e Learning
-
Upload
zaid-abd-rahman -
Category
Documents
-
view
253 -
download
0
description
Transcript of e Learning
Pengenalan
E-Pembelajaran terdiri daripada semua bentuk pembelajaran secara elektronik yang
disokong dengan pengajaran dan pembelajaran. Ianya wajar diistilahkan sebagai peranti
pembelajaran. Pada dasarnya E-Pembelajaran merupakan rangkaian maklumat yang boleh
dipindahkan terus kepada seseorang melalui talian internet, audiovideo, TV satelit dan CD-
ROM. Aplikasi dan proses E-Pembelajaran termasuk juga pembelajaran berasaskan Web.
Pembelajaran berasaskan komputer pula dibina secara maya dan fungsi digital. E-Pembelajaran
juga boleh merujuk kepada laman web pendidikan di negara kita contohnya Edu Web TV. Ianya
menawarkan pakej pembelajaran, lembaran kerja dan latihan interaktif untuk murid-murid
sekolah.
E-pembelajaran untuk pendidikan menjadi kaedah pembelajaran pada masa hadapan. Ia
berupaya mempercepatkan pengajaran dan proses pembelajaran dengan lebih efektif. Penerimaan
e-pembelajaran bukan sahaja untuk menukarkan modul tradisional, kos program dan bilik darjah
dalam versi atas talian, bahkan penggunaan teknologi e-pembelajaran boleh menyumbang
kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel.
Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT telah meningkatkan penggunaan
internet, laman web dan jaringan dalam pendidikan. E-pembelajaran merupakan satu bentuk
revolusi pendidikan yang berorientasikan sistem pembangunan web (WBL).
E-pembelajaran dikatakan dapat memberikan pelbagai kelebihan kepada pelajar dan juga
guru itu sendiri. Pelajar dapat menjimatkan tenaga teknikal dan boleh memperoleh seberapa
banyak maklumat yang terdapat menerusi E-pembelajaran ini. Ianya juga dicapai pada bila-bila
masa dimana sahaja dan ianya juga disampaikan secara elektronik. (Dichantz, 2001)
Pembelajaran berasaskan komputer boleh dijadikan proses pendidikan satu pengalaman yang
menyeronokkan dan menarik perhatian disamping membantu pelajar memahami sesuatu konsep
dengan cepat dan mudah. Selain itu, penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran
semakin penting pada masa kini sebagaimana menurut Nor Hashim (1996), cara yang paling
berkesan untuk memanfaatkan keupayaan komputer adalah dengan menjadikan alat untuk
membantu kerja-kerja kita supaya menjadi lebih mudah dan berkesan.
1
E-Pembelajaran: Evolusi Internet
Sejarah telah membuktikan bahawa perindustrian dan perkembangan teknologi mampu
mengubah sesebuah masyarakat. Perkembangan teknologi terutamanya evolusi internet telah
mencabar konsep dan teori pendidikan tradisional, terutamanya terhadap konsep bilik darjah
serta metod pengajaran dan pembelajaran (Hunt, 2004; Resnick dan Wirth, 1996.)
E-pembelajaran juga dikenali sebagai m-pembelajaran atau mobile learning. Kemudahan
pengurusan maklumat membolehkan individu belajar dalam pelbagai pengalaman pembelajaran
menerusi internet. Ia boleh dilakukan dalam dua cara iaitu dalam ruang kerja peribadi dan ruang
kerja kolaboratif yang memerlukan pelajar bertukar maklumat secara sinkroni (synchronous)
atau asinkroni (asynchronous) dalam global village yang dibina oleh laman-laman sesawang
(web) sehingga membolehkan sesiapa sahaja dihubungkan.
Teori E-Pembelajaran (E-Learning) Dan Teori Andragogi
Teori e-pembelajaran berpendapat bahawa pelajar dapat mengawal pembelajaran mereka
dengan lebih baik melalui peluang pembelajaran secara kolaboratif, interaktif dan persendirian
kerana media elektronik menyediakan persekitaran pembelajaran berdasarkan prinsip―just-
intime dengan kompetensi ―anywhere, anytime, anyone (Talesra et al. 2003, Karoulis et al,
2004). Konsep ini sangat sesuai dengan teori andragogi iaitu orang dewasa belajar dengan
motivasi kendiri mengikut kesesuaian peribadi (Knowles et al . 2005; Mazanah, 2001 ; Merriam
& Caffarella., 1999; Baddeley dan Hitch pada tahun 1974 telah mengemukakan teori working
memory yang menyatakan bahawa pembelajaran melalui multimedia menyebabkan otak
berfungsi secara langsung mengenkod dua jenis maklumat iaitu stimulasi audio dan stimulasi
visual. Kajian psikologi membuktikan bahawa maklumat verbal akan lebih mudah diingati jika
disertai dengan imej visual.
Teori tersebut kemudiannya di aplikasikan oleh Richard Mayer yang memperkenalkan
teori dua koding multimedia, menurut teori ini pelajar lebih mudah memindahkan pembelajaran
mereka melalui arahan multimedia yang memberi kesan kepada kognitif (Cognitive Theory of
Multimedia Learning).
2
Teori pembelajaran dewasa boleh disesuaikan dengan metodologi e-pembelajaran ini.
Apabila teori ini diintegrasikan dalam persekitaran pembelajaran, ia mampu mencipta pelajaran
atau program kursus yang sesuai dengan teknologi terkini dan pada masa sama berfokus kepada
kehendak dan keperluan orang dewasa supaya mereka dapat meneruskan pembelajaran di
sepanjang hayat mereka.
Pengaplikasian online dan laman web telah memulakan evolusi komunikasi jarak jauh
yang memberi peluang pembelajaran dilaksanakan secara kolaboratif dan kerja projek dari
pelbagai lokasi. Evolusi ini bukan sahaja mampu membentuk masyarakat bermaklumat, malah
memberi peluang kepada orang dewasa untuk meningkatkan kemahiran sepanjang hayat, dalam
dua elemen iaitu elemen pembelajaran kendiri (self study) menerusi penggunaan, pengurusan
maklumat berasaskan media seperti bahan kursus (courseware) dan mencipta entiti pembelajaran
melalui pelayaran capaian maklumat dengan bantuan media maklumat elektronik.
Pembelajaran interaktif berperanan meningkatkan pembelajaran pelajar melalui
pengalaman melakukan eksplorasi kendiri mengikut pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran, dan penemuan baru semasa proses penyelesaian masalah. Oleh kerana nota
pengajaran dapat disampaikan secara komunikasi asinkroni dan sinkroni, maka media
komunikasi telah mengubah caragaya pelajar dan guru (tutor) melakukan kajian, membaca dan
menulis. Kini, terdapat pelbagai kaedah kajian, pembacaan dan penulisan yang melibatkan
konsep-konsep seperti hiperteks, dan penulisan kolaboratif.
Dalam pembelajaran dewasa, teknologi diintergrasikan sebagai kaedah untuk
penyampaian pengetahuan dan arahan tugas sehingga membolehkan orang dewasa mempunyai
privasi untuk membuat latihan disamping dapat memperkembangkan konsep pembelajaran
arahan kendiri yang dapat disesuaikan dengan mod individu. Teknologi juga mengubah generasi
dan bentuk hubungan sosial (Talesra et al 2003;), apabila program dipertingkatkan, sebenarnya ia
meningkatkan interaktiviti, meningkatkan komunikasi, meningkatkan kebolehan adaptasi,
menambah perkongsian dan meningkatkan pengalaman pembelajaran (Zoraini Wati, 2008;
Robertson, 1992). Maka, teknologi mencipta masyarakat dunia baru yang saling berinteraksi dan
berkuasa bukan hanya sebagai alat perhubungan malah menjadi alat pendidikan. Disamping itu,
perkongsian meluas dapat menggalakkan individu termasuk ahli akademik berkongsi kurikulum
dan sumber di serata dunia.
3
Perbezaan Antara Pembelajaran Tradisional Dan ‘E-Learning’
Di dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru
dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada
pelajarnya. Terpulang kepada guru sama ada menggunakan ‘konsep suap’, ‘tipu sunat’ atau
pelbagai teori yang telah dipelajari dahulu seperti behaviourisme, kontruktivitisme dan teori
kecerdasan pelbagai. Modul pengajaran hanya bergantung kepada buku teks dan pengetahuan
pelajar terbatas setakat kandungan dalam buku teks sahaja.
Selain itu, sekiranya pelajar tidak faham di dalam kelas dan malu bertanya maka pelajar
tersebut akan kekal tidak memahami isi pelajaran yang diajar. Perhatian guru kurang dapat
diberikan secara individu kerana bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas. Jika kelas
dipecahkan, bilangan guru perlu ditambah. Penyampaian isi pelajaran bergantung kepada guru
untuk mewujudkan persekitaran belajar yang menarik dan menyeronokkn. Pengajaran &
pembelajaran hanya dijalankan secara formal iaitu di dalam bilik darjah.
Di dalam pembelajaran ‘e-learning’ fokus utamanya adalah pelajar. Suasana
pembelajaran ‘e-learning’ akan memaksa pelajar menjadi berdikari dan lebih aktif dalam
pembelajarannya kerana perancangan pelajaran dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Pelajar
membuat perancangan dan mencari maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri. Pencarian
maklumat tidak terbatas dan terkini kerana bahan pengajaran boleh dipilih sendiri oleh pelajar
sama ada dirasakan sesuai atau tidak. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk mengulangi tajuk
pembelajaran yang sama untuk mencapai tahap kepuasan pemahaman mereka sebelum beralih ke
tajuk pelajaran yang lain. Selain itu, masa lebih fleksibel dan kurang tekanan kerana ianya boleh
dilakukan di mana sahaja asalkan ada kemudahan komputer dan internet.
Komputer Sebagai Tutor, Tutee Dan Tool
Komputer mempunyai fungsi yang pelbagai dalam bidang pendidikan bergantung pada
operasi penggunaannya termasuklah untuk memproses data, persembahan maklumat, untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran dan pelbagai lagi. Disebabkan fungsi yang
pelbagai ini, Taylor (1980) telah mengklasifikasikan aplikasi-aplikasi komputer pendidikan
4
kepada tiga mod utama iaitu tutor, tutee dan tool. Menurut beliau, komputer adalah dalam mod
tutor apabila komputer mengajar pelajar dengan mempersembahkan maklumat, menilai respons
pelajar dan memberi maklum balas yang sesuai. Antara jenis perisian yang memainkan peranan
ini adalah latih tubi, tutorial, simulasi dan permainan berbentuk pembelajaran dan penyelesaian
masalah. Dalam mod tutee, komputer bertindak sebagai pelajar manakala pengguna sebagai
pengajar. Dalam situasi ini, pengguna komputer akan mengajar komputer belajar atau membuat
sesuatu tugasan seperti program komputer dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Mod ini
memerlukan pengguna mahir dengan bahasa pengaturcaraan untuk setiap perisian. Antara jenis
perisian yang memainkan peranan ini adalah seperti TURBO C++, AUTO-CAD, MATLAB dan
sebagainya. Rajah 1 dan Rajah 2 menunjukkan contoh antara muka untuk perisian dalam mod
tutor dan tutee.
Rajah 1: Contoh Antara Muka untuk Perisian Simulasi (Mod Tutor)
(http://www.simulationgames365.com/2008/08/who-knows-about-computer-sim-games.html)
5
Rajah 2: Contoh Antara Muka untuk Perisian Turbo C++ (Mod Tutee)
(http://dybfin.wustl.edu/willard/turbohlp.html)
Berbeza daripada mod tutor dan tutee, mod tool adalah situasi apabila komputer
digunakan oleh guru atau pelajar sebagai alat (tool) untuk membuat sesuatu kerja seperti
pemprosesan perkataan, grafik, pangkalan data, hamparan elektronik, persembahan dan
sebagainya. Menurut Pelgrum (2001), perisian komputer ini disediakan dalam aplikasi stand
alone dan diintegrasikan dengan gabungan beberapa perisian ini kepada satu program yang
komprehensif. Zulkifli (1985) menyatakan bahawa dengan komputer bertindak sebagai tool, ia
boleh menyediakan mekanisme yang efektif kepada guru untuk mempersembahkan pengajaran
dalam pelbagai rangsangan seperti teks, audio, grafik, video dan sebagainya. Antara jenis
perisian yang memainkan peranan ini adalah Microsoft Office dan Linux. Contoh antara muka
ditunjukkan pada Rajah 3.
6
Rajah 3: Contoh Antara Muka untuk Perisian Microsoft Word 2007 (Mod Tool)
ip
Pengklasifikasian penggunaan aplikasi komputer kepada tiga mod oleh Taylor (1980)
bermula pada lewat era 1970-an dan pada waktu tersebut teknologi serta penggunaan komputer
tidak sehebat seperti masa kini. Walaupun perkembangan serta kemajuan teknologi komputer
khususnya dalam bidang pendidikan, pengklasifikasian mod ini masih relevan hingga sekarang.
7
Aplikasi ‘E-Learning ‘ Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Malaysia
‘E-learning’ membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Bahan pengajaran dan pembelajaran ‘e-learning’ yang dirancang, disediakan secara profesional
dan baik. Mengunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan
dan menarik. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta mengikut kesesuaian mereka. Pelajar
tidak perlu rasa malu untuk bertanya dan berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali
sehingga pemahaman mereka tercapai.
Pertanyaan juga boleh dibuat dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang
dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada. ‘ E-learning’ yang
diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik
untuk rujukan pelajar, guru, mentor atau fasilitator.
‘Segelintir pelajar-pelajar sekolah di Malaysia sudah mula menggunakan internet sebagai
sumber maklumat yang penting.Mereka juga sudah didedahkan kepada bahan ‘e-learning’ yang
ada di pasaran tempatan. Ada juga pelajar yang sudah mula mencari penyelesaian kepada
masalah yang dihadapi oleh mereka melalui rakan sebaya di dalam ‘chat groups’ atau ‘buletin
boards’. (Alam Pendidikan Bulletin Board, 2001: Tan,)
Penggunaaan sumber ICT yang terancang, menarik dan isi pelajaran yang berkesan akan
menghasilkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang berikut:
1. pelajar yang lebih bertanggungjawap terhadap pelajarannya
2. pelajar yang boleh menentukan keperluan bahan untuk pembelajarannya
3. pelajar yang bebas melakukan carian maklumat mengikut keperluan, tahap
pencapaian dan pengetahuan
4. pelajar yang dapat membina pengetahuan baru berasaskan kepada carian maklumat,
komunikasi dua hala dan penemuan kendiri.
Dengan ciri-ciri menarik yang ada pada ‘e-learning’ serta minat pelajar terhadap fungsi-
fungsi di dalam internet, maka sudah tiba masanya ianya digunakan dengan meluas bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula kejayaan agenda’e-learning’ kebangsaan (NITA)
8
banyak bergantung kepada perlaksanaan ICT di sekolah. Jika pelajar dapat dibimbing untuk
menggunakan ‘e-learning’ dengan cara berfaedah maka ianya akan dapat membantu
mengurangkan penggunaan elemen negatif yang lain.
Strategi Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran ‘E-Learning’
Empat model dicadangkan untuk perlaksanaan ‘e-learning’ di sekolah-sekolah di
Malaysia. Setiap model yang dicadangkan di bawah mempunyai kelebihan dan kelemahan
masing-masing. Pemilihan begantung kepada infrastruktur telekomunikasi dan perkakasan yang
sedia ada di sekolah. Model-model tersebut ialah:
1. Selective Model
Jika bilangan komputer sangat terhad, jika bahan ‘e-learning’ yang berkualiti , ia dapat
ditunjukkan kepada pelajar sebagai bahan demontrasi sahaja. . Jika ada beberapa
komputer , pelajar diberi peluang untuk mendapat sedikit pengalaman ‘hands-on’.
2. Sequential Model
Jika bilangan komputer sedikit. Pelajar dalam kumpulan kecil bergerak dari satu set
sumber maklumat ke sumber yang lain. Bahan ‘e-learning’ digunakan sebagai bahan
rujukan atau dapatkan maklumat baru. Jika ada beberapa komputer , pelajar diberi
peluang untuk mendapat pengalaman ‘hands-on’.
3. Static Station Model
Jika bilangan komputer sedikit. Guru mempunyai beberapa sumber berbeza untuk
mencapai objektif pengajaran yang sama. Bahan ‘e-learning’ digunakan oleh beberapa
kumpulan pelajar manakala pelajar lain menggunakan sumber lain untuk capai objektif
pelajaran yang sama.
4. Laboratory Model
Jika bilangan komputer mencukupi untuk semua pelajar, maka bahan ‘e-learning’ dapat
digunakan oleh semua pelajar sebagai bahan pengajaran kendiri. Model ini boleh
9
digunakan jika sekolah mempunyai makmal komputer yang dilengkapi dengan talian
internet.
Contoh Laman Web E-Learning - Cikgu.Net
Cikgu.Net (disebut Cikgu dot Net) merupakan portal pendidikan yang pertama sekali
dilancarkan dinegara kita pada bulan Mac 2000. Dengan isi kandungan yang berbahasa Melayu,
ia berjaya menarik ribuan pengguna yang mendaftar dengannya, dianggarkan sekurang-
kurangnya lebih 120 ribu pengunjung telah pun melawat portal tersebut. Dengan menggunakan
bahasa Melayu sebagai perantaraannya, kesesuaiannya dengan iklim pendidikan tempatan serta
aktiviti kokurikulum dapat diselaraskan.
Dengan disokong kuat oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Pearson Education
Malaysia, DBP serta beberapa lagi organisasi besar, sumbangan Cikgu Net terhadap pendidikan
negara sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Begitu juga dengan Portal Pendidikan
Utusan yang mendapat sambutan hangat ketika mula-mula dilancarkan.
Secara amnya, pembelajaran jarak jauh secara maya lebih popular dinegara kita
terutamanay bagi kolej-kolej dan syarikat-syarikat swasta yang menjalankan usahasama dengan
universiti luar negeri dengan menawarkan program ijazah sarjana muda dan lepasan ijazah.
Antaranya ialah seperti Hartford Management Centre Sdn Bhd menawarkan program
peringkat sarjana dengan usahasama University Of Newcastle, Australia, TL Management
Centre Sdn Bhd yang menawarkan program ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan
usahasama Preston University, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Universiti maya tunggal
tempatan yang menawarkan pembelajaran secara maya sepenuhnya ialah Universiti Tun Abdul
Razak (UNITAR). Sektor swasta dilihat sebagai lebih mengeksplorisasi penggunaan e-learning.
Penutup
10
Akhir sekali, penggunaan E-Pembelajaran harus dipantau setiap masa kerana masalah
penyalahgunaan. Ini termasuk masalah kes penipuan dan peniruan kerja pelajar lain. Objektif
penggunaan harus dicapai dan elakkan pelajar menggunakan E-Pembelajaran atas dasar
keseronokan sahaja.. Bagi pelajar yang tidak mempunyai rangkaian internet di rumah mereka, ia
akan menyukarkan pelajar untuk melihat apa-apa yang di paparkan dalam E-Pembelajaran.
Sewajarnya semua pihak sentiasa harus mengenalpasti dan meyelesaikan masalah ini agar E-
Pembelajaran di sekolah kita mencapai tahap yang membanggakan.
11