Dsv t3b Anyaman Kelarai Siku Keluang

download Dsv t3b Anyaman Kelarai Siku Keluang

of 5

description

anyaman

Transcript of Dsv t3b Anyaman Kelarai Siku Keluang

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL KSSRMata PelajaranDunia Seni Visual

Kelas 3 Bestari

Tarikh16hb Februari 2015

HariIsnin

Masa10.50-11.50 pagi

Tempoh60 Minit

Jumlah Murid /35

BidangMengenal Kraf Tradisional

TemaAlam Semulajadi

Topik/TajukPenggalas Pinggan

AktivitiAnyaman Kelarai Siku Keluang

Standard Kandungan1. Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual iaitu jalinan, rupa, warna, kepelbagaian dan kesatuan yang terdapat pada alam semulajadi atau objek dalam penghasilan hasil karya anyaman kelarai siku keluang.2. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam aktiviti penghasilan karya anyaman kelarai siku keluang.3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan anyaman kelarai siku keluang.4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.

Standard Pembelajaran3.1 Persepsi EstetikMurid dapat mengenal, menamakan dan memahami, bahasa senivisual yang ada pada anyaman.

4.1.1 Unsur seni4.1.1.1 Garisan - lurus4.1.1.2 Rupa - geometri4.1.1.3 Jalinan - tampak dan sentuh4.1.1.4 Warna - primer atau sekunder atau gabungan kedua-dua warna4.1.2 Prinsip rekaan4.1.2.1 Harmoni - kelarai 4.1.2.2 Kontra - warna

3.2 Aplikasi SeniMurid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual,media, serta proses dan teknik dalam penghasilan anyaman.

4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media4.2.1.1 Alat gunting4.2.1.2 Bahan - mengkuang atau pandan atau kertas warna, dan gam4.2.2 Memahami teknik yang sesuai dalam pemghasilan karya

3.3 Ekspresi KreatifMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual,media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya

4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif4.3.2 Menghasilkan anyaman kelarai secara kreatif dengan menggunakan bahan sebenar atau bahan gantian4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya

3.4 Apresiasi SeniMurid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakanberpandukan bahasa seni visual.

4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan4.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan

Objektif Pembelajaran :Pada akhir pembelajaran murid dapat :1. Memahami dan menyatakan dengan betul bahasa seni visual yang ada pada anyaman siku keluang.2. Menyebut dengan betul alat dan bahan yang digunakan dalam penghasilan anyaman siku keluang.3. Menyatakan dengan betul teknik yang digunakan dalam penghasilan anyaman siku keluang.4. Menyatakan perasaan semasa membuat proses penerokaan karya anyaman siku keluang.

Pengetahuan Sedia AdaPernah membuat anyaman tikar mudah pada Tahun 1.

Nilai Murni/ EtikaMenepati masa, kekemasan dan kebersihan

PenggabungjalinanPenerapan Subjek Bahasa Melayu

KBKK Menjana Idea, Sumbangsaran, Mencari pembaharuan Membuat keputusan Membanding beza

Strategi Pengajaran Teori Kecerdasan Pelbagai, Pembelajaran Masteri, Kontekstual, Pendekatan Konstruktivisme

Sumber Pengajaran(1) RujukanHasil Karya

(2) AlatGunting

(3) BahanGamKertas A4Kain feltLidiTaliDaun pandanDaun kelapaRebenBatang ais krimTisuPlastikKain perca

Pendekatan PengajaranIndividu dan kumpulan

Perkembangan PengajaranKandungan/KonsepProses Pengajaran Dan PembelajaranBBMCatatan/ Nota

Set Induksi(5 min)1. Membersihkan kelas.

2. Permainan di dalam kumpulan.(Mencari Perkataan Tersembunyi berdasarkan gambar yang diberi)

3. Menjana Idea melalui sesi soal jawab. Apakah perkataan tersembunyi yang telah anda jumpa? Merujuk kepada gambar-gambar yang ditayangkan, apakah persamaan antara gambar-gambar tersebut? Teknik apakah yang digunakan untuk membuat barang-barang di dalam gambar? Apakah bahan yang boleh digunakan untuk menganyam?1. Guru mengucapkan Selamat Pagi dan pelajar membaca doa.2. Guru mengarahkan murid membersihkan kelas.3. Guru memberitahu kepada murid bahawa mereka akan bermain suatu permainan yang dinamakan Mencari Perkataan Tersembunyi4. Guru menerangkan cara bermain permainan tersebut dan ia merupakan pertandingan antara kumpulan.5. Guru mengedarkan kepada setiap kumpulan sehelai kertas yang mengandungi huruf-huruf yang terdapat perkataan tersembunyi yang perlu dicari oleh murid-murid..6. Guru memaparkan gambar-gambar di hadapan kelas sebagai klu perkataan yang perlu dicari oleh murid di dalam himpunan huruf.7. Murid-murid perlu bekerjasama antara ahli kumpulan untuk mencari perkataan tersembunyi.8. Tiga kumpulan terawal yang berjaya mencari 6 perkataan tersembunyi akan mendapat hadiah.9. Guru bertanya apakah perkataan tersembunyi yang mereka jumpai.10. Murid menjawab kesemua perkataan tersebut.11. Guru bertanyakan beberapa soalan kepada murid.KetupatTopi

GambarBegBakulTikarKipas

Strategi PdP : TKP(Visual, Psikomotor, interpersonal)

5P:Penggabungjalinan (Bahasa Melayu Mengeja perkataan)

KBKK :Membandingbeza

Nilai :Kerjasama

Langkah 1 : (15 minit)1. Pewujudan Konsep

Definisi anyaman Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.

Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.1. Guru menayangkan slaid PPT mengenai definisi anyaman.2. Guru juga menerangkan serba sedikit kegunaan anyaman melalui tayangan slaid PPT seperti tikar mengkuang, topi dan beg anyaman.3. Guru membuat sesi soal jawab kepada murid mengenai bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya anyaman berdasarkan tayangan slaid PPT.4. Guru menunjukkan contoh karya anyaman yang pelbagai.5. Guru mengedarkan contoh tersebut kepada murid agar murid dapat merasa jalinan sentuh karya anyaman.6. Selepas itu, guru menunjukkan contoh karya anyaman kelarai siku keluang.7. Guru menekankan corak yang terhasil daripada karya anyaman kelarai siku keluang yang berbeza daripada contoh anyaman yang lain.8. Guru memberitahu murid bahawa mereka akan mempelajari dan mengenali anyaman bermotifkan siku keluang.

1. Slaid PPT2. Contoh karya anyamanKBKK :Menjana ideaSumbangsaran

Strategi PdP: Visual Interpersonal Kontekstual Merangsang minda

Langkah2(30 minit)Penerokaan

Meneroka Garisan dan Guntingan sebagai Tapak Anyaman1. Guru mengedarkan kepada semua murid kertas A4 yang dibahagi kepada dua bahagian.2. Guru mengarahkan murid membuat garisan yang pelbagai di atas kertas yang diedarkan.3. Guru mengarahkan murid menggunting kertas A4 tersebut mengikut garisan-garisan yang telah dilakarkan.4. Guru bertanya kepada murid garisan apakah yang sesuai untuk membuat tapak anyaman.5. Guru mengedarkan lagi sehelai kertas A4 yang dibahagi dua kepada semua murid.6. Guru menyuruh murid melipat kertas tersebut kepada dua bahagian.7. Guru menyuruh murid membuat garisan-garisan lurus yang sama saiz secara berulang-ulang.8. Guru menyuruh murid membuat 1 garisan melintang di penjuru kertas yang tidak berlipat dan dilabelkan sebagai garisan A.9. Guru menyuruh murid menggunting garisan-garisan tersebut bermula dari bahagian yang berlipat sehingga garisan A.10. Guru mengarahkan murid membuka lipatan kertas tersebut dan melihat hasil guntingan.

Meneroka pelbagai jenis Media sebagai Jalur Sisip Anyaman1. Guru mengedarkan pelbagai jenis media seperti reben, daun kelapa, daun pandan, kain felt, tisu, tali, lidi, dan sebagainya kepada murid-murid mengikut kumpulan untuk dijadikan jalur sisip anyaman.2. Guru mengarahakan murid merasa kelembutan dan kelenturan media yang diberi.3. Guru mengarahkan murid mengukur kepanjangan media-media yang dibekalkan.4. Guru menanyakan media yang paling sesuai untuk dijadikan sisip jalur anyaman.

Meneroka Tindihan dan Silangan yang pelbagai5. Guru meminta murid memilih media yang mereka gemari sebagai sisip jalur anyaman.6. Guru bertanya kepada murid tindihan dan silangan yang bagaimana perlu mereka lakukan untuk mendapatkan motif siku keluang.7. Murid membuat sesi penerokaan tindihan berselang-seli bagi mendapatkan motif siku keluang.

Sekiranya terdapat murid yang berjaya :8. Guru memberi hadiah kepada murid yang berjaya mendapatkan motif siku keluang.

Sekiranya tiada murid yang berjaya :9. Guru menunjukkan secara ringkas tindihan dan silangan potongan bahan (kertas/kain felt) bagi mendapatkan motif Siku Keluang.Alat :Gunting

Bahan :GamKertas A4Kain feltLidiTaliDaun pandanDaun kelapaRebenBatang ais krimTisuPlastikKain percaKBKK : Menjana Idea Mencari pembaharuan Membuat keputusan Membanding beza

Strategi PdP : Pembelajaran Masteri Kontekstual Pendekatan konstruktivisme

Penerapan Nilai : Kekemasan Kebersihan

Langkah 3 : (5 minit)1. Apresiasi Mudah1. Guru menampalkan contoh karya anyaman kelarai siku keluang di hadapan kelas.2. Guru memanggil beberapa orang pelajar untuk menyatakan unsur seni (warna, garisan, rupa dan jalinan), bahan media yang digunakan, teknik-teknik yang digunakan bagi menghasilkan karya anyaman kelarai siku keluang.Contoh hasil karyaStrategi PdP :TKP(Visual)

Pembelajaran DSV :Pemerhatian secara aktif

Penutup :(5 min)Permainan Kotak Beracun.

1. Guru memberitahu bahawa mereka akan bermain kotak beracun.2. Guru memainkan lagu dan mengedarkan kotak beracun yang mempunyai soalan berkaitan anyaman seperti fungsi, bahan, teknik.3. Guru memberhentikan muzik dan murid memilih kertas dari kotak.4. Murid menjawab soalan pada kertas tersebut.5. Guru memberitahu kepada murid bahawa mereka akan menghasilkan anyaman kelarai siku keluang pada minggu hadapan.6. Guru meminta murid membawa alat dan bahan yang diperlukan pada minggu hadapan.KotakLaptopSpeaker

Nilai :Kebersihan, bertanggungjawab, disiplin

1. Mengikat tali pada hujung ekor ular.2. Membuat corak kegemaran mengikut kreativiti