Dua dari kanan; Encik CaRE (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff) · Hampir setahun kemudian keadaan...

15
1

Transcript of Dua dari kanan; Encik CaRE (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff) · Hampir setahun kemudian keadaan...

Page 1: Dua dari kanan; Encik CaRE (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff) · Hampir setahun kemudian keadaan kesihatan Adik Zafran semakin merosot serta berat badan semakin susut serta mengalami

1

Page 2: Dua dari kanan; Encik CaRE (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff) · Hampir setahun kemudian keadaan kesihatan Adik Zafran semakin merosot serta berat badan semakin susut serta mengalami

06 Januari 2016, satu lawatan ke rumah telah diadakan di SS19 Subang Jaya yangmerupakan rumah seorang penjawat awam National Productivity Corporation, KementerianPerdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) iaitu Encik Nik Mustapha Bin Raja Sallehberumur 60 tahun. Beliau telah disahkan menghidap kanser Nasofarinks peringkat 4 sejak 23November 2015. Beliau telah membuat rawatan sejak pertengahan September 2015 akibatpandangan berganda (diplopia) semasa memandu ke Pulau Pinang. Kemudian mendapatkanrawatan di Hospital Mata Tun Hussein Onn, Petaling Jaya, Selangor. Pemeriksaan telahdijalankan dan CT scan bahagian otak telah dilakukan tetapi doktor mengesahkan tiada yangluar biasa. Selepas mendapat rawatan, beliau mendapati kelopak matanya jatuh (ptosis),telinga berdesing dan kelumpuhan pada otot muka. Beliau meneruskan rawatan di PusatPerubatan Universiti Malaya (PPUM). Di PPUM, beliau melalui ujian darah dan sekali lagimelakukan CT Scan serta di rujuk kepada Pakar Neurologi (saraf) dan dimasukkan ke wadsetelah pemeriksaan lanjut dijalankan.

Doktor pakar membuat kesimpulan beliau mempunyai kanser tetapi tidak pasti sama adalymphoma atau yang lain. Beliau kemudiannya di rujuk kepada Pakar Telinga,Hidung danTekak (THT), kerana masalah telinga berdengung dan menjalani prosedur laryngoscope.Setelah itu, beliau dirujuk kepada Pakar Onkologi, dan mengesahkan beliau menghidapKanser Nasofarinks dan terus dirujuk kepada Prof. Madya Dr Vincent Phua untuk rawatankemoterapi. Kitaran pertama bermula pada 22 Disember 2015, manakala kitaran kedua pada14 Januari 2015. Alhamdulillah beliau dapat mengharungi tempoh rawatan ini dengan baik disamping mendapat sokongan yang padu daripada keluarga dan rakan – rakan. Semasalawatan, Prof. Dr. Latiffah telah memberikan penerangan mengenai rawatan kemoterapi sertakata – kata nasihat dan motivasi untuk beliau meneruskan rawatan kemoterapi seperti yangtelah disyorkan oleh doktor dan jangan sesekali berputus asa serta berazam untuk membuatrawatan bagi mendapatkan kesihatan dan kualiti hidup yang lebih baik. Di samping itu, bahanpendidikan tentang kanser dan buku motivasi, turut diserahkan kepada beliau. Antaraperanan yang boleh dimainkan oleh pihak CaRE adalah dari segi sokongan emosi, kaunselingdan bahan rujukan supaya Encik Nik Mustapha Bin Raja Salleh meneruskan rawatankemoterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Dua dari kanan; Encik

Nik Mustapha Bin Raja

Salleh (pesakit kanser

nasofarinks), bersama

isteri dan pengarah

CaRE (Prof. Dr. Latiffah

A. Latiff)

2

Page 3: Dua dari kanan; Encik CaRE (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff) · Hampir setahun kemudian keadaan kesihatan Adik Zafran semakin merosot serta berat badan semakin susut serta mengalami

15 Januari 2016 bersamaan 5 Rabiulakhir 1437, Pn. Hanizah binti Ismail bersama suaminya,En. Sanusi telah melawat ke Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) UPM, berumur 60tahun dan mempunyai 3 orang anak. Beliau disahkan menghidap kanser payudara sejak 11Disember 2015.

Beliau telah menjalani rawatan sejak didiagnoskan. Beliau menceritakan bahawa telahmenyedari ada ketulan di payudara sebelah kiri sejak 6 bulan yang lalu tetapi tidakmendapatkan rawatan di hospital, sebaliknya beliau berusaha mengubati secara traditional.Setelah suaminya memujuk supaya menjalani rawatan dengan hospital, barulah beliaubersetuju dengan cadangan daripada suaminya selepas beberapa kali menjalani rawatanalternatif tidak berhasil.

Di Hospital Serdang, beliau melalui ujian darah dan CT Scan serta biosy. Selepas PakarPembedahan membuat pemeriksaan lanjut dan meneliti keputusan penyiasatan yangdijalankan, doktor pakar membuat kesimpulan beliau mempunyai kanser payudara. Kemudianterus diberikan tarikh pembedahan pada 22 Januari 2016. Alhamdulillah beliau dapatmengharungi tempoh rawatan ini dengan baik di samping mendapat sokongan yang baikdaripada ahli keluarga dan rakan – rakan.

Semasa lawatan, pihak CaRE, UPM telah memberikan penerangan mengenai rawatankemoterapi dan nasihat tentang pemakanan serta kata – kata nasihat dan motivasi untukbeliau meneruskan rawatan pembedahan dan kemoterapi seperti yang telah disyorkan olehdoktor dan jangan sesekali berputus asa serta berazam untuk membuat rawatan bagimendapatkan kesihatan, kualiti hidup yang lebih baik. Pihak CaRE juga akan mengadakanlawatan susulan selepas beliau menjalani pembedahan mastektomi bersama-sama bekaspesakit kanser payudara (‘cancer survivor’) bagi memberi semangat dan berkongsipengalaman bagi menambahkan kefahaman Puan Hanizah. Di samping itu, bahanpendidikan tentang kanser dan buku motivasi, turut diserahkan kepada beliau. Antaraperanan yang boleh dimainkan oleh pihak CaRE dalam membantu dari segi sokongan emosi,kaunseling dan bahan rujukan supaya Puan Hanizah binti Ibrahim meneruskan rawatan diHospital Serdang.

3

Dari kanan; Pn. Hanizah binti Ibrahim

(pesakit kanser payudara), bersama suami

Page 4: Dua dari kanan; Encik CaRE (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff) · Hampir setahun kemudian keadaan kesihatan Adik Zafran semakin merosot serta berat badan semakin susut serta mengalami

09 Mac 2016 bersamaan 5 Rabiulakhir 1437, Nur Nabilah Hanis binti Mohd Zaidi, berumur 24tahun, anak sulung daripada 2 adik beradik. Disahkan menghidap kanser Hodgkin lymphomasejak September 2010 yang lalu.

Beliau menceritakan bahawa penyakitnya bermula dengan demam yang tidak menentu.Terutamanya sebelah malam, sering mengalami keadaan yang sangat sejuk tetapi apabilamenjelang subuh badan beliau mula berpeluh dengan banyak. Keadaan ini berlaku dalambeberapa bulan, kemudian beliau mula perasan kelenjar di leher dan dada mula membengkak.Sejak daripada kejadian itu, ibubapa beliau membawanya membuat pemeriksaan sepenuhnyadi Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang. Setelah di diagnos, beliau di rujuk keHospital Ampang, Selangor. Bermula 2011, beliau menjalani rawatan kemoterapi dan padabulan Oktober 2011 beliau menjalani pemindahan ‘bone marrow’. Pada Jun 2012, sebanyak 12cycle kemoterapi beliau telah selesai. Beliau rasa sihat selepas rawatan tersebut, dalam padaitu, beliau memanjatkan rasa bersyukur kerana beliau berpeluang melanjutkan pelajaran keKolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang. Bagi Nabilah, walaupun terpaksa menempuhkesakitan pada saat rakan sebaya sibuk menelaah pelajaran, namun dia tidak pernah menyesaldengan ketentuanNya. Dia percaya jika seseorang itu redha serta sabar menerimanya dengansabra sudah pasti Tuhan akan memberikan ganjaran di kemudian hari kelak. Oleh keranakesihatan tidak mengizinkan, Nabilah mengambil cuti sakit untuk menyambung kembali rawatankemoterapi di Hospital Tengku Ampuan Afzan daripada tahun 2014 sehingga 2015. Dengan itubeliau tidak dapat meneruskan pelajaran kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Mac2016, Nabilah dimasukkan ke wad kerana mengalami jangkitan pada bahagian ‘chemoport’ dankurang zat makanan.

Semasa lawatan, pihak CaRE, Prof. Dr.Latiffah (Pengarah CaRE) telah memberikanpenerangan mengenai rawatan kemoterapi dan nasihat tentang keperluan pemakanan sertakata-kata nasihat dan motivasi untuk beliau meneruskan rawatan seperti yang telah disyorkanoleh doktor dan jangan sesekali berputus asa serta berazam untuk membuat rawatan bagimendapatkan kesihatan, kualiti hidup yang lebih baik. Pihak CaRE juga memberi alat bantuanpernafasan iaitu ‘oxygen concentrator’ yang telah diwakafkan oleh pesakit yang lain kepadasesiapa yang memerlukan serta merujuk Nabilah kepada pihak hospital bagi memberikanrawatan paliatif kepada beliau. Di samping itu, bahan pendidikan tentang kanser dan bukumotivasi, turut diserahkan kepada beliau. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh pihakCaRE dalam membantu dari segi sokongan emosi, kaunseling dan bahan rujukan supayapesakit mendapat panduan.

4

Dari kanan; Prof. Dr. Latiffah bersama Nur Nabilah

Hanis (pesakit), dan ibunya

Page 5: Dua dari kanan; Encik CaRE (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff) · Hampir setahun kemudian keadaan kesihatan Adik Zafran semakin merosot serta berat badan semakin susut serta mengalami

09 April 2016 bersamaan 1 Rejab 1437, Muhamad Zafran bin Arman, berumur 7 tahun, anaksulung daripada 3 adik beradik. Disahkan menghidap kanser Ewing sarcoma tahap 4, sejakberusia 5 tahun iaitu penghujung tahun 2014 yang lalu.

Ibu beliau iaitu Puan Zaihasra menceritakan bahawa penyakitnya bermula dengan demamyang tidak menentu. Mereka sekeluarga tidak perasan yang peha sebelah kanan mempunyaiketumbuhan, sehinggalah ia membesar sebiji bola sepak kerana ketika itu Adik MuhammadZafran mempunyai tubuh badan yang agak berisi. Pada usia 6 tahun Adik Zafran seringmengadu sakit dan lenguh pada bahagian peha, lalu ibu beliau membawanya untuk pergiberurut bagi mengurangkan rasa lenguh. Tukang urut memberitahu bahawa ada ketumbuhanyang besar di peha Adik Muhammad Zafran dan menasihati ibubapanya supaya pergimembuat rawatan lanjut di hospital.

Mereka membawa Adik Zafran ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk pemeriksaanlanjut. Setelah mendapat semua keputusan penyiasatan diperolehi, di dapati Adik MuhammadZafran disahkan mengalami kanser Ewing Sarcoma di tulang peha kanan. Semasa masih didalam wad, Ibunya memberitahu bahawa Adik Zafran perlu menjalani rawatan kemoterapiserta pembedahan pembuangan tulang peha tersebut. Tetapi doktor sendiri tidak pasti dantidak dapat memberi jaminan bahawa kedua-dua rawatan ini dapat memberi kesembuhankepada Adik Zafran. Di samping itu juga puan Zaihasra juga merasa takut untuk melepaskananaknya untuk melalui pembedahan itu kerana tidak mendapat penerangan yang jelasdaripada doctor yang merawat. Dengan itu ibubapa Adik Zafran mengambil keputusan untukmenangguh semua rawatan yang di sarankan oleh doctor. Mereka berikhtiar merawat secaratraditional dan komplimentari.

5

Gambar dari kiri; Prof. Dr. Latiffah (Pengarah CaRE), En. Arman (bapa pesakit), Adik Muhammad

Zafran (pesakit), Presiden POKB:Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad bersama Duduk

dari kiri; Puan Zaihasra (ibu pesakit), Dr. Norhayati dan wakil TV AlHijrah:Cik Aisyah.

Page 6: Dua dari kanan; Encik CaRE (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff) · Hampir setahun kemudian keadaan kesihatan Adik Zafran semakin merosot serta berat badan semakin susut serta mengalami

Hampir setahun kemudian keadaan kesihatan Adik Zafran semakin merosot serta berat badansemakin susut serta mengalami sakit di bahagian peha kanan tersebut. Sehinggamenyebabkan pergerakannya terbatas serta hilang selera makan. Keadaan ini menyebabkanibubapa beliau buntu dan bimbang. Jadi rakan kepada ibubapa Adik Zafran telah tampilmemberitahu pihak CaRE, UPM meminta nasihat berkenaan Adik Zafran. Oleh itu pihak CaREtelah menghubungi Puan Zaihasra untuk bertanya khabar serta mengambil maklumatmengenai keperluan Adik Zafran. Pihak CaRE telah mengaturkan lawatan ke rumah PuanZaihasra bersama-sama Dr. Norhayati, Pakar Psikologi dari Pusat Perubatan UniversitiKebangsaan Malaysia, Presiden Persatuan Orang Kota Bhatu (POKB) iaitu Datuk SheikhAhmad Dusuki Sheikh Mohamad serta 2 orang wartawan TV AlHijrah yang diundang olehDatuk Presiden POKB, bagi menemuramah untuk segmen Prihatin@AlHijrah bersama Prof.Dr. Muhaya.

Semasa lawatan, pihak CaRE, Prof. Dr.Latiffah (Pengarah CaRE) telah memberikanpenerangan mengenai rawatan kemoterapi dan nasihat tentang keperluan pemakanan sertakata – kata nasihat dan motivasi untuk beliau meneruskan rawatan seperti yang telahdisyorkan oleh doktor dan jangan sesekali berputus asa serta berazam untuk membuatrawatan bagi mendapatkan kesihatan, kualiti hidup yang lebih baik. Pihak CaRE juga dibantuoleh Dr. Norhayati memberi sokongan dari segi psikologi kepada kedua ibubapa AdikZafran.Di samping itu, bahan pendidikan tentang kanser, buku motivasi, kutipan derma kilatdaripada pihak CaRE dan sebuah kerusi roda turut diserahkan kepada CaRE dan jugaPresiden POKB terus mengambil langkah segera mengaturkan temujanji serta rawatanditeruskan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan menghubungi Pakar OrtopedikOnkologi dan Pakar Onkologi iaitu Profesor Dr. Vivek dan Profesor Dr. Farsham. AdikMuhammad Zafran juga telah dijadikan anak angkat kepada Presiden POKB iaitu DatukSheikh Ahmad Dusuki Sheikh

6

Antara peranan yang boleh dimainkan oleh pihak CaREdalam membantu dari segi sokongan emosi, kaunselingdan bahan rujukan supaya pesakit mendapat panduanserta meneruskan rawatan yang telah disarankan olehdoctor, juga maklumat bantuan kewangan yang boleh diperolehi oleh pesakit bagi meringankan beban mereka.

Prof. Dr. Latiffah (Pengarah CaRE) bersama

Puan Zaihasra (ibu pesakit)

Page 7: Dua dari kanan; Encik CaRE (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff) · Hampir setahun kemudian keadaan kesihatan Adik Zafran semakin merosot serta berat badan semakin susut serta mengalami

13 Mei 2016 bersamaan 6 Syaaban 1437, Profesor Dr. Maheran, merupakan seorangpensyarah di Universiti Putra Malaysia. Disahkan menghidap kanser ovary tahap 3, sejakpenghujung tahun 2015 yang lalu.

Beliau menceritakan bahawa penyakitnya tiada tanda dan gejala yang menunjukkan ada kanserovary seperti kembung perut, sakit di bahagian abdomen atau pelvis dan tiada rasa masalahkerap kencing. Apa yang di alami oleh beliau adalah mempunyai bengkak kelenjar di bahagianleher. Biopsy telah pun di buat tetapi keputusannya tidak menunjukkan petanda kanser.Kemudian beliau rasa sakit belakang dan demam yang agak kerap tetapi tidak konsisten.Beliau membuat pemeriksaan di Pusat Kesihatan Universiti, kemudian di rujuk ke HospitalSerdang dibawah pemerhatian Pakar Gine-onkologi. Setelah membuat pemeriksaan darah danimbasan ultrabunyi (ultrasound) masih tidak kelihatan. Doktor Pakar menyangkakan penyakitbeliau ada kaitan dengan jangkitan Tuberkulosis di bahagian peritoneum abdomen.Penyiasatan diteruskan dengan imbasan “Magnetic Resonance Imaging”(MRI) di Pusatpengimejan Diagnostik Nuklear, UPM. Setelah mendapat keputusan imbasan MRI, beliaudisahkan mengalami kanser ovary. Beliau terus di sarankan oleh doctor supaya menjalanipembedahan pembuangan Rahim, tiub falopio termasuk ovary. Kemudian beliau dirujuk keHospital Kuala Lumpur untuk rawatan kemoterapi.

Beliau seorang yang sangat positif terhadap rawatan kemoterapi. Sekarang beliau telah punhabis menjalani rawatan. Beliau juga turut memberi sokongan dan semangat kepada rakan-rakan yang mempunyai penyakit yang sama.

Semasa lawatan, pihak CaRE, Prof. Dr. Rozi Mahmud (Pengarah CaRE) telah memberikannasihat dan penerangan tentang keperluan pemakanan serta kata – kata nasihat dan motivasiuntuk beliau meneruskan rawatan seperti yang telah disyorkan oleh doktor dan jangan sesekaliberputus asa serta berazam untuk membuat rawatan bagi mendapatkan kesihatan, kualiti hidupyang lebih baik. Pihak CaRE juga turut mengundang rakan Prof. Dr. Maheran untuk turut sertamenziarah beliau bagi memberi semangat dan kekuatan agar beliau terus berjuang menentangkanser. Di samping itu, bahan pendidikan tentang kanser dan buku motivasi, turut diserahkankepada beliau. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh pihak CaRE dalam membantu darisegi sokongan emosi, kaunseling dan bahan rujukan supaya pesakit mendapat panduan

7

Dari kanan; Prof Dr. Rozi Mahmud (Pengarah CaRE), Prof. Dr. Maheran dan

rakan-rakan dari Fakulti Sains & Kesihatan, UPM.

Page 8: Dua dari kanan; Encik CaRE (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff) · Hampir setahun kemudian keadaan kesihatan Adik Zafran semakin merosot serta berat badan semakin susut serta mengalami

15 Jun 2016 bersamaan 10 Ramadhan 1437, Encik Ghazali Bin Yusof, merupakan seorangahli peniagaan. Beliau telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Beliau merupakanpejuang kanser Hodgkin’s Lymphoma. Disahkan menghidap kanser tahap 4, pada 8 Jun2015.

Beliau menceritakan bahawa penyakitnya bermula dengan demam yang tidak menentu sejakpertengahan April 2015. Terutamanya sebelah malam, sering mengalami keadaan yangsangat sejuk tetapi apabila menjelang subuh badan beliau mula berpeluh dengan banyak.Keadaan ini berlarutan dalam sebulan lebih, kemudian beliau mula perasan kelenjar di leherdan ketiak mula membengkak serta berat badan susut mendadak. Beliau kehilangan beratbadan mendadak, sebelum ini adalah 114 kilogram, sehingga sekarang berat beliau tinggal 82kilogram. Beliau kehilangan sebanyak 32 kilogram. Sejak daripada kejadian itu, isteri beliaumembawanya membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Bangi. Kemudian doctor merujukbeliau ke Hospital Serdang.

Pada mulanya beliau berkeras dan berdegil tidak mahu meneruskan rawatan di hospitalwalaupun sudah puas isteri, ibu dan anak beliau memujuk. Sehinggalah keadaan kesihatanbeliau semakin merosot. Beliau mengalami batuk yang teruk sehingga menyebabkan sesaknafas serta pergerakan yang semakin terbatas akibat daripada lemah tubuh badan. Padasuatu waktu di malam hari, beliau mengalami kesesakan nafas yang teruk serta hampir tidaksedarkan diri, anak lelaki beliau terus membawa En. Ghazali ke Jabatan kecemasan HospitalSerdang bagi mendapatkan rawatan segera. Mulai daripada hari itu, beliau membuatpenyiasatan sepenuhnya disitu. Setelah disahkan kanser, beliau terus di rujuk ke hospital lainuntuk rawatan kemoterapi. Beliau diberi pilihan sama ada Pusat Perubatan UniversitiKebangsaan Malaysia atau Institut Kanser Negara. Lagi sekali beliau menolak rawatantersebut walaupun telah diberikan penerangan oleh doktor pakar.

8

Dari kiri; Dr.Abdah dan Pn. Fatimah (sukarelawan survivor)

bersama pesakit En. Ghazali Yusof

Page 9: Dua dari kanan; Encik CaRE (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff) · Hampir setahun kemudian keadaan kesihatan Adik Zafran semakin merosot serta berat badan semakin susut serta mengalami

Di sinilah CaRE memainkan peranan, apabila pihak doctor pakar Hospital Serdang menelefonmemohon bantuan supaya memberi nasihat serta sokongan kepada pesakit agar memujukbeliau menerima rawatan kemoterapi seperti yang disarankan.

Semasa lawatan, pihak CaRe Pn. Shafikah Rahim (Jururawat CaRE) telah memberikannasihat dan penerangan tentang keperluan pemakanan serta kata – kata nasihat dan motivasiuntuk beliau meneruskan rawatan seperti yang telah disyorkan oleh doktor dan jangansesekali berputus asa serta berazam untuk membuat rawatan bagi mendapatkan kesihatan,kualiti hidup yang lebih baik. Pihak CaRE juga turut mengundang dua orang sukarelawansurvivor kanser iaitu Dr. Abdah Mohamad Akim dan Puan Fatimah Embi untuk turut sertamenziarah beliau bagi memberikan kata-kata semangat dan kekuatan serta berkongsipengalaman mereka berjuang dengan penyakit kanser ini supaya En. Ghazali terus berjuangmenentang kanser serta memahami tentang rawatan kemoterapi yang telah diperincikan olehDr. Abdah kerana beliau juga mempunyai pengalaman kanser yang sama. Di samping itu,bahan pendidikan tentang kanser dan buku motivasi, turut diserahkan kepada beliau. Antaraperanan yang boleh dimainkan oleh pihak CaRE dalam membantu dari segi sokongan emosi,kaunseling, bahan rujukan dan maklumat bantuan kewangan supaya pesakit mendapatpanduan.

9

Gambar dari kiri; Dr.Abdah, SN Shafikah dan Pn. Fatimah bersama isteri

pesakit memberikan sumbangan buku penerbitan CaRE untuk rujukan

Page 10: Dua dari kanan; Encik CaRE (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff) · Hampir setahun kemudian keadaan kesihatan Adik Zafran semakin merosot serta berat badan semakin susut serta mengalami

15 Julai 2016 bersamaan 5 Rabiulakhir 1437, Pihak Pusat Sumber & Pendidikan Kanser(CaRE) UPM, telah membuat lawatan ke Pusat perubatan Subang Jaya untuk bertemudengan seorang pesakit kanser payudara iaitu Puan Nora binti Datuk yang berumur 53 tahundan mempunyai 3 orang anak. Disahkan menghidap kanser payudara sejak bulan Mei 2016.

Beliau telah menjalani rawatan sejak didiagnoskan. Beliau menceritakan bahawa telahmenyedari ada ketulan kecil di payudara sebelah kiri dan telah mendapatkan rawatan dihospital, imbasan ultrabunyi (ultrasound) dan mammogram telah dilakukan tetapi tidakmenunjukkan keputusan tersebut adalah kanser. Lalu doctor menyarankan supaya biopsydibuat. Beliau bersetuju dengan prosedur tersebut.

Di Hospital, beliau melalui ujian darah dan CT Scan serta biosy. Selepas Pakar PembedahanPayudara membuat pemeriksaan lanjut dan meneliti keputusan penyiasatan yang dijalankan,doktor pakar membuat kesimpulan beliau mempunyai kanser payudara. Kemudian terusdiberikan tarikh pembedahan pada 22 Julai 2016. Alhamdulillah beliau dapat mengharungitempoh rawatan ini dengan baik di samping mendapat sokongan yang baik daripada ahlikeluarga dan rakan – rakan.

Semasa lawatan, pihak CaRE, UPM iaitu Prof. Dr. Rozi Mahmud (Pengarah CaRE) telahmemberikan kata-kata semangat dan nasihat tentang pemakanan dan juga Prof. Dr. SherinaMohd Sidik (Timbalan Pengarah) memberi penerangan mengenai rawatan kemoterapi sertakepentingan rawatan dan nasihat kata – kata nasihat dan motivasi untuk beliau meneruskanrawatan pembedahan dan kemoterapi seperti yang telah disyorkan oleh doktor dan jangansesekali berputus asa serta berazam untuk membuat rawatan bagi mendapatkan kesihatan,kualiti hidup yang lebih baik. Di samping itu, bahan pendidikan tentang kanser dan bukumotivasi, turut diserahkan kepada beliau. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh pihakCaRE dalam membantu dari segi sokongan emosi, kaunseling dan bahan rujukan supayaPuan Nora meneruskan rawatan di hospital.

10

Dari kanan; Prof Dr. Rozi Mahmud (Pengarah CaRE), Puan Nora binti

Datuk dan Prof. Dr Sherina Mohd Sidik (Timbalan Pengarah CaRE)

Page 11: Dua dari kanan; Encik CaRE (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff) · Hampir setahun kemudian keadaan kesihatan Adik Zafran semakin merosot serta berat badan semakin susut serta mengalami

04 Ogos 2016 bersamaan 1 Zulkaedah 1437, Mejar (B) Feisal Awang, merupakan seorangpesara Pengarah Keselamatan di Universiti Putra Malaysia. Disahkan menghidap kanseresofagus tahap 3, pada Julai tahun 2016.

Beliau menceritakan bahawa penyakitnya menunjukkan ada perubahan dari segipenghadaman serta susah hendak menelan. Akibat daripada kesan tersebut, beliau membuatpemeriksaan di Hospital Taiping, kemudian beliau merujuk kepada rakan taulan yang beradadi UPM dan mereka memberi pendapat supaya beliau mendapatkan rawatan di HospitalSerdang. Beliau meminta daripada Hospital Taiping supaya merujuk ke Hospital Serdang dansegala penyiasatan dibuat disitu. Selepas prosedur biopsy dilakukan, beliau disahkanmenghidap kanser esofagus. Penyiasatan diteruskan dengan imbasan “Magnetic ResonanceImaging”(MRI) untuk melihat sejauh mana kanser tersebut telah merebak. Pakar bedahmenyarankan supaya pembedahan dilakukan untuk membuang ketumbuhan tersebut tetapidengan teknik minimal invasive iaitu melalui procedur skop. Tetapi teknik tersebut tidakBerjaya kerana ketumbuhan itu agak besar. Pilihan rawatan yang lain adalah menjalanirawatan radioterapi bagi mengecutkan ketumbuhan dan memusnahkan sel kanser tersebut.Kemudian beliau dirujuk ke Institut Kanser Negara untuk rawatan radioterapi.

Beliau seorang yang sangat positif terhadap rawatan radioterapi. Pihak CaRE telah membuatlawatan sebelum pembedahan dan memberikan beliau kata-kata semangat serta tippemakanan bagi pesakit kanser. Kemudian lawatan kedua oleh Prof. Dr. Rozi Mahmud(Pengarah CaRE) telah memberikan nasihat dan penerangan tentang rawatan radioterapiserta keperluan pemakanan dan juga kata-kata nasihat dan motivasi untuk beliau meneruskanrawatan seperti yang telah disyorkan oleh doktor dan jangan sesekali berputus asa sertaberazam untuk membuat rawatan bagi mendapatkan kesihatan, kualiti hidup yang lebih baik.Pihak CaRE juga turut mengaturkan beliau dengan seorang sukarelawan survivor iaitu Dr.Abdullah bagi berkongsi pengalaman juga memberi semangat dan kekuatan agar beliau terusberjuang menentang kanser. Di samping itu, bahan pendidikan tentang kanser dan bukumotivasi, turut diserahkan kepada beliau. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh pihakCaRE dalam membantu dari segi sokongan emosi, kaunseling dan bahan rujukan supayapesakit mendapat panduan.

11

Page 12: Dua dari kanan; Encik CaRE (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff) · Hampir setahun kemudian keadaan kesihatan Adik Zafran semakin merosot serta berat badan semakin susut serta mengalami

09 September 2016 bersamaan 7 Zulhijjah 1437, Puan Abibah Borhan, berusia 43 tahunmerupakan seorang “Quality Controller” di sebuah kilang swasta di petaling Jaya, Selangor.Beliau telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Beliau merupakan pejuang kanserMyelofibrosis. Disahkan menghidap kanser tahap 4, pada bulan Ogos 2014.

Beliau menceritakan bahawa sebelum ini mempunyai masalah tiroid dan sering membuatrawatan susulan di Hospital Serdang. Kemudian penyakitnya bermula dengan demam yangtidak menentu kerap mendapat cirit-birit serta di susuli dengan pening kepala akibat daripadatekanan darah rendah. Selepas itu beliau membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Batu 14Puchong dan di dapati paras sel darah merah (haemoglobin) rendah. Kemudian beliau dirujukke Hospital Serdang untuk penyiasatan lanjutan. Bone marrow Aspiration telah dilakukan bagimenentukan penyakit yang sebenarnya. Keputusan mendapati Pn. Abibah mengalamiMyelofibrosis. Beliau dimulakan rawatan kemoterapi dengan makan sejenis ubatan khas yangharganya agak mahal, tetapi beliau mendapat bantuan daripada pihak Zakat Selangor selepasmendapat nasihat daripada doctor pakar. Tetapi sekarang beliau mengalami organ limpamembesar (splenomegaly). Keadaan ini menyebabkan beliau merasa tidak selesa dan badanmenjadi lemah. Beliau kerap dimasukkan ke wad kerana perlu melalui prosedur pemindahandarah.

Pada kali ini beliau di masukkan ke wad kerana sering mendapat jangkitan kuman dan kerapdemam. Sekali lagi beliau perlu menjalani prosedur penyiasatan “bone marrow aspiration”.Rawatan antibiotic dan pemindahan darah diberikan. Akibat sering dimasukkan ke wad, Pn.Abibah merasa sedikit murung dan bimbang kerana menjejaskan kerjanya. Tambahan pulasuaminya tidak lagi bekerja kerana masalah kesihatan. Hanya beliau dan seorang anakperempuannya yang menyara keluarga. Oleh itu Pakar Hematologi yang menjaga beliaumenghubungi pihak CaRE supaya membantu memberikan maklumat serta sokongan emosikepada Pn. Abibah. Di sinilah CaRE memainkan peranan.

Semasa lawatan, pihak CaRE Pn. Shafikah Rahim (Jururawat CaRE) dan Prof. Dr. SherinaMohd Sidik (Timbalan Pengarah dan Pakar Perubatan Keluarga) telah memberikan kata-katanasihat dan motivasi untuk beliau meneruskan rawatan seperti yang telah disyorkan oleh doktordan jangan sesekali berputus asa serta berazam untuk membuat rawatan bagi mendapatkankesihatan, kualiti hidup yang lebih baik. Di samping itu, Prof. Dr. Sherina turut memberikannasihat tip pemakanan yang bersesuaian dengan pesakit.

12

Bahan pendidikan tentang kanser dan buku

motivasi, turut diserahkan kepada beliau.

Antara peranan yang boleh dimainkan oleh

pihak CaRE dalam membantu dari segi

sokongan emosi, kaunseling, bahan rujukan

dan maklumat bantuan kewangan beserta

borang permohonan supaya pesakit

mendapat panduan dan memudahkanpesakit.

Page 13: Dua dari kanan; Encik CaRE (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff) · Hampir setahun kemudian keadaan kesihatan Adik Zafran semakin merosot serta berat badan semakin susut serta mengalami

11 November 2016 bersamaan 11 Safar 1437, Adik Muhamad Adib Firdaus berusia 15 tahun,anak sulung daripada tiga adik beradik. Disahkan menghidap kanser Mediastinal Germinomatahap 3, sejak tiga tahun lalu iaitu tahun 2013.

Ibu beliau menceritakan bahawa penyakitnya bermula dengan demam dan batuk yangberpanjangan sehingga dimasukkan ke wad selama sebulan. Selepas penyiasatan imbasan CTdilakukan, terdapat ketumbuhan yang agak besar menekan bahagian tegah dada Adik MuhamadAdib Firdaus. Biopsy dijalankan dan keputusannya beliau disahkan menghidap kanserMediastinal Germinoma tahap 3. Doktor menyarankan beliau supaya pembedahan dilakukan bagimembuang tumor tersebut dan disusuli dengan rawatan kemoterapi. Beliau telah menjalani satupembedahan major dan 3 kali rawatan kemoterapi.

Bermulalah episode Adik Muhammad Adib Firdaus berulang alik ke Hospital Queen Elizabeth,Kota Kinabalu. Mereka terpaksa melalui perjalanan yang jauh kerana beliau berasal dariSandakan, Sabah. Oleh kerana bapa beliau tidak mempunyai kenderaan sendiri, jadi merekaterpaksa menaiki bas dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Kadangkala tertinggal bas atau jadualperjalanan bas lewat, jadi menyukarkan beliau untuk sampai pada masa temujanji yangditetapkan. Tetapi Adik Adib mempunyai semangat yang sangat kuat untuk meneruskan rawatanwalaupun sukar. Beliau mendapat sokongan yang kuat daripada ahli keluarga beliau. Dengan itubeliau mendapat bantuan daripada Tabung Kebajikan Hospital bagi meringankan beban beliaubagi mendapatkan rawatan di situ.

Pada 7 November, beliau diterbangkan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur bagi menjalani duaoperation bagi membuang ketumbuhan yang agak agresif di Hospital Serdang. Alhamdulillah,Adik Adib dapat melaluinya dengan tabah dan pembedahan itu berjaya. Beliau seorang yangsangat positif terhadap rawatan kemoterapi. Pihak CaRE telah membuat lawatan selepaspembedahan ke pertama dan memberikan beliau kata-kata semangat dan sokongan emosikepada ibu beliau. Kemudian lawatan kedua oleh Prof. Dr. Rozi Mahmud (Pengarah CaRE) telahmemberikan nasihat dan penerangan tentang rawatan kemoterapi serta keperluan pemakanandan juga kata – kata nasihat dan motivasi untuk beliau meneruskan rawatan seperti yang telahdisyorkan oleh doktor dan jangan sesekali berputus asa serta berazam untuk membuat rawatanbagi mendapatkan kesihatan, kualiti hidup yang lebih baik dan berjuang menentang kanser. Disamping itu, bahan pendidikan tentang kanser, buku motivasi, dan duit sumbangan orang awamturut diserahkan kepada beliau. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh pihak CaRE dalammembantu dari segi sokongan emosi, kaunseling, bahan rujukan dan maklumat berkenaanbatuan kewangan supaya pesakit mendapat panduan serta meringankan beban pesakit.

13

Page 14: Dua dari kanan; Encik CaRE (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff) · Hampir setahun kemudian keadaan kesihatan Adik Zafran semakin merosot serta berat badan semakin susut serta mengalami

15 Disember 2016 bersamaan 15 Rabiulawal 1437, Pasukan Pusat Sumber & PendidikanKanser (CaRE) telah melawat seorang pesakit di Hospital Kuala Lumpur, Wad RT 2AB katil10. Cik Dahlia binti Atan berusia 32 tahun, seorang penjawat swasta dan masih bujang.Disahkan menghidap kanser payudara sejak September 2016.

Beliau telah menjalani rawatan sejak didiagnoskan. Beliau menceritakan bahawa mula tidaksihat sejak Julai tahun ini. Demam yang tidak konsisten kadangkala sehingga dua minggu.Tetapi beliau tetap ke klinik swasta mendapatkan rawatan. Apabila ubat antibiotic telah habisdiambil, selang beberapa minggu beliau akan demam semula. Sehinggalah beliau mulamenyedari ada ketulan di payudara sebelah kiri sejak tetapi tidak mengalami sakit, ketulantersebut dirasakan lembut dan bergerak-gerak apabila di tekan, lalu beliau pergi membuatpemeriksaan di klinik swasta, tetapi disitu beliau tidak dibuat pemeriksaan imbasan ultrabunyi(ultrasound). Doktor mengatakan ketulan itu hanyalah sista (cyst) sahaja. Jadi beliau merasalega. Selepas sebulan beliau merasakan ketulan tersebut semakin membesar seperti saiztelur burung puyuh. Beliau mula merasa bimbang tetapi tetap meneruskan kerja seperti biasasehinggalah suatu hari semasa beliau sedang melakukan tugas, payudara yang mempunyaiketulan tersebut terhantuk di mesin yang dikendalikannya, ketulan tersebut telah pecah danbanyak darah keluar dari kawasan tersebut. Beliau terus pergi membuat pemeriksaan di KlinikKesihatan Jeram, disini beliau terus dirujuk ke Hospital Sungai Buloh. Selepas pemeriksaan,doktor menyarankan supaya biopsy dilakukan, beliau bersetuju dengan cadangan tersebut.

14

Page 15: Dua dari kanan; Encik CaRE (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff) · Hampir setahun kemudian keadaan kesihatan Adik Zafran semakin merosot serta berat badan semakin susut serta mengalami

Di Hospital Sungai Buloh, beliau telah melalui ujian darah dan imbasan CT Scan. SelepasPakar Pembedahan membuat pemeriksaan lanjut dan meneliti keputusan penyiasatan yangdijalankan, doktor pakar membuat kesimpulan beliau mempunyai kanser payudara tahap 4kerana ia telah merebak ke tulang, hati dan paru-paru. Kemudian terus diberikan tarikhpembedahan pada bulan Oktober 2016 manakala rawatan kemoterapi dan radioterapi akandi rujuk ke Hospital Kuala Lumpur. Tetapi beliau menangguh untuk sementara waktu keranamerasa belum bersedia dan masih terkejut dengan berita ini, disamping itu inginmenyelesaikan permohonan cuti daripada pihak majikan dan beberapa perkara lagi. Tetapipada penghujung November, Cik Dahlia mengalami sesak nafas tiba-tiba akibat daripadaterdapat darah beku di saluran paru-paru dan paru-paru berair (). Bapanya terus membawabeliau ke hospital.

Alhamdulillah beliau dapat mengharungi tempoh rawatan buat masa ini dengan baik disamping mendapat sokongan yang baik daripada ahli keluarga dan rakan – rakan sertasahabat yang juga pejuang kanser payudara daripada kumpulan “Life Free From Cancer”terutamanya, bagi memberi semangat dan berkongsi pengalaman bagi menambahkankefahaman Cik Dahlia

Semasa lawatan, pihak CaRE, UPM telah memberikan penerangan mengenai rawatankemoterapi memandangkan beliau akan menjalani rawatan kemoterapi kali pertama padahari ini dan nasihat tentang pemakanan serta kata – kata nasihat dan motivasi untuk beliaumeneruskan rawatan pembedahan dan kemoterapi seperti yang telah disyorkan oleh doktordan jangan sesekali berputus asa serta berazam untuk membuat rawatan bagi mendapatkankesihatan, kualiti hidup yang lebih baik. Pihak CaRE juga akan mengadakan lawatan susulanselepas beliau menjalani pembedahan mastektomi. Di samping itu, bahan pendidikantentang kanser dan buku motivasi, turut diserahkan kepada beliau. Antara peranan yangboleh dimainkan oleh pihak CaRE dalam membantu dari segi sokongan emosi, kaunseling,bahan rujukan terbitan CaRE sendiri dan maklumat berkenaan bantuan kewangan supayadapat memberi panduan dan meringankan beban pesakit untuk meneruskan rawatan.

15