemahiran balingan.

Mengenal pasti titik kontak pada bola dan alat pemukul semasa memukul bola berbunyi.

Mengenal pasti kedudukan tangan semasa menangkap bola berbunyi pada pelbagai aras.

Mengenal pasti kemahiran dalam kategori memadang.

Olahraga AsasMengaplikasikonsepdanprinsip pergerakan dalam kemahiran asas berlari.

2.9.1

2.9.2

Mengenal pasti postur badan yang betul semasa berlari. Mengenal pasti koordinasi tangan dan kaki semasa berlari.

Mengaplikasi konsep dan prinsip pergerakan dalam kemahiran asas lompatan.

2.10.1

2.10.2

Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melompat. Mengenal pasti kaki yang digunakan untuk melonjak.

Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan

Standard KandunganStandard Pembelajaran

Mengaplikasi konsep dan prinsip pergerakan dalam kemahiran asas balingan.

2.11.1

2.11.2

2.11.3

Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melakukan lontaran.

Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melakukan rejaman.

Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melakukan lemparan.

Akuatik AsasMengaplikasikonsepkeyakinandan keselamatan di air.

2.12.1Mengenal pasti cara mengawal pernafasan di bawah permukaan air.

2.13Mengaplikasikonsepdanprinsip pergerakan dalam kemahiran renang.

2.13.1Mengenal pasti postur badan semasa melakukan tendangan keribas (flutter kick) dalam posisi tiarap dan telentang.

Rekreasi dan kesenggangan.2.14Mengaplikasipengetahuandanstrategi dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan.

2.14.1

2.14.2

Mengenal pasti strategi dalam permainan seperti karom, dam, congkak dan catur.

Mengenal pasti cara permainan tradisional yang melibatkan daya tahan dan kekuatan otot seperti tarik upih dan batik lampung.

Aspek 3 : Kecergasan Meningkatkan Kesihatan

Standard KandunganStandard Pembelajaran

Konsep KecergasanBerkebolehan melakukanaktiviti fizikal berpandukan konsep kecergasan.

3.1.1

3.1.2

3.1.3

Melakukan aktiviti yang dapat meningkatkan suhu badan, kadar pernafasan, kadar nadi dan keanjalan otot.

Melakukan aktiviti menyejukkan badan.

Mengira kadar nadi sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal.

Komponen KecergasanBerkebolehan melakukan senaman yang meningkatkan kapasiti aerobik.

3.2.1Melakukan senaman yang dapat meningkatkan kapasiti aerobik dalam jangkamasa yang ditetapkan.

3.3Berkebolehanmelakukansenaman meningkatkan kelenturan.

3.3.1Melakukan senaman regangan dinamik dan regangan statik pada otot-otot utama dengan lakuan yang betul.

3.4Berkebolehanmelakukanmeningkatkan daya tahan dan kekuatan otot.

3.4.1 Melakukan senaman seperti separa cangkung, ringkuk tubi separa, jengkit kaki setempat, lentik belakang ubah suai, hamstring curl dan tekan tubi ubah suai seberapa banyak ulangan dalam jangkamasa 10 hingga 15 saat.

3.5Berkebolehan mengenal pasti komposisi badan.

3.5.1

3.5.2

Mengukur ketinggian dan menimbang berat badan.

Merekod pertumbuhan diri dari segi ketinggian dan berat badan.

Aspek 4 : Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan

Standard KandunganStandard Pembelajaran

Konsep KecergasanMenguasai konsep kecergasan yang diaplikasikan semasa melakukan aktiviti fizikal.

4.1.1

4.1.2

4.1.3

Membezakan tujuan memanaskan badan dan menyejukkan badan.

Membezakan kadar nadi sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal.

Mengenal pasti kuantiti air yang perlu diminum semasa dan selepas aktiviti fizikal.

Komponen KecergasanMenguasai konsep asas kapasiti aerobik.4.2.14.2.2

Mengenal pasti kesan senaman terhadap jantung.Mengenal pasti peranan jantung dan paru-paru semasa melakukan senaman.

Menguasai konsep asas kelenturan4.3.14.3.2

Mengenal pasti senaman yang meningkatkan kelenturan.Menyatakan tujuan senaman regangan statik dengan regangan dinamik.

Menguasai konsep asas kekuatan dan daya tahan otot.

4.4.14.4.2

Mengenal pasti otot-otot besar yang terlibat semasa senaman daya tahan dan kekuatan otot..Menerangkan kepentingan senaman daya tahan dan kekuatan otot.

Aspek 4 : Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan Standard KandunganStandard Pembelajaran

Menguasai komposisi badan.4.5.14.5.24.5.3

Membanding berat dan tinggi sendiri dengan rakan dan carta pertumbuhan normal.

Menyatakannutrienmakananyangmemberitenagadan membantu tumbesaran.

Mengenal pasti perkaitan antara senaman dengan berat badan.

Aspek 5 : Kesukanan

Standard KandunganStandard Pembelajaran

20Keselamatan dan PengurusanMematuhidanmengamalkanelemen pengurusan dan keselamatan

5.1.1

5.1.2

5.1.3

5.1.4

Menyenaraikan persediaan diri dan pakaian mengikut aktiviti. Mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti. Mengenal pasti alatan yang selamat digunakan.Meletakkan alatan di tempat yang selamat semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal.

Tanggungjawab KendiriMempunyai keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.

5.2.1

5.2.2

5.2.3

5.2.4

Berkeupayaanmenetapkanmatlamatkendiridalamaktiviti Pendidikan Jasmani Suaian.

Berkeyakinan melakukan aktiviti mengikut peranan. Menerima cabaran dan seronok semasa melakukan aktiviti.Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan secara positif.

Interaktif sosialBerkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.

5.3.1

5.3.2

Berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Mengiktiraf kebolehan dan kekurangan rakan sebaya.

Aspek 5 : Kesukanan

Standard KandunganStandard Pembelajaran

21Dinamika KumpulanBerkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan.

5.4.1

5.4.2

5.4.3

Melakukan aktiviti secara berpasangan.

Membentuk kumpulan kecil untuk melakukan aktiviti. Bekerjasama semasa melakukan aktiviti fizikal.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAAras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYATel: 03-8884 2000Faks: 03-8888 9917http://www.moe.gov.my/bpkTerbitan: