E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran · PDF fileDi dalam kelas tradisional,...

16
E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek Teknologi Maklumat & Komunikasi IPG Kampus Tawau Oleh Mad Noor Bin MadJapuni, Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah [email protected] Mohd Hanafiah Bin Yusof Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Tawau. [email protected] Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi penggunaan e-pembelajaran dari segi tahap pengetahuan, aspek sikap dan tahap motivasi dalam kalangan 40 orang guru pelatih IPG Kampus Tawau yang mengikuti kursus Teknologi Maklumat & Komunikasi. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Data kajian yang diperolehi dianalisis menggunakan “Statistikal Package for the Social Sciences version 17” (SPSS) yang dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Keputusan kajian mendapati bahawa kebanyakan guru pelatih yang dikaji mempunyai tahap pengetahuan dan sikap yang baik terhadap penggunaan e-pembelajaran. Begitu juga tahap motivasi guru pelatih adalah pada tahap yang tinggi. Kajian ini memberi gambaran yang lebih jelas tentang persepsi dan tahap penggunaan e-pembelajaran oleh guru pelatih IPG Kampus Tawau. Guru pelatih sudah cukup bersedia, menunujukkan sikap yang positif dan mempunyai motivasi yang tinggi dalam penggunaan e-pembelajaran dalam proses pembelajaran mereka. Abstract This study aimed to survey the use of e-learning in terms of knowledge, attitude and motivation among the 40 trainees IPG Tawau campus who are enrolled in Information Technology & Communication. The instrument used in this study was a questionnaire. Data were analyzed using statistical Package for the Social Sciences version 17 (SPSS) is expressed in terms of frequency, percentage and mean. Results showed that most students who have studied the level of knowledge and attitudes towards the use of e-learning. Similarly, students' motivation levels are at a high level. This study provides a clearer idea about the perception and the use of e-learning by the trainees IPG Campus Tawau. Students are fully prepared, showed have a positive attitude and have highly motivated in the use of e-learning in their learning process.

Transcript of E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran · PDF fileDi dalam kelas tradisional,...

Page 1: E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran  · PDF fileDi dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap

E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek Teknologi Maklumat & Komunikasi IPG Kampus Tawau

Oleh

Mad Noor Bin MadJapuni, Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial

Universiti Malaysia Sabah [email protected]

Mohd Hanafiah Bin Yusof

Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Tawau.

[email protected]

Abstrak :

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi penggunaan e-pembelajaran dari segi tahap pengetahuan, aspek sikap dan tahap motivasi dalam kalangan 40 orang guru pelatih IPG Kampus Tawau yang mengikuti kursus Teknologi Maklumat & Komunikasi. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Data kajian yang diperolehi dianalisis menggunakan “Statistikal Package for the Social Sciences version 17” (SPSS) yang dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Keputusan kajian mendapati bahawa kebanyakan guru pelatih yang dikaji mempunyai tahap pengetahuan dan sikap yang baik terhadap penggunaan e-pembelajaran. Begitu juga tahap motivasi guru pelatih adalah pada tahap yang tinggi. Kajian ini memberi gambaran yang lebih jelas tentang persepsi dan tahap penggunaan e-pembelajaran oleh guru pelatih IPG Kampus Tawau. Guru pelatih sudah cukup bersedia, menunujukkan sikap yang positif dan mempunyai motivasi yang tinggi dalam penggunaan e-pembelajaran dalam proses pembelajaran mereka.

Abstract

This study aimed to survey the use of e-learning in terms of knowledge, attitude and motivation among the 40 trainees IPG Tawau campus who are enrolled in Information Technology & Communication. The instrument used in this study was a questionnaire. Data were analyzed using statistical Package for the Social Sciences version 17 (SPSS) is expressed in terms of frequency, percentage and mean. Results showed that most students who have studied the level of knowledge and attitudes towards the use of e-learning. Similarly, students' motivation levels are at a high level. This study provides a clearer idea about the perception and the use of e-learning by the trainees IPG Campus Tawau. Students are fully prepared, showed have a positive attitude and have highly motivated in the use of e-learning in their learning process.

Page 2: E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran  · PDF fileDi dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap

PENGENALAN

Daya tarik pembelajaran berasaskan internet tidak boleh dinafikan. E-pembelajaran

membantu perkongsian maklumat dengan lebih berkesan dengan penggunaan kaedah yang

meluas di internet seperti forum, email, video dan ‘chatting’. Pengetahuan dalam e-

pembelajaran juga dapat disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat mencapai

maklumat dari laman web yang berkaitan. E-pembelajaran telah diperkenalkan sebagai satu

strategi baru dalam kaedah pembelajaran dan menggantikan sistem pendidikan yang lama.

Sistem Pengurusan Pembelajaran berasaskan-web merupakan program aplikasi

Internet yang pesat digunakan oleh syarikat-syarikat perisian komputer dan institusi

pendidikan sebagai infrastruktur kepada perlaksanaan program e-pembelajaran. Sistem ini

berkembang dengan cepat dan digunakan dengan meluas sebagai sistem maklumat dan

sistem pangkalan data untuk mengurus dan mengendalikan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

E-pembelajaran adalah konsep yang mengintegrasikan teknologi maklumat di dalam

sistem pengajaran dan pembelajaran. Konsep pengajaran dan pembelajaran ini adalah penting

kepada institusi pendidikan untuk memperluaskan lagi metodologi pengajaran dan

pembelajaran. Secara umumnya, e-pembelajaran adalah sebarang pengajaran dan

pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik untuk menyampaian isi kandungan,

interaksi atau pemudahcaraan.

Perkembangan e-pembelajaran di Malaysia terlewat jika dibandingkan dengan negara

negara barat dan Singapura. Di Malaysia ianya terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan

‘on-line’ yang kebanyakannya ditawarkan di peringkat universiti serta kolej swasta yang

mempunyai usahasama dengan universiti luar negara. Ada beberapa usaha untuk

memasukkan e-pembelajaran ke dalam sistem pendidikan di Malaysia antaranya:

Projek Sekolah Bestari di bawah Multimedia Super Corridor (MSC). Selain Sekolah

Bestari guru di sekolah disediakan dengan laptop dan LCD projektor untuk mengajar

mata pelajaran yang dipilih, iaitu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris dengan

menggunakan standalone komputer.

Page 3: E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran  · PDF fileDi dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap

Pembentukan universiti virtual - Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) pada tahun

1998 dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada tahun 2000.

Pembentukan Universiti Multimedia pada tahun 1999 untuk menyokong projek-

projek MSC.

Pembentukan Perpustakaan Digital Nasional.

Penggunaan di antara agensi-agensi kualiti pembelajaran dari pelbagai bentuk

teknologi untuk menyokong melengkapi atau penghantaran program tradisional.

Penggunaan e-pembelajaran dalam program pembelajaran jarak jauh yang disediakan

oleh universiti.

PERNYATAAN MASALAH

Guru pelatih di Insitut Pendidikan Guru pada masa ini adalah bakal guru terlatih yang akan

mengajar di sekolah-sekolah nanti. Latihan yang mencukupi serta sikap dan persepsi yang

positif terhadap penggunaan aplikasi dan kaedah pengajaran yang terkini adalah amat perlu

supaya mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari.

Latihan asas yang kukuh akan menentukan keinginan mereka untuk terus meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang teknologi pendidikan yang sentiasa

berubah.

Keberkesanan penggunaan laman web bagi tujuan pembelajaran diakui efektif dan efisien

(Lim, 2002; Fahkrul Anuar Aziz, 2002). Laman web berpotensi memberikan kesan

perubahan dalam proses pendidikan. Ia boleh membentuk semula era pendidikan yang

memerlukan konsep baru dan menarik. Kesannya, penggunaan laman web sebagai medium

pembelajaran amat luas digunakan. Pada awal 2001, statistik penggunaan komputer dan

latihan berasaskan web boleh diperolehi datanya di Amerika. Laporan menunjukkan 80

peratus kolej dan universiti di negara tersebut menawarkan penggunaan web dalam

kurikulum mereka (Lynch, 2002).

Menurut Roger, C. Schank (2002) konsep e-pembelajaran kini menjadi medium

utama bidang pendidikan yang tidak terhad kepada pendidikan berbentuk klasik yang

disediakan di sekolah, kolej atau universiti. e-Pembelajaran boleh merentasi masa dan

kekangan ruang malahan mampu menyediakan penyelesaian yang sesuai mengikut keperluan

Page 4: E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran  · PDF fileDi dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap

pelajar dalam situasi yang berbeza. Kini, e-Pembelajaran dilengkapi dengan sistem

pembelajaran elektronik yang biasanya dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran,

Sistem Pembelajaran Virtual, atau Sistem Pengurusan Kandungan, dan disokong juga dengan

kandungan pembelajaran dan sumber infrastruktur. Kemudahan infrastruktur dalam sistem e-

pembelajaran membolehkan kandungan pembelajaran dimuat naik, disimpan, diakses dan

dihantar yang memperlihatkan proses pembelajaran berlaku dan diuruskan.

Di dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap

sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya.

Terpulang kepada guru menggunakan ‘konsep suap’ atau pelbagai teori yang telah dipelajari

seperti Behaviourisme, Kontruktivitisme dan Teori Kecerdasan Pelbagai. Modul pengajaran

hanya bergantung kepada buku teks dan pengetahuan pelajar terbatas setakat kandungan

dalam buku teks sahaja. Selain itu, sekiranya pelajar tidak faham di dalam kelas dan malu

bertanya maka pelajar tersebut akan kekal tidak memahami isi pelajaran yang diajar.

Perhatian guru kurang dapat diberikan secara induvidu kerana bilangan pelajar yang ramai di

dalam kelas. Jika kelas dipecahkan, bilangan guru perlu ditambah. Penyampaian isi

pelajaranan bergantung kepada guru untuk mewujudkan persekitaran belajar yang menarik

dan menyeronokan. Pengajaran dan pembelajaran hanya dijalankan secara formal iaitu di

dalam bilik darjah. Aspek-aspek seperti pengetahuan, sikap, motivasi, kesedaran, minat dan

lain-lain lagi mempengaruhi kesediaan pelajar menggunakan e-pembelajaran. Dengan itu,

pengkaji akan meninjau kesediaan guru pelatih terhadap penggunaan e-pembelajaran dari

tiga aspek yang penting iaitu tahap pengetahuan, sikap dan motivasi guru pelatih.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif-objektif kajian yang disasarkan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah untuk:

i. meninjau kesediaan dari segi tahap pengetahuan guru pelatih menggunakan e-

pembelajaran.

ii. meninjau kesediaan dari segi sikap guru pelatih dalam menggunakan e-pembelajaran.

iii. meninjau kesediaan dari segi tahap motivasi guru pelatih dalam menggunakan e-

pembelajaran.

Page 5: E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran  · PDF fileDi dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian yang disasarkan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah:

i. Sejauh manakah tahap pengetahuan guru pelatih dalam penggunaan e-pembelajaran?

ii. Sejauh manakah sikap guru pelatih dalam menggunakan sistem e-pembelajaran?

iii. Sejauh manakah tahap motivasi guru pelatih dalam menggunakan e-pembelajaran?

TINJAUAN LITERATUR

Menurut Fry (2002), e-pembelajaran dimaksudkan sebagai penyampaian latihan dan

pendidikan melalui interaksi berangkaian dan pengumpulan serta penyebaran teknologi.

Rosenberg (2001) pula mendefinisikan e-pembelajaran sebagai berangkaian, mampu

mengumpul dan menyebar maklumat serta membolehkan jejakan maklumat melalui

komputer disamping memfokus kepada persekitaran yang luas dalam pendidikan. Ia jauh

berbeza daripada paradigma latihan tradisi. Namun dalam konteks yang lebih umum, e-

pembelajaran lebih mudah diertikan sebagai kaedah yang secara mutlak atau kolaboratif

menggunakan komputer yang berangkaian dengan sistem dan/atau internet secara cepat dan

berkesan.

Seperti yang kita ketahui, trend teknologi pada era globalisasi kini telah memberikan

pengaruh yang signifikan terhadap dunia pendidikan. Dalam pendidikan, penggunaan

internet bukan sahaja tertumpu kepada pencarian maklumat semata-mata tetapi juga sebagai

medium penyampaian bahan pengajaran serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang

berkesan (Noraffandy dan Wan Salihin, 1999). Bermula dengan penggunaan papan hitam

tradisional di sekolah, kemudian beralih ke papan putih, seterusnya ke alat bantuan mengajar

seperti OHP dan sehinggalah yang terkini pembelajaran secara on-line ataupun e-

pembelajaran iaitu pembelajaran elektronik. Menurut Pelgrum dan Enderson (1999),

pertumbuhan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam bidang

pembelajaran menggalakkan pelajar untuk mewujudkan pembelajaran kendiri (self-learning),

penyelesaian masalah, pemikiran kritis. E-pembelajaran adalah berkaitan dengan penggunaan

ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan

Page 6: E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran  · PDF fileDi dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap

pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang, dan bersesuaian

untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan. Selain itu, inovasi perkembangan

ICT membolehkan penggunaan pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) dalam

memudahkan proses pembelajaran dan amat berkesan.

Sebagaimana era lain yang baru mendapat perhatian di peringkat awal, e-

pembelajaran juga menghadapi cabaran tersendiri. Meskipun e-pembelajaran mampu

memberikan pulangan yang berkesan, faktor penyumbang tetap memainkan peranan penting.

Ledakan teknologi pasti perlu memberi fokus utama terhadap keterlibatan manusia sebagai

kayu ukur dan penentu pencapaian (Rosenberg, 2001).

Zoraini Wati Abas (2005) menggariskan lapan entiti cabaran dan isu dalam e-

pembelajaran di institusi pengajian tinggi iaitu Infrastruktur ICT, Landasan LMS/LCMS,

Pedagogi Dalam dan Luar Talian, Corak dan Pembangunan Kursus, Fakulti, Pelajar, Dasar,

dan Standard. Dalam konteks pelajar, cabaran yang dikaitkan ialah (a) Kesediaan (b) Sikap

(c) Kefahaman (d) kelengkapan ICT (e) Motivasi dan (f) gaya pembelajaran

Integrasi teknologi maklumat dengan bidang pendidikan semakin penting seperti

penggunaan telesidang audio dan video, telesidang komputer, internet dan mel elektronik.

Lebih-lebih lagi teknologi terkini berkeupayaan mengendalikan seluruh proses pengajaran

melalui pembelajaran berasaskan web yang semakin popular. Zaphiris (2005) menyatakan

pembelajaran berbantu komputer (PBBK) semakin popular dan menarik minat sektor

perniagaan dan pendidikan. Populariti ini meningkat disebabkan peningkatan populariti

penggunaan internet dan multimedia. Perubahan berlaku dalam PBBK daripada penggunaan

CD-ROM kepada sistem berasaskan web yang mana ketika ini teknologi berupaya

menyediakan sistem yang boleh menangani keperluan komuniti pelajar dalam talian.

E-Pembelajaran merujuk kepada penggunaan teknologi dalam pembelajaran termasuk

menggunakan peralatan digital, kelas secara maya, pembelajaran secara web dan penggunaan

komputer (Hodgins & Cornner, 2000 dlm. Khairul Hamimah, 2007). Internet, intranet,

satelit, pita audio video, TV interaktif dan CD-ROM merupakan sebahagian dari media

elektronik yang digunakan untuk mempraktikkan e-pembelajaran.

Page 7: E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran  · PDF fileDi dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap

Rentetan daripada kaedah PBBK yang berkembang kepada sistem berasaskan web,

penulis lebih cenderung menggunakan konsep e-pembelajaran yang didefinisikan oleh

Rosenberg. Mengikut Rosenberg (2001), penggunaan teknologi internet untuk menyalurkan

maklumat pembelajaran atau sebarang instrumen yang boleh digunakan bagi meningkatkan

lagi pengetahuan, pencapaian dan kemahiran berdasarkan kepada tiga kriteria:

i. e-Pembelajaran mestilah menggunakan capaian rangkaian yang boleh menerima dan

menyimpan data, menyalur dan berkongsi informasi serta boleh diperbaharui atau

dikemas kini dengan segera.

ii. e-Pembelajaran perlu disalurkan kepada pengguna melalui komputer yang

menggunakan teknologi internet semasa.

iii. e-Pembelajaran perlu memfokuskan gambaran jelas pengajaran terkini, iaitu bentuk

penyelesaian yang berpandukan proses pengajaran dan pembelajaran tradisional.

Dapat disimpulkan bahawa konsep e-pembelajaran yang popular kini berteraskan

penggunaan sistem berasaskan web (komputer, internet dan pangkalan data) dan kandungan

bahan yang menepati ciri-ciri Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) tradisional yang

melibatkan penyediaan kurikulum dalam sesuatu kursus atau mata pelajaran.

Dari sudut implementasi, antara universiti utama dunia yang melalui gelombang e-

pembelajaran ialah Harvard Business School (HBS) dan Columbia University (Roger C.

Schank, 2002). HBS umpamanya, melihat e-pembelajaran sebagai platform alternatif untuk

pensyarah mereka agar tidak membuang masa untuk mengajar kursus asas perakaunan dan

kewangan dalam kelas bagi pelajar yang mengambil MBA (Master of Business

Administration). HBS telah membangunkan kursus-kursus berkaitan melalui laman web

untuk memudahkan pelajar yang mengambil kursus berkaitan dapat melakukan persediaan

awal berdasarkan keperluan mereka.

Kajian yang dijalankan oleh Daniel Tan (2004) di Nanyang Technological University,

Singapura, memperlihatkan implementasi e-pembelajaran berjalan dengan jayanya walaupun

agak lewat, iaitu hanya bermula pada Mei 1999. Selepas setahun hanya 22 kursus sahaja

dijalankan secara dalam talian. Namun, penambahbaikan terancang yang dijalankan

menghasilkan implementasi e-pembelajaran yang berkualiti. Pada Julai 2004, analisa

Page 8: E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran  · PDF fileDi dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap

menunjukkan 8,946 kursus secara dalam talian melibatkan 22,000 pelajar, 1,200 pengajar

dan purata 1.1 juta laman dilayari seminggu (page-views/week).

Di Eropah, inisiatif Suruhanjaya Eropah terhadap e-pembelajaran ialah mereka

menggunakannya untuk memacu pendidikan dan kebudayaan masyarakat sebagaimana

memacu pertumbuhan ekonomi, iaitu menyegerakan perubahan dalam pendidikan dan sistem

latihan yang dapat menghasilkan masyarakat berasaskan pengetahuan (knowledge-based

society). Program e-pembelajaran mereka melibatkan penggunaan ICT sepenuhnya yang

disepadukan dengan kualiti pendidikan dan latihan. Program ini merupakan langkah ke

hadapan untuk merealisasikan visi teknologi dalam memberikan perkhidmatan pendidikan

sepanjang hayat (Syed Othman Alhabshi, 2004).

Dalam konteks pembelajaran bahasa berasaskan web, terdapat banyak sumber-

sumber percuma berkaitan dengan P & P, khususnya bahasa Inggeris berbanding dengan

bahasa-bahasa lain. Ini sudah pasti kerana dapatan kajian menunjukkan bahawa jumlah

laman web dalam bahasa Inggeris jauh lebih besar daripada jumlah laman web dalam bahasa

Melayu (Nor'aini Ismail & Radiah Yusoff, 2001). Kini, penggunaannya lebih signifikan

untuk meningkatkan penguasaan bahasa yang dipelajari. Kajian Tien-chen Lee (2007)

mengenai PBBK berasaskan web untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di

Akademi Tentera Udara Republik China menunjukkan keberkesanan kaedah ini. Kajian

menunjukkan penguasaan kadet dalam kemahiran mendengar dan menulis bahasa Inggeris

meningkat dengan skor melebihi 70 markah sebanyak 31.6% pada tahun 1997 berbanding

hanya 16.8% pada tahun 2005.

Dalam kajian Mei-Ya Liang (2006) di sebuah universiti di utara Taiwan, mendapati

pelajar mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap pengajaran berasaskan web. Kajian

menyentuh interaksi dalam talian bagi pembelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa asing

(English as a Foreign Language) yang berkaitan dengan kemahiran membaca dan strategi

pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan pelajar dapat meningkatkan proses pemahaman

dalam tiga kemahiran, iaitu kemahiran membaca, penulisan ringkasan dan penggunaan

strategi pembelajaran. Kebanyakan pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap

keberkesanan kaedah ini.

Page 9: E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran  · PDF fileDi dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap

Contoh kajian di atas secara umumnya berkaitan dengan penggunaan PBBK

berasaskan web melalui pengendalian pengajaran dalam talian dan kandungan bahan yang

berkaitan. Sistem dan infrastuktur semata-mata tidak mampu melaksanakan proses P & P

tanpa kandungan bahan yang boleh diakses, dikongsi dan yang lebih penting dapat mencapai

hasil pembelajaran dalam objektif matapelajaran. Proses pembangunan kandungan bahan e-

pembelajaran berkualiti amat penting yang melibatkan pelbagai format perisian atau aplikasi

komputer khususnya pembangunan perisian berbentuk interaktif. Salah satu contoh,

pembangunan laman web interaktif komunikasi bahasa Jepun bertajuk Greeting and

Classroom Instructions oleh Nor Rasimah et al. (2007, dlm Siti Rahayah & Norazah, 2007).

Kandungan laman web tersebut yang berciri interaktif merupakan satu alternatif dalam P & P

bahasa Jepun setelah pengkaji mendapati masalah yang dihadapi oleh pelajar. Laman web

tersebut dapat menarik minat dan memotivasikan mereka untuk mendalami bahasa tersebut,

walaupun disimpulkan pembinaan laman web tersebut menepati ciri-ciri e-pembelajaran

namun masih banyak kelemahan kerana pembinaan laman web yang dinamik dan bermutu

memerlukan kepakaran dalam bidang pengkomputeran.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Kajian ini turut menggunakan kaedah non-

probability kerana tujuan kajian bukan untuk digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi.

Sebaliknya, kajian ini lebih berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberikan

gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan guru pelatih

ambilan Jun 2011. Guru pelatih kajian terdiri daripada guru pelatih ambilan Jun 2011 yang

menggunakan e-pembelajaran dalam pembelajaran Subjek Teknologi Maklumat Dan

Komunikasi. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS (Statistical package for social

sciences) perisian SPSS versi 17 digunakan dalam kajian ini. Data yang diperoleh ditukar

kepada kod-kod tertentu yang akan mewakili pembolehubah sepertimana terdapat dalam soal

selidik. Data kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti

frekuensi, peratusan dan min.

Borang soal selidik : Satu set borang soal selidik (ubahsuai daripada Kalthum Ibrahim &

Norwati Md Yusof) dengan menggunakan skala Lekart iaitu STS : Sangat Tidak Setuju, S :

Page 10: E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran  · PDF fileDi dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap

Setuju, TS : Tidak Setuju, SS : Sangat Setuju, KS : Kurang Setuju untuk melihat sikap dan

orentasi guru pelatih IPG Kampus Tawau. Penggunaan instrumen ini juga adalah sebagai

salah satu cara untuk memenuhi objektif kajian. Jadual 1 adalah penentuan tahap

pemeringkatan skor min

Jadual 1. Tahap Pemeringkatan Skor Min

Min Skor Tahap 1.00 – 2.00 Lemah 2.01 – 3.00 Sederhana 3.01 – 4.00 Baik 4.01 – 5.00 Sangat Baik

DAPATAN KAJIAN

Pengetahuan guru pelatih tentang E-pembelajaran

Jadual 2. Taburan Kekerapan dan Peratus item Pengetahuan Guru pelatih tentang e-pembelajaran

Bil Pengetahuan terhadap e-pembelajaran STS (%)

TS (%)

KS (%)

S (%)

SS (%)

Min

1 Saya mengetahui apa e-pembelajaran - - - 26 (65)

14 (35)

4.35

2 Saya mahir dalam menggunakan e-pembelajaran - - 3

(7.5)

27 (67.5)

10 (25)

4.18

3 Saya menggunakan e-pembelajaran untuk mendapatkan maklumat tugasan - - 2

(5) 21

(52.5) 17

(42.5) 4.38

4 E-pembelajaran membantu dalam proses pembelajaran saya - - 2

(5) 14

(35) 24

(60) 4.55

Purata Skor Min 4.36

Dari Jadual 1, dapatan kajian menunjukkan bahawa semua guru pelatih sudah mengetahui

tentang e-pembelajaran (min 4.35). Kebanyakkan guru pelatih menyatakan setuju sebanyak

65% dan 35% sangat setuju. Manakala tahap kemahiran guru pelatih terhadap e-

pembelajaran mempunyai min 4.18 dengan 67.5% guru pelatih setuju dan 25% sangat

Page 11: E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran  · PDF fileDi dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap

setuju. Di samping itu pernyataan tentang e-pembelajaran untuk mendapatkan maklumat

tugasan 52.5% setuju dan 42.5% sangat setuju berbanding hanya 5% kurang setuju.

Terdapat 95% guru pelatih merasakan bahawa e-pembelajaran membantu guru pelatih dalam

proses pembelajaran berbanding 5% kurang setuju. Secara keseluruhannya tahap

pengetahuan guru pelatih terhadap e-pembelajaran adalah pada tahap sangat baik dengan

purata min 4.36.

Sikap Guru pelatih Dalam Menggunakan e-pembelajaran

Jadual 3. Taburan Kekerapan dan Peratus item Sikap Guru pelatih Dalam Menggunakan e-pembelajaran

Bil Aplikasi terhadap e-pembelajaran STS (%)

TS (%)

KS (%)

S (%)

SS (%)

Min

5 E-pembelajaran amat berguna bagi saya - - 1 (2.5)

14 (35)

25 (62.5) 4.6

6 Kandungan dalam e-pembelajaran meningkatkan tahap kefahaman saya - - 4

(10) 16

(40) 20

(50) 4.4

7 E-pembelajaran menjimatkan masa untuk mendapatkan bahan rujukan - - 4

(10) 13

(32.5) 23

(57.5) 4.48

8 Melalui e-pembelajaran menjimatkan kos untuk bahan - - 1

(2.5) 18

(45) 21

(52.5) 4.5

9 Melalui E-pembelajaran menjimatkan kos untuk tugasan - - 3

(7.5) 18

(45) 19

(47.5) 4.4

10 Saya merasa selesa menggunakan e-pembelajaran - - 1 (2.5)

19 (47.5)

20 (50) 4.48

Purata Skor Min 4.48

Melalui kajian ini, dapat diketahui bahawa kebanyakkan guru pelatih 60% sangat setuju dan

35% setuju berbanding 5% kurang setuju terhadap pernyataan bahawa e-pembelajaran amat

berguna (min 4.6). E-pembelajaran juga dapat meningkatkan tahap kefahaman guru pelatih

(min 4.40) dengan 50% sangat bersetuju dan 40% setuju. Disamping itu item 7 (min 4.48)

iaitu pernyataan bahawa e-pembelajaran menjimatkan masa untuk mendapatkan bahan

rujukan dengan bilangan yang sangat setuju 57.5% dan setuju 32.5%. Melalui e-

pembelajaran juga guru pelatih dapat menjimatkan kos bahan (min 4.50) dengan peratus

yang sangat setuju 52.5% dan setuju 45% setuju berbanding hanya 2.5% kurang setuju.

Manakala item 9 (min 4.40) penyataan bahawa e-pembelajaran menjimatkan kos untuk

tugasan dengan 47.5% sangat setuju dan 45% setuju. Guru pelatih amat selesa mengguna e-

Page 12: E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran  · PDF fileDi dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap

pembelajaran ( min 4.48) dengan 50% sangat dan 47% setuju hanya 2.5% kurang setuju.

Dapat dirumuskan persoalan kajian bahawa apakah sikap guru pelatih terhadap e-

pembelajaran adalah pada tahap sangat baik iaitu dengan purata skor min 4.48.

Motivasi Guru pelatih Dalam Menggunakan e-pembelajaran

Jadual 4. Taburan Kekerapan dan Peratus item Tahap Motivasi Guru pelatih Dalam Menggunakan e-pembelajaran.

Bil Aplikasi terhadap e-pembelajaran STS (%)

TS (%)

KS (%)

S (%)

SS (%)

Min

11 E-pembelajaran meningkatkan kesediaan menghadiri kuliah - - - 26

(65) 14

(35) 4.35

12 E-pembelajaran meningkatkan tumpuan saya semasa kuliah - - 2

(5) 19

(47.5) 19

(47.5) 4.43

13 E-pembelajaran dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk belajar - - - 18

(45) 22

(55) 4.55

Purata Skor Min 4.44

Analisis dari kajian ini menunjukkan bahawa guru pelatih mempunyai motivasi yang sangat

baik (purata skor min 4.44) terhadap e-pembelajaran sebagai salah satu kaedah dalam proses

pembelajaran mereka. Ini dapat dibuktikan melalui respon guru pelatih terhadap item-item

kajian. Item 11 (min 4.35) pernyataan bahawa e-pembelajaran meningkatkan kesediaan guru

pelatih untuk menghadiri kuliah dengan 65% setuju dan 35% sangat setuju, item 12 (min

4.43) melalui e-pembelajaran dapat meningkatkan tumpuan guru pelatih semasa kuliah

dengan bilangan 47.5% sangat setuju dan 47.5% setuju berbanding 5% kurang setuju.

Manakala item 13 (min 4.55) pernyataan bahawa e-pembelajaran dapat meningkatkan diri

guru pelatih untuk belajar dengan pecahan 55% sangat setuju dan 45% setuju berbanding

tiada langsung memberi respon kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju.

RUMUSAN DAN CADANGAN

Hasil daripada penganalisaan data dapatlah dirumuskan bahawa guru pelatih mempunyai

persepsi yang sangat baik terhadap e-pembelajaran. Guru pelatih cukup bersedia,

menunujukkan sikap yang positif dan mempunyai motivasi yang baik dalam penggunaan e-

pembelajaran dalam proses pembelajaran mereka. Namun, e-pembelajaran masih

memerlukan ruang untuk mencapai matlamat. Untuk membentuk persekitaran e-

Page 13: E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran  · PDF fileDi dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap

pembelajaran yang kukuh dan akhirnya dianggap berjaya, kesepaduan antara persediaan dari

pelbagai sudut termasuk infrastruktur, pendekatan pengajaran/pembelajaran mutlak dan

kolaborasi, persediaan kursus, guru pelatih dan institusi serta pembuat dasar wajar

dipertimbangkan. Antara kesemua faktor itu guru pelatih mempunyai peranan penting demi

meningkatkan penggunaan e-pembelajaran. Kajian mendapati guru pelatih bersedia untuk

menggunakan e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka mempunyai

motivasi yang tinggi, cuma daripada segi infrastruktur terutama dalam ICT perlu

dipertingkatkan lagi agar proses pembelajaran dan pembelajaran melalui e-pembelajaran ini

dapat berjalan dengan lancarnya.

E-pembelajaran merupakan inovasi dalam sistem pendidikan yang diperbaharui bertujuan

untuk menggantikan sistem pendidikan yang sedia ada. Penerimaan inovasi ini bergantung

kepada individu itu sendiri untuk menilainya sepertimana yang diperkatakan oleh Rogers

(1995) inovasi dihubungkan melalui saluransaluran tertentu mengikut masa dalam kalangan

ahli sesebuah sistem sosial. Penggunaan teknologi baru sebagai alat dalam perlaksanaan e-

pembelajaran adalah untuk meningkatkan keupayaan pelajar agar pembelajaran mereka yang

efektif. Ia juga mewujudkan suasana yang menggalakkan pelajar lebih inovatif dan kreatif

dalam pembelajaran.

Page 14: E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran  · PDF fileDi dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap

RUJUKAN

Bahan Bercetak

Daniel Tan (2004). Critical Success Factors for The Implimentation of e-Learning (Seminar

Paper). Shah Alam. e-Learning Seminar organized by Institute of Leadership and

Quality Management (ILQaM) UiTM.

Fry, K. (2002) Forum Focus and Overview dalam Fry, K., The Business of E-pembelajaran:

Bringing Your Organisation in the Knowledge Economy. Telcam Group, University of

Technology, Sudney.

Kalthum Ibrahim & Norwati Md Yusof. (2005). Satu Kajian Terkini Penggunaan E-Portal

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di UKM. Prosiding SeminarKebangsaan E-

Komuniti 2005. UKM. Putrajaya

Khairul Hamimah Mohamad Jodi, Sharliana Che Ani, Sofia Elias & Rusniyati Mahiyaddin

(2007). Perlaksanaan e-Pembelajaran di IPTS: Satu Pengalaman di UNITAR, dlm.

Prosiding Seminar e-Pembelajaran 2006. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lynch, Marguerita McVay (2002). The Online Educator. London: Routledge Falmer.

Noraffandy Yahya dan Wan Salihin Wong Abdullah (1999), “Pembangunan Laman Web

Rekreasi Matematik Berasaskan Sumber Terbuka JOOMLA” Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia.

Nor'aini Ismail & Radiah Yusoff (2001). Pencapaian Maklumat Jaringan dalam Bahasa

Melayu dan Bahasa Inggeris. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

Pelgrum dan Enderson, (1999). “ICT and the Emerging Paradigm for Life-long Learning”

Becky Bliss Design and Production, Wellington, New Zealand

Roger, C. Schank (2002). Designing World Class e-Learning. The United State of America:

The McGraw-Hill Companies.

Rogers, E.M. 1995. Diffusion of Innovations (4th edition). New York. The Free Press.

Shirley, A. 2001. e-learning Developments and Experiences, Education and Training.

43, 240-248.

Page 15: E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran  · PDF fileDi dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap

Rosenberg, Marc Jeffrey (2001). e-Learning: Strategies for Delivering Knowledge In The

Digital Age. USA: McGraw-Hill Companies.

Rosenberg, M. (2001) E-pembelajaran Strategies for Delivering Knowledge in the Digital

Age. New York: Mc Graw Hill

Siti Rahayah Ariffin & Norazah Mohd Nordin (2007). Pedagogi & Pembangunan e-

Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi. Bangi: Pusat Pembangunan Akademik

UKM.

Syed Othman Alhabshi (2004). e-Learning: The Education of The Future (Seminar Paper).

Shah Alam. e-Learning Seminar organized by Institute of Leadership and Quality

Management (iLQaM) UiTM.

Zaphiris, P. & Zacharia, G. (2005). User-Centered Computer Aided Language Learning.

Calgary: Idea Group Inc.

Zoraini Wati Abas. 2005. E-pembelajaran: Potential and Challenges for Malaysian

Institutions dalam E-pembelajaran: Issues and Challenges. Universiti Malaysia.

Bahan Internet

Fakhrul Anuar Aziz (2002). Memanfaatkan Sumber-sumber Percuma Internet dan WWW

untuk Pendidikan. Dalam Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam

Pendidikan Maktab Perguruan Batu Lintang, 18-19 September 2002, Kuching. URL:

http://www.geocities.com/athens/academy/5578/semtmk/

Lim, Jonathan LH. (2002). e-Learning: A New Frontier in Education. Dalam Seminar

Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan Maktab Perguruan Batu

Lintang, 18-19 September 2002, Kuching. URL:

http://www.geocities.com/athens/academy/5578/semtmk/

Page 16: E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran  · PDF fileDi dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap

Liang, Mei-Ya. (2006). Interaction in EFL online classes: How Web-facilitated instruction

influences EFL university students' reading and learning. Ph.D Thesis Indiana

University. URL: http://proquest.umi.com/

Tengku Zawawi Tengku Zainal (1997). Internet Dalam Pendidikan Matematik. URL:

http://www.geocities.com/tgzaiza/penggunaan_internet.html

Tien-chen Lee (2007). Using Web-based CALL to Improve English Language Mastery at the

Republic of China Air Force Academy. PhD Thesis ProQuest Information and

Learning Company. URL: http://proquest.umi.com/