Dyson Air Multiplier

12
Pengenalan Kipas tanpa bilah jenama Dyson (Dyson Air Multiplier) menggunakan aplikasi teknologi seperti mana yang digunakan didalam enjin turbo jet, di mana ia akan menarik udara daripada luar seterusnya menghasilkan aliran angin yang kuat di dalam sistem. Teknologi turbo jet telah dicipta oleh Sir Frank Whittle di England dan Dr.Hans Von Ohain di Jerman. Sir Frank Whittle telah menyertai Tentera Udara Diraja atau RAF sebagai perantis. Beliau telah menyertai sebuah skuadron pesawat pejuang RAF pada tahun 1928 dan menjadi juruterbang percubaan pada tahun 1931. Pegawai muda RAF hanya seramai 22 orang ketika itu. Beliau mula memikirkan idea menggunakan enjin turbin gas untuk kuasa kapal terbang. Walaupun sering dianggap sebagai bapa moden sistem pendorongan jet, pada awalnya Frank Whittle tidak berjaya untuk mendapatkan sokongan rasmi bagi melakukan kajian dan pembangunan idea-idea beliau. Beliau terpaksa melakukan penyelidikan atas inisiatif sendiri dan menerima paten pertama turbo jet pada bulan Januari 1930. Dengan sokongan kewangan daripada agensi swasta, beliau mula membina enjin pertamanya pada tahun 1935. Enjin ini yang mempunyai pemampat empar satu peringkat digandingkan kepada turbin satu peringkat telah berjaya diuji pada April 1937 dimana ia hanya satu pelantar ujian makmal, tidak bertujuan untuk digunakan di dalam pesawat, tetapi ia menunjukkan kebolehlaksanaan konsep turbo jet. Enjin turbo jet moden yang banyak digunakan pada pesawat British dan Amerika adalah berdasarkan prototaip yang direka oleh Frank Whittle. Doktor Hans Von Ohain adalah seorang pereka kapal terbang Jerman yang mencipta enjin jet. Hans Von Ohain memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Fizik di Universiti G ttingen di Jerman dan kemudian ö menjadi pembantu junior kepada Hugo Von Pohl, pengarah di Institut Fizikal. Pembina pesawat Jerman, Ernst Heinkel meminta beliau dalam reka bentuk pendorongan kapal terbang. Hans Von Ohain pada ketika itu sedang mengkaji enjin pesawat jenis baru yang tidak memerlukan kipas. Pada tahun 1933, Hans Von Ohain berjaya merekabentuk enjin jet pendorongan yang sama konsepnya dengan Sir Frank Whittle. 1

description

elektrik

Transcript of Dyson Air Multiplier

PengenalanKipas tanpa bilah jenama Dyson (Dyson Air Multiplier) menggunakan aplikasi teknologi seperti mana yang digunakan didalam enjin turbo jet, di mana ia akan menarik udara daripada luar seterusnya menghasilkan aliran angin yang kuat di dalam sistem.Teknologi turbo jet telah dicipta oleh Sir Frank Whittle di England dan Dr.Hans Von Ohain di Jerman. Sir Frank Whittle telah menyertai Tentera Udara Diraja atau RAF sebagai perantis. Beliau telah menyertai sebuah skuadron pesawat pejuang RAF pada tahun 1928 dan menjadi juruterbang percubaan pada tahun 1931. Pegawai muda RAF hanya seramai 22 orang ketika itu. Beliau mula memikirkan idea menggunakan enjin turbin gas untuk kuasa kapal terbang. Walaupun sering dianggap sebagai bapa moden sistem pendorongan jet, pada awalnya Frank Whittle tidak berjaya untuk mendapatkan sokongan rasmi bagi melakukan kajian dan pembangunan idea-idea beliau. Beliau terpaksa melakukan penyelidikan atas inisiatif sendiri dan menerima paten pertama turbo jet pada bulan Januari 1930.Dengan sokongan kewangan daripada agensi swasta, beliau mula membina enjin pertamanya pada tahun 1935. Enjin ini yang mempunyai pemampat empar satu peringkat digandingkan kepada turbin satu peringkat telah berjaya diuji pada April 1937 dimana ia hanya satu pelantar ujian makmal, tidak bertujuan untuk digunakan di dalam pesawat, tetapi ia menunjukkan kebolehlaksanaan konsep turbo jet. Enjin turbo jet moden yang banyak digunakan pada pesawat British dan Amerika adalah berdasarkan prototaip yang direka oleh Frank Whittle.Doktor Hans Von Ohain adalah seorang pereka kapal terbang Jerman yang mencipta enjin jet. Hans Von Ohain memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Fizik di Universiti Gttingen di Jerman dan kemudian menjadi pembantu junior kepada Hugo Von Pohl, pengarah di Institut Fizikal. Pembina pesawat Jerman, Ernst Heinkel meminta beliau dalam reka bentuk pendorongan kapal terbang. Hans Von Ohain pada ketika itu sedang mengkaji enjin pesawat jenis baru yang tidak memerlukan kipas. Pada tahun 1933, Hans Von Ohain berjaya merekabentuk enjin jet pendorongan yang sama konsepnya dengan Sir Frank Whittle.Hans Von Ohain telah menyertai Ernst Heinkel pada tahun 1936 dan meneruskan pembangunan konsep pendorongan jet. Kejayaan ujian enjin tersebut telah dicapai pada bulan September 1937. Sebuah pesawat kecil telah direka dan dibina oleh Ernst Heinkel yang dikenali sebagai Heinkel He178.

Konsep Enjin jet pesawat bergerak ke hadapan dengan daya yang amat kuat yang dihasilkan oleh teras yang besar dan menyebabkan pesawat terbang dengan sangat cepat. Semua enjin jet yang juga dikenali sebagai turbin gas, bekerja pada prinsip yang sama. Enjin menyedut udara di bahagian hadapan dengan kipas. Bahan api disuntik ke dalam udara yang bertekanan tinggi di dalam kebuk pembakaran dan dinyalakan. Gas panas mengembang melalui turbin dan kemudian melalui paip dan muncung jet di belakang. Daya tujah ke hadapan dihasilkan sebagai tindak balas kepada momentum ke belakang daripada gas ekzos.

Gambar di atas menunjukkan bagaimana udara mengalir melalui enjin. Udara akan melalui teras enjin dan juga di seluruh teras. Ini menyebabkan udara menjadi sangat panas dan sedikit lebih dingin. Udara yang lebih sejuk kemudian bercampur dengan udara panas di kawasan luar enjin.Sebelum gas berkembang dibenarkan untuk keluar dari belakang enjin, gas diarahkan ke bilah pemutar turbin yang menyebabkan gas berputar pada kelajuan tinggi. Tujuan turbin adalah untuk memacu pemampat yang mana ia dipasang dengan aci, dengan itu membolehkan pemampat untuk terus menarik lebih banyak udara. Oleh itu, udara yang dimampatkan dan dipanaskan dalam kebuk pembakaran tidak hanya digunakan untuk menyediakan teras ke hadapan tetapi juga untuk memacu turbin yang memacu pemampat yang memampatkan udara.

Produk

a. Informasi ProdukFoto: Kipas tanpa bilah jenama Dyson (Dyson Air Multiplier)

Dyson Air Multiplieradalah kipas angin elektrik tanpa bilah. Kipas ini mampu menggandakan aliran udara 15 kali lebih kuat daripada aliran udara biasa. Dyson Air Multiplier juga mudah untuk dibersihkan dan tidak berbahaya kerana tiada bilah kipas yang bergerak. TeknologiDyson Air Multiplierini diinspirasikan dari teknologi enjin turbo jet untuk menjana aliran udara yang kuat.Sir James Dyson merupakan pencipta dari Britain telah produk ini.Menurut beliau, semasa pelancaran produk ini, beliau mengatakan produk ini mampu menghasilkan angin yang kuat. Menurutnya, beliau mendapat idea untuk mencipta produk ini selepas meneliti alat pengering tangan yang menyedut banyak angin di sekitarnya. Selain dapat beroperasi dalam keadaan yang lebih senyap, produk ini juga lebih selamat berbanding kipas angin biasa kerana ia tidak mempunyai bilah yang boleh mencederakan jari jika disentuh oleh kanak-kanak. Ia berfungsi dengan menolak udara sehingga mencecah kelajuan 35.2 kilometer per jam melalui bukaan kecil selebar 1.3 milimeter di sekelilingnya. Produk ini berharga 199 (RM1,066) dan telah di jual ke seluruh dunia. b. Ciri-ciri Produk

1. SelamatProduk ini selamat dan tidak berbahaya kepada kanak-kanak kerana tiada bilah yang berpusing. Jari kanak-kanak biasanya akan tersangkut jika kipas tersebut mempunyai bilah.

2.PenyenggaraanProduk ini mudah dibersihkan dengan hanya menggunakan kain lembap dan disapukan kepada seluruh bahagian produk ini.

3.Pengoperasian yang mudah Produk ini mudah dioperasikan sama ada untuk posisi di hala ke atas, ke bawah, ke kiri atau ke kanan. Sistem produk ini direka supaya mudah di operasikan dan kekal di posisi yang dimahukan. 4. Melaras kelajuan angin dengan mudahKipas konvensional mempunyai tetapan kuasa yang terhad. Walaubagaimanapun, Kipas Dyson direka membolehkan kelajuan angin dilaraskan dengan tepat, mudah dan lebih kuat.

c. Operasi Produk

1. Kipas Dyson Air Multiplier menggunakan teknologi yang digunakan didalam enjin turbo jet, di mana ia akan menarik udara daripada luar seterusnya menghasilkan aliran angin yang kuat di dalam sistem.

2. Seterusnya 27 liter isipadu udara disedut menggunakan sebuah motor elektrik berkuasa 40 watt dan dipecutkan melalui satu sistem celahan yang berukuran 3mm di sekitar kerangka pada kelajuan 55 batu per jam.

3. Aliran angin yang telah dipecutkan ini kemudiannya akan menyebabkan udara yang berada di belakang alat ini tersedut masuk kedalam aliran dan dipecut untuk keluar semula ke hadapan yang disebabkan oleh daya aruhan yang kuat daripada aliran angin.

4. Udara di sekitar juga akan tertarik kedalam aliran udara seterusnya menambah kuat aliran angin tersebut. Udara dihembus dengan lebih tepat dan berbeza dengan hembusan kipas angina konvensional seperti dalam foto di bawah.

KesimpulanDyson air multiplier adalah produk yang di reka cipta dan menggunakan aplikasi enjin turbo jet dalam sistem operasi produk tersebut. Walaupun teknologi turbo jet telah diperkenalkan sejak berabad yang lalu dan melalui pelbagai fasa pemodenan oleh saintis dan syarikat pembangun pesawat terbang masa kini, namun teknologi ini hanya berkembang di industri pembinaan pesawat dan automotif. Akhirnya, hasil dari cetusan idea Sir James Dyson, kipas angin elektrik konvensional yang sebelum ini menggunakan bilah telah di ubahsuai dan dimajukan dengan diserapkan aplikasi teknologi enjin turbo jet. Tiada lagi bilah kipas dan lebih efisien serta selamat.

Rujukan

1. Kamal Kumar Pradhan, Bhoumika Sahu, Hemrani Gajendra Research Scholar (PG); Review Paper of Adaptive Work Performance Analysis of Turbojet Engines, International Journal of Engineering Research and General Science Volume 2, Issue 4,June -July, 2014 ISSN 2091-2730 Department of Mechanical Engineering, MATS University, Raipur, India.2. Sherbaum, Valery / Erenburg, Vladimir; International Journal of Turbo & Jet-Engines, Freund Publishing House Ltd.3. Laman web: www.dyson.my4. Laman web: http://en.wikipedia.org/wiki/Dyson_%28company%29

9